2026-05-07

Kadang-kadang kan punca anak jadi rebel sebab mak bapak juga.


Tak faham aku dengan mak yang expect anak bagi duit bulan banyak. Anak bagi RM50 dikatanya "Baik takyah bagi". Bukannya dia tanya anak tu cukup ke tak, ada hutang nak dibayar ke tak. Dah dibagi, demand pulak. Kalau tak bagi karang, diungkit-ungkit penat membesarkanlah apalah semua. Macamana la anak tu tak menjauh.

Kadang-kadang kan punca anak jadi rebel sebab mak bapak juga. Cuma sebab namanya mak bapak, takde siapa nak kata. Semuanya tetap salahkan anak. Anak kena redha. Anak kena sabar. Anak kena teruskan taat.

Aku baca komen-komen anak yang share bitter memories dengan parents kat Thread.

Bila si anak (perempuan) hadiahkan suaminya henfon baru, mak pun mintak henfon baru. Dikatanya, sebelum beli apa-apa untuk orang lain, tengok dulu mak bapak apa yang tak cukup.

Mak tanya berapa nafkah suami bagi. Mak nak sikit bahagian dari nafkah tu sebab suami patut tanggung mertua sekali katanya.

Mak direct bagitau menantu lelaki kena tanggung bil-bil dalam rumah plus bagi duit bulan. Reasonnya "Aku dah bagi anak perempuan aku kat kau".

Ni semua cerita tentang mak si perempuan, bukan mak si lelaki. Aku baca pun macam kesiannya korang. Macamana korang bertahan dengan parents gini? Patutlah aku tak dapat mak bapak jenis tu. Boleh jadi pembunuh agaknya aku nanti.

Apalah agaknya perasaan mak kepada si lelaki kalau tahu anaknya dibebani dengan tanggungjawab yang melampau-lampau?

Aku tak sure bab menanggung keluarga mertua ni. Apakah hukumnya, adakah wajib atau ehsan. Sebab aku tak praktikkan dalam marriage aku, jadi aku tak pernah ambil tahu. Even masa tak bekerja awal-awal kawen dulu, tak pernah terfikir nak mintak En Wan bagi Mak Aji and Pak Aji duit bulan. 

Duit untuk aku sendiri pun aku tak mintak, apetah lagi nak mintak untuk pihak mak bapak. Sebab aku pikri yang nak berhenti kerja tu aku. Yang nak sambung belajar tu aku. Jadi akulah bertanggungjawab sepenuhnya atas keputusan aku.

Masa aku berhenti kerja untuk run business, aku teruskan membagi duit dari savings ASB. Masa ni gaji aku belum cukup nak cover diri sendiri, tapi tetap teruskan bagi parents duit. Cuma aku bagitau dorang in advance aku takleh bagi banyak macam selalu sebab tengah nak start bisnes. Dorang tak mintak cuma aku nak terus bagi.

Maksudnya sebelum berhenti aku dah plan bab ni. Because aku pikir, apa yang aku dah start, aku akan teruskan. Walaupun terpaksa korek savings. Tak nak mintak En Wan bayarkan. Sebab tak adil untuk En Wan. Dia pun anak orang. 

Apa terpikir camana rasanya esok kalau anak-anak aku yang aku besarkan sehabis baik, bagi dia belajar bagus untuk masa depan supaya boleh berdikari tak perlu meminta-minta, alih-alih bila kawen anak aku kena kerah dek mertua bayar bil itu ini siap demand nak duit bulan. Anak yang kau besarkan akhirnya duit habis menanggung keluarga orang lain. Apa kau rasa?

Tak, aku tak kisah kalau anak lelaki ni nak mengambil tanggungjawab menjaga mertua, tapi yang mertua pun otak letak kat pantat ke camana. Kau nak demand-demand sesedap tekak kau. Aku tak rasa dalam Islam ada rules macam ni. Mengambil tanggungjawab tu YES, tapi atas IHSAN. Bukan semua benda mertua kau buat, kau kena tanggung.

Mertua is keluarga, betul. Tapi the question is, berbaloi ke? Kalau pun si suami wajib jaga kebajikan mak bapak mertua, itu atas kemampuannya. Kalau dia mampu bagi sorang RM50, ambik saja RM50. Ni tak. Jenis yang demand tak tentu arah ni yang aku hangin. Macam besar sangat anak perempuan kau tu yang bila kau serah, pulangannya adalah hidup kau wajib dimewahkan menantu? Bladihel.

Aku ni dah lah bukan dari keluarga senang. Katakanlah En Wan tu kena menanggung mak bapak aku, kau ingat keluarga dia takkan mengata ke? Kau rasa takde orang akan kata patutlah nak anak dia kawen dengan anak aku, boleh kikis rupanya. 

Kau ingat keluarga suami kau takkan mengata bila anak lelakinya kena tanggung keluarga kau? Kerat jarilah dorang tak mengata. Dorang mengata, ya. Cuma dorang tak nak buat kecoh je.

Hari tu aku baca kat Thread mertua tanya menantu perempuan bila nak kerja. Pastu menantu perempuan ni kata memang takde plan nak kerja, nak duduk rumah jaga anak. Mak mertua suruh dia cari kerja. Then ramailah yang komen bash mertua tu.

Itu yang kita nampak. Yang kita tak nampak is, mertua tu tahu anak lelakinya terbeban. 

THIS IS MY UNPOPULAR OPINION.

Maybe si anak lelaki tak kisah isterinya tak bekerja, cuma as mak, dia membesarkan anak dengan kecukupan, makan sedap, baju cantik, hidup selesa, tup-tup lepas kawen life anaknya downgrade betul dari apa yang dia pernah sediakan. Tu pasal mak mertua tu bertanya menantu bila nak kerja. Bukan sebab suami tu tak mampu menanggung tapi life setelah berkahwin dengan sebelum kawen tu nampak sangat beza.

Ini pengalaman aku sendiri, bukan orang lain.

Lepas kawen, aku berhenti kerja sebab sambung belajar. Balik Tganu, mok pernah tanya "Diana tak kerja?"

Aku cakap tengah sambung belajar. Pastu mok tanya "Lepas tu kerja semula ke?"

Ya, aku jawab.

Aku tak kecil hati dengan pertanyaan mok sebab aku memang tak plan nak duduk rumah forever pun. Aku plan akan kerja semula habis belajar nanti.

Cuma kat sini aku faham mok cuma tak nak anak lelakinya hidup jauh lebih susah dari apa yang En Wan pernah dapat semasa single. Walaupun En Wan ok dengan life kitorang masa tu, tapi aku faham. Mok sekadar taknak anaknya merasa terbeban.

Aku ni lainlah, memang dari background bukan orang senang. Dapat duduk apartment, rumah ada home theatre, bilik ada aircond, bilik air ada heater, dah habis mewah dah rasa. Tapi En Wan tak. Dia start big.

Time single duduk banglo. Lepas kawen duduk apartment.
Time single shopping baju tak habis pakai. Lepas kawen, nak beli baju baru berkira-kira.
Time single holiday sana sini. Lepas kawen, holiday pun tak.

Jadi pada pandangan mok mungkin aku punca anak dia "hidup susah". Tapi aku tak kisah. Aku faham apa yang mok rasa. Sebab tu aku memang nak bekerja. Aku nak berkongsi pendapatan.

Mak Aji pun ada gak halnya. Masa aku sambung belajar, duit aku hanyalah MARA. Aku tak mintak nafkah dari En Wan sebab dia dah sediakan aku cukup. Walaupun keadaan kitorang dulu serba sederhana, untuk aku yang biasa hidup dalam banyak benda tak ada, apa yang En Wan sediakan dah cukup.

Banyak majlis keluarga like kenduri kendara kat kampung aku sengaja tak join. Macam-macam alasan aku bagi. Sebab nak balik kampung kena pakai duit. Dahlah aku takde income. Mak Aji pulak masih terlupa yang aku dah ada keluarga sendiri. Dia masih lagi nak suruh aku attend setiap kenduri kampung makcik di Tampin, Melaka, Muar, Singapore. Mana la aku ada duit.

Pastu dia tanya "Kau ni asyik takde duit je. Wan tak bagi kau pocket money, ke?"

Ahhh terus naik darah aku. Aku sound balik. 

Aku cakap "Pocket money apanya lagi kalau semua benda Wan dah sediakan? Rumah dia bayar. Tambang nak pi UKM (dulu belum pandai bawak kereta) dia bagi. Lauk basah kering tak pernah sangkut. Bil semua dia bayar. Nak duit apa lagi. Mama ingat dia takyah ada savings ke? Semua kenduri tu majlis adik-beradik mama, bukan adik beradik Diana. Daripada dia balik kenduri yang takde kena-mengena dengan dia, baik dia balik Tganu jumpa mak bapak dia"

Terus Mak Aji tak bertanya-tanya dah pasal pocket money ni lagi. Kadang-kadang mak kita ni kena disekolahkan sebab dorang pikir nak jaga airmuka dorang je. Takut nau orang kampung sedara-mara bertanya apesal anak kau tak balik? Mak-mak boomers kan macam ni. Dia nak anak dia dipandang baik, terpaling hebat so that orang puji dia pandai besarkan anak.

Ada beza antara tanggungjawab dengan ambil kesempatan.

Kalau kita isteri yang tak berkerja, suami tanggung. That's normal. Itu memang tanggungjawab suami.

Tapi bila expectation tu melarat sampai suami kena tanggung mak bapak mertua sekali, bayar bil-bil dorang, bayarkan barang-barang dapur, bayarkan hutang, tanggung sekali pelajaran adik ipar, itu namanya beban.

Some people normalize this so much sampai lupa tengok dari sudut yang lebih adil. Suami tu kahwin dengan kau, bukan kahwin sekali dengan semua komitmen kewangan keluarga kau. Dia ada tanggungjawab sendiri. Dia pun ada parents nak ditanggung. Dia ada masa depan yang dia nak bina bersama kau. Kalau dia membantu, itu ihsan. Ihsan ni sepatutnya dihargai, bukan dijadikan expectation. Tolonglah cakap kat mak bapak tu duit yang suami bagi tu IHSAN!

Aku selalu percaya, maruah seorang isteri juga terletak pada kebijaksanaan dia menjaga boundaries. Bukan semua benda kena serah buta-buta kat suami untuk selesaikan. Kalau mak bapak kita perlu bantuan, kita kena bincang ikut kemampuan. Bukan letak expectation oh kau suami, kau kena tanggunglah. Tapi bila laki kau hulur duit kat mak bapak dia pandai pulak kau merentan.


2026-05-06

Pattern membunuh atau cubaan membunuh hanya kerana cemburu, atau cinta ditolak, masih wujud eh?


Ngeri aku tengok berita budak perempuan umur 19 tahun kena tikam 61 kali tu. Katanya mostly kesan tikaman belah kanan badan. Maknanya mangsa kena tikam semasa dalam kereta. Si pelaku tikam mangsa bertubi-tubi semasa tengah drive (maybe?), sebab tu kesan tikaman banyak belah kanan badan.

Kat Thread macam-macam spekulasi. Ada yang kata perempuan tu curang sebab ada bukti siang keluar makan dengan orang lain, malam keluar dengan orang lain pulak (pelaku).

WAIT!

Katakanlah mangsa curang, ada skandal. Adakah itu reason untuk kau tikam berkali-kali? 

Berkali-kali masalahnya. Maksudnya niat memang nak membunuh.

Dari zaman aku single sampailah nak masuk 50 tahun ni, pattern membunuh atau cubaan membunuh hanya kerana cemburu, atau cinta ditolak, masih wujud eh?

NAUZUBILLAH. 
BIARLAH PENGALAMAN AKU HABIS KAT AKU JE. 
JANGAN KETURUNAN AKU LALUINYA.

Sumpah pengalaman tu sangat buatkan aku traumatized sampai sekarang tak lupa. Masa aku baca berita tu, aku terfikir, what if mangsa tu macam aku dulu?

Aku pun dulu senyap-senyap ada lelaki lain (En Wan). Tapi aku buat bersebab. Sebabnya, si anu tak nak terima kitorang dah break. Padahal mula-mula break he was ok. Bila dapat tahu aku kenal dengan budak chat Jepun (En Wan), terus merentan. Terus dia kata kitorang tak pernah break, cuma bergaduh je. 

Sejak dari tu, ke mana-mana aku pergi dia always follow. Dia tanya budak-budak batch aku betul ke jadual kelas aku esok sekian sekian waktu. Di mana kelas tu, kat tutorial room ke, lecture hall ke, atau lab. Tak puas lagi, dia akan tanya samada aku ada kat kelas pagi tadi ke tak.

Kalau kau, tak rimas dan takut ke ada orang gila macam yang ke mana-mana pergi dia nak mengekor?

Dia punya saiko tak saikonya, main chat guna nickname aku sebab nak kenal mana satu mamat yang selalu chatting dengan aku. Pastu menyamar jadi student Malaysia kat Jepun nak korek pasal En Wan. Dia punya tahap insecure tu, aku balik bercuti pun dia mengekor. Stay kat rumah Mak Aji semata-mata nak pastikan aku sentiasa ada depan mata dia. Sampai mak bapak adik-adik aku rimas and menyampah.

So aku tertanya, what if that mangsa bunuh sebenarnya sedang lalui pengalaman sama macam aku dulu?

Bukan apa, dulu pun dari pandangan orang luar nampak aku yang curang, tapi the realiti orang tak tahu. Waktu tu aku takde pilihan lain. Aku terpaksa "simpan" En Wan sebab dia je reason yang aku ada untuk keluar dari relationship tu. 

Yes, memang aku pergunakan En Wan pada awalnya sebab aku tahu dia suka aku masa tu. So aku maintain dia supaya when the time comes, dia dah ada.

At the same time aku kena yakinkan si anu yang dia masih ada aku (macam yang dia nak). Jadi, aku terpaksa ikut rentak dia. Dia ajak outing, aku outing. Dia ajak makan sama, aku makan sama. Dia ajak lepak, aku lepak. Aku tak boleh say no sebab dia akan menggila. Aku penat nak layan karenah gila. Jadi mana risiko yang aku boleh minimize, aku minimizekan.

Jenis lelaki saiko macam ni kau takleh lawan depan-depan. Kau kena buat senyap-senyap. Kau kena ikut game dia, at the same time kau set new game kat belakang. 

Orang saiko ni tahap insecure dorang sangat melampau. Tak cukup dengan stalk ke mana aku pergi dan menyamar jadi aku dalam chatroom, dia sanggup tunggu tepi pigeon hall supaya surat-surat yang sampai, dia dapat dulu. Dia filter semua surat yang ada nama aku. 

Mula-mula dulu aku kantoi sebab pakai nama sebenar. Pastu dah bijak sikit, aku mintak En Wan hantar pakai nama orang lain. Tak lama lepas tu aku tukar plan lain sebelum terkantoi. Aku mintak En Wan stop hantar surat. Hantar email pulak. Tapi emailkan ke kawan aku. 

Kawan tu pulak adalah bukan ahli DPT. Someone yang people tak expect akan jadi posmen aku. So En Wan hantar email ke budak tu, budak tu print and pass kat aku. Kiranya budak tulah yang baca dulu segala ayat-ayat cinta En Wan sebelum sampai ke aku. See? Aku punya plan pun dah macam saiko jugak.

Penat hidup macam tu. Kena berpurak-purak depan si anu as if we were still a couple, at the same time aku setup Plan B dengan En Wan. Tu yang senyap-senyap aku atur perjalanan balik bertunang tanpa si anu suspect sikit pun. Dia yang ajak aku main game ni, kan? Ok let's play.

Mula-mula aku layankan je permintaan dia untuk bercouple semula (sebab dia acu pisau kat wrist aku, kau mampu nak tolak?). Aku layankan dia nak berbangga dengan semorang kononnya dia "menang" aku balik. Muka memang macam sial punya banggalah. 

Aku layankan semua. Biar dia leka dengan perasaan dia. Kat KL, En Wan dah mintak mok merisik, pastu Mak Aji prepare hantaran bertunang, tiket flight semua dah siap. Zaman tu tiket collect kat kaunter airport.

Aku kat Kuching plan dengan dak-dak DPT everyday sorang kena datang bilik (aku sorang je stay dalam kolej, yang lain sewa luar) untuk ambil barang-barang aku. Yang penting jangan nampak macam membawa beban berat. Sehari bawak balik 2 helai baju, 2 helai baju, 2 helai baju. Bawak balik rumah dorang. On the day aku balik KL, kawan aku fetch dengan moto. Aku naik moto berlenggang tak bawak barang.

Masa tu si anu nampak and tahan moto kitorang. Aku cakap nak lepak rumah dak-dak tetek jap sementara ada kelas malam karang. Nanti petang balik kolej semula. Memandangkan aku berlenggang tak bawak beg apa-apa, dia percaya. Tapi hati aku berdebar macam nak gila!

Sampai je rumah dak-dak DPT, beg dah standby. Aku pakai beg baju dorang (beg Garfield siapa aku rembat ntah). Dorang terus hantar aku ke airport. Terus check in sambil berdoa janganlah delay flight. Nak menunggu boarding satu penyeksaan. Dengan aku takde fon masa tu. Dak-dak DPT nak tahu aku dah selamat ke tak pun tak tahu camana nak contact.

Flight berlepas je, aku menangis! At least 1 step dah lepas. 

Aku balik hari ni, lusa baru bertunang. Lama weiii, lama lusa tu! Esoknya, BFF aku Ina sampai. Dia burn tiket MARA yang setahun sekali dapat tu, semata-mata nak temankan aku bertunang. Dia takut kalau si anu tu tiba-tiba terpacul kat rumah Mak Aji. 

Padahal tinggal esok je nak bertunang, tapi dak-dak DPT kat Kuching dah tak senang duduk. Sebab si anu kejap-kejap tanya dorang kat mana aku. Kau bayangkan camana dak-dak DPT nak kona lipat story?

Settle je majlis, Ina call DPT "Ok, settle. Dah bertunang"

Dah macam misi James Bond oi!

Actually bertunang tak menjanjikan apa-apa, but at least aku nak tunjuk kat dia, you and I are not in a relationship anymore. Aku sekarang tunang orang yang sah, yang mak bapak aku restu. Kau bukan pilihan keluarga aku. Kalau kau kacau aku, maknanya kau kacau tunang orang. Aku mintak baik-baik nak end our relationship, kau tak terima. Kau buat cara kasar. Ok, aku main kasar jugak.

Aku tak tahu apa yang dilalui oleh mangsa yang kena tikam 61 kali tu. Tapi looking at the behaviour menikam sampai 61 kali, aku rasa pelaku dah biasa berkasar kat perempuan tu. Tak kisahlah samada perempuan tu curang atau tak, takde sesiapa ada hak nak berkasar apetah lagi membunuh. Apa pun reasonnya kau tetap salah!

Ya, aku perempuan yang selalu betul.


2026-05-05

GreenAard: Aku tunjuk sini cara nak makan GC Plus dengan timing yang betul


Soalan ni bagus sebab melibatkan timing and interaction. Aku dah pun bagi respond, tapi nak explain lebih panjang. Biasalah, seorang Diana mana boleh kalau tak explain bagi faham.

Boleh nak ambil dua-dua, tapi tak digalakkan ambil serentak. Lagi baik asingkan timing untuk jaga keberkesanan kedua-duanya.

Apesal takleh ambil sekali?

Supaya bakteria baik dapat masuk ke usus dalam keadaan paling selamat. Jadi, kena ambil masa perut kosong atau sebelum makan (supaya cepat sampai usus).

GC Plus pun kita suggest ambil sebelum makan (masa perut kosong). Sebab dia akan prepare badan untuk terima makanan. Dia akan prepare enzim, asid perut dan metabolisme sebelum makanan masuk.

Bila dua-dua suplemen kena ambil semasa perut kosong, ada konflik sikit kat sini. Perubahan persekitaran perut boleh affect survival probiotics walaupun bukan bunuh bakteria baik, tapi mungkin kurangkan keberkesanannya. So cara paling practical adalah kena susun timing.

Option pertama yang paling selamat is, ambil pre & pro waktu pagi masa perut kosong. Tunggu 1 jam, baru ambil GC Plus. Lepas tu tunggu another 30 minit barulah boleh makan breakfast.

Option kedua, boleh ambil pre & probiotics pagi semasa perut kosong. Kendian GC Plus kau ambil sebelum lunch. Maknanya selepas makan pre & pro kalau nak breakfast silakan. Tapi, 2 jam sebelum lunch dah kena kosongkan perut so that efektif bila makan GC Plus nanti. 

Katakanlah nak makan lunch pukul 1 pm. Pukul 10.30 pagi dah kena stop mengunyah. So that pukul 12.30 pm nanti boleh ambil GC Plus. Pastu tunggu 30 minit lagi baru boleh makan nasi.

Tapi dari pengalaman aku, kalau aku dah makan breakfast, selalunya lunch aku dah kenyang. Jadi, waktu lunch aku skip lunch and gantikan dengan Maaltyd. Kalau korang nak buat macam ni pun boleh. Caranya:

Pagi ambil pre & pro (kalau ada ambil ini).
Selepas tu breakfast.
10.30 am stop makan.
12.30 pm ambil GC Plus.
1 pm makan Maaltyd (sebagai lunch)

Insyallah sampai dinner kau kenyang. Trust me.

Ceritanya, bukan takleh ambil pre/pro + GC Plus bersekali, cuma kalau nak maximize effect dua-dua, better jangan campur timing. Bagi ruang sikit supaya masing-masing dapat buat kerja dengan optimum.

Apa jadi kalau pre/pro diambil serentak dengan GC Plus?

Kalau ambil serentak tanpa gap, biasanya bukan rosak atau bahaya, tapi lebih kepada probiotics jadi kurang efektif. Sebab probiotics perlukan “laluan selamat” untuk sampai ke usus. Bila kau ambil sekali dengan GC Plus (ada HCA di dalamnya), persekitaran dalam perut maybe berubah. Maybe pH berubah sikit. Aktiviti enzim pun berubah. So perubahan ni boleh buat sebahagian bakteria tak survive dengan selamat.

Prebiotics pula adalah makanan untuk bakteria baik. Kalau bakteria (probiotics) tak capai tahap optimum, makanan (prebiotics) yang kau makan ni sape nak guna? Maka tak functionlah makan prebiotics banyak-banyak kalau probiotics tak selamat sampai ke usus.

Berbanding dengan probiotics, HCA dalam GC Plus masih boleh bekerja kalau dimakan serentak. Sebab GC Plus punya function is kawal selera makan and inhibit fat formation. Fungsi-fungsi ni biasanya tak terganggu sangat. Yang lebih rugi sebenarnya adalah bahagian probiotics. So actually tak bahaya kalau makan serentak cuma rugilah kau beli probiotics mahal-mahal, tapi dapat 70-80% je effect.

Again, aku tunjuk sini cara nak makan GC Plus dengan timing yang betul sekiranya ada makan pre and probiotics.

1. Mula-mula makan pre and pro semasa perut kosong.
2. Tunggu 1 jam. Jangan makan apa-apa.
3. Start makan GC Plus 4 kapsul.
4. Tunggu 30 minit. Jangan makan apa-apa.
5. Boleh makan breakfast.

Katakanlah kau tak nak breakfast. Kau nak makan Maaltyd. Boleh. Gantikan step (5) dengan Maaltyd. Pastu jangan makan apa-apa sampai dah lapar baru makan.

Untuk pertanyaan tentang produk GreenAard, WHATSAPP SINI.
Atau boleh ke website GreenAard.


2026-05-04

Vibe Love Song in Summer sangat positif.


Ok memandangkan teaser video Johnny and Ruohan semalam dah mengundang banyak DM, baheklah. Aku cerita sekarang.

Johnny and Ruohan masih di Yunnan filming drama Love Song in Summer. Ada hikmahnya heroin bertukar banyak kali. Rupanya nak dapat kat Xu Ruohan, yang lebih sweet.

Ruohan ni bukan traffic actor, tapi dia banyak berlakon dengan traffic male actor macam Jerry Yan, Zhang Linghe and Miles Wei. Dia ni kategori new emerging artist. Fresh, but not bad acting-nya. Dia selalu dapat genre cinta. Ada la 1-2 scene aksi tapi as supporting actor saja.

Dalam drama Our Dazzling Days, dia hanya GUEST actor. Bukan main actress. Tapi disebabkan di hujung drama dia akhirnya bercouple dengan Xiaoman (Johnny Huang), terus dia jadi sangat famous. Sampaikan orang lebih ship-kan Johnny-Ruohan dari Johnny-Xiaotong. Tenggelam habis Xiatong padahal dia main lead. Itulah penangannya bila dapat "bercouple" dengan Johnny dalam drama.

Tu yang secara tetiba, pelakon wanita Love Song in Summer digantikan dengan Ruohan. Aku looking forward dorang berdua berlakon sama lagi sebab tak puas tengok dalam Our Dazzling Days. Rupanya warga Weibo pun suka!

Everday fans Johnny and Ruohan berganding bahu share behind the scene clips. Bekerja keras betul dua group ni nak promote this drama sampai ada puak-puak yang tak puas hati.

Yang pertama CP-fans Ruohan-Linghe.

Ruohan and Zhang Linghe berlakon dalam drama The Best Thing. Aku tengok drama ni. Ok je cerita dia, biasalah cerita cinta. Sweet. Fans Linghe sampai sekarang meng-ship-kan Ruohan dengan Linge. Now the fans agak upset sebab Ruohan kelihatan sangat mesra dengan Johnny.

The good thing is, benda ni kat situ je la, takde kutuk-mengutuk sebab fans Zhang Linghe tahu idola Linghe is Johnny. Zhang Linghe sangat adore Johnny. Jadi CP fans takde la kata benci Johnny cuma dorang upset bila Ruohan nampak sangat mesra dengan Johnny berbanding masa shooting dengan Linghe.

Tapi group yang paling bitter adalah Alice (fans Dilreba).

Ntah hape kena-mengena ntah dengan drama Love Song in Summer, tau-tau nak merentan. Dilreba punmya dramaflop, lepas satu, satu flop. Jadi the fans macam takde cerita nak highlite pasal Dilreba, lantas kacau drama orang. Klip kat lokasi Love Song in Summer tersebar dengan banyaknya di Weibo and Douyin. People are talking about how close and selesanya Johnny and Ruohan.



Ramai terkejut Ruohan sangat manja dengan Johnny. Kamera tak start rolling lagi, dia dah bersenggayut kat Johnny. And Johnny nampak tak kisah and selesa Ruohan senggayut macam tu. Ada yang kata beza umur Johnny and Ruohan 5 tahun, maybe Johnny anggap Ruohan macam adik, and Ruohan anggap Johnny macam abang.

Ada juga yang cakap itulah another bukti whoever yang berlakon dengan Johnny end up selesa dengan Johnny. Mana-mana pelakon baik lelaki atau perempuan suka peluk and pegang Johnny because Johnny someone yang safe to be aroud with.

Then keluar clip ni...



Klip ni la yang buat Alice terbakor. Dah kau pulakkkk nak merentan, kenapa? Atas badan Dilreba ke Johnny landing tu? Kahkahkah.

Yang buatkan fans Johnny balas balik, bila Alice kata "macam nilah yang Johnny buat kat Dilreba dulu. Kat lokasi bukan main close tapi bila mintak clarification, senyap".

Lahhhh??? Kenapa tak mintak clarification dari Dilreba? Kalau Dilreba pun senyap tak cakap apa-apa, dah kenapa Johnny pulak kena buat statement?

Between Johnny and Ruohan, fans masing-masing tak mintak apa-apa clarification pun. Kitorang just enjoy the process. Orang tu bekerja kot. Biarlah dorang nak create chemistry on set. Just like Dilreba and Johnny dulu rapat sebab nak create chemistry supaya lakonan tak kejung. Tapi korang yang bongok pegi question macam-macam. Now, menyibuk. Dia pulak nak question macam-macam.

Tak cukup dengan baring, keluar pulak video main-main tangan...



Yang ni kategori video terkantoi ke camana aku pun tak tahulah. Hahahah. Tapi fans Johnny and Ruohan seronok. Walaupun gelagat dorang dalam vieo ni masih menjadi tandatanya kenapa senyap-senyap main tangan dalam kereta sebelum kamera rolling, tapi takde siapa pun mintak agensi bagi clarification. Kita just nak enjoy the process. What happened between them, sukatilah. Kita tak nak kacau the mood.

Hat ni kita serahkan kepada CP fans handle. Biar CP fans cari bukti. Mbahahah. Solo fans dendiam sudah. Solo fans bersedia dengan data and statistik sebelum drama launch nanti.

Tapi lawaklah bila CP fans menganjing Alice dengan clip tu. Saja je nak bakor. Dorang ingat Johnny-Dilreba tu dah cukup close? Ni ha siap main tangan sorok-sorok. Udah-udahlah nak kaitkan Dilreba dengan Johnny. Move on, please?

Kadang aku kesian dengan Dilreba sebab dapat fans gila. Fans dorang tak membantu menaikkan kerjaya. Johnny punya fans tak kisah lansung pasal personal life Johnny. Kalau bercinta, kita seronok. Tak bercinta, tak kisah. Kalau dah kawen, pun tak kisah. Yang kita nak is your kerjaya ada progress. Fans sentiasa ready with data and statistik setiap kali drama nak launch. Itu baru namanya FAN-GIRLING. Ni tak. Kau nak jadi fans tapi nak kontrol dengan siapa idol kau bercinta, berkawan, berkawen. Fans pebenda gini?

Fans yang paling function so far is fans Leslie Cheung. 23 tahun mati, every year masih organize konsert and celebration. Ini baru namanya fans. Orang lain nak jadi fans, kau pun nak. Tapi tak function.

Drama Dilreba tu manjang flop, patutnya kau as fans do something la. Ni tak, support setakat shipping dengan male actor. Pastu spam comment tak tentu arah. Tak cukup dengan tu, kau gaduh dengan fandom lain. Itu bukan support, tu memekak lebih.

Vibe Love Song in Summer sangat positif. Dua-dua fans berganding tenaga promote this drama. We are targeting one more new 10,000 heat index. Kasi Johnny sapu rekod bersih.


2026-05-03

Kita ni kalau tak pernah aniaya orang, kita takkan terfikir orang akan aniaya kita.


Aku tengah buat countdown to #silverweddinganniversary #25thanniversary kat IG. Everyday buat satu post mengimbau moment-moment sepanjang berkahwin. Saja je buat seronok-seronok.

Ada satu post tu aku cerita pasal purse 3 kali hilang semasa bercouple dengan si anu. Hilang 3 kali aku tak pernah terfikir if purse tu si anu yang ambik. So this one follower tanya kenapa aku tak pernah syak dia ambil.

Macam ni ya, dik.

Kita ni kalau tak pernah aniaya orang, kita takkan terfikir orang akan aniaya kita.
Kita kalau tak pernah tak bayar hutang orang, kita takkan terfikir orang tak bayar balik hutang kita.
Kita kalau tak pernah ambik hak orang, kita takkan terfikir orang akan ambik hak kita.

Macam tu la aku dulu. 

Sebab aku tak pernah curi barang orang, jadi tak pernah terlintas dalam kepala barang aku orang curi. Apetah lagi dicuri orang yang paling rapat. Kawan-kawan aku dari awal dah syak si anu ambik, tapi aku tak pernah terfikir. Boifren kot, takkanlah nak ambik barang kita. Gitu aku berpikir.

Bak kata kawan aku "Selama kau dengan si anu, 3 kali purse kau hilang. Sejak kau dengan Wan, purse kau pernah hilang tak?"

Aku dengan En Wan bercinta long distance, memanglah dia takde peluang nak ambil purse aku. Maksud kawan aku tu, lepas break dengan si anu, pernah tak barang-barang aku hilang?

Ya, betul. Memang takde barang aku hilang. Barulah aku fikir balik logiknya. Tapi tu la, masa pikir tu benda dah jadi, dah break dah pun.

Banyak benda yang aku tak puas hati dengan si anu. Aku punya benci dengan dia ni, aku tak nak jumpa dia dan taknak ada kaitan dengan keturunan dia lansung. Kelibat dia, bayang-bayang dia, semua aku tak nak tengok. Meluat sangat! Tak marah, tapi meluat.

Meluat sebab dia penuh dengan drama. Suka buat teruk. Buat-buat jadi gila. Buat-buat depression. Buat-buat kena aniaya. Buat-buat jadi victim. Buat-buat innocent bila kantoi. Buat-buat blur. 

Berlakon memang nombor satu! Sepanjang dia dengan aku hidup dia penuh dengan lakonan.

Satu masalah aku ni, cepat percaya orang. Aku tak pernah terfikir dia jadikan aku sumber ATM. Orang lain dah nampak benda ni sejak aku rajin belikan dia hadiah, belikan baju, seluar, belanja makan. Dia naik seronok aku tak berkira, tu pasal dia "simpan" aku lebih lama. Padahal belakang aku senyap-senyap bergayut call ex lama.

Pandai dia. Nak bergayut pegi kat booth telefon fakulti, jauh. Orang tak banyak lalu situ, takde siapa nampak dan syak apa-apa. Yang aku ni bodohlah amat, call En Wan pakai booth yang depan koperasi, tempat orang lalu-lalang. 

Tu pasal dia boleh tahu aku dah ada pengganti, lantas naik hantu dan menggila. Sebab aku call di tempat terang. Sebab kita tak buat salah, kan. Buat apa nak sorok-sorok. Aku call boifren selepas dah break dengan dia. Yang dia call ex masa masih dengan aku. Patutnya aku yang menggila kat dia. 

Sorang kawan lelaki kitorang yang happened to be his bestfriend pernah cakap "Diana untung dapat si anu sebab kebarangkalian nak kena tinggal tu tak mungkin"

Macam tulah orang luar nampak kitorang dulu. Hampir pasti takkan breaklah kiranya, sebab ke mana-mana mesti bersama. Makan sama. Outing sama. Asal balik Semenanjung dia lepak rumah Mak Aji dulu. Orang nampak kitorang macam couple yang konfem jadi kawenlah. 

Ceritanya, memanglah dia setia, sebab aku ada yang dia perlu. Iaitu DUIT aku.

Aku tak kaya. Duit aku bergantung pada duit MARA. Tetiap bulan Mak Aji masukkan RM200. Itu je sumber duit aku pun. Tapi walau sikit, duit aku sentiasa ada. Duit dia always takde. 

Entahlah aku malas nak cakap pasal ni, sebab aku takde bukti. Tapi bila dapat tahu dia contact his ex dan balik cuti keluar dengan ex, maybe dia spend duit kat ex la kot tu yang selalu takde duit bila dengan aku.

Tu pasal bila kitorang break, dia bengang. Bengang sebab sumber kesenangan dia hilang. 

Yang kedua, dia bengang sebab En Wan dapat aku. Aku tak rasa dia bengang aku dapat En Wan sebab dia tak kenal pun En Wan. Dia bengang sebab dia tahu aku akan spend duit aku kat En Wan macam aku spend kat dia. So dia berdengki dengan En Wan sebab bakal dapat apa yang dia enjoy dulu. 

Lagi satu yang buat dia bengang adalah, dia lost parents and family aku. Mak aku cukup baik, belikan tiket flight untuk dia bagai. 

Aku ni tak tahu cerita. Rupanya dia call mak aku senyap-senyap bagitau nak balik tapi takde duit. KAU RASA?? 

Aku masa dapat tahu pasal ni (selepas break), rasa geram gila. Aku geram sebab apa yang mental sangat kau ni sampai tergamak call mak aku buat cerita sedih untuk dapat tiket flight? Macam takde maruah. Mak bapak kau takde ke, setan?

Everytime balik bercuti kemain selesa melepak rumah Mak Aji berlama-lama, tak nak balik kampung. Sebab dia bukan orang senang. Jenis orang susah yang lupa diri. Dia berlagak macam dia sebahagian dari keluarga aku. Tu pasal bila balik bercuti dia melepak rumah Mak Aji lama sebab subconcious mind dia percaya itu rumah keluarga dia.

Padahal rumah abang dia kat Subang Jaya. Kakak dia ada kat UPM. Tapi tak pernah balik rumah abang kakak. Masa tu aku bertanya juga, dia cakap tak nak susahkan dorang. Yang aku pun bodohlah haiii, percaya. Yang benaunya abang and kakak dia pun menyampah dengan perangai dia.

Aku lebih kepada MENYAMPAH dengan si anu ni. Menyampah, meluat, geram dengan perangai dia yang suka berlakon tu. Ini yang aku kesalkan sangat. Dia pukul aku tu aku tak berapa kesal sangat, tapi perangai dia tu. Cukup pandai berlakon. Pastu takde common sense. Suka letakkan kesalahan kat orang lain. Dia je lah victim.

Yang paling aku menyampah was dia ikut aku balik Semenanjung semata-mata nak tengok aku balik sebab apa. Masa tu kitorang dah BREAK! Aku balik bercuti sorang (buat apa nak ajak dia sebab dah takde connection lagi). Dia tahu aku dah ada En Wan so dia risau aku balik sebab nak jumpa En Wan. 

Punyalah mental dan insecurenya, dia beli tiket flight (aku syak dia pinjam duit orang atau maybe curi duit orang) dan balik KL. Masa ni aku dah sampai rumah sehari lebih awal. Tau-tau esoknya kawan call (lelaki) mintak aku jemput si anu kat airport sebab si anu takde duit nak ambik taxi ke rumah aku. 

Aku cakap apehal nak balik rumah aku pulak? Kawan aku kata "Entahlah Diana, aku pun tak tahu nak cakap apa. Cuma aku mintak jasa baik kau jemputlah dia kat airport. Dia takleh ke mana-mana tu, takde duit".

Ya Allah sakitnya hati aku. Sampai sekarang aku bengang. Sebab dia sumpah menyusahkan semua orang. Dah lah balik KL takde duit. Pastu nak balik semula kat sana mak aku yang belikan tiket. Mak aku takde pilihan sebab kalau dia tak balik, dia takkan keluar dari rumah tu.

Aku takde nombor abang and kakak dia. Kalau ada, memang aku call dorang suruh kutip adik dia kat KLIA. Dua kali kawan aku call mintak aku ambik si gila tu kat airport. Dah malam baru aku bagitahu Mak Aji pasal ni. Yang Mak Aji and Pak Aji pulak risau jadi apa-apa kat si gila tu, dorang pi jemput.

Yang geram tu bila sampai je rumah, dia buatlah lakonan muka deppression and keletihan. Macam babi. Dia ingat aku tak kenal muka berlakon dia tu. Mak aku pulak menambahkan baran aku bila mintak panaskan lauk hidang kat dia. Eh memang taklah aku nak layan. 

Pastu letak dia kat bilik Ibal. Dahlah bilik air aku and Ibal berkongsi (connecting bathroom). Pintu bilik air takleh kunci dari luar. Seram gila aku tido malam. Takut tetiba dia masuk cekik aku.

Esoknya time aku guna komputer kat bilik Mak Aji, dia senyap-senyap masuk bilik tido aku (dari bilik Ibal), and punggah laci nak cari diari. Sekali dia terjumpa surat-surat En Wan bagi. Pastu mengamuk-ngamuk. Hentak aku, pukul aku. Macam cibai. 

Berani dia pukul aku padahal Ibal ada kat bawah. Imagine how far he can go kalau takde orang dalam rumah?

The thing is, surat tu dari pakwe aku kot. Yang kau cari sape suruh. Dalam bilik tu semua barang-barang aku. Takde barang kau. Kau punggah, kau jumpa surat cinta, pastu kau nak mengamuk? Siapa suruh kau geledah, cibai??

Itulah sebenarnya tujuan dia ikut aku balik. Takde duit pun sanggup balik menyusahkan semua orang semata-mata nak puaskan hati dia. Dia ingat dengan cara tu dia boleh dapat aku balik agaknya. Lagi aku menyampah ada. 

Aku bukan menyampah sebab dia pukul aku, tapi PERANGAI tu. Macam budak-budak yang marah apesal kau tak nak kawan aku? Kalau aku tak kawan dia kau pun jangan kawan dia. Budak-budak bergaduh macam tu, kan? Dia stuck kat umur tu lah. Umur budak-budak. Bagi dia, kalau dia tak dapat aku, En Wan pun takleh dapat. Lahhhh lu sapa???

Itulah balik bercuti yang paling horror dalam hidup aku. Kena mengadap kelibat dia dalam rumah tu sampai habis cuti. Masa ni mak bapak aku dah tau dah dia gila, tapi masing-masing tak berani nak nasihat. Takut dia lebih menggila. Jadi kitorang semua layankan je sambil menunggu tarikh aku balik. 

Vibe dalam rumah tu jadi tak best. Mak bapak aku balik kerja terus naik bilik. Turun untuk masak, dan makan, pastu naik bilik. Masing-masing menyampah benaunya. Yang dia masih tak faham-faham. Sebab tu aku cakap perangai dia tu yang aku meluat. Pastu balik kolej gebang kat semua orang dia dapat layanan baik dari family aku. PANTAT.

Disebabkan suffocated dengan perangai dialah, aku buat kerja nekad accept bila En Wan ajak bertunang. Padahal baru sekali je jumpa En Wan. Memang gamble betul. Takde oranglah yang buat kerja gila setuju bertunang dengan lelaki yang baru jumpa satu kali. 

Waktu tu aku dah penat pikir panjang. Bagi aku, selagi takde hubungan yang strong dengan sesiapa, dia akan terus kacau aku. En Wan terfikir ajak aku bertunang. Agaknya dia tengok keadaan aku huru-hara sangat sampai jadi macam-macam hal kat sini, dia nekad ajak bertunang terus. Kau kacau tunang aku, masak kau. Aaa gitulah agaknya pikiran dia. 

Maka aku dengan tak pikir panjang, terus setuju. Apa nak jadi, kendian pikir. Kita bertunang dulu. Nasib baiklah En Wan tu senonoh, dibuatnya dia pun setan? Tak ke lunyai hidup aku? Keluar kandang rimau, masuk kandang buaya. Cuma tu lah, annoying sikit orangnya. 


2026-05-02

Pelik bila dia boleh question boss beli kereta baru, boss kerap cuti, boss masuk ofis 2 jam.


Aku tak tahulah golongan generasi mana yang kuat merentan mengutuk boss kat media sosial (Thread to be specific). Pelik bila dia boleh question boss beli kereta baru, boss kerap cuti, boss masuk ofis 2 jam.

Kau dah kenapa, dik? Boss kau tu TUAN PUNYA company tempat kau bekerja. Dia tak perlu berada dalam ofis macam pekerja lain. Dia dah hire korang untuk buat kerja. Tugas dia adalah MEMBAYAR GAJI dan segala benefit korang. Itu kerja dia. Kerja kau buat tugas yang diberi. Full stop.

Dia camni. Kalau boss kita adalah manager atau supervisor yang sama-sama makan gaji macam kita, dan that manager masuk opis lambat, balik awal atau always missing in action, itu logiklah nak question. Ini yang kau question owner of the company. Kan ke tak masuk akal tu?

Selama aku berkerja makan gaji, hanya sorang saja boss aku (direct report) yang own the company. Yang lain semua boss (manager) yang makan gaji dengan company. Semua manager ni ada punch card, kena submit form kalau nak cuti, kena submit MC kalau sakit, nak buat air kena bancuh sendiri kat pantry, ada sales target, sama-sama kena bambu masa meeting. Bezanya, dorang ada kelebihan macam reserved parking, ada bilik sendiri, gaji pun lebih banyak (hahaha).

Sorang saja boss aku yang tuan punya company iaitu Devil Wears Prada. Dia ada a few managers, tapi masa aku kerja dengan dia aku Head of Deparment, jadi aku direct report pada dia. Maka boss aku dialah.

Hari-hari dia masuk ofis pukul 10 pagi. Jarang masuk pukul sebelum 9 pagi. Dia sorang je takde punch card. Dia sorang je ada PA yang siapkan breakfast everyday. Selalunya pukul 3-4 pm dia dah balik. Tak tahulah pergi mana, samada appointment atau balik rumah. Takde siapa question pun. Sebab tak logik nak question orang yang bayar gaji kita. Lantak dialah nak masuk lambat balik awal. 

Ni siap persoalkan boss tukar kereta. Aku baca macam...kalau dia tukar kereta pun why? 

Devils Wears Prada bawak BMW, sometimes bawa Cayenne (Porshe). Aku kadang park kereta sebelah dia. Takde pulak nak question apa-apa. Lagi rasa motivate ada bila nampak kereta dia. Like wowww, bestnya jadi dia. 

Bukan tak boleh bersuara kat media sosial. Nak luah perasaan, silakan. Tapi bila semua benda kau nak persoalkan sampai ke gaya hidup boss, aku rasa macam kau tak faham struktur kerja dalam company.

Company yang kau kerja tu bukan kedai runcit yang semua orang at the same level ada tanggungjawab yang sama. Tak. Dalam company, ada yang hire, ada yang di-hire. Ada yang tanggung risiko besar, ada yang handle their daily task/responsibilities. These two groups are not the same.

Owner company (boss kau) bukan pekerja yang dinaikkan pangkatnya menjadi boss. Dia adalah orang yang tanggung seluruh ekosistem company dari gaji staf, sewa ofis, cashflow, hutang, risiko dalam market, sampai ke benda yang staff tak pernah terfikir pun.

Bila company untung, yang pekerja nampak "Boss is enjoying life”. Tapi bila company berdepan dengan risiko macam zaman Covid dulu, yang kena tanggung dia sorang. Bukan pekerja. Pekerja expect gaji tetap masuk. Apa nak jadi dalam dunia ni lantak, janji gaji jalan. Betul, tak?

Itulah realiti yang ramai orang tak nampak sebab kau tak duduk dalam posisi boss tu.

Bila kita jadi pekerja, tugas kita simple sebenarnya. Sangat simple. Kita dah bersetuju buat kerja yang dibagi, dalam masa yang ditetapkan, dengan bayaran yang dipersetujui sekian sekian. That’s a straightforward exchange. Kita jual masa dan tenaga, syarikat (boss) bayar gaji.

Tapi bila kita mula rasa ada hak untuk audit kehidupan peribadi boss (owner), that’s already stepping into a space that is not yours.

Boss beli kereta baru? Itu duit dia. Samada dia beli dari profit bertahun, dari investment atau dari risk yang dia tanggung sendiri, that’s his/her decision.

Boss masuk ofis dua jam? Yes, kerja dia tak duduk depan laptop 9 to 5. Tapi dia mungkin jumpa big client, dia buat decision besar, dia fikir strategi, dia urus masalah yang staf tak nampak.

Boss kerap cuti? Ramai pekerja tak tahu boss walau bercuti tetap jawab call, ya. Pekerja je yang merentan-rentan bila bercuti kena jawab whatsapp boss. Dalam bercuti, boss masih handle decision, masih carry mental load company. 

Ramai owner sebenarnya tak pernah betul-betul off, walaupun secara fizikal dia takde di ofis. Boss jarang MC sebab inilah. Sebab sakit sikit pun tetap kena buat kerja. Lama-lama sakit pun fedap nak lekat kat dia. 

Dulu masa makan gaji, kalau demam tu kemain seronok lagi. Sebab boleh dapat MC secara halal. Hahaha. Now, bila demam pegi klinik, pastu doktor tanya nak MC tak, aku cakap takyah doktor. Bukan sebab tak perlu MC tapi sebab aku tetap bukak laptop balik rumah nanti.

Sekarang ramai orang tak cukup dengan men-judge colleague sendiri, nak judge boss pulak. Jenis yang merasa dia dah buat kerja banyak sangat. Padahal dia tak tahu boss tu lagi banyak buat kerja sebenarnya.

Pekerja hanya fokus hari ini buat apa. Tapi boss kena fikir bulan depan survive ke tak, sales cukup tak, cost boleh cover tak, trend market nak ke mana. 

Bila pekerja silap, habis kuat kena tegur atau buat balik semula. Tapi kalau boss buat silap, impaknya boleh sampai ke company, ke cashflow, ke reputasi, ke masa depan semua orang dalam team. Ini semua kerja mental yang pekerja tak nampak.

Kalau bisnes jatuh, yang pertama rasa bukan pekerja, tapi owner/boss. Gaji tetap kena bayar, supplier kena settle, sewa, overhead, komitmen tetap jalan. Kadang boss tak ambil gaji nak pastikan team tetap dibayar. Tapi bila boss buat keputusan yang tak popular macam terpaksa buang staff, terpaksa cut cost - ini semua decision yang pekerja nampak boss kejam. Yang sebenarnya boss tengah cuba selamatkan ramai orang lain.

Bukan semua boss sempurna. Ada yang memang tak bertanggungjawab, ada yang salah manage duit syarikat, ada yang zalim. Itu memang wajar dikritik. Tapi konteks tu penting. Kalau nak kritik, kritiklah pasal isu kerja, struktur, layanan, atau hak. Bukan lifestyle boss. 

Bila kau dah normalize persoalkan semua benda tentang boss, you are actually building a mindset that can backfire on you. Hari ni kau question boss. Esok kau jadi boss, orang lain question kau sampai ke benda yang kau sendiri tak sangka pun jadi isu. Sebab dunia kerja is not about everyone being on the same level sampai bila-bila. One day kau akan naik pangkat dan ada team sendiri. Masa tu kau akan diuji dengan perangai orang bawahan yang malas kerja, yang banyak komplen, yang rajin MC. Masa tu, welkam to the club!

Ni lah dia perangai. Tak dapat kerja, sibuk nak kerja. Dah dapat kerja, buat je lah kerja tu. Nak jadi pekerja, kena faham the limits of your role. Kalau nak jadi owner/boss, kena faham beban yang datang bersekali dengan jawatan tu. Both come with their own price to pay.

Aku selalu nampak orang cakap “Boss senang la, buat duit dari kerja kita. Kita kerja macam nak mati, boss yang enjoy lebih”.

Baik. Silakan tukar tempat.

Boss tak pernah cakap duit company tinggal RM1000. Dia tak pernah cakap ada invoice supplier belum dibayar. Dia tak cerita semalam jumpa supplier minta extend consignment sebab nak bayar duit gaji pekerja dulu. Dia tak cerita dah 10 haribulan, gaji bulan lepas pun tak ambil lagi sebab nak dulukan hutang-hutang lain. Tu belum lagi boss kena keluarkan duit saving sendiri untuk topup dalam akaun company.

Aku berani kerat jari, takde boss yang akan bercerita susah dia. Boss hanya akan tunjuk rileks dia je everytime masuk opis. 

Bila jadi boss, kau bukan lagi kena fikir gaji sendiri. Kau fikir semua gaji orang lain sama. Kau bukan lagi kerja untuk stabilkan diri sendiri, tapi untuk pastikan ramai orang lain boleh hidup stabil. Kadang-kadang boss tu nampak je macam free, tapi otak dia tak pernah free.

Aku bukan nak bias. Mentang-mentang aku boss. Tak. Cuma nak betulkan perspektif saja.

Kita kena kembali pada basic. Kau pekerja, kau buat kerja kau. Dia owner, dia buat kerja dia. Kalau ada salah guna kuasa, itu lain cerita. Tapi kalau sekadar nampak hidup boss lebih senang, itu bukan reason untuk kau hentam boss. Kadang-kadang yang nampak senang tulah yang paling banyak tanggung pressure. 

Sebab itulah boss kau duduk di position tu sebab menjadi boss kena tahu handle emosi. Kalau merentan 24/7 stress stress stress tak sudah-sudah, kau duduk jelah kat position sekarang diam-diam buat kerja. Banyak lagi benda kau kena belajar tu.


2026-05-01

Yang susah tu bukan zaman 90-an. Yang susah tu aku.


Ramai pakat tengok movie Michael. Kat Thread ramai buat post pasal ni. Ada some of them share experience tengok konsert Michael kat Malaysia. Tahun bila eh? 1996-1998 gitu. 

Tiket masa tu murah je. Paling murah RM80. Tapi seat RM80 ni maybe nampak Michael secotet je la. Zaman dulu skin besar belum se-power sekarang. Entah ada ke tak skrin besar masa tu.

Ada a few people tunjuk GAMBAR dorang with Michael. Bergambar, ya! Ada sorang ni tulis "I was at both concerts. I was just 9 years old" (konsert Michael kat Malaysia buat 2 hari sebab stadium can only fit 40K).

Aku baca macam WOW! Dah lah pegi dua-dua hari. Masa kecil pulak tu. Maknanya apa, gais?

Ya, maknanya parents dia KAYA!

Aku ingatkan tahun 90-an tu tahun susah. Tahun kebanyakan orang hidup susah. Nak bermewah-mewah apetah lagi. Rupanya salah, ya. Zaman 90-an bukan zaman susah. Yang susah tu AKU.

Aku ingatkan tahun 90-an tu zaman segalanya sederhana. Ke mana-mana pergi naik bas, makan warung, belanja sekolah 50 sen. Rupanya tak. Aku je yang tak kaya. Rupanya RAMAI yang sangat mewah masa tu. Boleh bawak anak-anak tengok konsert MJ 2 kali! Bayangkan tiket MJ paling murah masa tu hanya RM80 pun bukan satu kemampuan untuk keluarga aku.

Tahun 1996-1998 aku dh kat Kuching. Tak kecil sangat, tapi zaman ni masih belum senang. Sama je dengan zaman sekolah dulu. Mujur ada duit MARA. Kalau takde, rasanya aku tak sambung belajar.   

Aku cerita kat En Wan, dia kata kalau dia ada kat Malaysia masa tu dia akan datang konsert MJ. Bila dia cakap gitu aku macam ohh yes. Lupa pulak, dia tahun 80-an dah pegi sekolah dengan driver. Aku je pegi sekolah jalan kaki. 

Everytime aku cerita aku takde duit nak beli buku latihan. Nak makan KFC kena dapat nombor 1 dulu. Nak makan satey Kajang kena achieve something big. Tak pernah bercuti melainkan menumpang bapak aku outstation. Dia rasa macam aku buat cerita. 

Tapi kalau aku kat tempat dia pun aku akan rasa si Diana ni membongak je lebih. Takkanlah nak makan satey Kajang kena bersyarat. Berapa sen sangat satey. 

Bila aku pikir-pikir balik, maybe kawan yang ejek baju raya aku buruk tu, she was right. Maybe betul agaknya baju raya aku buruk. Aku yang tak perasan baju tu buruk sebab aku jarang ada baju baru. Asalkan baju baru, murah pun takpe, janji baru.

Dari sudut pandang dia, apehal kau datang beraya rumah aku pakai baju buruk? Aku buat majlis gempak, pleaselah respect majlis aku, at least pakailah yang cantik. Maybe itulah perspektif dia waktu tu. 

Perspektif orang have-have ni lain sebenarnya. Perspektif dibentuk oleh apa yang kita lalui. Benda yang bagi aku normal, tapi bagi orang lain pelik. Benda yang bagi orang lain basic, bagi aku that's luxury.

Aku rasa korang yang pernah baca cerita aku pasal nak makan KFC kena dapat nombor 1, mesti ada yang rasa "Eleh, sebenarnya nak cerita dia pandai dapat nombor 1 la tu". Betul tak?

Sebab to you, KFC tu biasa-biasa. Nak makan, pergi beli jelah beli. Apesal nak kena tunggu exam baru nak makan.

Tapi untuk aku, KFC tu reward. Kena achieve something dulu baru dapat makan. Tu pun beli family set je. Sorang seketul saja, ya. Masa uncle aku nak fly ke overseas, dia bawak buah tangan ke rumah Mak Aji sebab dorang nak bergerak ke airport dari rumah Mak Aji. Dia bawak makanan siap-siap supaya tak menyusahkan. KFC satu barrel, der! Masa tulah aku dapat makan lebih dari seketul. Seronok gila.

Aku cerita kat En Wan dia gelak cakap “Takyah nak dramatik sangat, boleh?”

Dramatik dia kata. Sebab dalam dunia dia, setakat KFC tu tak pernah jadi isu pun.

Tipulah kalau aku tak terasa hati bila orang ejek baju raya aku buruk. At this age, masih terngiang-ngiang lagi kat telinga aku ejekan tu. Walaupun aku try to understand dari perspektif dia, tetaplah rasa sedih tu ada. Bukan apa, sebab itu je baju paling cantik aku ada. Aku bukan tak tahu dia orang kaya. Aku tahu. Sebab dia lahir kat UK. Mak bapak dia both belajar kat sana. Balik sini of cos kerja besar and duduk rumah besar. Maka aku pilih baju yang cukup cantik di mata aku khas nak pi majlis dia. Dalam kepala aku, itu dah cukup cantik.

Tapi dari sudut pandang orang yang hidupnya sentiasa ada pilihan, yang dah biasa dengan standard tertentu, dia nampak baju aku buruk. Sebab benchmark dia berbeza. Orang macam ni tak pernah hidup dalam keadaan “asalkan ada”. Dia hidup dalam keadaan "always pilih yang the best". Sebab tu aku cakap, perspektif orang have-have ni memang lain. Bukan sombong, tapi cara dia menilai sesuatu tu datang dari pengalaman dan kebiasaan hidup dia.

Serupa macam En Wan masa datang rumah aku, dia tanya "Kenapa TV rumah awak kecik?"

Kau boleh terpikir tak nak tanya soalan tu kalau pergi rumah orang? 

Masa tu aku terkejut juga sebab soalan dia pelik. Apa yang keciknya? Kitorang serumah tengok TV size inilah dari dulu, ok je. Tak pernah terfikir yang TV ni kecik. Tapi ye lah, sebab En Wan dari kecil dah mewah hidup, maka TV aku tu jadi satu benda yang pelik bagi dia. Like, apesal kau nak beli yang kecil? Benda nak tengok hari-hari kot. Belilah yang besar.

Membesar dalam keadaan serba cukup, you see everything as a choice. Nak TV besar ke kecik, nak makan luar ke tak, nak beli itu ini, semua based on preference. Orang yang hidup dalam comfort dari awal tak selalu nampak sudut pandang orang tak kaya macam aku. Bukan dorang tak pandai bersyukur, tapi sebab pengalaman dorang berbeza. 

Orang-orang macam ni dah biasa dengan consistency yang selesa, so dorang tak perlukan small wins untuk rasa ok. Bila kau datang dari keluarga yang sederhana atau susah, banyak benda dalam hidup bukanlah pilihan. It's keperluan vs kemampuan.

Bukan tak nak beli TV besar, tapi memang tak mampu. So bila orang tanya, “Kenapa tak beli yang besar?”, dalam kepala aku jawab, “Sebab tak mampu.” Tapi maybe dalam kepala dia kata, “Sebab dorang tak terfikir kot?” 

Boleh nampak tak gap tu?

Tapi kan, sejujurnya, dari kecik lagi aku suka dengan mindset orang-orang kaya. I mean mindset kawan-kawan sekolah aku yang parents-nya kaya. 

Mindset orang yang ada pilihan ni takde limitations. Dorang sangat positive. Takde negatif vibe lansung. Kalau kerja berkumpulan, dorang punya idea tu macam air terjun keluar. Kagum gila aku. Sebab dorang banyak membaca, banyak tengok tempat orang, banyak bergaul. Jadi cara fikir dorang A+.

Aku dulu bahan bacaan cuma buku teks je. Holiday pun tak pernah. Bergaul cuma dengan kawan-kawan sekolah. Apa je lah network aku. Kawan-kawan aku yang have-have ni pegi kelas tusyen, kelas piano, kelas taekwando, swimming class, etc. Network dorang besar, maka cara fikir dorang best.

Otak dorang operate berbeza. Sebab dorang kurang berada dalam mode survival, lebih banyak mode exploration. Dorang jenis yang tak sibuk fikir macam mana nak cukupkan basic things, jadi dorang ada ruang mental untuk fikir idea, opportunities dan possibilities. 

Aku ni dulu kalau kerja berkumpulan nak bagi cadangan pun seram. Bukan takde buah pikiran nak share tapi buah pikiran ni tak datang dengan air liur semata. Kena datang dengan duit sekali barulah hasilnya gempak. Aku ni duit belanja pun 50 sen. Nak beli manila kad pun pikir 3-4 kali. Camno nak bagi idea gempak?

Di kala aku berpikir-pikir macam mana nak cukupkan belanja duit MARA sampai hujung bulan, ada budak umur 9 tahun parents-nya dia dah bawak pergi tengok konsert MJ dua malam berturut-turut. They treat konsert international as weekend activity. Tak payah tunggu achievement unlock untuk dapatkan something. Dorang ada kemampuan untuk jadikan benda luar biasa sebagai biasa.

Sedangkan aku di zaman tu, even the most basic things belum tentu dapat. Sebab tu aku cakap, yang susah tu bukan zaman 90-an. Yang susah tu aku.