Sitemap
Lyyn.

Lyyn.

Ethereal.

untitled.

3 min readJan 28, 2026

--

-why is it always in another life?

KUNCI kereta dicampakkan ke atas sofa dan dia merebahkan badannya secara melintang. Bantal kecil di hujung sofa itu diambil dan menekup wajah sendiri. Dia aje ke yang rasa rumah ini terlalu terang?

"Balik dah?" Suara Amelia, adiknya yang beza setahun muda daripadanya bergema di dapur. Huo mengeluh kuat. Satu isu dia tengah serabut kepala, satu lagi isu nak menjawab dengan Amelia.

"Along? Dah jumpa ke?" Suara Amelia yang semakin dekat membuatkan Huo semakin menekap bantal ke mukanya sendiri. Kalau putus nafas terus, lagi baik.

"Along!" Bantal dari wajahnya diangkat jauh. Huo berkerut tidak puas hati.

"Kau kenapa?"

"Along tu kenapa? Dah jumpa Kat ke?"

Jarinya laju menjentik dahi Amelia. "Kakak. Cuba panggil dia kakak. Dia lagi tua dari kau la,"

Amelia hanya mengguling mata. Katrina pun tidak kisah samaada dia letak 'Kak' atau tidak dibahagian depan nama gadis itu, Huo aje yang terlebih sensitif. Tapi.. kena reject juga.

"So??"

"She thanked me." Huo mengukir senyum pahit. Ucapan terima kasih Katrina itu macam mereka takkan bersua lagi selepas ini. Liur ditelan kesat. Takkan lah kan?

"Serius?" Amelia mengangkat kening. Kronologi Huo dengan sesuatu tanpa nama yang melibatkan Katrina memang sejak awal dia dah tahu, cumanya dia tak sangka yang Katrina akan ucap terima kasih selepas seminggu gadis itu tidak menjawab mesej abangnya.

"Dia cakap terima kasih jadi kawan dia selama ni.. dia minta masa. Dia tak boleh paksa diri dia sendiri.."

Huo termenung. Rasa sesak dia tidak hilang lagi. Kalau Kat memang tidak mahu tengok muka dia lagi selepas ini, dia tidak tahu nak buat apa.

Get Lyyn.’s stories in your inbox

Join Medium for free to get updates from this writer.

"Hmm," Amelia hanya menggeleng.

"Betulla tu apa yang dia buat."

Serentak, Huo memandang adiknya sendiri. "Kau side siapa sekarang ni? Kalau dia betul tak nak tengok muka aku dah macam mana?"

Amelia senyum. "Then, you vanish. Itu pun nak kena ajar ke? Don’t force her. Dia tak salahkan along pun kan?”

Huo terdiam. Katrina memang tidak cakap apa-apa. Dia pun tidak minta Katrina balas apa-apa, hatta balas perasaan dia semula pun dia tidak minta. Cumanya..

The thought of not seeing her again killed me. Huo meraup rambut. Kusut! Kenapa dia perlu jujur sangat? Ke semua ini dalam pandangan Katrina nampak memaksa?

Did he force himself into her space?

"Along, kau kena faham Kat jadi macam itu sebab apa. Kau tahu kan?"

Soalan itu membuatkan Huo terdiam sendiri. Katrina memang jujur tidak mahu terikat dengan apa-apa. Pada sesiapa pun. Mungkin jalan cerita gadis itu yang menjadikan situasi lebih rumit. Cumanya, dia sejak awal sudah maklum dengan perkara itu dan.. entah. Mungkin dia yang mementingkan diri sendiri. Akhirnya sekarang, ada kemungkinan yang dia takkan jumpa Katrina lagi.

Huo kembali baring dan menekup wajah.

"Did you ever tell her about her heels?"

Huo merenung siling. Punca Amelia beria bertanya dia sebab adiknya itu meminjam kasut milik Kat dan berpesan supaya dia pulangkan semula kepada Katrina. Tapi..

"Biar je la. Letak je dalam kereta aku." Kalau tak boleh jumpa tuan dia, sekurangnya dapat tengok kasut dia pun jadila. Impulsif sangat bertindak ikut kepala sendiri, kan dah mendapat.

Amelia tergelak. "You're hopeless."

Huo kembali memejam mata. Maybe he is. Kalau tidak dia tak rasa seteruk ini. Wajah lembut Katrina yang berkerut tidak selesa itu kembali menjengah minda. Huo.. you messed it up. All of it.

--

--