Sitemap

Perasaan

Ego nya aku, tayang kegembiraan palsu kepada umum walhal aku sedikit pun tidak merasai kegembiraan walau setitik. Masih terduduk di takuk yang lama, mengingati memori dulu seperti baru semalam. Masih segar di ingatan tapi cepatnya masa berlalu. Tiba-tiba emosi kian celaru.

Aku meletakkan soal hati dan perasaan yang terpupuk selama dua tahun di pelusuk yang terdalam, supaya tidak dijumpai lagi. Tapi kenapa rasa itu masih wujud? Hanya kerana sepatah perkataan dan aku jadi tak keruan? Sakit. Tapi aku cuba teguhkan diri, cuma berharap yang dia hidup bahagia, lebih baik daripada bila dia bersama aku.

Get احمد جوهان بن ابراحيم’s stories in your inbox

Join Medium for free to get updates from this writer.

Sedih, sebab aku sudah lakukan segala yang termampu untuk menjaga hati dan perasaan, memenuhi permintaan kasih dan sayang, tapi bila masa yang menentukan, kau tak boleh buat apa-apa untuk meneruskannya lagi. Aku bukan yang terbaik untuk dia, tapi dia pernah jadi yang terbaik untuk aku.

Buta, sebab aku tidak mengendahkan perasaan aku yang terpagar. Membiarkan diri termakan perasaan, mengoyakkan muka surat dari kitab kehidupan, supaya aku dapat pergi hilang dari dia, tapi kenapa satu patah perkataan tu buat hati aku remuk? Aku tidak marah sikit pun tapi sedih yang melampau, padahal aku sudah buat yang terbaik untuk melepasi fasa meninggalkan perasaan, sebab itu yang terbaik, kan? Jadi kenapa masih sakit?

Cukuplah, aku sebenarnya tidak berdaya lagi untuk melawan perasaan ni, mungkin ini dosa yang aku kena tebus, sendiri, tanpa orang lain disisi, mungkin sampai bila-bia. Aku cuma mampu berharap dia lebih bahagia disamping teman baru, dan aku doakan yang terbaik untuk dia, yang pernah singgah di taman hati kusam ni.

احمد جوهان بن ابراحيم
احمد جوهان بن ابراحيم

Written by احمد جوهان بن ابراحيم

ᴬˢ ʳᵃⁿᵈᵒᵐ ᵃˢ ᴿⁱᶜᵏ & ᴹᵒʳᵗʸ ˢ⁰²ᴱ⁰⁸ ᴬⁿᵈ ᵃ ˡᵒᵗ ᵒᶠ ᶜᵘˢˢⁱⁿᵍ.