cupcakes
aryana’s pov.
Aku tersenyum sambil membuka pintu kereta. excited pulak nak kasi aidan dengan danny. adik aidan tu suka sangat chocolate cupcakes ni.
Pintu utama aku ketuk 3 kali. 3 kali je cukup, tak boleh lebih!
Beberapa saat kemudian pintu terbuka dan muncul lah muka adik lelaki aidan yang muda 10 tahun dari dia. Danny memandang aku lama, kemudian riang menyapa aku.
“Kak ary!! masuklah. apa kak ary buat kat sini? abang tak ada cakap akak nak datang pun” Danny membuka pintu rumah luas untukku. Aku tersengih sambil cuba sorok bekas cupcake dekat belakang badan. Belum sempat aku surprisekan Danny, muncul satu muka yang agak familiar dari dapur.
Get min’s stories in your inbox
Join Medium for free to get updates from this writer.
“Danny? cepatlah, kak Nad nak bakar dah- eh? Aryana?”
Tak sempat aku persoalkan kenapa aidan pakai apron, muka yang aku harap tak nampak keluar dari dapur, dengan apron jugak.
Jadi betul la, kak nad tu Nadiah.
Diorang bertiga pakai apron sekarang. Tak perlu nak teka kot apa yang diorang tengah buat. “Jom la join kitorang akak! Danny, abang Aidan dengan kak Nad tengah bake cupcakes coklat!” ajak Danny, teruja.
tapi aku tak rasa aku mampu untuk teruja sekarang.
aku ambil tangan Danny dan bagi dia bekas cupcakes yang aku bawak tadi lalu pergi tak toleh dah ke belakang.









