Sitemap

Ubatan HIV

3 min readJun 11, 2020

--

Ini merupakan bebenang oleh Fikri (kurator) di Terokai — Sains pada 3 Jun 2020.

Selama ini saya ada sebut tentang HAART, jadi apakah itu sebenarnya? Mari kita bincangkan!

Selepas mendapat tahu status HIV +ve, amat penting untuk mendapatkan rawatan secepat mungkin bagi memastikan:

‘viral load’ atau jumlah virus dalam badan berkurang (suppressed)➡️ bilangan sel CD4 bertambah ➡️ sistem imun badan kekal stabil.

Nama rawatan untuk melemahkan virus HIV ialah ART atau HAART, ‘Highly Active AntiRetroviral Therapy’.

Bermula daripada penggunaan monoterapi (satu jenis ubat) yang kurang efektif, kombinasi beberapa jenis terapi AntiRetroviral digunakan (maka terciptalah highly active AntiRetroviral therapy) kerana

virus HIV berupaya untuk bermutasi pada pada kadar yang tinggi! Lalu menyebabkan terjadinya rintangan terhadap rawatan yang berasaskan satu jenis ubatan sahaja.

Misi utama HAART adalah untuk:

1. Menghalang virus replikasi ➡️mengurangkan jumlah virus

2. Menambahbaik bilangan sel CD4 dan sistem imun.

3. Kurangkan implikasi akibat HIV

4. Kurangkan risiko transmisi HIV kepada individu lain

Beberapa jenis ubatan digunakan berasaskan (ada 5):

1. Perencat kemasukan (entry or fusion inhibitors)
- menghalang virus daripada meresap ke dalam sel CD4
- contoh: CCR5 inhibitors, attachment inhibitors, fusion inhibitors

Get Terokai - Sains’s stories in your inbox

Join Medium for free to get updates from this writer.

2. Perencat transkripstase terbalik nukleosida (nucleoside reverse transcriptase inhibitors)

- bagi menghasilkan virus HIV yang lain, virus ini perlu reverse transcript RNA nya kepada rantaian DNA sel.

Jadi, dengan menambahkan nukleosida @ nukleotida (Adenine/ Thymine/ Cytosine/ Guanine) yang berbeza daripada rantaian RNA asal kepada proviral DNA, ini akan menyebabkan rantau DNA itu menjadi ralat.

– bayangkan ada sedang menyalin nota daripada buku/ laman sesawang tiba-tiba adik anda menumpahkan air milo pekat dengan sengaja, sudah pasti nota tersebut tidak dapat digunakan bukan? Malah, anda pasti naik berang 😳

3. Perencat transkripstase terbalik bukan-nukleosida (non-nucleoside reverse transcriptase inhibitors)
- bertindak lebih kurang penghalang di atas, tapi sebaliknya penghalang (inhibitors) bercantum (binds) dengan enzim transkripsi terbalik itu.

jika tadi, adik anda menumpahkan milo, kali ini tiba-tiba pen/ pensel anda hilang dakwat atau rosak pula.

4. Perencat integrase (integrase inhibitors)
- ingat tak tentang konsep pemandu pelancong enzim integrase untuk membawa proviral DNA kepada rantaian DNA sel? Jadi, kehadiran penghalang ini merencatkan enzim integrase.

5. Perencat protease (protease inhibitors)
- rantaian protein HIV yang sudah siap diterjemah akan dipotong dan direncatkan oleh perencat ini.

Jika anda perasan, cuba bandingkan dengan thread 2:
1. Ubatan jenis 1 menghalang langkah 1.
2. Ubatan jenis 2 dan 3 menghalang langkah 2.
3. Ubatan jenis 4 menghalang langkah 3
4. Ubatan jenis 5 menghalang langkah 4 @ 5

https://twitter.com/tweetsains/status/1268129399355797505

Suatu fakta paling penting untuk anda tahu, sekiranya pesakit telah mengambil ubatan HAART secara konsisten selama 6 bulan ±, viral load nya akan turun sehingga ke paras tidak dikesan oleh ujian saringan.

Konsep Undetectable = Untransmittable (U=U) diperkenalkan di sini!

Nanti kita lihat mengenai konsep tersebut.

Rujukan dan Bacaan lanjut:
1. The science of HIV and AIDS — overview
Our detailed account of the science explains how HIV is transmitted, replicates in the body, can be treated, and progresses to AIDS without treatment.https://www.avert.org/professionals/hiv-science/overview

2. Understanding HAART for HIV
Also known as the “AIDS cocktail,” antiretroviral therapy (ART) is a combination of antiretroviral drugs. This treatment has been highly effective in delaying the progression of HIV. Find out what ty…https://www.healthline.com/health/hiv-aids/understanding-the-aids-cocktail

Ini merupakan bebenang oleh Fikri (kurator) di Terokai — Sains pada 3 Jun 2020.

--

--

Terokai - Sains
Terokai - Sains

Written by Terokai - Sains

Membawakan sains kepada anda oleh rakyat Malaysia dalam misi #MerakyatkanSains