Stories by Saya Amir on Medium
Aku mengacau gulai ayam yang sedang menggelegak di atas dapur. Di atas stove sebelah lagi, telur dadar resepi istimewa sedang mengeras perlahan-lahan mengeluarkan aroma yang menusuk lubang hidungku yang berbulu lebat. Tak sabar rasanya hendak aku tuangkan gulai ayam ini ke dalam mangkuk milik Erna, dan memulangkannya semula kepada dia yang duduk di rumah hujung di tingkat 14, flat ini.
Sudah lama aku tak nampak Erna sehinggalah dia muncul semalam di muka pintu rumahku, menghulurkan semangkuk lauk ikan kembung masak singgang. Dia nampak tak sihat. Erna terkenal di kalangan jiran-jiran kerana lauk yang dimasaknya selalu tak sedap, tetapi lain pula dengan yang aku rasa semalam. Aku pula terkenal kerana selalu membalas lauk dengan kadar yang cepat. Jika hari ni ada orang bagi lauk dekat aku, esoknya aku akan balas semula kepada orang itu.
Lauk aku sudah siap masak. Aku tuang ke dalam mangkuk dan letak di bawah kipas supaya cepat sejuk. Aku ke bilik untuk mengenakan pakaian yang agak senonoh sebelum keluar rumah. Di flat ini, amalan tukar lauk sesama jiran sudah menjadi kebiasaan. Pernah sekali anak saudaraku Mica, bertanya kenapa kita kena bertukar lauk dengan jiran? Aku jawab, sebab rezeki tu pemberian Tuhan. Kita kena la kongsi sama-sama dengan manusia lain.
Aku pakai selipar dan melangkah pelan-pelan ke rumah Erna dengan semangkuk gulai ayam di tangan. Pintu rumahnya aku ketuk. Selang dua tiga saat masih tak berjawab. Aku sabar kerana aku tahu dia tinggal seorang dan masih belum kahwin. Aku dekatkan telinga ke pintu. Ada bunyi tv dipasang. Aku pulas tombol pintu. Tak berkunci. Aku masuk ke dalam.
Tv terpasang di ruang tamu. Tapi takda orang. Aku dengar bunyi air di bilik air. Aku langkah ke bilik air. Aku tolak pintu bilik air. Air terbuka tapi tiada orang. Sayup-sayup kedengaran dari bilik tidur suara menangis. Aku langkah pelan-pelan.
Pintu bilik tidur terbuka. Apabila aku sampai, aku nampak tubuh Erna telah terkulai dalam kolam darahnya sendiri di lantai. Mangkuk yang aku pegang terlepas ke lantai kerana terkejut. Aku mendekati Erna. Dia tak lagi bernyawa. Ada sebilah pisau tercucuk di bahagian kanan tengkuknya.
Suara tangisan semakin jelas aku dengar. Katil di dalam bilik itu ditutupi kelambu. Dan ada sesuatu di atas katil itu. Aku selak kelambu, kelihatan seorang bayi kecil yang baru dilahirkan dibalut dengan kain batik. Kulitnya masih merah.
Semuanya berlaku terlalu pantas. Aku keluar dari bilik itu dan mencari telefon. Aku hubungi nombor kecemasan.
Mulai dari hari itu, aku menyesal kerana selalu bertukar lauk dengan jiran, tetapi tidak pula bertukar khabar dengan mereka.
Tamat.
Tarantino datang lagi dengan filem ke lapan iaitu The Hateful 8. Filem ni tak menghampakan, sama seperti filem-filem Tarantino yang lain. Filem kali ni mempunyai rangka plot seperti Reservoir Dogs iaitu sekumpulan manusia terperangkap di suatu tempat dan berlaku satu konflik, dengan latar Western ala-ala Django Unchained tetapi kali ini dengan ribut salji.
Benda yang paling aku suka dalam filem ini ialah sinematografinya ataupun dalam bahasa mudahnya mengikut fahaman aku ialah teknik merakam gambar. Aspek ratio filem ni memang aku suka dan khabarnya filem ini telah dirakam menggunakan Ultra Panavision 70. Aku tak mahir sangat untuk explain pasal aspek teknikal pengkameraan yang depa guna ni, tapi usaha mereka ni nampaknya membuahkan hasil yang menjadikan filem ni distinct dari yang lain. Setiap shot dalam cerita ni memang sedap. Kalau kau dah menonton kebanyakan filem Tarantino kau akan akui perkara ni. Kebanyakan filem QT (Quentin Tarantino) sebelum ini kalau nak dibandingkan dengan TH8 (The Hateful 8) mempunyai sinematografi yang boleh dikatakan biasa sahaja dan yang paling menonjol pun mungkin Pulp Fiction. Latar tempat yang terpencil iaitu di dalam hutan dan di atas bukit juga mungkin menyumbang kepada kekemasan sinematografi dalam TH8 jikalau nak dibandingkan dengan filem-filem QT sebelum ini yang lebih banyak berlatar tempat di bandar dan pekan.
Benda yang paling tak kena sekali dalam filem ini pada mata aku ialah pemilihan seorang pelakon iaitu tak lain tak bukan ialah Channing Tatum (CT). Cerita ni berjalan dengan lancar sehinggalah kemunculan CT. Bila ternampak CT terus aku teringat 21 Jump Street. Aku sebenarnya tak ada masalah dengan CT, tapi bila CT muncul dengan membawa watak sebagai abang kepada Daisy Domergue aka The Prisoner, aku rasa macam feel Western tu terus jadi spoiled. Mungkin kalau orang lain yang membawakan watak CT tu, cerita ni akan jadi lebih ok.
Untuk elemen atau “tema” yang selalu dibawa dalam filem QT yang juga ada dalam TH8 ialah kesan khas yang gory, pistol dan tembakan berterusan selama beberapa minit, orang kena tembak (mati dan tak mati), kolam darah, darah pancut, tembak secara tiba-tiba, massacre, penipuan, balas dendam, motif tersembunyi, elemen homoseksual, diskriminasi kulit hitam dan easter eggs(?) untuk kita sama-sama bincangkan yang kali ni datang dalam bentuk surat dari Abraham Lincoln kepada watak Major Marquis Warren yang dibawa oleh Samuel L. Jackson. Aku tak pasti sama ada easter eggs ni valid atau tak, tapi setakat menonton filem TH8 ini sebanyak baru satu kali, aku masih keliru tentang hal ni. Jawapan yang paling konkrit setakat ni yang aku convince ialah Major Warren reka cerita pasal surat tu dan tulis sendiri surat tu supaya orang kulit putih yang jumpa dia akan lebih respek pada dia. Tapi boleh jadi juga surat tu memang betul dari Abraham Lincoln, kan? Hrmm, boleh jadi jugak.
Ok setakat ni saja. Sampai jumpa!
Hello hello hello. Macam ni ka nak tulis tajuk?
Hi selamat datang. Zzzzz, la dah tidur ka? Awal lagi ni. Lepak dulu. Esok pagi pukul 5 dah nak gerak. Gerak pergi mana? Mestilah gerak dulu pape rojer. Tapi harammm tak pernah rojer pon lepas dah gerak tu. Oklahbai.
Hello.