Stories by Cheqiim on Medium
Diseksa Diam-Diam di Pejabat: Mengapa Buli Mental ‘Gaslighting’ Boleh Menghancurkan Kerjaya dan Semangat Diri Seorang Pekerja Muslim
“Che Qiim, saya bertahan bertahun-tahun dan akhirnya saya rebah juga. Saya didiagnosis oleh doktor sebagai pesakit Kemurungan Major Berpunca Daripada Tempat Kerja (Majikan). saya hampir bunuh diri”, ujar beliau ketika menghubungi Al Falah Forensic Solution.
Adakah anda pernah terbangun pada jam 3.00 pagi dengan jantung yang berdegup kencang, rasa sesak di dada, dan fikiran melayang membayangkan apa pula “jerat” atau perli sarkastik yang bakal menanti di tempat kerja anda esok?
Jika jawapan anda YA, anda bukan bersendirian.
Bagi jutaan pekerja profesional mahupun separa profesional di luar sana, tempat kerja bukan lagi tempat mengaut rezeki yang berkat, melainkan medan “pembunuhan karakter” secara perlahan-lahan. Modus operandinya sangat halus iaitu tiada lebam di muka, tiada jerkahan kasar di hadapan khalayak ramai, tetapi emosi dan fikiran anda dipasung, dipertanyakan keupayaannya (corporate gaslighting), diturunkan pangkat secara halus, dan dipulaukan secara berstruktur (workplace mobbing).
Bila anda mengadu kepada Jabatan Sumber Manusia (HR), jawapan klise yang sering diterima:
“Alah, bos main-main je tu. Kau tu yang terlalu sensitif sangat!”
Tetapi adakah ini sekadar “tekanan kerja biasa”, atau satu Jenayah Hazard Psikososial yang membolehkan anda mengambil tindakan undang-undang serta dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT?
Mari kita bongkar realiti ini melalui lensa Sains Forensik Psikososial dan Model Fiqh Psikososial Pekerja (MPF-15).
Kronologi Tipikal: Apabila Dedikasi Dibalas “Hukuman Emosi”
Bagi memahami bagaimana jerat ini berlaku, mari kita lihat satu senario realiti industri yang kerap berlaku di sektor swasta dan perkhidmatan:
Kisah ‘Amira’
Amira bermula sebagai seorang pekerja yang sangat berdedikasi. Kerana kecekapannya, majikan memberikan pelbagai tugas serentak daripada menguruskan akaun, pentadbiran, sehinggalah tugasan operasi tanpa surat lantikan rasmi atau slip gaji yang telus.
Apabila syarikat melantik seorang Pengurus Besar (GM) baharu yang mempunyai hubungan kekeluargaan (nepotisme) dengan pemilik syarikat, segalanya berubah. GM tersebut mula berasa terancam dengan kecekapan Amira. Modus operandi intimidasi halus bermula:
Dipinggirkan dan Diperlekeh: Cadangan Amira disindir. Rakan sekerja mula menyindir: “Kalaulah aku jadi kau, dah lama aku belah…”
Taktik ‘Sidai’ dan Intimidasi Sistemik: Apabila Amira mahu berbincang, GM sengaja mengelak, membiarkan beliau menunggu berjam-jam di ruang legar (micromanagement & psychological torture).
Tukarkan Jawatan & Turunkan Gaji Sepihak: Tanpa sebarang Show Cause Letter atau Siasatan Dalaman (Domestic Inquiry), jawatan Amira diturunkan daripada Pengurus Operasi kepada ‘Penyelia Latihan’ (Trainee Supervisor) dengan potongan gaji secara tiba-tiba.
Penahanan Hak Kewangan: Duit tuntutan elaun kerja lebih masa (OT) dan Cuti Umum (PH) dipegang tanpa alasan munasabah.
Akibat pendedahan toksik ini, emosi Amira pecah (mental breakdown). Beliau dikejarkan ke hospital akibat serangan panik kronik dan diberikan Cuti Sakit (MC) oleh pakar perubatan.
Persoalannya: Adakah Amira perlu pasrah dan menganggap ini sekadar ‘ujian takdir’?
Lensa Forensik Psikososial & MPF-15: Undang-Undang & Fiqh Tidak Pernah Bisu!
Di bawah kerangka Model Fiqh Psikososial Pekerja (MPF-15) yang dibangunkan oleh pakar forensik industri Al-Falah Forensic Solution (AFFS), kes buli mental seperti ini dinilai berdasarkan integrasi 15 Kaedah Fiqh (Al-Qawa’id Al-Fiqhiyyah), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514 / Pindaan A1648 2022), serta Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta 177).
Berikut adalah 3 pemetaan utama yang wajar diketahui oleh setiap pekerja:
1. Prinisip Al-Darar Yuzal (Kemudaratan Mesti Dihapuskan) & Seksyen 15 AKKP 1994
Di bawah Seksyen 15 AKKP 1994 (Pindaan A1648), majikan mempunyai kewajipan mutlak statutori untuk menyediakan persekitaran kerja yang selamat, bukan sahaja dari sudut fizikal tetapi juga kesihatan mental/psikososial (ISO 45003 & PRISMA DOSH). Pendedahan pekerja kepada buli, pemulauan, dan gangguan emosi berterusan adalah satu kemudaratan (Dharar) yang wajib dihentikan serta-merta oleh majikan.
2. Prinsip Al-Umur bi Maqasidiha & Doktrin Constructive Dismissal (Seksyen 20 Akta 177)
Apabila seorang pekerja meletakkan jawatan atau mengambil Cuti Sakit Hospitalisasi akibat tekanan mental melampau, tindakan itu BUKAN peletakan jawatan sukarela atau khianat kontrak.
Mengikut kaedah Fiqh, niat tindakan tersebut adalah Al-Iqla’ An al-Dharar (Penyelamatan Kecemasan / Emergency Evacuation) demi menjaga nyawa dan akal (Hifz al-Nafs & Hifz al-’Aql).
Di bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967, tindakan majikan yang menurunkan pangkat, memotong gaji sepihak, dan menahan hak kewangan adalah satu pencabulan terma tersirat (Implied Term of Mutual Trust and Confidence) yang memberikan hak kepada pekerja untuk menuntut kes Pemecatan Secara Halus-Haram (Constructive Dismissal) di Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP).
3. Prinsip Al-Yaqin La Yazalu bi al-Syakk & Seksyen 14 Akta Kerja 1955
Rekod perkhidmatan dan kecekapan pekerja adalah fakta pasti (Yaqin). Sebarang tuduhan salah laku lisan atau tindakan tatatertib seperti menurunkan pangkat/gaji tanpa Siasatan Dalaman (Domestic Inquiry) rasmi di bawah Seksyen 14 Akta Kerja 1955 adalah kezaliman (Zulm) yang terbatal secara undang-undang dan Syarak.
Analisis Forensik Digital (CMDA): Bagaimana Membuktikan Buli Mental di Mahkamah?
Ramai pekerja gagal memenangi kes tuntutan kerana bukti yang dikemukakan dianggap sekadar “dengar cakap” atau “emosi perseorangan”.
Melalui pendekatan Analisis Wacana Berperantara Komputer (CMDA — Computer-Mediated Discourse Analysis) di bawah instrumen MPF-06 AFFS, setiap bukti digital seperti:
Tangkapan skrin Mesej WhatsApp / E-mel,
Rekod jadual kerja dan penahanan elaun OT/PH,
Laporan perubatan / MC psikiatri, diadun ke dalam Log Rantaian Bukti (Chain of Custody) yang memenuhi piawaian mahkamah (Admissibility of Digital Evidence). Taktik gaslighting lisan majikan boleh dipetakan secara objektif melalui analisis struktur bahasa dan corak tingkah laku intimidasi.
Perspektif Akhirat: Tanggungjawab Seorang Pekerja Muslim Di Malaysia
Sebagai seorang Muslim, maruah dan kesihatan anda adalah amanah (Hifz al-I’rd & Hifz al-’Aql).
Rasulullah SAW bersabda:
“Tidak boleh melakukan kemudaratan dan tidak boleh membalas kemudaratan dengan kemudaratan.” (HR Ibn Majah)
Membiarkan diri anda terus dizalimi tanpa sebarang usaha penentangan berfakta bukan sahaja merosakkan fizikal dan mental anda, malah mengekalkan ekosistem kezaliman majikan toksik untuk memangsakan pekerja lain di masa hadapan. Di akhirat kelak, setiap hak gaji yang ditahan, maruah yang diinjak, dan kesihatan yang dipertaruhkan akan dituntut secara mutlak.
Langkah Tindakan Strategik Anda Hari Ini!
Jika anda sedang mengalami situasi serupa:
Hentikan Berdiam Diri: Dokumentasikan secara dokumentasi forensik psikososial (bukan dokumentasi biasa) bagi setiap insiden, tarikh, masa, dan petikan mesej intimidasi.
Dapatkan Rawatan Perubatan Sah: Dapatkan penilaian kesihatan mental daripada pengamal perubatan/psikiatri berdaftar sebagai bukti klinikal.
Gunakan Instrumen MPF-15: Buat saringan 7 Hazard Psikososial AFFS untuk mengukur tahap risiko kes anda secara objektif di Al Falah Forensic Solution (AFFS).
Dapatkan Khidmat Forensik Profesional: Sediakan Laporan Eksekutif Forensik Psikososial yang lengkap dengan sandaran Akta 514, Akta 177, Akta Kerja 1955, dan Fiqh Muamalat sebelum membuat laporan rasmi ke JTK, JPP, atau DOSH.
“Keadilan Tidak Datang Kepada Mereka Yang Diam, Tetapi Kepada Mereka Yang Bangkit Menuntut Hak Berteraskan Kebenaran & Bukti Khas.”
Kata Kunci: Buli Tempat Kerja, Hazard Psikososial, MPF-15, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Akta A1648, Constructive Dismissal, Kesihatan Mental Pekerja, Forensik Psikososial.
Penafian: Artikel ini diterbitkan bagi tujuan edukasi kesedaran perundangan dan keselamatan psikososial pekerjaan berteraskan kerangka penyelidikan industri MPF-15 Al-Falah Forensic Solution (AFFS).
Artikel Ditulis Oleh : Che Qiim. Beliau adalah Subject Matter Expert | Industrial Mental Health Forensic Expert (Workplace & Community), Al-Falah Forensic Solution. Berlatar belakang Ijazah Sarjana (Master) Eksekutif Pengurusan Sumber Manusia serta memiliki Sijil OSH-Coordinator(NIOSH), Malaysian Skills Certificate Level 3 (Hipnoterapi) & Perkhidmatan SOKONGAN kauseling (TEKNIKAL & PENTADBIRAN) , Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (KESUMA), TTT HRDCorp, Sijil Latihan Tenaga Pengajar JPK dll. Beliau boleh dihubungi melalui talian 019–204 4036.
Adakah Pekerja Anda Bekerja dengan Risiko Bencana? Mengapa Keselamatan Tempat Kerja Bukan Lagi Sekadar Borang Semakan!
Keselamata Tempat Kerja Termasuk Keselamatan Psikososial Adalah Amanah Allah s.w.t Buat Kita Di Tempat Kerja Kita
“Di balik setiap tugasan di tempat kerja, ada insan yang menanti untuk pulang dengan selamat.”
Setiap tahun, ribuan organisasi kecundang bukan kerana kelemahan pelan perniagaan atau kejatuhan pasaran, tetapi disebabkan satu kecuaian kecil dalam aspek Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH). Daripada risiko fizikal seperti lantai licin dan fasiliti rosak, sehinggalah kepada isu yang kerap terlepas pandang seperti hazard psikososial, buli, serta tekanan mental tempat kerja — kelemahan pengurusan OSH mampu melenyapkan perniagaan dan membatalkan lesen operasi dalam sekelip mata.
Sudah tibanya organisasi dan premis perniagaan menginjak daripada sekadar “memenuhi syarat undang-undang” kepada pembinaan Budaya Selamat yang Berintegriti.
Membedah OSH: Ia Bukan Sekadar Undang-Undang, Ia Berteraskan Maqasid Shariah
Di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (AKKP 1994) dan Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 481), menjadi kewajipan majikan (Seksyen 15) dan pekerja (Seksyen 24) untuk memastikan ruang kerja sentiasa terjamin. Walau bagaimanapun, pendekatan holistik yang dibawakan oleh Al-Falah Forensic Solution merentasi liputan perundangan biasa dengan menyuntik elemen Akauntabiliti Akhirat dan Maqasid Shariah:
Hifz Al-Nafs (Memelihara Nyawa & Anggota Badan): Menjaga SOP keselamatan bukan sekadar tugasan, tetapi amanah untuk melindungi nyawa rakan sekerja dan klien.
Hifz Al-Aql (Memelihara Akal & Kesihatan Mental): Mewujudkan persekitaran kerja yang bebas daripada buli, ejekan, dan pencetus anxiety atau trauma.
Hifz Al-Mal (Memelihara Harta & Fasiliti): Mengelakkan kerosakan aset dan pembaziran melalui pemantauan dan penyenggaraan berterusan.
Mas’uliyyah (Amanah Kepimpinan): Setiap staf, jurulatih, dan pengurusan adalah pemimpin yang bertanggungjawab atas keselamatan ruang bawah jagaan mereka.
Pengalaman Nyata: Model Latihan “Buat Dahulu, Faham Kemudian”
Bagaimanakah modul OSH interaktif yang berkesan dapat dilaksanakan secara praktikal?
Melalui Executive OSH Masterclass — sebuah program khas anjuran Kuala Selangor Blue City (KSBC) dengan kerjasama Al-Falah Forensic Solution dan disokong oleh Mental Wellness Ecotourism Center (MWECKSCC) — pendekatan interaktif 70% praktikal dan 30% teori mudahalih diterapkan:
LDK 1: Hazard Spotting (Aktiviti Cari Bahaya): Kemahiran mengesan sekurang-kurangnya 10 bahaya fizikal, persekitaran, dan biologi di lokasi operasi secara real-time.
LDK 2: Simulasi Krisis & Duty of Care: Melakonkan respon pantas bebas-panik bagi mengendalikan kecemasan fizikal (patah kaki, strok haba), krisis kesihatan akut (asma/alahan), dan krisis psikososial (serangan anxiety/buli).
LDK 3: Pembinaan Checklist & Roleplay Safety Briefing: Merangka borang senarai semak keselamatan harian dan menguasai teknik taklimat keselamatan 2 minit yang konfiden dan mesra.
Latihan ini dibimbing oleh Mohd Mustaqiim bin Asmuji (Che Qiim), Subject Matter Expert & Industrial Mental Health Forensic Expert berakuan KAD NIOSH (S.I.T.I), yang turut menyumbang bakti dalam perbahasan RUU Kesihatan Mental (Pindaan) 2023 di Parlimen Malaysia.
Solusi Kepakaran Korporat: Al-Falah Forensic Solution
Adakah organisasi atau syarikat anda bersedia menghadapi audit, krisis tempat kerja, atau risiko psikososial? Al-Falah Forensic Solution menawarkan perkhidmatan forensik industri terkehadapan untuk syarikat awam dan swasta:
Perkhidmatan Utama , Skop & Nilai Tambah Untuk Korporat
(1) Audit Risiko Psikososial Industri
Menilai risiko mental, budaya kerja, dan faktor psikososial di tempat kerja.
(2) Forensik Tingkah Laku Tempat Kerja
Siasatan bebas dan sistematik bagi kes buli, gangguan, diskriminasi, dan konflik organisasi.
(3) Penyiasatan Forensik Industri
Siasatan berasaskan bukti, fakta, dan data psikososial untuk kegunaan pengurusan dan legal.
(4) Intervensi & Dokumentasi Kes Forensik Psikososial Tempat Kerja
Bimbingan intervensi psikososial berasaskan MSCT serta penyediaan Laporan Forensik Berakuan Sumpah.
Dibantu oleh barisan pakar seperti En. Ikwan Hakim bin Yaacob (Head, Neuro Forensic Solutions Unit) dan En. Mohd Heaafney bin Samsuddin (Forensic Case Analyst & Independent Reviewer), kami memastikan setiap dokumentasi kesihatan mental dan keselamatan tempat kerja berintegriti tinggi, berfakta, dan defensible di tingkat pengurusan mahupun perundangan.
Hubungi Kami Untuk Sesi Konsultasi & Latihan Korporat
Jangan tunggu sehingga kemalangan atau krisis psikososial merosakkan reputasi dan kelangsungan perniagaan anda. Bina budaya selamat hari ini demi kesejahteraan tenaga kerja dan organisasi anda.
Pakar Rujukan / Pengasas: Che Qiim (Industrial Mental Health Forensic Expert)
Pusat Operasi: Al-Falah Group Operation Center, Jeram, Selangor
Hubungi / WhatsApp: 019-204 4036
Anjuran & Rakan Strategik: Kuala Selangor Blue City (KSBC) | Mental Wellness Ecotourism Center (MWECKSCC) | Al-Falah Forensic Solution
“Integriti Minda. Kedaulatan Industri.”
Artikel Ini Ditulis Oleh : Che Qiim. Merupakan Subject Matter Expert | Industrial Mental Health Forensic Expert (Workplace & Community), Al Falah Forensic Solution. Klik website official : https://sites.google.com/view/industrial-psychosocial-report/bio
Baja yang lewat bukan sekadar isu logistik. Ia adalah pembunuh senyap harapan pesawah. Terokai jurang data kesihatan mental pesawah Malaysia dan bagaimana tekanan psikososial mengancam keterjaminan makanan negara.
Pernahkah Anda Terfikir, Berapa Harganya Sebuah ‘Rasa Selamat’?
Cuba bayangkan sejenak…
Setiap kali anda menyuap nasi ke dalam mulut, bayangkan jari-jemari yang membajak tanah itu. Bayangkan mata yang memandang langit setiap pagi, mengharapkan cuaca yang adil, air yang cukup, dan janji institusi yang tidak dimungkiri.
Kita sering memandang bendang sebagai gambaran ketenangan yang sempurna: hamparan hijau yang luas, bayu sepoi-sepoi bahasa, dan hasil bumi yang mengenyangkan seluruh negara. Namun, di sebalik panorama yang indah ini, terdapat satu rantaian emosi yang rapuh bergantung sepenuhnya kepada cuaca, harga, hutang, dan keputusan pihak lain yang berada di luar kawalan mereka.
Apabila satu sahaja rantaian ini terputus pada fasa kritikal, yang terjejas bukan sekadar guni-guni beras.
Yang hilang… ialah maruah, keyakinan, dan rasa selamat sebuah keluarga.
Baja yang Lewat Bukan Sekadar Isu Logistik. Ia Adalah Racun Psikologi.
Isu kelewatan Baja Sebatian Tambahan Padi (Baja 3) di kawasan MADA baru-baru ini memperlihatkan dua krisis serentak:
Krisis Tadbir Urus & Hasil: Kelewatan bekalan input yang mengurangkan kuantiti dan kualiti tuaian.
Krisis Kesihatan Mental & Psikososial: Beban emosi yang ditanggung oleh manusia di sebalik mesin penuai.
Dalam dunia pertanian, masa bukanlah sekadar minit pada jam — masa ialah nilai input itu sendiri.
Apabila baja lewat tiba, pesawah terpaksa melihat pokok padi membesar hari demi hari tanpa mampu memutar kembali masa. Pelaburan telah dibuat: kos membajak, benih, sewaan mesin, dan hutang harian. Pendapatan? Hanya diketahui selepas potongan mutu dibuat.
Perasaan “ketidakberdayaan” (helplessness) inilah yang perlahan-lahan mengikis jiwa pesawah. Tekanan mereka tidak bermula sewaktu hasil merosot — ia bermula sewaktu mereka menyedari ada sesuatu yang tidak kena, tetapi tiada siapa memberi jawapan kepastian.
“Kegagalan satu musim tidak berhenti pada angka tan sehektar. Ia merayap ke dalam bayaran yuran sekolah anak, belanja dapur, dan hubungan suami isteri.”
Data yang Hilang: Mengapa Negara Membiarkan Pesawah Bertarung Tanpa Perisai?
Malaysia sangat cekap mengira angka. Kita mempunyai statistik lengkap tentang keluasan hektar, kadar sara diri beras (SSR), dan kos input. Tetapi, di manakah data mengenai jiwa manusia yang menghasilkan makanan itu?
Kajian oleh Alam et al. (2013) menunjukkan bahawa 56.6% pesawah tidak mempunyai simpanan semasa, manakala 79.8% isi rumah bergantung sepenuhnya kepada simpanan ketua keluarga. Ini membuktikan betapa rapuhnya ekonomi mereka — kejutan satu musim sahaja boleh meruntuhkan keseluruhan sistem kewangan keluarga.
Di peringkat antarabangsa, kerangka oleh Saju et al. (2024) menegaskan bahawa autonomi, tujuan hidup, dan sokongan institusi ialah faktor pelindung utama kesihatan mental petani. Apabila kawalan mereka terhadap input dinafikan, faktor pelindung ini runtuh.
Realiti Pahit yang Perlu Diakui:
Apa yang Kita Tahu: Pesawah amat terdedah kepada ketidaktentuan cuaca, beban hutang, dan kelewatan input.
Apa yang Kita Abaikan: Kita tiada data nasional rasmi mengenai kadar kemurungan, keresahan (anxiety), atau kualiti tidur dalam kalangan pesawah mengikut wilayah.
Kesan Pembiaran: Tanpa data, dasar yang dibuat hanyalah berbentuk tampalan sementara, bukannya penyelesaian tuntas.
Langkah Mendadak: Daripada Andaian Kepada Tindakan Berbukti
Keterjaminan makanan negara tidak boleh dibina atas bahu insan yang dibiarkan menderita dalam diam. Kita memerlukan anjakan paradigma daripada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):
Kajian Psikososial Nasional: KPKM, KKM, dan universiti tempatan mesti menjalankan kajian rentas disiplin menggunakan saringan klinikal yang disahkan seperti DASS-21, PHQ-9, atau GAD-7 untuk mengukur tahap tekanan pesawah.
Titik Akses Bantuan Psikososial Komuniti: Mewujudkan ruang aduan dan sokongan emosi di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan klinik kesihatan tanpa mewujudkan stigma.
Sistem Amaran Awal Risiko Sosio-Pertanian: Menggabungkan indikator kegagalan hasil dan beban hutang dengan penilaian risiko kesihatan mental.
Latihan Pertolongan Cemas Kesihatan Mental: Melatih pegawai barisan hadapan dan ketua komuniti untuk mendengarkan rintihan pesawah sebelum krisis menjadi tragedi.
Seruan Kepada Negara: Dengarkan Suara dari Bendang
Menjaga pesawah bukan sekadar memastikan baja sampai tepat pada waktunya dan tan sehektar meningkat.
Ia adalah tentang memanusiakan mereka yang memberi kita makan. Mengiktiraf bahawa di sebalik setiap butir beras yang terhidang di atas meja makan kita hari ini, ada jiwa yang perlu dijaga, dikasihi, dan dipertahankan autonominya.
Jangan tunggu sehingga tragedi menjadi statistik sebelum sistem mula bertindak.
Ditulis oleh: Che Qiim. Subject Matter Expert & Industrial Mental Health Forensic Expert (Workplace and Community), Al Falah Forensic Solution.Website Official : https://sites.google.com/view/industrial-psychosocial-report/bio?authuser=0