Stories by rainotasi on Medium
"Rezeki betul dapat kahwin dengan orang yang pandai design cover buku ni, siap pakej lukisan handmade spray edges."
"Awak nak apa, Intiqab?" Dhuha mula jengkel. Nathan yang sibuk memeluk lengannya dijeling. Peluk tak apa lagi, ini sampai pipi Dhuha pun digigit. Sangatlah menguji iman!
Punyalah aman tenteran dia duduk bersila di atas sofa sambil menaip, tiba-tiba anak lelaki ayah ni buat perangai kurang kasih sayang.
"Saya bosan, layanlah saya." Nathan merengek sambil wajahnya disembam ke ceruk leher Dhuha. Pelukannya masih belum dilerai. Dhuha sejak mengandung ni makin empuk macam bomboloni.
"Layt Intiqab bin Muhammad Ibrahim," seru Dhuha. Suaminya yang masih menempel itu direnung tajam. "Pergilah buat benda lain, jangan kacau saya. Awak baru beli watercolour kan minggu lepas, apa kata awak cuba melukis."
"Okey, tak apa, nasib awak tengah pregnant anak saya je Inayat. Kalau tak saya cubit awak." Nathan merungut acah tersakiti sebelum beredar dari ruang tamu itu. Langkahnya dibawa ke bilik kerja mereka.
"Jangan buat sepah, Intiqab." Sempat Dhuha memberi amaran.
Hampir empat jam selepas itu, Dhuha bebas dari sebarang gangguan bahkan, dia berjaya menulis 5k patah perkataan untuk bab baru manuskripnya.
'Senyap betul ni.' Dhuha melirik jam. Perlahan-lahan dia bangkit—sejak perutnya menampakkan bentuk, dia tak boleh agresif sangat sebab mengah—lalu menuju ke bilik kerja yang dikongsi bersama Nathan.
"Awak buat apa?" Kening Dhuha terjongket tinggi. Senyumannya lebar. "Rezeki betul dapat kahwin dengan orang yang pandai design cover buku ni, siap pakej lukisan handmade spray edges."
"Sebenarnya saya buat trial and error je sebab dah lama tak sentuh berus lukisan," balas Nathan lalu mencalit pipi Dhuha dengan cat warna melekat pada hujung jarinya.
"Kalau macam ni, saya beranak buku tiap tahunlah."
"Beranakkan dulu anak saya dalam perut tu, nanti kalau awak sibuk menaip saya ada kawan."
Dhuha mencebik. 'Anak saya' katanya.
BAB 1
MKG 11. Bangunan Fakulti Pengajian,
Sekarang.
Lengan hoodie ditarik sehingga jari-jemari dia tenggelam. Manusia dalam kelas ni semua berdarah sejuk agaknya. Masing-masing gaya tak terkesan aje walhal dia dah rasa nak menggigil buang air.
Pandangannya melirik ke seluruh ruang. Kelas dengan kapasiti 70 orang itu hampir penuh dengan para pelajar yang sukarela untuk hadir, termasuk Maya dan Hayi.
Tiga bulan dari sekarang, fakulti mereka akan menganjurkan program amal berupa Fun Run sambil menderma.
Maya yang menyeret paksa Hayi untuk ikut serta sekali. Itu pun jenuh dia memujuk, bentang hujah berjela sebelum hasutannya berjaya dengan alasan klasik, bila lagi nak berjoging yang sebenarnya lebih kepada berjalan sambil main colour powder?
“Eric budak landskap, kan? Apa dia buat dekat sini?”
Mata Maya langsung mencari susuk yang dimaksudkan oleh Hayi. Retinanya kemudian terhenti pada sudut ruang di mana Eric tengah berbisik entah apa dengan Juan, pengerusi program yang baru dilantik beberapa minit lepas.
“Program ni memang anjuran fakulti, dia orang gabung dengan kelab olahraga. Eric pengerusi kelab tu.” Jawapan bersahaja Maya langsung dibalas dengan renungan tajam Hayi.
“Oh, ini tujuan asal kau paksa aku join? Jangan cakap kau pilih unit protokol dan acara tadi tu pun sebab Eric ketua dia?” desis Hayi geram.
Dah agak! Mesti ada udang di sebalik batu. Tak adanya Maya Anggerik tu tiba-tiba rajin join aktiviti macam ni.
“Supportlah sikit, tapi betul aku sebenarnya tak tahu pun dia ada sekali. Mungkin jodoh kita orang kuat,” balas Maya selamba lalu memeluk bahu Hayi dari sisi. Niat utama dia memang nak main colour powder aje. Kewujudan susuk crush di depan sana tu bonus tanpa sengaja.
“Kepala otak kau Maya Anggerik. Aku report dekat Jae nanti, mampus kau kena bebel,” dengus Hayi sambil berpeluk tubuh.
Maya buat muka sebaik nama itu disebut. Dah terbayang macam mana panasnya telinga dia kena dengar Jae tu membebel.
Dah terbayang juga apa aje ayat yang akan diucap setiap kali Maya buat hal kurang kesedaran sivik macam ni.
‘Buat sesuatu tu cuba betulkan niat sikit. Jangan semua sebab lelaki.’
‘Kau hidup dekat uni ni memang sebab nak kejar crush kau tu aje ke? Tak kesian dekat ibu abah kau yang penat bayar yuran?’
‘Kau budak pengajian, tak kan aku yang budak multimedia ni kena ajar lagi?’
Bernanah dan berdarah telinga dibuatnya!
Jae kalau dah keluar bebelan tazkirah percuma macam tu, rapper kumpulan idola pun angkat tangan.
“Okey, dah tak ada apa-apa soalan kan? Kita sudahi majlis malam ni dengan bacaan tasbih kaffarah dan surah Al-Asr.”
Selesai laungan amin bergema, satu persatu siswazah yang memenuhi bilik itu mula beredar keluar. Maya dan Hayi masih setia di kerusi, malas nak bersesak.
“Hujan.” Hayi menutur pendek sebaik telinganya menangkap sayup-sayup suara deras hujan jatuh menghentam bumi disela suara riuh pelajar lain.
“Patut pun sejuk sampai ke otak.” Maya menyahut malas sambil tangan kiri memeluk tubuh manakala tangan yang sebelah lagi memegang telefon.
“Aku chat Jae atau Sun. Minta dia orang tolong jemput,” maklum Hayi lagi. Tangannya menaip pesanan dalam group WhatsApp yang beranggotakan mereka berempat.
Nazarul Naim dan Hilman Shah itu duduk serumah, ada kereta sendiri juga. Senang sikit nak dibuli jadi mangsa driver bidan terjun.
“Maya.”
Maya mendongak apabila namanya diseru. Senyuman segaris langsung diukir sebaik melihat Eric datang mendekat.
“Nanti tolong buat group untuk unit protokol dan acara boleh? Aku tak berapa familiar dengan budak pengajian, nombor dia orang pun aku tak tahu,” rayu Eric dengan ringisan halus.
“Kau ada nombor Maya ke?” Hayi menyampuk dengan kening terangkat.
“Ada. Jae bagi. Okeylah, aku nak minta tolong tu aje. Terima kasih.”
Eric kemudian bangkit menghampiri Juan yang menunggu. Dua lelaki itu beredar meninggalkan Maya dan Hayi bersama dengan beberapa orang lagi pelajar yang lain.
“Aku baru tahu Jae dengan Eric tu kawan.” Dahi Maya berkerut.
“Mampus, Jae mungkin tahu kau suka Eric jadi dia bagi tahu Eric. Tak pun, Eric suka kau tapi Jae tak berkenan.”
Teori merepek daripada Hayi itu dibalas dengan libasan pada bahunya.
“Gila ke apa?” rengus Maya dengan mata mendelik.
Dia memang suka Eric tapi sekadar itu. Tak ada niat lebih-lebih. Sedar kalau tanggungjawab sebagai pelajar tanpa ada masa depan yang jelas ini lebih penting untuk difikir.
“Janganlah gelabah sangat,” usik Hayi. “Jom, Jae dah sampai.”
Langkah masing-masing menapak ke arah lobi, menyusur laluan pejalan kaki untuk sampai ke parking lot utama.
Terkedek-kedek kaki mereka berdua meredah hujan sebelum masuk ke dalam kereta Jae.
“Kau orang nak balik terus ke?” Jae melirik Hayi di sebelahnya sebelum berganti menatap Maya menerusi cermin pandang belakang.
“Ha’ah. Nak tidur.” Hayi menjawab laju, waktu hujan macam ni memang nikmat kalau tidur apalagi sekarang dah menginjak ke pukul sebelas malam.
“Aku nak singgah Family Mart, nak beli makanan.” Jae membalas acuh.
Brek tangan dilepas dan dia terus memandu meninggalkan perkarangan lobi utama fakulti pengajian.
“Dah tu buat apa kau tanya?” Hayi merengus. Aku hempuk juga budak ni.
“Sun mengidam nak makan Onigiri. Kau orang berdua nak makan apa?” soal Jae mengabaikan rungutan Hayi.
“Nak cheesy ramen.” Hayi menyahut laju. Agenda tidurnya dah hilang dibawa angin. Berganti dengan agenda makan sambil menonton video mukbang di Youtube.
“Yang, kau nak makan apa?” Jae melirik Maya yang sejak tadi senyap menatap layar telefon. Apa yang khusyuk sangat pun tak tahu.
“Yang, Yang. Dia bukan girlfriend kau, tak boleh suka hati panggil sayang,” celetuk Hayi.
“Itu memang nama aku,” celetuk Maya geram sebelum menatap Jae. “Nak makan ais krim.”
Dia tak lapar sangat sebab dah isi perut sebelum jalan ke universiti tadi.
“Tak ada. Dah tengah malam. Hujan macam ni kau tak boleh makan sejuk.” Jae laju membidas. Bukan sekali dua Maya Anggerik tu batuk sebab makan benda sejuk tak tengok keadaan. Pernah juga sepanjang tiga hari Maya ke hulu ke hilir dengan tisu dan hidung berair.
“Sikit aje!”
“Tak ada. Kau punya sikit tu tak boleh pakai. Pesan Oden aje tak pun ramen sama macam Hayi.” Jae masih tak nak kalah.
“Ish, menyakitkan hati! Baik kau tak payah tanya.” Tangan Maya ringan nak cekik Jae tapi dia masih waras, buat naya aje kalau kereta ni terbabas sebab dia yang mengamuk.
Nauzubillah!
“Jae. Kau sebenarnya suka dekat Ayang kan?”
“Siapa aje yang tak suka aku?” soal Maya berlagak. Bibirnya sengaja dicebik ke arah Hayi.
“Eric.” Laju Hayi menjawab. Hujung lidahnya dijelir ke arah Maya, memancing amarah gadis itu.
“Hah, gaduhlah. Aku turunkan kau orang tepi jalan ni. Balik sendiri jalan kaki.”
Jae menjeling Maya dan Hayi serentak dua gadis itu menutup mulut. Perangai masing-masing pun, tak penat ke bertekak dari tadi? Jae yang rasa hampir pekak mendengar.
“Eleh, macamlah berani. Nanti Ayang sakit, kau juga yang kalut.” Hayi mengutuk.
“Kau sakit hati kan sebenarnya sebab Dann tak bagi khabar?” Jae membalas laju.
“Savage!” Maya tergelak melihat muka serupa orang nak menangis Hayi. Itulah, suka sangat bahan orang.
“Oh, pandai pula saling back up masing-masing. Kau tunggu, aku ajak Sun buat pakatan.” Hayi merengus. Dann tu topik sensitif kut! Tak payahlah sebut.
“Biarlah, yang penting tak kena gantung hampir setahun oleh crush.” Maya mengejek.
“Macamlah Eric tahu kau suka dia. Paling tak, Dann tahu aku hidup.” Hayi membidas tak nak kalah.
“Eric siapa? Aku dah ada Jae. Kan Jae?” Maya tergelak. Bahagia dia tengok muka kelat Hayi.
“Hmm.”
Balasan tak berperasaan Jae itu disahut oleh suara Hayi tergelak. “Kalau ya pun tak nak, jangan jujur sangat Jae.”
Maya buat muka.
Sebab inilah dia dan Jae cuma statik dalam satu garis sempadan walaupun masing-masing punya peduli tu tak serupa kawan pun.
Tak pernah ada pembahasan yang bermakna berkaitan hati dan rasa secara serius. Tak kisah apa pun keadaannya.
BAB 2
Semester ini, Maya dah tetapkan yang dia tak suka dengan hari Khamis. Selain jadual kuliah yang padat dari awal pagi sampai lewat petang, segala hal yang berlaku hari ini gaya nak buat dia mati berdiri.
Kelas dia bermula dari pukul lapan pagi sampai pukul lapan malam. Jarak senggang antara kelas, cukup-cukup untuk solat dan rehat setengah jam aje masing-masing.
Dalam bilik wuduk wanita di masjid universiti, pencuci muka Maya yang selalu dibawa dalam beg pula hilang. Mungkin ada yang tersalah ambil masa berkejar untuk solat maghrib berjemaah tadi.
Tak cukup itu, kumpulan dia pula dapat jatah giliran pembentangan paling awal untuk dua subjek berturut-turut minggu depan.
“Aku rasa, aku kena solat taubat. Banyak sangat benda yang jadi hari ni.” Maya menggumam sebaik dia dan Hayi menjejak lantai ruang tamu.
Kepala dibaringkan ke lengan sofa, pandangannya kosong merenung siling. Huru-hara betul. Bentuk penyucian dosa agaknya.
“Nak masak atau pesan lauk aje?” Hayi menyoal dari arah dapur. Tangannya sibuk memasukkan tiga cawan beras ke dalam periuk. Esok, boleh goreng untuk sarapan kalau ada lebih. Dalam keadaan ekonomi sekarang, hidup kena berjimat dan banyak bersyukur.
Maya menyentuh perut sendiri. Baru teringat yang dia cuma telan sebungkus roti Gardenia ikan bilis aje sebagai penyambung nyawa dan air putih.
“Kau campak kucing jiran sebelah tu dalam kuali pun aku telan,” sahut Maya. Baru terasa perut dia pedih.
“Kursus sembelihan aku tak berapa lulus sebab aku tak sampai hati nak sembelih binatang. Kita ada telur goreng dengan ikan sardin satu tin aje lagi.” Hayi membebel sambil tangannya menarik keluar semua bahan-bahan.
Belum sempat dia memutar kepala paip untuk mencuci beras, seluruh ruang tiba-tiba gelap. Suasana mendadak sunyi termasuklah suara peti ais. Putaran kipas siling pun mula melambat tak berapa nak berangin.
“Allah, black out pula ke?” Maya rasa nak menangis. Memang kena solat sunat taubat malam ni.
“Satu taman ke mati lampu?” soal Maya sendiri. Lehernya dipanjangkan cuba mengintai keadaan rumah jiran sebelah.
Seluruh kawasan perumahan itu gelap gelita. Hanya lampu jalan yang menggunakan tenaga solar aje yang menjadi penyuluh, memperlihatkan bentuk pada rumah-rumah teres dua tingkat yang berjajar di depannya.
Teman serumah Maya yang lain mula memenuhi ruang tamu dengan kipas portable dan buku nipis untuk dijadikan kipas manual menghalau bahang.
“Ya Allah, aku dah kebulur dah ni.” Hayi mengeluh dengan riak memelas. Dia pun sama penat walau jadual dia tak sepadat Maya. Tubuhnya dibawa mencangkung di depan pintu merenung nasib.
“Sekejap, aku call Jae tanya dia dekat mana. Kutlah boleh minta tolong dia pesankan.” Maya mencapai telefonnya dan nombor Jae dicari.
Mana tahu Jae baik hati nak belanja, selamat duit dan kos COD. Dia menapak keluar dari rumah, tak nak perbualannya menjadi halwa telinga mereka yang berkumpul di situ.
Tengah senyap macam ni, bunyi orang tengah bernafas pun boleh didengar.
“Sayang,” sapa Maya saat suara Jae kedengaran di hujung talian. “Kau dekat studio ke?”
“Baru nak balik, kenapa?” soal Jae.
Maya menatap Hayi dengan riak bercahaya, seolah ada sinar harapan pada jawapan Jae itu. “Taman kita orang gelap, tadi nak masak nasi tak sempat. Boleh tak nak minta tolong belikan makanan?”
Hayi yang menjadi penonton, menatap Maya sinis. Tengoklah tu! Bukan main menggeletis. Macam mana Hayi dan Sun tak skeptis dengan dalih ‘kawan’ yang Jae dan Maya selalu sebut?
“Kau orang satu rumah belum makan ke?” Jae menyoal lagi.
“Rasanya. Entah. Aku dengan Hayi baru balik. Buka tudung pun tak sempat lagi ni.” Maya menahan gelak melihat reaksi Hayi. Buat muka dengki macam tu mesti tengah mengutuk dalam hati.
“Tunggu sekejap,” balas Jae pendek sebelum memutuskan panggilan.
Maya melabuhkan duduk pada simen di depan pagar rumah membelakangi longkang. Tak lama selepas itu, Hayi menyusul duduk di sisinya.
Telefon masing-masing dibawa ke di depan wajah, mencari hiburan sementara menunggu Jae sampai atau bekalan elektrik kembali bersambung.
“Boleh tak nanti kalau Jae datang, kita tumpang aircond kereta dia? Aku dah mandi peluh dah ni,” gerutu Hayi. Tangannya dikibas ke wajah menyalurkan angin.
“Sampai bila bekalan elektrik mati ni? Aku dah barai.” Maya sama mengeluh sambil wajah disembam ke kepala lutut. Agaknya kalau dia tidur sekejap lagi, mahu sampai tengah hari esok baru sedar.
Cahaya lampu kereta yang semakin menyilaukan mata menarik perhatian kedua gadis itu. Pandangan dituju pada kereta Jae yang semakin mendekat sebelum berhenti betul-betul depan pagar rumah.
“Banyak betul kau beli, nak buat kenduri ke? Maya menegur sebaik Jae keluar sambil membawa dua plastik berisi bekas makanan. Tak ingat pula dia suruh Jae beli makanan ala buffet.
“Kau perli kita orang ke?” Hayi menyampuk. Huluran Jae disambut dan matanya menilik isi dalam plastik itu. Bekal untuk seminggu ke ni?
“Bukan kau orang punyalah, kau orang punya ada dekat seat belakang. Itu untuk housemate kau orang.” Jae membalas. Wajah kedua gadis yang masih menatap dia ini direnung tak puas hati. Cubalah bagi dia habis cakap dulu baru membebel.
“Oh, okey! Sekejap, aku masuk dulu.” Hayi memutar tubuh, bersemangat masuk ke dalam rumah sambil melaung kuat memanggil yang lain.
“Kau rushing nak balik ke?” Maya mendahului Jae untuk masuk ke dalam kereta. Tempat duduk penumpang sebelah depan diambil.
Subhanallah, leganya dapat rasa aircond sejuk.
“Kenapa?” soal Jae. Dia masih berdiri di luar, melihat Maya menerusi tingkap yang terbuka sedikit.
“Nak tumpang rehat sekejap.” Maya berucap dengan mata dipejam. Rasa nak tidur terus.
“Kelas kau penuh ke satu hari ni?” Jae melirik Maya sekilas. Nampak sangatlah muka penat.
“Aku baru dapat duduk yang betul-betul duduk dan nak makan proper meal. Kau rasa?” Mata Maya masih terpejam rapat. Mula selesa dengan posisi dia sekarang. “Aku tidur dalam kereta kau ajelah malam ni.”
Jae tersenyum nipis. “Jadi isteri aku ajelah, hari-hari boleh car date.”
Mata Maya terbuka. Pandangan penuh prejudis dilontar.
“Istighfar Nazarul Naim.” Buat lawak ngeri pula dia. Mentang-mentang dah nak habis belajar, macam tu aje dia buat direct confession.
“Mentang-mentang satu program dengan crush, berlagak kau eh.” Jae merengus. Matanya menangkap kelibat Hayi yang entah tengah bersembang apa dengan penghuni rumah yang lain.
Gelak Maya mengudara. “Kenapa kau bagi nombor aku dekat Eric?”
“Anggap ajelah aku tengah baik hati supaya Eric tahu kau wujud.” Jae membalas santai.
“Iya, tapi tak payah kut sampai bagi tahu Eric aku minat dia. Memalukan betul.” Maya merungut. Nasib baik Eric tak tunjuk reaksi berlebihan atau layan Maya kekok.
Setakat bagi nombor telefon dibaca; ada maslahat program sebagai alasan utama, itu Maya tak kisah sangat tapi kalau dah sampai sengaja bagi hint dekat Eric yang Maya minat dia dalam diam, rasa menggelegak juga dekat Jae.
Bahkan Eric dah mula pandai usik Maya sebab hal yang satu ni aje.
“Kau tak marah ke aku jual nombor telefon kau?” Wajah Maya ditatap sama dengan kening terjongket.
Sebenarnya, Jae dah bersedia untuk menangkis amukkan Maya sebab dia yang bertindak sesuka hati. Benda privasi kut. Jadi, memang patut pun kalau Maya mengamuk.
“Kau? Tak marah?” Maya menyoal semula.
Wajah Jae direnung cuba meneka reaksi sebenar lelaki yang akhirnya mengambil tempat di kerusi pemandu ini.
“Aku dengar Eric dah ada girlfriend, jadi aku tak kisah.” Yakin Jae menutur.
Klak.
Pintu penumpang belakang pula dibuka dari luar sebelum Hayi meloloskan diri untuk masuk.
“Dia orang semua cakap terima kasih.” Hayi kemudian menyerahkan bekas makanan untuk Maya. Satu lagi untuk dia.
“Semua dah bagi restu kalau kau orang nak bercinta.”
Maya memutar bola matanya malas.
Tanpa menghiraukan usikan Hayi atau Jae yang tergelak kecil, dia membaca doa makan dan terus menyuap nasi goreng ayam ke mulut.
Urusan hati perasaan boleh bincang nanti, sekarang dia kebulur. Harmless flirt macam tu, esok pun masih boleh dibalas.
BAB 3
Mata masih memaku pada helaian buku nota yang hampir penuh dengan tulisan tangan sendiri. Kelas terakhirnya hari itu selesai dengan berbekalkan tutorial ulasan yang perlu dimuat naik ke portal universiti sebelum pukul lapan malam sebagai penutup.
“Alhamdulillah!” Maya berseru dramatik. Nasib baik satu ulasan aje yang perlu dibuat, jenuh dia mencari artikel sesuai dan taip esei berkajang tak cukup masa nanti.
“Sun jadi datang tak? Semalam dia yang beriya-iya nak jumpa.” Hayi muncul bersama dua cup teh O ais dan green tea sebelum mengambil tempat di depan Maya.
“Dia cakap tadi dah on the way.” Maya membalas sebelum membawa green tea ke bibir. Mata masih memaku pada layar telefon, mencari artikel untuk ulasannya.
“Kau buat apa?” soal Hayi. Berkerut dahinya cuba untuk faham tulisan Maya.
“Qawaid, kena cari artikel. Lepas tu buat ulasan dan kaitkan dengan kaedah hukum.” Ringkas penjelasan diberi.
“Ni ke task dia? Minggu depan aku ada Qawaid.” Hayi meringis. Subjek yang satu ini, dia dan Maya memang berlainan kelas walaupun diajar oleh pensyarah yang sama.
“Ha’ah. Nanti Prof. Deeja akan jelaskan kaedah hukum yang bersesuaian dengan situasi, lepas tu task dia kena buat ulasan artikel berdasarkan kaedah-kaedah tu.” Maya membalas tanpa menatap Hayi.
Tangannya pantas membuat catatan penting untuk isi huraian. Lepas ni dia kena pergi ke koperasi pula untuk menaip semua benda yang dia dah catat termasuklah hasil tangkap layar artikel tadi. Tak bawa laptop punya pasal jadi kena bayar RM1 untuk pinjam komputer koperasi.
Maya malas nak bertangguh. Cepat siap, cepat juga dia bebas dari beban. Bukan subjek ni aje yang dia kena hadap, banyak lagi kerja dari subjek lain tengah menunggu giliran.
“Jae mana?”
Suara Hayi yang menyoal Sun ketika lelaki itu mengambil tempat, hanya direspons dengan lirikan mata oleh Maya.
Tumpuannya lebih kepada memikir ayat nak cukupkan 250 patah perkataan aje sekarang ni. Ulasan pun dah macam buat karangan SPM ada had limit bagai.
“Dia ada assignment luar. Entah apa benda, kena tangkap gambar tak silap aku. Kau buat apa Yang?” Sun menatap Maya yang khusyuk dengan kerjanya.
“Tutorial. Kena hantar sebelum pukul lapan malam ni.” Maya kemudian bangkit bersama telefon yang diselitkan RM5 pada casing dan buku notanya tadi.
“Aku nak pergi koperasi sekejap.” Sejurus itu dia beredar.
Hampir 20 minit kemudian, Maya kembali semula dengan senyuman terukir bahagia. Satu beban tugas dah selesai.
Sebaik dia menghampiri meja mereka tadi, sudah ada Jae yang duduk bersebelahan dengan Sun. Masing-masing tengah rancak bersembang sambil mengunyah sardine roll dan fries.
“Advance betul minum petang kau orang.” Maya menegur. Beberapa batang kentang goreng dicicah dengan sos lalu disuap ke mulut.
“Kau apa tahu? Ni Hi-tea versi Hilman Shah.” Sun membalas dengan muka yakin.
“Nampaklah miskin.” Setepek Jae mengutuk. Kamera yang sejak tadi dibelek, diletak ke atas meja.
Penat baru balik dari siapkan projek assignment tak habis lagi, dia terus ke sini sebab Sun kata nak makan.
“Ampun anak tunggal kaya raya tapi kurang kasih sayang.” Sun merapatkan kedua tapak tangannya ke depan dahi, acah nak buat sujud sembah.
“Siapa cakap? Aku ada Ayang.” Jae membidas.
“Eits, nope. Yayang aku,” sampuk Hayi pantas.
“Eh, Ayang aku punya.” Sun pun sama tak nak kalah.
“Jangan tunjuk sangat single tu. Maaf kawan-kawan, saya dah ada soon-to-be ayang sendiri.” Maya berucap sambil acah flip hijab.
“Alah kau, sembang je lebih. Dah tiga semester kau minat Si Eric tu tapi tak ada kemajuan pun.” Hayi buat muka menyampah. Bahu gadis yang tergelak kecil di sisinya itu ditolak sedikit kuat.
“Bila masa aku cakap tu Eric?” nafi Maya. Dagunya didongakkan sedikit dengan pandangan mencerun ke arah Hayi.
“Tak Eric, mesti aku kan? Tak apa, aku tahu kau suka aku.”
Ayat terlebih cintakan diri sendiri daripada Sun itu langsung dibalas dengan gaya nak termuntah oleh Maya dan sumpahan muak oleh Hayi.
“Kau kenapa?” Tumpuan Maya beralih menatap Jae, mengabaikan perang mulut Hayi dan Sun.
Sejak tadi Nazarul Naim itu senyap sambil menggosok hidung sendiri. Sesekali juga lelaki dengan Tshirt polos hitam itu menggaru lengannya.
“Hehe.” Dengan muka yang mula kemerahan, Jae tersengih.
“Alergi kau datang ke? Kau makan seafood eh tadi?” Maya dah serupa mak-mak yang marahkan anak sebab degil.
Lengan Jae kelihatan mula tumbuh bintat halus seakan ruam dan hidung lelaki itu semakin berair.
“Ayok, kena marah.” Sun tergelak. Bahagia sekejap tengok muka terseksa Jae tapi dia terus senyap apabila renungan membunuh Maya menikam wajahnya.
“Yang, pedih.” Jae merengek. Badan dia betul tengah meriang dan pedih. Belum lagi hidung yang rasa macam bocor dengan hingus jernih berlumba untuk turun.
“Dah tahu ada alergi seafood, buat hal pergi makan dah kenapa? Saja cari bala.” Maya masih membebel.
Tangannya menyelongkar tote bag yang berada di kerusi kosong sebelum menarik keluar sebuah store bag sebesar tapak tangan.
“Budak group aku tadi ajak makan sushi. Tak sampai hati aku nak tolak.” Jae membela diri walaupun dia tahu alasan klasik dia tu tak berjaya surutkan emosi Maya.
“Oh, sanggup merana macam ni demi awek? Geng kau buat photoshoot tadi tu geng Lisya kan?” Hayi menyoal dengan tatapan sengit.
Dia sempat melihat post yang dimuat naik oleh Lisya sebaik Sun memberitahu Jae datang agak lewat tadi.
Lagipun memang mereka dah maklum, member budak multimedia si Jae ni salah satunya Lisya and the gang. Angkatan budak popular fakulti multimedia.
“Aku pun teringin nak rasa. Aku makan sikit aje tapi tak tahu pula boleh jadi teruk macam ni.” Jae tayang muka sedih.
“Pergi mengadu dekat geng Lisya tu. Merengek dekat kita orang dah kenapa?” Sun menyampuk, saja nak panaskan keadaan.
Maya masih senyap, membiarkan serangan bertubi-tubi daripada Sun dan Hayi menghentam Jae.
Bukan sekali dua Jae buat hal langgar pantang macam ni. Maya juga yang kena jadi jururawat tak bertauliah sediakan siap-siap ubat alergi untuk Jae.
Bukan ubat alergi Jae seorang aje yang menambah muatan tote bagnya.
Ubat tahan sakit dan selsema untuk Sun dan ubat sakit kepala untuk Hayi pun ada. Semua perangai dua kali lima aje sebenarnya.
“Ayang…” rengek Jae masih menatap Maya minta simpati.
“Suka hati kaulah Nazarul Naim.” Maya malas nak melayan.
Dua biji ubat warna kuning dihulur ke arah lelaki itu bersama botol airnya. Nasib baik masih berisi setengah. Tak fasal-fasal Jae telan ubat dengan teh O ais atau green tea atas meja ni.
“Yang, sorry. Aku tak sengaja.” Jae bersuara perlahan sebaik selesai menelan ubatnya.
“Lah, minta maaf dekat aku buat apa? Minta maaf dekat diri kau tu, kerja nak sakitkan badan sendiri aje demi nak puaskan hati orang.”
“Padan muka, lepas ni dapat silent treatment seminggu.”
Hayi dan Sun tergelak mengusik.
“Yang…”
“Geli Jae. Jangan merengek macam budak-budak.” Maya menegur sebelum bangkit.
“Aku nak pesan makanan.” Dia memberitahu kemudian beredar.
“Macam biasa, Yang!” Hayi melaung kuat.
Maya menyebut pesanannya dan pesanan tiga orang lagi penghuni meja tadi. Rancangan awal nak makan sekali terpaksa ditunda nampaknya melihat keadaan Jae yang tak sihat.
Dari tempat Maya berdiri, dia mencuri pandang ke arah lelaki yang tengah berperang dengan rasa gatal kesan alerginya itu. Kulit Jae yang sedia cerah, jelas kelihatan merah bahana seafood.
Haih. Dapat awek lawa ajak makan, terus setuju walaupun ada pantang. Dah sakit macam ni tahu pula datang merengek.
Jade sekejap masa lagi akan jadi milik orang.
Iman tahu dia tak akan ada peluang lagi untuk mengubah jalan cerita mereka. Kenyataan yang sedikit payah untuk diterima sebab macam mana sekali pun, Jade satu-satunya lelaki yang Iman pernah harapkan untuk hidup bersama.
Iman tersenyum hambar. Dah tak ada rasa sesak yang menyempitkan dada macam tempoh hari. Tangannya terhulur menarik telefon yang terbiar di sebelahnya.
Casing telefon warna hitam bermotifkan bunga daisy itu kemudian ditanggalkan. Sim card yang terjatuh kemudian dikutip.
Ini nombor lamanya sebelum dia kembali ke Malaysia dulu. Nombor yang mempunyai sejarah tersendiri sepanjang hubungannya dengan Jade. Jade dan yang lain tak tahu pun yang dia masih pakai nombor ini, sengaja Iman senyapkan.
Hampir lima minit kemudian, sim card tersebut berjaya diaktifkan semula. Getaran kuat terasa apabila notification bar bertubi-tubi memaparkan barisan chat yang diterima. Dan Iman perasan, hampir separuh dari chat itu adalah dari nombor yang sama.
Nombor Jade.
Sedikit bergetar tangannya menyentuh ikon Whatssapp. Serta merta matanya menangkap nombor Jade yang di-save sebagai ‘Ay’ itu berada di turutan paling atas dengan 300 lebih pesanan. Mungkin pesanan itu dikirim semasa Iman berada di Amsterdam lagi.
341 Unread Messages
By, esok aku kena buat IV
Doakan aku.
Iman sedikit kelu. Chat yang dikirim Jade itu hampir sebulan selepas Iman sambung belajar. Semasa Jade dipanggil untuk temuduga sebagai engineer.
By, dunno why i miss you.
Medina Iman? kau okey tak? Kenapa senyap je?
Iman? dah seminggu kau senyap. Ada something happend ke?
By?
You know I’m here to listen kan?
By, answer the damn call.
Iman menggigit bibir dengan sebak tertahan. Tarikh yang terpapar di atas chat itu dilirik. Seminggu selepas Iman menghilang dan senyapkan diri sebab Xander. Masa tu Iman memang dah tak sanggup nak berhubung dengan Jade. Dia takut dan malu. Rasa tak berguna sangat sebagai perempuan.
Jarinya menyentuh layar sehingga ke chat yang terakhir. Tarikh yang tertera dilihat sebelum air mata yang ditahan sejak tadi menitis tanpa sempat ditahan lagi.
Chat yang dikirim oleh Jade pada majlis malam berinai along. Iman menekup mulut melihat jam pesanan itu dikirim.
1:00 pagi.
Entah lah Iman.
Aku pun tak tahu kenapa aku masih chat kau walhal kau bukan baca pun.
Mungkin sebab aku bodoh masih tak move on?
Aku rasa hopeless gila.
Kau tanya aku serius atau tak dengan Hasya. Mengaku yang kau sakit sebab tak ikhlas lepaskan aku.
Dah tu kenapa kau buat? Kenapa kau berkeras tak nak masa aku serius nak teruskan our relay?
Iman menengadah siling. Dia tak tahu sama ada perlu menyesal atau tak dengan segala keputusan yang dia dah buat. Dia yang pentingkan diri, tinggalkan Jade tanpa sebab yang kukuh dan alasan yang jujur. Lepas tu diri sendiri yang sakit.
Iman mengesat pipi yang basah dengan belakang tangan. Mood sendu sama seperti hujan yang masih turun mencurah di luar tingkap. Jarinya pantas keluar dari aplikasi tadi sebelum diletak semula ke tepi.
Cukuplah, dia tak boleh terus hanyut dengan perasaan. Kisah dia dan Jade dah selesai. Lelaki itu akan menjadi milik Hasya.
Bzz. Bzz.
Iman kaku. Tangan yang menarik comforter, terhenti di tengah jalan. Pandangannya ditala menatap telefon yang bergetar tanda ada pesanan yang masuk.
Iman sedikit teragak untuk melihat. Siapa yang chat dia waktu macam ni? Siapa je yang tahu Iman masih simpan nombor lama dia? Nasib baik dia hide last seen dan tutup bluetick.
Deg!
Iman semakin berdebar apabila nama Jade terlintas. Tanpa sedar, telefon tadi dicapai dan pesanan yang masuk dibaca.
Sekarang aku faham kenapa kau berkeras sangat nak putus.
Sebab umi.
Kenapa kau sembunyikan benda ni?
Kau tak percaya kan aku ke Iman?
Kau tak bagi aku peluang pun untuk fight, pertahankan kau depan umi.
At first aku ingat aku seorang yang cuba untuk bertahan, fight untuk kita.
Tapi sekarang aku dah tak tahu siapa yang fight untuk stay. Siapa yang betul, siapa yang salah.
Macam yang kau selalu cakap, kita mungkin tak berjodoh.
Dah terlambat pun kalau nak betulkan balik.
Mungkin tuhan kirim Hasya as jalan keluar? Entah lah.
Aku try untuk lupakan kau. Slowly but surely.
Terima kasih Iman. Terima kasih untuk semuanya.
Iman menahan esak yang terasa nak meletus. Tangan diangkat menekup mulut sendiri, menghalang bunyi keluar. Dadanya disentuh. Sungguh lah tangisan tanpa suara itu sakit.
Iman teringin sangat untuk jelaskan hal sebenar tapi dia sedar, tak ada yang akan berubah.
Paling penting, Jade tetap akan berakhir dengan Hasya.
BAB 1
Mata memicing tajam melirik telefon yang dibiar tak berusik di tepi. Getaran kuat dari panggilan yang masuk tiba-tiba itu nyaris buat dia tersedak Vico panas. Nasib baik tak minum lagi, ada yang terbakar rengkung sebab terkejut sia-sia aje.
15 saat, panggilan tadi terputus. Berganti pula dengan dentingan chat yang masuk bertali arus macam esok aplikasi Whatsapp itu tak akan beroperasi lagi.
Hayi, nak tak nak memanjangkan tangan untuk mencapai telefonnya. Nak tengok siapa yang jadi pengganggu ketenteraman sejagat tengah pagi buta begini.
Nak minum Vico pun tak senang! Siapa yang single sangat tak ada kerja, spam chat pukul dua pagi macam tak ada hari esok pun tak tahu.
Rengusan sakit hati Hayi semakin berganda sebaik membaca nama pengirim chat di notification bar.
Ugh, sepatutnya dia dah boleh agak! Anak pungut seorang ini, kerja memang tak boleh tengok hidup Hayi aman tenteram!
Sesaat, pandangan Hayi beralih fokus ke nombor asing yang berada pada urutan paling bawah sekali dalam kolum notification bar itu. Laju tangannya menekan pesan yang dikirim.
Anak siapa pula yang salah nombor seru nama dia sepatah macam nak buat sesi soal siasat ni?
Hayi tersenyum sinis. Ada orang nak bersilaturahim nampaknya. Pantas dia membuka room chat yang tadi dipenuhi dengan spam mesej daripada Mikael.
Malas untuk membaca apa yang dikirim oleh abangnya itu, Hayi terus menyentuh ikon gagang di sudut atas layar. Sementara menunggu panggilannya berjawab, Vico dibawa ke bibir dan dihirup.
“Heh, anak pungut! Kenapa member kau chat aku tiba-tiba ni?” Jarak umur yang cuma berbeza setahun, buat masing-masing lebih selesa bersembang macam nak cari gaduh.
Dalam sijil lahir, Mikael Luth itu memang tua setahun dari Hayla Nasuha tapi, kalau ikut perkiraan sebenar, umur mereka cuma berjarak 10 bulan aje sebenarnya.
Sempat hidup sekali dalam rahim yang sama walaupun Hayi masa itu cuma sel yang baru nak membiak tumbuh.
“Siapa? Dann?” Mikael menyoal terlebih santai.
“Kau ada jual nombor telefon aku dekat member kau yang lain ke?” Mata Hayi memicing tajam. Mikael ni, masa pembahagian kewarasan akal dia pergi ponteng agaknya. Saja tempah mautlah namanya tu buat sedekah nombor adik sendiri.
“Oh, tak ada. Aku bagi dia seorang je.” Tak berdosa Mikael menjawab.
“Abang, kau nak jual adik sendiri ke?” Hayi menyoal dengan rasa terkhianati yang membuak-buak.
Bukan Mikael tak tahu yang Hayi alergi sikit untuk bersosial dengan orang. Apalagi dengan yang berlainan jantina.
Dari semester satu sampai dah nak habis belajar ini pun, kawan dia memang boleh kira sebelah jari aje siapa yang betul-betul rapat.
“Sabar jap. Dann minta tolong carikan fake girlfriend. Sementara je, sebulan dua macam tu. Kau kan single.” Ringkas dan padat Mikael buat penjelasan.
Hayi ketap gigi sambil memejam mata menahan sabar. Apa dosa dia dapat abang perangai selekeh macam ni?
“Nyah, tak nak. Benda lain please, tapi jangan duit sebab aku cuma pelajar yang bergantung dengan duit zakat dan biasiswa.” Hayi tahu kebanyakan kawan Mikael memang menarik perhatian tapi dia masih waras untuk jadi kekasih pura-pura orang yang dia tak kenal.
“Hayi, tolonglah. Kali ni je.” Mikael merayu. Kalau perlu, dia sanggup melutut dan memohon supaya adik dia di hujung talian ini setuju.
“Nope.”
“Tolong menolong amalan mulia. Please Hayi, adik abang paling lawa.”
Hayi meringis geli. Pujian serupa itu memang jarang sangat keluar daripada mulut Mikael. Tiba-tiba dia jadi meremang.
“Tak ada orang lain ke? Aku memang single tapi tak adalah terdesak sangat nak jadi fake GF orang. Kau sihat tak ni? Gaya nak jual adik sendiri je, astaghfirullah.” Yang bukan-bukan ajelah permintaan abang dia ini.
“Astagfirullahalazim. Heh, anak pungut! Aku tak gila lagi nak jual kau walaupun perangai kau minta kena lelong. Aku dah janji nak tolong Dann. Dia dah tolong settle motor aku yang accident hari tu.” Mikael rasa nak cekik aje Hayi sekarang ini sebab buat perangai kepala batu. Nasib baik jarak rumah sewa Hayi jauh.
“No. Tak nak.” Hayi masih kekal dengan jawapannya.
“Seminggu. Aku belanja makan seminggu.”
“Tak nak.”
“Ayam gepuk dua minggu.” Mikael masih belum mengalah.
“Kau ingat aku apa nak rasuah guna makanan?” Hayi hampir tergugat sebenarnya tapi dia tak boleh luluh. Dia masih mampu untuk kenyangkan perut sendiri.
“Ayieee…” meleret suara Mikael cuba memujuk.
“Cari orang lainlah.” Hayi mula malas nak melayan.
“Kau jangan sampai aku bagi tahu umi kau hampir tak dapat masuk dewan periksa sem lepas sebab banyak ponteng kelas.” Kalau cara baik tak berjaya, nampaknya Mikael kena guna cara kasar.
“Eh, apa benda ugut orang pula ni?!” Suara Hayi naik seoktaf.
Aduh, menyesal pula dia menangis buat aduan rakyat dekat Mikael tempoh hari. Tak tahu pula luahan hati dia itu boleh jadi senjata untuk Mikael buat backfire. Dah gaya Hayi pula yang terdesak sekarang ini.
“Yes or yes? Kau tahukan umi tegas nak mampus kalau pasal study?” Ayat penambah perisa untuk guilt trip ditambah sambil Mikael tersenyum puas.
Hayi merengus kuat. Kepalanya membayangkan bebelan panjang umi nanti kalau sampai Mikael buka mulut bocorkan rahsia. Ish, ada abang pun kerja nak peras ugut adik dia aje. Boleh tak nak tukar abang?
“Okey, tapi belanja ayam gepuk sebulan.”
“Seminggu.”
“Two weeks or nothing.”
“Okay, deal.”
Tut. Sesi tawar menawar itu berakhir sesaat Mikael memutuskan panggilan tanpa menunggu respons Hayi.
Layar telefon ditatap sengit. Tak apa Hayi, ingat ayam gepuk. Nafas panjang ditarik sebelum dihembus dengan mata terpejam.
Ting!
Hayi tersentak. Melihat notifikasi di layar, Hayi baru teringat yang dia sejak tadi mengabaikan chat yang dikirim oleh Dann. ‘Tak pasal-pasal anak orang kena sidai.’ Hayi meringis.
Bibir diketap. Aduh, member abang ni lambat pula nak menangkap maksud Hayi. Ke memang ayat Hayi itu yang direct sangat sampai susah nak faham?
Hayi tarik nafas kemudian dihembus. Jarinya mula menaip ayat.
Dan selepas itu, berderet pesanan yang dikirim Dann untuk menjelaskan serba sedikit keadaannya yang tersepit dan apa skop tugasan Hayi.
BAB 2
Nampaknya semester pengajian Hayi sepanjang beberapa bulan ini tak akan sama dengan semester yang sudah-sudah. Selain perlu berdepan dengan subjek kursus Kajian Ilmiah, Hayi juga perlu menggalas status pura-puranya sebagai kekasih orang.
Entah permintaan atau lebih tepat paksaan daripada Mikael itu akan buat zaman belajar dia jadi lebih berwarna atau sebaliknya, Hayi sendiri tak dapat nak mengagak. Tak pun, memang Hayi sendiri yang saja cari bala sebab setuju.
Tiga buah buku disusun saling bertindih sebelum Hayi menarik kerusi dan duduk. Ais kiub dalam cup yang dah cair milik Maya dicapai sebelum disedut. Lega. Tekak dia yang kering kontang terasa macam baru kena simbah dengan air paling nikmat dalam dunia.
“Kau dari mana?” Jae mengerut dahi menatap Hayi dengan riak terpaling penat.
“Library.” Muncung Hayi menunjuk ke arah buku tebal di atas meja. Habis kelas tadi, dia menyimpangkan langkah singgah ke perpustakaan universiti. Nak cari buku rujukan untuk siapkan proposal yang perlu dihantar lusa.
“Kau tak ada kelas ke?” Hayi memulang soalan.
“Setengah jam lagi.” Jae melirik jam yang melingkar di pergelangan tangan kirinya. Sebelum kena tadah telinga dengar kuliah baiklah dia kenyangkan perut dulu.
“Hai semua! Sun dah sampai!” Sun, seorang lagi member Hayi tiba-tiba muncul dengan riak bahagia.
Antara mereka berempat, memang Jae seorang yang sesat ambil jurusan multimedia. Hayi, Maya dan Sun pula dah buat perjanjian untuk sehidup semati menghadap lika-liku sebagai mahasiswa Pengajian Islam walaupun perangai masing-masing tak adalah beriman sangat.
“Kau baru habis kelas ke?” Maya menjeling Sun sekilas sebelum menyuap nasi goreng.
Sekarang pukul 1:30 petang, waktu darurat untuk penuhkan perut.
“Tak. Aku baru sampai, kelas aku pukul dua nanti.” Sun membalas sebelum beg galasnya ditarik melepasi kepala dan diletak bersebelahan dengan buku-buku Hayi.
Ting!
Fokus Hayi yang sedang mengunyah ais kiub terganggu. Keningnya terangkat sebaik pesanan Mikael terpampang di notification bar. Kenapa pula ni?
Uhuk!
Nyaris kiub ais yang dikemamnya buat terjunan bebas ke anak tekak. Berair mata Hayi melihat apa yang dikirim oleh Mikael.
Gambar Dann.
Lima saat, fokusnya belum beralih dari melihat susuk yang berada dalam gambar itu.
Mak aih, sejak bila abang ada member yang attractive? Lelaki berbaju hitam di dalam layar itu tengah tergelak sopan sehingga matanya sepet membentuk bulan sabit.
Dann ni ada kacukan chineese ke?
“Kau orang kenal Dann tak?” Hayi mendongak. Wajah Maya, Jae dan Sun ditatap satu persatu menunggu respons masing-masing.
“Dann?” Maya kerut dahi. Dann siapa?
“Zaydan budak seni bina ke?” Jae menyoal semula sambil menyuap makanan ke mulut.
“Zaydan?” Hayi jongket kening.
“Nama penuh dia Zayd Abyan tapi orang selalu panggil Zaydan sebab panjang sangat. Kita orang dengan member dia je biasa panggil Dann.” Jae membuat penjelasan.
“Oh, yang handsome sikit tu ke?” Sun pula membalas tanpa menatap Hayi.
“Handsome sikit?” Dahi Hayi berkerut. Apa punya statement si Sun ni? Punya attractive anak orang tu dia cakap handsome sikit?
“Kalau handsome banyak tu aku.” Dan sejurus jawapan percaya diri itu diucap, Hayi terus rasa nak bunuh orang. Nak harap apa dengan Sun yang wiring kepala otak dia tak berapa betul?
“Yang ni kan?” Jae meletak telefonnya ke tengah meja. Kelihatan gambar Dann berdiri dari samping memenuhi layar.
“Waduh, betul-betul handsome?” Maya tarik sengih.
“Lelaki mana je yang kau cakap tak handsome?” Jae menyelar sebelum jelingannya singgah ke wajah Maya.
“Ayokk, ada orang sakit hati.” Sun tak nak kalah jadi batu api.
“Ohoo, Nazarul Naim.” Hayi gelak. Suka betul tengok drama rumah tangga orang.
“Kenapa kau tanya?” Malas untuk peduli dengan usikan Hayi dan Sun, Jae kembali menyoal.
“Dia member abang aku kan?” Telefon Jae ditolak semula kepada pemiliknya. agak-agak kalau Hayi minta gambar Dann tadi, Jae baik hati nak bagi tak? Astaghfirullah, Hayi gurau aje.
“Ha’ah. Batch Mika.” Jae angguk.
“Oh, aku nak tanya tu je sebenarnya.” Hayi menegakkan duduk dan sambung kerja mengunyah ais kiub.
“Kau suka dia ke Hayi?” Kening Sun terangkat menyoal.
“Seriuslah Hayi?” Maya sama kepoh.
Macam mana dia selaku housemate dan classmate bertauliah seorang Hayla Nasuha boleh terlepas berita penting macam ni?
“Taklah. I kan dah ada you, Sun.” Hayi tayang muka gedik sambil buat flying kiss ke arah Sun.
“Najis.” Sun membalas flying kiss Hayi dengan senyuman yang sama gedik. Tak nak kalah.
“Aku tengah makan ni, jangan buat aksi meloyakan tekak boleh tak?” Jae menatap Hayi dan Sun dengan renungan sengit.
“Siapa cakap kau tengah main congkak?” Sun balas menatap Jae dengan riak tak bersalah.
“Lepas kelas ni kau ada gap lagi tak, Sun? Ke terus balik?” Mencegah bunga-bunga perdebatan yang nak meletus sekejap lagi, Maya laju mengubah topik.
Bukan tak faham perangai masing-masing, benda tak penting pun boleh jadi perang saudara.
“Kelas aku berderet sampai ke pukul sembilan.” Sun menghembus nafas berat. Nak buat macam mana, jadual minit terakhir sebab daftar kursus menual memang jarang tersusun elok.
“Kau Jae? Lepas kelas nanti terus balik?” Hayi menyampuk sekadar memeriahkan perbualan yang sebenarnya tak ada hala tuju itu.
“Kenapa? Nak aku sampaikan salam dekat Dann ke?” Jae jongket kening dengan senyuman sengetnya terukir.
“Kau betul-betul serius ke dengan Dann tu?”
“Kau pandai bercinta ke Hayi?”
“Tak payahlah Hayi. Dann tu budak baik, sesuai dengan perempuan ayu, bersopan santun pijak semut tak mati dan rajin menabung.”
Hayi menghembus nafas sambil mata dipejam. Tangan kanannya naik mengelus dada sebaik mendengar komen tak membina Maya, Sun dan Jae. Rasa ringan aje dia nak baling seorang-seorang dengan ais kiub dalam cawan ini.
“Tapi kenapa kau tiba-tiba tanya pasal Dann?”
“Abang aku selalu cerita pasal dia.” Jawapan yang separuh betul itu diucap. Agaknya kalau kawan Hayi tiga orang ini tahu cerita sebenar mahu Hayi masuk ke IJN sebab sakit jantung bahana kena bahan.
“Lepas tu?” Maya masih tak puas hati, masih belum menemui logik hubungan antara Mikael yang bercerita tentang Dann dan Hayi yang menyoal identiti kawan baik abangnya itu.
“Three.”
“Ya Allah, dah tahun berapa dah ni? Masih ada lagi rupanya yang buat lawak bengap tahap IQ paras buku lali.” Hayi pula yang sakit hati mendengar respons Sun.
“Dahlah Hayi. Kau join jelah Kelab PCTB Ayang tu. Alang-alang dia pengerusi.” Seolah pekak dengan rungutan sadis Hayi tadi, Sun bersuara.
“PCTB tu apa?” Maya menyoal tak faham walaupun namanya disebut sebagai pengerusi kelab.
“Persatuan Cinta Tak Berbalas.”
Plak!
Ais kiub dalam mulut Sun nyaris tersembur keluar sebaik belakangnya bertemu dengan fail kulit keras milik Maya.
BAB 3
Hayi tengah menggeliat malas sebelum kegiatan melegakan urat saraf yang bersimpul itu terganggu dengan bunyi dentingan notifikasi yang masuk tak berhenti.
Dahi dikerut, siapa yang tak ada kerja pergi spam chat ni? Melihat nama yang buat perangai tak ada kesedaran sivik itu, Hayi rasa nak tarik rambut orang.
Malas menaip, laju Hayi menekan simbol gagang untuk menghubungi Maya. Nak jerit aje sebenarnya memandangkan Maya tengah lepak di ruang tamu tingkat bawah, tapi penghuni rumah sewa dua tingkat ini bukan cuma mereka berdua.
“Kau nak apa?” Malas-malas Hayi menyoal.
“Jom, jalan. Teman aku pergi Cempaka 2. Please, Hayi.” Suara merengek Maya tembus ke telinga.
“Kepala hotak kau, Cempaka 2 tu jauh!” Keluar rumah angkat kain dari ampaian pun Hayi malas, ini kan pula nak jalan jauh?
“Hayi please, crush aku selalu riadah dekat situ. Aku belanja kau makan dekat Family Mart seminggu.”
“Istighfar, anak muda. Tak nak.”
“Okey, pukul 5:30 kita gerak.”
Tut. Panggilan putus.
Hayi mengerang stress. Nasib baik Maya itu manusia yang dia kenal sejak mereka sama-sama baru masuk universiti kalau tak memang Hayi ruqyahkan aje.
Akhinya, tepat pukul 5:30 petang Hayi memaksa diri untuk menyarung kasut sukannya yang masih berada dalam kotak ke kaki.
Petang yang sangat produktif. Hayi meringis. Antara bangga dengan diri sendiri sebab berjaya keluar dari rumah dengan mempersoalkan tindakan dia yang senang terpengaruh dengan ajakan tak berfaedah seorang Maya Anggerik.
‘Maya otak dekat lutut! Gigih jalan 6 KM ulang alik semata nak usyah crush, lepas tu bukan kena notice pun. Last, Hayi. Jangan buat benda tak bermanfaat macam ni lagi.’
Tengah semput mengatur nafas, Hayi sempat membebel.
“Penat gila.” Hayi merungut sebelum menghentikan langkah. Kaki masing-masing selamat menjejak tanah lapang kawasan taman rekreasi Cempaka 2.
Mahu tak penat? 3 KM perjalanan ke sini itu ingat jarak dia sekangkang kera ke? Bukan tak ada taman rekreasi di kawasan perumahan mereka. Saja menyusahkan diri jalan jauh-jauh.
“Yang, last dah kau buat kerja pendek akal macam ni. Penat tahu tak?” Wajah Maya yang sedang membuat beberapa gerakan kecil supaya tak kejang sendi itu dijeling tajam.
Betullah kata Sun, Kelab PCTB Maya ini memang sangat membebankan.
“Ya. Aku ajak kau datang sini pure sebab nak buat Brisk Walk je, tapi kalau terjumpa crush aku, itu nama dia rezeki.” Maya tergelak kecil.
“Itu nama dia bukan rezeki, kau saja meminta.” Brisk Walk pun, macam tak ada tempat lain aje.
“Hayi, tengok! Crush aku kan yang tengah kejar bola tu?” Mengabaikan rungutan tak puas hati Hayi, pandangan Maya tertuju ke arah gelanggang futsal yang tengah meriah dengan permainan yang sedang berlangsung.
Hayi buat muka. Kalau tak mengenangkan sumbangan seorang Maya Anggerik dalam hidup dia, memang Hayi tak nak pun jejak kaki ke sini.
Buatnya ada budak kolej mereka yang perasan kewujudan dia dan Maya, macam mana? Kawasan perumahan Cempaka 2 ini memang ramai budak lelaki kolej mereka yang menyewa pun.
“Hayi, tu bukan Dann ke?” Lengan Hayi dicuit.
Kali ini perhatian Hayi sama tertarik ke tengah gelanggang. Mencari kelibat yang dimaksudkan oleh Maya.
“Dia housemate Jae kan? Apa dia buat dekat sini?” Maya sama berkerut dahi memikir. Jae menyewa di Taman Melati, bertentangan arah dengan kawasan perumahan ini.
Hayi senyap tak memberi respons. Sejak dia dan member abang itu berbalas chat tempoh hari, ini kali pertama dia melihat Dann secara langsung.
Tak boleh disangkal, Dann kelihatan lebih attractive berbanding dalam gambar.
Hayi menggeleng kecil sebelum melirik jam di pergelangan tangannya. Cukuplah tengok anak teruna orang.
Sekarang pukul 6: 15 minit petang. Setengah jam lagi boleh kut dia dan Maya kembali ke pangkal jalan. Risau terkejar maghrib aje nanti kalau lewat sangat sampai ke rumah.
“NASIB baik view langit dia lawa, kalau tak memang tak ikhlas aku ikut kau.” Maya yang baru turun dengan satu badan berbungkus dengan telekung, dilirik.
Saat kaki masing-masing menjejak halaman depan rumah tadi, azan maghrib berkumandang di hujung rangkap. Laju dia dan Maya naik membersihkan diri dan solat.
Selesai dengan kewajipan yang satu itu, barulah Hayi kembali membuka galeri dan melihat semula gambar yang dia sempat tangkap petang tadi.
“Eleh, merungut konon. Tapi, kau suka kan?” Maya tarik senyuman senget.
Hayi mencebik sinis tapi tak membalas tuduhan separuh betul Maya. Tangannya masih sibuk membelek isi galeri sebelum tiba-tiba chat daripada Dann diterima.
Ah, sudah. Soalan daripada Dann tu, sahih dia nampak Hayi dengan Maya tadi. Sedikit teragak, Hayi menyentuh layar telefon membuka pesanan yang dikirim Dann.
Hayi meringis. Kan betul apa dia cakap?
Tangan Hayi naik menekup wajah sendiri.
Malu gila!
Ini kalau sampai abang tahu, mahu kena bebel tujuh hari tujuh malam. Dann pun, ayat tak ada yang lagi direct ke? Straigh forward sungguh. Patut pun single.
Sudahnya, chat lelaki itu hanya dibalas dengan ‘okey’ sepatah. Hayi dah tak tahu nak panjangkan perbualan macam mana kalau dia yang jadi topik perbahasan.
“Hayi, Jae bising dekat group.”
Mendengar ucapan Maya itu, laju dia keluar dari room chat Dann dan beralih ke group yang Maya maksudkan.
Aduh, ini namanya bala bencana 2.0. Tak cukup ayat padu tembus ke jantung Dann tadi, Jae pun sama nak buka kelas tazkirah.
Ting!
Tak cukup membebel dalam group, nombor Jae naik lagi menghantar pesan untuk Hayi secara personal.
Hayi rasa nak tersedak air liur sendiri. Serta merta dadanya diasak debaran. Aduh Jae pun, masa macam ni jugalah dia nak tunjuk minat dengan kisah percintaan Hayi walaupun cuma pura-pura.
Tangan Hayi naik mengurut pelipis. Tiba-tiba kepala dia berdenyut. Mak aih, apa yang laju sangat progress sebar benda lagha ni? Hari tu Dann kata buat biasa aje? Sekarang ni dia nak menjawab apa dekat Jae?
Ting!
Boleh tak Hayi pergi rumah Jae lepas tu tarik rambut Jae kuat-kuat?
Melihat balasan itu, Hayi dah terbayang senyuman menyakitkan hati Jae terukir sambil keningnya dijongket dua kali. Tak cukup semput dengan pengakuan tanpa briefing daripada Dann, Jae pun sama nak buat Hayi sakit jantung.
PERHATIAN: Ini adalah kumpulan dari beberapa bab untuk kisah Nazareth vol.1 yang telah diterbitkan sebagai ebook.
Tentang Atlas dan Nawwal
PROLOG
Langit semakin cerah dan ibu kota mula hidup. Kicauan burung yang terbang rendah, deruman enjin kenderaan yang memenuhi jalan dan para pencari rezeki yang keluar memulakan hari. Semua berjalan sesuai rutin masing-masing.
Menghirup udara segar di pagi hari mungkin antara hal yang menjadi kegemaran umum setiap orang. Termasuk Nawwal. Seawal pukul lapan setengah, dia sudah menyusur laluan pejalan kaki untuk tiba di depan sebuah pintu kafe sederhana. Bangunan di hujung deretan kedai itu adalah tempat yang akhir-akhir ini menjadi tujuan setiap kali dia bosan atau sekadar mahu melakukan me time sendiri.
Ting!
“Selamat datang ke Kaizen!”
Dentingan loceng yang sengaja diletakkan pada pintu masuk dan sapaan mesra staf di sebalik kaunter, menyambut kedatangan Nawwal sebaik kakinya melangkah ke dalam. Semerbak aroma pekat manis hasil perpaduan bau dari biji kopi dan aneka pastri menyeruak ke dalam rongga hidung. Aroma klasik menyenangkan dan itu yang menjadi salah satu alasan kenapa dia sering berkunjung ke sini.
Kakinya terus melangkah sehingga tiba di sudut kafe yang sedikit tersembunyi dan sepi dari hingar pengunjung yang lain. Totebag yang setia menjadi peneman, diletakkan ke atas meja. Novel, buku nota dan pen kemudian ditarik keluar.
Me time versi dia, duduk diam dan tenggelam dengan dunia sendiri sambil ditemani secawan Latte; entah itu disertai dengan ais atau sekadar hangat yang menyenangkan, juga sepinggan cookies.
“Nah, secawan Latte dan Hokkaido Cupcake.”
Suara garau yang sudah dihafal siapa pemiliknya itu, membuat tumpuan Nawwal beralih. Keningnya hampir bertaut melihat menu yang sudah dihidang. Kepalanya didongak, melihat wajah Sean, pelayan merangkap pemilik kafe ini tersenyum.
“Aku tak pesan pun lagi.” Nawwal menggeleng dengan senyuman kecil terukir.
Ah, selalu datang ke sini dengan pesanan yang sama hampir setiap hari, mungkin Sean pun sudah hafal. Mungkin juga terlalu hafal dan mula bosan sehingga lelaki itu turut menukar ‘menu wajib’nya.
“Ada orang belanja.” Sean jongket kening dengan riak mengusik.
“Siapa?” Nawwal menyoal sedikit ragu.
Siapa yang baik hati tiba-tiba mahu belanja dia? Sepanjang menghabiskan masa di sini, rasanya Nawwal hanya sibuk dengan bacaan sendiri tanpa bersosial.
“Atlas.”
“Hah?”
Ting!
Dentingan loceng mengalih tumpuan mereka. Hampir serentak Nawwal dan Sean menoleh ke arah pintu kaca kafe yang sudah tertutup semula. Pandangan Nawwal langsung terarah pada belakang tubuh seorang lelaki yang kelihatan berjalan semakin jauh, sebelum hilang di sebalik kerumunan orang ramai.
“Dia selalu nampak kau seorang-seorang duduk sini.” Sean menyambung dengan dagu diangkat sedikit menunjuk ke arah kelibat lelaki tadi.
“Aku berani jamin, dia budak baik. Member aku masa belajar dulu.” Sean masih menyungging senyum, cuba meyakinkan Nawwal yang masih teragak-agak untuk percaya.
“Atlas. Nama dia Atlas.” Sean menambah pendek sebelum kaki panjangnya kembali ke kaunter untuk melayan pelanggan yang baru datang.
Nawwal masih diam. Pandangannya kemudian jatuh melihat secawan Latte yang berasap nipis dan kek cawan berhiaskan buah strawberry sebagai topping.
Atlas.
Nampaknya alasan dia untuk terus datang ke sini bertambah lagi satu.
BAB 1
Tangan kanannya diangkat separas dada menghadap langit. Sebelah tangan lain pula, menggenggam erat payung yang sekejap lagi akan menjadi pelindung dia dari rintik renyai yang turun. Pagi Selasa itu, langit mendung tertutup dengan awan gelap.
Hujan.
Titisan air yang jatuh ke lantai tanah bukan satu hal yang Nawwal gemari. Bahkan dia tidak suka dengan suasana lembap dan becak begini.
Nawwal bukan antara orang yang menikmati dingin hujan dengan bermalas-malasan melayan kantuk atau menikmati titisan air yang jatuh dengan secawan minuman hangat. Seorang Nawwal lebih memilih untuk meneguk secawan Latte ditemani buku tebal sambil melihat langit biru atau sekadar membuang pandang melayan isi kepala di bawah matahari cerah.
“Tercongok apa?”
Nawwal menoleh ke sisi sebelum wajah dengan rahang tegas milik Sean menyapa pandangan. Lelaki dengan apron yang melilit pinggangnya itu masih berdiri di muka pintu kafe. Hanya tubuhnya yang dicondongkan sedikit sambil berpaut pada pemegang pintu sebagai sokongan.
“Hujan.” Sepatah Nawwal membalas dengan hidung dikerut. Sekilas dia melirik bulir air yang jatuh saling berlumba dari atap kafe terus ke jalan bertar.
“Dah tahu hujan, berdiri dekat depan ni buat apa? Kena tempias nanti. Masuk cepat.” Sean membebel. Pintu kafe ditolak lebar memberi laluan untuk gadis bertudung merah jambu itu melangkah masuk.
“Kafe baru buka ke?” Nawwal memecah hening sambil matanya melingas memerhati seluruh sudut ruang yang didominasi warna beige dan sentuhan kecoklatan itu. Masih belum ada pelanggan yang datang.
“Sekarang masih pukul lapan. Pintu sana tu tak ada sign ‘open’ pun lagi. Kau awal sangat hari ni.” Sean membalas tanpa menatap Nawwal. Tangannya sibuk membancuh minuman panas untuk mereka berdua.
Nawwal mengangguk kecil sambil tersenyum nipis. Sempat matanya mencuri pandang ke arah dapur. Bukan cuma ada dia dan Sean di situ. Dua orang staf kafe kelihatan sedang sibuk membuat persediaan untuk jualan pastri dan roti sekejap lagi.
Nawwal kemudian membawa langkahnya mengekori Sean. Lelaki berkemeja putih itu terlebih dahulu mengambil tempat pada sudut yang selama ini menjadi lokasi kegemaran Nawwal.
Kata Sean, sementara belum ada pelanggan yang datang, dia mahu ikut sarapan sekali.
Seketika, masing-masing tenggelam dalam jeda yang hadir. Nawwal sibuk mengeluarkan bukunya dan Sean ralit dengan telefon. Hanya bunyi deras hujan di luar kedengaran sayup-sayup menjadi halwa telinga, sayup-sayup juga berselang dengan muzik lo-fi yang dipasang pada pembesar suara kafe.
“Dah berapa buah buku kau baca sejak lepak dekat sini?” Sean membuka suara terlebih dulu. Wajah ayu Nawwal ditatap sambil tangannya membawa kopi ke bibir untuk dihirup.
“Janganlah perli aku.” Ada hembusan nafas berat pada hujung ayat Nawwal.
Tawa Sean menguar ke udara. Hikayat yang menjadi punca perkenalan mereka sehinggalah gadis di depannya sekarang lebih suka menyendiri setiap kali datang ke kafe ini, Sean sudah hafal sebabnya.
Satu perkataan. Tragik.
Ting!
Ayat Sean mati di hujung lidah sebaik pintu kaca kafe ditolak dari luar. Ah, sudah pukul lapan setengah rupanya. Lelaki itu kemudian menghabiskan sisa kopinya sebelum bangun. Isyarat tanpa suara diberi untuk meminta diri.
Kelibat Sean yang berlari anak ke belakang kaunter, tidak lepas dari perhatian Nawwal. Senyuman nipis diukir kemudian.
Sean yang baik, selalu peka walaupun Nawwal tidak bercerita.
Sean yang juga ada sewaktu dia jatuh terduduk sebelum ini, bahkan lelaki itu belum mengenal siapa Nawwal ketika dia sedang berada dalam fasa patah hati paling berat. Kisah klise perempuan yang ditinggal pergi oleh bekas kekasih.
Tidak ada yang menarik selain episod sedih mengenang nasib dan cuba untuk meneruskan hidup. Selama fasa itu, ada Sean yang selalu peduli.
Sebagai seorang kawan tentunya. Sean sendiri sudah bertunang dengan gadis yang sekarang katanya sedang sibuk sebagai seorang editor. Jika kisah Sean ditulis menjadi novel, mungkin akan menjadi kisah seorang pemilik kafe yang jatuh hati pada pelanggannya dengan stranger to friend to lover sebagai trope.
Apa yang pasti, kisah cinta Nawwal tidak sebahagia dan semulus lelaki itu.
Bertahun bercinta sebelum ditinggalkan dengan alasan yang menyakitkan, sungguh bukan hikayat yang akan mendapat penamat indah seperti diinginkan.
Tangan Nawwal terhulur mencapai Latte yang masih belum luak. Perlahan air berwarna coklat itu dibawa ke bibir dan dihirup. Hangat. Pandangannya kemudian jatuh pada novel yang bertanda pada pertengahan muka surat.
Tulisan Sastra. Tenderlova.
Novel edisi lama berwarna putih kebiruan itu sudah dibaca ulang entah untuk kali yang ke berapa, Nawwal sendiri hilang perkiraan.
Terlepas dari bahasa serta diksi yang puitis atau naratif yang digarap membentuk perenggan yang indah untuk dibaca, alasan Nawwal mengulang kisah itu tanpa bosan adalah sebab perjalanan kisah di dalamnya.
Walaupun sudah hafal dengan pengakhiran cerita watak utamanya, tapi Nawwal tetap menikmati plot yang ada.
Nawwal mengaku, sedikit sebanyak ada persamaan kisah Sastra dengan dirinya. Persamaan itu yang membuat dia berasa seolah-olah-olah mempunyai seseorang untuk saling berdepan dengan hal yang sama.
Ah, mungkin juga Nawwal yang terlalu tenggelam dengan dunia sendiri. Larut dengan rasa sakit hati yang masih bersisa.
Novel itu hanya pelarian. Dia perlu sesuatu untuk melepas rasa sesak dan sakit daripada terus menjadi beban. Membaca novel dengan pengakhiran yang sedih paling tidak, boleh menjadi alasan kukuh jika ditanya kenapa menangis sehingga matanya bengkak.
Ingatannya tiba-tiba teringatkan lelaki yang membelanja dia kek cawan beberapa hari lalu.
Pada dia, itu adalah sweet gesture sebagai seorang lelaki budiman dan hal itu agak mainstream buat Nawwal.
Belum ada sesiapa yang melakukan hal serupa itu entah perempuan atau lelaki untuk dia.
Nampaknya fasa awal perkenalan yang mungkin berlanjut ke hubungan pasti sebagai teman ini lebih menarik dari yang Nawwal fikir.
Semoga.
BAB 2
Keadaan kafe milik Sean hari itu agak meriah dengan pelanggan yang datang dengan tujuan sendiri. Entah mengisi perut dengan menu yang ada, menghabiskan quality time dengan pasangan atau hanya sekadar menikmati masa bersendirian. Kelibat Sean juga tidak terlihat di mana-mana.
Nawwal melangkahkan kaki ke arah kaunter dan membuat pesanan seperti biasa. Sementara menunggu pesanannya siap, dia mengedarkan pandangan ke seluruh ruang.
Penuh dan agak sesak.
Bahkan port yang selama ini menjadi tanah jajahan Nawwal seperti kata Sean, sudah menemui penjajah yang baru.
‘Nak duduk dekat mana? Tak kan nak bersila atas lantai?’ Nawwal mengerutkan hidung.
“Cik, pesanan cik.” Pelayan yang bertugas menjaga kaunter, menegur hampir lima minit kemudian.
Nawwal menyambut huluran nampan kayu berisi Latte dan sepinggan kecil strawberry cheesecake miliknya kemudian mengucapkan terima kasih. Seketika, tubuhnya tegak membelakangi kaunter. Masih mencari meja kosong.
Hampir semuanya sudah berpenghuni sehinggalah retina gadis itu terhenti pada sebuah meja untuk dua orang di tepi tingkap pada sudut kiri kafe. Hanya ada susuk seorang lelaki dengan posisi yang membelakangi Nawwal.
Nawwal kemudian memanjangkan lehernya sedikit, cuba mengintai. Minuman berwarna coklat gelap milik lelaki itu sudah berbaki kurang dari setengah. Pinggan di depan lelaki itu juga sudah kosong sekadar meninggalkan sisa.
Tanpa sedar, kakinya sudah berdiri di samping lelaki yang masih ralit dengan telefonnya itu.
“Boleh saya duduk dekat sini? Meja lain dah penuh.” Nawwal menegur dengan sedikit gugup. Jantungnya berdegup lebih laju sebaik lelaki yang sejak tadi tenggelam dengan dunia sendiri itu mengangkat pandangan.
“Sure.” Jawapan sepatah diberi dengan senyuman segaris terukir.
Anak mata lelaki itu melirik sekilas ke seluruh ruang sebelum kembali menatap Nawwal yang sudah mengambil tempat.
Hampir lima minit berlalu, meja kecil yang memuatkan dua orang pelanggan itu diisi dengan sepi. Hanya hingar manusia-manusia sekeliling yang menjadi suara latar, meramaikan halwa telinga. Bahkan, sehingga cecair coklat gelap di dalam cawan lelaki itu habis pun, masing-masing masih mengunci suara.
Nawwal menghirup Latte yang mula bertukar suam. Hujung matanya cuba mengintai lelaki yang kembali sibuk menatap layar telefon yang digenggamnya.
Hati Nawwal mula berdoa semoga lelaki yang masih belum diketahui siapa namanya ini akan segera pergi. Entah berapa lama lagi dia mampu bertahan, berlagak tenang dalam situasi janggal begini.
Nawwal mungkin ambivert, tidak terlalu memeningkan kepala dengan isu sosial sesama manusia tapi sekarang dia tidak terasa mahu berkenalan.
“Erm…” Seketika, lelaki di depan Nawwal ini seolah-olah-olah ingin mengatakan sesuatu tapi ada hasrat yang menahan.
Nawwal mendongak dengan kening terangkat. Nyaris tersedak, sedikit kalut juga sebab tidak mahu lelaki dengan kemeja hitam itu perasan yang dia mencuri pandang.
“Tak apa, tak jadi.” Lelaki itu menggeleng kecil. Senyuman yang terukir kali ini, lebih lebar sedikit menampakkan barisan gigi yang tersusun rapi.
Nawwal tersenyum nipis, kembali menumpukan fokus kepada buku yang berada di tangan. Atmosfera ketika ini, terasa semakin menyesakkan dada. Tapi Nawwal tidak berniat mahu mencairkan suasana atau menghalau hawa kekok yang semakin tebal.
Mungkin hanya dia yang rasa begitu. Lelaki di depannya ini hanya santai lagaknya, seolah-olah Nawwal tidak wujud. Apalagi, beberapa saat yang lalu lelaki itu tiba-tiba bangun dan berjalan ke kaunter. Entah mahu membuat pembayaran atau menambah pesan.
Jujur, Nawwal lebih berharap pada pilihan yang pertama walaupun angan-angannya itu langsung patah sebaik lelaki tadi kembali duduk semula membawa sepinggan waffle coklat bersama.
Perlahan Nawwal mendongak lagi apabila pinggan waffle tadi ditolak sedikit ke arahnya.
“Waffle coklat dekat sini sedap.” Lelaki itu tersenyum.
Nawwal sedikit terpaku.
Kali ini, wajah lelaki yang sejak tadi menjadi tablemate tidak rasminya itu kelihatan lebih jelas. Terlalu jelas sehingga menghadirkan rasa asing.
Asing yang menyenangkan pastinya.
Rambut hitam panjangnya jatuh menutup dahi, kening yang terbentuk cantik seolah-olah dilukis, hidung mancung terletak dan ulas bibir yang kemerahan. Bahkan ketika mata lelaki itu tertutup akibat tertawa kecil melihat riak seolah-olah-olah terpesona Nawwal, bulu mata lebat dan panjangnya menambah kesan tidak nyata.
Bagaimana seorang lelaki boleh menjadi wujud yang cantik dan kacak dalam masa yang sama?
“Minat N.Z ke?”
Nawwal sedikit blur. Tersentak dengan soalan tidak terjangka itu. Kepalanya tunduk menatap muka depan bukunya apabila mata lelaki itu melirik novel yang dia pegang.
“Ha’ah.”
Demi kafe yang sekarang bingit dengan hingarnya,
Demi Latte yang semakin berkurang isi dan hangatnya,
Demi Sean yang sedang menatap dengan kening nyaris bertaut ke arah mereka,
Nawwal rasa mahu menghaibkan diri. Otaknya langsung teringat jubah halimunan yang dipakai oleh Harry Potter mengelilingi Hogwarts waktu tengah malam. Ya Allah, dia mahu pergi dari sini. Rasa malunya serta-merta mengasak sehingga wajahnya terasa berbahang.
“Dah lewat lima minit.” Lelaki itu bangkit. Topi yang sejak tadi dibiarkan di atas meja dipakaikan ke kepala. Setelah itu, dompet serta telefon juga turut dicapai.
“Saya pergi dulu. Terima kasih untuk hari ini.” Lelaki itu mengukir senyum dan terus melangkah menjauh tanpa sempat Nawwal membalas ucapannya.
Dentingan loceng sayup-sayup menampar gegendang sebaik susuk tubuh lelaki itu melepasi pintu kafe lalu hilang di sebalik orang ramai yang melintasi laluan pejalan kaki.
Hembusan nafas terluah sebelum tubuh Nawwal menyandar ke belakang kerusi. Pandangannya jatuh merenung waffle yang masih belum terusik. Terasa berat beban yang sejak tadi terpikul di bahu, perlahan terangkat mengiringi langkah lelaki tadi. Beban menahan perasaan.
Ah, nampaknya Nawwal sudah mula susah untuk membezakan realiti dan fantasi novelnya.
Lagi.
“Macam mana?” Sean tiba-tiba muncul dan mengambil tempat setentang dengan Nawwal.
“Macam mana apa?” Nawwal menyoal semula. Konteks soalan Sean itu terlalu luas dan maksudnya terlalu rawak untuk ditafsir.
“Atlas.”
“Hah?”
“Atlas. Lelaki tadi yang duduk semeja dengan kau tu Atlas.”
Deg!
Nawwal kelu.
“Jangan cakap kau tak tahu dia siapa?” Sean menyepetkan mata.
Sejak tadi Sean perasan dengan suasana sedikit tegang antara dua insan di sudut kafenya itu. Bahkan dia sedikit terkejut. Tidak menyangka jika Atlas dan Nawwal akan duduk dalam satu meja yang sama secepat ini.
Nawwal menggeleng. Ingatannya kembali memutar kotak memori, mengimbas satu persatu detik yang berjalan beberapa minit lalu.
Patut pun lelaki itu seolah-olah terkejut melihat Nawwal tadi. Patut pun lelaki itu kelihatan teragak-agak untuk bersuara. Patut pun waffle coklat tiba-tiba mendarat di atas meja ini.
“Macam-macam hallah kau orang ni.” Sean menghembus nafas.
Mengingat sifat Atlas yang agak kaku dan Nawwal yang lebih memilih untuk sibuk dengan dunianya, Sean tidak terkejut jika kedua mereka hanya duduk tanpa ada perbualan yang bermakna.
“Hati-hati. Jangan sampai jatuh suka. Nanti sakit.” Sean menyambung kemudian.
Nawwal senyum.
Sean ingat Nawwal ini apa? Dia memang mengakui Atlas itu menarik tapi tidak sampai ke tahap jatuh kepada pesonanya.
“Aku serius. Banyak benda yang kau kena fikir kalau kau betul jatuh dekat Atlas.”
PERHATIAN: Ini adalah kumpulan dari beberapa bab untuk e-buku Untold Promise yang telah diterbitkan. Sebelum mendapatkan mana-mana e-buku Froszrine, adalah sangat digalakkan untuk membaca cuplikan prolog dan tiga bab terawal setiap e-buku ini supaya anda lebih yakin dan tidak menyesal haha.
Tentang Iris dan Uzaie
PROLOG
Lima Tahun Sebelum.
Pandangan kosong dilontar ke arah bagasi yang tersusun elok di tepi katil, langsung tak menghiraukan kewujudan seorang lagi manusia yang ada sekali di situ.
Bibir diketap menahan sesak yang menyeruak sehingga buat dia susah nak bernafas normal.
Dadanya berbuku.
“Iris.”
Panggilan sepatah itu perlahan tembus ke telinga, tapi dia tetap tak nak berpaling. Risau nanti tak dapat nak kawal emosi. Dah satu hal pula tiba-tiba ada scene drama leleh.
Mata dia sekarang ni memang dah berat dengan air mata yang bertakung. Tunggu masa untuk buat terjunan bebas je lagi.
“Sayang.”
Tubuhnya didakap.
“Hei.”
Kali ini belakang tubuh dia pula terasa diusap lembut.
Tiga saat, pertahanan terakhir dia dari menangis, runtuh. Esakan kecil dia mula bergema.
“Shh, jangan la macam ni.” Uzaie mengucup puncak kepala Iris, cuba memujuk.
“Saya takut.” Serak suara Iris menyahut. Pelukannya pada pinggang Uzaie dieratkan. Buat bekal sebab LDR kali ni sangat lama.
Uzaie tergelak. Terhibur sekejap mendengar rengekan wanita dalam dakapan dia ini.
“Kita dah bertahan sejauh ni, tak kan nak give up macam tu je?” Tubuh dijarakkan sebelum matanya bertemu dengan wajah merah padam Iris.
Mak aih, sedih betul gayanya walhal semalam elok je gelak sekali sambil kemas barang.
“Awak tahu kan, benda ni tak mudah?” Iris menatap Uzaie lekat.
Sungguh, dia tak faham macam mana cara akal Uzaie tu berfungsi. Keadaan mereka yang ibarat retak menanti belah ni pun dia boleh buat santai je.
“Tahu. Dari awal lagi memang dah macam ni kan? Tapi benda ni biar saya yang fikir. Tugas awak pergi sana belajar elok-elok sampai graduate lepas tu balik sini jadi isteri saya sepenuh masa.”
Kepala Iris diusap.
“Saya tunggu awak balik.”
BAB 1
Sekarang.
Nafas panjang dihembus sambil pandangan redup dilontar merenung wajah yang merah padam sebab demam itu. Satu kucupan diberi sebelum dia bangkit dan menapak beredar. Kakinya terus dihala ke arah dapur.
Bunyi kaki kerusi yang bertemu dengan permukaan lantai memecah hening pagi menginjak ke pukul dua itu. Pandangan kosong dilontar lurus ke depan. Tangan kanan mengacau hot chocolate dalam cawan sebelum dibawa ke bibir dan dihirup.
Nyaman.
Tapi masih tak boleh buat kepala dan jiwa dia sama tenang.
Waktu macam sekarang ni memang sesuai sangat la kalau nak overthinking pun.
Dah hampir dua minggu rutin yang satu ni entah macam mana boleh jadi kebiasaan tak berjemput.
Nak lagi, ini dah malam lima hari terakhir sebelum hari keramat akan tiba, hari yang akan buat kepala dia rasa nak meletup.
Haih, fikir macam mana kejadian lima hari akan datang tu pun dah buat Iris rasa nak benam kepala sendiri sebab stress.
Lima hari lagi sebelum keputusan nekad akan dia buat.
Lima hari lagi sebelum hati dan kepala dia betul-betul serabut.
Paling penting, lima hari lagi sebelum Iris nak tak nak kena berdepan dengan realiti hidup.
Kah! Bertahun mengelak, main aci sorok lepas tu gelabah sendiri sebab dah terlanjur biasa lari dari kenyataan. Nak tipu siapa pun tak tahu.
Klak!
Kepala didongak.
“Tak tidur lagi ke? Chacha macam mana?”
Jase, housemate bertauliah dia yang sama-sama jadi saudara lain mak bapa di bumi Australia ni menegur.
Kerusi di depan Iris ditarik dan member sejak zaman sekolah dia tu mengambil tempat.
“Chacha dah tidur dah, dari tadi merengek tak selesa.” Hot chocolate dalam cawan dihirup lagi.
Jase angguk. Faham. Chacha tengah demam jadi memang tantrum sikit, banyak ragamnya.
Mata dia kemudian melirik Iris. Ummi si Chacha ni pun dah serupa orang tak bermaya je dia tengok.
“Jadi, macam mana?” Soalan pendek tanpa konteks jelas tu diaju, nyaris buat Iris tersedak.
“Apanya?” Aiseh, soalan tak boleh lagi mengejut ke?
“Sekarang dah hari Ahad. Hujung minggu depan nanti macam mana? Jadi la tu kalau nak mengelak. Dah lama sangat dah ni.” Jase buat muka. Buat perangai lambat pick up pula.
“Tak tahu la aku. Susah sangat, aku hantar Chacha seorang je la yang balik.” Itu je pun perancangan yang dia rasa paling bernas setakat ni.
“Kau? Tak nak balik?”
Iris jongket bahu. Tak terfikir lagi pasal benda tu sebenarnya. Tak mampu membayang segala kemungkinan yang jadi lebih tepat.
Jase geleng perlahan. Akulah, budak Iris ni nak merajuk apa benda sampai tak nak balik Malaysia pun?
“Kau tak kesian dekat Chacha? Dah demam macam tu, tak kan tak nak balik lagi?”
Iris masih senyap. Wajah Chacha terbayang. Chacha, anak kecil yang dia kandung sembilan bulan sepuluh hari. Anak perempuan sulung dia yang selama ni jadi pemangkin semangat untuk dia terus berusaha dan tetap kuat.
“Jadi-jadi la pun nak mengelak. Sampai bila nak macam ni?” Tak banyak, tapi serba sedikit Jase tahu tentang masalah rumah tangga member kamceng sejak sekolah tu.
Kesian sebenarnya dengan Chacha yang tengah demam di dalam bilik sana.
Dari kecil, sekali tak sekala je dia dapat jumpa dengan babah dia. Dulu kecil tak apa juga, sebab masih tak faham apa lagi dengan babah dia yang jauh rentas benua di Malaysia tu.
Sekarang ni, dah besar dah pandai cari babah dia.
Dah pandai cakap rindu nak hug babah dia macam budak-budak lain.
Dah pandai nangis sorok-sorok sebab nak sangat jumpa babah dia tapi tak nak Iris tahu.
“Tiga bulan lebih je lagi. Kalau betul pun Chacha rindu, aku tak ada masalah nak biar babah dia jaga Chacha.” Iris senyum segaris.
Entah kenapa, dengan cadangan yang lahir dari diri sendiri tu buatkan dia rasa tak rela.
Kau sanggup Iris?
Dari Chacha tu lahir sampai dah bercakap lancar umur tiga tahun ni selalu ada depan mata. Boleh tahan ke berpisah 12 bulan?
Bibir bahagian dalam digigit.
Sepanjang lima tahun dia di sini dari status sebagai seorang pelajar di universiti di Queensland sana tu sampai la dah jadi pekerja di sebuah studio, hampir semua hal dia bantai buat sendiri dengan Chacha.
“Tiga bulan lebih je lagi kau tu, bukan boleh percaya. Tiga bulan tu pun dah panjang sangat aku rasa untuk kau yang rajin sangat buat perangai acah terpaling independent ni.” Jase menyelar. Tempoh tiga bulan tu sempat kot Iris ubah fikiran 1000 kali.
“Apanya?” Side eyes. Jase ni pun, keluar aura garang macam tu saja buat dia serba salah. Saja buat dia tak senang duduk.
“Kau jangan sampai aku buka kuliah rumah tangga pukul dua pagi ni eh? Walaupun aku tak kahwin lagi tapi gaya aku je yang lagi concern dengan hidup kau dengan Chacha.”
Zap!
Macam kena siat. Pedih tembus ke jantung!
“Jase…” Merengek sebab nak suruh Jase senyap sebenarnya.
“Tak ada, tak ada. Aku tak tahu apa masalah sebenar kau yang payah sangat nak balik ni tapi kau sedar tak kau tu masih ada suami? Chacha tu masih ada babah dia?”
Shesh!
Patut Iris habiskan cepat je minuman dia tadi lepas tu masuk bilik. Tak payah terserempak dengan Jase yang tiba-tiba terbangun ni dengar bebelan menohok.
“Ya, faham. Tiga bulan lebih je lagi sebelum kontrak aku habis. Nanti aku balik la.” Iris memotong tanpa sempat Jase sambung membebel.
“Haih, aku bising sebab sayang kau. Sayang Chacha.”
“Ya, tahu.” Iris dah serupa gaya Chacha kalau kena marah sebab tak nak makan sayur.
“Dah la, sambung esok. Kau pergi masuk dalam temankan Chacha. Jangan nak serabutkan sangat fikiran kau tu. Tu, dark circle kau tu sikit lagi nak jadi panda.” Cawan Iris yang dah kosong dicapai dan dibawa ke singki. Serba salah sikit sebenarnya sebab terlebih bebel.
“Nite, Jase.”
“Nite.”
Kepala menjeling jam dinding yang tergantung. Pukul 2:40 pagi. Nampaknya rutin bedtime seorang Nur Arissa pun dah tersasar jauh dari yang asal. Semua sebab insan-insan yang lagi lima hari akan ditemui di Tanah Melayu tu nanti.
Harapnya, semoga Iris kuat la nak hadap segala kemungkinan dalam kepala dia ni.
BAB 2
Sekilas pandangannya menjeling jam yang melingkar di pergelangan tangan. Dah pukul lapan maksudnya dah hampir setengah jam panggilan rentas benua dia dan Iris berakhir.
Rutin wajib yang satu ni memang tak boleh tinggal. Memang itu je perantara paling mujarab nak buat lepas rindu.
Uzaie menyandarkan tubuh ke belakang sambil membuang pandang ke luar tingkap. Waktu orang tengah berpusu redah jam nak balik ke rumah, dia lebih memilih untuk stay sekejap di office.
Bukan sebab malas nak bersesak, lebih kepada malas nak balik sebab kondo tempat dia tinggal tu makin hari, makin terasa sunyinya.
‘Kontrak saya lagi tiga bulan.’
Ayat Iris yang sejak belakangan ni jadi topik utama setiap kali mereka berhubung, kembali terngiang.
Ada senyuman bahagia yang tak boleh disorok, terukir.
Siapa dia nak menipu yang dia sangat rindukan Iris? Sangat rindukan Chacha?
‘Nak sambung kontrak ke?’
Uzaie saja meneka tapi selepas tak mendapat apa-apa jawapan, dia melepas keluh dalam hati. Jawapan bisu macam tu, dia dah faham sangat maksudnya. Terlebih kalau itu berkaitan dengan seorang Iris.
Hubungan mereka sejak awal memang dah terpampang nyata dia punya konflik. Hanya, masing-masing memilih untuk berhati-hati dari tersilap langkah. Risau, tersilap cakap boleh cetus perang rumah tangga.
‘Saya terfikir nak stay sini sampai kontrak tiga bulan tu habis. Nanti boleh balik terus.’ Agak lama senyap, barulah Iris kembali menyambung ayat.
‘Buat la, kalau awak rasa itu yang terbaik.’
Jujur, kalau ikutkan Uzaie dia memang nak Iris balik walaupun cuma beberapa hari. Hubungan LDR mereka ni boleh kira sebelah jari je berapa kali masing-masing berkumpul sebagai keluarga.
Uzaie tak salahkan Iris, memang ini salah satu perjanjian tanpa hitam putih mereka sebelum kahwin dulu. Uzaie pun sedar diri, dia yang buat Iris tersepit dan terpaksa untuk memilih.
Dia tak boleh ego walaupun sebenarnya makin lama, dia rasa agak menyesal sebab turutkan sangat kemahuan Iris.
Tak boleh ke Iris berlembut hati sikit? Apa salahnya kalau pindah balik ke Malaysia dan kerja di sini?
Uzaie faham, Iris ada amanah dan impian yang dia nak kejar.
Tapi lama mana lagi Uzaie kena sabar dan tunggu?
Iris dah habis belajar, sekarang dah merasa pun kerja di tempat orang tu macam mana.
Hampir lima tahun.
Uzaie memang tak sepenting itu agaknya bagi Iris.
Astaghfirullah.
Segera fikiran itu ditepis. Tak nak fikiran dia semakin negatif dan menerawang ke mana-mana. Dah ini konsekuensi yang dia kena hadap sebab ‘paksa’ Iris kahwin dulu. Hadap je la.
Tok! Tok!
Uzaie melirik ke arah pintu bilik kerjanya sebelum wajah Khairul menyapa pandangan. Tanpa dipelawa, kawan merangkap officemate dia tu menapak masuk dan terus duduk setentang dengan Uzaie.
“Kau dah boleh lepak sekali dengan Pak Cik Saad dekat bawah tu teman dia jadi guard.” Khairul memecah hening hampir lima saat dia duduk di situ saling membalas renungan dari Uzaie.
“Kau kenapa tak balik lagi?” Uzaie menyoal malas. Tengah dia nak masuk mood layan perasaan ni juga la Khairul tu nak muncul. Ingat dia tak tahu ke kejap lagi apa isu berbangkit yang akan jadi topik perbahasan?
“Nak balik la ni. Tapi ternampak lampu bilik kau masih menyala.” Dah tak ada sesiapa lagi yang rajin buang masa dalam office ni lepas waktu kerja selain seorang Syed Huzaifah pun.
“Aku malas nak redah jam.” Jawapan tipikal saja nak lepaskan diri.
“Alasan tak ada yang lagi klasik ke? Kalau kau lupa, aku salah seorang best man kau masa nikah dulu.” Ingat Khairul tak tahu cerita ke?
Uzaie tak membalas, hanya bibir yang tercebik kecil. Apa lagi yang dia nak sorok kalau jawapan percaya diri Khairul dah serupa tu?
“Lima tahun kau hidup macam ni, tak penat ke?” Khairul menyoal dengan dahi berkerut.
Dia tak ada niat apa-apa, ikhlas sebab nak tahu. Tak ada sesiapa orang terdekat dalam hidup dia yang dia kenal setia macam Uzaie ni. Kadang rasa macam lembab pun ada.
“Dah tu? Kau nak aku buat apa?” Uzaie menyoal tanpa nada. Datar macam pembaris.
“Tak boleh ke bincang dengan Iris? Apa yang dia nak kejar sangat? Dia dah habis study tiga tahun lepas, kan? Ni sambung lagi kerja dua tahun.”
“Aku yang ajak dia kahwin, walhal aku tahu dia ada impian sendiri.”
“Tapi tak kan tak boleh consider? Dia bukan bujang lagi. Dah ada suami, dah ada anak.”
Khairul bukan nak masuk campur mengenangkan yang dia sendiri pun masih bujang.
Tapi kalau mengingat yang Uzaie tu setiap kali datang event company seorang diri sedangkan mereka yang lain datang dengan pasangan masing-masing, atau Uzaie yang bermain dengan anak staf yang masih kecil, membuatkan dia yang melihat ni nak tak nak rasa kesian.
Nampak sangat rindukan Iris dan Chacha.
Belum cerita pasal Uzaie tiap kali rumah terbuka masa Hari Raya. Masa premier launch untuk koleksi projek terbaru.
Bila ditanya, memang skema jawapan dia senyum je, tak pun gelak.
Hidup mengalahkan dia yang bujang ni.
“Kau tak faham. Nanti kalau kau dah kahwin lepas tu kena LDR dengan Syada sebab cita-cita dia, kau tahu la.” Uzaie dah malas nak panjangkan isu.
“Suka hati kau la.” Dan Khairul pun sama malas nak teruskan sesi perbincangan gaya sehala tu.
“Iris tak balik?”
“Kontrak dia lagi tiga bulan.” Uzaie senyum segaris.
“Eloklah tu. Harapnya dia balik terus lepas ni.” Khairul menepuk perlahan tangan Uzaie di atas meja sebelum bangkit. Seminit kemudian dia meminta diri dan beredar.
Uzaie menghembus nafas berat. Sama berat dengan isi kepalanya sekarang. Ayat terakhir Khairul masih belum hilang dari fikirannya.
Harapnya.
Semoga Iris tu terdetik hati untuk lebih memikirkan keluarga kecil mereka. Uzaie tak tahu apa yang akan dia buat kalau Iris berkeras tetap nak menyambung kerjanya.
BAB 3
Art & Craft Kids Studio pagi tu tak ramai sangat pengunjung. Mungkin sebab hari ni hari bekerja. Biasanya studio yang boleh tahan luas ni akan meriah waktu hujung minggu. Ibu bapa akan bawa anak masing-masing datang ke sini untuk luangkan masa buat quality time.
Ruang studio ini ada dua tingkat. Tingkat bawah untuk pantri, bilik staf dan kedai cenderamata. Tingkat atas pula terbahagi kepada tiga ruang utama. Ruang untuk budak-budak belajar melukis, ruang untuk belajar buat kraf sendiri dari bahan D.I.Y dan ruang untuk buat kraf dari tanah liat.
Iris mengedar pandangan ke sekeliling. Sengih segaris terukir. Tak sangka dia boleh bertahan sampai ke tahap yang sekarang.
Mungkin kerja jadi staf biasa di sebuah studio untuk budak-budak bukan hal yang gempak sangat, tapi bagi Iris tempat ni jadi salah satu saksi bisu perjalanan hidup dia lima tahun belakangan ini.
Macam mana seorang Nur Arissa cuba untuk tunaikan tanggungjawab seorang anak dan capai impian sendiri. Sedangkan dalam masa yang sama, tengah struggle juga dengan masalah hidup yang lain.
Perihal rumah tangga dan tanggungjawab seorang isteri yang sesungguhnya.
Ah, tak pasal-pasal jadi emo. Bibir diketap dengan ringisan keluar dari bibir.
Lagi tiga hari berbaki sebelum kata putus sama ada ikut Chacha balik sekali naik flight atau tetap tinggal di sini dan habiskan sisa baki tiga bulan terakhir.
Kontrak kerja dia sekejap lagi akan tamat dan panggilan agung keluarga di tanah air dah macam semboyan perang tiap kali Iris jawab call masing-masing.
Risau sangat yang Iris nekad untuk menetap di sini dan sambung kontrak walaupun Iris memang nak buat macam tu sebenarnya.
Bzz. Bzz.
Getaran telefon pada saku, menarik dia ke realiti semula. Melihat nama yang terpapar di layar, Iris salah tingkah sekejap.
Tak, lebih kepada gelabah sebab dia dah hafal sangat skrip yang sekejap lagi akan didengar.
“Assalamualaikum.” Suara garau menampar gegendang.
“Wa’alaikumsalam.” Perlahan dia membalas. Apa buat perangai macam kantoi lepas buat salah je ni?
Salah la tu sebab terfikir nak sabotaj gencatan senjata antara diri sendiri dengan orang di hujung talian ni.
Dah terfikir nak nekad untuk balik hujung tahun dan biar Chacha balik dengan Jase.
“Awak dah masuk studio ke?” Suara Uzaie menyoal lagi.
“Hmm.” Jam yang tergantung dijeling. Mengira perbezaan zon waktu Malaysia-Australia. Brisbane awal dua jam.
“Awak tengah bersiap ke ni?” Iris menyoal. Kalau sekarang dah pukul sembilan setengah, maksudnya Malaysia baru pukul tujuh lebih.
“Tak la. Dah sampai office, kejap lagi nak turun sarapan. Tunggu Zahin kejap.”
Iris tunduk. Serba salah sekejap sebaik perkataan ‘sarapan’ tu disebut. Hampir lima tahun Uzaie sarapan tanpa ada dia yang sediakan setiap hari.
Shesh, mula la nak rasa vibes ala isteri derhaka pagi macam ni. Mata dipejam dan nafas kasar tanpa sedar dihembus kuat.
“Ada masalah ke dekat studio?” Uzaie memulang soalan. Dah kalau kuat sangat bunyi serupa orang mengeluh tu, sahih ada benda yang mengganggu.
“Saya isteri yang teruk kan?” Iris bersuara perlahan. Jangan tegur, dia tengah emo tak kira la baru pukul sembilan setengah pagi pun. Mood dia dah menjunam ke dasar laut sejak dua minggu lepas.
Kali ini kedengaran Uzaie yang menghembus nafas di hujung talian.
“Arissa. Sayang. Kenapa tiba-tiba ni?” Lembut suaranya cuba memujuk.
“Awak tak menyesal ke kahwin dengan saya?” Iris buat pekak dengan soalan Uzaie.
Beberapa hari ni dia memang buat gaya acah okay je dengan semua hal. Buat tak kisah je setiap kali Uzaie tu buat video call dengan Chacha sembang topik wajib ‘bila Chacha boleh tinggal sekali dengan babah.’
Walhal hati Iris rasa macam kena siat halus. Rasa bersalah dan pentingkan diri sangat.
“Dah lima tahun. Lagi nak tanya?” Kalau menyesal, dah lama mereka berpisah.
Lima tahun dengan gaya hidup serupa orang bujang dan serupa ibu tunggal dalam tempoh tu, bukan benda senang kalau tak sanggup. Kalau tak sayang.
“I hate you.” Sebab selalu buat Iris rasa terpujuk dan rasa ‘tak pernah salah’ walaupun semua tahu, Iris tu pentingkan diri.
“Love you too, saya dah nak gerak ni. Zahin dah tunggu.” Kedengaran bunyi kerusi ditolak ke belakang.
“Okay.”
“Kirim peluk cium untuk Chacha nanti. Cakap babah dia rindu.”
“Okay.”
Jeda.
“Cakap dengan ummi Chacha juga, cepat balik. Uzaie dia tengah tunggu.”
Dan sebaik talian putus, Iris tak dapat tahan sengih yang terukir. Faham tak kenapa dia susah sangat nak berpisah dengan Uzaie tu walaupun cara hidup masing-masing macam ni? Haih, nampaknya niat untuk refund tiket hujung minggu ni kena batalkan je la.
SELESAI waktu bekerja dan selepas dah siap bersihkan diri, tangan Iris menatang bubur extra ayam dan sayur dengan dulang bersama segelas air suam. Menu untuk budak kecil yang demam baru nak kebah tu. Kakinya menapak ke ruang tamu.
“Come, makan dulu then makan ubat dan rehat.” Dia mengambil tempat di sisi Chacha yang setia dengan sweater pink Barbie dengan dahi bertampal cool fever.
“Baca doa.”
“Umi, bila kita nak balik jumpa babah?” Sambil mengunyah, Chacha menyoal. Sopan sungguh perangai anak dara ni. Mulut tengah penuh sibuk nak bercakap.
“Weekend ni kita fly.” Iris senyum membalas. Sesudu lagi bubur disuap ke mulut Chacha.
“Chacha nanti dah balik Malaysia, nak stay dengan babah ke nak ikut umi balik sini?” Suara Jase menyampuk tiba-tiba kedengaran. Dia mengambil tempat di sofa dengan spageti dalam pinggan.
“Umi balik sini lagi?” Muka Chacha dah berubah riaknya.
Iris hembus nafas. Satu jelingan diberi untuk Jase. Apa pula waktu macam ni nak keluar soalan spesies tu?
“Kejap je.” Jawapan pendek nak sedapkan hati Chacha. Nanti ada yang merajuk tak nak makan pula. Dah la sepanjang demam ni payah sangat nak isi perut.
“Chacha boleh tinggal dengan babah dengan umi sama-sama?” Suara budak kecil tu dah berubah teruja. Muka pun dah boleh senyum walaupun masih pucat.
“Unless you finish your food and get well before we fly.”
Chacha sengih menunjukkan lesung pipi sebelah kiri.
Iris juling mata ke atas, buat muka cute macam tu saja nak minta simpati namanya.
“Yeay, boleh tinggal dengan babah!”
Iris tergelak kecil. Ni betul dah datang semangat nak sembuh siap angkat tangan bagai. Nasib tak melompat je.
“Tahu seronok, habiskan bubur ni.” Sesudu lagi disuap ke mulut Chacha yang masih dengan mood bunga api tahun baru tak habis.
Dalam hati dia mengeluh.
Dari kecil sampai umur Chacha dah nak masuk 3 tahun bulan depan, tak pernah lagi dia balik jumpa datuk, nenek dan keluarga di sana. Jangankan saudara, babah kandung sendiri pun jarang nak bersua muka. Selalu jumpa face to face secara virtual je la. Hadap skrin telefon buat video call.
Amanah dari ayah dan tanggungjawab seorang isteri, dia tersepit. Bahkan ada hal yang lebih dari itu untuk dipertimbangkan sebenarnya.
“Umi, sampai sana nanti babah ke yang jemput kita?” Mata bulat Chacha lekat menatap wajah Iris, menunggu jawapan.
“Tak sayang. Babah masa tu busy, acik yang datang ambil.” Kepala Chacha diusap lembut. Dah siap bincang dan buat laporan khusus pun dekat Uzaie pasal perjalanan balik dia dan Chacha nanti.
“Okay.”
“Jangan la sedih, babah masa tu kerja. Nanti babah balik, Chacha jumpa babah okay?” Kepala Chacha diusap.
Melihat anggukan semangat Chacha tu, entah kenapa buat Iris rasa nak menangis. Tuhan, kejam sangat ke dia?