Stories by Jalan Telawi on Medium
Oleh Khairul Anam
Salah satu buku yang dibincangkan.
Saya tidak tahu bagaimana Dr Khalif Muammar memperoleh gambar daripada laman Twitter yang sudah lebih 3 tahun saya tinggalkan (mungkin kerana saya tidak menutup akaun tersebut). Dan saya juga tidak mengerti tentang dorongan dan niatnya hendak menjadikan apa yang saya tulis di situ sebagai bahan polemik. Mungkin juga kami hidup dalam susur waktu yang berbeza hingga dia mengambil masa lebih 3 tahun untuk terserempak dengan saya di simpang jalan. Dan sekali terserempak dia berasa sangat teruja. Jadi, saya karang jawaban ini sebagai menyambut keterujaannya.
Apa yang saya tulis di situ adalah sebahagian jawaban kepada pertanyaan seorang rakan. Latar pertanyaan rakan tersebut berkisar tentang peranan akal rasional dan keruhanian/mistisisme; dan dia mengambil contoh daripada sebuah buku yang dianggap karya terakhir Ibn Sina, Ibn Sina and Mysticism — Remarks and Admonitions: Part Four (terjemahan Shams Inati). Jawaban saya bertujuan untuk mengelakkan rakan tadi daripada mengambil kesimpulan mudah bahawa suatu hari nanti kita akan berasa lelah dengan akal rasional dan akhirnya kita akan/perlu kembali kepada jalan keruhanian atau mistik.
Seingat saya, dalam jawaban tersebut, saya tidak menyebut tentang Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas. Sebaliknya, saya merujuk kepada Prof. Seyyed Hossein Nasr yang banyak mengkritik falsafah dan ilmu (science) moden dan menulis tentang kepentingan membina sistem falsafah dan ilmu berteraskan konsep kesatuan atau tauhid. Segala pandangannya itu boleh disimpulkan sebagai apa yang saya sebut, reduksionisme teologi.
Perkataan “Islamisasi ilmu” seperti dalam gambar tersebut tidak merujuk kepada teori yang dibawa oleh Prof. al-Attas, iaitu, “Islamization of Knowledge,” yang saya kira wajar diterjemah sebagai Pengislaman/Islamisasi Pengetahuan. Saya sesungguhnya tidak berminat hendak mengkritik atau menyerang teori Islamization of Knowledge ini–dan sebabnya akan semakin jelas sekejap lagi.
Sebelum kita menuduh orang lain tidak faham atau salah faham tentang apa yang kita ucapkan, terlebih dahulu wajib bagi kita sebagai seorang pemikir atau sarjana untuk menulis dengan jelas dan memberi takrifan yang terang dan tepat pada semua istilah penting yang diguna untuk mengungkapkan pemikiran kita.
Saya sekurang-kurangnya faham apakah yang Prof. Nasr maksudkan bila dia menggunakan perkataan “science” dan “knowledge” dalam tulisannya. Kerana konsep dan kategori ini sudah terpakai sejak berzaman daripada zaman Yunani purba lagi. Terdapat perbezaan makna antara istilah-istilah berikut: (a) episteme — gnosis dalam bahasa Yunani purba; (b) ‘ilm — ma’rifa dalam bahasa Arab; © scientia — cognoscere dalam bahasa Latin; (d) wissenschaft — erkenntnis dalam bahasa Jerman; (e) science — connaître dalam bahasa Perancis; (f) science/scientific knowledge — knowledge dalam bahasa Inggeris.
Istilah kedua dalam kesemua bahasa di atas merujuk kepada sejenis “pengetahuan” yang kita perolehi secara langsung daripada pencaindera, pengenalan pada sesuatu benda, dan pengalaman (Aristotle dan Ibn Sina contohnya mengaitkan gnosis/ma’rifa dengan indera). Ia boleh disebut sebagai pengetahuan daripada akal sehat; pengetahuan kita tentang kenyataan sesuatu perkara–atau dalam bahasa Inggeris, knowledge of facts.
Sementara yang pertama pula merujuk kepada sejenis “pengetahuan” yang lebih tinggi sifatnya, yang diperolehi melalui proses berfikir yang lebih rumit. Ia bukan sekadar pengetahuan kita tentang kenyataan sesuatu perkara, tetapi pengetahuan kita tentang sebab atau kenapa kenyataan sesuatu perkara sebegitu–dalam bahasa Inggeris, knowledge of the reasoned facts. Atau dalam contoh lebih mudah: ia bukan sekadar pengetahuan kita tentang kenyataan bahawa rumput bewarna hijau, tetapi pengetahuan kita tentang sebab kenapa rumput bewarna hijau.
Maka, pada hemat saya, terjemahan bahasa Melayu bagi istilah episteme/’ilm/scientia/wissenschaft/science adalah ilmu (namun, perlu juga disebut di sini bahawa kalangan filasuf Arab kadangkala menggunakan istilah ‘ilm dengan ertikata pengetahuan). Sementara istilah gnosis/ma’rifa/cognoscere/erkenntnis/connaître boleh diterjemah sebagai pengetahuan.
Perbezaan makna, malahan konsep dan kategori ini sukar ditangkap dalam tulisan Prof. al-Attas. Sebagai contoh Islamization of Knowledge diterjemah atau difahami oleh dia dan anak-anak muridnya sebagai Pengislaman/Islamisasi Ilmu. Selain daripada itu, Prof. al-Attas juga menggunakan istilah seperti “ilmu pengetahuan sains” (lihat, Tinjauan Ringkas Peri Ilmu) yang sangat sukar hendak dikenalpasti apakah perkara yang hendak diperkata dan dirujuknya. Ini tidak seharusnya berlaku jika kita memahami falsafah bahasa, atau paling tidak, falsafah bahasa dalam aliran realis.
Kalangan filasuf ilmu (philosopher of science) biasa menggunakan istilah “scientific knowledge” yang boleh difahami dan diterjemah ke dalam bahasa Melayu sebagai pengetahuan ilmiah. Dan sampai ke hari ini saya masih belum dapat memahami apakah maksud istilah “ilmu pengetahuan sains”, “ilmu pengetahuan sains dan teknologi”, dan “ilmu pengetahuan” yang banyak diulang-ulang sebut dalam karyanya tadi. Ungkapan sebegini menunjukkan tiada keupayaan untuk menemukan istilah yang tepat dan kena bagi sesuatu perkara yang hendak diperkatakan. Bahkan ia seolah-olah menggambarkan tiada kejelasan dalam berfikir.
Perihal ketidakjelasan dalam berfikir ini juga jelas kelihatan pada kata-kata Dr Khalif Muammar bahawa “Islamisasi Ilmu yang digagaskan oleh Prof. Dr SMN al-Attas menekankan pentingnya worldview seseorang diperbetulkan dan dibebaskan… Oleh kerana itu fokus Islamisasi ilmu itu bukan pada Islamisasi disiplin ilmu tetapi Islamisasi cara berfikir yang menyebabkan sekularisasi itu berlaku.”
Persoalannya: jika pandangan dunia (worldview) dan cara berfikir (ways of thinking) yang hendak diislamkan, kenapa guna istilah islamisasi ilmu? Kenapa bukan Islamisasi pandangan dunia atau Islamisasi cara berfikir?
Pandangan dunia atau cara berfikir dan ilmu (dan pengetahuan) adalah dua perkara yang sangat berbeza. Berfikir (thinking) adalah suatu proses fikiran (mental process); manakala ilmu adalah keadaan fikiran (mental state), atau lebih jelas lagi, suatu keadaan yang dicapai oleh fikiran (mind) manusia setelah melalui sesuatu proses fikiran seperti penginderaan dan berfikir. Sebuah proses dan hasilnya memang tidak dapat dipisahkan, namun kedua-duanya tetap perkara yang berbeza.
Selain itu, gagasan Islamisasi yang dibawa oleh Prof. Al-Attas ini juga agak berlainan. Kalangan filasuf besar seperti Plato, Aristotle, Plotinus, Ibn Sina, dan Suhrawardi, sebagai menyebut hanya lima nama, percaya bahawa diri manusia terdiri daripada jasad dan jiwa rasional. Jiwa rasional ini mempunyai beberapa daya (faculties) seperti indera (sense perception/hiss), fikiran (mind/zihin), dan akal (intellect/reason/’aql).
Kesemua filasuf besar tadi berpendapat bahawa daya akal merupakan daya jiwa manusia yang paling tinggi. Ia mempunyai sifat kesedaran (consciousness/shu’ur bi al-zat), yakni ia berupaya menyedari tentang kewujudan dirinya. Dan mereka juga percaya bahawa dengan kekuatan daya dan kesedarannya, akal manusia-lah yang menguasai dan mengawal semua daya lain seperti indera dan fikiran.
Maka demikian, kesemua filasuf besar ini percaya bahawa manusia perlu menjalani usaha penyucian dan pemurnian akal dan jiwa rasional ini agar ia dapat memimpin fikiran kita dalam membentuk pandangan dunia dan mencari kebenaran.
Di sinilah berlainannya gagasan Islamisasi ilmu Prof. Al-Attas. Islamisasi ilmu ini memberi fokus pada pandangan dunia dan cara fikir. Yakni pada perkara lebih kecil yang merupakan hasil daripada sesuatu yang bersifat lebih asasi.
Mungkin juga Prof. al-Attas tidak bersetuju dengan gagasan jiwa rasional yang dibawa oleh kalangan filasuf besar tadi. Mungkin juga Prof. al-Attas lebih cenderung kepada gagasan manusia yang hanya terdiri daripada fikiran (mind) dan jasad (body) sahaja; sebuah gagasan yang berpengaruh semenjak zaman Descartes pada abad ke-17. Dan mungkin juga pengislaman hanya layak dan terbatas pada pandangan dunia dan cara fikir sahaja, tidak lebih daripada itu.
Di samping itu, jika benar seperti yang dikata oleh Dr Khalif Muammar, “Worldview itu umpama akar, sains umpama buah. Jika akarnya rosak maka pohon itu tidak akan berbuah,” maka saya ingin bertanya: semenjak 1978, tidak adakah di antara anak-anak muridnya yang ramai itu tumbuh sebagai pohon yang subur dan menghasilkan buahan sains yang manis untuk dikecap barang semulut oleh bangsa manusia, setidak-tidaknya di Malaysia?
Sudah menjadi adat dalam dunia falsafah dan ilmu bahawa kita tidak boleh berhenti setakat mengkritik sesuatu sistem pemikiran atau sistem ilmu sahaja, sebaliknya kita wajib menawar dan membina sebuah sistem baharu/alternatif. Itulah yang ditunjukkan oleh sebahagian filasuf dan ilmuwan, terutamanya, pada awal abad ke-20 setelah mereka menolak sistem metafisik lama dan membina sistem falsafah dan ilmu baharu berasaskan faham kebendaan (materialisme) dan kemudiannya faham jasmani (physicalism).
Akhir sekali, jikalau benar saya ibarat orang yang memanah dengan mata tertutup, maka saya harap panahan saya itu tepat mengena sasarannya.
Sekian. Sama-sama kita mengaji lebih luas dan merenung persoalan lebih mendalam.
Khairul Anam, pelajar dan pengkaji di samping menterjemah beberapa buah buku, salah satu yang baru diterbitkan adalah Api dan Cahaya, sebuah buku tentang sejarah Pencerahan Eropah.
Tentang kebuasan kekuasaan, cinta dan pengakhiran
oleh Hafiz Hamzah
Slamet Rahardjo dalam Amangkurat, Amangkurat. 2017 © Widhi Cahya/Komunitas Salihara
“Yang saya tampilkan hanya kebuasan.”
~Goenawan Mohamad
I.
Goenawan Mohamad duduk berseorangan di ruang legar Muzium Sultan Alam Shah, termenung sendirian. Sabtu itu, seperti kebiasaannya hari-hari lain pada bulan Disember, cuaca suram. Langit mendung. Tetapi muka Mas Goen — dia berkeras tidak mengizinkan saya memanggilnya Pak Goenawan petang itu — nampak cerah dan ceria bertenaga; walau mungkin sedikit resah. “Katanya akan ada bas yang akan membawa saya. Tapi belum kelihatan,” dia memaklumkan.
Dari Shah Alam, dia ingin ke Damansara Performing Arts Centre (DPAC); pada sebelah malamnya pementasan sulung lakon dari naskah teater Amangkurat, Amangkurat di luar Indonesia akan berlangsung. Agaknya dia memang merasakan sedikit ketegangan ketika itu. Dalam sela waktu singkat yang tersisa, perbualan kami masuk ke daerah teks pementasan yang ditulisnya itu. Sekejap duduk, sekejap berdiri; matanya kerap meninjau ke luar.
Mas Goen bagaimanapun tetap berada di dalam penampilannya yang sangat selesa; kasut kulit hitam lusuh yang dikilatkan, seluar kapas dalam warna coklat muda yang dilipat hujungnya hingga buku lali, kemeja kotak hitam kecil lengan panjang yang ditindan dengan sehelai jaket hitam di atasnya, serta cermin mata — yang ada waktu disangkut di atas kepala dan di waktu lain disarung tangkainya pada telinga — untuk membaca sambil di tangan memegang buku.
Naskah yang ditulis kurang lebih dalam tempoh setahun itu berkisah tentang sang raja Amangkurat, yang naik takhta kerajaan Mataram selepas kemangkatan ayahnya, Sultan Agung, pada tahun 1645. Dari sudut sejarah, atau hubungan asal kisah ini, ia awalnya terkandung di dalam kitab Jawa lama, yang dikenali sebagai Babad Tanah Jawi.
Ceritanya berkisar di selingkar politik kekuasaan, dengan segala macam pengkhianatan yang berselirat di antara noda dan ghairah, juga dosa-dosa lama yang tak pernah benar-benar terhapus di sebalik kedudukan yang sedang terus digusur waktu.
Juru Taman (Ahmad Jusmar) dan Amangkurat. 2017 © Widhi Cahya/Komunitas Salihara
“Yang saya tampilkan hanya kebuasan.” Di satu detik, perbualan kami tiba ke titik itu, sewaktu Mas Goen menceritakan sedikit perihal kejadian-kejadian yang membangunkan cerita yang ditulis itu. “Ia juga bukan sebuah pengkisahan sejarah, melainkan sebuah tafsiran dan garapan semula ke atas sejarah (interpretation of history),” begitu Mas Goen sendiri menjelaskan tentang naskahnya. Mataram merupakan kerajaan besar yang meliputi hampir keseluruhan pulau Jawa; turut termasuk sebahagiannya kini ialah kota Jogjakarta.
Penggerak utama teater yang memerankan watak di dalam lakon ini pula sebetulnya berasal dari bandar Lampung, Sumatera. Sutradaranya, Iswadi Pratama aktif bersama perkumpulan Teater Satu, bersama enam lagi pemeran lainnya bergabung dengan pelakon-pelakon dari Jakarta untuk menjayakan teater ini.
Keseluruhannya, 20 pelakon menggalas tanggungjawab untuk memastikan persembahan berkenaan menjadi hidup, dan mampu merangkul imajinasi serta mendorong emosi khalayak terhadap citra kekejaman yang melingkari sang raja Amangkurat. Kurang lebih ada 10 orang lagi yang turut terlibat membantu kumpulan teater ini untuk hal-hal di luar pentas. Di hari-hari terakhir hidup raja Amangkurat yang kian tersisih kerana kerajaannya berada di hujung jalan, tragedi demi tragedi menghiasi hampir keseluruhan cerita yang dipentaskan itu.
Jam di tangan hampir menunjukkan pukul 5 petang, dan bas atau sebetulnya van yang ditunggu Mas Goen memang tak pernah hadir pada waktu yang dikehendaki. Melalui telefon, saya menempah perkhidmatan Grabcar untuknya segera beredar ke DPAC.
II.
Ruang Blackbox DPAC, sesuai dengan namanya, gelap pekat walaupun ada sedikit lampu yang berpancaran dari siling dewan. Malam sebelumnya, kantung emel saya menerima sebuah perkhabaran yang tidak enak; nama saya tidak tersenarai untuk masuk dan menonton persembahan pertama Amangkurat, Amangkurat.
Selepas duduk dan berbicara sendiri dengan penulis naskahnya petang itu, dan mendengar tentang “kebuasan” serta adegan dengan simbol “erotika” yang turut ditampilkan di dalam teater berkenaan, maka untuk tidak diterima masuk menyaksikan persembahan itu bukanlah satu pilihan.
Kebetulan saya tiba sedikit awal di sana, dan ketika teman-teman yang memeriksa senarai nama seperti berdepan dengan masalah di meja pendaftaran, saya berjalan bersahaja, dengan tenang dan meyakinkan, menuju ke pintu utama lalu masuk ke dalam perut dewan yang gelap itu.
Tanpa ada seorang pun yang menahan atau bertanyakan apa-apa. Dan itu rahmat yang cukup menyenangkan barangkali — saya duduk seorang sambil melihat-lihat apa yang tersisa di dalam kelam. Sebuah tandu nampak terletak elok di bahagian kiri pentas. Mas Goen dan Iswadi Pratama kelihatan agak tegang dan senyap memerhatikan suasana bertentangan dari situ, di bahagian kanan pentas.
Amangkurat di ambang kematian. 2017 © Widhi Cahya/Komunitas Salihara
Dari sistem siar raya yang ada, bunyi cengkerik dan salak anjing yang sayup-sayup kedengaran dimainkan berulang kali, lama sebelum pintu mula dibuka dan penonton dibenarkan masuk — barangkali sebagai kaedah untuk membuatkan deria dan kesedaran penonton perlahan-lahan disedut ke dalam set dan memberikan kesan yang diinginkan, walaupun tanpa mereka sedari.
Di hujung panggung, di belakang tempat duduk paling tinggi di atas adalah tempat juru tata bunyi, visual dan cahaya duduk untuk mengawal setiap gerak dan kesan lampu yang diperlukan bagi menyokong keseluruhan persembahan itu agar tak ada cela yang ketara ternampak (walaupun ada waktu ketika pementasan berjalan, skrin hitam dengan sari kata bahasa Inggeris di sisi kiri dindingnya tersasar mempamerkan visual putih dari laptop, dan sedikit merencatkan perjalanan pentas).
Dari lantai bawah, sebaik lampu malap dan orang-orang memenuhi ruang panggung, babak pertama Amangkurat, Amangkurat pun berjalan; tandu dipikul oleh askar-askar yang lelah. Kita jadi tahu bahawa seterusnya sang raja Amangkurat dibawa ke tempat persembunyian dan cerita pun dimulakan — menuju hari-hari akhir sebelum kematiannya.
Latar cerita yang mengikat keseluruhan 14 adegan yang mendirikan teater ini lahir dan dipikul oleh watak Juru Taman; berbolak-balik antara masa lalu dan masa nyata menurut rentang yang mendasari pecahan-pecahan kisah di sebalik lakon berkenaan. Dari mula yang dihamparkan adalah penampilan jiwa-jiwa yang kotor dan dikotorkan oleh kuasa, disertai juga oleh perangai serakah.
Saya melihat watak Juru Taman dengan penuh misteri; tak berlebihan kalau saya ingin mencadangkannya sebagai jelmaan Iblis — berkali-kali dibunuh, termasuk oleh bapa Amangkurat, Sultan Agung sendiri, tetapi setelah itu tetap hidup lagi dan membawakan cerita serta ingatan orang terhadap masa lalu kerajaan Mataram yang hitam. “Hamba tak pernah pergi,” beberapa kali terngiang dia seperti melafazkan baris ayat yang begitu.
Juru Taman menjahit semua kisah-kisah terpencar itu menjadi satu naratif yang kemas selama satu jam setengah pementasan itu berjalan. Dan dia juga yang membawa khalayak melihat hampir semua kejahatan-kejahatan — dan juga pembalasan — raja Amangkurat. Dari air kelapa yang diracun oleh anaknya sendiri serta pengkhianatan oleh putera mahkota itu, yang bersekongkol dengan musuh Mataram, hinggalah kepada perebutan kuasa yang dibincangkan oleh mereka di satu babak lain.
Kemudiannya, ada hal lain yang lebih menghiris. Perintah bunuh terhadap puteri muda cantik dari Surabaya, Sahoyi yang ketika usianya baru 12 tahun dibawa ke Mataram untuk sang raja, tetapi jatuh cinta pula kepada anaknya — dia dibunuh oleh kekasihnya sendiri dengan kejam di atas titah raja; telanjang di atas ribaan sebelum dihunus sebilah keris pada tarik nafas kelima yang menembus buah dadanya. Di pentas sebelum itu ada sebuah tari yang dimaksudkan berlangsung dengan berahi antara keduanya. “Tidak. Aku tidak diperebutkan. Aku merebut pangeran itu dari ayahnya. Aku ingin mengasihinya,” kata Sahoyi, yang membawa kepada kematiannya sendiri.
Watak tunjang utama teater ini yang turut menjadi pasak cerita tentulah raja Amangkurat sendiri, yang dibawakan oleh pelakon veteran Indonesia, Slamet Rahardjo Djarot. Karisma yang dibawakan dan dilepaskan dipentas menjadikan lakon ini punya pemberat dan pengalaman yang diperlukan — walaupun ini adalah kisah Amangkurat, tetapi yang membangunkan pemahaman khalayak tentang sosok raja itu bukanlah wataknya sendiri, melainkan dari orang-orang di sekelilingnya. Ini saya kira adalah satu kelicikan juga, untuk bermain dengan arah sudut pandang yang berbeza untuk membangunkan satu-satu duduk perkara.
Raden Drajat (Aliman Surya) dan Raden Puger (Gandi Maulana), dua orang anak Amangkurat ketika berlatih silat. 2017 © Widhi Cahya/Komunitas Salihara
Letakkan kecermatan penulisan naskah, jalinan jalan cerita serta bakat para pelakonnya di tepi, ada satu lagi perkara yang membuatkan teater ini begitu berhasil; perincian terhadap semua perkara, terutama kehalusan peri lakon, meletakkannya pada aras yang tersendiri.
Bagaimana aksi pertarungan antara dua anak Amangkurat, Drajat dan Puger menjadi begitu hidup dan punya tenaga; tak hanya pada langkah pencak mereka, tetapi juga aksi rotan yang dilibas dengan yakin dan kemas bersama deru angin yang kedengaran jelas datang dari pentas.
Juga satu lagi aksi kecil yang besar ertinya; reaksi wajah dan gerak badan yang ditunjukkan oleh dayang-dayang raja setiap mereka mendengar perbualan antara Amangkurat yang tersepuh di kerusi dan Juru Taman berkaitan hal-hal kejahatan yang pernah dilakukan. Misalnya riak muka, gerak kecil pada badan serta pandang mata yang memberikan ketelitian aneh, melengkapi gerak besar lainnya di dalam persembahan itu.
Dihimpunkan semuanya, Amangkurat, Amangkurat memberikan satu pengalaman dengan ketegangannya yang tak memaksa.
III.
Dalam memaparkan bingkisan kebuasan manusia berkuasa, pementasan ini juga adalah satu bentuk kritik terhadap beberapa hal lain. Mengkritik kekuasaan dan kerakusannya jadi satu hal. Dari dialog-dialog yang ada juga, kritik terhadap agamawan serta mencemuh dogma sosial yang kaku melalui watak dua anak Amangkurat yang cenderung berahi homoseksual menjadi antara detik yang mengendurkan sedikit sesak nafas dari kejahatan-kejahatan yang terkandung dalam cerita ini.
Dari Amangkurat sendiri, kita mendengarkan baris-baris seperti ini; “…Tapi jika kalian menghakimiku dengan kekuasaan langit, aku bisa menghakimi kalian dengan kekuasaan lain. Mataram. Aku nyata.” Itu bahana kejahatannya terhadap golongan agamawan, sebelum 170 algojo memancung 5,000 leher santri yang menyebabkan “alun-alun becek seperti setelah hujan dua hari. Bau amis tidak berakhir sampai sepekan.”
Suara feminisme melawan patriarki mungkin juga boleh didengarkan dari watak Sahoyi; “Raja mengatakan aku cantik, aku merangsang, tapi aku belum ranum. Maka aku pun disimpan untuk menunggu waktu dimakan, seperti buah cempedak. Aku buah cempedak!” Ada banyak lagi kecerdikan-kecerdikan lain yang diselitkan dalam pementasan ini, tentunya. Oleh kerana serba-serbi tentang penampilannya terlalu minimal, lapis-lapis sindiran dan kritik memang perlu dibawakan secara halus dan tak terlalu ingin menarik perhatian melaluinya.
Ketika selesai semua, saya bertanyakan kepada kedua-dua Mas Goen dan Iswadi Pratama tentang reaksi mereka terhadap pementasan itu. Sang sutradara menjelaskan yang persembahan di Malaysia ini lebih kemas, kerana beliau sempat melakukan beberapa perubahan kecil dari sudut pementasan untuk memantapkan lagi keterampilan cerita yang dibawa. Mas Goen juga bercakap dalam nada yang sama; persembahan kali ini lebih lancar jika dibandingkan dengan yang di Jakarta — walau di atas alasan apa sekalipun.
Bagi yang sempat menontonnya hujung minggu lalu, ia mungkin sebuah pengalaman yang mengasyikkan. Atau mungkin saja menjadi sebuah keanehan, kerana di dalam naskah yang ditulis Mas Goen, dia ingin bersanding dengan sisi hitam yang buas dan tidak merasa terlalu khuatir untuk berlaku curang terhadap sejarah yang sudah ditulis — tentunya dalam maksud untuk membawakannya ke atas pentas untuk dinikmati dengan segala getus sensasi dan keliaran sejarah itu sendiri.
Hafiz Hamzah, penulis dan penerbit buku di rumah penerbitan, Obscura.
Tulisan ini telah terbit buat pertama kalinya di http://jalantelawi.com/2017/12/mengambang-amangkurat/
Terjemahan dari Bahasa Arab oleh Zahid M. Naser
Surat Kecil untuk Cintaku
Cintaku, banyak hal hendak ku bicarakan
dari mana untuk ku mula
wahai penyala kalimatku, memberi maknanya
ini lagu nyanyianku, dan aku sendiri
esok, jika kertas mulai membuka halaman baru
dan aku terhiris durinya, dari beberapa huruf
maka janganlah pula kau berkata: Apa kena pemuda ini?
cahaya lampu kan leluasa
kamar malam kan menyanyi
surat-surat lama akan menjadi kehijauan
koma-koma yang ada akan mulai berterbangan
waktu itu jangan kau bertanya: Apa kena pemuda ini?
bercakap-cakap mengenaiku kepada jalanan dan muara sungai
kekacang almond dan bunga tulip
Oh maknanya dunia akan mengiringiku ke mana saja ku pergi?
Dan kenapa dia menyanyi lagu-lagu itu?
Nah, bintang sudah hilang
dan itu tidak pernah diwangikan wangianku
esok orang akan melihatku di setiap tulisannya
Dengan manis syarbat mulut mulus itu,
serta rambut yang menutup bahumu
pedulikan apa orang kan kata
kau hanya kan jadi hebat hanya kerana cintaku
dunia kan jadi apa jika kita tidak begini
dan jika matamu tidak begini, akan bagaimanakah pula dunia ini?
Surat Seorang Wanita Bodoh
(sebuah surat untuk seorang lelaki)
(1)
Tuan yang dihormati
ini adalah surat dari seorang wanita bodoh
seorang wanita sebelumku, menulis kepadamu?
Namaku? jangan fikir tentang nama-nama lagi.
baik Rania atau Zaynab
atau Hindun baik Haifa
hal yang paling merepek yang kita tanggung tuan–
adalah nama-nama kita.
(2)
Tuan,
Aku takut untuk ceritakan apa fikirku
Aku risau-jika apa yang ku lakukan–
syurga kan terbakar kojol
baris timurmu, wahai tuanku
telah menahan surat-surat biru
menahan mimpi-mimpi dari dada mulus seorang wanita
menggunakan penindasan, terhadap perasaan wanita
pisau digunakan
parang pun diacu-acukan
untuk bicara dengan wanita
dan ia telah memancung segala musim semi dan keghairahan
serta memenggal jalin rambut mereka
timurmu, tuan,
sebenarnya telah melahirkan mahkota timurnya
dari rangka-rangka wanita
(3)
Jangan marah padaku, tuan
jika tulisanku tidak cerdik
kerana ketika ku menulis parang sudah di belakangku
di pintuku saja, penuh angin hitam dan salak rengusan anjing
tuan!
‘Antar el Abyss benar-benar di balik pintuku
dia akan memancungku
jika dia melihat surat ini
kepalaku akan dipotong
jika aku bercakap mengenai derita deraku
kepalaku akan dipenggal
jika dia melihat bajuku yang terang benderang
Timurmu, wahai tuanku
akan mengepung wanita dengan tombak-tombak
dan timurmu, wahai tuanku
telah memilih hanya lelaki untuk jadi nabi
dan menguburkan wanita bersama rundung debuan
(4)
Jangan pula kau merasa terganggu!
wahai tuan yang ku hormati, dari baris-baris ini
jangan kau rasa terganggu!
jika ku menyatakan ketidak selesaanku yang ditahan berabad lamanya
jika ku buka hijab kesedaranku
jika ku lari dari sini
dari kubah Harem di istana-istana
dan jika ku memberontak dari maut
dari kuburku, dari asal-usulku
dan dari raksasa penyembelih..
Jangan kau terganggu, wahai tuan
jika ku buka apa perasaanku
kepada seorang lelaki timur
ia bukan berkaitan puisi dan perasaan
lelaki timur–maaf atas kekasaranku–tidak faham akan
wanita
hanya memahami apa di bawah selimutnya.
(5)
Maafkanku tuan, jika aku telah menyerang
daulah lelaki
kerana sastera itu tentulah
hanya sastera lelaki
dan cinta memang selalu diperuntukkan
untuk hanya lelaki
dan seks juga kan selalu
hanya jadi dadah terjual untuk lelaki,
kenyanyukan cerita dongeng, kebebasan untuk wanita di negara kami
kerana tiada apa yang dipanggil bebas
melainkan kebebasan lelaki.
Tuan,
cakaplah apa yang kau hendak. kerana aku tidak lagi peduli
cetek… bodoh… gila… berfikiran mudah
aku tidak lagi peduli
kerana wanita yang menulis tentang apa yang dia fikir
pada akal lelaki akan dipanggil
wanita bodoh.
dan bukankah sudah ku katakan lagi dari awal
bahawa aku memang wanita bodoh?
Terjemahan Zahid M Naser dari bahasa arab dua sajak berjudul ‘Risalat Hubb el-Saghirah’ dan Imra’at Hamqaa’ oleh penyair Nizar Taufiq Qabbani(1923–1998), yang berasal dari Syria. Nizar pernah menjadi diplomat sewaktu hayatnya, namun lebih dikenali sebagai seorang penyair romantis, erotisme dan banyak mengkritik faham fanatik keagamaan. Beliau juga terkenal sebagai pejuang wanita, dan nasionalis. Nizar Qabbani telah menghasilkan lebih dari 34 antologi sajak dari 1948 sehingga 1998, tahun kematiannya.
Sumber: http://jalantelawi.com/2015/10/dua-sajak-nizar-qabbani/