Stories by rayuanseorangbulan on Medium
Terima kasih kepada saudari pengerusi, saudari Nur Salida Suhaila.
Sidang hadirin , dan rakan panel yang cendekiawan sekalian,
Bahasa ibunda, bahasa kelahiran Malaysiana,
Bahasa nan dipertuturkan dari wangsa ke wangsa,
Bahasa loka nian mekar di jagatraya,
Umpama puspa ditabur ke sukma membentuk angsoka.
Keistimewaan Bahasa Melayu boleh diumpamakan seperti sekuntum bunga yang mekar mengembang. Sekuntum bunga yang kecil pabila berkembang akan menjadi besar dan akhirnya tumbuhlah bunga yang indah. Hal ini berhubung kait dengan bahasa ibunda kita.
Kita sudah cakna tentang latar belakang kewujudan Bahasa Melayu. Dari beberapa alaf yang lalu hingga marcapada kini, Bahasa Melayu masih kerap digunakan oleh seantero masyarakat.
Dari sebiji benih berubah membentuk cendana,
Dari Bahasa Melayu Purba berkembang di Nusantara menjadi Bahasa Melayu Klasik yang mempunyai seribu satu kemaslahatan.
Saudari pengerusi, ahli panel dan hadirin sekalian,
Ini bukan hanya fatamorgana semata, bukan dunia dongengan tetapi alam nyata dimana kaki kita berpijak. Keistimewaan Bahasa Melayu adalah realiti kehidupan yang sedaya upaya dipupuk sejak zaman srivijaya lagi. Oleh itu, sebagai anak watan seyogianya kita mengetahui keistimewaan tersebut. Menjawab kepada persoalan saudari pengerusi, apakah keistimewaan Bahasa Melayu?
Marilah kita melebarkan skop perbincangan dengan menggunakan minda pelajar kelas pertama dalam memperincikan keistimewaan Bahasa Melayu di bawah lembayung kekayaan budaya. Semua sudah sedia maklum bahawa bahasa sangat erat hubungannya dengan manusia. Manusia mempertuturkan bahasa yang lazim dengan bahasa kelahiran mereka. Bangsa India sudah semestinya dibesarkan dengan Bahasa Tamil, Bangsa Cina diajar untuk berbahasa Cina dan Bangsa Melayu tidak lain tidak bukan dibimbing menggunakan bahasa ibunda tercinta sejak dari sebutir jagung lagi. Bukankah sudah terang lagi bersuluh bahawa bahasa jiwa bangsa? Bahasa dikatakan sebagai akar budaya dalam sesebuah bangsa. Demikian juga dengan mauduk yang sedang dibicarakan, ‘Bahasa citra bangsa, realiti atau fantasi?’. Manusia yang berbudaya adalah manusia yang berbahasa, manusia yang sempurna adalah manusia yang berbudaya.
Menyingkap dari jendela perbincangan yang berlainan, Bahasa Melayu sifatnya sederhana, maka bahasa inilah menjadi bahasa perhubungan di Nusantara. Hakikat bahawa Bahasa Melayu tidak mempunyai perubahan perkataan mengikut bilangan, jantina dan tiada tatabahasa waktu perbuatan berbanding dengan Bahasa Inggris, memudahkan Bahasa Melayu dipelajari oleh manusia pelosok dunia. Disebabkan hal ini juga, Bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka. Bahkan pada era globalisasi ini juga, Bahasa Melayu kekal menjadi bahasa yang mudah dipelajari. Dahulu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tular seorang remaja dari Amerika Syarikat, Josiah Huizar mampu menguasai Bahasa Melayu hanya dalam tempoh 14 hari sahaja! Barangkali ada yang mengangap. hal ini biasa-biasa sahaja. Tetapi berapa ramai antara kita yang belajar berbahasa inggrish atau arab dari kecil hingga dewasa tetapi tidak fasih-fasih? Itulah keistimewaan Bahasa Melayu yang tidak terdapat pada bahasa lain.
Bak kata pujangga, tak kenal maka tak cinta. Jika kita berusaha untuk memperkasakan Bahasa Melayu hingga ke persada antarabangsa, sudah tentu bahasa ibunda kita, bahasa budaya kita tidak lapuk dek dimamah usia. Kerana sehari selembar benang, lama lama menjadi kain.
Sekian terima kasih.
Kembali semula kepada saudari pengerusi, saudari Salida Suhaila.
Terima kasih kepada saudari pengerusi atas pertanyaan yang begitu memberangsangkan.
Tiap kali terbit bait bait aksara tentang prakarsa memartabatkan Bahasa Melayu, pasti terdetik di akal fikiran kita tentang betapa sadisnya Bahasa Melayu yang semakin dipinggirkan oleh generasi kini. Mengimbas kembali pada apa yang dibahas oleh saudari panel pertama, saudari arini. Bahasa Melayu kian luntur dek kerana kecanggihan teknologi pada zaman yang kian mencabar ini. Bukan begitu saudari Arini?
Benar apa diperkatakan oleh saudari Arini. Tepuk dada tanya selera, sebagai anak watan, kita harus mengambil cakna tentang heterogen prakarsa untuk memartabatkan bahasa Melayu agar bahasa Melayu kekal unggul di persada antarabangsa dan bukan sekadar bermain-main di alam fantasi. Adakah kita tegar melihat bahasa warisan turun temurun dipandang enteng oleh generasi kini? Sampai bila kita ingin menjadi saksi generasi kini berada di bawah tanduk yang sama? Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga, kerana tidak berpesan, kita hilang permata dunia. Lantas, bagaimana kita hendak mengorak langkah memartabatkan bahasa Melayu?
Indikator pertama, kita cakna bahawa dunia hiburan alam maya memberi implikasi paling mendalam kepada adiwangsa pada alaf kini. Maka, prakarsa signifikan yang wajar diketengahkan oleh pihak media massa adalah dengan memperbanyakkan rancangan sama ada drama, iklan, dokumentari atau program realiti yang mementingkan penggunaan bahasa Melayu sepenuhnya tanpa campur-aduk slang bahasa lain. Penyebaran artikel atau majalah dalam laman sosial turut mempengaruhi landasan berfikir generasi kini. Semakin banyak paparan tentang modus operandi ini, stigma masyarakat konvensional akan turut terkesan ke arah anjakan paradigma.
Indikator kedua, didikan awal daripada ibu bapa turut memberi peranan dalam intipati ini. Kata mutiara, melentur buluh biar dari rebungnya. Maka, ibu bapalah yang menjadi suri teladan dalam membentuk jati diri anak-anak. “Anak- anak ibarat kain putih, maka ibu bapalah yang mencorakkannya.” Anak- anak adalah anugerah yang sangat berharga, jika bukan ibu bapa yang mendidik, siapa lagi?
Jelaslah, semua pihak harus memainkan peranan yang proaktif bagi menjadikan bahasa Melayu bahasa rasmi yang mencerminkan budaya.Selagi kita masih berpijak di alam nyata, kita memanifestasi bahasa citra bangsa sebagai realiti.
Sekian daripada saya, kita beralih perhatian kepada saudari pengerusi.
hasil karya asli,
rayuanseorangbulan.
*skrip daripada pov panel kedua iaitu saya sendiri.*
*pertandingan forum remaja atas talian peringkat daerah pada 14.06.2025*
Bahasa Melayu indah nan santun,
mekar-mekar di atas dunia
Jari sepuluh kemas kususun
mohon bicara nan menyusun kata.
Lihatlah sejarah dunia melalui mata seorang sarjana agung. Mari kita menghayati lensa epistemologi yang diutarakan oleh seorang maestro sosiologi, Ibn Khaldun melalui wahyu pemikiran dalam magnus opus beliau, Muqaddimah, beliau tidak sekadar berbicara tentang sejarah, tetapi beliau memformulasikan satu hakikat yang tidak boleh disangkal bahwa, “kekuatan sesebuah tamadun itu bukan terletak pada bangunannya yang tinggi, tetapi pada bahasa dan sastranya yang memandu pemikiran rakyatnya.”
Oleh itu, sidang hadirin yang dikasihi sekalian , isi saya yang pertama, akar sejarah sebagai lingua franca. Jejak kaki yang telah melangkah beribu tahun di hamparan nusantara di bawah teduh awannya menjadi getaran nyawa yang telah membina sebuah tamadun. Bahasa Melayu yang mengisi ruang atmosfera komunikasi kita hari ini bukanlah sebuah anomali linguistik yang bersifat kontemporari, jauh sekali sebuah artifak yang bernafas kelmarin, sebaliknya, wahana keramat ini adalah gema purba yang telah berkumandang kira-kira 70000 purnama di seantero ruang lingkup nusantara sekelip mata menjadi titik pertemuan dunia, satu warisan yang merentasi trajektori sejarah yang amat panjang. Bayangkan, saat kapal-kapal besar dari Barat masih lagi mencari arah di Samudera, bahasa kita sudah menjadi nahkoda di pelabuhan-pelabuhan besar di mana para pedagang, sarjana dan pengembara dunia dari segenap penjuru bumi tunduk pada kehalusan tatabahasanya seperti yang diungkapkan oleh Pramoedya Ananta Toer , “tanpa bahasa, pikiran tidak akan pernah sampai pada orang lain, dan tanpa pikiran, bahasa hanyalah bunyi yang tidak bermakna.”
Namun, di tengah-tengah derasnya arus globalisasi ini, timbul satu persoalan yang sangat tajam. Adakah bahasa yang telah menjadi lingua franca ini kini hanya layak menjadi sejarah yang bisu? Adakah kita sekadar mahu menyaksikan bahasa ini mengalami erosi fungsional akibat inferioriti anak bangsanya sendiri yang lebih mendewakan lidah asing?
Isi saya yang kedua, cabaran digital, manifestasi jati diri. Di manakah kedudukan Bahasa Melayu dalam ekosistem gajet dan algoritma kecerdasan buatan yang kian mendominasi kehidupan kita? Adakah bahasa keramat ini akan terus berdenyut dalam arus revolusi peranti, atau adakah ia bakal mengalami marginalisasi digital akibat kebergantungan mutlak kita kepada hegemoni linguistik asing?
Kita harus sedar bahawa dalam era ini, bahasa bukan sekadar alat perbualan, tetapi ia adalah kod kedaulatan. Jika Bahasa Melayu tidak diintegrasikan secara total ke dalam sistem teknologi masa kini, kita sebenarnya sedang membiarkan jati diri kita terkikis dalam ruang siber tanpa sempadan.
Walhasil, cabaran digital ini bukanlah satu halangan, sebaliknya ia adalah sebuah manifestasi , sebuah ujian untuk melihat sejauh mana kita mampu memperkasakan kewibawaan bahasa kita agar ia tidak hanya sekadar artifak di muzium, tetapi terus berdenyut sebagai nadi inovasi yang kompetitif di persada global.
Hadirin yang dikasihi,
Segala hujah sejarah dan kecanggihan teknologi akan menjadi fatamorgana yang tidak bermakna, sekiranya kita mengetepikan entiti yang paling utama, iaitu peranan anak bangsa. Meniti helaian fakta saya yangg ketiga, intelektual anak bangsa, pemacu masa hadapan.
Anak bangsa adalah arkitek peradaban. Kita tidak boleh sekadar menjadi penonton kepada kejatuhan bahasa sendiri. Ingatlah peribahasa lama, ‘patah tumbuh hilang berganti’, namun jika bahasa yang hilang, tiada ganti yang mampu memulihkan maruah kita. Bangsa yang besar tidak meminjam cahaya daripada lilin orang lain, kedaulatan bahasa tidak terletak pada megahnya bangunan atau kecanggihan gajet, tetapi ia terpahat pada azimat jati diri setiap anak bangsa yang berani mendepak arus globalisasi tanpa menggadaikan maruah bahasanya, maka marilah kita nyalakan obor Bahasa Melayu di persada dunia.
Sebagai penutup wacana mauduk ini, ingin saya kembali mengingati kita semua bahawa bahasa itu bukan sekadar bunyi yang keluar dari kerongkong, tetapi ia adalah ruh yang berbisik dari dasar kalbu.
Lihatlah (sign language *bahasa tu maruah bahasa tu jati diri bahsa tu kita . ) tanpa sebarang bunyi, Bahasa Melayu tetap mampu menerjemahkan rasa, membuktikan bahawa ia adalah sebuah bahasa yang adiluhung dan bersifat universal.
Kerana pada akhirnya, kedaulatan bahasa itu tidak terletak pada aksara atau suara, tetapi pada setiap denyut cinta yang menyatukan kita sebagai satu bangsa di persada dunia.(sign langauge)
Saya menutup bicara ini dengan sekian wabillahitaufiqwalhidayahwassalamualaikumwarhmatullahiwabarakatuh.
hasil karya asli,
rayuanseorangbulan.
*pertandingan pidato peringkat sekolah, dinobatkan sebagai tempat pertama dan berjaya memasuki peringkat daerah pada 11 may 2026.*
*tapi takde rezeki masuk peringkat daerah sebab waktu tu trial amali…*
Sejak tanah air bebas daripada cengkaman kuasa asing,nubari rakyat begitu teruja menyambut fajar kemerdekaan yang didambakan kekal abadi. Namun realitinya, landskap sosiopolitik ketika itu masih rapuh sehingga mencetuskan gema trauma yang hadir bagaikan bayang gelap yang dalam diam menghantui segenap nusantara. Tragedi rusuhan kaum 1969. Natijahnya, yang disangka panas berpanjangan, rupanya gerimis mengundang, apabila fasa kedamaian yang dikecapi pada 31 Ogos 1957 seolah-olah bertukar menjadi sebuah fatamorgana.
13 Mei 1969.
Tarikh reka bentuk sejarah yang kelam itu menjelma, lalu meranduk segala keterujaan rakyat, meninggalkan noktah trauma yang sangat mendalam.
Sementelahan itu, daripada abu runtuhan tragedi inilah lahirnya Rukun Negara sebagai azimat penyembuh. Dengar sahaja ungkapan-ungkapan yang diterbitkan oleh Majlis Perundangan Negara (MAPEN) di bawah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) membuatkan bulu roma setiap seantero masyarakat berdiri tegak serta merta. Apatah lagi setelah gegendang telinga menangkap lafaz Rukun Negara yang diisytihar buat kali pertama dalam sejarah hidup pada 31 Ogos 1970 oleh Yang di-Pertuan Agung ke-empat, Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Almarhum Tuanku Sultan Zainal Abidin.
Dataran Merdeka Kuala Lumpur tatkala itu menjadi saksi lakaran senyuman dan helaan nafas lega rakyat Malaysia selepas bersusah-payah menghadapi cabaran rusuhan kaum. Persoalannya, mampankah sesebuah negara maju acuan sendiri andai tiada tiang seri yang mengukuhkan jati diri rakyatnya? Meniti polemik yang dikatakan sebentar tadi, Rukun Negara merupakan sebuah ideologi kebangsaan yang digubal bukan sekadar demi mengubati luka masa lalu, tetapi sebagai nadi kepada tiang seri ke arah kemampanan masa hadapan tanah air tercinta. Berpaksikan wahana tersebut, rona rona kaum di Malaysia dapat disatukan di bawah payung yang sama jika kesemua lima tiang seri tersebut dipasak kemas dalam sanubari sarwagat Malaysia.
Membedah komposisi Rukun Negara yang pertama, Kepercayaan kepada Tuhan memegang citra utama dalam merealisasikan seluruh warga beragama. Sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan, namun kebebasan beragama masih boleh diamalkan dengan aman oleh kaum kaum lain. Fatwa tersebut membuktikan bahawa sikap bertoleransi amat signifikan dalam kalangan masyarakat di seantero nusantara tidak kira pangkat mahupun usia. Agama merupakan tunjang kepada sahsiah dan perilaku terpuji masyarakat liberal. Lantas, apakah cerminan daripada titik tolak ini?
Doktor Mohammad Natsir, mantan Perdana Menteri Indonesia pernah menitipkan kata, “saling menghormati antara umat beragama tidak akan mengurangkan sedikit pun keimanan kita. Sebaliknya, ia menunjukkan betapa matang dan indahnya cara kita beragama.” Apabila terselit perasaan hormat-menghormati dalam sanubari, pasti perkara-perkara yang dapat mengundang padah dalam isu perkauman dapat dicegah. Contohnya, menghina anutan agama lain, membuat gurauan berkaitan cara anutan agama lain dan sebagainya. Maka, prinsip yang pertama ini telah membuktikan sejauh mana kemampanan Rukun Negara dapat dikekalkan dalam era yang serba berkembang ini.
Meninjau ke jendela perbincangan yang seterusnya, Kesetian kepada Raja dan Negara membina kestabilan politik. Hal ini sejajar dengan pengamalan Raja Berperlembagaan dan Amalan Demokrasi yang ditetapkan secara berperingkat sejak era Perang Dunia Kedua melalui Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan dimuktamadkan secara rasmi semasa pembetukan Perlembagaan Persekutuan 1957.
Konsep Raja Berperlembagaan dengan meletakkan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara dan mendapat kesetiaan daripada rakyat. Amalan Demokrasi membolehkan rakyat memilih pemimpin melalui pilihan raya sekaligus membenarkan suara rakyat didengari. Rentetan senario itu, rakyat perlu memberi taat setia yang sepenuhnya kepada Raja dan Negara. Dengan adanya taat setia tersebut, semangat patriotisme dapat dipupuk dalam kalangan rakyat, maka tindakan rakyat untuk menyokong penuh dasar pembangunan kerajaan menjadi lebih mudah demi kelangsungan ekonomi dan politik negara. Izharlah bahawa prinsip kedua ini bukan sekadar menjadi lambang akur, malah menjadi benteng utama yang memastikan kemampanan sebuah negara bangsa.
Berpaksikan hujah yang sama dalam helaian prinsip Rukun Negara, Keluhuran Perlembagaan menjadi teras hala tuju negara. Perlembagaan didefinisikan sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi asas kepada perundangan negara pada masa kini. Fenomena ini seperti rumah tanpa tiang seri dan pelan tapak, sekelip mata sahaja boleh runtuh. Begitu juga dengan Perlembagaan yang dirangka, tanpa Perlembagaan Persekutuan yang dirangka oleh Suruhanjaya Reid, pencabulan hak asasi dan diskriminasi kaum pasti bermaharajalela sehingga kini. Oleh hal yang demikian, Keluhuran Perlembagaan memastikan setiap rakyat mematuhi dan mentaati setiap undang-undang yang dilaksanakan dalam usaha untuk merealisasikan Rukun Negara sebagai nadi kemampanan.
Negara yang aman adalah negara yang meletakkan undang-undang di tempat yang tertinggi, di mana tiada sesiapa pun yang berada di atasnya.” Ungkapan tersebut mencerminkan Kedaulatan Undang-Undang sebagai prinsip keempat Rukun Negara. Susulan daripada prinsip ketiga Rukun Negara, Keluhuran Perlembagaan, kedua-dua prinsip ini umpama irama dan lagu yang tidak boleh dipisahkan. Jika perlembagaan ialah payung negara, maka kedaulatan undang-undang adalah tiang yang menegakkannya agar keadilan mutlak dapat dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat. Tamsilnya, Kedaulatan Undang-Undang menafikan sebarang bentuk keistimewaan buat golongan elit mahupun golongan pemerintah sekiranya mereka melakukan kesalahan di sisi undang-undang. Sebaliknya, setiap warganegara dari setinggi-tinggi ahli parlimen hingga ke rakyat marhaen wajar untuk tunduk kepada sistem kehakiman yang sama demi menjamin hak kesamarataan.
Kesopanan dan Kesusilaan merupakan prinsip kelima yang muncul sebagai uswah hasanah buat para pemimpin pemacu masa hadapan. Kemampanan sebenar Rukun Negara adalah bergantung pada tindak-tanduk rakyat dalam memahami dan mengaplikasi setiap butir algoritma mengenai prinsip yang kelima, iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Senario ini membuktikan bahawa kesopanan mampu memanifestasikan jati diri rakyat berilmu tinggi manakala aspek kesusilaan bertindak sebagai benteng ampuh yang mempertahankan nilai-nilai murni daripada terus di hanyut oleh gelombang arus kemodenan.
Kesopanan dan Kesusilaan memanifestasikan rakyat yang saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Sikap mahmudah ini menjadi sebab suburnya benih perpaduan dalam kalangan masyarakat. Dari benih perpaduan berkembang menjadi sebatang pohon keharmonian negara yang penuh mampan. Dengan itu, badai prejudis rusuhan kaum bakal disimpan sebagai kenangan gelap yang sudah lama berlalu tanpa harus bergadai nyawa menyaksikan tragedi tersebut berulang kembali. Walhasil, prinsip ini merupakan garis panduan yang perlu dijadikan amalan dan disemai dalam diri setiap rakyat Malaysia
Menyisir helai demi helai lembaran prinsip-prinsip Rukun Negara, jelaslah bahawa nadi kemampanan bumi Malaysia adalah daripada hasil usaha. tokoh-tokoh dahulu kala dalam menerajui negara yang bebas dan merdeka. Kemampanan membawa maksud kemampuan untuk mengekalkan sesuatu perkara dan Rukun Negara antara salah satu intipati dalam mengekalkannya. Aforisme Melayu ada mengatakan, tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas. Maka Rukun Negara wajar disemat dalam jati diri setiap anak bangsa supaya dapat memupuk perpaduan kaum dan integrasi nasional yang utuh.
Mengisari segala bait bicara yang telah diramu dengan teliti, dacing pertimbangan kita haruslah berpaksikan hakikat bahawa lima prinsip Rukun Negara bukan sekadar hiasan dinding yang kaku, sebaliknya merupakan formula sakral demi menjamin kemampanan dan kelestarian sebuah negara bangsa. Sebagai hamparan kata terakhir yang sarat dengan azam dan harapan, setiap warganegara tanpa mengira warna kulit mahupun darjat haruslah menterjemahkan algoritma Rukun Negara ini ke dalam setiap tindak-tanduk seharian. Sinergi yang utuh dan komitmen yang tidak berbelah bahagi merupakan kunci ruji untuk membenteng negara daripada hanyut dipukul badai globalisasi. Walhasil, andai formula keramat ini berjaya dijiwai dari akar umbi hingga ke puncak pimpinan, fajar masa depan Malaysia pastinya akan terus menyingsing dengan gemilang, sekali gus memastikan bahtera negara kekal utuh, kalis zaman, dan melangkah megah ke persada antarabangsa. Ingatlah, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
( 1145 patah perkataan )
hasil karya asli,
rayuanseorangbulan.
*pertandingan menulis esei peringkat daerah 5 Julai 2026*
*tak menang…*
Kata mereka, angka 17 merupakan ruang yang sarat akan istilah ‘kebahagiaan’.
adapun jua ku titip-kan prosa penuh kirana itu buat di-kau yang kian utuh di atma ini, moga-moga aksara-aksara itu pun men-jadi do’a maka daku titip-kan-lah lagi itu pada sa-tiap sujod-sujod-ku, ber-sama apa-apa jua hajat yang mahu di-chapai kelak hari muka. maseh-ku ingat kala itu. kala mana daku pinta sa-sa-urang nan ta’at pada satu-satu-nya yakni, di-kau bak laksana mutiara yang ter-simpan dalam cangkang-nya lalu ia pun ber-sinar kembali. hatta Yang Esa pun men-dengar tiap butir bicara nian jaoh rasa sa’at-nya, kendatipun alangkah di-kirim jua sa-sa-urang buat sa-sa-urang yang pada kata-kata-nya jaoh lebih sepi-nya yakni, daku ibarat jejak yang di-hakis ombak, adapun begitu, maseh jua sa-puchok untai bahagia di-utus maka tiada pun satu sa’at daku ber-sungut sanubari.
syahadan seketika itu-lah datang-lah sa-urang pemuda yang tiada di-ketahui asal-nya seraya men-jentik pintu atma sang empunya badan maka pun ke-tahu-ilah bahwa di-kau-lah sang purnama yang ma-yinari sa-genap tubuh raga-ku. sa’at-sa’at dan jam-jam pun ber-lalu pantas dan hari pun tiba-lah jua di mana ka-lahir-an sa-sa-urang. sa-sa-urang nan jaya-nya ber-diri tegah di bawah bayu-nya duniya maka daku panjat-kan sa-tinggi rasa syukur atas hadir-nya mem-bawa bianglala dalam sela-sela hidup dan sa-moga bahgia itu pun terus men-yertai sa-panjang usia-mu.
bersama sa-chukup pe-hargaan daku lontar-kan pun, maka pada 31 ju’lai ini bertambah-lah usia-mu. selamat ulang hari kelahiran daku uchapkan. moga usia yang di-kurnia-kan ini sarat sama ka-berkatan, di-hiasi indah-nya budi, serta memetik buah kebahagiaan dalam sa-tiap halaian takdirmu. akan-ku tetepkan aksara ini buat dikau, sebagai lambang bahawa hadir-mu sa-nantiasa utuh dalam sanubari.
see you in a bit,
kekasih-mu, bulan.
ps: i post this 1 month after. lol.
pena mula menggoreskan tinta. dengan perlahan, bait-bait puisi pendek itu menjadi satu barisan aksara yang penuh bermakna. tulisan tersebut menjadi tatapan mata aku. tulisan yang dahulu aku anggap ruang untuk bernafas.
aku menarik nafas dalam. keringat di dahi aku kesat menggunakan belakang telapak tangan. khawatir jika sekejap lagi bertakung lantai bilik kecil ini dengan sisa-sisa peluh aku. hairan, penghawa dingin sudah dibuka dan mencapai had maksimum, namun masih juga aku merasa seakan-akan berada di tengah-tengah padang bola sepak. adakah memerah otak memikir kata-kata buat penulisan ini sama seperti bermain bola di gelanggang? di mana matahari betul-betul berada di atas kepala. atau hanya aku sahaja yang merasa seperti itu?
“ah karut.” ucapku separa berbisik. aku menyandarkan badan ke kerusi. merenung semula tulisan-tulisan yang aku pahat di atas kertas kosong itu. dahulu, tulisan-tulisan ini menjadi tempat luahan perasaan aku, kini, ia bagai sebuah beban yang menghimpit dada, rahsia yang sengaja ditelanjangkan. bahkan, orang-orang saja belum pantas melihat ia.
mungkin, itu yang menjadi tanda soal pada sanubari ini.
‘ aneh ya, tentang bagaimana segala pengorbanan yang terkarang dalam secalit kertas akhirnya tenggelam begitu sahaja dalam lipatan masa.’ aku tertanya-tanya, adakah penulisan ini akan terus menjadi gema yang membisu, atau suatu hari nanti ada jiwa yang mengerti? aku meletakkan pena ke tepi, membiarkan tintanya sedikit melimpah di helaian bucu kertas. otak bergeliga memikirkan apakah kesudahan bagi masalah ini? masalah yang datang dari kepala aku sendiri.
merenung ke luar jendela, aku berfikir, kira-kira semua ini akan berakhir sekiranya aku berhenti. berhenti dari membuat perkara yang membelenggu diri aku. berhenti dari dunia sastra yang aku agung-agungkan dahulu. “ ya, aku harus, tidak, aku memang perlu keluar dari dunia penulisan ini dari dahulu lagi. mengapa aku memilih untuk melangkah ke jalan ini yang pada hujungnya hanya bertembung dengan jalan mati?” aku menggarukan kepala aku sehingga kusut rambut-rambut.
dengan hati yang sarat akan gelombang kesedihan, aku perlahan-lahan menolak tombol pintu hadapan bilikku lalu melangkah keluar. ruangan dapur aku tuju untuk mencari makanan bagi mengisi kekosongan perut. snek twisties perasa barbeku aku capai. tangan mengoyak sisi plastik tersebut lalu disuap sedikit snek masuk ke dalam mulut. seketika, hanya bunyi kriuk kriuk daripada snek twisties itu sahaja memecah kesunyian.
hairan. aku melihat segenap sudut inci di dalam rumah hingga ke halaman. mulut masih sakan mengunyah, cuma bebola mata yang berkeliaran mencari orang-orang di rumah ini. ‘di mana semua orang?’ kata diriku pada diriku. mata mencari-cari keberadaan kedua orang tua dan adik kandungku. kaki yang melangkah di sekeliling hamparan rumah kini semakin galak mencari arah. kelibat mereka masih tidak dapat dikesan.
sekonyong-konyong,
bunyi kaca berderai menghentikan kunyahan aku. aku meletakkan snek twisties ke tepi lalu dengan langkah yang laju aku bergerak ke arah punca bunyi itu. sampai di bilik aku, terpampang di hadapan mata seseorang yang tidak aku kenali. wajah yang kabur. mata aku sipitkan masih juga tidak dapat aku cam raut wajah lembaga itu. dada berombak deras. “siapa kau?” keras aku menyoal. “macam mana kau… boleh masuk sini?”
lembaga itu tidak menjawab pertanyaan aku tetapi hanya menatap helaian-helaian kertas yang aku tinggalkan di atas meja kayu itu. perlahan-lahan lembaga itu bersuara dengan nada yang cukup perlahan, hampir tenggelam dalam angin malam. “kenapa kau tinggalkan kami?” aku terpaku. “apa maksud kau?”
“kau yang cipta jalan cerita ni… tapi kau biar kami terawang-awang, tergantung tanpa penamat.” separa berbisik lembaga itu mengucapkan kata. sambungnya dengan perasaan hiba, “kami sudah lama menanti kepulangan kau, menunggu apakah penamat yang akan kami lalui… kata-kata yang kau simpan, kini berdebu di dada kertas.”
“aku.. aku tak boleh. aku dah berhenti dari dunia ni, aku dah berhenti menulis dan aku tidak akan kembali di dunia itu lagi.” balas aku.
“kenapa? kenapa dakwatmu mendiamkan diri? kenapa pena yang dulu menjerit, kini memilih untuk menjadi batu? kau tahu yang tiada orang akan membaca dan menghargai tulisan-tulisan kau karang? jadi kau nak berhenti menulis dengan alasan tidak masuk dek akal kau tu?” langkah lembaga itu rapat satu tapak.
aku mendongak. “ya, apa yang kau katakan benar belaka. kenapa aku harus teruskan perjuangan aku dalam penulisan jika tiada seorang pun yang sudi untuk membacanya? aku menulis untuk apa? kepada siapa?” “tulisan dan aku ibarat hubungan yang bertepuk sebelah tangan. kenapa aku harus buat sesuatu yang tiada jua orang akan melihat apatah lagi mendekatinya?”
“aku penat. aku rasa macam mengejar impian yang tiada kepastian.” aku dapat merasakan tubir mataku mulai panas.
lembaga itu tersenyum tipis walau tetap kabur. “tapi kau tak pernah betul betul rasa bebas lepas kau berhenti menulis, kan? setiap malam kau terfikir-fikir tentang hal ni sampai kau paranoia. kau bukan takut penceroboh, kau cuma… rindu nak menaip dan menulis semula.”
aku ingin membalas namun perkataan yang ingin aku utarakan seakan-aka terhenti di kerongkong.
“kembalilah. kami masih di sini, tunggu kau selesaikan kisah kami.” balasnya lembut. “watak-watak yang kau bunuh secara halus ini, sedang merayu meminta nafas semula.”
“aku takut tulisan aku tak berharga lagi!” jerit aku, air mata mula menitis.
“bukan penilaian dunia yang kau cari, wahai sang penulis…” tuturnya berpuisi. “… tetapi kebebasan jiwa saat jemarimu menari di atas helaian yang sepi.”
pulang…
pulanglah ke dunia yang kau cipta, sebelum mereka benar-benar menjadi bayang yang terlupa.
saat aku melangkah satu tapak ke hadapan untuk memegang bahunya, kelibat itu lesap. pudar sepenuhnya ke udara. kamar kecil itu kembali sunyi. yang tinggal hanyalah sebuah naskhah lama di atas meja ukiran kayu itu. aku memegang dada yang berombak. kelibat tadi bukanlah bayangan menakutkan , tetapi cerminan jiwa penulisan aku sendiri. puisi yang sekian lama merayu untuk diluahkan semula.
“sekalipun dunia berpaling dan tak seorang pun membaca naskhahku,” bisikku lembut, menyatukan senyuman dan air mata yang mengalir polos, “tidak akan jua aku berhenti. kerana tulisan ini bernafas dalam daku, dan akulah saksi paling setia kepada dunia yang aku bentuk dari jemariku sendiri.”
dan malam itu, dengan keheningan dan bulan purnama yang menjadi saksi, jemariku kembali menari di atas kertas, menerbitkan sebuah aksara yang tidak akan didengari semesta.
see you in a bit,
sang penyair gila,
bulan 2026.
Teruntuk kamu,
Sang cendera nan menyinari kelamnya kegelapan,
Sang bastara nian terang menyuluh cahaya ke seluruh jagatraya.
Teruntuk kamu,
Yang memenuhi ruang atma ku,
Yang bersedia berkorban demi apa sahaja.
Pena dan tinta menari kecil di atas muka buku,
Memenuhi ruangan dengan prosa penuh kirana.
Bait bait aksara tertulis buat dirimu.
Kendatipun dua jasad berlainan alam,
Sanubari ini nian erat menyebut namamu.
Bagaikan fatamorgana,
Pikiran mengimbau setiap satu daripada sejuta memori lama
Suara tawa merdu, mengambit kenangan lama
Menusuk ke isi kalbu.
Duhai bonda ayahanda,
Sungguh anakanda merindui sosok dan belaian renjana kian melimpah bersama asmara.
Setiap pahit manis duka kenangan dipahat bersama,
Setiap kata-kata manis diluah hingga lekung senyum bibir mencipta bianglala,
Akan ku kenang hingga hembusan nafas terakhir.
Hatta,
Mengapa hati ini terlalu berat untuk melepaskan pemergian mu?
Adakah mungkin kerana kali ini jaraknya begitu jauh..?
Pabila kaki ini masih berpijak di alam nyata, duniawi,
Kau berdiri di ambang inderaloka, surgawi.
Perlahan-lahan, aku mulai reda..
Percaya bahawa yang datang pasti akan pergi meninggalkan,
sama ada membawa duka atau lara.
Percaya bahawa setiap pertemuan pasti ada perpisahan,
umpama sang rembulan malam bertemu sang mentari siang.
Cakna bahawa setiap permulaan pasti ada akhirnya,
ibarat hujan yang mengisi pawitera, mengeluarkan tangisan.
Tatkala, sudah lelah, ia berhenti lalu terbitlah terang.
Cakna bahawa makhluk di semesta Illahi pasti akan kembali menghadap yang Maha Esa.
seperti lumrah manusia mahupun makhluk lain, setiap yang hidup pasti akan mati. Cuman detik waktu yang menentukan.
see you in a bit,
yang setia menghitung detik pertemuan,
Hujan, 1969.
April 1969,
gelombang rindu yang sarat tertumpah pada sepucuk surat yang kian pudar warnanya. dengan jemari yang halus, Bulan melipat cermat kertas itu menjadi segi empat tepat sebelum menyembunyikannya ke dalam sebuah kotak kecil. kotak kayu berukir motif awan larat itu ditutup rapat. bunyi klik mangga kecil yang dikunci seakan-akan mengunci mati sebahagian daripada jiwanya di situ. Bulan melepaskan keluhan berat, matanya melingas meneliti setiap penjuru halaman luas yang sunyi melalui celah jendela pondok usang itu, mencari-cari kelibat yang mungkin bersembunyi di sebalik bayang-bayang.
hari demi hari sudah pun berlalu, namun, rindu di jiwa masih kian utuh dipagar bulan. ‘ Hujan….’ luah Bulan sayu. biarpun angin sore bertiup dingin menyapa ranting-ranting kering, rasa yang bersarang di dada tidak pernah beranjak, setia menanti kepulangan yang entah bila kan menjelma. dia masih ingat detik detik mereka bertamu. sejak hari itu, mereka semakin kerap bersua di suatu tempat yang diberi namanya, Hujanacendera.
“Hujan… boleh aku bertanya?” “mengapa pondok ini kau namakan Hujanacendera?” persoalan yang berlegar di kepala , akhirnya terungkap.
“kerana, pada hikayat sastera purba, perkataan ‘candera’ itu membawa faham akan sang rembulan, atau suatu kejadian yang teramat indah tiada tolok bandingnya. maka, Hujanacendera ini masakan sekadar nama buat teratak usang kita, ia merupakan sebatian daripada nama kita berdua, iaitu, Hujan dan Bulan. di bawah bumbung pondok inilah, bumi bernama Hujan akhirnya dikurniakan takdir untuk meyentuh langit yang memiliki cendera. kerana pondok inilah Bulan… yang menjadi asbab penyatuan dua jiwa muda kita.”
angin malam bertiup lesu, seolah olah turut terpaku mendengar pengakuan suci itu. Bulan memalingkan wajah, memandang ke luar pondok menembusi saujana halaman yang luas. kata kata Hujan tadi masih bergema di pelupuk telinganya, melekat erat bagai janji yang terpahat pada tiang tiang pondok Hujanacendera itu.
“maka, biarlah pondok in terus berdiri, Hujan. menjadi saksi sekiranya suatu hari nanti semesta kembali menjauhkan kita,” kata hati Bulan penuh tekad.
Bulan khawatir. ya. dia khawatir akan keadaan laki laki itu. kalau dikira kira, sudah hampir seminggu jua mereka tidak bersua muka. lazimnya, tatkala purnama mula memanjat siling langit, senyuman Hujan sudah pun hangat menyapa sukma. kini, yang ada hanya lembaran-lembaran warkah yang menjadi utusan, menyambung tumpahan rasa yang dikirim lewat semesta.. namun, badai April ini membawa sebu yang berbeza, bahangnya terasa mencengkam hingga ke hulu hati.
segala gundah-gulana dan bisik-bisik yang berterbangan di kedai kopi siang tadi kini kembali bertamu, bergema bagai semboyan perang di cuping telinga. desas-desus tentang lidah-lidah politik yang kian tajam menghasut di pentas pilihan raya, tentang parang dan senjata yang kononnya mula diasah di balik dinding sunyi, serta cerita angin bahawa anak-anak muda sedang bersiap sedia untuk turun bersemuka, kian merubung tangkai hati Bulan dengan rona-rona kebimbangan.
pesta demokrasi yang dilaungkan itu kini seolah-olah sedang menghidupkan semula igauan lama masyarakat terhadap perintah berkurung. Bulan tahu, kelewatan Hujan hari ini bukan sekadar urusan biasa. “kautautkanlah keselamatannya, duhai takdir…” rintih hatinya yang kian dipalu debar, membayangkan langkah Hujan yang barangkali tersangkut dalam jala-jala sekatan sang penguasa, di tubir curiga yang kini sedang bersiap sedia merentap kebahagiaan mereka sebelum darurat benar-benar melanda. dia tahu, Hujan seorang laki laki yang sungguh berani. dia masih ingat apa yang diperkatakan Hujan tempoh hari.
“Bulan,” panggil Hujan perlahan, matanya menatap jalur-jalur cahaya mahaba yang menembusi celah dinding buluh. “kamu lihatlah di luar sana. pesta pilihan raya yang mereka agungkan itu… aku bimbang ia bukan membawa seia sekata, melainkan menyemai benih sengketa yang menanti masa untuk pecah.”
Bulan memalingkan wajah, menatap sepasang mata Hujan yang sarat dengan kegundahan. “maksudmu, Hujan? bukankah itu mandat untuk masa depan kita?”
Hujan tersenyum tawar, menggeleng lemah. “mandat yang dilaungkan dengan lidah yang tajam menghasut kaum, Bulan. di kedai-kedai kopi, di padang-padang terbuka, manusia tidak lagi berbicara tentang membina negara, tetapi tentang merubuhkan jambatan persaudaraan. aku dapat merasakan khabar angin dan amarah ini sedang membakar sesuatu yang rapuh dalam masyarakat kita. seolah-olah, ada badai yang lebih besar sedang bersembunyi di sebalik tabir Mei nanti.”
suasana kembali sepi, hanya kedengaran desiran angin malam yang kian mendingin. Bulan merapatkan jemarinya, menyalurkan sedikit kehangatan seolah-olah cuba mengusir firasat buruk yang mula bertamu. “jika benar badai itu datang… apa yang akan terjadi pada kita? pada pondok ini?”
“andai kata takdir membelah bumi ini, dan negara kita jatuh ke jurang sengketa atau runtuh dirobek badai… akulah orang pertama yang akan berdiri di garis hadapan, Bulan. aku tidak akan membiarkan tanah ini hancur begitu sahaja. biar apa pun yang melanda, aku yang akan memulakan tentangan, demi kedamaian yang kita paut, dan demi memastikan bumi tempat kita bersedekah budi ini kekal berdiri.”
benar bagai apa yang diramalkan Hujan. kehangatan pilihan raya kini bukan lagi sekadar bualan kosong di kedai kopi, tetapi sudah bertukar menjadi sepotong igauan ngeri yang sedang menghampiri kenyataan. sambil jemarinya mengusap tiang pondok Hujanacendera, Bulan melontarkan pandangan jauh menembusi sebu jalur cahaya matahari April yang membahang terik. dia menghitung detik penuh cemas, memikirkan kelewatan Hujan di bawah langit siang yang kian sarat dengan ketegangan, bimbang sekiranya takdir benar-benar telah mengheret lelaki yang dikasihinya itu ke garis hadapan sebuah sengketa.
sekonyong konyong,
derap langkah kaki yang tergesa-gesa memecah kesunyian siang, mengejutkan Bulan daripada lamunan panjangnya. ia pantas menoleh ke arah denai tanah.
di sana, susuk tubuh yang dinanti akhirnya muncul membelah terik matahari. Hujan berdiri di ambang pondok dengan nafas yang tercungap-cungap, pakaiannya sedikit comot, dan wajahnya sarat dengan keletihan yang amat sangat.
“kau selamat, Hujan? mengapa rupa dan pakaianmu sebegini rupa?” suara Bulan hampir terputus di kerongkong, sarat dengan kelegaan yang bersulam cemas. dia menyapu debu pada lengan baju Hujan dengan jemari yang terketar-ketar.
Hujan tidak terus menjawab. dia melabuhkan duduk di lantai papan, membiarkan nafasnya yang tercungap-cungap kembali teratur sebelum mendongak menatap anak mata Bulan.
“aku hampir-hampir tidak dapat menemuimu lagi hari ini, Bulan,” kata Hujan perlahan, nadanya bergetar rendah menahan lelah.
Bulan mengerutkan dahi, langsung tidak memahami maksud di sebalik kata-kata itu. “apa yang telah berlaku ini Hujan?”
Hujan tersenyum tawar. “Bulan, ketahuilah olehmu… aku lewat bukan kerana sengaja. waktu aku mahu merentasi denai utama di pinggir pekan siang tadi, jalan sudah dikepung. pihak penguasa telah mengadakan sekatan yang amat ketat.”
“sekatan?” Bulan tersentak, matanya membulat.
“ya, Bulan. mereka menahan setiap anak muda yang lalu-lalang. aku juga tidak terlepas daripada jala mereka. aku diseret ke tepi, disoal siasat dengan begitu tegas seolah-olah aku ini pengasut politik yang membawa risalah haram,” “dan aku ditahan hampir seminggu…” Hujan menarik nafas dalam-dalam, mengimbas kembali detik mencemaskan itu. “ mujurlah pasport domestik dan kad pengenalanku tiada cacat celanya, dan aku memberikan alasan mahu pulang ke kampung. sebaik sahaja mereka melepaskan aku, aku terus berlari memotong jalan rimba demi menuju ke mari.”
Bulan sebak mengenangkan apa yang jadi pada Hujan demi menemui dirinya. rasa bersalah mula menghantui dirinya. tanpa sedar, tubir mata mula terasa bahangnya.
“ mengapa luruh air matamu ini, Bulan?” tanya Hujan lembut.
Bulan menggeleng, cuba mengukir senyuman biarpun bibirnya sedikit bergetar. “hati ini diserang gundah yang amat, Hujan. siang tadi tatkala aku ke pasar, suasananya tidak lagi seperti kelmarin. orang-orang semuanya bergegas mahu pulang ke teratak masing-masing. kedai-kedai juga sudah mula memasang papan penutup seawal zuhur. aku dilingkari ketakutan… bimbang jika hari ini takdir tidak lagi mengizinkan kita bertentang mata.” “buat selamanya.” sambung Bulan lagi.
Hujan menarik tubuh Bulan sedikit rapat ke sisinya, cuba menyalurkan ketenangan. “usahlah dikata begitu. selagi bumbung teratak Hujanacendera ini belum runtuh menyembah bumi, dan selagi nyawa masih dikandung badan, aku akan tetap mencari ikhtiar untuk datang ke mari. Menemuimu, Bulan.”
“namun di luar sana, keadaannya kian meruncing,” pangkas Bulan, suaranya tenggelam dalam esakan kecil. “kau sendiri yang menyatakan bahawa pesta pilihan raya ini sedang menyemai benih sengketa. bagaimana sekiranya pihak penguasa menahanmu lagi? bagaimana jika selepas ini jalan ke pondok ini terus dikepung?”
Hujan terdiam sejenak. dia melontarkan pandangan ke luar pondok, melihat jalur cahaya matahari siang yang kian membahang menembusi celah dedauan.
“andai hari yang mencerai-beraikan itu tiba,” kata Hujan dengan nada yang semakin dalam dan penuh tekad, “jika seluruh kota ini akhirnya dikepung kawat berduri dan perintah berkurung dikuatkuasakan, kamu harus memegang satu janji padaku, Bulan.”
“janji yang bagaimana, Hujan?”
“jangan sesekali kamu ragu akan tautan rasa yang ada di dalam hati kita,” Hujan kembali menatap Bulan, lalu menggenggam kedua-dua belah tangan gadis itu dengan erat. “manusia di luar sana barangkali sedang sibuk membina tembok pemisah dek kerana warna kulit dan perbezaan fahaman. namun di sini, di pondok ini, kita telah membina sebuah perkampungan jiwa yang tidak akan mampu dirubuhkan oleh mana-mana undang-undang darurat sekalipun.”
Bulan terpaku mendengar bait-bait kata yang tersusun indah namun gagah itu. rasa hangat yang menjalar daripada genggaman tangan hujan perlahan-lahan mengusir kedinginan ketakutan yang bersarang di dadanya sejak siang tadi.
“aku berjanji, Hujan,” bisik Bulan perlahan, lalu melentukkan kepalanya di bahu lelaki itu.
“biar apa pun badai yang melanda selepas April ini, aku akan tetap menjaga kesucian pondok Hujanacendera kita.”
teruntuk engkau duhai pemilik hati, rayyan.
sa-bermula warkah dhaif ini di-karang dengan sa-keping hati yang sarat akan gelora rindu dan kenangan sambil duduk bersendirian di ambang malam, ditemani desir angin dan bulan yang pucat lalu di-utus lembaran ini kepada di-kau yang bersemayam dalam detik yang tak pernah pudar dari ingatan. hatta, sa-makin hari, sa-makin ia terpatri seperti ukiran halus pada permukaan batu marmar yang tiada lekang di-telan zaman bayang-mu. tatkala pena ini ku-jalan-kan di atas helaian kertas, terasa bagai mengalir bersama tinta itu segala rasa yang sudah lama ku-pendam maka dengan segala kudrat, ku karang dan persembahkan warkah dari atma buat di-kau. adapun jauh di lubuk hati, mengatakan surat ini tiada jua akan sampai ke pangkuan kau, ketahui-lah umpama bulan yang tetap bercahya meski dilindung awan, kasih dan setia tuk kau terus mengembang sa-lama-nya. biar-lah coretan ku karang jadi permata dalam diam bersinar.
rayyan,
telah berlalu-lah hari berganti hari, bulan berganti bulan, bahkan musim pun silih berganti, namun nama-mu tetap utuh di sa-tiap hela nafas-ku. sejak kau hadir membawa bi’anglala dalam hidup sepi- ku, tiada pun satu te-te-san bayangan duka yang telah kau kirim maka pun tiada lagi razeki yang paling ku-ingini salain tuhan menemukan langkah kita pada garis yang sama maka pada sa’at itu-lah aku sadar tiada lagi serupa hidup ini seeperti dahulu. kalau pun dahulu aku maseh enggan menanam isi hati buat mana pun jejaka, namun sa-munculnya di-kau lalu pun ia berubah. detik ini, hadirnya kau bagai sebuah anugerah nan ter-indah buat diri ini. tiada lagi nikmat yang paling aku syukuri selain bertemu dengan kau.
kepala sa-ma-kin hari sa-ma-kin bergelora ingatan bersama momen-momen manis dan duka yang kita harungi sehingga lah ke hari ini. akan ku kenang segala titik peluh-mu demi bahagian-kan hati ini yang sarat akan gelombang rindu. selama tujuh bulan kita bersama, tiada satu konflik pun yang bisa membuat diri ini menjauh dari sosok di-kau,malah sa-panjang hubungan ini langsung, mana pernah sekelumit emosi amarah hadir antara kita. ketahuilah wahai kekasih bahwa hati ini sudah sarat akan rindu, berat menanggung, air mata-lah jadi peneman dan saksi tiap purnama. ketahuilah bahawa kasih ini bukan seumpama ombak yang memukul pantai, hebat pada rupa namun akhirnya surut dan menghilang. cinta aku kepadamu adalah seperti akar pohon nan kukuh tidak terlihat pada pandangan mata, namun mencengkam erat di dasar bumi bumi, sedia mendepani badai dan taufan masa.
biar jarak menjadi benteng yang memisahkan jasad kita, namun atma tetap bersatu seperti bintang yang senantiasa menemani bulan di sa’at ia keseorangan pada gelap-nya malam. tiada-pun badai yang mampu menandingi rasa rindu ini. tetapi, aku percaya bahwa rindu ini-lah yang mendewasakan diri ini.
aku masih ingat, tika pertama kali-nya kita bertemu, di suatu kem yang diadakan di sekolah, bukan sekedar menggabungkan pelajar dari empat alma meter malah ,menyatukan dua jiwa menjadi satu. iaitu aku dan kau. ada-pun aku tidak perasan akan kewujudan engkau di sana tika itu, namu hati ini, dengan kiriman tuhan, aku terpaut sama keindahan ciptaan-nya. aku malah tidak menyangka bahwa engkau sudah mulai menyukai-ku dari awal. pada awal-nya sepasang mata bundar milik-kau tertancap pada diri aku, kau menyatakan yang hati kau sudah bergetar mengikut irama. ibarat berdansa mengikut alunan lagu. dari situ , maka , aku percaya, cinta pandang pertama itu benar benar wujud. kerana, ia sudah terjadi kepada diri ini. mana mungkin aku percaya, sosok diri ini, yang sudah lama menginginkan belaian cinta yang tulus, akhirnya, dipertemukan dengan engkau yang lebih dari definisi kata ‘sempurna’. aku sampai termangu, wanita seperti ini, masih bisa diberi anugrah yang terpaling indah, diberi belaian kasih dan layanan cukup istimewa dari engkau buat diri ini.
dan, sekarang, pada sa’at ini, masih banyak helaan nafas yang mengundang fikiran, bagaimana aku bisa dipertemukan dengan engkau? sungguh, bumi yang kelihatan luas, namun amat pencil untuk mempertamukan aku dan di-kau. dari dua insan yang langsung tidak mengenali sama lain, kini adalah pasangan yang cukup bahagia. maka, dengan ada-nya langit yang menjadi saksi, akan aku senantiasa menyebut nama-mu di setiap sela sujud-ku, di setiap arah kaki ini melangkah, nama-mu tetap jua ku-sebut karna tiada yang dapat melayani-ku seperti mana engkau melayani diri ini. dan aku berharap semoga kita kekal. diterima di setiap ruang lingkup nusantara.
semoga dengan cinta ini engkau tidak akan pergi jauh tinggalkan sosok ini. tidak mungkin hati sekecil aku boleh melupakan sosok indah sepertimu, kekasih. sesak dada ini membayangkan kehidupan ku di masa hadapan tanpa kehadiran kau di sisi. sungguh, kau adalah anugerah paling indah pernah tuhan berikan. aku mencintaimu seluas biru, sedalam laut di samudera dan setinggi langit di nusantara. sehingga kita bersua lagi di bawah langit dan bulan yang sama, di ruang dan waktu yang mengizinkan. tataplah bulan yang sama pada setiap malam. Di situlah akan sentiasa aku titipkan salam rindu yang paling ranum untukmu.
see you in a bit,
yang setia menghitung detik pertemuan,
bulan.
17 05 2026. 3.35pm.
pic from pinterest.
pagi nirmala. rintik-rintik hujan membelah suasana di kota medan itu. hujan deras mengalir seperti untaian manik yang jatuh dari langit, memberi rasa nyaman yang sukar dijelaskan dengan aksara. mata dipejam celik seketika, menghayati kedamaian angin lembut yang menampar segenap pipinya, seakan sedang mengutarakan sesuatu, “sesetengah tempat tidak sekadar menjadi tempat persinggahan. ia menghidupkan sebuah masa silam yang digelar kenangan.”
Tentang 13 Mac 1969.
sepasang mata bundar milik sang gadis ralit meneroka bait bait aksara di dalam buku faveretnya. ralit membaca, sang gadis tidak sadar dengan kehadiran seseorang di sebelahnya. begitulah rutin harian bagi sang gadis itu. dia seperti sirna ditelan alam dunianya sendiri. dunia fiksi. dunia yang mampu menenggelamkan sang gadis dari asalan.
“Bulan…” halus kedengaran suara seseorang menyapa. meskipun begitu, ia berjaya menarik perhatian seorang gadis yang sedang khusyuk membaca, ibarat berada di alam khayalan nan sukar diterobos oleh orang asing,bulan. kepala memandang sang empunya suara. seketika, angin terasa semakin dingin bergelora, seakan punya suatu arus litrik, menarik dua sejoli menjadi satu. dalam diam, waktu seakan melengahkan detik perjalanannya, memberi ruang kepada kedua jiwa muda itu untuk memahami getaran yang belum pernah mereka mengerti. bulan pantas menunduk. bukan apa, dia takut kehadiran jejaka itu umpama bayang yang tidak dipanggil namun sukar diabaikan.
“benar nama kamu Bulan?” sambungnya memecah kesunyian, “aku Hujan. salam perkenalan.” salam dihulur perlahan agar sang gadis tidak terkejut dengan kehadiran tiba tibanya. Hujan baru pulang dari kedai Baba mengayuh basikalnya. tidak sengaja, gerimis turun membasahi tanah pekan. kebetulan Hujan nampak sebuah pondok, boleh-lah dia buat berteduh sementara menanti air jernih yang turun dari langit untuk berhenti. dan di situ-lah Hujan bertemu sang gadis , Bulan. menatap sepasang mata coklat pekat milik sang gadis buat Hujan terpana. buat pertama kali dalam kamus dewan Hujan , dia bercantum mata bersama yang lain jantina. ‘sempurna sungguh ciptaan-mu Tuhan. bagaimana bisa seseorang itu punya sepasang mata yang mempesona pandang.’ itu-lah tanggapan awal Hujan buat Bulan.
“iya, aku Bulan. dari mana kau tahu nama-ku?” soal Bulan musykil. setahunya, dia tidak pernah beritahu namanya ke laki – laki sebelah-nya ini.
melihat Bulan tampak begitu keliru, Hujan memulakan kata. “itu, buku kecil di riba kamu tertulis nama-mu.” Perlahan – lahan Bulan menoleh sekilas ke arah buku yang dimaksudkan. ‘oh benar kata laki ini. aduh, boleh pula aku terlupa sama diari-ku ini.’ monolog Bulan sendiri.
“maaf kalau kalau kehadiran aku ke mari telah kacau fokus-mu membaca.” sempat Hujan menitipkan kata maaf kepada sang gadis.
“eh, tidak mengapa.” ringkas jawaban yang diberi Bulan. senyuman dilakar mesra menampakkan dua lesung pipinya. mati kata. dia sudah tidak tahu sama ada harus melanjutkan perbualan atau melanjutkan bacaan. masakan, dia saja tidak tahu-menahu akan kewujudan laki laki itu, tidak juga pernah dia nampak batang hidung laki laki itu sepanjang dia membesar di pekan ini.
seolah dapat membaca isi hati Bulan, “baru juga malam kelmarin aku pindah ke sini. itu, rumah-ku di hujung pekan sana. alang-alang, aku ke kedai Baba, beli barang sedikit. pulang sahaja, aku lihat langit mendung, mahu pula hujan turun lebat. itu yang aku datang ke pondok ini, untuk berteduh.” panjang lebar Hujan berhujah. Bulan tekun mendengar sambil tatap wajah laki laki itu. tidak dinafikan, Hujan punya rupa paras yang boleh dikatakan agak handsome. hidung mancung, alis tebal, bibir merah jambu. ah, senang kata, semua terletak elok di wajah laki-laki itu. leka dia menatap setiap inci wajah laki-laki itu.
Hujan yang perasan dirinya ditatap menoleh. dilihatnya Bulan dengan pandangan redup. Bibir mengukir senyuman manis.
seperti daun yang gugur di permukaan air, diam-diam mengetuk pintu hati Bulan. ketukan yang perlahan namun debaran yang dirasa menusuk ke sukma. perasaan apakah ini? senyuman itu. pandangan itu. nyaman. sangat nyaman sehingga debaran di buku dada-nya sa-makin kencang. debaran yang sukar dimengerti.
sekonyong-konyong,
bunyi nyaring alam semesta menyentakkan dua jiwa muda itu dari lamunan. dek terkejut dengan bunyi kilat menyambar, maka dirangkul lengan Hujan pantas. tidak pula Hujan begitu terkejut dengan suara kilat, sebaliknya, dia lagi terkejut dengan tindakan drastik Bulan yang merangkul lengannya. sentuhan itu barangkali terasa amat halus sehingga membuatkan detak jantung Hujan berdegup berirama. kini, dua jiwa muda itu merasai getaran yang sama. getaran yang bisa menarik antara satu sama lain menjadi satu getaran syahdu, seperti sedang berdansa mengikut irama semesta.
“maaf. aku tidak sengaja.” sedar sahaja, Bulan lantas memohon maaf. dunia terasa janggal. dua insan, masing-masing bermain kata di-kepala. seperti sedang berlawan, siapa yang mengatur bicara dahulu, maka dia kalah.
dan,
Hujan kalah.
“sedari tadi aku melihat kamu membaca buku itu. boleh aku tahu, itu buku yang dipegang, apa tajuk cerita-nya?” soal Hujan. mata menatap sekilas buku di tangan Bulan.
“ini buku hasil karya A. Samad Said. Salina nama buku-nya. menarik juga al-kisah buku ini.” balas Bulan.
“ tulisan A. Samad Said sa-mua-nya bagus-bagus. penuh pengajaran dan boleh membuatkan pembaca ikut suka sama gaya penulisan-nya. aku pun sudah baca itu buku-nya Salina.” sambung Hujan lagi, “ingat kembali momen-momen di dalam naskhah itu di mana manusia di persada nusantara di bawah redup awan-nya mulai berlari ketakutan saat urang jepun menggugat kedamaian tanah air. A. Samad Said sangat bijak menyulam penderitaan menjadi sebuah karya yang mengusik jiwa. watak Salina itu sendiri adalah simbol ketabahan dari perit-nya kezaliman dunia.”
Bulan mengangguk tanda setuju, matanya bersinar keterujaan. “betul. aku baru sahaja baca beberapa bab, tetapi cara beliau menggambarkan konflik manusiawi membuatkan aku rasa seperti berada di zaman itu.” “namun… masih tidak dapat aku nafikan, betapa seksa-nya orang kita dahulu ketika perang dunia ini berlangsung,” sambung Bulan penuh duka dan simpati.
“novel itu bukan sekadar naskhah, Bulan. ia seakan sebuah cermin retak yang memantulkan luka lama bangsa kita,” luah Hujan, nadanya beransur. perlahan, seakan ikut tenggelam dalam emosi watak-watak Salina. Bulan terdiam. buku di tangannya dirasa semakin berat, seberat sejarah yang baru sahaja diceritakan oleh lelaki di hadapannya itu. dia tidak menyangka lelaki bernama Hujan ini mempunyai pandangan yang begitu mendalam tentang sastera.
Hujan melepaskan keluhan kecil, lalu menghentikan kata-katanya tentang novel tersebut. Dia mengalih pandang, membiarkan matanya tepat menatap anak mata Bulan yang sedari tadi leka mendengarnya. “tapi di sebalik kegelapan cerita yang kita bual-kan ini, aku rasa ada sesuatu yang indah hari ini,” sambung Hujan lagi, senyuman nipis mula terukir di bibirnya.
“pertemuan kita.”
sepi kembali bertamu antara dua insan itu.namun kali ini, suasana tidak lagi terasa asing atau janggal.angin petang yang bertiup lembut seolah-olah sedang membawa pergi sisa-sisa tembok pemisah, membiarkan dua jiwa itu mula saling mengenali antara satu sama lain.
“semoga kita berjumpa lagi di bawah langit yang sama, antara Hujan dan Bulan, di bawah pondok….”
“pondok hujanacendera.” sahut mereka berdua serentak.