Stories by fromaira on Medium
PETANG itu, Inara baru selesai menukar balutan pada bahagian rusuk kiri suaminya. Emir hanya duduk diam tanpa bergerak. Sebelah tangannya masih memegang hujung baju, manakala tangan kiri dibiarkan berehat di atas sling. Bilalah agaknya tangannya itu boleh bebas semula. Beban sungguh! Segala jenis perbuatan memang sah terbatas.
“I tengok luka you dah nampak makin baik sekarang. Barulah lega sikit hati I ni.” Inara bersuara sambil membantu menyarungkan baju untuk Emir.
“Bila I boleh buka benda ni, sayang? Rimaslah. Seksa I nak garu masa gatal,” rungut Emir geram.
“Kan boleh minta tolong orang garukan…” Inara bercekak pinggang.
“Rimaslah. Leceh,” omelnya lagi.
“You kan sakit… Tahanlah sikit. Kalau you tak stres, mana tahu bahu you lagi cepat sembuh ke, kan?” Inara memujuk. Dia sedar saja yang sejak kebelakangan ini, Emir kerap mengomel tentang pergerakannya yang terbatas.
‘Mungkin dia bosan’. Inara cuba bersangka baik.
“Sabar, okey? Suami I kan kuat, penyabar lagi tu.” Inara mengucup manja bahu Emir.
Emir melepaskan nafas kecil. Barulah hatinya berasa terpujuk sedikit.
‘DING DONG!’
“Aik? Siapa pula yang datang hari ni?” Inara hairan. Rasanya, tiada siapa pun yang beritahu mahu singgah ke rumah mereka.
‘Tok! Tok!’ pintu bilik mereka diketuk. Lekas-lekas Inara mendapatkan daun pintu. Sosok tubuh Dina mula muncul di hadapannya.
Usai berbisik. Pintu ditutup semula.
“Siapa datang dekat luar tu, sayang? Mama ke?” soal Emir apabila melihat Inara kembali merapatinya.
“Dina cakap — kawan you yang namanya Arfan tu datang.” Inara menyampaikan.
Dahi Emir berkerut. Peliknya.
“Dia datang dengan mama ke macam mana?” Emir perlahan-lahan bangun dari tilam.
“Katanya nama Hans.”
Pergerakan Emir kaku sejenak. Untuk beberapa saat, dia tidak memberikan sebarang reaksi.
“Kenapa? You tak nak jumpa dia orang ke?” Inara mula risau apabila melihat reaksi Emir. “Kalau you tak nak, I boleh keluar beritahu yang you tengah tak sihat lagi.”
“It’s okay. I’ll go.” Emir mempamer senyum nipis. “You pergi dapur dulu boleh, sayang?” pintanya lembut.
Inara perlahan-lahan mengangguk. Dia terlebih dahulu keluar ke dapur seperti yang dipinta.
Kini, langkah Emir sudah bertambah laju selepas beberapa hari berehat. Sewaktu dia melintasi ruang tamu, dia terserempak dengan Dina di sofa.
“Dina.” Emir melambai kecil, memanggil si adik ipar supaya datang ke arahnya.
Dina bingkas bangun dari sofa lantas berlari anak mendapatkan Emir. Penasaran dia jadinya.
“Dina tolong bawa kakak keluar atau duduk dekat atas dulu, boleh?” pinta Emir.
“Dina dah cuak tau masa tengok Abang Arfan tu muncul depan pagar tadi. Lagi Dina terkejut, mamat tu ada juga dekat luar tu!” Dia bercekak pinggang. “Abang Emir nak jumpa dia dekat mana? Luar ni ke?”
“Patio sana. Dina tolong bawa kakak naik atas dulu.” Emir berbisik.
Dina mengangguk laju. Bukan selalu juga dia boleh menjalani watak penting sebagai bodyguard.
Kini, Emir sudah sampai di pintu. Selepas dikuak, dia melihat Arfan duduk di kerusi yang disediakan. Lebih mengejutkan, Hans juga ada di sebelah Arfan.
“Aaaa…. Mir…. Ni… Uhm…” Arfan sepertinya bingung bagaimana mahu memulakan cerita.
“Kau jangan marah dia. Aku yang minta dia bawa aku datang sini.” Hans terlebih dahulu bersuara sebelum Arfan menjelaskan.
Arfan segera bersembunyi di belakang Emir. “Aku bawa la sebab aku pun takut kalau dia bunuh aku pula nanti,” bisiknya perlahan.
Emir memejamkan mata. Dasar tak boleh pakai! Boleh pula si Arfan ni harapkan dia yang sudah tercedera untuk duduk di hadapan Hans?
“Kau buat apa datang sini?” tiada langsung seurat senyum pada wajah Emir.
“Kau apa khabar?” Hans tidak menjawab soalan yang diberikan.
“Kau rasa?” Emir tersenyum nipis. Dia toleh ke belakang untuk menegur Arfan pula. “Aku tak tahu apa lagi yang kau tengah rancang sekarang. Tapi kalau kau memang niat nak bunuh aku sekali lagi, aku merayu kau bunuh aku jauh-jauh dari isteri aku. Itu aje yang aku minta, Hans, Fan.”
Mata Arfan terbeliak, jelas tersinggung dengan ucapan itu. Kenapa nama dia disebut juga?
“Weh, Mir. Kau syak aku berpakat dengan mamat gila ni jugak ke?” Arfan berdiri di sebelah Emir.
“Siapa lagi aku boleh percaya dalam dunia ni, Fan?” Emir menahan suaranya. Lirikan mata mula menyapa Hans yang kaku di kerusi. “Lepas apa yang dah jadi, kau rasa aku boleh hidup macam dulu?”
“Kau ada hak kalau mahu marahkan aku, Em. But leave Arfan out of this. Arfan itu tak ada kaitan dengan aku.” Hans menjelaskan. “Aku minta dia bawa aku ke sini sebab-”
“Sebab kau nak cuci semula dosa yang kau dah buat dengan aku? Nak harapkan pengampunan daripada orang yang pernah kutip kau dulu?” ada tawa kecil terletus di hujung ayatnya.
Emir bercekak sebelah pinggang. Kemudian, tangannya yang bebas itu mula meraup rambut ke belakang.
“Empat tahun aku percayakan kau, Hans. Empat tahun aku bagi kau kenal dunia aku, jaga semua rahsia yang aku harap kau takkan pernah sekalipun belot…” hujung bibirnya bergetar, sebak menahan luahan yang sudah lama terpendam dalam hati.
Hans pula hanya tunduk mendiamkan diri, tidak menyampuk walaupun selepas dihunjam dengan ayat pedas begitu.
“Tapi kenapa, Hans? Apa yang mamat bodoh tu dah suap sampai kau sanggup belakangkan aku?” Emir mengepal tangannya kemas.
Jika tadi Hans tunduk, kini wajahnya perlahan-lahan dipanggung, merenung setiap inci luka yang ditanggung oleh bekas majikannya.
“Aku sayangkan Viv, Em…” Perlahan suara Hans meluahkan perasaannya juga. Tapi, dia tahu ayat itu tidak akan diterima oleh sesiapa yang mendengarnya.
Emir menghembus nafas berat. Aturannya sedikit tidak teratur dek menahan beribu sesalan dalam dada.
Jadi, Hans melakukan semua itu untuk Viv?
Tapi, bagaimana pula dengan dia dan Inara?
“Kau tergamak hancurkan isteri aku dekat depan mata aku sendiri?” Kali ini, suara Emir benar-benar bergetar.
Hans senyap.
“Aku tak peduli la kalau kau nak henyak aku sampai separuh mati sekalipun. Tapi… kau sedar tak apa yang kau dah buat dekat Inara?” mata Emir berkaca.
Dia teringat bagaimana Inara masih tercari-cari jawapan tentang perkara yang tidak mampu diingatinya. Bagaimana isterinya kadangkala memandangnya dengan wajah keliru, seolah-olah ada sebahagian besar kehidupan mereka yang hilang begitu sahaja.
“Aku terpaksa tengok isteri aku cuba kenal semula kehidupan dia sendiri, Hans. Aku terpaksa jawab soalan-soalan yang dia sendiri tak tahu macam mana nak tanya. Dan kau tahu apa yang paling sakit? Aku tak boleh paksa dia faham apa yang dah berlaku pada kita sekarang.”
Emir berhenti seketika. Jemarinya menggenggam di sisi.
“Aku tahu aku dah buat satu kesilapan besar, Em. Dan aku tak harapkan kau untuk maafkan aku.” Hans mengangkat wajah. Matanya turut berkolam.
“Apa masalahnya kalau kau beritahu aku dari awal? Aku akan tolong kau la, Hans!” suara Emir meninggi. Nadanya itu terselit rasa kecewa dengan pilihan Hans yang telah mencetuskan segala-galanya.
“Kau majikan aku, dan aku ni kuli kau, Em. Aku bukan kawan kau, aku bukan abang kau, bukan sesiapa pun untuk kau. Dan kalau aku mati hari ni, esok kau akan cari pembantu baru untuk gantikan aku. Itu kenyataannya.” Hans menyambung sorotan matanya dengan Emir semula.
Jurang antara dirinya dengan Emir selama ini sudah cukup membuktikan segalanya. Sedekat mana pun Emir menganggapnya sebagai figura penting dalam hidup, Hans tidak pernah benar-benar percaya bahawa dirinya mempunyai tempat yang setara dengan orang-orang yang lelaki itu sayangi.
Pada akhirnya, dia tetap seorang pekerja yang boleh digantikan, sedangkan Emir mempunyai kehidupan yang jauh lebih besar untuk diteruskan tanpa kehadirannya.
“Aku datang hari ni bukan untuk tagih simpati daripada kau, Em.” Perlahan-lahan, Hans menjatuhkan kedua-dua lututnya ke lantai. “Aku sedar kalau aku minta maaf dengan air mata darah sekalipun, belum tentu kau akan terima rayuan aku.”
Emir bagaikan kehabisan kata. Gerak-geri si Hans itu langsung tidak menimbulkan rasa simpati dari hatinya. Perasaannya juga bagaikan kosong tidak bergaung walau dia cuba menjerit sekuat hati.
“Tapi aku memang betul-betul minta maaf…”
“Kau bawa dia ni pergi dari muka aku, Fan. Aku belum cukup baik lagi nak jadi pemaaf.” Emir memalingkan wajahnya ke arah lain.
Kali ini, Hans tidak lagi cuba membalas. Dia hanya duduk di hadapan Emir dengan kepala tertunduk, menerima setiap patah kata yang selama ini mungkin tidak pernah terlintas akan didengarnya daripada lelaki itu.
(3 babak imbas kembali)
TUBUH Hans dihumban ke dinding apabila lelaki itu berkeras tidak mahu memberikan kerjasama. Seluruh mukanya turut berasa pijar dan kepanasan selepas satu tumbukan dilayangkan. Turun-naik dada Hans mengatur nafas yang tersekat-sekat di kerongkong.
Hans angkat kedua-dua belah tangannya untuk mengalah. Seorang lelaki dengan tatu pada belakang leher itu turut berundur selepas melihat gerak-geri Hans di hadapan.
“Kau nak apa lagi daripada aku ni?” Hans menggosok pinggangnya yang terasa senak.
“Kau masih setia dengan dia rupanya.” Zaf duduk mencangkung di hadapan Hans.
“Dia… majikan aku.” Aturan nafas Hans masih lagi belum teratur.
Zaf menghadiahkan dua buah tepukan pada bahu Hans. “Exactly! Majikan kau. Bukan keluarga kau,” senyumnya melebar. “Apa kau dapat daripada dia sebenarnya, Hans? Saham? Aset?”
Hans diam. Mulutnya terkunci rapat daripada mengatur sepatah kata.
“Aik? Senyap juga? Memang PNC ke apa yang aku tanya tu?” Zaf berdiri semula.
Hans masih lagi senyap.
“Aku tanya ni… jawablah, setan!” sebuah sepakan dihayun tepat pada perut Hans pula. Tercungap-cungap nafas Hans menahan nyeri yang mencengkam.
“Memang bagus rupanya kau ni. Dekat manalah aku boleh dapat pengikut setia macam kau.” Zaf meraup rambutnya ke belakang. Bajunya itu ditarik semula ke bawah.
Hans memejamkan matanya. Dia langsung tidak menjangka bahawa Zaf akan muncul di kediamannya. Kesal! Sepatutnya dia perlu mengagak hal itu akan terjadi apabila Emir dan Inara sedang menjadi sasaran utama lelaki gila itu.
“Atau kau nak aku tanya perempuan kesayangan kau tu?” Zaf mengugut dengan cara baharu pula.
Mata Hans terbeliak luas. Kepalanya digeleng berkali-kali, bagaikan merayu supaya tidak melibatkan Vivy ke dalam urusan mereka.
“Aku dengar cerita, mak perempuan kau pun tengah sakit sekarang. Betul?” Zaf angkat kening.
“Dah berapa banyak cerita yang kau dah tahu?” Hans menekan perutnya yang masih terasa senak. “Kau nak apa!”
Zaf kembali mencangkung. Rambut Hans itu dicengkamnya sekuat hati.
“Semua. Semua yang kau tahu fasal Qas.”
“Aku tak tahu semua fasal dia. Sumpah!” Hans cuba menarik tangan Zaf daripada terus menyentap rambutnya. “Aku tak kerja untuk dia. Aku kerja untuk Em!”
Waktu itu, barulah Zaf tersedar. Rambut Hans dilepaskan dari cengkamannya. Tangan mula mengusap dagu sambil mempertimbangkan tentang sesuatu.
“Hancurkan Em untuk aku,” pintanya serius.
Hans terkesiap sejenak. Mana mungkin dia sanggup melakukan hal terkutuk itu pada majikannya sendiri. Emir pun sudah lama mempercayakan dia lebih daripada segalanya.
“Aku boleh jadi gila, Hans. Lebih gila daripada apa yang kau jangka.” Zaf menepuk-nepuk pipi Hans. “Kalau berita fasal Vivy Wong pun aku boleh tahu, bayangkan apa yang aku boleh buat pada dia juga.”
Bebola mata Hans sedikit bergetar, gerun dengan sengihan lebar Zaf yang telah menjumpai titik kelemahannya.
“Renung-renungkan, Hans. Pilihan di tangan kau.” Zaf mula bersedia ingin beredar dari situ. Hatinya puas. Puas selepas melampiaskan kemarahannya yang sudah lama bersarang.
Malam itu juga, Hans bersendirian di rumah. Viv pula sudah berangkat ke hospital untuk menemani mamanya buat semalaman.
Kejadian yang menimpanya sejam yang lepas masih lagi mencengkam fikiran. Berkali-kali jarinya bergerak untuk menaip sesuatu pada papan kekunci, tapi entah mengapa niatnya itu tertahan.
Mungkin dengan meminta pertolongan daripada Emir, ugutan Zarif itu akan dapat diselesaikan.
Tapi, dia siapa?
Siapa dia untuk meminta pertolongan daripada si majikan?
Sedang dia mengelamun, bunyi ngauman motor berkuasa besar itu mula kedengaran dari luar rumahnya. Hans cepat-cepat bangun untuk mengintai dari jendela ruang tamu. Rasanya, dia tak salah orang.
Dia yakin Emir sudah sampai di hadapan rumahnya sekarang.
Hans lekas-lekas menapak ke pintu. Sedaya-upaya dia menahan rasa senak di perut ketika mengatur langkah untuk keluar. Lampu luar juga baru terpasang apabila dia sudah melintasi kereta yang diparkir di hadapan rumah.
“Em. What’s up?” Hans menegur. “Kenapa tak cakap kau nak datang? Nasib baik aku ada dekat rumah,” ujarnya sambil menggosok belakang kepalanya.
Emir memerhatikan Hans buat beberapa saat, seperti sedang menganalisis sesuatu. Sangsi.
“Mata kau tu dah makan penumbuk siapa?” jarinya diluruskan pada muka Hans.
“Oh, ni…” Hans sentuh mata kirinya yang sedikit bengkak. “Setan dengki.” Dia menjawab bersahaja.
Dahi Emir berlipat. Hans sedar dengan kerutan itu.
“It’s a joke, man. Chill la.” Hans tumbuk perlahan lengan Emir. Muka tak relaks langsung. Rasanya, dulu Emir mudah sahaja menyambut gurauan.
Semoga Emir tak perasan dengan perubahannya.
JAM pada dinding menunjukkan pukul enam petang ketika Hans selesai menyusun dokumen terakhir di atas meja kerjanya. Dari tempat duduknya, Hans dapat melihat pantulan cahaya bangunan bersebelahan pada permukaan kaca tingkap.
Dia menyandarkan tubuh pada kerusi, kemudian mengurut pangkal hidungnya.
Hari itu, sudah masuk malam ketiga dia tidur tidak lena.
Setiap kali memejamkan mata, fikirannya akan kembali kepada gambar-gambar yang dihantar oleh Zaf.
Wajah Viv yang sedang duduk di sebuah kafe.
Viv yang berjalan keluar dari kafe bersama rakan sepejabatnya.
Viv yang menunggu seseorang di tepi jalan.
Mengenangkan gambar-gambar itu, Hans berasa seperti mahu berteriak sekuat hati. Gara-gara gambar itu, dia langsung tidak dapat hidup dengan tenang.
Hans membuka laci, mengambil sepapan ubat sakit kepala yang disimpan di situ lalu menelannya dengan sedikit air. Kepalanya terasa berat sejak tengahari tadi. Dia tidak pasti sama ada disebabkan kurang tidur atau terlalu banyak perkara yang bermain dalam fikirannya.
Selang beberapa minit, Emir kembali muncul dengan telefon bimbit di tangan. Lelaki itu masih mengenakan kemeja kerja, cuma lengan bajunya sudah dilipat hingga ke siku. Dia berhenti seketika di muka pintu untuk menegur Hans.
“Aku rasa kau dah boleh balik. Kerja yang lain-lain aku boleh buat sendiri.” Emir kerling jam tangannya.
“Mana boleh balik selagi bos belum balik.” Hans menjuih.
“Kau dengan Viv ada nak keluar mana-mana ke malam ni?”
Hans geleng. Kebiasaannya, dia dan Viv akan tapau sahaja makanan dan makan di rumah.
“Nak ikut aku dengan Inara dinner sekali, tak?” Emir mengajak.
Hans menggeleng sekali lagi. Biarlah kalau dia tak ikut sekalipun. Dia juga risau jika Inara mahu meluangkan masa berdua dengan si kekasih nanti.
Emir tidak terus menyambung pertanyaan. Pandangannya beralih kepada beberapa dokumen yang tersusun di atas meja sebelum kembali kepada Hans.
“Kau nampak macam penat sikit. Banyak ke kerja aku bagi?” Emir ketawa kecil sambil menarik semula satu-persatu fail di atas meja lelaki itu.
Hans tersenyum nipis. Belakang tengkuknya digosok canggung. “Biasalah. Kan aku kerja untuk kau. Kalau tak penat itu tidak kerja la.”
Emir sepertinya sangsi dengan jawapan tersebut. Riak wajah Hans sekarang nampak berbeza berbanding biasa. “Tapi, bukan baru sehari dua aku nampak kau macam ni.”
Hans menundukkan pandangan kepada skrin komputer.
Emir sempat memerhatikannya beberapa saat. Dia bukan tidak mengenali Hans. Mereka sudah bekerja bersama terlalu lama untuk Emir tidak menyedari perubahan kecil pada tingkah laku lelaki itu. Ada sesuatu yang aneh tentang Hans sekarang.
Hans biasanya akan menjawab setiap pertanyaan dengan tenang. Dia tahu apa yang perlu dilakukan, bila perlu dilakukan dan bagaimana hendak menyelesaikan sesuatu tanpa perlu diminta berkali-kali.
Tetapi sejak kebelakangan ini, ada beberapa perkara yang terlepas daripada perhatiannya. Hans pernah tersalah menyusun satu temu janji, terlupa memaklumkan perubahan jadual dan beberapa kali kelihatan seperti tidak mendengar apabila Emir bercakap dengannya.
“Ada apa-apa kau nak cerita ke?”
Pertanyaan itu membuatkan Hans terdiam.
Buat beberapa saat, Hans hanya mendengar bunyi pendingin hawa. Dia memandang lelaki di hadapannya, kemudian menurunkan mata kepada kedua-dua tangannya.
Ada sesuatu yang sudah lama ingin diluahkannya.
Sesuatu yang sepatutnya diberitahu sejak panggilan pertama Zaf.
“Em.”
“Hmm?” Emir nampak sedikit teruja untuk mendengar. Mungkin itu adalah kali pertama Hans ingin bercerita sesuatu kepadanya.
Hans menarik nafas perlahan. Mungkin dia patut jujur, kan?
“Aku sebenarnya — ”
Tak semena-mena, telefon bimbitnya bergetar. Hans menjeling skrin. Terus darahnya berderau apabila satu mesej masuk daripada nombor yang tidak disimpan.
Hans terus mencapai telefonnya lantas menekan skrin. Seluruh tubuhnya terasa menegang.
Emir memandang Hans dengan dahi yang sedikit berkerut. “Kenapa? Viv mesej?”
Gambar itu menunjukkan Viv sedang berada di dalam sebuah kereta. Sudut pengambilan gambarnya agak jauh, tetapi wajah wanita itu masih jelas kelihatan melalui tingkap penumpang.
Hans memandang Emir, mulutnya sedikit terbuka seperti bersedia untuk mengatakan sesuatu.
Dia boleh memberitahunya sekarang.
Dia boleh membuka telefon, menunjukkan gambar Viv dan menjelaskan segala-galanya. Dia boleh memberitahu bahawa Zaf sudah beberapa kali menghubunginya, bahawa lelaki itu tahu pergerakan Viv dan bahawa dia telah diberi amaran supaya tidak melibatkan sesiapa.
Kalau dia bercerita, Emir pasti akan bertanya lebih lanjut.
Mungkin Emir akan meminta bantuan orang yang dipercayainya untuk memastikan Viv selamat.
Atau mungkin mereka boleh membuat laporan dan mencari jalan untuk menghalang Zaf daripada terus mengganggu wanita itu. Tapi, apa lagi yang mereka boleh lakukan?
Kalau Emir boleh menguruskan tentang hal itu, pasti dari awal lagi isu yang berkaitan dengan Inara sudah dapat diselesaikan.
Tetapi bagaimana kalau Zaf sudah menjangkakan perkara tersebut sejak dari awal? Apa agaknya perkara gila yang Zaf akan lakukan tanpa dia sendiri dapat mengagaknya?
Sungguh, dia buntu!
‘Ting!’ giliran notifikasi telefon Emir pula berdenting. Bezanya, reaksi lelaki itu kelihatan bahagia. Mungkin kerana Inara yang baru sahaja menghantar pesanan kepadanya.
“Kalau nak cerita apa-apa, kau cerita aje, Hans. Aku tunggu dekat dalam.” Emir tunjuk pada pintu pejabatnya yang sedikit terbuka. “Kau dah boleh balik. Kerja pun dah tak ada ni.”
“Baik, bos.” Hans angguk.
Mungkin lain kali.
PETANG ITU, Hans berdiri di luar wad Emir. Jari lincah membalas satu-persatu mesej yang menyerang paparan WhatsAppnya. Sejak selepas berita Emir dan Iqbal telah dimasukkan ke hospital itu tersebar di kaca media, memang banyaklah perbincangan yang perlu diuruskan.
Emir itu bintang ternama. Jadualnya sudah padat bersusun demi memenuhi kehendak jenama-jenama yang menginginkan dia sebagai ‘muka’ utama mereka. Apabila pelbagai spekulasi telah meletus besar begini, memang tak menang tangan untuk Hans menguruskannya dengan PIC lain.
+bǎobèi
> i oledi arrive home.
> miss you boo.
> i want shower first.
> i have so many stories to share with u abt phuket lol.
> you ok? how’ s Em now?
> will you come home tonite? Lmk ok boo love you.
> love you so much!!!!
Hans sandar kepalanya pada dinding. Lutut yang terasa lemah itu segera dikuatkan semula. Matanya merenung lama setiap satu mesej yang dihantar oleh sang kekasih.
Hatinya berasa sungguh kesal apabila terpaksa membiarkan Viv pulang sendirian! Sepatutnya dia juga berada di sisi gadis itu sekarang. Tapi dia masih belum boleh mengundurkan diri daripada menjaga majikannya sekarang.
> why you not reply? R u ok boo?
Hans melepaskan nafas berat. Jemarinya bergerak-gerak bingung, menatap barisan papan kekunci tanpa satu pun perkataan yang muncul dalam kepala.
‘Drrt!’
Mesej baru mula muncul pada skrin telefonnya.
+0102130000
> (pic sent)
> arrived safely
Darah Hans bagaikan berderau apabila melihat gambar Viv yang baru keluar dari keretanya — menuju masuk ke dalam rumah. Hujung jarinya menyejuk, kaku seketika.
Buntu Hans dibuatnya. Viv langsung tidak tahu apa-apa fasal ugutan yang diterimanya selama ini. Viv langsung tidak tahu tentang kelakuan Zarif yang turut mengintipnya selama ini.
“God…” Hans meraup rambutnya pasrah.
LANGIT kian melabuhkan tirai malam apabila matahari sudah terbenam. Petang itu, adalah petang yang sepatutnya dia meluangkan masa dengan Viv. Namun, semuanya berubah kepada satu tragedi apabila Hans ditarik ke lorong seksyen 17. Kawasan pembinaan separa siap itu sudah beransur sunyi selepas tamatnya waktu bekerja.
“Kau nak apa lagi daripada aku? Dia orang dah berkahwin, dan aku pun dah bagi apa yang kau nak sebelum mereka kahwin dulu!” Hans bagaikan sudah habis daya untuk menghadap si lelaki gila ini lagi.
Inara dan Emir sudah berkahwin sekarang. Sejauh mana lagi Zaf mahu bertindak untuk memisahkan mereka?
Oleh kerana berita itu jugalah, Zaf seperti tidak dapat menerima kenyataan apabila wanita idamannya sudah menjadi milik musuh abadinya! Sungguh, dia bagai dihantui bayang-bayang wanita itu dalam setiap lenanya.
“Kau dah rosakkan semuanya! Bodoh!” Zaf meluru ke arah Hans.
Hans cuba mengelak, tetapi ruang lorong yang sempit menyukarkan pergerakannya. Mereka bertembung sebelum Hans terdorong ke belakang. Beg yang tadi terjatuh terseret sedikit apabila kakinya tersangkut pada tali beg tersebut.
“Kau dah rosakkan semuanya!” Zaf menengking sambil menarik Hans untuk berdiri.
Namun, sebaik sahaja Hans cuba melepaskan diri, satu pukulan singgah pada wajahnya. Kepalanya tersentak ke sisi. Dia terdiam seketika, cuba memahami apa yang baru berlaku.
Hans cuba mempertahankan diri. Dia menolak Zaf menjauh dan berusaha mendapatkan ruang untuk bangun, tetapi lelaki itu terlalu dipengaruhi kemarahannya sendiri. Setiap kali Hans cuba menjauh, Zaf akan kembali mendekat seolah-olah langsung tidak mahu membiarkan lelaki itu meninggalkan lorong tersebut.
“Kau sepatutnya halang dia! Tapi apa kau buat? Bodoh! Tak boleh harap!”
“Siapa yang bodoh?” Hans ketawa hambar. Dia menggeleng sambil cuba mengubah kedudukannya. “Kau ni masih tak faham, kan?”
Zaf memicingkan matanya. “Apa?”
“Bukan aku tak halang dia, Zaf. Tapi Qas tu yang tak nak kau. Kau nak paksa apa lagi?”
Hans tahu dia sudah menyentuh perkara yang paling sensitif bagi Zaf. Namun, dia juga sudah terlalu letih untuk terus membiarkan lelaki itu meletakkan kesalahan pada bahunya.
“Qas pilih Emir. Dia berkahwin dengan Emir sebab dia memang nak hidup dengan lelaki tu. Bukan dengan kau!” Hans mengherdik lagi.
Wajah Zaf berubah tegang. Kedua-dua belah tangannya menggenggam kuat di sisi. “Kau jangan cakap fasal dia! Aku saja yang layak sebut nama dia!”
“Kenapa? Sebab kau tak boleh terima?” Hans ketawa sinis.
“Aku kata diam!” sebuah tumbukan dilayangkan pada muka Hans sekali lagi.
Kini, Zaf tidak lagi melawan sendirian. Beberapa orang pembantu upahannya turut datang untuk menyerang Hans yang sendirian itu habis-habisan.
Dengan sekuat hati, Zaf menolaknya semula. Belakang Hans terhentak kuat pada permukaan dinding. Sesekali, dahinya berkerut sakit. Sempat dia menundukkan kepala seketika, cuba mengawal rasa pening yang mula datang.
“Eh bodoh, kau dengar sini. Kau rasa kau dah cukup hebat? Kau rasa mamat tu akan bela nasib kau?” Zaf menyeringai lebar. “Kalau kau dengan Qas dah diambang kematian dan dia perlu buat keputusan, kau tahu nasib kau akan jadi macam mana?”
Hans tidak lagi menjawab. Dia hanya memandang Zaf dengan nafas yang semakin berat. Pipinya yang terasa pijar itu dibiarkan tidak diusap.
“Kau akan mati dulu la! Kau ingat dia akan pedulikan kau macam kau pedulikan dia?” Zaf angkat kening. “Kau silap! Dah sah-sah dia akan selamatkan bini dia dulu! Kalau kau mati hari ni, esok dia dah akan cari pembantu baru! Nyawa kau tu memang ibarat mainan aje untuk dia. Nyawa si miskin memang murah di mata orang kaya macam dia!” jerkahnya lagi.
Bungkam. Kata-kata Zaf itu telah berjaya merentap hatinya yang sudah lama terumbang-ambing sendirian.
Zaf tersenyum menang apabila melihat riak kecewa yang terpamer pada wajah si pembantu itu.
Namun, hatinya masih belum puas.
Dia mahu melampiaskan kemarahannya pada seseorang. Dan tumbukannya tidak berhenti di situ.
https://medium.com/media/e6a1d1189627ee47cc9773670efd0797/href
PUAN ROZANA duduk di meja makan. Tangannya sibuk mengupas bawang, sibuk menyiapkan bahan-bahan tumisan untuk membuat mi sup kegemaran Inara. Dan seingatnya, dia teringat Emir juga gemar dengan air tangannya. Apa yang dilakukan olehnya itu langsung tidak terasa renyah, malah dia sungguh bersyukur kerana masih mempunyai peluang untuk menyediakan makanan buat anak dan menantunya.
Syukur.
Dari jauh, matanya memerhatikan Inara yang sedang duduk di sofa bersama Emir. Mereka berdua langsung tidak berganjak dari situ sejak dari tadi lagi. Hairan juga, leka sangat ke?
“Dina Layka!” Puan Rozana melaung. Tekaknya terasa kering pula.
Dina yang turut duduk di sofa terus melompat mendapatkan mama. Jari diletakkan pada bibir, menyuruh mama perlahankan suara.
“Shh, mama. Kak Naya dengan Abang Emir tengah tidur la.” Dina tarik kerusi perlahan-lahan.
“Tidur?”
Dina laju mengangguk.
“Kakak tu… boleh tahan clingy juga eh bila laki dia dah balik? Geli pula tengok lama-lama.” Dina menjuih.
“Pergi ambilkan air untuk mama dulu. Dahaga ni.” Puan Rozana toleh ke arah dapur sekilas.
Dina menarik muncung. Tapi dia turutkan sahaja dengan permintaan mama. Dia kan solehah.
Sejurus Dina pergi, Puan Rozana toleh semula ke arah sofa. Bahunya sedikit jatuh, lega dengan ‘aduan’ Dina tadi. Baguslah kalau Inara semakin mudah untuk terlena sekarang.
“Nah, mama.” Dina datang menghulur secawan air sejuk.
“Dina, pergi kejutkan dia orang masuk tidur dekat dalam. Nanti sakit pula belakang kakak dengan Emir kalau lama-lama sangat duduk luar. Emir tu pun bukannya dah sihat sangat pun.” Puan Rozana memberi arahan baharu pula.
Mata Dina membulat. Dia? Kejutkan kakak? Silap-silap ada remote terpacak pada dahi dia nanti.
“Mama…” Dina melabuhkan duduk atas kerusi. Arahan mama tadi dibuat tak endah dulu buat sementara waktu.
“Hmm, apa?”
“Kakak tu… memang tak ingat apa-apa ke? Dia memang tak akan ingat apa-apa ke?” suaranya diperlahankan. Lengan direhatkan pada meja, jaraknya pada mama juga semakin didekatkan.
“Bergantung atas keadaan dia, Dina. Doktor pun syak ingatan dia tersekat pada memori lepas dia putus dengan Zaf.”
Dina berdecit tak puas hati. Cis! Maksudnya mesti ada juga cebisan-cebisan memori tentang Zaf yang masih tersisa dalam ingatan Inara.
“Kawan-kawan Dina semua tanya fasal apa yang jadi malam tu. Tapi Dina tak ceritalah sebab memang tak tahu apa-apa.” Dina tarik hingus.
“Ini apa fasal pula menangis? Sedih sangat ke dengan kisah kakak awak tu?” Puan Rozana menegur. Macam-macam ragam betul.
“Ada bawang la.” Dina tunjuk pada bekas berisi bawang putih dan bawang merah di hadapannya.
“Dahh, pergi kejutkan dia orang berdua tu dulu!” Puan Rozana menghalau. Pantang diberi tugas, pada waktu itu jugalah baru nak ajak berbual.
Dina berdiri, muncung masih ditarik. Dia akur sahaja dengan arahan mama. Risau disumpah anak derhaka pula nanti.
Sampai semula di ruang tamu, Dina berhenti di hadapan Inara yang sedang tidur sambil meletokkan kepala pada bahu suaminya (yang tidak cedera). Dia lihat pula tangan Emir yang menggenggam kemas tangan Inara.
Dina terus mencekak pinggang.
‘Ah! Aku cemburu!’
“Hello, sir? Beef or chicken?” Dina mengajuk suara pramugari.
Emir yang baru tersedar dari tidur ayamnya, memandang Dina dengan mata terkebil-kebil sejenak. “Uhm, beef.”
Tawa Dina terletus kuat di situ. Dia sepatutnya rakam dulu tadi!
“Kenapa?” Inara turut terjaga selepas mendengar suara Dina bergema kuat di hadapannya.
“Mama suruh masuk tidur dekat dalam. Dia risau kakak sakit belakang kalau tidur sini lama-lama.” Dina tunjuk ke arah pintu bilik bawah. Tawanya masih bersisa. Hampir sahaja air matanya keluar.
Inara merengus. Geram betul dengan Dina yang tak habis-habis suka menyakat.
Selepas itu, kelibat Dina sudah hilang apabila adiknya itu sudah melangkah naik ke tingkat atas. Inara melepaskan nafas kecil sambil menenyeh matanya. Apabila dia menoleh, matanya bertembung dengan Emir di sebelah.
Inara mengusap pipinya, kemudian menggosok-gosok sekitar bahagian mulut. Ada ‘air sira’ melekat pada pipi dia ke?
“Kenapa you pandang I macam tu? Ada apa-apa ke dekat muka I?” Inara soal juga apabila Emir memandangnya tanpa berkedip.
Emir masih lagi diam tidak berkata apa-apa. Tatapan mereka terhenti apabila lelaki itu kembali menoleh ke arah televisyen. Tangannya diangkat lalu digerak-gerakkan. Tak cukup dengan itu, jemari turut digenggam berkali-kali.
Sentuhannya itu terasa seperti dia tidak lagi terperangkap di dalam mimpi sendiri.
Maknanya, ini bukan dimensi mimpinya, kan?
“You sakit ke? You nak I ambilkan ubat?” suara Inara kedengaran sedikit risau di sebelahnya.
Emir menggeleng kecil. Nafas panjang dilepaskan berat.
“I nak sambung tidur dekat dalam,” jawabnya perlahan.
Inara segera bangun dari sofa, bersedia untuk memapah Emir masuk ke dalam bilik semula. Memandangkan luka suaminya itu masih belum sembuh sepenuhnya lagi, mereka berdua berpakat untuk berpindah ke bilik tetamu sahaja. Mujurlah dari awal lagi bilik itu tak dijadikan setor sementara.
Apabila Emir sudah berdiri, Inara memaut kemas lengannya. Langkah mereka berdua sedikit perlahan, tetapi akhirnya berjaya juga masuk ke dalam bilik semula.
Pintu ditutup. Inara sambung memimpin Emir menuju ke katil. Sebelum duduk, dahi Emir berkerut halus apabila terasa nyeri datang menyapa lukanya semula.
“You ni dah macam ibu beranak czer la.” Inara duduk melutut sambil mengusap-usap telapak tangan Emir.
Segaris senyuman mula terlakar pada wajah Emir. Salah satu perkara yang dia sedar, isterinya itu sudah semakin selesa bergurau sekarang. Ada saja ayat-ayat usikan yang mencuit hatinya.
Inara juga semakin manja. Tiada lagi suara keras yang menahan amarah apabila kesabarannya menipis selepas diusik. Wanita itu juga semakin kerap tersenyum. Malah, semakin gemar mengusap-usap tangannya. Lama pula tu.
“Sayang…” Emir menarik tangan Inara supaya bangun semula. Dia menepuk sebelah tilam yang kosong di sebelah.
Inara hanya menurut. Dia melabuhkan duduk dengan mata yang bergerak-gerak, merenung setiap genap ruang bilik baharu mereka.
Hati Emir seperti terdetik untuk mengatakan sesuatu apabila jenaka Inara melalui gegendang telinganya.
“You buat I takutlah.” Inara menelan liurnya. Dari reaksi Emir itu, dia dapat merasakan ada sesuatu yang mahu dibincangkan.
Pegangan tangan mereka berdua masih belum dilepaskan. Emir sempat menarik nafas sejenak.
“Would you be okay if we waited a little longer before having kids? Maybe two, or three years until you feel better again?”
Mata Inara sedikit membulat apabila mendengar soalan itu. Sungguh, dia tidak menjangka Emir akan menyoalnya dengan topik begitu.
“Kita dah pernah bincang fasal ni ke, Emir?” tatapan Inara bagaikan nanar sejenak.
Jantung Emir bagaikan hampir luruh buat sekali lagi.
Apabila melihatkan reaksi terkesiap suaminya, Inara tunduk sedikit. Rasa serba-salah mula menerpa. “I minta maaf… Emir. I… tak ingat…” ujarnya perlahan. Setiap kali dia cuba untuk mengimbau kenangan itu, pasti tiada walau setitis pun warna memori yang datang singgah.
“You tak perlu minta maaf dengan I, sayang. You tak ada salah langsung pun.” Emir mengelus lembut ubun-ubun Inara untuk memujuk.
“Tapi you ingat semuanya, kan?” Inara panggung muka.
Emir mengangguk. Tak pernah sekalipun dia terlupa apa-apa cerita yang melibatkan isterinya sebagai watak utama.
“Macam mana kita pernah bincang fasal benda ni? I ada cakap apa?” suara wanita itu kedengaran teruja untuk mendengar tentang cerita lama mereka.
Ada senyuman kecil terbit pada wajah Emir. Dia mengalihkan tangannya daripada ubun-ubun Inara, lalu menyelitkan beberapa helaian rambut yang jatuh menutupi pipi isterinya ke belakang telinga.
“You pernah cakap you nak anak perempuan.”
Inara mengangkat muka. “Ye kee?”
“Hmm. You siap dah ada nama yang you suka. Tapi bila I tanya kalau dapat anak lelaki, you kata kita fikir kemudian.” Emir menjuih bibir.
Bibir Inara mengukir senyuman kecil. “Ye keee? Ke you sengaja tukar cerita ni?”
“Takkanlah I nak kelentong you.” Emir mengangguk bersungguh-sungguh, sengaja mahu mencuit hatinya. “You pernah buat satu list nama baby dalam phone I tau. Panjang pula tu. Sampai I tak tahu you nak berapa orang anak sebenarnya.”
Inara tertawa kecil, tetapi tawanya perlahan-lahan mati apabila dia kembali memandang tangan mereka. Cincin perkahwinan mereka masih tersemat indah di jemari manis masing-masing.
“Kalaulah I boleh ingat fasal cerita tu semula,” luahnya perlahan.
Cemburunya.
Emir terdiam sebentar. Dia tahu Inara sedang cuba membayangkan satu kenangan yang tidak lagi mampu dicapai. Sesuatu yang pernah menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka, tetapi kini hanya tinggal dalam ingatannya seorang.
“It’s okay, sayang.”
“Tapi tu memang cerita betul, kan? Kita pernah duduk bincang semua tu, kan?” mata bundar Inara kembali bersabung dengan suaminya.
“Of course.” Emir mengangguk. “And we can talk about it again. Kalau you nak.”
Inara menggeleng perlahan. “I don’t want you to feel like you have to start everything all over again because of me.”
Emir menarik nafas kecil. Dia mengangkat tangan Inara, lalu mengucup buku jarinya.
“Sayang… you dengar dulu apa yang I nak cakap.”
Inara hanya memandangnya tanpa berkedip.
“Kalau satu hari nanti you nak tahu macam mana kita mula-mula kenal, I boleh cerita dari A-Z semula. Kalau you nak tahu macam mana kita jatuh cinta, I boleh cerita juga. Kita boleh buat semula benda-benda yang you dah lupa. I’d do it as many times as you want as long as you are happy, sayang,” lembut suara Emir menenangkan kegusaran Inara.
“Walaupun kalau I tak ingat sampai bila-bila?” mata Inara sudah separuh berkaca, menunggu masa untuk tumpah ke pipi.
Emir mengangguk perlahan. Kali ini, dia tidak mahu memberikan janji tentang sesuatu yang belum tentu dapat dipastikan.
“Then we’ll figure it out together.”
Inara kembali menunduk. Dia mengusap belakang tangan Emir beberapa kali sebelum akhirnya menyandarkan kepalanya pada dada suaminya, berhati-hati mengelakkan bahagian yang masih cedera.
“Terima kasih sebab masih setia untuk bersabar dengan I, Emir.” Inara gosok matanya yang berair itu lalu lapnya pada baju.
Emir mengucup ubun-ubun Inara. “You’re my wife, sayang. I tak perlukan you untuk ingat setiap perkara tentang kita semata-mata untuk buktikan yang you sayangkan I.” Bahu isterinya turut digosok-gosok. “I will do it for you. You can trust me.”
Untuk beberapa ketika, mereka hanya duduk begitu. Inara dengan kepalanya yang bersandar pada Emir, sementara lelaki itu membiarkan jemari mereka terus bertaut.
Mereka masih mempunyai hari esok. Dan buat masa ini, itu sudah memadai.
Semoga.
JAM 9:45 MALAM. Inara awal-awal lagi sudah melayari alam mimpi. Mereka juga sudah selesai menikmati makan malam bersama keluarga sejak sebelum maghrib lagi. Mama dan daddy yang datang melawat juga sudah pulang ke rumah mereka.
Kini, seluruh ahli keluarga sudah bertamu di bilik tidur masing-masing.
Walaupun keadaan bilik sudahpun gelap, Emir masih tidak dapat melelapkan mata. Sejujurnya, dia lebih selesa tidur di sofa kerana tak perlu menggunakan kudrat seluruh tubuh untuk bangun dari pembaringan. Namun, dia relakan sahaja asalkan Inara dapat tidur lena di sebelahnya.
Telefonnya diambil dari bawah bantal lalu dihidupkan semula. Gambar perkahwinan yang menjadi wallpaper telefon itu direnungnya lama.
Emir mula menatal skrin telefon lalu membuka aplikasi ‘notes’. Akan tetapi, jarinya seperti berkira-kira untuk menekan salah satu nota yang pernah ditulisnya dahulu.
‘NAMA-NAMA PILIHAN KITA’
NAMA BABY GIRL
Yara Khadija
Qaseh Hilya
Eshal Amaya
Amrina Rasyada
Qaseh Juwita
Qaseh Seroja
Zarith Sofea
NAMA BABY BOY
Khir Eijaz
Khir Emran
Sejenak, dia menoleh ke arah Inara yang sedang tidur mengiring menghadapnya. Bibirnya menarik senyum nipis apabila melihat Inara yang benar-benar lena dibuai mimpi.
Skrin telefon digelapkan.
AYAN melompat naik ke atas katil sebaik sahaja Inara membuka mata perlahan pagi itu. Sudah beberapa malam dia tidur tanpa mimpi yang jelas. Dan pada setiap pagi jugalah dada dia terasa berat sebaik sahaja terjaga.
“Meow…” suara manja Ayan datang menyapa Inara yang masih bermalasan di atas katil. Berkali-kali, makhluk berbulu hinaan Thaqid itu menggesel kepalanya pada pipi Inara.
“Ayan dah lapar ke?” Inara menggosok-gosok kepala Ayan lembut. Sebelah tangannya pula sibuk memisat mata yang terasa berat untuk dibuka.
‘Tok! Tok!’ pintunya diketuk dari luar. Beberapa saat kemudian, tombol sudah dipulas oleh Dina. Wajah si adik mula tersembul dari belakang pintu.
“Kakak. Kalau dah bangun, kita turun makan dekat bawah.” Dina bercekak sebelah pinggang. Waktu itu, Ayan melompat turun dari katil lalu meliar pada kaki Dina. “Bibik hari ni buat nasi kerabu daging bakar.”
Sejurus nasi kerabu disebut, terus perutnya mengaum lapar. Itulah kejadiannya kerana dia tak makan langsung dari semalam. Cuma air masak dan buah saja mengenyangkan perutnya.
“Come baby boy. Kita makan dekat bawah.” Dina mengangkat Ayan dalam dukungannya.
Pintu ditutup.
Inara menolak selimutnya ke tepi. Kemudian, kakinya diatur ke tandas untuk segera mandi.
15 minit bersiap, akhirnya Inara turun juga ke halaman sebelah rumah untuk menjamah sarapan pada pagi itu. Ketika dia sampai, dia lihat Thaqid sedang berbual dengan baba. iPad pula disua tepat pada muka baba.
“Kalau Qid pergi cari dia lepas tu tumbuk dia-”
“Okey bye, Qid. Nanti baba dengan Dina datang jumpa Qid dekat lokap pulak. Your Mazda will be mine! Yeay!” Dina bersorak suka. Dah tak perlu dia mengemis kereta dengan Thaqid nanti.
Thaqid mengguling matanya jengkel. Dina ni, mana pernah nak serius pun!
“Lepas tu aunty Seri cakap dekat Qid, kalau kakak tak datang melawat hari ni pun tak apa. Dia nak fokus rawatan dulu sepanjang hari. Risau kalau kakak bosan tunggu Emir dekat wad nanti.” Thaqid menyampaikan lagi.
“Nantilah Dina beritahu dia.” Dina menyampuk. Harap-harapnya kakak dia tak badmood nanti.
Dari belakang, Inara perhatikan saja gelagat ahli keluarganya. Tangan yang resah itu dikutis dan diramas untuk menghilangkan kekok.
“Morning!” Inara menyapa mereka yang sedang makan di meja. Dari nada suara itu, dia kedengaran agak… gembira untuk memulakan harinya.
Serentak, kepala empat orang keluarga itu menoleh ke arah Inara. Terkejut. Betul ke mereka telah mendengar suara itu dengan telinga sendiri?
“Morning, Naya. Meh sini duduk sebelah baba.” Tuan Hisyam menarik kerusi di sebelahnya.
“Dina dengan Thaqid tak ada kelas ke hari ni?” Inara melabuhkan duduk di sebelah baba.
Dina dan Thaqid serentak menggeleng. Kalau Dina, dia ada waktu luang sebelum kertas peperiksaan selanjutnya pada hari esok. Thaqid pula sedang cuti semester sekarang.
Muka Thaqid serius cuak. Kakak dia ni kena sampuk ke? Kenapa ringan sangat mulut kakak memulakan bicara dahulu? Kalau minggu lepas, jangankan keluar suara, buka mulut pun tak mahu!
“Naya macam mana hari ni? Dah okey dah?” Puan Rozana mencedukkan nasi untuk Inara.
Inara capai keropok keping di hadapannya. “Okey aje, mama. Kenapa?”
“Tak… Tak ada apa-apalah.” Puan Rozana kekok. “Baguslah kalau Naya okey. Hari ni Naya kena makan banyak-banyak, okey?” Puan Rozana letak pinggan berisi nasi biru itu di depan Inara.
“Naya dah bersiap macam ni, dah ready nak pergi hospital tengok Emir ke kejap lagi?” Tuan Hisyam menuangkan air teh o panas itu untuk Inara.
“Emir warded lagi?” Inara bertanya perlahan seperti cuba mengingat sesuatu. Dia pandang baba. Sumpah, dia memang sangkakan Emir keluar ikut daddy ke pejabat seperti hari-hari biasa.
Thaqid hampir saja tersedak.
Sah, kakak dia memang dah gila! Dia sendiri tak tahu sama ada patut lega atau lagi risau tengok perubahan mendadak kakaknya pagi itu.
Thaqid buka mulut. “Emir kan kena tik-”
“Kak,” Dina mencantas. Dia tutup mulut Thaqid dengan tangannya. “Kejap lagi lepas makan, kakak kena tolong Dina tanam pokok bunga tau.”
“Aik? Buat apa pula?” Inara berkerut dahi. Peliklah keluarga dia ni. Memang mengelirukan!
“Ala, ikut ajelah.” Dina menggesa. “Kalau kakak tolong Dina, nanti Dina upah kakak.”
“Dina ingat kakak tak ada duit sendiri ke?” Inara membalas. Berani pula si Dina nak mengarah-arahkan dia.
Dina membulatkan mata. Thaqid juga pandang Dina, dan mereka sempat membuat isyarat mata ‘KAU-NAMPAK-KAN?’.
“Okey, dah. Jom, kita makan dulu. Bismillah…” Tuan Hisyam mencelah antara perbualan anak-anaknya.
Puan Rozana cuba tersenyum biasa walaupun sejak Inara duduk di meja tadi, mata tidak berhenti memerhati setiap perubahan kecil pada wajah anaknya.
PAGI itu, Emir berdiri di tepi katil dengan susah payah sambil membetulkan hoodie hitam yang tersarung longgar di tubuhnya. Bahu kiri masih tersangkut kemas dalam sling. Cuma, setiap kali dia bergerak terlalu banyak, rasa mencucuk di bahagian sisi kirinya akan datang semula seperti peringatan supaya jangan terlalu degil.
Namun pagi itu, degil memang sudah mengatasi semuanya. Dia tak kira! Dia memang nak balik sekarang.
“Sakitlah. Perlahan la sikit!” Emir tepuk lengan Arfan.
Arfan yang sedang bantu Emir menyarung lengan baju sebelah kanan turut membalas semula tepukan itu. Sakit tak sakit, tapi kalau dah pukul, aku pukul kau balik!
“Kau ni — kang aku pijak sebelah lagi tangan kau ni baru tahu. Sabar la!” Arfan merengus. Menekan betul!
Akhirnya, hoodie hitam itu sudah tersarung elok pada tubuh Emir.
“Awish, tolonglah mama nasihat sikit ayong ni. Kenapalah degil sangat tak nak dengar cakap orang?” Puan Seri mengurut pelipisnya pening.
Selepas sesi konsultasi rawatan dengan pakar tadi, memang Emir merayu-rayu pada doktor untuk membenarkan saja dia pulang. Dia sudah tidak tahan terperuk di dalam wad saja sepanjang hari.
Tujuh hari lepas, mungkin badannya masih lagi lemah. Tapi sekarang, dia sudah dapat bangun ke tandas dengan sendiri walaupun langkahnya masih lagi perlahan.
Dia demam pun tidak. Pendarahan pun diyakini tiada. Luka jahitan juga tiada menunjukkan tanda-tanda memburuk, dan dia sudah boleh makan seperti biasa.
Bukankah itu petanda yang baik?
“Mama Seri, Awish bukan apa — tapi kalau dengan mama pun dia tak makan saman, apatah lagi Awish yang nobody ni.” Darwish angkat bahu.
Seth yang bercekak pinggang juga angguk setuju. “Dia dengar cakap bini aje rasanya. Cuba kau telefon Inara-”
“Kau berdua pergi baliklah.” Emir mencantas geram.
“Dia halau kita macam tu aje, Wish…” Seth pegang dada, dramatik dengan arahan Emir.
“Ye la orang tu dah ada bini. Mestilah lagi excited nak balik jumpa bini.” Darwish menjuih.
Arfan sudah ketawa terbahak-bahak di samping Seth.
“Emir bb Lacoste, dengar sini cakap abang long-” Seth mencuit lengan kanan Emir.
“Kalau aku dah sihat nanti, memang aku tumbuk kau, Seth.” Emir angkat buku lima kanannya kepada Seth.
Dia cuba mengambil satu langkah kecil ke depan, tetapi rasa ngilu tajam di sisi kirinya datang serta-merta sampai dia terpaksa berhenti. Nafasnya tersekat sebentar. Tangan automatik menekan bahagian sisi kiri di atas hoodie hitam itu.
Arfan terus meluruskan tangan, bersedia untuk menyambut. “Mir — ”
“Oh, God… dia dah nyawa-nyawa ikan!” Seth menarik rambut dengan kedua-dua belah tangannya. “Lambo dia aku dah cop!”
Sethan punya kawan.
“Macam mana ayong nak keluar kalau ayong sendiri pun sakit lagi macam ni?” Puan Seri risau.
Dahi Emir masih lagi berkerut. Normal la kalau sakit! Asalkan tak berdarah sudahlah.
‘Kuark…’ pintu wad Emir dibuka oleh Doktor Chen. Mata doktor cina separuh abad itu jelas terkejut melihat Emir sudah bersiap seperti orang mahu keluar terus dari hospital.
‘Haiyaa, ini olang buat hospital macam hotel pula.’
“Mr Ariyan.” Doktor Chen menegur. “You’re not supposed to stand too long yet.”
“I’m okay.” Jawab Emir pendek.
Doktor itu menghembus nafas kecil, jelas sudah menjangka jawapan tersebut. Arfan sudah tepuk dahi. Perangai keras kepala si Emir ni ada tersisa lagi rupanya. Ingatkan dah berubah lepas kahwin.
“Ariyan.” Doktor Chen bersuara lagi. Kali ini lebih tegas. “Physically, you’re improving. But not enough to push yourself.”
“Then I’ll recover at home.”
Apa yang susah sangat? Nanti dia tunggu sajalah jururawat peribadinya datang merawat dia di rumah.
“You still need monitoring, Ariyan.”
“I promise I’ll be fine. Trust me.” Emir tetap berkeras. “Even the other specialists said I’m recovering well now.”
Doktor Chen memandang fail perubatan di tangannya seketika sebelum kembali mengangkat wajah. “Recovering well doesn’t mean fully recovered, Ariyan.”
Emir menghembus nafas perlahan. Dia sudah boleh agak ayat itu akan keluar juga.
“You had a penetrating injury at your left flank. Your haemoglobin only started stabilising three days ago.” Doktor Chen menutup fail itu perlahan. “And your shoulder fracture still needs immobilisation.”
Arfan yang berdiri di tepi katil terus mengangguk kecil seperti orang paling setuju dalam bilik itu. “Haaa, dengar tu.”
“I know my body better than anyone else, doc.” Emir masih tidak mahu mengalah.
“Your body also went through trauma surgery and three days in ICU,” balas Doktor Chen tenang. “So, forgive me if I trust the scans and vitals more.”
Suasana terus sunyi seketika. Emir pasrah. Siapalah dia untuk menentang doktor yang lebih pakar daripada dia.
Mahu tak mahu, mungkin dia terpaksa mengalah sajalah.
Doktor Chen melangkah sedikit dekat. “Look, I’m not saying you can’t be discharged soon. But if you overexert yourself, luka dalaman you boleh flare up semula. Increased pain, bleeding risk, muscle strain, semua itu very possible if you didn’t listen to your body.”
Emir diam. Semalam pun, hanya kerana terlalu lama duduk tegak ketika berbual dengan Puan Seri, rasa mencucuk di sisi kirinya datang semula sampai dia terpaksa menahan nafas beberapa saat.
Kini, Emir menunduk sekejap. Sebelah tangannya naik menekan perlahan bahagian kiri tubuhnya di atas hoodie hitam yang dipakai. Kawasan tikaman itu mula berdenyut semula. Mungkin kerana dia berdiri terlalu lama.
Arfan serta-merta perasan perubahan wajah Emir. Entah tamparan jenis apa yang Emir perlukan untuk sedar diri. Susah betul nak makan saman.
“Hah. Dah sakitlah tu.” Dia terus mendekat. Degil lagi. Orang cakap, tak nak dengar.
Emir dengan bini dia itu memang samalah sebijik sejibon. Perangai keras kepala memang copy paste!
“I’m okay.” Emir menjawab perlahan. Tapi kali ini tidak sekeras tadi. Ada tanda-tanda ingin mengalah mungkin.
Doktor Chen memerhati beberapa saat sebelum akhirnya menghela nafas kecil. “Okay, so here’s the compromise.”
Kini, Emir kembali mengangkat kepala.
“I’ll allow discharge later today.” Doktor Chen angkat jari telunjuknya. “But only after the ortho team clears you, your discharge medications are ready, and the nurse finishes your dressing review.”
Arfan terus mencelah. “See? Bukannya orang tak bagi balik pun. Sabar la sikit.”
“And,” sambung Doktor Chen lagi sebelum Emir sempat berkata apa-apa. “Strict home rest. Minimal movement. No stress, no unnecessary travelling, and definitely no acting like you’re fully fit.”
Ayat terakhir itu membuat Arfan ketawa kecil. Nasib baiklah Doktor Chen boleh diajak berunding lagi.
Emir menghembus nafas perlahan sambil mengalihkan pandangan ke tingkap bilik hospital. Beberapa jam itu terasa terlalu lama untuk seseorang yang fikirannya sudah lama berada di tempat lain.
Ah, sumpah dia nak balik secepatnya!
“Fine,” jawabnya pendek.
Asalkan dia boleh balik, itu pun sudah cukup untuk dia.
SEPERTI yang dijanjikan, Inara ikut juga Dina menanam pokok bunga Lantana Camara di halaman rumah. Peluh yang merenik di hati dilap kering dengan lengan baju. Walaupun sudah pakai topi, terik mentari masih terasa seperti mencucuk kepala pada jam lima petang. Inara benamkan penyodok jingga di tangannya itu ke dalam tanah seraya melepaskan keluhan berat.
Penat! Kenapalah dia boleh setuju untuk ikut Dina menanam?
“Habis tanam pokok ni, kita tanam sawi dengan cili pulak!” Dina teruja. Pek kecil berisi benih sawi dan cili itu dihulur kepada si kakak.
“Dina ni demam ke tiba-tiba nak tanam sawi?” Inara menjuih. Memang sah Dina pun kena sampuk juga.
“Dina tengah cari distraction ni.” Dina mencedok lagi tanah hitam ke dalam pasu. “Biasalah, kalau kena reject dengan crush mestilah kita kena healing. Tapi kalau nak healing masa musim exam ni susahlah sikit nak keluar lama-lama. Baba mana bagi Dina keluar malam dah sekarang.” Dia merungut.
Inara tersentak kecil.
“So…” Dina mengangkat muka sambil tersengih. “Kakak kena teman Dina healing!” Sebuah pasu kosong dihulur kepada Inara.
Inara pandang pasu itu beberapa saat sebelum menyambutnya perlahan.
Jeda seketika memenuhi ruang antara mereka berdua. Bunyi cangkul kecil berlaga dengan pasu menjadi satu-satunya bunyi yang kedengaran.
“Dina okey ke sebenarnya?” akhirnya Inara bertanya perlahan.
“Kenapa pula tak okey?” Dina sengaja menceriakan suaranya walaupun tangannya masih sibuk meratakan tanah.
Hakikatnya, memanglah sakit. Cinta ditolak crush sendiri siapalah yang tak kecewa, kan? Tapi tak mengapalah. Mengejar Dean’s list lagi penting daripada lelaki.
“Dina…” Inara tunduk memandang tanah di dalam pasu. “Tak menyesal ke?”
Mustahil kalau Dina langsung tak menyesal selepas menyatakan cintanya kepada si crush.
“Tak.” Dina angkat bahu kecil. “Sekurang-kurangnya Dina dah jujur dengan dia.” Bibirnya mengukir senyum nipis. “And at least, I can let go of my unforgivable delusion without clinging onto someone too hard.”
Inara diam mendengar.
“At least, he knows that I’m willing to share a piece of my love with him.” Dina ketawa kecil sendiri. “Dah orang tak nak. Takkan kita nak paksa, kan?”
Angin petang bertiup lembut menyapa halaman rumah itu. Beberapa helai rambut Inara yang terjuntai pada sisi wajah ditiup perlahan.
“Kalau dia terima cinta Dina?” Inara sengaja bertanya lagi.
Dina terus tersengih lebar. “I would be so damn happy knowing that he’s willing to love me back.”
Mereka sambung menanam semula.
Waktu itu, playlist Dina yang memainkan lagu Nina nyanyian .Feast mula berganti dengan lagu Cigarretes daripada Stardawn.
‘Adakah diriku mabuk lagi
Mabuk dicuri hatiku lagi
Tidak berhenti bibir ini menyebut nama cantikmu
Hanya kamu difikiranku.’
Ah, ini memang gila. Permulaan lagu Stardawn pada ketika itu dimulakan dengan suara Emir menemani petang mereka.
Alunan lirik lagu itu berputar di dalam fikiran, serentak dengan kata-kata Dina sebentar tadi.
‘Adakah ini cinta yang ku cari?
Hanya kamu yang aku mahu miliki
Jantungku berdegup kencang tiap kali kamu hadir di fikiran.’
“Dina.” Inara memanggil.
“Apa?” Dina belum berpaling.
“Kakak rasa kan…” Inara jeda sebentar.
Aneh. Hatinya terlalu kuat menyatakan rasa rindu terhadap seseorang sekarang.
“Rasa apa?” Dina angkat wajahnya semula.
“Kakak rasa kakak suka Emir la.” Inara cuba menahan sengih.
Dina pandang Inara dengan pandangan tak percaya. Kalau tak ditahan, mungkin dia akan hempuk kepala Inara dengan cangkul kecil di tangannya.
“Allahurabbi! Dia tu memang husband kakak, kan?” Dia hampir saja angkat tangannya untuk ketuk kepala Inara. Yih! Tahulah orang itu dah berkahwin!
“Kakak tahu.” Inara mengulum senyum.
Mungkin benarlah hatinya pernah terdetik dahulu.
Emir adalah cinta yang dicari-carinya selama ini.
PETANG selepas siap menanam, Inara naik semula ke bilik untuk membersihkan badan yang melekit. Kali ini, dia tidak berlama di tandas kerana mahu cepat-cepat berehat saja. Tunggu malam pulalah baru dia turun semula ke bawah nanti.
Usai mandi dan mengeringkan rambut dengan pengering, Inara melempar tubuhnya ke atas tilam. Telefon yang tersadai sepi itu diambil lalu membukanya dengan akses muka.
Apple Music dibuka.
Jarinya mula menatal skrin ke bawah untuk mencari lagu yang sudah lama dia tidak mendengarnya.
‘Untuk Dia ; Stardawn.’
Alunan lagu bermula dengan petikan gitar dan dentuman drum mula kedengaran.
‘Dari awal bertemu
Mataku sering mencari dia.
oh gila,
ini gila.
Ku terasa ingin memetik bintang untuk dia.’
Bibir Inara spontan menyimpulkan senyum. Kenapa hatinya berbunga-bunga seperti dia sedang jatuh cinta lagi?
Atau lirik lagu itu memang sudah menjadi magis cinta yang membuatkan dia angau terhadap suaminya sendiri?
Inara merenung siling biliknya lama. Dia membiarkan saja suara lunak Emir menelusuri gegendang telinganya. Dia kenal suara Emir. Mustahil dia tak kenal suara seorang lelaki yang telah berjaya menawan hatinya sejak dari awal lagi.
“Kak Far, Qas rasa macam Qas suka la tengok dia ni.”
“Siapa?”
“Ni. Kak Far pun kenal dia juga, kan?”
‘Tok! Tok!’
Lamunan Inara terhenti sejurus terdengar bunyi pintu biliknya diketuk. Dia bangun apabila melihat pintunya sudah dipulas oleh seseorang.
Inara memperlahankan kelantangan suara lagunya. Penasaran juga dia jadinya. Nak marah pun ada. Siapalah yang suka sangat mengganggu ketenteraman dia di dalam bilik? Macam tak ada waktu lain pula untuk datang mengacaunya.
“Sayang…” suara lembut itu memanggil Inara.
Terpaku. Tubuh Inara bagaikan kaku selepas mendengar suara itu memanggilnya.
Detik itu, susuk tubuh Emir sudah pun masuk ke dalam bilik tidurnya. Dua ulas bibir Inara seperti kaku untuk berbicara kerana benar-benar terkejut dengan kemunculan lelaki itu di hadapan mata.
Rasanya, seperti baru tadi dia mendengar lagu Untuk Dia. Takkanlah secepat ini si penyanyi asalnya sudah sampai?
“Emir…” langkah Inara segera mendapatkan Emir di pintu. Mata bundar itu membulat memandang lelaki yang berdiri di hadapannya sekarang seperti tak percaya dengan apa yang dilihat.
Tangan kanan Emir spontan mengusap kepala Inara. “I miss you.” Dia merangkul bahu isterinya itu dengan tangan kanannya.
“You dah boleh keluar? Kenapa tak beritahu I? You memang dah betul-betul sihat ke?” Inara masih lagi terkejut. Matanya jatuh pada pendakap bahu tersarung di tubuh Emir.
“I just need you, sayang. I yakin I boleh sembuh kalau you selalu ada depan mata I.” Emir lantas memeluk Inara.
Tuhan, dia sungguh rindu untuk memeluk isterinya.
Inara sandarkan kepalanya pada dada Emir sehingga dia dapat mendengar detak jantung lelaki itu.
“I miss you too, Emir.” Suara Inara perlahan tenggelam pada dada lelaki itu.
Emir memeluk tubuh isterinya sedikit erat. Buat seketika, dia cuma mahu menikmati saat itu tanpa memikirkan apa-apa lagi. Tiada bunyi mesin ICU. Tiada rasa takut. Tiada darah.
Cuma dia dan Inara.
Itu sahaja sudah cukup untuk dia.
Namun apabila tubuh Inara bergerak sedikit untuk berundur, wajah Emir terus berubah menahan ngilu pada bahagian jahitannya.
Inara cepat-cepat mendongak. “You sakit ke? Ya Allah….” Nadanya terus bertukar cemas. Emir sakit sebab dia ke?
‘Aduh! Hati-hatilah, Inara!’
Emir cuba menggeleng kecil, tak mahu Inara risau. “I okey.”
“You tipu.” Inara terus memegang perlahan sisi tubuh Emir seperti takut tersentuh kawasan lukanya. “You belum sembuh lagi ni. Kenapa you degil sangat ni, eh?”
Emir ketawa kecil melihat wajah risau itu.
“You tahu tak…” Emir sengaja merendahkan suara. “Masa dekat hospital hari tu, I rasa lagi sakit bila you tak ada.”
Inara terus terdiam. Dadanya terasa aneh mendengar ayat itu.
“I datanglah…” Dia membalas perlahan. Setiap hari pula tu dia datang melawat sampaikan DIPAKSA balik. Sedih betul.
“Mana cukup.” Emir sengaja mengusik lagi. “I nak you duduk depan mata I dua puluh empat jam.”
“You nak I jadi nurse ke apa?” Inara menjuih. Dia pandang plastik kecil berisi ubat-ubatan di tangan Emir.
“Boleh juga.” Emir mengangguk bersungguh-sungguh. “Asalkan nurse tu isteri I.”
Inara spontan ketawa kecil. Dan entah kenapa, bunyi ketawa itu terasa terlalu berharga di telinga Emir sekarang.
Sudah lama rasanya dia tidak mendengar tawa Inara.
“You dah makan ubat ke belum ni?” Inara capai plastik di tangan Emir. Isi di dalam plastik itu diintai. Wah, banyaknya ubat! Lagi banyak daripada bilangan ubat dia perlu telan tempoh hari.
“Dah.” Emir angguk.
“Makan ikut waktu?”
“Dah.”
“Tipu.” Inara tak percaya.
“Ish…” Emir akhirnya ketawa kecil. “You ni macam mama I pulalah, sayang.”
Inara menjuih kecil. Walaupun jengkel, dia tetap memegang tangan Emir untuk dibawanya ke katil. Suaminya itu mana boleh berdiri lama-lama. Nanti mulalah sakit.
Selepas Emir duduk, Inara turut mengangkat kaki ke atas katil lantas duduk bersila di sebelah. Beberapa plastik ubat yang dibawa Emir tadi dibeleknya satu-persatu.
“Eh?” Dahi Inara berkerut. “Ni ubat apa?”
“Painkiller kut.”
“Painkiller kut? KUT?” Inara panggung muka, memandang Emir tak percaya. “You sendiri pun tak tahu ke?”
Emir cuma sengih. Dia tayang muka tak bersalah itu kepada isterinya, sengaja ingin menagih simpati.
Ya, memang dia tak fokus langsung pasal ubat tadi. Yang penting baginya cuma mahu cepat-cepat datang jumpa Inara.
“You ni memang degil la. Kesihatan sendiri pun buat tak tahu aje. Lepas tu, mula la sakit la, gatal la, tak boleh tidur la.” Inara mengomel perlahan sambil membaca label ubat itu satu-persatu.
Dan Emir cuma diam memandang wanita itu dari atas katil.
Mata hitamnya perlahan-lahan melembut. Dia sungguh merindui semua ini. Rindu dengan cara Inara membebel. Rindu cara wanita itu risaukan dia tanpa sedar. Dia sangat rindu kewujudan kecil itu di dalam hidupnya.
“You kenapa pandang I macam tu?” Inara mula pelik apabila sedar Emir asyik memerhatikannya dari tadi.
Orang-orang disekelilingnya sungguh pelik. Kenapa mereka semua suka sangat merenung dia bagaikan nak tembus? Ada apa-apa ke di sekitar dia?
“You memang suka ke lagu ni?”
Dan, barulah Inara sedar. Lagu Untuk Dia yang dipasang tadi masih lagi berkumandang dalam nada rendah. Lekas-lekas dia capai telefonnya untuk tekan butang pause.
“Suka.” Inara angguk kecil. Dia tundukkan pandangan untuk membaca label ubat walaupun dari tadi lagi sudah khatam.
Malu la!
“Penyanyi dia?” Emir tersengih senget.
Inara diam sejenak. Emir memang sengaja kan?
“Pun suka juga.” Inara cuba menahan senyum.
Emir terus tersandar pada kepala katil sambil memandang isterinya dengan riak cukup puas hati.
“Wah…” Dia mengangguk perlahan. “Untunglah penyanyi tu. Ada perempuan cantik suka dia.”
Inara kepal tangannya, cuba menahan daripada mencubit Emir. Ya Allah, Ya Tuhanku, geramnya!
“You ni memang suka perasan, kan?” Inara merengus.
Mulut dan muka saja yang geram.
Tapi hati kata lain.
Kata rindu.
(Imbas kembali… Dua Tahun Lalu.)
BULAN keenam, Inara sudah hampir dapat melupakan kisah percintaan yang sering menghantui harinya. Sebenarnya, dia tidaklah terlalu meratapi akan pengakhiran hubungannya dengan Zaf, cuma dia masih kesal kerana pernah mengenali lelaki itu.
Kalau dia tak pernah kenal Zaf, pasti dia tak akan pernah merasai sakitnya dicurangi.
Kalau dia tak pernah beri peluang itu kepada Zaf, pasti dia tak akan pernah kelihatan seperti orang bodoh yang mempercayai makna cinta.
Cinta jenis apa kalau dicurangi?
Sumpah, dia berasa seperti orang bodoh.
Bodoh kerana percaya cinta itu wujud.
Petang itu, Inara duduk di patio rumah dengan skrin komputer ribanya menyala terang. Angin sepoi-sepoi bahasa juga datang menyapa muka, menyejukkan hati yang terasa sedikit panas kering di luar.
Kelas atas taliannya sudah lama habis. Tapi, dia memang sengaja berlama-lama di luar kerana tak mahu terperuk di dalam bilik, dan bersedih macam orang putus harapan.
Youtube dibuka untuk memilih lagu. Dia tekan saja playlist yang sudah dihimpun oleh Youtube sendiri. Jujur, dia masih belum ada mood untuk mendengar lagu. Tapi dia pasang juga untuk menghilangkan sunyi.
Dina dan Thaqid masih di kampus masing-masing. Mama dan baba pula sudah keluar ke Jaya Grocer bersama-sama. Dia pula lebih suka mengurungkan diri di rumah saja.
Lagipun, dia kini cuma mengambil paid campaigns yang perlu merakam video saja. Itu pun cuma dua atau tiga video sahaja sebulan. Kalau dulu, dia sering juga keluar untuk menghadiri jemputan majlis jenama-jenama kecil ataupun besar. Ada waktu, jenama pakaian Indonesia ada menjemputnya juga.
Tapi sekarang, biarlah dia menghilangkan diri seperti chipsmore dulu. Lebih baik dia benar-benar sembuh dahulu sebelum bangkit semula. Sampaikan Dina pun beritahu, matanya masih kelihatan sedih.
Dia tak mahu berpura-pura kuat lagi. Biarlah kalau dia nampak sedih sekalipun. Mungkin itu adalah cara untuk dia mendengar bicara badannya sendiri.
Dia dicurangi kut! Dan teman baiknya merampas bekas kekasihnya sendiri? Oh, Tuhan. Itu masih lagi gila! Memang wajar dia bersedih lagi walaupun sudah enam bulan dia cuba untuk tidak mengambil tahu tentang Malia mahupun Zaf lagi.
Sedang Inara termenung, tiba-tiba bunyi petikan gitar datang menyapa serta-merta menyentakkan dia.
Ini bukan lagu yang dia biasa dengar! Lekas-lekas dia buka semula YouTube untuk menukar lagu. Rasanya tadi, dia dengar lagu Harry Styles.
Seketika, Inara membaca tajuk lagu yang tertera.
‘Untuk Dia ; STARDAWN’.
Hmph, grup indie ini mesti ada kelompok peminat yang akan buat mosh pit dekat tengah-tengah stadium.
Dislike!
‘Dari awal bertemu
Mataku sering mencari dia.
oh gila,
ini gila.
Ku terasa ingin memetik bintang untuk dia.’
Inara sempat mendengar bait verse pertama.
Rentak yang agak catchy. Not bad.
“Lagu cinta ni memang sumpah mengarut. Mana ada orang jatuh cinta sampai sanggup petik bintang. Kalau buat pun, mesti last-last kena curang juga.” Inara merengus.
Walaupun mulut merungut, matanya tetap setia menonton MV itu. Tangan yang ingin menukar lagu tadi terus terhenti.
Di video itu, ada satu senario di mana Emir Ariyan sedang berlari untuk mengejar seseorang dengan sejambak bunga ditangannya. Tak fasal-fasal lelaki itu jatuh, tapi masih sempat bangun untuk sambung mengejar pula.
“Macam tak realistik aje. Ada ke lelaki yang sanggup kejar sampai jatuh macam tu.” Inara memeluk lutut.
Kacak. Tampan. Rupawan. Patutlah sepanjang MV itu, cuma muka Emir saja yang muncul sebagai watak utama.
(Imbas kembali… Dua Tahun Lalu.)
SEMINGGU, Inara setia memutarkan lagu Untuk Dia tanpa rasa jemu.
Ke kelas.
Ke mall.
Pulang menjemput Dina.
Semasa mandi.
Dari caranya itu, dia tak ubah seperti sedang mabuk dilamun cinta. Tapi, alasannya, dia suka lagu itu kerana rentaknya yang rancak dan liriknya yang comel.
Ah, gila! Macam lirik lagu ‘Untuk Dia’ itu. Memang dia sudah gila rasanya!
Mungkin jatuh cinta tidaklah seteruk yang dia fikirkan.
Mungkin cinta di zaman moden masih lagi wujud.
“Kak Far.” Inara memanggil Kak Far yang sedang membaca buku di sebelahnya.
“Hmm?”
“Qas rasa macam Qas suka la tengok dia ni.” Inara pegang kemas telefonnya. Dia sudah membuka page Instagram si ‘dia’ itu melalui akaun keduanya. Kalau tersilap tekan sekalipun, tak adalah malu sangat.
Perhatian Kak Far berjaya dipancing.
“Siapa?” Kak Far tutup bukunya.
“Ni.” Inara sua telefonnya. “Kak Far pun kenal dia juga, kan?”
Dahi Kak Far berkerut sebaik skrin telefon terpampang di hadapannya. Tak perlu imbas lama, dia memang sudah kenal dengan muka itu.
“Qas, obviously semua orang kenal dia.” Kak Far ketawa kecil.
Di kaca televisyen, di radio, di billboards lebuhraya — wajah lelaki itu memang akan berada di mana-mana.
Inara tersipu sendirian. Bohonglah kalau dia cakap, dia tak pernah kenal siapa itu Emir Ariyan. Cuma selama ini, mungkin dia tak terlalu memberi perhatian pada dunia musik kerana dia angau bercinta dengan raksasa gila (Zaf) sampaikan dia tak terpandangkan lelaki lain.
“Qas suka dia ke?” Kak Far cuba mengusik.
“Mana ada.” Inara lekas berdalih. “Qas bukan suka yang ‘SUKA’ — macam Qas nak bercinta dengan dia. Qas suka tengok aje.”
Tapi, dia harus berpijak pada realiti. Sudah semestinya ada ribuan lagi wanita di luar sana yang jauh lebih layak untuk bersama Emir. Lagipun, mungkin Emir pun sudah bercinta dengan teman wanita ‘rahsia’ ataupun menyukai orang lain juga.
Mustahil kalau tiada.
Kak Far mencebik. Eleh!
“Qas, Qas cubalah berdalih macam mana sekalipun—tapi ni….” Kak Far tunjuk pada matanya. “Mata kita tak boleh menipu tau.”
Dan benarlah kata Kak Far itu. Inara memang tak pandai sembunyikan reaksinya. Inara terus mengeluh kecil sambil menjatuhkan belakang tubuhnya ke sofa. Telefon di tangannya dipeluk rapat ke dada.
“Mana ada suka la. Serius!” Inara masih ingin menyangkal.
“Ya la tu.” Kak Far tergelak kecil. “Habis tu kenapa muka Qas lain macam bila tengok interview dia tadi? Eleh, macamlah orang tak perasan dengan muka dia tadi.”
Inara terus mencapai kusyen lalu menekup separuh mukanya. Ish! Tak sukanya! Cepatnya rahsia dia kantoi!
“Itu sebab… dia memang hensem la. Takkanlah Qas nak cakap tak hensem? Lagilah menipu kan?” Inara menjawab perlahan. Tetapi ayat itu sendiri membuat dia malu. Apa yang dia puji itu bukanlah kerana dia dikaburi cinta. Itu memang kenyataannya! Emir memang kacak!
Oh Tuhan, tengoklah. Dia memang dah gila!
Kak Far terus ketawa lebih kuat. “Finally! Ada pun lelaki normal yang Qas pandang selain si beruk Za — ”
“Kak Far!” Inara pantas memotong sebelum nama Zarif sempat keluar.
Suasana jadi sedikit sunyi selepas itu. Kak Far perlahan-lahan menghembus nafas kecil sebelum duduk rapat di sebelah Inara.
“You deserve someone better, Qas. Really.”
Ayat itu membuat senyuman kecil di bibir Inara perlahan-lahan pudar. Dia menunduk memandang skrin telefonnya semula.
Wajah Emir masih terpapar di situ — tangkapan skrin daripada satu video persembahan live Stardawn yang entah kenapa dia simpan di Tiktok ‘Favourites’ sejak minggu lepas.
“Tapi, Kak Far. Qas rasa…” Inara berhenti seketika, mencari ayat yang tak kedengaran terlalu memalukan dia nanti. “Dia macam mustahil la untuk didekati.”
“Hm?”
“In a good way I mean.” Inara berpura-pura membetulkan lengan bajunya. “Dia tu macam… orang yang kita adore dia dari jauh aje. That’s what a fan does right?”
Ayatnya terhenti sebab dia sendiri tidak tahu bagaimana cara untuk menjelaskan rasa itu. Rasa yang terlalu mudah untuk dipanggil cinta, tetapi terlalu besar untuk dianggap sekadar minat biasa.
Entah kenapa, setiap kali mendengar suara Emir di radio atau terlihat wajahnya muncul di skrin besar bangunan kota, hati Inara akan berhenti sekejap seperti baru tersedar tentang sesuatu.
Dan yang paling dia benci, dia mula mencari lelaki itu tanpa sedar.
Kalau masuk kafe, matanya akan tertoleh pada televisyen yang menayangkan interview Stardawn.
Kalau terdengar lagu mereka di radio, tangannya automatik akan memperlahankan suara orang lain untuk mendengar.
Malah malam-malam sebelum tidur pun, dia pernah terfikir: Macam mana agaknya kalau dapat berbual dengan lelaki seperti Emir Ariyan walaupun sekali?
“Qas.”
“Hm?”
Kak Far senyum kecil sambil menyiku lengannya perlahan.
“Qas nak tahu satu benda kelakar tak?”
“Apa?”
“Far perasanlah kan… Cara Qas cakap fasal dia ni…” Kak Far sengih panjang. “Macam orang yang jatuh cinta teruk sangatlah. Your lovergirl era dah muncul balik ke ni?”
“Taklah sampai macam tu, Kak Far. Qas sedar diri la.” Inara cepat-cepat menafikan walaupun pipinya sudah mula terasa panas.
Kak Far hanya mengangkat kening, jelas tak percaya. Aduh, sukanya mengusik orang angau rupanya!
Inara mengeluh panjang sebelum akhirnya tersandar semula ke sofa. Telefon di tangannya dibelek perlahan. Skrin yang tadinya gelap kembali menyala, memaparkan semula wajah Emir dalam satu video pendek temu bual radio yang sempat dia pause tadi.
Waktu itu, Emir memakai hoodie hitam, dan seluar jeans seperti biasa. Lelaki itu ketawa kecil apabila hos radio mengusiknya tentang lagu baharu Stardawn.
“Qas tahu tak apa masalah Qas sekarang?” Kak Far tiba-tiba bersuara.
“Apa pula ni….?”
“Qas nampak angau-”
Inara terus berpaling laju. “Mana ada!”
“Ye la tu.” Kak Far bersandar santai. “Kalau tak stop sekarang, entah nanti Far dapat tengok Qas senyum sorang-sorang masa tengok TikTok dia pula kejap lagi.”
Inara terkedu seketika.
Memang itulah yang dia lakukan dua malam lepas. Cis, kantoi lagi!
Kak Far terus membulatkan mata. “OH MY GOD. BETUL KE?” Dia tak salah teka ke?
Inara menekup muka sendiri sambil ketawa malu. Pipinya terasa semakin membahang, entah sudah merona seperti tomato sekarang.
“Qas!”
“Video tu naik dekat FYP Qas la!”
Kak Far sudah ketawa tak berhenti. Inara turut meledakkan tawa kecil walaupun dadanya terasa aneh setiap kali nama Emir disebut.
Tak suka! Dia tak suka kalau dia dah jatuh cinta!
Nanti dia jadi gila!
SEPERTI yang dijanjikan, perjumpaan pada petang itu meriah dihadiri lebih kurang 15 orang pelajar-pelajar dari Malaysia yang berkelapangan. Atas budi bicara rakan serumah Alif, mereka berkumpul di situ dengan bermacam-macam makanan dibawa bersama. Mujurlah ruang tamu rumah sewa Alif itu lebih luas berbanding rumah sewa orang lain.
“Megat, Megat, Megat!” Putra tepuk manja bahu Aisy.
Aisy yang sedang mengunyah, terus angkat muka. Hairan dia jadinya. Apa fasal pula Putra teruja memanggil dia?
Sejurus itu, barulah Aisy tahu apa sebabnya.
Tak guna!
Dia menjengil pada Putra. Mujurlah dia sempat alih muka sebelum bertemu dengan Nadine yang kebetulan baru masuk ke dalam ruang tamu.
Harith dan Darien pula terkekeh-kekeh ketawa sambil menepuk lengan sesama sendiri. Mereka semua tahu tentang Aisy yang terpaksa menelan kekecewaan selepas dianggap ‘hanya kawan’ oleh Nadine sebelum ini.
Dulu, mereka boleh saling menyalurkan semangat persahabatan dan berkata bunga bukan sekuntum. Tapi sekarang, kejadian itu sudah menjadi sebahagian jenaka buat mereka.
Tak guna kan?
Memang.
“Weh, Dar. Aku tengok Nadine tu macam mesra semacam aje dengan Aiman. Kau tak rasa dia orang tu macam ada ‘something’ ke?” Putra berbisik dengan Darien.
“Shhh! Kat rumah la.” Darien letak jari telunjuk pada bibir. Tunggu sampai rumahlah dulu baru mula mengumpat. Kang kantoi, naya!
Aisy hanya mampu menggulingkan mata sahaja. Malas nak melenting. Risau isu akan menjadi semakin besar pula nanti. Jadi, dia teruskan sahaja makan ayam bakar sehingga habis.
‘Baik kau diam sebelum aku gigit telinga kau nanti!’ itulah jelingan yang Aisy sempat beri kepada Putra.
Putra mengangguk kecil lalu mengepit bibirnya dengan tangan kanan.
“Kawan kau tu tak datang ke, Megat?” Sean berbisik pelan di sebelah Aisy.
Dahi Aisy berkerut halus. Kurang jelas dengan maksud Sean.
“Kau tak ajak Peja ke?”
“Bukan Peja la.” Sean menggeleng. Adui, kenapa lembab semacam pula otak Aisy hari ini?
“Dah tu?” Aisy masih kurang faham. Selalunya mereka yang lain suka sangat mengejek nama ‘Peja’ dengan ayat ‘Tu best friend kau’. Jadi, siapa lagi kawan lain yang Sean maksudkan?
“Kawan perempuan kau tu la. Yang kau keluar makan dengan dia hari tu…” Sean menggeliat malas.
“Oh….” Aisy mengangguk kecil. Barulah matanya meliar mencari kelibat ‘teman’ yang dimaksudkan tadi di sekitar ruang tamu. Tapi, tiada.
Suri… tak datang ke? Patutkah dia mesej gadis itu sekarang?
‘Okey, kita tunggu lagi 15 minit. Kalau tak sampai, kita mesej.’
Ketika mereka sedang makan, bunyi pintu rumah Alif diketuk mula kedengaran. Aiman yang tadinya di dapur, lekas-lekas berjalan untuk membuka pintu.
“Assalamualaikum…” suara seorang gadis mula memenuhi ruang tamu.
Aisy angkat muka. Wajah Inas menjadi tatapan mata mereka.
Dari belakang, seorang gadis dengan blaus putih dan tudung bawal berwarna brick orange itu membuntuti langkah Inas. Kepalanya tertunduk-tunduk seperti segan untuk menjejakkan kaki di situ.
Wah.
‘Suri datang.’
“Sorry lambat tadi, Man. Kita orang singgah beli ni kejap tadi.” Inas hulur plastik lutsinar berisi kon aiskrim itu kepada Aiman.
“Laa, buat susah-susah aje.” Aiman pandang plastik di tangannya. “Boleh aje kalau kongsi makan dalam mangkuk nanti.”
Inas toleh ke arah ruang tamu, cuba mencari kelibat seseorang. Dari sebelah sofa, si Haziq sudah menyembunyikan muka dengan tangannya.
“Si Ajiq tu cakap dia bawa aiskrim aje, tak beli kon sekali.” Inas menjuih.
Haziq berasa terpanggil dengan ungkitan itu. Cis!
“Mana la aku tahu. Aku dari kecik terbiasa makan aiskrim dalam mangkuk aje. Sorry la.” Haziq mencebik. Orang beli aje pun dah cukup bagus!
“Ya, sama-sama, Ajiq. Sama-sama.” Inas menjeling. Buat sakit hati sajalah.
Aiman depakan tangannya untuk meredakan suasana. “Okey, okey. Aiskrim dah ada, kon dah ada. Setel. Thanks, Ajiq. Thanks, Inas.”
“Thanks Tasnim juga. Dia yang buat ni untuk kita.” Inas tunjuk bekas berisi steamed dumplings dalam pelukan Suri.
“Thanks, Tasnim.” Aiman senyum.
“Sama-sama.” Suri tersengih segan. Aiseh. Tak biasa pula dipuji-puji begitu.
Suri, Zana dan Inas berjalan beriringan ke meja untuk menyusun makanan mereka. Pelbagai juadah disediakan di situ dan sungguh meriah! Terasa seperti pulang ke tanah air pula rasanya. Siap ada sate dan nasi impit lagi.
Rindunya rumah!
Suri mendakap pinggan kertas itu pada dada. Matanya meliar merenung setiap satu hidangan yang ada. Paling dia kagum, ada satu menu yang dia paling rindu. Dulu, bonda selalu buat nasi itu sekurang-kurangnya tiga kali sebulan untuk dia.
‘Siapa yang rajin sangat buat nasi tomato ni? God, dang, rajinnya… Memang boleh buat bini ni.’ Suri merenung nasi di hadapannya.
“Makanlah. Jangan malu-malu. Ni I, Ifa dengan Nadine yang buat,” suara seorang gadis datang menyapa Suri di sebelah.
Soffy rupanya yang menegur.
“You bawa bekas, tak? Nanti boleh tapau sekali. Makan dekat rumah. Ada banyak lagi dekat dapur tu.” Nadine tunjuk ke arah dapur di belakang. “I keluarkan sikit-sikit takut cepat basi kalau terbuka lama sangat.”
Suri terkesima sebentar.
Oh, Tuhan. Memang inilah si ‘bini’ itu.
“Ohh… Haaa.. Bawa…” Suri mengangguk kecil. Dia seperti kehilangan kata buat beberapa saat selepas melihat gadis cantik di sebelahnya.
Ini bukan setakat Aisy yang suka. Dia yang perempuan pun rasanya tak jemu melihat Nadine di hadapan mata.
‘Mission abort! Mission abort! No more suudzon! In this house, we love unproblematic pretty women!’
Tapi kan… kenapa Nadine tolak cinta Aisy ya?
“WOW makan sambil buat bulatan. Ni liqa’ usrah ke?” suara Alif yang baru turun dari tingkat atas mula kedengaran.
“Kalau liqa’ usrah, kita kena bagi orang yang matang dan berpengalaman la sikit.” Putra tepuk bahu Aisy. “C’mon, Master Genius. Do your job.”
“Ahh, malaslah aku layan. Baik aku sambung makan.” Aisy bingkas bangun untuk ke meja hidangan. Tadi dah makan ayam bakar. Sekarang dia nak bedal makanan lain pula.
Sementara itu, Inas dan Zana sudah selesai mengambil makanan mereka. Mereka sudah berlalu untuk duduk. Suri pula masih di meja hidangan kerana keliru. Banyak pula pilihan makan untuk diambil. Rambang mata!
“Ni sedap. I dah makan tadi,” suara seseorang mula menegurnya dari kiri. Aisy tunjuk pada bekas berisi ayam bakar itu dengan sengihan terpamer pada wajah.
Suri laju menoleh setelah suara itu menjengah gegendang telinganya. Dia kenal suara itu.
“Iya? Cuba rate sikit.” Suri pandang Aisy di sebelahnya.
“Hmmm… rasa ni subjektif. I tak pandai sangat bagi rate.” Aisy menarik muncung kecil. “Tapi rasalah sikit. Sos perapan dia sedap.”
“Ya la.” Suri ambil juga bahagian kepak yang tinggal.
“Tahniah! You dah ambil ayam yang I buat.” Aisy angkat ibu jari.
Suri menahan tawa. Cis! Semudah itu sahaja rupanya dia termakan umpan.
“You boleh kerja jadi salesman la. You pandai hasut orang.” Suri terkekeh kecil. Geramnya.
Aisy angkat bahu, konon bangga dengan cara pujukannya yang berjaya. Tangannya pula sibuk mengambil beberapa biji dumplings dari dalam bekas. Balik rumah nanti, memang sah dia akan K.O. Perut dah penuh sangat ni!
“Bye. I nak makan dulu.” Suri mempamit diri. Malulah! Risau juga dia akan menjadi usikan kalau dia berlama sangat di sebelah Aisy nanti.
Suri segera mendapatkan Inas dan Zana yang sedang duduk di atas sofa. Sebelum dia duduk, Inas sempat mengangkat kening tanda ingin mengusik. Ceit.
SUDAH hampir dua jam mereka berlama di situ, tapi seorang pun masih belum menunjukkan tanda-tanda ingin pulang. Suri pula duduk termenung di atas sofa sambil menonton kenalannya sedang bermain kad Uno di atas lantai. Inas dan Zana pula sudah teruja kerana jiwa kompetitif mereka memang teringin untuk menang.
Dari arah bulatan itu, seorang gadis dengan kardigan merah turut duduk bermain bersama. Suri cuba mencuri intai senyap-senyap supaya tidak begitu ketara dia sedang bermonolog sendirian dalam hati.
Nadine Selina Fadhli, gadis dari Sarawak itu memang menawan orangnya. Rambutnya ikal mayang, hitam pekat dan bersinar. Matanya bundar dan ada tahi lalat kecil di rahang kanan.
Oh, patutlah Aisy pernah suka dia dulu.
“Hey. Kosong?” suara seorang lelaki datang menyentakkan lamunan Suri.
Suri pandang lelaki dengan kaca mata hitam dikepil pada kolar bajunya itu sekilas. “Ya. Kosong.”
Lelaki itu terus melabuhkan duduk di sebelah Suri. Suri pula laju sahaja bergerak rapat sedikit ke hujung sofa supaya jarak mereka tidak terlalu dekat.
“I Eddie.” Lelaki itu memperkenalkan diri.
“Tasnim.” Suri senyum tawar.
“Kenapa you tak ikut dia orang main?” Eddie soal ingin tahu. Ada lagi kenalan lain yang tak bermain juga. Tapi, mereka berpakat untuk duduk di atas lantai dengan lebih rapat.
“I lagi suka tengok orang main aje.” Suri menjawab pendek.
“I see.” Eddie angguk faham. “Kita pernah jumpa ke sebelum ni?”
Dahi Suri berkerut. Aik? Peliknya mamat ini.
Maaf. Bukan Aisy. Dia tak layan.
“Tak pernah kut.” Suri menjawab kurang minat.
“I rasa kita pernah jumpa la sebelum ni. You tak perasan ke?” Eddie cuba memancing perbualan semula.
“Dekat mana?” tiba-tiba Suri ingin tahu pula. Kenapa dia tak pernah perasan pun dengan kewujudan lelaki itu di sekitarnya?
“Kita pernah ambil modul sama la, Tasnim.”
Fikiran Suri bagaikan terpukul sebentar. Dia? Sekelas dengan Eddie? Sejak bila?
“MKTG100, Introduction to Marketing.” Eddie beri lagi petunjuk apabila melihat muka blur Suri yang masih tak nampak arah pertemuan mereka dahulu.
“Ohhh….” Suri mengangguk kecil, konon baru teringat dengan cerita itu.
Tapi maaf. Dia memang susah ingat muka orang!
Waktu itu, Eddie menggosok hidungnya yang terasa gatal. Dan barulah Suri perasan dengan gelang hitam pada pergelangan tangan lelaki itu. Ingatannya mula teringatkan seseorang.
“You… yang pakai baju orange stripes dengan rambut wolfcut masa awal-awal hari tu ke?” Suri meneka.
Eddie terpanar seketika.
Eddie ketawa kecil. “Ni rasanya pertama kali I jumpa orang yang ingat apa yang I pakai masa pergi kuliah dulu.”
Suri termalu sendirian. Sepatutnya dia tutup sahaja mulut tadi!
“Ya, I ada baju tu dan dulu rambut I macam tu.” Eddie tersenyum suka. “Bagus juga ingatan you rupanya.”
Suri hanya tersengih-sengih seperti kerang busuk. Dulu, Kak Sal pernah cakap yang kebolehan dia itu boleh membantu polis buat pengecaman suspek. Tapi dia tak rasa itu adalah satu benda yang boleh dibanggakan sangat. Dia lagi cepat ingat warna kerana dia seseorang yang lebih mudah bersatu dengan visual.
Kekok sebentar. Suri diam. Dia tak tahu apa yang dia patut bualkan kerana dia langsung tak berminat untuk ambil tahu fasal Eddie.
“GILE KE DRAW 10!” pekikan Harith memecahkan suasana. “Jahat mu ni, Megat!”
“Tarik! Tarik!”
“Habislah putus kawan sebab Uno kejap lagi.”
“Aku supoh mu jadi batu!” Harith merengus geram.
Ruang tamu itu semakin gamat dengan tawa kumpulan mereka.
“So, you asal dari mana?” Eddie cuba memanjangkan perbualan lagi.
“Kedah.” Suri menjawab pendek.
Tak. Sebenarnya dia berasal dari JB.
Eddie sedikit teruja. “Eh, I pun sama. You duduk mana?”
“Jitra.” Suri sebut sahaja kampung kakak iparnya.
“Eh, samalah.” Eddie semakin semangat untuk berbual dengan Suri.
Ya Allah. Menyirapnya. Kenapa apa yang dia tembak, semuanya seperti cuba menyatukan dia dan Eddie? Kenapa bukan dia dan Aisy?
“Hukaloh!” Harith mengeluh sakit hati sambil menepuk dahi.
Suri pandang ke arah kumpulan Uno itu sebentar. ‘Ya, Harith. Samalah kita. Hukaloh!’
“You dah ada boyfriend ke, Tasnim?” Eddie terus soal tanpa berkias lagi.
Suri tersentak sebentar. Jantungnya seperti direntap laju tanpa amaran. Eh, mamat ni!
‘Fikir, Suri. Fikir. Patut ke aku jujur atau tipu aje dia? Atau cakap aku janda anak satu? Tapi bahaya. Kang jadi doa, naya! Aku tak nak jadi janda!’
“Hmhmhmhadahhaahaha.” Suri menggaru kepalanya yang langsung tak terasa gatal.
“Haa?” Eddie mendekatkan sedikit jaraknya untuk mendengar dengan lebih jelas. Suri ni ada Dysarthria ke? Apa ke susah sangat nak bercakap macam manusia normal?
“WOHOOOO!!” Sorakan para pelajar di situ bergema sekali lagi.
“Hmmmhaadalakutahahaha.” Suri mengulang semula ayatnya sambil ketawa jahat dalam hati.
Sempat dia keluarkan telefonnya dengan reaksi gelabah seperti perlu menjawab satu panggilan penting.
“Eh, kakak I telefon. Sorry, Ezzie.” Suri bingkas bangun dari sofa untuk keluar dari rumah itu sebentar.
“It’s Eddie….” Eddie menggumam kecil.
Pelik.
KETIKA kumpulan mereka sedang sibuk dan fokus bermain, seseorang bagaikan tak senang duduk di atas lantai. Matanya secara tidak sengaja tertangkap pada dua orang manusia yang sedang duduk tidak jauh dari bulatan mereka.
Suri.
Dia sedang berbual dengan seorang lelaki.
Aisy kenal lelaki itu. Cukup kenal sebenarnya.
Lelaki itu pula kelihatan cukup selesa berbual dengan Suri. Sesekali menundukkan kepala untuk mendengar Suri bercakap.
‘AHHH!’
“UNO!” Sean letak kadnya ke atas lantai. Kedua-dua belah tangan membentuk ‘rock’ diangkat ke udara.
“Weh, Megat. Kau pun Uno la.” Putra tunjuk pada kad Aisy selepas berjaya mengintainya dari tepi.
Aisy tutup kadnya ke dada. “Tak payahlah tengok.”
“Yang kau tolong dia tu kenapa, dol?” Ajiq angkat tangan. Aduhai Putra ini pun satu.
“Kenalah tolong. Kang terbakar pula rumah ni kalau dia tak habis main lagi.” Putra ketawa mengekek di sebelah Aisy. Eleh, ingat dia tak nampak ke?
Aisy mengguling matanya jengkel.
LANGIT SEMAKIN GELAP. Suri, Zana dan Inas berjalan bertiga untuk pulang ke rumah mereka. Mujurlah jarak antara rumah mereka dan Alif itu boleh dikatakan tidak terlalu jauh untuk berulang-alik. Selepas perut kenyang, inilah masanya untuk membakar kalori semula.
Waktu itu, mereka tidak berjalan bertiga. Ada lagi dua kelompok pelajar turut berjalan sehaluan untuk balik ke kediaman masing-masing.
Dari belakang, Suri perhatikan sahaja Aisy dari belakang. Sesekali, terdengar suara lelaki itu sedang bergelak ketawa dengan Sean dan Darien.
Serentak dengan itu, tawa si Nadine turut kedengaran dari belakang.
Sungguh, dia tak faham! Macam mana Nadine dan Aisy boleh berlagak macam tak ada apa-apa sedangkan mereka berdua pernah ada sejarah ditolak cintanya? Macam mana mereka berdua masih boleh berjalan dalam kelompok yang sama tanpa salah seorang mahu mengelak sebab malu?
Macam mana!
“Kan, Tas?” rangkulan Inas pada lengannya terus menyentakkan dia daripada lamunan sendiri.
Barulah Suri kembali ke realiti semula. Kenapa nama dia diseru semula ni?
“Haa, apa?” Suri pandang Inas dan Zana silih-berganti.
Inas tunjuk pada Darien yang turut berjalan secara berundur.
“Tak, tadi aku cakaplah kita kan dah plan nak pergi Hallstat. Ni, dia orang pulak plan nak pergi Zurich nanti.” Inas mengulang semula perbualannya tadi. Kerja berangan ajelah si Suri Tasnim ni!
“Oh, haah. Aku tahu.” Suri membetulkan tali begnya.
Langkah Inas menjadi perlahan dengan tiba-tiba. Suri juga baru tersedar akan sesuatu.
Oh, tidak!
“Aik? Macam mana kau tahu?” Inas mencekup pipi Suri dengan sebelah tangannya.
“Eh, tak. Aku tak tahu.” Suri menepis tangan Inas. Isy!
Bibir Inas memeri dengan senyuman. Rangkulannya pada lengan Suri semakin dikemaskan.
Inas mula menyanyi-nyanyi kecil. “Oh, indahnyaa dunia bila kita dah ada teman berborak, berkongsi semua cerita bersamaaa. Indahnya langit, indahnya percin-”
“Inas.” Suri memotong. Tangannya juga laju mengepit bibir Inas supaya diam.
Sempat dia jeling pada Aisy yang masih berjalan bergandingan dengan Sean di depan. Perhatian lelaki itu bagaikan tidak terkutik walaupun mulut becok Inas boleh tahan kuat juga sebenarnya.
Inas dan Darien saling melemparkan pandangan penuh makna. Inas lirik pada Aisy, Darien pula memandang Suri dengan sengihan.
Oh, faham!
“Sean, aku ada benda nak cerita dengan kau ni!” Darien melajukan langkah. Sengaja dia merangkul bahu Sean untuk memisahkan jaraknya dengan Aisy. Terkebil-kebil Sean buatnya. Buang tebiat apa pulalah si budak cina ni?
“Zana, ambilkan gambar aku dekat depan tu kejap.” Inas juga menarik tangan Zana supaya segera melajukan langkah ke selekoh hadapan.
‘Oi!’ Suri menjerit dalam hati. Tak guna punya kawan!
Kini, tinggal dia dan Aisy sahaja yang mengatur langkah dengan kelajuan yang sama. Tanpa disengajakan, Suri menoleh ke kanan, dan serta-merta matanya bertembung dengan sepasang anak mata Aisy yang turut berpaling ke arahnya.
“You tak nak ikut Inas ambil gambar ke?” Aisy menegur dahulu.
“Sebelum datang tadi kita orang dah ambil gambar. Tapi Inas tu lain sikit. Dia kan influensah.” Suri berpura-pura membetulkan butang kotnya.
“You bukan influensah ke?” Aisy cabut sebelah Airpodsnya.
“Bukan. I rakyat biasa aje.”
“Cubalah jadi influensah juga. Mana tahu Rosesissues ambil you jadi ambassador ke nanti?” Aisy angkat sebelah kening.
Suri mencebik. ‘Melebih-lebih pulak kau nak puji-puji aku!’
“Dalam mimpi ajelah kut. Cukuplah I jadi loyal customer aje.” Suri luruskan lengannya. “Ni, baju Rosesissues la ni. Kalau tak silap, ni Yasmin collection.”
Aisy perlahankan langkahnya. Telefon di dalam kocek seluar terus dikeluarkan.
“Okey, you duduk situ diam-diam. I ambilkan gambar.”
Mata Suri terbeliak kecil. “Nak buat apa? You nak santau I eh?” jarinya dituding lurus pada Aisy. Amboi kau!
Dahi Aisy berkerut. “Mana ada. Ni untuk ibu I la. Dia suka kalau tengok orang pakai baju dia.” Skrin telefonnya dihidupkan. “Ni kalau I bagi tahu Rosesissues dah sampai Lancaster, mesti dia gembira nanti.”
Suri diam.
“Kalau you segan sorang, kita boleh ambil gambar sama-sama.” Aisy menambah lagi selepas melihat reaksi senyap Suri.
‘Sabar, Suri. Jangan meletup lagi.’
“Oh, boleh….” Suri mengangguk perlahan.
‘Suri! Tolong, Suri. Jangan nampak sangat gelabah tu! Nanti lagilah cepat kantoi yang kau memang suka dia!’
Aisy berpaling ke kiri dan kanan untuk mencari kelibat rakan-rakannya. Tapi mereka semua sudah terlalu maju ke hadapan. Cis! Memang tak boleh pakai semuanya.
“Nak ambil gambar ke? I boleh tolong.” Nadine yang perasan dengan reaksi Aisy itu mula menyampuk.
Jantung Suri bagaikan ingin jatuh ke tanah sekarang.
‘Eh gilalah! Ni drama apa ni?’
“Kau orang jalanlah dulu. Nanti I menyusul.” Nadine beritahu pada dua orang lagi rakannya. Mereka pula seperti faham dengan maksud Nadine tadi.
Telefon Aisy itu mula bertukar tangan. Nadine mula bersedia untuk mengambil gambar.
Aisy berdiri di sebelah Suri sambil mengangkat jari peace. Suri pula mengukir senyum, kekok.
Dia. Sumpah. Berasa. Seperti. Ingin. Buat. Lompat. Bintang. Sekarang!
“Alright, one, two…. three!” Nadine mula mengira. “Nice!”
“Thanks, Naddy.” Aisy hulur tangannya.
“No problem!” Nadine angkat jari tanda okey. Tapi, dia jauhkan dulu telefon itu sebelum Aisy sempat mengambilnya semula. “Aip, you duduk diam. I nak bagi dia dulu tengok.”
Terkebil-kebil Suri jadinya.
“Cuba you tengok dah okey ke belum.” Nadine tunjuk gambar tadi kepada Suri. “I boleh ambilkan sekali lagi kalau you rasa ada yang tak kena.”
“Dah cun ni.” Suri sengih kekok. “Thanks, Nadine.”
“Ala no hal la. Gambar kita kena cantik. Yang lelaki ni suka hatilah nak mulut senget ke apa.” Nadine berseloroh. Barulah telefon itu dihulur kepada Aisy semula.
Selepas telefon itu bertukar tangan, Nadine segera berlari anak untuk mendapatkan rakan-rakannya semula. Tinggallah Aisy dan Suri terkulat-kulat di belakang. Mereka turut memulakan langkah tanpa sepatah kata.
Suri bagaikan hilang kata sebentar. ‘Okey, sekarang kena buat apa pula?’
“You pernah dengar lagu Akad?” Aisy memulakan perbualan semula.
“Lagu apa tu?”
“Payung teduh?”
Suri menggeleng kecil. “But that rings a bell.”
“You nak cuba dengar?” Aisy hulur sebelah Airpodsnya.
Mata Suri bagaikan bercahaya dengan sendirinya. ‘Pucuk dicita, ulam pun datang. Muahaha!’
Suri tanpa baca bicara, sambut saja huluran Aisy. Airpods itu diselit pada telinga, dan nyanyian daripada si Payung Teduh itu mula berkumandang.
‘Betapa bahagianya hatiku saat
Ku duduk berdua denganmu
Berjalan bersamamu
Menarilah denganku’
Pipi Suri bagaikan membahang dengan sendirinya. Cuaca langsung tidak panas, tapi kenapa dia dapat merasakan sisa rona menyerbu muka?
‘Namun, bila hari ini adalah yang terakhir
Namun, ku tetap bahagia
Selalu kusyukuri
Begitulah adanya’
‘Drrtt…’ telefon Suri mula bergetar dari dalam poket kainnya. Kalut-kalut gadis itu meraba seluarnya.
‘Baba donator is calling…’ mula terpapar pada skrin.
“I angkat telefon baba dulu kejap.” Suri tersengih. Sebelah Airpods Aisy tadi dihulur kepada pemiliknya semula.
Aisy mengangguk kecil. Dia perhatikan langkah Suri yang sudah menjauh darinya.
‘Namun, bila kau ingin sendiri
Cepat, cepatlah, sampaikan kepadaku
Agar ku tak berharap
Dan buat kau bersedih
Bila nanti saatnya t’lah tiba
Ku ingin kau menjadi istriku
Berjalan bersamamu dalam terik dan hujan
Berlarian ke sana kemari dan tertawa’
Anehnya…
MALAM. Aisy berjalan keluar dari bilik selepas berjaya menyiapkan tugasan. Akhirnya, dia sudah dapat menghirup udara segar! Cuma Tuhan sahajalah yang tahu seberat mana beban yang ditanggung dalam kepalanya sejak minggu lepas.
Selepas berkurung, Aisy berniat turun ke dapur untuk mengisi perutnya yang terasa lapar. Kaki mula menderap menuruni tangga lantas membuka pintu. Ketika itu, Putra, Sean, Khalil dan Harith turut ada melepak di ruang tamu sambil menyiapkan tugasan mereka.
“Habis berkurung dah ke, weh?” Harith menegur.
Aisy angguk. Dia berlalu ke dapur dulu untuk mengambil rotinya yang disimpan di dalam peti ais. Kemudian, barulah dia berlalu ke ruang tamu juga.
“Megat. Sewa aku dah bayar tau.” Suara Sean kedengaran dari arah sofa.
“Haa, okeh. Nanti aku check.” Aisy angguk. Ibu jari diangkat.
Aisy duduk di atas lantai, bersandar pada sisi sofa sambil telefon berada di tangan. Di hadapannya, meja kopi sudah dipenuhi cawan. Ada juga beberapa bungkus makanan ringan dan sehelai hoodie milik entah siapa yang sudah dua hari terdampar di situ.
Haih.
Biasalah. Rumah lelaki.
Sean yang sedang duduk di hujung sofa terus mengangkat kepala daripada telefonnya. Putra pula menoleh dari meja makan, manakala Harith yang sedang membuka sebungkus crisps hanya mengerutkan dahi.
Khalil masih terlentang di sofa dengan sebelah tangan menutup muka.
“OH WEH SEWA!” Harith tepuk dahi selepas mendengar ayat Sean tadi. “Aku supoh dok ingat! Nati malam kekgi aku bayor. Telefon tengah charge la, Megat.”
“Tak apa. Aku boleh aje tunggu.” Aisy mengangguk sambil menatal e-mel tuan rumah mereka.
Harith menyandarkan badan pada kerusi. “Due bayor bila? Aku kena korek celah sofa doh ni.”
“Jumaat.” Aisy menjawab pendek.
Dahi Harith berkerut halus, cuba mengingati hari itu. “Hmmm…. Hari ni Rabu.”
Aisy buka pula aplikasi ‘notes’ untuk memeriksa senarai nama dan hal kepentingan lain yang perlu diambil berat. Kalau bukan sebab dia dipilih sebagai ketua rumah, memang tidaklah dia akan gigih seperti sekarang.
“Sean, dah. Putra, dah. Dar, dah. Harith Ganu, belum-” Aisy melirik matanya pada Harith.
“Arr, mung. Ganu takyoh sebut la.” Harith angkat penumbuk. Mentang-mentanglah cuma dia seorang sahaja ahli pantai timur di dalam rumah itu. “Rasis!”
Tawa Aisy menguar. Memang dia suka menyakat Harith kerana si budak Ganu celup itu kadang-kadang suka berbual dalam Bahasa Inggeris dengan slang Terengganu bersama orang lain. Tak fasal-fasal melekat sampai sekarang.
Kemudian mata Aisy berhenti pada satu nama.
Rezal.
Ketika itu, Sean datang meninjau dari arah belakang. “Peja dah bayar ke sewa bulan lepas?” Dia berbisik.
Aisy diam sejenak.
“Peja?” Khalil pandang Putra.
Nama lelaki itu sungguh tidak asing. Sejak dari awal menyewa lagi, memang Peja sahajalah yang paling liat membayar sewa. Paling menyakitkan hati, Aisy akan selalu membayar dahulu untuk pihak Peja.
Puas rasanya mulut Harith membebel kerana Aisy memang biarkan sahaja Peja ambil kesempatan!
Sean menoleh ke arah pintu biru yang tertutup rapat itu.
“Dia dalam bilik kut.”
“Kau kena tegas sikitlah kalini, Megat. Duit kau kut!” Putra goncang lengan Aisy. “Cuba kau fikir. Kau congak siap-siap.” Dia mengemaskan sila di sebelah. “ Kalau bayar £650 sebulan, lepas tu kau tanggung bahagian mamat tu juga. Dah berapa dah dekat situ. Weh, baik kau simpan bahagian tu dalam tabung kahwin kau la!”
“Ini apa fasal pulak masuk bab kahwin?” Aisy menjengil. Mulalah si Putra nak merapu meraban tak kena tempat.
“Tapi kalau fikir balik, betul juga Putra cakap tu, Megat.” Khalil mencelah. “Mana aci kalau sewa dia, kau yang tanggung. Habis tu, kau? Kami? Kenapa kita kena bayar kalau dia tak payah bayar? Haa?” Dia menaikkan juga isu itu.
“Kau kena tegas sikit la, Megat. Lama-lama, makin seronoklah Peja tu nak guna-gunakan kau.” Sean turut menambah. Bukan dia nak menjadi batu api. Tapi melebih-lebih pulalah si Peja ni nampaknya.
“Kalu mu dok ajok die gi open house hari tu, aku rase mesti dia pun dok tahu mung mampu tanggung die.” Harith berbisik rapat dengan Aisy. Kenangan tentang jemputan rumah terbuka semasa raya perantauan beberapa minggu lepas kembali diungkit.
“Benda dah jadi, kan?” Aisy menjuih. Dia menjemput Peja pun kerana tak sampai hati pula melihat Peja menyambut hari raya sendirian.
Ya, sebenarnya semua ahli rumah itu kurang gemar dengan perangai Peja yang turut menghuni di situ. Tapi mereka terpaksa jugalah menerima kerana ingin mencukupkan ahli.
“Okey, okey, ginilah.” Harith angkat kedua-dua belah tangannya. “Ape kata kalu mu mitok je dulu duit sewa tu loni? Pastu mu tengok die bayor gane. Mu tekan-tekanlah sikit. Biar die stress!” Dia ketawa jahat.
Tapi di samping mereka, dahi si Putra berkerut halus selepas mendengar ayat Harith.
“Loni tu apa?” Putra mengerutkan dahi.
“Sekarang.”
Putra menarik muka cemberut. “Dah tu, guna ajelah sekarang. Apa susah?”
“Eh, suka hati akulah. Mulut aku! Susoh ke mu ke?” Harith tunjuk pada mulutnya.
Sean dan Aisy saling menggeleng kepala apabila mendengar suara riuh Putra dan Harith sedang bergaduh mulut di sekitar mereka. Kalau tak bising, memang tak sah!
‘Kuarkk’ daun pintu akhirnya dibuka dari dalam. Aisy dan Sean serentak menoleh.
“Haa tu dia dah turun.” Putra menepuk-nepuk lengan Aisy.
Peja baru sahaja muncul dari tingkat atas dengan rambut sedikit berserabut dan telefon di tangan. Dia berhenti apabila melihat semua orang berada di ruang tamu.
Aisy menarik nafas sebelum memanggil. “Peja!”
“Apa?” Peja menggaru kepalanya dengan mata yang masih kurang segar selepas bangun tidur.
Waktu itu, Aisy bangun dari sofa lantas menghampiri Peja yang masih pegun di tempatnya. Dia tak mahulah kalau urusan antara mereka ditonton oleh rakan-rakan yang lain. Nanti air muka Peja juga yang jatuh.
“Atas jap.” Aisy angkat jari telunjuknya, memberi arahan untuk ke tingkat atas.
“Buat apa? Aku lapar ni.” Peja mengeluh sambil mengusap perutnya.
“Kalau macam tu, kita bincang dekat luar la kejap.” Aisy masih memujuk.
Peja menghembus nafas berat. Bunyinya tak ubah seperti badak tua. Buruk!
Tapi, Peja mengalah juga. Dia memulakan langkah untuk keluar terlebih dahulu. Dan barulah Aisy menyusul dari belakang.
Pintu ditutup.
Peja bercekak sebelah pinggang. Kini, matanya sudah segar-bugar sambil memandang Aisy dari atas ke bawah.
“Kau nak cakap apa sampai kena keluar macam ni?” Peja terus soal.
Aisy menarik nafas sedalam-dalamnya lalu hembus. Dia tidak pula terhasut dengan rakan-rakannya untuk terus menyerang Peja. Tapi rasanya, tahap kesabarannya mungkin ada batas juga.
“Sewa bulan lepas, kau baru bayar separuh.” Aisy mengingatkan.
Peja mengangguk. Reaksi mukanya tidak pula kelihatan serba-salah. “Okay.”
Aisy masih lagi menunggu. Aik? Itu sahaja?
Peja pula sudah angkat kaki untuk masuk ke dapur semula.
“Kau nak bayar baki tu sekali dengan sewa bulan ni ke macam mana?” pertanyaan Aisy mematikan langkah Peja. “Dua hari lagi, due bulan ni pula.”
“Hmmhh ya la. Nantilah aku transfer.” Peja pegang tombol pintu. Soalan Aisy tadi dibiarkan tak berjawab.
“Bila?” Aisy mengangkat kening.
“Sebelum due tu la.” Peja menjawab selamba. “Alahh, kau kan banyak duit. Nanti aku bayarlah dekat kau. Bukannya aku lari pun.”
“Aku bukan takut kau lari, Peja. Tapi ni fasal hutang, fasal tanggungjawab kau.” Aisy kini bersuara tegas. Dia sungguh kesal dengan ayat Peja tadi. Banyak duit? Itu duit ibu dan papanya. Bukannya 100% hak miliknya.
Peja menoleh, memandang Aisy di belakangnya. “Aku bukannya tak bayar, Megat. Aku cakap nanti aku bayar, aku bayar la.” Suaranya geram.
“Kalau kau ada masalah duit, kau boleh aje jujur dengan aku, Peja. Aku faham aje sebab sewa kita pun bukannya sikit. Tapi-” Aisy jeda. Adilkah untuk dia mengungkit semula apa yang dia perhatikan selama ini? Kalau dia sengaja memetik isu itu, adakah Peja akan terasa hati dengan dia?
“Apa? Kau nak cakap aku miskin?” Peja tersengih sinis.
Tersentak Aisy dibuatnya. “Bukan, Peja. Aku-”
“Ya, Megat. Aku tahu kau berduit. Kau lebih daripada mampu kalau kau nak beli rumah ni. Tapi kau pun kena ingat. Kau jangan pandang rendah dekat orang lain.” Peja berdecit. “Boleh jadi hari ni kau ada harta. Boleh jadi hari lain kau pula yang susah nanti.”
Senyap sebentar. Terkebil-kebil Aisy memandang Peja, cuba memahami kata-kata pedas yang Peja luncurkan untuk dia.
“Kejap, Peja. Aku tak faham kenapa kau tiba-tiba nak serang aku. Aku cuma minta kau bayar baki sewa bulan lepas.” Aisy mencelah juga untuk membela dirinya. “Aku sumpah tak nak gaduh dengan sesiapa pun, weh. Kau bayar baki, kita kira setel. Itu aje yang aku nak.”
Apa yang Putra beritahu tadi ada betulnya juga. Tapi hatinya pernah terdetik, adakah dia dikira kedekut atau berkira jika dia meminta haknya semula?
“Kan aku dah cakap aku akan bayar juga nanti? Kau tak faham bahasa ke?” Peja bercekak kedua-dua belah pinggang. “Kau pun satu. Tiba-tiba nak kaitkan fasal tanggungjawab tu kenapa?”
“Okey, Peja. Aku minta maaf. Okay?” Aisy urut dahinya, menahan sebal yang turut bertandang. “Peja, aku-”
“Selama ni kau memang pandang rendah dekat aku kan?” Peja laju mencantas. Tiba-tiba sahaja hatinya terusik setelah mendengar intonasi Aisy tadi. “Sebab dalam ramai-ramai orang dalam rumah ni, memang aku sorang aje yang tak mampu bayar penuh! Kau orang memang sukalah, palau orang macam aku ni!”
Aisy tersentak setelah dijerkah begitu. Pertama kali juga sepanjang hidupnya, dia mendengar herdikan seseorang kepada dia. Aisy makin dirudung serba-salah. Bukan niatnya ingin mencari fasal dengan orang lain. Lagipun, dia bukannya tak boleh diajak berunding langsung.
‘Cklak’ pintu dibuka oleh Sean. Terpaksa juga dia mencelah masuk apabila mencuri dengar dari sebalik pintu tadi.
“Weh, apa ni?” Sean cuba untuk mengawal keadaan.
“Dahlah! Kacau mood aku nak makan aje!” Peja menapak ke tangga untuk naik semula ke biliknya. Renungan rakan serumah yang lain langsung tak diendahkan.
“Siapa yang patut emo ni, weh?” Khalil senggol perlahan lengan Putra. Aneh sungguh perangai
“Weh, Megat. Kau okey dak ni?” Putra tarik lengan Aisy. Namun si rakan itu langsung tidak menjawab.
Aisy diam. Dirinya bagaikan kaku untuk memberi reaksi kerana kata-kata Peja itu sedikit sebanyak berbekas di hati.
Maksudnya selama ini, memang ada orang sedang menantikan kejatuhan dia?
Tapi, kenapa?
“Aku naik tidur jap. Mengantuk la. Tak tidur dari semalam.” Aisy berdalih. Lengannya ditarik perlahan kerana tak mahu dipegang lagi.
Mereka berempat saling mengunci mulut apabila melihat reaksi keruh yang terpamer jelas pada wajah Aisy.
SEJAK KEJADIAN SEMALAM, Aisy masih belum membuka mulut walaupun sepatah. Perjalanan ke kampus pula dibiarkan sepi tanpa suara, dan dia cuma mendengar perbualan rakan-rakan dari belakang. Airpods yang dipakai memainkan lagu ‘R.I.P 2 My Youth nyanyian The Neighbourhood’ menjadi peneman sepanjang jalan.
“Weh, Megat.” Khalil memanggil dari hadapan.
Lamunan Aisy mati. Apabila dia memfokuskan pandangan, sebanyak empat pasang mata sudah terarah padanya.
“Apa?” Aisy mencabut pod telinganya.
“Sewa Peja tu… kalau dia belum bayar lagi esok, kita chip in sikit sorang la.” Putra memberikan cadangan.
Kerutan halus mula timbul pada dahi Aisy.
“Tak apalah, Put. Bukannya aku tak biasa.” Aisy ketawa tak bersungguh.
“Tak, Megat. Kita orang serius ni.” Darien, si rakan kacukan Melayu-Cina itu turut menyampuk. Apabila dia pulang semalam, terkejut juga dia dibuatnya selepas mendengar berita pergaduhan dingin antara rakan serumahnya itu.
“Borak nantilah. Aku ada kerja ni.” Aisy simpan Airpods tadi ke dalam bekasnya semula. “Jumpa lepas kelas habis la, geng. Gerak dulu.” Dia melambai kecil.
Langkahnya dilajukan untuk segera beredar dari situ.
https://medium.com/media/98c4683662cf46e445d25c71ba237f6f/href
HABIS kelas, Aisy berjalan keluar dari bangunan fakulti dengan langkah yang cukup perlahan. Kadang-kadang, matanya meliar merenung pokok-pokok hijau yang meneduhi kawasan kampus.
Dia melangkah dan terus melangkah sehinggalah matanya tertancap pada satu figura yang sedang duduk bersila di atas bangku di sebelah pokok. Gadis itu tunduk dan tangannya laju menulis sesuatu pada iPad.
Aisy menggenggam tali beg yang disilang pada bahunya itu kemas. Entah mengapa hati kecilnya seperti berbisik kepadanya untuk menderap langkah ke situ.
Mata Aisy sempat melihat rantai kunci yang digantung pada beg galas berwarna perang-putih itu di sebelah si gadis.
‘Tasnim’
“Eh, Aisy?” Suri terlebih dahulu menegur setelah mengangkat muka. Hairan juga dia dibuatnya apabila melihat ada orang berhenti di hadapan dia. “You buat apa dekat sini? You dah habis kelas ke?”
“Kosong?” Aisy tunjuk pada tempat kosong di sebelah Suri.
“Haa, iya. Kosong, kosong.” Suri tarik sedikit begnya untuk memberi ruang kepada Aisy untuk duduk.
Aisy melabuhkan duduk di sebelah Suri. Nafas ditarik sedalam-dalamnya lalu hembus. Dia diam sahaja, seperti sedang mengatur kata dalam kepala.
“You buat apa sorang-sorang dekat sini?” Aisy soal.
Suri menggaru lehernya kekok. Alamak, tak biasanya! Selalunya, orang tak peduli pun kalau dia duduk sendirian.
“I tunggu Inas dengan Zana. Dia orang belum habis kelas lagi.” Suri tersengih-sengih. “You?”
“Samalah. Tunggu kawan.” Aisy menjawab pendek.
Dahi Suri berkerut. Ini sungguh aneh! Kenapa dia dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena sekarang?
“Are you okay?” tanya Suri, beriak prihatin. Reaksi muka Aisy pula nampak mendung, tak sama seperti biasa.
Tapi, Suri baru menyedari sesuatu. Ish, takkanlah dia nak menjadi kepochi pula kan?
“That sounds too personal pula. It’s okay if you don’t want to answer it.” Suri pandang hadapan semula. Nafas ditarik lalu hembus. Segan pula tiba-tiba.
Angin lembut datang membelai pipi mereka berdua. Suasana damai pada petang itu sedikit sebanyak memujuk hati yang sedikit berduka-lara.
“Hari ni you buat apa? Dah makan?” Aisy tanya Suri.
Suri terpanar seketika. Waduh, gawat!
“Hari ni I buat tuto, lepas tu I bawa bekal.” Suri selongkar begnya lalu keluarkan sebuah bekas kaca kedap udara. Ada beberapa biji dumplings yang masih berbaki. “Ni…. I makan sikit aje sebab rasa tak selera sangat pula hari ni.”
Dahi Aisy berkerut halus. “Tak selera kenapa? You sakit ke?”
“I rasa I homesick la.” Suri menggaru lehernya kekok. Sejak daripada dia menelefon bonda tempoh hari, perasaan rindunya semakin bertambah-tambah kerana sudah lama juga dia tidak pulang ke rumah. “Dah dua hari I tak telefon bonda sebab I takut I nangis. Nanti bonda risau pula kalau dia tahu I selalu nangis dekat sini.”
‘Ha, bagus, Tasnim. Suka sangat berkongsi melebih-lebih dengan orang!’
“Tapi kalau you tak telefon, nanti bonda you makin risaulah, Suri. Mestilah dia nak tengok keadaan anak bongsu dia hidup baik-baik aje dekat sini.” Aisy berbicara panjang, niat ingin memujuk.
Mata Suri terus bergenang dengan air mata. Ini yang tak suka ni!
‘Tahan, Tasnim. Tahan! Sambung nangis dalam bilik nanti, please?’
“Eh…” Aisy sedikit cuak apabila melihat air mata Suri sudah menitik pada pipinya.
Ya Allah, dia ada tersalah cakap ke tadi?
Suri lekas-lekas kesat air matanya dengan telapak tangan. “You la ni tanya kenapa. Kan I dah ternangis dekat sini.” Suaranya tenggelam timbul. Ya Tuhan, kenapa makin galak pulak air mata dia turun ni?
Aisy tergelak kecil. “I pula yang salah.”
“You janganlah tengok. I malu.” Suri toleh ke arah lain. Kali ini bukan setakat jatuh bergolek-golek. Tapi dah jatuh gaung sekali. Malunya!
Aisy laju menoleh ke arah lain. “Okey, okey. I tak tengok.”
Suri tak ambil masa yang lama pun untuk menenangkan diri. Air mata selesai dikesat kering, dan nafas juga sudah ditarik panjang untuk mengatur ritma jantung. Mungkin tadi empangan air matanya pecah kerana terlalu melayan perasaan rindukan rumah.
“Dah.” Suri memberi isyarat ringkas.
Aisy memerhatikan Suri lama. Dia seperti teringatkan seseorang pula.
“You macam Yamin sikit.”
“Maksudnya?”
“Anak manja ibu.” Aisy ketawa kecil. “Apa-apa, mesti nak ibu. Nak turun beli roti dekat bakeri pun mesti ajak ibu. Sebelum tidur, mesti nak peluk ibu.”
“You nak cakap I manja ke?” Suri menjuih.
“In a good way.” Aisy tersengih-sengih, cuba membetulkan ayatnya. “At least you have someone as your safe haven. I believe you will be a good mother in the future.” Pujinya ikhlas.
Terpanar.
Suri Tasnim.
Jangan.
Melompat.
Lagi.
“Tu pujian paling rare I pernah dengar selama ni.” Suri menarik senyum kekok. Sumpah, dia tak tahu apakah reaksi sebetulnya yang dia patut beri kepada Aisy.
Tapi, hatinya sungguh berbunga-bunga!
“You dah siap plan semua ke?” Suri menukar topik. Tak boleh dibiarkan topik tadi berlanjutan lama-lama. Nanti makin ketara pula mukanya nampak merona walaupun cuaca tidaklah panas membahang.
“Plan apa?” Aisy sedikit keliru.
‘Aii, takkanlah rancangan rumah tangga kita pula?’
“Zürich.” Suri menjawab sepatah.
‘Oh.’
“Oh, dah.” Aisy mengangguk kecil. “Selalunya papa I memang dah minta semua detail penting paling kurang dua bulan awal.”
Ayat itu tidaklah kelakar. Tapi Suri tak dapat membendung senyumnya lagi.
“Kenapa… you senyum macam tu?” Aisy sedikit kepelikan dengan reaksi Suri. Ada benda kelakar ke?
“Taklah…” Suri meluruskan kakinya. “Dari hari tu lagi kan, I perasan yang you selalu sebut fasal papa you. Papa ajar itu, papa buat ini, papa cakap macam ni, papa… semualah papa.” Dia tersenyum senget. “You memang rapat dengan papa you, eh?”
Aisy mengangguk sekali lagi.
“Baguslah macam tu.” Suri acung jari pada Aisy. “Orang cakap, bila orang lelaki ada role model dan father figure yang selalu ada untuk anak lelaki dia, mesti si anak tu akan jadi orang yang lebih kurang sama macam si ayah.” Dia menyebut semula ayat dia pernah baca dahulu. “I believe you will be a good father in the future too.”
Jeda sebentar.
“Macam jauh lagi aje tu.” Aisy ketawa tak bersungguh. Segan pula apabila topik itu disambung juga oleh Suri. “I sendiri pun kadang-kadang rasa macam I belum mampu nak buat keputusan yang betul untuk diri sendiri.”
Mungkin selama ini, dia yang terlalu hidup di bawah bayang-bayang papa. Kalau papa sudah tiada, siapa agaknya figura yang boleh membantu dia? Dia tiada abang, kakak pun tiada.
Menyedihkan betul.
Suri menelan liurnya kesat. Langit yang bersulamkan awan di langit itu direnung lama. Fikiran juga sibuk mengatur kata sebelum meluncurkan ayatnya.
“You nak tahu? Dulu kan, Bang Yo pernah cakap dekat I-” Suri jeda, “dalam hidup ni, kita takkan pernah tahu bila kita akan yakin sebelum buat keputusan yang betul tu. Tapi kalau kita tak cuba, macam mana kita nak tahu kan?” Dia mengusap-usap lututnya.
“Betul.” Aisy angkat kening.
‘Seronoknya ada abang…’
”So, whatever it is. Kita hadap aje.” Suri angkat bahu. Tangannya sibuk mengemas semula barang-barang ke dalam beg.
“Walaupun orang ambil kesempatan atas kita?” Aisy pandang Suri. Ingatannya masih teringatkan tentang Peja. Sepatah kata maaf pun langsung tidak muncul pada skrin telefonnya.
Sakit hati betul.
“Kalau ada orang ambil kesempatan atas kita, kita la yang kena cuba pertahankan diri sendiri. Kalau orang marah kita, kita marah dia balik!” Suri angkat kepalan buku limanya. Aksi itu sedikit sebanyak menghiburkan hati Aisy.
Damn, she’s really the one.
“Tapi you marah orang lain ajelah. Jangan marah I.” Suri tersengih-sengih. Malu pula rasanya setelah berkelakuan aneh-aneh di hadapan Aisy.
Harapnya Aisy tak akan blok nombor dia di WhatsApp nanti.
Aamin!
Aisy meluruskan kakinya. “I mana berani marah perempuan.”
“Ye ke?” Suri tayang reaksi muka mengusik. Dia mencebik nakal.
Kepala diangguk laju. Aisy toleh ke arah Suri di sebelah. “Lagi-lagi kalau orang yang I suka dan sayang.”
Menggelabah Suri dibuatnya. Terus dia larikan pandangannya ke arah lain. Mata sudah meliar kerana tak mahu tatapan mereka berlanggaran lagi.
Boleh gila rasanya!
“Ehemm… Hmmm…” Suri berdeham kecil. “Untungnya orang tu.” Dia menggosok-gosok lehernya.
‘Aduh, cepatlah Inas! Aku nak balik ni! Aku gelabah! Tapi aku tak nak balik juga. Nanti kena berpisah dari Aisy!’
‘DDRRTT…’ Bunyi getaran telefon menjedakan suasana mereka. Lekas-lekas Aisy menyeluk kocek seluar lalu mengeluarkan telefonnya.
‘Putra is calling…’
“Weh, Megat. Class reschedule. Jom, makan!” jeritan Putra mula kedengaran.
Aisy tarik tali beg galasnya pada bahu semula. Telefon masih dilekap pada telinga. Dia bingkas bangun, tapi dia sempat menoleh sebentar ke belakang.
“I rasa I dah kena pergi ni. You… tak apa ke sorang-sorang dekat sini?” Aisy soal. Dia melilau ke kiri-kanan untuk melihat keadaan sekeliling.
“Tak apa. Inas pun dah nak habis kelas rasanya ni.” Suri berpura-pura melihat pergelangan tangannya.
Tapi, jam tangan yilek. Boleh pula dia terlupa pakai pada hari itu.
Ya Allah. Malunya!
Tawa Aisy menguar.
“Okay, Suri. Take care.” Aisy melambai kecil pada Suri.
Pipi Suri terasa merona membahang apabila langkah lelaki itu semakin menjauh darinya.
Ya Tuhan.
Macam manalah tak berharap kalau beginilah cara mereka berteman.
SUASANA yang agak senyap di meja makan pada pagi itu dianggap normal saja seperti biasa. Mungkin sedikit sunyi kerana selalunya, Qaid la orang yang paling lambat turun untuk makan.
“Macam mana pengalaman observership Kayi minggu ni? Everything is fine?” Tuan Iskandar menegur Kayisa selepas anak gadisnya itu sudah siap makan.
Kayisa angkat muka. Dia pandang mama dan daddy yang sedang melihat ke arahnya.
“Oh, best.” Kayisa jawab sepatah.
“Kakayi dah masuk hospital, pergi ward round, masuk OT, ikut consultant pergi sana sini, tapi Kayi simpulkan ‘best’ aje?” Tuan Iskandar berkerut dahi.
Itulah Kayisa. Mana suka sangat bercerita panjang lebar. Cuba kalau mereka tanya Qaid? Cerita yang bermula dari satu hari bulan lepas pun si anak bongsu itu boleh ungkit lagi.
“Erm, daddy kenal ke Professor Khalid?” Kayisa angkat kening. Lebih bagus kalau daddy tak kenal sebenarnya. Risau juga kalau daddy akan cerita kepada konsultannya itu semula.
Tuan Iskandar angguk. Mustahil kalau mereka sekeluarga tak pernah kenal. Professor Khalid itu antara doktor pakar terkenal di SMMC (SunMount Medical Centre).
“Kayi tak tahulah dia guna mantera apa. Tapi Kayi amaze sangat masa Prof Khalid berjaya yakinkan sorang pesakit cardiac ni untuk undergo another surgery again sebab ada masalah pada mitral valve dia.
Masa tu, anak-anak dia dah banyak kali pujuk dia, siap nak minta umi dia orang masuk ward private lagi. Tapi makcik tu berkeras tak nak, siap cakap ‘umi dah penat dah, along. Umi dah sakit sangat kalau kena operate lagi’. Sampaikan Kayi pun macam kesian pula dengar makcik tu cakap macam tu.” Kayisa bercerita panjang lebar.
Tuan Iskandar dan Puan Soraya semakin tertarik ingin mendengar. Melihat cara Kayisa teruja bercerita pun sedikit sebanyak telah menggembirakan hati mereka berdua.
“Then?”
“He stepped in, and dia duduk sebelah makcik tu. Kayi terkejut sikit sebab dalam ramai-ramai patient yang dia attend, dia cuma duduk dekat depan aje. Lepas tu, dia tanya dulu kenapa makcik tu tak nak operate.” Kayisa menggentel hujung jarinya.
“Kenapa makcik tu tak nak?” Puan Soraya bertanya ingin tahu.
“Dia cakap dia takut susahkan anak-anak sebab kena bergilir ambil cuti kalau dia operate lagi.” Kayisa angkat bahu, “Prof Khalid dengar. Lama tau. Kayi ingatkan dia akan terus cakap pasal survival rate, complication, semua tu. Tapi dia tak.”
“Habis, dia cakap apa?” Tuan Iskandar sempat capai gelas airnya semula.
“Dia tanya, ‘makcik nak hidup lagi tak?’. Masa tu semua orang diam. Makcik tu nangislah. Dia cakap dia nak hidup lagi.” Kayisa bersandar pada kerusi.
Dia sempat jeda sebentar kerana perbualan antara Professor Khalid dan makcik itu masih terasa segar di ingatan.
“Lepas tu barulah Prof Khalid jelaskan semua benda. Dia tunjuk echo report makcik tu, explain dekat mana masalah mitral valve tu, kenapa simptom dia makin teruk, dan apa kemungkinan kalau dia tak buat intervention secepatnya.
Dia siap lukiskan dekat kertas tau, mama. Ada la fasal regurgitation, macam mana darah boleh flow balik sebab valve tak close properly. Lepas tu dia explain kenapa makcik tu selalu sesak nafas dan cepat penat.” Kayisa mula bercakap lebih laju apabila masuk bahagian perubatan.
Kedua-dua ibu bapanya itu saling berpandangan buat beberapa saat dengan renungan ‘can-you-see-how-she’s-so-excited-now?’.
“And his words still sit right in my mind, even now, daddy. Prof tu cakap, ‘Makcik, anak-anak makcik bukan nak makcik hidup sebab mereka perlukan penjaga. Tapi mereka nak makcik hidup sebab mereka masih nak ada umi’.” Kayisa menggenggam kedua-dua belah tangannya di atas meja.
Itulah cerita yang dia rasakan agak menarik untuk diberitahu. Yang lain? Malaslah. Bukannya daddy dan mama faham pun. Lagipun, dia masih tiada mood untuk bercerita panjang lebar fasal apa yang dia lihat di SMMC. Nantilah dia sambung berbual lagi.
“That’s all for today.” Kayisa tuang teh jasmin panas dari teko sebagai penutup cerita.
“That’s it?” Tuan Iskandar angkat sebelah kening.
“Kayi dah pilih program iBSc nanti?” Puan Soraya letak garpunya ke atas pinggan, tanda bihun gorengnya juga sudah selesai dijamah.
Kayisa letak cawan teh itu ke atas meja semula. Kebetulan, semalam dia baru sahaja membaca kos yang ditawarkan kepadanya sebelum membuat keputusan.
“Kayi ada tengok UCL pun ada offer program Medical Physics and Biomedical Engineering.” Kayisa pandang daddy. Dulu, daddy juga telah menamatkan ijazah Biomedical Engineering di University of Oxford.
“Baguslah macam tu. Nanti Kakayi boleh berguru dengan daddy.” Puan Soraya paut bahu suaminya lalu menepuknya perlahan.
Kayisa sudah dapat mengagak, itulah ayat yang bakal diterima. Betul kan tekaan dia? Tapi itu bukan keputusannya. Awal-awal lagi dia mahu menolak kos itu ke tepi.
“I will pass that one. I don’t see myself in an engineering field.” Kayisa menggeleng tak mahu. Jiwanya lebih tertarik dengan biologi sahaja.
“Lepas tu? Kayi nak pilih yang mana satu?” Puan Soraya keliru. Kalau itu bukan pilihan Kayisa, kenapa itu yang disebutkan dahulu?
Kayisa hulur genggaman tangannya lalu mengeluarkan tiga jari. “I have these three options in my mind. First, Women’s Health. Second, Anatomy, Cell and Developmental Biology. Third, Paediatrics and Child Health.”
Tuan Iskandar yang sejak tadi hanya mendengar, menyandarkan siku pada meja sambil memandang anak sulungnya. “Menarik.”
Kayisa panggung muka. “Daddy ingat Kayi akan pilih Biomedical Engineering?” soalnya sambil tersenyum kecil.
Tuan Iskandar menggeleng perlahan. “Tak juga.”
“Habis tu?”
“Daddy cuma curious kenapa dalam banyak-banyak kos yang ada, Kayi terfikir untuk pilih tiga-tiga ni?”
Kayisa mencapai semula cawan tehnya sebelum menghirup seteguk kecil. Sebelum daddy soal, dia dari awal memang sudah bersedia dengan skema jawapannya sejak semester lepas lagi.
“I’ve come to realise that there are still many areas of women’s health that remain under-researched compared with other medical fields,” Kayisa jeda sebelum menyambung kata.
“Let’s take endometriosis, for example. Or Polyendocrine Metabolic Ovarian Syndrome. And I think…. maybe through my YouTube exposure, I can increase the awareness confidently since most of my audience are girls and women.”
Terkebil-kebil Tuan Iskandar merenung Kayisa. Ini memang sah dan terbukti anak Soraya Malika! Memang orang lain tak akan ada peluang langsung untuk berdebat dengan Kayisa atas pilihan yang dia ingini.
Puan Soraya juga tak ketinggalan memandang anaknya dengan senyuman bangga. “Kayi memang dah baca fasal tu?”
Kayisa mengangguk. “Few papers? Yes. And I’ve analysed the insight from my creator tools too. Memang kebanyakan viewers Kayi, 80% daripada mereka semuanya perempuan.”
Tuan Iskandar tidak menyampuk. Dia sekadar membiarkan Kayisa menerangkan apa yang bermain di fikirannya.
“Lepas tu, Anatomy, Cell and Developmental Biology…” Sambung Kayisa lagi. “Kayi memang suka belajar macam mana badan manusia berkembang dari level sel. Rasa fascinating juga kalau Kayi dapat tahu dari awal semua tu berlaku.”
“Daripada apa yang mama dengar, Kakayi nampak lagi tertarik dengan course Women’s Health.” Puan Soraya turut menambah untuk meyakinkan lagi pilihan Kayisa.
Tuan Iskandar tidak lagi bersandar pada kerusinya. Kedua-dua belah tangannya digenggam di atas meja. “Apa-apa pun keputusan Kakayi nanti, mama dengan daddy harap, Kakayi akan enjoy every second of it.”
Kayisa menarik nafas sedalam-dalamnya lalu hembus. Kata-kata daddy tadi sedikit-sebanyak telah mengalih rasa berat yang menghempap dada buat seketika.
Walaupun cuma buat sementara waktu.
“Mama! Ada nampak earphone Qayid tak?” suara Qaid melaung dari tingkat atas mula kedengaran.
Sepi sebentar. Suara Qaid tidak lagi bergema. Tapi tak lama selepas itu, Qaid kalut-kalut datang ke dapur dengan iPad dalam dakapan.
Tuan Iskandar menghabiskan kunyahan sejurus melihat Qaid masuk.
“Qayid, berapa kali daddy pesan. Kalau nak bercakap dengan orang tu, Qayid kena cakap depan muka. Bukan melaung-laung macam tu. Especially dengan mama,” si ayah menegur. Kalau si anak terunanya itu tidak melaung, memang tak sah!
“Sorry, daddy.” Qaid tunduk serba salah. “Tapi, daddy ada nampak juga tak dekat mana earphone Qayid?” belakang kepalanya digaru.
“Mama tak ada nampak la, Ayid. Ayid dah cuba tanya Kak Ina?” Puan Soraya pegang lengan Qaid.
Qaid kelihatan sedikit gelisah. “Ke Qayid tertinggal dekat rumah opa eh…” Dia menarik muncung. Satu masalah pula kalau dia terpaksa beli yang baru pula nanti.
“Hari ni Kayi ikut Qayid pergi PRCKL sekali?” Puan Soraya pandang Kayisa silih berganti.
“Malaslah. Panas.” Kayisa geleng. Dia mahu berehat sahaja di rumah. Atau dia mungkin akan ajak Jannah keluar ke kafe bersama-sama.
“Kakayi hari tu dah janji nak ikut!” Qaid hentak kaki.
“Eh, bila pula Kakayi janji nak teman tiap minggu?” Kayisa menjengil. Pandai-pandai saja si Qaid menetapkan janji sendiri.
“Kakayi, please?” Qaid raih lengan Kayisa, “kalau Kayi tak ikut, nanti Qayid-” Dia jeda, memikirkan idea untuk ugut kakaknya.
“Ha, Qayid apa?” Kayisa angkat muka.
“Qayid… hmmm… Qayid bagi tahu opa yang Kakayi tak suka pun aglio olio yang dia buat.” Qaid acung jari pada Kayisa.
Kayisa tak suka aglio olio. Itu fakta. Tapi dia telan saja masakan opa kerana tak mahu menghampakan atuknya.
Muka Kayisa serta-merta cemberut. Cis! Tak guna punya adik!
“Qayid nak dia sakit jantung ke? Qayid nak tanggungjawab kalau ada apa-apa terjadi dekat opa nanti?” Kayisa pusing semula ayat supaya Qaid serba-salah.
Qaid membuntangkan mata. Cis! Ugutan memakan tuan!
“Ish, apa-apa ajelah. Tapi Kakayi ikut, please? Please?” Qaid menggoncang-goncang lengan Kayisa. Memang dia memaksa. Biarkan!
“You see how your son behaves right?” Kayisa pandang mama dan daddy.
“Qayid nak manja dengan Kakayi la tu. Kakayi kan dah lama tak balik rumah.” Tuan Iskandar terkekeh kecil dengan ragam dua orang anaknya.
“Hesy! Ya la!” Kayisa mengalah. Serabut betul. Memang itulah ayat yang daddy selalu guna untuk menangkan Qaid.
PETANG itu, padang latihan Polo Royal Club KL masih sibuk walaupun matahari sudah mula condong sebelum melabuhkan tirainya. Ian menarik tali kekang kudanya perlahan sebelum berhenti di tepi garisan. Peluh yang membasahi dahinya disapu dengan belakang sarung tangan. Sejak beberapa minggu kebelakangan itu, dia mula terbiasa melihat satu figura yang sama di bangku kayu berhampiran padang.
Kayisa.
Gadis itu duduk bersilang kaki dengan sebuah buku tebal di atas riba. Sesekali dia menunduk membaca, sesekali menconteng sesuatu pada helaian nota. Dari jauh, dia kelihatan seperti langsung tidak memberi perhatian kepada latihan.
Macam mana Kayisa boleh setuju untuk ikut Qaid ke PRCKL kalau pada akhirnya, dia akan membaca saja? Lebih baik membaca dekat rumah, kan? Sekurang-kurangnya ada pendingin hawa, boleh meniarap, dan tak perlu susah-susah keluar rumah.
Sumpah, dia tak faham dengan Kayisa.
Atau Kayisa ada crush lain sebenarnya?
Oh, tidak!!
Ian mengalihkan pandangan semula kepada Qaid yang sedang membetulkan posisi mallet.
“Qaid.”
Remaja lelaki itu menoleh. “Hm?”
Ian menganggukkan kepala ke arah bangku di tepi padang. “Akak kau tu memang selalu datang ke tiap kali training?”
Qaid menjeling sekilas sebelum tersenyum kecil. “Kakayi ke? Haah.”
“Dia tak bosan ke?”
Qaid ketawa pendek sambil mengangkat bahu, “hmmh, kalau kau nak tahu, Kakayi tu boleh duduk baca buku berjam-jam atas kerusi. Tak bergerak pun tak apa.”
Begitulah kebiasaannya. Kalau kakaknya tak membaca, memang sah itu bukan Kayisa.
Ian memandang Kayisa lagi. Angin petang meniup beberapa helai rambut gadis itu, namun dia tetap fokus pada bukunya. Apa yang Qaid katakan itu nampaknya memang betul la. Bukan performative.
Qaid pelik. “Oi, kau jangan nak mengada eh.”
Karang ada juga mallet hinggap belakang tengkuk nanti.
“Aku tanya ajelah. Sebab adik-adik aku tu manalah nak datang tempat panas macam ni.” Ian memberikan alasan supaya Qaid tak salah faham.
Tapi, itu memang betul pun. Johanna dan Isabel manalah berminat dengan hal-hal di padang. Panas katanya. Kalau mereka berdua sudah badmood, memang wassalam. Tanyalah apa pun, memang akhirnya akan makan jelingan. Apa yang mereka suka, shopping dan shopping sahaja.
Begitulah kalau ada adik-beradik perempuan. Memang kena banyak bersabar.
“Dia memang minat polo ke?” Ian jongket kening.
“Bolehlah.” Qaid menggaru tengkuk. “Tapi aku yang paksa dia teman aku dekat sini.” Dia ketawa besar.
Kalau boleh, dia memang nak Kayisa ikut saja dia ke mana-mana. Macam tadilah. Dialah manusia yang paling bahagia apabila Kayisa mengalah dengan dia muahaha.
Dan barulah Ian faham.
Oh, patutlah. Mungkin Kayisa sudah terbiasa dengan rutin begitu. Tapi, entah kenapa dia masih rasa pelik. Kayisa boleh tahan dengan suasana panas di padang? Memang tabik!
BEBERAPA minit kemudian, latihan disambung semula. Formasi baru dibentuk. Ian berada di posisi tengah manakala Qaid di sebelah kanan. Bola dilontarkan, dan permainan terus bergerak pantas.
“Switch right!” jerit Ian sambil mengangkat mallet.
Qaid menerima bola dengan kemas. Dia mempunyai ruang untuk membuat hantaran pendek ke tengah. Tapi saat melihat peluang di hadapan, dia terus memukul bola jauh ke hadapan. Bola melencong jauh dan tersasar hampir dua meter dari laluan sepatutnya.
Ian terus menarik kekang kudanya dengan kuat.
“QAID!”
Suara itu bergema di seluruh padang.
Qaid memperlahankan kudanya dan menoleh. “Sorry.”
Ian memandang tepat ke arahnya. Beberapa pemain lain mula diam dan kuda-kuda mereka turut sama berhenti selepas tali ditarik.
Qaid menelan liur. Memang sah dia akan mati di tangan Ian kali ini.
“Aku nampak ada ruang tadi…”
“Ruang yang mana?” Ian memotong. Dia menunjuk ke arah tengah padang dengan hujung mallet. “Passing lane dekat tengah terbuka sana. Mata kau tengok mana?”
Qaid memandang semula ke arah posisi bola tadi.
“I thought — ”
“Don’t think.” Nada suara Ian semakin tegas. “Read the field. Padang sekolah kau lain ke dengan padang sini?”
Wadi sempat tepuk lengan Imanuel. “Apasal dia baran melebih tu hari ni?”
“Adik dia buat hal lagi la tu kut.” Imanuel berbisik, sudah faham dengan perangai Ian yang memang tegas semasa bermain. Tapi kalau dah begini la caranya, mesti ada benda lain yang mengganggu fikiran Ian.
Siapa main-main, memang awas. Coach Sam pun boleh angkat tangan awal kalau Ian sudah melangkah ke depan sebagai ‘ketua’.
Ian menghampiri sedikit dengan kudanya sebelum menyambung, “Kau dah buat drill ni berapa kali minggu ni?”
Qaid terdiam.
“Again.”
“Ian…” salah seorang pemain lain cuba bersuara.
“Again,” ulang Ian tanpa mengalihkan pandangan daripada Qaid.
Qaid mengangguk perlahan. Dia memusingkan kudanya semula.
Dari bangku di tepi padang, Kayisa mengangkat kepala daripada bukunya. Keningnya bertaut halus apabila melihat riak wajah adiknya.
‘Oww… brother, that’s not it.’
Selama ini dia memang tahu Ian serius semasa latihan. Tetapi tadi… nada suaranya jauh lebih keras daripada biasa. Berani kau marah adik aku?
‘Okey, tak apa Kayisa. Baru sekali. Sabar dulu.’
Latihan diteruskan.
Qaid cuba mengikut setiap arahan. Namun selepas beberapa pusingan, satu lagi kesilapan berlaku apabila dia terlewat masuk ke ruang pertahanan.
Ian mengeluh kuat. “Qaid, fokus.”
“Aku dah fokus. Aku-”
“Kalau kau fokus, kau takkan lambat dua saat. Every second matters, Qaid. Fikir!” Ian mencantas laju.
Qaid mengetap bibir. Rasa segan mula menerpa setelah diperhatikan oleh beberapa lagi pemain di sekitar mereka.
Ian masih belum berhenti. “Kau bakal lead team semester depan, kan? Kalau kau sendiri tak boleh baca tempo permainan, macam mana orang lain nak ikut kau? ”
Ayat itu membuatkan Qaid terus diam. Dia hanya mengangguk dan kembali ke posisi.
Kayisa yang memerhati dari jauh mula tak sedap hati. Pembacaannya sedikit terganggu kerana tak suka melihat adiknya dimarahi begitu. Dan dia nampak, semangat Qaid yang biasanya berkobar-kobar tadi sudah tak sama. Bahunya kelihatan sedikit jatuh, dan dia mula kurang bercakap dengan pemain lain.
SELEPAS hampir dua jam di padang, permainan sudah tamat ketika langit mula bertukar jingga. Semua pemain membawa kuda masing-masing kembali ke stable.
Qaid turun dari kudanya dengan langkah perlahan sebelum membuka helmet. Peluh yang menitis di pelipisnya dibiarkan tak dilap. Tangannya pantas mengusap leher kuda itu sebelum menyerahkan tali kekang kepada penjaga stable.
Ian berdiri beberapa meter daripadanya. Lelaki itu sedang berbual ringkas dengan Coach Sam. Untunglah Coach Sam dapat cuti hari ini. Memang suara Ian sajalah yang melantun di padang tadi.
Dari jauh, Kayisa sudah simpan bukunya ke dalam beg. Dia berjalan menghampiri Qaid dengan telefon di tangan.
Kayisa segera menghampiri. “Qayid.”
Qaid angkat kepala tak semangat. “Hm?”
Aik? Rajinnya Kakayi berjalan cari dia dulu?
“Balik nanti Qayid nak makan apa?” Kayisa soal. Mungkin dengan makanan dapat menceriakan semula hati Qaid.
Dia memang nampak selalu menyampah dengan adiknya. Tapi satu fakta yang orang lain patut tahu, cuma dia sahaja yang boleh marah Qaid!
Qaid tersenyum kecil walaupun jelas keletihan. “Scallop butter.”
Kayisa ketawa kecil, terhibur dengan Qaid. Muka nampak sedih, tapi sempat lagi fikir nak makan apa.
“You did great today.” Kayisa hulur kain kepada Qaid untuk lap peluh.
Tapi, dia sudah berundur tiga langkah ke belakang, bersedia kalau Qaid akan lempar kain peluh itu kepada dia. Maaf, itu memang refleks kerana sudah terbiasa.
“Heh, great apanya.” Qaid menjuih. “Kakayi nampak Qayid macam teruk sangat ke masa main tadi?” Dia sempat tergelak kecil sambil membuka sarung tangannya. Tak payah nak jaga hati orang sangatlah, Kakayi.
Tawa itu bukan sebab kelakar, tapi malu! Sebelum-sebelum ini pun, dia memang sudah terbiasa dimarahi coach yang sering melatih dia. Tapi rasanya, kali ini lebih berganda malu kerana dia adalah budak baru di dalam tim itu.
Rodi, walaupun tak banyak cakap, tapi cekap menghayun mallet.
Wadi pula, angle adjustment dia memang mantap.
Rasanya, mesti Harzan dan Adib tengah sakan ketawakan dia sekarang. Ya la, mungkin dia menang tempoh hari pun atas nasib semata-mata.
“Biasalah kalau kena marah. Kan Qayid baru adapt dengan tim baru.” Kayisa memujuk. “Nanti lama-lama pandailah tu.”
Errr… adakah pujukan itu diterima? Sungguh, dia tak pandai pujuk orang.
“Kakayi nak cakap performance Qayid memang teruk la ni?” Qaid menarik cebik. Merajuk la macam ni!
Kayisa membulatkan mata.
Eh, siapa yang perempuan sekarang?
HIDANGAN seared scallops with garlic butter dinikmati bahagia oleh Qaid. Bahunya menari-nari gembira saat isi kekapis itu sudah mencair di dalam mulut. Ya Tuhan, sedapnya! Segala keributan yang melanda serta-merta hilang sewaktu makan. Benarlah, makanan memang dapat mengubati hati yang sedang gundah.
Dari depan, Kayisa turut mengopek kulit udang untuk diberi kepada Qaid. Dua biji pinggan berisi kekapis juga didekatkan pada tangan adiknya. Biarlah Qaid dulu yang makan memandangkan pastanya yang baru dipesan tadi masih belum sampai.
“Kakayi tak payahlah buat. Nanti Qayid buat sendirilah.” Qaid menegah Kayisa.
Selalunya Kayisa bukan main pemalas lagi nak mengupas sendiri kulit udang. Kadang-kadang, Kayisa pun lebih rela tunggu daddy yang kopekkan atau dia tak akan menjamah langsung hidangan udang.
Tapi hari ini, pelik pula.
“Qayid nak makan ke tak?” Kayisa panggung muka. Pisau dan garpu masih lagi dipegang kemas.
Qaid angguk dengan pipi yang mengembung penuh.
“Ha, diam.” Kayisa sambung mengopek semula. Banyak bunyi pula.
“Kalau daddy tak kerja mesti dia suka juga makan dekat sini.” Mulut Qaid masih sibuk mengunyah. Matanya melilau, merenung setiap inci restoran yang disinggah sekarang.
“Kalau daddy tak kerja mesti dia suka juga makan dekat sini.” Mulut Qaid masih sibuk mengunyah. Matanya melilau, merenung setiap inci restoran yang mereka singgah petang itu.
Kayisa mengangguk kecil sambil menolak semangkuk kecil sos mentega ke tepi. Udang yang sudah siap dikupas diletakkan satu demi satu ke dalam pinggan adiknya.
“Nanti hari lain kita datanglah dengan daddy, mama sekali.” Kayisa tersenyum nipis.
Memang begitulah kebiasaannya. Kalau Kayisa pulang, cuma dia sahaja ‘teman makan’ Qaid, berdua. Kalau dia tiada? Qaid akan makan sendirian saja.
Qaid memandang isi udang yang semakin bertambah di dalam pinggannya. “Kakayi…” Dia mengeluh kecil. “Nanti Kakayi tak cukup makan pula.” Muka pinggan ditutup dengan kedua-dua belah tangan.
“Kakayi dah order pasta la.” Kayisa merengus. “Qayid makanlah.”
Qaid menggaru tengkuknya perlahan. “Tak payahlah, Kayi. Rasa bersalah la pulak.”
Kayisa melirik matanya pada Qaid. “Eleh. First time ke?”
Qaid tarik cebik lantas bersandar pada kerusi. “Eeiy. Malaslah.”
Kayisa ketawa kecil melihat muka tidak puas hati adiknya. Akhirnya, dia suap juga seekor udang ke dalam mulut.
“Puas hati?” Kayisa jungkit kening.
“Observership Kakayi hari tu macam mana?” Qaid soal. Kali ini nadanya berubah sedikit serius. Dia terlalu sibuk juga dengan urusan sekolah sehingga tak sempat berbual dengan Kayisa.
Lagipun, Kayisa pun selalu berkurung di dalam bilik saja.
Kayisa mengangkat bahu kecil. “Okey aje.” Dia mencapai cawan tehnya lalu menghirup seteguk. “Kayi banyak observe daripada bercakap. Pergi ward round, tengok case, rehat, minum kopi.”
“Best?”
“Best.”
“Operation ada juga ke, Kakayi?”
“Ada.”
“Dia orang bagi ke Kakayi pegang scalpel tu?” Qaid soal ingin tahu. Takjub juga. Dalam ramai-ramai sepupu belah papa, cuma Kayisa seorang saja yang cenderung ke arah doktor dan perubatan.
Kayisa geleng. “Mana ada la. Kakayi tengok aje dari jauh, ambik nota, dengar doktor borak-borak. Lepas tu Kayi move on, kena ikut pergi floor lain pula.”
“Hmm…” Qaid mengangguk perlahan, seolah-olah berpuas hati dengan jawapan itu. Namun beberapa saat kemudian, senyuman nakalnya muncul semula. “Dekat situ ada jumpa doktor handsome tak?”
Kayisa yang baru hendak mencicip teh hampir saja tersedak. Dia meletakkan semula cawan itu perlahan-lahan sebelum menjeling adiknya.
“Qayid ni…” Dia menghela nafas pendek sambil menggeleng. “Buat apa nak intai doktor handsome ke tak? Orang pergi situ sebab nak belajar.” Serabut pula rasanya. Beberapa hari lepas, Teja yang tanya. Kali ini, adiknya pula nak menyergah dengan soalan begitu.
Qaid mengangkat bahu selamba. “Saja tanya. Mana tahu kalau Kakayi dulu yang bertunang sebelum Abang Idris.” Nama sepupu mereka itu disebut.
Megat Idris, sepupu sulung yang setara dengan Kayisa. Ibaratnya, Kayisa ialah Idris versi perempuan, dan Idris pula Kayisa versi lelaki.
“Tak payah tanya benda bukan-bukan. Makan.” Kayisa tunjuk pada pinggan di hadapan Qaid.
“Habis tu…” Qaid menyenggol sedikit gelas airnya dengan hujung jari. “Dekat UCL pun tak ada ke?” Dia menebak lagi.
“Tak ada.” Kayisa menjawab tanpa berfikir panjang sambil menyambung semula mengopek seekor lagi udang.
Qaid menjuih bibir panjang. “Cis…” Dia menyandarkan kepala pada kerusi dengan riak kecewa yang dibuat-buat. “Qayid baru berangan nak dapat anak buah muka belah Europe sikit.”
Kayisa terus mengangkat muka. “Ha?”
Apa benda pulalah adik dia merepek sekarang…
“Usaha la sikit, Kakayi.” Qaid tersengih lebar sambil mengangkat kedua-dua belah keningnya berkali-kali. “Family kita ni dah ramai muka Melayu. Sekali-sekala kita upgrade genetik.”
Kayisa terus mencapai napkin di atas meja lalu menggumpalkannya kecil. Tanpa ditahan, dia baling napkin itu pada Qaid. Mukanya terasa membahang halus pula apabila diusik begitu.
Tak suka!
PINTU kelas ME 3.4 dikuak oleh Alis dengan sebuah beg galas berwarna hijau lumut disangkut pada bahu. Tak cukup dengan itu, botol air Montigo kuning cair turut dipegang dengan tangan kiri.
Kalau keadaan di dalam kelas tadi riuh, kini sudah berubah senyap selepas Alis sudah masuk ke dalam ruang kuliah mereka. Dan si kecil Isaac yang memakai t-shirt linen kuning lengan pendek turut mengekori langkah mamanya dari belakang.
“Awhhhh!!” serentak, bunyi suara para pelajar bergema kerana masing-masing geram dengan kecomelan Isaac.
Apa? Ingat ayah dia seorang sajakah yang terkenal? Dia pun terkenal okey.
“Sorry, class. Nanny dia cuti hari ni. Have to bring him along sampai I clock out nanti, haihhh…” Alis melepaskan keluhan kecil selepas meletak barang-barangnya ke atas meja.
Isaac menarik kerusi tanpa menunggu arahan mama. Lenguh rasanya berjalan semata-mata nak sampai di dewan kuliah. Kan seronok kalau duduk kat rumah aje.
“Dr! Your son is soo cute!” puji seorang gadis bertudung hitam yang duduk di barisan hadapan meja.
“Betul la, weh. Muka dia ikut ayah, mata dia sebijik bulat ikut mama dia…”
Terdengar bisikan-bisikan kecil yang tak henti-henti berbual fasal Isaac di meja masing-masing. Tak sangka, ada juga rezeki mereka dapat berjumpa dengan si anak artis itu di dewan kuliah. Lepas ni memang wajib sebarkan cerita dekat Threads!
“Isaac duduk dekat sini dulu diam-diam. Ini air awak. Jangan kacau kakak dengan abang belajar nanti, okay?” Alis berpesan.
“Okey, mama!”
Isaac akur sahaja dengan pesanan mama. Dia duduk dengan sopan di atas kerusi sambil mengangguk. Mama pula dah tolong hidupkan iPad dan pasangkan video kegemarannya di YouTube. Semestinyalah video fasal dinosaurus dan jenis-jenis kereta!
Alis bercekak pinggang sambil menarik nafas. Tak sangka, penat juga rasanya apabila membawa anak ke tempat kerja. Dia pula berkejaran kerana sudah terlewat 10 minit daripada waktu yang dijanjikan.
Tapi, itulah apa yang para pelajar suka kan? Eleh, dia pun pernah muda la dulu-dulu.
“Back to our previous class, kita berhenti dekat part mana last week?” Alis buka komputer ribanya. Wayar HDMI juga lekas-lekas disambung dengan projektor supaya lebih cepat kelas mereka dapat dimulakan.
“L1 to L2 interference, doctor!”
“Let’s revise. Which method is suitable to teach children in order for them to acquire a second language faster?” Alis cekak sebelah pinggang.
“OPOL! One parent, one language.”
“Question, doctor,” seorang pelajar lelaki bernama Hadzim itu angkat tangan. Alis angguk kecil, memberi ruang kepada dia untuk bertanya.
“Sorry if the question sounds too personal, but how about your child, doctor? You implement OPOL juga ke dengan Isaac?” Hadzim soal sambil pusing pen di tangannya.
Alis angguk. “Betul. Most of the time, Isaac catches up with Bahasa Melayu dengan ayah dia, and English with me. Sometimes he adapts a little Mandarin dengan Tok Bah dia.”
Seluruh kelas terkejut. Isaac pun sudah belajar Mandarin?
Wah, memang bukan biasa-biasa rupanya si anak kecil itu!
“Jadinya, kalau doktor cakap BM dengan Isaac, dia respond dalam English atau BM?”
Alis toleh ke tepi. Isaac nampaknya sudah agak mengantuk di kerusinya, “Isaac, lepas mama habis kelas nanti Isaac ada nak pergi mana-mana, tak?”
“Rumah.” Isaac menjawab sepatah.
“Oooh!” suara para pelajarnya kembali bergema.
“Mama… why kakak call you doctor? You are a teacher. You teach people!” Isaac menyampuk sejak dari tadi menjadi pendengar. Sudah lama dia bingung, kenapa orang panggil mama dia doktor? Mama bukan kerja dekat hospital la.
Alis terus terdiam beberapa saat. Satu dewan kuliah kecil itu ikut senyap sebelum beberapa orang pelajar mula menahan ketawa.
Isaac pula masih memandang polos ke arah ibunya dari atas kerusi di hujung meja pensyarah, langsung tidak sedar dia baru sahaja memotong perbualan orang dewasa dengan serius.
“See?” Alis menuding kecil ke arah anak lelakinya itu dengan bibir terangkat senget, “this is what we call natural language acquisition. We do use OPOL, but this is the uniqueness of language. Kadang-kadang, dia akan jawab ikut bahasa yang dia rasa paling selesa nak bercakap.”
Satu kelas terus tergelak kecil.
Isaac berkerut dahi. “But mama is teacher.”
“Doctor can also be a teacher,” salah seorang pelajar perempuan mencelah sambil tersenyum.
Budak kecil itu termenung lama seolah-olah sedang memproses maklumat baharu. Kemudian, dia memandang semula Alis dengan mata membulat.
“So… mama is doctor teacher?”
Kali ini, ketawa seluruh kelas benar-benar pecah, terhibur dengan reaksi Isaac yang mengambil masa agak lama untuk berfikir.
Alis menutup wajah sebentar dengan fail di tangan sebelum ketawa sama. “Yes, Isaac. Mama works as a doctor teacher.”
Satu hal pulalah dia harus menerangkan tentang pekerjaannya kepada Isaac nanti.
Isaac akhirnya tersengih puas hati. Kakinya dihayun perlahan dari kerusi tinggi itu sebelum dia kembali memeluk botol air kecilnya.
“Okay,” Alis berdeham kecil sambil cuba menyambung kelas semula. “Back to the question tadi. Isaac biasanya respond ikut language dominance dia masa tu. Kadang-kadang BM, kadang-kadang English. Itu normal untuk bilingual children.”
“Dia pernah confuse tak?”
“Not really confused. More like mixing. Which is normal too.” Alis mencapai marker sebelum menulis sesuatu pada papan putih, “code-switching among bilingual kids actually shows they understand both systems.”
Baru sahaja dia mahu menyambung penerangan, suara kecil Isaac kedengaran lagi.
“Mama.”
Alis pejam mata sesaat. “Yes?”
“I’m hungry.”
Beberapa pelajar terus menekup mulut menahan ketawa.
“Isaac, kan tadi mama dah bagi roti.” Alis melepaskan nafas. Hesy! Banyaknya gangguan hari ini!
“Tadi Isaac makan. Sekarang Isaac lapar. Isaac hungry!” budak kecil itu menarik cebik sedih. Begitulah perangai budak-budak. Akan ada sajalah tingkah yang dilakukan semata-mata untuk menarik perhatian orang.
Satu kelas sudah mula ketawa lagi. Ada yang diam-diam mengeluarkan telefon mahu merakam, tetapi terus menurunkannya semula apabila Alis memandang sekilas.
Alis menggosok dahinya sendiri.
Inilah akibatnya apabila bawa anak ke dewan kuliah. Tapi, nak buat macam mana? Dia langsung tak sempat untuk minta tolong ahli keluarganya untuk menjagakan Isaac kerana jarak rumah mereka yang sedikit jauh. Mama mentuanya juga tiada kerana sibuk menjaga birasnya yang baru saja bersalin dua minggu lepas.
“Okay, okay. I give you nuggets.” Alis ambil bekas kecil tupperware dari dalam beg. Dia hulur kepada Isaac, menyuruh dia membukanya sendiri.
Tangan kecil itu buka bekas seperti yang disuruh.
“Isaac eat and sit here quietly first.” Alis mengusap kepala Isaac lembut, dengan harapan anaknya itu akan memberikan kerjasama penuh dengannya.
Isaac menurut juga akhirnya walaupun wajahnya masih penuh penderitaan kononnya. Dia capai sekeping nugget berbentuk dinasour itu lantas dikunyah dengan mulut termuncung-muncung sedap.
Betul kan? Memang attention seeker.
Kemudian, Alis kembali menghadap pelajar.
“So, where were we? Ah — language exposure consistency!” Dia menulis beberapa poin pada papan putih. “Actually, ramai parents misunderstand bilingual development. They expect children to separate both languages perfectly from the beginning.”
Seorang pelajar perempuan mengangkat tangan, “Macam Isaac, dia naturally campur bahasa sebab environment dia supportive ke, doktor?”
“Partly yes.” Alis mengangguk. “Children usually don’t see language as separate boxes pun. For them, language is a communication tool. Kids are smart too. Otak dia orang memang macam span.” Dia lukis bentuk otak pula di papan putih.
Isaac ketawa kecil di kerusinya. “Big big brain!”
“So, OPOL can be helpful because it increases exposure and creates a predictable language environment. But remember, it is not a magic formula.”
Alis menulis beberapa kata kunci.
Exposure. Interaction. Consistency.
“The most important factor is not just how many languages the child hears. It is whether the child has meaningful interaction in those languages,” muncung marker itu ditutup semula.
Seorang pelajar perempuan; Wani mengangkat tangan.
“Doctor, kalau parents tak ikut OPOL sepenuhnya, adakah anak masih boleh jadi bilingual?”
“Of course.” Alis angguk lagi. “OPOL is one strategy, NOT the only strategy. Some families use a mixture of languages, some follow a time-based approach, some use one language at home and another outside. Contoh dekat luar, anyone?” Dia pandang satu-persatu muka pelajarnya.
“Dekat sekolah!” Hana angkat tangan.
“Ya, betul. Sekolah.” Alis angkat ibu jari.
“Wah, good job, kakak! Kakak get one sticker!” Isaac turut angkat ibu jari. Begnya diselongkar untuk mencari buku stiker yang dibawa bersama.
Alis hanya mampu ketawa saja. Isaac turun dari kerusinya lalu membawa buku stiker itu untuk diberi kepada Wani. Kemudian, sekeping stiker berbentuk Snoopy ditampal pada tangan pelajar perempuan itu.
“Thank you, Isaac!”
“You are wekam, kakak!” Isaac sengih. Dia kembali ke kerusinya semula.
“As we know, kanak-kanak di Malaysia akan tetap belajar English di sekolah sebagai bahasa kedua. Dan dekat rumah, dia akan boleh mantapkan lagi penggunaan bahasa bila dia kerap berinteraksi dengan orang yang boleh keep up dengan medium komunikasi dia. Kalau dari awal parent dah implement English di rumah, tak mustahil anak kita dah boleh maju ke depan.”
“And disclaimer, we as Isaac’s parents, we’re not forcing him to learn all languages at once. We simply interacted a lot with him to give more exposure. Dan yang paling penting, kena sabar kalau dia dah banyak tanya.”
Contoh banyak tanya itu, akan disambung di rumah.
Tapi nanti, biar si bapak pula yang menjawab.
JAM 7:30 malam, kereta Mazda CX5 merah yang dipandu oleh Alis akhirnya sampai juga di garaj rumah. Sejak dari tadi lagi, Alis sudah tak sabar-sabar untuk sampai ke rumah kerana terlalu penat untuk melayani celoteh Isaac.
Sepanjang perjalanan, tak habis-habis Isaac bertanyakan dia soalan, dan seronok bercerita tentang harinya di sekolah. Tak perlu pasang radio pun tak apa. Suara Isaac sudah cukup untuk menyerikan sepi di dalam kereta.
Di pintu rumah, Iqbal juga baru sampai 15 minit yang lepas. Dia keluar semula untuk mengambil Isaac yang duduk di carseat belakang. Apabila pintu dibuka, suara Isaac terlebih dahulu menyapanya.
“Ayah!!” Isaac menjerit suka.
“Macam mana Isaac dekat ofis mama hari ni? Seronok?” Iqbal membukakan tali pinggang keledar untuk Isaac.
“AYAH! TADI KAN, MAMA KAN, MAMA JADI DOKTOR!” Isaac menyampaikan teruja. Termuncung-muncung mulutnya sambil tunjuk pada Alis yang sedang mengambil beg di boot kereta.
“Iya? Mama jadi doktor? Dia cucuk orang ke?” Iqbal menurunkan Isaac ke bawah.
Alis diam. Sungguh, dia dah tak ada tenaga nak melayan orang. Kalau Iqbal sengaja cari fasal dengan dia nanti, memang dia kokak kepala lelaki itu nanti. Aku penat ni! Penat!
“Mama jadi doctor teacher!” Isaac angkat tangannya, menunggu ayah untuk pakaikan tali beg pada bahu.
“Aik? Pilih satu ajelah. Kenapa mama jadi doktor dengan teacher pula?” Iqbal keliru. Boleh percaya ke budak ni?
“Ayah tanya mama la.” Isaac tunjuk pada Alis yang sudah berjalan ke pintu.
Alis pula menoleh setelah mendengar namanya disebut. Dia bertatapan mata dengan Iqbal. “Diam.”
“Orang tak cakap apa-apa pun…” Iqbal menggumam perlahan. Tak fasal-fasal dia kena marah pula.
Isaac yang berdiri di antara mereka berdua hanya memandang kiri dan kanan.
“Mama tired?”
Soalan polos itu membuatkan Alis terdiam sekejap.
Dia memandang anaknya yang masih memakai beg sekolah kecil itu. Kemudian dia menghela nafas panjang. “Mama is so soo tired today. Very tired. Mama nak masuk rehat dulu boleh?”
Isaac terus mengangguk seolah-olah faham. Langkah Alis pula sudah maju ke depan untuk segera masuk ke dalam rumah.
Iqbal yang mendengar terus tersenyum kecil.
“Hari ni Isaac buat apa dengan mama?”
“Mama ajar budak-budak besyar!”
“Budak besar?” Iqbal mengangkat kening.
“Ya, ayah!” Isaac membuka tangannya luas-luas. “Besar macam ni!”
“Oh, maksudnya pelajar-pelajar mama ke?” Iqbal jongket kening.
Isaac mengangguk laju. “Mama tulis-tulis. Mama cakap banyak-banyak. Kakak-kakak dengar!”
Iqbal tersenyum sambil mengambil beg dari tangan Alis. “Itu kan kerja mama. Mama kan Doctor of philosophy. Bukan doctor hospital.”
Alis menjeling. “You ni, dia bukan faham pun philosophy tu apa.”
“Apa? I explain awal-awal la dekat dia biar dia tahu awal. Nanti dia tanya, I explain la lagi.” Iqbal membuntuti langkah Alis dari belakang.
Senyap. Alis melepaskan begnya ke atas lantai lalu melabuhkan duduk di atas sofa. Kaki dilunjurkan. Ya Tuhan, seronoknya duduk rumah!
Isaac terus berlari ke dapur untuk mengambil snek jeli di dalam peti ais. Kemudian, dia berpatah balik ke ruang tamu.
“Mama!”
Alis yang sedang pejam mata terus celik. “Apa?”
“Esok Isaac ikut mama lagi?” nada suara itu penuh harapan.
Alis terus diam. Dia teringat bagaimana sepanjang hari tadi dia perlu mengajar sambil memastikan Isaac tidak melukis pada nota kuliah, tidak mengganggu pelajar, dan tidak mengumumkan setiap kali dia lapar.
Oh, tidak. Kalau ada kursus untuk kekalkan ‘streak bawa anak ke tempat kerja’ itu dijalankan, semestinya dari awal lagi dia sudah pancit.
“Tak.”
Wajah Isaac terus berubah. “Why?”
“Sebab mama penat nak layan Ijack,” katanya jujur.
Iqbal yang baru keluar dari dapur di belakang mereka terus terbatuk menahan ketawa. “Sayang…”
“What? I’m honest.”
Isaac mencebik kecil. “Mama garang.”
“Ya. Mama garang sebab mama penat. Awak tadi aktif sangat masa mama tengah mengajar.” Alis mengomel. Lepas ni, harapnya giliran Iqbal pula la yang akan bawa Isaac ke pejabat nanti.
Kemudian, tanpa disangka, Isaac datang memeluk kaki Alis. “Okey, mama. Mama rest.”
Alis terdiam. Penat yang dari tadi melekat pada bahunya seolah-olah hilang sedikit. Dia tunduk lalu mengusap kepala anak kecil itu. Memang dia penat melayani celoteh Isaac, tapi dia cuba juga untuk menahan rasa geram itu. Lebih baik anak banyak cakap semasa sihat daripada tak bercakap kerana sakit.
“Thank you, sayang.” Alis memeluk tubuh Isaac kemas.
Iqbal yang melihat dari belakang hanya tersenyum kecil. Dia cepat-cepat melompat ke atas sofa lalu memeluk tubuh anak dan isterinya itu erat. “Ayah pun nak juga!”
“Ihh syiibukkk!!!” Isaac menolak tubuh ayah ke tepi.
Mereka bertiga serentak ketawa.
https://medium.com/media/6b233e57d0c23814ba160f57c7a26b36/href
KALAU ditanya, apakah hasrat yang paling kerap dihantar oleh utusan doa, ada satu perkara saja yang dia berharap akan mampu berputar semula. Jika diizinkan, dia mahu bertemu dengan Qaseh Inara jauh lebih awal dari takdir yang telah tertulis.
Supaya Inara tidak perlu diselubungi ketakutan.
Supaya Inara dapat menjalani hidup bebas sepanjang hayatnya.
Supaya Inara akan dapat menikmati bahagianya kehidupan berumah tangga buat seumur hidupnya.
“Memenuhi hajat anak teruna kami — Emir Ariyan bin Haji Ghafar, anak sulung kepada Yang Berbahagia Dato’ Haji Ghafar bin Ahmad Mukhlis dan Yang Berbahagia Datin Seri Azura binti Haji Yaakub, sebagaimana yang telah dipersetujui bersama, untuk bernikah dengan puteri tercinta kepada Yang Berbahagia Mejar Jeneral Dato’ Sri Fadzli Hisyam bin Haji Jaafar dan Yang Berbahagia Datin Sri Rozana binti Daud.”
Mata Emir terpejam rapat. Seluruh tubuhnya terasa lemah untuk terus berjuang habis-habisan. Namun, telinga masih dapat mendengar suara rintihan seseorang dari tepi, berselang-seli dengan suara para petugas medik yang bertindan di sekelilingnya.
“Aku terima nikah Qaseh Inara binti Fadzli Hisyam dengan mas kahwinnya 25 dinar emas tunai,” Emir menyebut ayat penuh dengan tanggungjawab itu lancar.
“Please… save my husband…” Rayuan penuh desakan itu masih dapat didengar walaupun samar-samar. Dia cuba untuk membuka mata, tapi semuanya tetap kelihatan gelap.
Ketika suara nyaring ambulans menemani mereka pada sepanjang perjalanan, esak tangis Inara lebih jelas bergema di dalam fikiran Emir.
Tangisan yang penuh penyesalan.
Tangisan yang benar-benar berharap agar itu hanyalah sekadar mimpi sahaja.
Kini, suara itu tiada lagi di sisinya.
“Sir? Can you hear me?” Suara seorang doktor lelaki mula kedengaran. Tepukan halus pada pipinya mula terasa. “Open your eyes for me.”
Sedaya-upaya dia cuba untuk memberi reaksi kepada panggilan itu. Tapi dia sudah tidak berdaya untuk mencelik mata lagi. Dia sudah terlalu penat untuk bangun.
“Kau tahu segalanya fasal aku, Hans. Aset aku, properties aku. Kau boleh larikan semua tu kalau itu apa yang kau nak.”
“Losing properties won’t make you hurt, Em,” Hans tersenyum sinis. “That’s not even your concern.”
“Dah habis ke?” Zarif datang mendekati Hans dan Emir. “Come on la, Em. Awal lagi kalau nak K.O sekarang. Kau nak jumpa bini kau, tak?”
“Stay with me … Emir. Stay with me please, sayang? You boleh dengar suara I, kan?” suara Inara bergetar. “Ya Allah …. Emir.”
Bangun, Emir. Kau kena bangun untuk Inara, untuk mama, untuk daddy.
“Seventy systolic!”
“Start transfusion now!”
“We’re taking him to surgery.”
(Matterhorn Glacier Ride, Zermatt, Switzerland.)
Imbas kembali.
UDARA dingin yang menyapa wajah mereka terasa semakin menggigit apabila kabin kaca itu bergerak perlahan meninggalkan stesen Trockener Steg. Mujurlah Inara sudah bersiap sedia dengan moisturiser di dalam beg. Sempat dia pakaikan pada pipi Emir yang memerah kerana kesejukan. Siap menyapu, Inara pakai semula sarung tangannya.
Dari dalam Matterhorn Glacier Ride, seluruh hamparan gunung bersalji kelihatan seperti lukisan yang terlalu sempurna untuk disentuh dengan tangan. Mereka seperti hidup di dalam sebuah mimpi.
Inara berdiri rapat di sisi tingkap sambil memandang keluar dengan mata bercahaya. Jemarinya yang bersarung sarung tangan tebal itu melekap perlahan pada kaca.
“Cantiknya…” Dia teruja.
Di bawah sana, Zermatt kelihatan semakin mengecil. Kabus putih pula berarak perlahan di celah banjaran Alps yang terbentang luas di hadapan mata. Indah. Sungguh indah.
Emir yang berdiri di sebelah hanya memandang Inara sambil bibirnya mengulum senyum kecil. Sejak mereka sampai ke Switzerland, dia perasan akan satu benda.
Inara lebih banyak tersenyum.
Itu sudah lebih cukup untuk membuatkan dia berasa bertambah-tambah bahagia.
“You gembira ke dah datang sini?”
Inara menoleh sedikit sebelum mengangguk. “I rasa macam ni mimpi la.” Dia ketawa kecil. “Macam mana I boleh sampai dekat sini dengan you pun I tak tahu.”
“Passport kita kan lepas imigresen, mestilah boleh sampai.” Selamba saja Emir menjawab. Memang dia sengaja berloyar buruk begitu.
Inara terus menjeling tajam. “You ni memang tak boleh romantik lama-lama ke?”
Dasar joykiller!
Emir ketawa perlahan sebelum menarik tubuh Inara rapat ke sisinya.
“I serius la.” Dagu lelaki itu dilabuhkan di atas kepala Inara beberapa saat. “Kadang-kadang I sendiri pun tak percaya kita dah kahwin. Dulu you selalu nak lari dari I. Sekarang, padan muka you. You dah kena teman I sampai bila-bila.”
“You menyesal ke?” Inara bertanya tiba-tiba.
Dahi Emir berkerut. “Nak menyesal apa ni, sayang?” Kena sampuk apa pulalah Inara ni.
“Entahlah.” Inara tunduk memandang cincin pada jari manisnya sendiri. “Mungkin hidup you jadi susah lepas kahwin dengan I.”
Emir diam seketika. Kemudian, dia mengangkat dagu Inara perlahan supaya wanita itu memandangnya semula.
“Dengar sini elok-elok, sayang.” Nada suaranya serius kali ini. “I always feel like I’m the luckiest man alive to have you.”
Senyap. Kata-kata Emir membuatkan Inara berfikir sejenak.
Apa yang ada pada dirinya sehingga Emir sempat bertanggapan begitu padanya?
“Kalau boleh, setiap hari I nak balik rumah jumpa you.” Emir tersenyum kecil. “I nak gaduh fasal benda kecil dengan you. Nak dengar you mengadu fasal dry cleaning. Nak teman you tidur. Nak bangun pagi sebelah you. That kind of life… is everything I want to do with you, Inara. I memang dah lama teringin nak bahagiakan you, sayang.”
Pipi Inara mula terasa hangat. Walaupun sudah berkahwin, dia masih segan dengan luahan hati Emir.
“You bunyi macam orang tua sangat la.” Spontan saja ayat itu meluncur keluar dari mulut Inara.
Aduh! Bukan itu yang dia mahu ucapkan.
‘I pun nak hidup bahagia dengan you, Emir.’
‘I pun sayangkan you.’
Itu yang dia mahu beritahu!
“Memang pun.” Emir mengangkat bahu selamba. “I nak hidup lama dengan isteri I.” Orang tua pun orang tua la. Janji dia dah ‘ikat’ Inara untuk hidup selamanya dengan dia muahaha.
HARI itu, seramai dua orang pelawat telah dibenarkan untuk masuk. Iqbal dan Darwish serentak masuk dahulu sementara Seth berada di luar.
“Mir, hari ni Dollar dengan Yen dah turun. Kau cakap nak sambung honeymoon dekat Japan pula, kan?” suara Iqbal mula kedengaran. “Kalau kau bangun, aku padam Excel sheet hutang makan Antaluna dulu. Janji.”
Kenangan semasa zaman belajar mereka diungkit semula. Kalau dulu, memang Iqbal yang selalu menawarkan diri untuk bayar makanan mereka. Dia tak berkira sangat dengan semua itu kerana Stardawn ada cara mereka untuk membayar semula.
“Kau memang kira ke weh?” Darwish terkejut. Kalau Iqbal sempat kira, memang dia tabik spring dengan kegigihan itu.
“Tak la. Saje aje nak ugut. Kalau dia tak bangun, aku tuntut hutang tu dengan mama dia.” Iqbal geleng. Tak kuasa pula dia nak tulis semuanya. Biarlah dia belanja. Dia pun suka melihat kawan-kawannya makan dengan berselera.
10 minit kemudian, Darwish berganti tempat pula dengan Seth. Iqbal masih setia menunggu Emir di dalam.
“Kau mesti tak percaya kalau aku cakap — Kak Yah ada mesej aku semata nak tanya fasal kau.” Seth ketawa kecil. “Bangunlah cepat, gila. Aku janji kalau kau bangun, aku takkan berebut ayam kepak dengan kau dah. Kau nak 10, aku boleh bagi 30 untuk kau. Baik kan aku? Dahlah handsome, penyayang, baik hati, tak pentingkan diri-”
“Sebelum giliran kau pula tidur sebelah dia, baik kau diam.” Iqbal mencelah. Macam-macamlah ragam Seth. Pasti Seth juga sunyi kerana tiada teman bergaduh sekarang.
Lama selepas itu, suasana kembali sunyi semula.
“Kau tak kelakar la Mir buat aku macam ni. Aku baru happy nak ada abang.” Kini, giliran suara Thaqid pula menjengah gegendang telinga Emir.
“Bangunlah cepat. Kakak aku tu sikit lagi nak gila. Hutang Manchester pun tak lunas lagi ni.”
“Kalau kau bangun, mesti confirm Nawal tak reject aku. Sekurang-kurangnya aku boleh buktikan dekat dia yang aku mampu selamatkan kau.”
‘Tak guna. Fikir fasal Nawal dulu!’
Apa yang dibualkan oleh tiga orang Stardawn dan Thaqid pada hari itu, semuanya dapat didengari Emir. Namun, dia masih belum cukup berkudrat untuk bangun seperti yang mereka harapkan.
Tapi, dia dengar semua itu.
Dia dengar, termasuklah rintihan isterinya yang seronok bercerita walaupun sendirian.
GELAP. Inikah dimensi yang diberitahu oleh mereka yang pernah melaluinya juga? Ruang itu dirasakan sungguh sunyi kerana cuma dia saja yang ada di situ. Kadang-kadang, Emir berasa seperti dia sedang hanyut di tengah laut yang tidak berpenghujung. Dia sendiri tidak tahu sudah berapa lama dia terperangkap di situ.
Sehari?
Adakah sudah seminggu?
Atau mungkin cuma beberapa jam.
Masa bagaikan sudah hilang makna. Jarum jam tidak berputar mengikut arus waktu, dan kompas yang dituju pula tidak menunjukkan jalan untuk keluar.
Namun, dalam kegelapan itu… dia masih mampu mendengar suara dari dunia luar. Ia samar-samar pada awalnya. Kemudian semakin jelas didengari di telinga.
Suara itu … suara yang jauh lebih serak, dan sungguh memilukan.
Dia kenal suara itu. Hatinya memang tak salah meneka.
“Mama setiap hari berdoa, ayong…”
Mama. Itu suara mama.
“Biar mama sajalah yang duduk di tempat ayong sekarang. Mama rela sakit. Sebab mama dah pernah merasa perut kena belah untuk lahirkan ayong dulu…”
Sesak.
Hati Emir terasa seperti direntap perlahan-lahan. Namun apakan daya, dia sendiri masih berjuang sedaya-upaya untuk bangun.
‘Tolonglah…’
‘Mama… ayong pun rindu mama.’
Jika Inara adalah jiwanya, mama juga adalah jantungnya. Nadinya. Selama ini, dia yakin, selama ini dia dapat meneruskan kehidupan yang utuh berkat atas doa-doa mama yang termakbul tanpa hijab.
Doa mama.
Semuanya atas doa mama.
DAN LAGI. Dia masih terperangkap di mimpi yang sama.
“You tahu apa benda paling menakutkan I?”
Jantung Emir berdetak kuat sejurus dia mendengar suara itu singgah di telinga.
Inara.
Walaupun matanya tak mampu terbuka, dia tetap kenal suara itu.
“I takut sangat kalau suatu hari nanti… I dah tak boleh ingat semua benda fasal kita.”
Sakit. Entah kenapa, dada Emir terasa sungguh sakit saat mendengar ayat itu.
“I takut kalau I lupa suara you… muka you… semua kenangan kita…”
‘Jangan, sayang.’
Emir cuba bersuara.
‘Jangan lupakan kita.’
Tetapi bibirnya langsung tidak bergerak. Tubuhnya masih terikat di dalam gelap yang menyesakkan. Tolonglah. Dia mahu keluar sekarang. Dia mahu bangun, dia mahu hidup seperti biasa semula. Hidup di sisi rakan-rakan, keluarga dan isterinya buat seumur hidup.
“I rindu you…”
Seketika, cebisan-cebisan memori mula muncul satu-persatu di hadapan mata. Setiap kenangan itu semakin merenggut hati Emir yang merintih untuk kembali kepada isterinya semula.
Pantai Seminyak. Inara yang merungut kerana kaki terkena pasir.
Paris. Gelak kecil wanita itu di dalam helikopter sambil memegang lengannya erat ketika mereka melihat cahaya kota dari langit malam.
Lauterbrunnen. Mereka saling meluahkan perasaan cinta di tengah dingin Switzerland.
Itu semua adalah kenangan terindah buat sepanjang hayatnya. Malah, dia bercita-cita untuk mencipta lebih banyak memori bersama Inara, menjalani kehidupan berumahtangga dengan lebih bahagia, dan mempunyai keluarga kecil mereka bersama-sama.
“I really want to spend the rest of my life with you.”
Nafas Emir terasa tersekat tika memori manis itu datang memancarkan sinar harapan di hadapan mata.
Tak.
Dia belum boleh pergi.
Belum. Dia masih belum tunaikan terlalu banyak perkara dengan Inara. Dia belum sempat hidup lama bersama isterinya. Dia belum sempat menjadi ‘rumah’ yang benar-benar selamat untuk wanita itu.
Ya Tuhan, sungguh, dia mahu hidup.
“Emir, Naya rindu…”
Gelap di sekelilingnya terasa semakin retak perlahan-lahan.
Suara mesin mula kedengaran lebih jelas. Dan dia dapat merasai tangan sejuk dek pendingin hawa yang menggenggam jarinya. Emir cuba melawan berat yang menekan seluruh tubuhnya. Bersungguh-sungguh dia cuba menggerakkan sesuatu.
Apa saja yang dia mampu lakukan waktu itu.
Jari.
Kelopak mata.
Apa saja.
‘Tolonglah…’
“Emir?”
Sekali lagi, jari Emir bergerak kecil. Perlahan-lahan, kelopak matanya bergerak sedikit. Cahaya putih terus menikam penglihatan sehingga dahinya berkerut menahan pedih.
Kabur. Semua benda terlalu kabur. Tetapi di celah pandangan yang samar itu, dia ternampak satu wajah.
Wajah yang matanya sudah dipenuhi air mata.
Inara.
Bibir Emir bergerak perlahan walaupun masih terlalu lemah. “Sayang…”
Dan saat itu juga, Inara menangis semahu-mahunya. Terhinggut-hinggut bahu wanita itu melepaskan esak kelegaannya yang ditahan berhari-hari. Syukurlah, Tuhan. Terima kasih.
Waktu itu, nafas pertama yang cuba ditarik terasa pedih sampai ke dada. Dahi Emir terus berkerut kecil menahan sakit yang menjalar pada seluruh bahagian sisi tubuh.
Apa yang terjadi sebenarnya?
Mata Emir bergerak memandang sekeliling. Dia memerhatikan wajah isterinya itu lama.
Wajah itu. Wajah yang dirindui di dalam mimpinya. Serta-merta, jari Emir bergerak lemah mencengkam sedikit tangan Inara.
Dia tak mahu kehilangan Inara lagi.
“You jangan gerak banyak-banyak, sayang…” Suara Inara bergetar. “Doktor cakap jahitan you belum elok lagi.” Dia meramas tangan Emir untuk menyalurkan kekuatan juga.
Nafas Emir turun naik perlahan. Dia mahu bercakap. Terlalu banyak benda yang dia mahu ucapkan kepada Inara. Tetapi tekaknya terasa terlalu perit untuk mengeluarkan suara.
‘I rindu you, sayang.’
‘Rindu sangat-sangat.’
Yang mampu dia lakukan hanyalah memandang Inara tanpa berkelip. Seolah-olah takut wanita itu akan hilang semula jika dia menutup mata walaupun sesaat.
SEMINGGU sudah berlalu sejak Emir sedar selepas dua hari matanya dipejam rapat di dalam ICU. Kini, dia sudah dipindahkan ke wad ortopedik pula. Giliran bahunya pula dirawat dengan lebih teliti. Dalam tempoh seminggu itu, cuma berapa kali sahaja boleh dikira suaranya keluar untuk bercakap. Dan pada hari ketujuh jugalah dia baru berasa lebih berkudrat untuk bangun sendiri.
Minggu itu jugalah, mama dan daddy sudah kembali ke ruangan kerja untuk menguruskan hal-hal siasatan di Hiseri, dan juga menghadiri pelbagai mesyuarat demi menyelamatkan empayar perniagaan.
Dan, sudah dua hari juga ketika dia bangun pagi, dia lihat Darwish sedang tidur beralaskan toto di atas lantai. Seth pula menggunakan mandat lebih hebat dengan tidur di atas sofa sendirian.
Kata mereka, mereka memang sanggup bergilir berjaga dengan mama dan daddy memandangkan keluarganya sudah sedikit sibuk dengan urusan.
Iqbal pula, tak pernah tertinggal walau sehari pun untuk datang melawat. Sama ada dia akan datang sewaktu lunch hour, atau selepas balik kerja. Bagaimana lelaki itu sempat sampai pun dia tak tahu. Memang komited.
Tapi, dia gembira. Dia cukup terharu dengan keprihatinan rakan-rakannya untuk sentiasa datang bermalam walau tanpa dipinta.
Cuma, dia sungguh berharap jika isterinya juga ada untuk menemani dia sepanjang masa di situ. Tapi, dia tak boleh pentingkan diri. Kata mama, Inara juga masih sakit dan tidak stabil emosinya untuk ditinggalkan tanpa mama ataupun baba.
Tapi, ada satu perkara yang sudah hampir tiga hari juga dia tertanya-tanya sendiri.
“Bal.” Emir memanggil.
“Apa?” Iqbal menyahut. Dia lap tangannya dengan tisu basah. Perut juga sudah kenyang dengan bekal hantaran isteri dari rumah. Memang dia sengaja makan tengahari di wad Emir pada waktu rehatnya.
“Inara… hari tu macam mana?”
“Maksud kau?” Iqbal kurang faham.
Bercakap fasal Inara, dia juga pelik sekarang. Kenapa Inara belum sampai lagi? Kata Puan Rozana, seawal jam sembilan pagi lagi Inara akan sudah tiba di situ. Tapi ni, tiada pun. Takkanlah jalan sesak?
“Aku tanya mama… tanya mak mentua aku… tapi cara dia orang jawab tu-” Emir jeda.
“Mama dah jaga Qaseh sehabis baik untuk ayong. Ayong janganlah risau. Fokus untuk sihat dulu. Nanti ayong bolehlah balik jumpa Qaseh lama-lama dekat rumah.”
“Naya baik-baik saja, Emir. Makan dia terjaga. Ubat pun dia dah habiskan. Emir jangan risaukan Naya. Adik-adik Naya pun selalu saja bergilir tengok-tengokkan Naya.”
Kata-kata itu langsung tidak menenangkan hatinya. Dia berasa… seperti ada benda yang tak kena. Seakan-akan ada hal yang disembunyikan daripada pengetahuannya. Sehingga ke hari itu, dia masih belum tahu apa yang terjadi semasa dia di ICU tempoh hari.
Sekarang, ketika Inara datang melawat, wanita itu berkelakuan seperti biasa saja dengannya. Inara ada untuk menyuapnya makan. Kadang-kadang Inara akan duduk diam, memegang tangannya seperti tak mahu lepas, dan mereka berdua akan sama-sama tertidur keletihan.
Bukankah dia sepatutnya lega?
Ya, dia lega. Dia sungguh bersyukur untuk melihat isterinya baik-baik sahaja dan terselamat daripada kecederaan.
Tapi, masih ada sesuatu yang mengganggu hatinya.
“Betul la apa yang famili kau beritahu tu. Inara okey aje.” Iqbal berkerut dahi. Hatinya sempat berdesis sendiri; kalau Emir memang perasaan dengan perubahan Inara, maksudnya memang sah memori Emir itu baik-baik sahaja.
“Aku nak tahu masa aku dekat ICU. Bukan sekarang.” Emir bersuara tegas. “Aku tak nak kau tipu aku.”
Iqbal seperti teragak-agak untuk memberitahu. Kalau dia beritahu, mesti Mama Seri dan Auntie Rozana akan tibai dia dengan penyapu! Tapi kalau dia tak cerita, kasihan pula Emir. Dia berhak untuk tahu tentang keadaan isterinya sendiri.
“Ermmm…” Iqbal masih berkira-kira ingin memulakan cerita. Antara takut ditibai atau putus kawan, dia lebih takut kalau Emir merajuk!
Jadi, dari mana dia patut mulakan?
“Ni apa yang Auntie Rozana cerita dekat Alis la.” Iqbal melabuhkan duduk semula. “Masa kau dah habis surgery hari tu, Inara terus pengsan. Sebelum dia betul-betul bangun, dia meracau, menjerit-jerit sebut nama kau. Bila famili cerita balik apa yang terjadi, dia cakap dia tak sedar pun dengan semua tu sampailah sekarang.”
“Lagi?” Emir makin ingin tahu.
“Racauan dia tu macam berpanjangan setiap malam — sampaikan mak, pak mentua kau kena bergilir-gilir pegang tangan dia. Lepas tu, baru dia okey.”
“Jangan cuba sugarcoat ayat kau, Bal. Apa maksud kau yang dia okey?” Emir masih lagi sangsi.
Dia kenal dengan gerak tubuh Iqbal. Iqbal mana pandai sorokkan rahsia!
Iqbal pula sudah hampir gelabah dengan renungan Emir. Tak guna! Begitu aje Emir boleh ugut dia?
Keluhan dilepaskan.
“Dia tak okey.”
Kan betul apa Emir rasa.
“Waktu dia sedar, dia nampak macam lost gila. Macam tak tahu apa yang terjadi dekat sekeliling dia. Kau tahu muka kosong bila kau tidur lepas asar dan bangun masa maghrib? Haa, macam tu la muka dia sepanjang masa!” Iqbal ketuk meja dengan hujung jari. “Tapi orang lain fikir, mungkin dia jadi macam tu sebab trauma. Ya la, semua benda jadi depan mata dia kan.”
Emir masih tekun mendengar. Patutlah Inara kadang-kadang nampak baik-baik saja di hadapannya, kadang-kadang nampak keliru dan janggal dengan diri sendiri.
“Lepas tu, dia tak ingat aku dengan Alis.” Iqbal angkat bahu. Dari nadanya, dia kedengaran seperti sudah pasrah dengan takdir. “Nasha, Seth, Awish — semua dia tak kenal. Memang zero. Dia cuma kenal famili dia dengan famili kau aje.”
Mata Emir membulat, terkejut dengan berita yang disampaikan.
“Sumpah?”
Iqbal angkat kedua-dua belah tangannya. “Sumpah aku tak jadi scriptwriter tvN.”
Emir diam sejenak, cuba menghadam setiap rahsia yang diberitahu oleh mulut Iqbal. Itulah rahsia terbesar yang dia sepatutnya tahu! Maknanya, kata hatinya memang tak salah lagi.
Memang ada benda yang tak kena dengan Inara.
“Kenapa famili aku tak bagi tahu fasal ni…” Emir sedikit tersinggung. Dia sepatutnya tahu fasal itu.
“Sebab dia orang nak kau fokus untuk sembuh dulu kut, Mir. Dia orang tak nak kau risau.” Iqbal kunyah sepotong epal terakhir sebagai pencuci mulut. “Walaupun keadaan kau macam ni, mesti sekarang kau pun dah tak sabar nak balik, kan?”
Emir angguk lemah. Perasaan risaunya semakin berganda-ganda datang menimpa kerana Inara masih lagi belum sampai. Paling dia takut, tiada siapa pun yang menghantar mesej kepada dia sekarang.
Adakah sesuatu baru saja terjadi pada isterinya?
Tapi, apa?
“Aku dah tak kesah la, Bal. Aku dah sihat. Aku nak balik-” Emir lihat branulanya yang masih dicucuk pada tangan.
Iqbal bingkas bangun lalu memegang tangan Emir. Dia harus tegah sebelum lelaki itu buat perkara gila untuk turun walaupun berjalan lembab macam sloth. Kalau Puan Rozana tahu berita itu sudah bocor, pasti mak mentua Emir itu tak akan bercerita apa-apa lagi dengan Alis.
Adoi!
“Sebab itulah aku pun tak nak bagi tahu kau. Nanti mulalah kau gila macam ni!” Iqbal geram. “Mak dengan ayah dia ada untuk jaga dia dekat rumah tu, Mir.” Dia mengingatkan.
“Bal, Inara aku, Bal-” Makin tak tentu arah Emir jadinya.
“Dia tak apa-apa, Mir. Adik-adik ipar kau pun ada untuk tengokkan dia sepanjang masa.” Iqbal masih lagi menghalang. Kenapalah mamat ni keras kepala sangat?
Namun, Emir langsung tidak peduli dengan sekatan Iqbal. Yang penting, dia perlu balik! Pasti ada sebab lain kenapa Inara masih belum sampai pada hari itu!
“Tapi Inara susah tidur malam-”
“Woi, Emir Ariyan!” suara Iqbal meninggi. Bukan niatnya ingin menjerkah, tapi dia juga risau dengan keadaan Emir yang masih lagi belum membaik.
Terdiam Emir dibuatnya. Perlahan-lahan, dia duduk di atas katil semula.
“Kalau kau berkeras macam ni, apa kau boleh buat, Mir?” Iqbal menyedarkan. Matanya jatuh pada pendakap bahu yang masih dipakaikan untuk merawat kecederaan Emir.
“Kau pun sakit. Buatlah cara sakit. Biar yang sihat walafiat ni tengokkan kau berdua sekarang.”
Betul kata Iqbal. Dia tidak lagi berkudrat seperti dulu.
Untuk pertama kali sepanjang hidupnya, Emir benar-benar membenci keadaan dirinya sendiri. Dia tak mampu buat apa-apa sedangkan isterinya sedang sakit.
“Dia tak akan jadi macam tu kalau aku sempat selamatkan dia dan bawa dia balik rumah semula-”
“Oi!” Iqbal terus mencelah. “Kau dah selamatkan dia, bodoh. Kalau kau tak ada malam tu, aku sendiri tak boleh bayangkan apa yang akan jadi dekat kau dengan Inara tu, Mir.”
Emir tak setuju. Cuma dia dan Inara saja yang tahu cerita sebenar di sebalik kejadian pada malam itu.
“Bukan aku selamatkan dia, Bal.” Emir menggeleng. “Tapi dia… Dia yang panggilkan polis dengan ambulans lebih awal. Kau boleh bayangkan, dekat mana aku sekarang kalau dia tak buat semua tu dulu?”
Kejadian mengerikan itu masih lagi bermain-main dalam fikiran. Dalam tidur, semasa makan, malah lebih jelas terpamer sewaktu dia termenung sendirian.
Gila, kejadian pada malam itu sungguh meninggalkan impak yang besar di dalam hidupnya. Dia juga bagaikan berhutang satu nyawa dengan isterinya sendiri.
Iqbal menarik nafas sedalam-dalamnya lalu hembus. Dia faham apa yang dirasai Emir sekarang. Tapi, dia yakin Emir masih belum cukup kuat untuk melindungi Inara sendirian.
“Kalau kau nak sambung jagakan dia, kau kena sembuhkan diri kau sendiri dulu, Mir.” Iqbal cuba memujuk. “Kau nak sambung tugas jadi suami, silakanlah. Tapi sabarlah. Sebanyak mana kau nak dia sembuh, dia pun sama, berharap nak tengok kau sihat semula.”
Harapannya, semoga hati Emir lebih lembut untuk menerima pujukan itu.
Kebetulan, bunyi pintu wad diketuk perlahan dari luar mula kedengaran. Kedua-duanya berpaling serentak. Sebaik sahaja tubuh kecil itu muncul di muka pintu bersama Puan Rozana di belakang, seluruh riak wajah Emir terus berubah.
“Inara…” suara itu keluar seperti angin lalu saja. Lega.
Sungguh, hatinya beransur lega saat melihat wajah Inara sudah muncul di situ.
“Inara…” Sekali lagi, suara lemah Emir memanggil perlahan.
Puan Rozana memandang kedua-duanya silih berganti sebelum tersenyum kecil.
“Allah, mama terlupa ada barang Emir tertinggal dalam kereta.” Dia tepuk dahi. “Mama turun ambil kejap ya.” Sengaja dia memberi ruang kepada pasangan itu untuk meluangkan masa bersama.
Iqbal pula cepat-cepat bangun sambil mencapai bekas makanan di atas meja. “Aku pun nak gerak sekali la. Dah nak habis lunch hour ni.” Dia berdeham kecil.
Sebelum keluar, sempat Iqbal memandang Emir lama seolah-olah memberi amaran supaya lelaki itu tidak buat perangai mahu cabut IV lagi. Sudahlah perangai mengada-ada macam budak!
Akhirnya, pintu wad tertutup perlahan. Kali ini, tinggallah mereka berdua di dalam ruang yang tiba-tiba terasa terlalu sunyi itu.
Inara masih berdiri di pintu seperti tak tahu mahu melangkah masuk ataupun tidak. Emir pula langsung tak mampu mengalihkan pandangan daripada isterinya.
Hari ini wajah Inara nampak lebih letih daripada biasa. Matanya sembab. Wajahnya pucat. Dan tubuh itu kelihatan sedikit kurus di matanya sekarang.
Perlahan-lahan, Inara akhirnya berjalan mendekati katil Emir. Waktu itu, Emir makin tak sedap hati melihat keadaan isterinya.
“You okey hari ni, sayang?” soalan pertama yang keluar daripada bibir Emir membuatkan Inara terus menunduk.
Inara bingung. Tangannya laju menyelak sedikit baju Emir untuk mencari sesuatu.
“Siapa buat you macam ni?” Inara merenung lama bahagian jahitan di sisi tubuh Emir.
Detik itu, seluruh dunia Emir dirasakan berhenti berputar buat beberapa saat. Kata-kata yang mahu diucap bagaikan tersekat di kerongkong.
“Mama dengan baba cuma cakap you kena tikam.” Inara menelan liur. “Tapi tak ada siapa cerita betul-betul dekat I. Qid, Dina pun sama.” Luahnya hampa.
Memang dia sedikit kecewa dengan orang-orang di sekelilingnya. Setiap kali dia bertanya, pasti mereka akan berpura-pura tak dengar, atau mereka akan lekas-lekas menukar topik. Sakit hati!
Ketika itu Emir masih lagi diam sambil menatap lama wajah isterinya. Dia cuba mencari walau sedikit tanda bahawa Inara sedang bergurau ataupun sengaja berpura-pura lupa.
Tapi, tidak. Mata Inara telah menjadi bukti bahawa dia benar-benar bingung dengan keadaan di sekelilingnya.
Ya Tuhan, sungguh dia berasa seperti mahu menjerit sekuat hati sekarang. Dia mahu melepaskan perasaan kecewanya tanpa perlu berselindung lagi.
“You dah makan, sayang?” Emir menukar topik.
“Tengok tu. You pun sama aje macam orang lain.” Inara menjuih. Kenapa semua orang nampak jelas ingin mengelak sekarang?
“Tak apalah, sayang. Semua tu tak penting sekarang. Yang penting, you selamat, I selamat.” Emir menarik perlahan lengan Inara supaya melabuhkan duduk di atas tilamnya.
Inara masih tidak berpuas hati dengan pujukan itu. Matanya mula meliar memerhatikan segenap wajah Emir yang masih lagi meninggalkan kesan luka. Hatinya terasa berat apabila melihat kesakitan yang jelas berbekas itu pada muka suaminya.
Dia tak suka melihat Emir sakit.
“I’m so sorry, Emir.” Inara meraih tangan Emir lalu meramas jemarinya lembut. Pandangannya ditunduk ke bawah untuk menahan sebak.
Emir pandang Inara yang masih tunduk. “Kenapa you minta maaf ni, sayang?”
“I rasa… semua ni mesti sebab I, kan?” Sedih kedengaran suara Inara.
Tiap kali dia cuba mengingat semula kejadian lalu, apa yang dia lihat cumalah situasi kabur saja. Dia tahu Emir ditikam. Namun malang sekali, dia kurang pasti siapakah pelaku yang sanggup mencederakan suaminya.
Dia yakin kecederaan Emir itu pasti berkait dengannya juga. Kalau tekaan itu tidak benar, pasti orang lain tidak akan jelas mengelak membangkitkan hal itu seperti sekarang.
“Tak adalah. Mana ada.” Emir menyisir rambut panjang mengurai isterinya itu dengan jari. “Kita lupakan saja fasal semua tu, okey? Sekarang, I nak you teman I dekat sini. Barulah I cepat sihat. You nak I cepat balik, tak?”
Inara laju mengangguk. Dia pun sudah tidak sabar menghitung waktu kepulangan Emir ke rumah mereka semula.
“I rindu you…” Inara melentokkan kepalanya pada bahu kanan Emir. “I was so scared of losing you, Emir…”
Inara rasa sungguh aneh dengan perasaannya sendiri. Kenapa ketika dia berada di rumah, dia berasa seperti orang asing. Jiwanya kosong, bosan menunggu kepulangan seseorang ke rumah.
Tapi ketika dengan Emir, tubuhnya terasa sungguh aman. Segala jenis kata keresahan yang berpusaran tanpa tanda henti di dalam kepala serta-merta berasa tenang. Sungguh, dia sangat merindui suaminya.
“I pun rindukan you, sayang. Sangat-sangat.” Emir mengusap-usap belakang badan Inara.
“You nak tahu tak? Tiap-tiap malam I mimpikan you…” Inara angkat kepalanya semula. Rasanya, setiap hari dia tak akan pernah bosan untuk menceritakan tentang mimpinya kepada Emir.
Mata mereka bertatapan buat beberapa saat.
“Muka I handsome tak?” Emir mengusik.
Lama, mata Inara merenung wajah suaminya. Kepalanya mengangguk perlahan sambil bibir mengulum senyum.
“Sangat.”
Emir tersenyum. Dia menahan tawa dalam hati saja kerana masih trauma dengan rasa ototnya yang terasa nyeri ditarik dari dalam. Sakit itu memang sakit. Tapi sekurang-kurangnya, Inara tak apa-apa.
Itu pun sudah cukup untuknya.
“Cepat sembuh, suami Naya.”
Beberapa jam sebelumnya.
PAGI itu, langkah longlai Inara mengekori saja Puan Rozana di sepanjang koridor aras tiga itu. Sejak tadi lagi, dia hanya diam membisu sambil memeluk tubuh sendiri. Dingin penghawa dingin hospital terasa mencengkam kulitnya. Menyesal pula rasanya kerana cuma memakai blaus dan bukannya hoodie seperti biasa. Mama la yang menyuruh dia bersiap lebih cantik. Dia sangkakan, mama ingin bawa dia ke One Utama. Tapi lain pula percaturannya.
Dari hadapan, Puan Rozana beberapa kali mencuri pandang ke arah anak sulungnya itu dengan hati yang makin meruntun risau.
“Naya okey ke?” Akhirnya dia bertanya perlahan.
Inara mengangguk kecil. Namun riak wajahnya langsung tidak menunjukkan dia benar-benar baik saja.
Sejak tiga hari lepas, keadaan Inara semakin aneh di mata mereka sekeluarga. Kadang-kadang anak gadisnya itu nampak seperti biasa. Boleh berbual. Boleh tersenyum.
Tetapi ada waktunya, Inara akan termenung terlalu lama. Dan paling merisaukan mereka, Inara mula bercakap seperti dia bukan seorang ‘Qaseh Inara’ yang pernah hidup dahulu.
Mungkin, dengan ikhtiar kali ini, Inara akan sembuh semula.
“Naya…” Puan Rozana memperlahankan langkah. “Nanti dekat dalam, doktor cuma nak berbual saja dengan Naya. Tak ada apa-apa pun. Naya tak perlu pun nervous sangat.”
Inara memandang mamanya. “Psikologis tu untuk orang gila ke, ma?”
Soalan itu terus membuatkan hati Puan Rozana terasa pedih. Cepat-cepat dia menggeleng.
“Bukanlah, Naya. Kita jumpa doktor hari ni sebab mama nak tolong Naya luahkan perasaan la. Mungkin Naya lagi selesa bercerita dengan doktor yang lagi faham dengan perasaan Naya.”
Mereka akhirnya berhenti di depan sebuah bilik konsultasi.
Clinical Psychologist.
Entah kenapa, dada Inara mula terasa makin berdebar. Dia tak suka perasaan ini. Tak suka rasa seperti ada sesuatu yang tak kena dengan dirinya sendiri.
Sudahlah dia perlu mengorbankan masa. Tak fasal-fasal pula dia perlu menangguh waktu melawat Emir semata-mata ingin datang ke sesi konsultasi dengan doktor.
Dia belum gilalah, ma.
“Buat masa sekarang, otak Inara masih dalam survival mode. Jadi kemungkinan untuk memori dia berubah-ubah tu memang ada kerana trauma dia masih lagi baru.” Doktor Thuraya menjelaskan.
“Mujurlah dia masih ada emotional attachment yang kuat dengan suami dia.” Doktor Thuraya membelek sedikit nota tadi. “Saya perasan bila dia bercakap pasal Emir, emosi dia lebih terurus dan stabil. Baguslah untuk dia.”
SELEPAS pulang dari hospital lagi, hati Puan Rozana masih belum tenang. Fikirannya kerap mengulang kata-kata doktor yang merawat Inara tadi.
Puan Rozana duduk di atas sofa sambil memerhatikan Inara yang sedang menonton televisyen. Movie Inside Out dipasang untuk menemani sunyi Inara sebelum tidur, tapi wanita itu langsung tidak fokus.
Dia masih lagi sibuk termenung.
Begitulah rutin malamnya sepanjang berada di rumah keluarga. Sebelum cerita dipasang, Thaqid dan Dina akan meneliti dahulu jalan cerita yang dipilih supaya selamat untuk ditonton. Yang bergaduh, bertumbuk, berdarah, semua akan dielakkan termasuklah kartun. Macam kelakar, kan?
Tapi, itulah kenyataannya.
“Naya dah nak tidur ke?” Puan Rozana menegur sejurus melihat Inara sudah menggeliat sambil menguap.
Inara angguk. Sumpah, dia memang bosan dengan rutinnya yang tidak melakukan apa-apa di rumah. Sudahlah dia tak dibenarkan untuk ‘lepak’ di media sosial langsung. Sumpah, bosan!
“Meoww…” seekor kucing datang berbunyi sambil menggeselkan kepalanya pada kaki Inara.
“Eh, Ayan.” Inara mengangkat tubuh kucing british shorthair itu ke atas ribanya. “Ayan tahu tak, daddy Ayan tu belum boleh balik lagi? Lama kan dia duduk dalam wad tu? Mungkin seronok sangat kut tidur dekat sana sampai lupakan kita.” Inara mengeluh sedih.
“Meoww…” Ayan menggeselkan pula kepalanya pada tangan Inara, minta diusap.
Inara terus menggosok-gosok kepala Ayan lembut. “Ya, mummy tahu. Mummy pun sedih juga.”
“Meowwww…”
Puan Rozana menggenggam hujung kainnya saat mendengar perbualan pendek antara Inara dan kucing kesayangannya.
“Untuk Inara, kucing itu berfungsi sebagai emotional grounding object. Bila dia bercakap dengan Ayan, atau pegang Ayan, itu sebenarnya cara dia stabilkan emosi dia sendiri.”
Sebab itulah, Thaqid bersabar saja dengan kemunculan Ayan di dalam rumah mereka. Malam-malam pun, Inara perlu tidur dengan Ayan si kucing sebagai peneman. Dan sudah enam malam juga, Inara asyik meracau-racau dalam tidur.
Kalau Ayan hilang, memang habislah mereka.
MALAM KETUJUH di hospital, Puan Seri datang untuk menemani Emir di wadnya memandangkan Tuan Ghaffar perlu ke Indonesia atas urusan kerja.
Emir duduk di atas katil dengan bahu kiri masih terikat kemas dalam sling. Setiap kali dia bergerak, sisi kiri badannya masih terasa ngilu seperti amaran yang tidak pernah berhenti.
Luka di bahagian sisi kiri pula masih belum benar-benar sembuh. Sebelum bergerak, dia terpaksa menahan setiap nafas panjang untuk mengurangkan rasa perit. Memang seksa.
Waktu itu, Puan Seri masih belum tidur kerana sibuk dengan urusan atas taliannya. Emir pun masih terjaga, merenung skrin iPad yang memaparkan berita tentang kecederaannya itu lama.
Dia langsung tak peduli dengan berita kematian Zarif, atau tentang berita keberadaan Hans yang menghabiskan malam di lokap sambil menunggu siasatan lanjut selepas perintah reman dikeluarkan. Hatinya sudah cukup terluka untuk mengenang tentang hal itu.
Kini, fikirannya cuma tertanya-tanya akan sesuatu.
Sejak mama sampai, mama langsung tak membuka cerita tentang Inara. Padahal, itulah perkara yang paling ditunggu-tunggu kerana dia mahu dengar daripada mama sendiri. Tapi, mama hanya diam.
Sumpah, dia berasa sangat kecewa dengan semua orang.
Tanpa disedari, Apple Pencil ditangannya itu terus dibaling lurus ke hadapan. Mata pensel itu patah, dan bergolek laju menghampiri pintu. Ekoran itu, Emir menarik nafas panjang sebaik saja luka di sisi tubuhnya memberi isyarat sakit yang tajam. Dia mengetap rahang untuk menahan pedih, dan dia cuba kekal duduk tegak walaupun badannya jelas menentang.
Puan Seri terkejut. Dia bingkas bangun meninggalkan komputer ribanya ke atas sofa, lantas mendekati Emir di katil. Kepala anaknya itu diusap lembut.
“Ayong. Kenapa ni?” Puan Seri bertanya risau. Kenapa pula Emir tiba-tiba saja bertindak melempar pensel itu tanpa sebab?
Emir terus mengangkat pandangan. Untuk beberapa saat, dia diam. Dia hanya perhatikan wajah mama seperti sedang mencari satu jawapan.
“Kenapa?” Suara Emir akhirnya pecah. “Kenapa semua orang sembunyikan fasal Inara dari ayong, ma?”
Puan Seri kaget.
“Ayong. Ayong cakap apa ni?” Puan Seri memegang lengan kanan Emir. “Sembunyikan apa?” Dia keliru.
“Ayong suami dia, ma. Ayong patut tahu fasal dia. Tapi kenapa…” Emir jeda setelah kehabisan nafas. Kemudian, dia menyambung. “Tapi kenapa semua orang tak beritahu apa-apa yang isteri ayong hilang ingatan?”
“Ayong-” Puan Seri ketap bibir. Mukanya jelas terkejut dengan luahan hati Emir. “Macam mana-”
“Tu tak penting la, ma. Jawab dulu soalan ayong…” Emir masih lagi merayu.
Puan Seri diam untuk menyusun kata. Dia awalnya langsung tak berniat untuk merahsiakan hal itu daripada Emir. Tapi dia dan Puan Rozana juga saling menunggu waktu yang tepat untuk menyampaikan berita itu.
“Mama bukan nak berahsia, tapi semua tengah cari masa yang sesuai, ayong. Sebab semua orang tak nak ayong risau. Ayong pun belum sihat lagi sekarang, belum cukup stabil untuk tahu fasal masalah ni.” Puan Seri memujuk.
“Dia isteri ayong, ma…” Emir tak setuju. “Macam mana ayong nak hidup kalau ayong tahu isteri ayong… merana macam tu?”
Sesekali, dahi Emir berkerut menahan sakit. Dia cuba untuk terus bercakap. Tetapi setiap perkataan terhenti seketika di hujung nafas kerana rasa mencucuk di sisi tubuhnya.
“Ma… isteri ayong… ma…” Emir tidak lagi mampu menahan air matanya daripada jatuh.
Walaupun seluruh tubuhnya bagaikan diserang dengan segala jenis kesakitan, semua itu tiba-tiba menjadi perkara kedua apabila dada dia sendiri sudah terlalu penuh untuk terus memendam.
Puan Seri tidak sempat berkata apa-apa lagi apabila Emir menunduk. Tangannya dilepas dari menggenggam selimut. Dalam beberapa saat, dia sudah bersandar rapat ke arah ibunya.
Sejauh mana lagi perkara itu akan dirahsiakan jika dia sendiri tidak bertanya? Inara itu isterinya. Sudah pasti dia kenal dengan kelakuan isterinya, cara bicara isterinya, cara sentuhan isterinya.
Kini, semua itu dirasakan agak asing untuknya.
Adakah dia tidak gembira? Tidak. Dia sungguh gembira dan lega untuk melihat keadaan Inara yang baik-baik saja fizikalnya. Namun, Emir berasa sedikit sayu apabila Inara sempat bercerita dengannya pada pagi tadi.
“I ada tengok gambar kahwin kita tadi. Mama beritahu yang kita dah kahwin dua bulan. Tapi… I rasa macam sedih sikit sebab I tak ingat sangat apa yang terjadi hari tu…”
Hancur berkecai rasanya hati apabila mendengar luahan hati Inara yang sedikit keliru dengan latar masa mereka. Adakah dia juga akan perlahan-lahan hilang dari kenangan terindah Inara kelak?
Dia sungguh takut jika suatu saat nanti, hal yang paling ditakutinya itu akan tiba juga.
“Isteri ayong… ma. I’m slowly losing her from my life…” Emir menangis di dalam pelukan mama. Denyutan tajam yang dirasai pada bahagian sisi kirinya itu langsung tak dihiraukan. Hatinya terasa semakin pedih jika dia memendam saja rasa itu sendiri.
“Tak, ayong. Ayong dengar sini cakap mama.” Puan Seri mengusap perlahan bahu kanan Emir. “Sekurang-kurangnya Qaseh masih lagi hidup, ayong. Ayong boleh cipta kenangan baru pula dengan dia lepas ayong dah keluar nanti. Percayalah cakap mama.”
11 MALAM, suasana di dalam rumah sudah sepi memandangkan semua orang telah masuk ke bilik masing-masing. Dan kebiasaannya, memang Thaqid sajalah yang masih berjaga sehingga lewat malam di ruang tamu.
Tadi, Thaqid duduk di patio untuk bermain Mobile Legends sambil menikmati angin sejuk di luar. Sekarang, dia baring di atas sofa ruang tamu dengan televisyen terpasang cerah menemani sunyi.
Waktu itu, ada satu kelibat datang menghampiri Thaqid di sofa. Sudahlah suram! Hampir saja jantung Thaqid terluruh jatuh ke bawah.
“Wargh! Mama!” Thaqid terjerit kaget.
Puan Rozana menjeling Thaqid. Dalam ramai-ramai adik beradik, memang dia sajalah yang paling suka menjerit.
“Ayan hilang la, Qid!” tanpa mukadimah, Puan Rozana menyampaikan.
Thaqid bingung. “Haa? Sejak bila pula dia hilang?”
“Itulah mama tak pasti, Qid. Puas dah mama cari, tapi tak jumpa-jumpa ni!” Puan Rozana mengeluh berat. Dia bercekak sebelah pinggang. Mati kutu rasanya ingin sambung mencari.
Tadi, dia sempat singgah di bilik Inara untuk memeriksa keadaan anak gadisnya. Memang itulah rutinnya sepanjang malam sejak Inara sudah boleh tidur sendirian. Tapi masalahnya, Ayan pula yang telah hilang dari radar!
Memang habislah kalau Inara terjaga dan tercari-cari Ayan nanti. Paling masak, mungkin lagi teruk kalau Inara tahu Ayan hilang.
“Mama dah cari bawah meja dapur?” Thaqid angkat kening.
“Tak ada.”
“Dalam bilik lain? Kut-kut terkunci ke?”
“Mestilah dia dah mengiau nak keluar, Qid oi!” Puan Rozana menggaru kepala. Sebelum Thaqid soal macam-macam, dia sendiri sudah gelisah mencari Ayan di setiap pelosok rumah.
Thaqid berfikir sejenak. “Takkanlah dia keluar dari rumah? Macam mana dia nak keluar kalau tak ada orang bukakan pin-”
Oh shoot.
Waktu itu barulah Thaqid teringatkan sesuatu. Tadi, dia keluar untuk duduk di patio dan membiarkan pintu gelangsar sedikit terbuka kerana malas menutupnya.
Ayan keluar dari situ ke?
“Qid keluar cari dia dekat luar!” Thaqid terus berlari anak menuju ke pintu. Lebih baik dia merelakan diri untuk keluar sebelum dibebel. Serik!
Malam itu, kawasan perumahan mereka sudah hampir sunyi sepenuhnya. Kenapalah pada waktu begini tiada kereta yang lalu? Atau jiran tiba-tiba mengelap rim kereta di garaj?
Angin malam pula terasa sejuk mencucuk kulit. Bulu romanya tiba-tiba saja berdiri tegak.
Ya Allah… Kurang ajar punya kucing!
“Ayan…” Thaqid memanggil perlahan sambil menjeling kiri kanan dengan muka penuh curiga. “Come here, kucing bocil….”
Dari jauh, bunyi cengkerik semakin membuat suasana nampak menyeramkan. Thaqid terus mempercepatkan langkah. Meremang!
“Kalau kau tiba-tiba datang melompat dekat aku, aku letak kau dekat pasar pagi sumpah!”
Thaqid mula rasa menyesal. Kenapalah dia juga yang kena cari? Dina pula elok tidur rumah kawan konon nak study group untuk peperiksaan.
“Kucing gila. Dina pun gila. Kakak tengah tak sihat, dia lagi lebihkan exam. Kalau fail paper pun repeat ajela. Eh, tapi kalau repeat paper, Dina malu pulak. Ala si gile Ayan ni la puncanya. Gila. Kucing gila.” Thaqid merungut geram.
Dia suluh jalan dengan flashlight telefon. Pantulan cahaya itu meliar di sekitar jalan semata-mata ingin mencari kucing yang terlepas dari rumah.
Salah siapa? Ya, dia akuinya. Itu memang salah dia kerana terlupa menutup pintu gelangsar.
“Harap-harap Nawal pun tak suka kucing juga.”
Eh, dia baru teringat. Dp Nawal yang dia lihat semalam, ada kucing di atas riba gadis itu!
Ya Allah. Ya Allah. Dugaan apakah ini.
“Meow.”
Suara seekor kucing mula kedengaran dari dalam longkang. Setelah disuluh, Thaqid lihat Ayan memang terperangkap di situ. Kucing itu duduk sambil memandangnya. Macam tak bersalah langsung.
“Haa, kau! Kau dengan tuan kau tu sama la gila. Keluar malam. Lepas tu tak reti balik!” Thaqid mencemuh geram.
Sekarang, dia kena masuk dalam longkang ke?
Ya Allah, sumpah meremang! Sumpah dia nak maki Emir sekarang! Kalau Emir dah balik, memang dia akan tuntut percutian percuma ke Dolomites juga nanti.
“Demi kakak dan Nawal!”
Thaqid mencangkung perlahan dengan penuh berhati-hati seolah-olah dia sedang mendekati bom hidup.
“Okey… good cat…” Dia menelan air liur. “Kita balik rumah sekarang. Janji dulu jangan lompat!”
Ayan mengiau kecil. Tapi masih tidak bergerak.
“Oi, kau ni nak keluar ke tak?”
Tanpa amaran, Ayan terus melompat kecil ke arah lengannya.
“WOI!” Thaqid menjerit sambil automatik berdiri tegak. Seluruh tubuhnya terus menegang apabila bulu kucing itu bergantung hoodie yang dipakainya.
“Astaghfirullah… geli siot…”
Tetapi dalam keadaan terketar-ketar itu juga, dia tetap tak sampai hati untuk mencampak Ayan turun. Jadi akhirnya, Thaqid berjalan balik ke rumah dalam keadaan paling terseksa. Tangan diluruskan jauh ke depan sambil memegang seekor kucing yang sedang selesa bersantai.
Sampai saja di dalam rumah, Dina mula muncul dengan sengihan.
“AYAN!”
Thaqid terus mengundur beberapa langkah. Dari mana Dina datang? Bukankah Dina di rumah kawannya? Betul ke ini Dina?
“Ambik balik benda ni cepat!”
“Alaaaa comelnya Ayan ni!” Dina terus ingin mengambil Ayan. Tapi sebaik Dina melangkah dekat, Ayan makin melekap pada hoodie Thaqid.
“Eeeei!” Thaqid panik. Kuku! Dia boleh rasa kuku Ayan menembusi kain hoodie dan terkena pada kulitnya! Eeee!
Dina meledakkan tawa besar. “Ayan suka Qid la tu!”
“QID TAK SUKA DIA!”
“Tipu! Dina tengok elok aje Qid dukung!” Dina berlari kecil ke arah tangga, sengaja tak nak ambil Ayan.
“Qid dukung sebab terpaksa la! Eee ambik la, Dina!” Thaqid menggeletarkan badannya, meminta Dina untuk segera mengambil Ayan. “Dahlah melekat dekat Qid macam gam!”
“Sebab Qid wangi la tu!”
Thaqid membulatkan mata. Wangi tengah malam jangan sebut la! Dia mana ada pakai minyak wangi pun.
“BENDA APA WANGI TENGAH MALAM NI — ”
Dan pada waktu itulah, kelibat Inara berdiri di tengah tangga mula muncul dengan wajah sedikit mamai. Sebelah tangan memegang railing, manakala sebelah lagi memegang botol air yang sudah kosong.
Dina terus berhenti berlari. Thaqid pula masih keras berdiri sambil memegang Ayan jauh dari badan seperti orang dipaksa pegang belut dalam tangan.
“Kakak, tengok Qid tu nak paksa-paksa Dina ambil Ayan.” Dina melangkah naik anak tangga lantas berdiri di belakang Inara. “Nampak, kan? Entah-entah nanti kalau dia dah jadi pak ngah, mesti dia nak mengelat, tak nak pegang anak kakak nanti.”
Inara tersenyum saja melihat gelagat adik-beradiknya. Kebisingan inilah yang dia rindukan sebenarnya.
“Eh, hello? Jaga anak buah dengan kucing ni lain la!” Thaqid masih hulur Ayan ke depan.
“Lain apanya?” Dina tak mahu kalah.
“Apasal Dina balik malam ni? Cakap nak tidur rumah kawan?” Thaqid jongket kening.
“Cancel. Ingatkan dia orang nak study. Tapi macam lagi sibuk tengok TikTok aje.” Dina menjuih. Kalau dia duduk lama-lama, nanti dia pula dibahan nerd.
Thaqid menarik rambut dengan sebelah tangan. Ya Tuhan, kalau dia tahu begini, lebih baik dia tunggu Dina balik dulu la!
“Eh, Dina ni!” Thaqid naik selangkah anak tangga.
“Kenapa pulak salah Dina!” Dina sembunyi di belakang Inara. “Akak, tengok Qid pondan tu!”
Kini, tawa kecil Inara mula kedengaran. Dan entah kenapa, melihat kakaknya ketawa begitu buat Dina dan Thaqid sama-sama terdiam sebentar.
Inara menuruni anak tangga perlahan-lahan sambil masih menahan sisa tawanya. Lebih baik dia ambil Ayan dulu. Buatnya Thaqid pengsan, satu hal pula dia dan Dina kena angkat nanti.
“Ayan sini.” Inara menghulurkan tangan. Ayan terus mengiau kecil sebaik saja dia ternampak Inara. Dia bergerak-gerak mahu turun dari dukungan Thaqid.
“Haa ambik! Ambik cepat!” Thaqid terus mendekat seperti orang menyerahkan barang panas.
Sebaik sahaja Ayan selamat berpindah ke dalam pelukan Inara, Thaqid terus mengibas-ngibas hoodie sendiri dengan muka jijik.
“Ugh, bulu dia dekat baju Qid. Nanti susahlah ni nak basuh.” Thaqid mengeluh berat. Perjuangan dia sepatutnya diraikan! Kalau tak disebabkan dia, pasti Ayan masih belum dijumpai sekarang.
Dina tergelak besar di sebelah Inara. “Drama betul.”
“Dina tak payah gelak sangat. Tadi Qid berjuang cari dia dekat luar seorang-seorang tau.” Thaqid mengungkit.
Inara yang sedang mengusap kepala Ayan perlahan memandang Thaqid semula. “Qid cari dia dekat luar ke? Dia hilang dekat mana.”
“Haa.” Thaqid mengeluh panjang. “Nasib baiklah Qid jumpa dalam longkang tak ada air. Kalau tak, confirm mama dah nak call satu taman untuk buat operasi besar-besaran.”
Puan Rozana yang baru keluar dari dapur terus menjeling. “Memang mama telefon satu taman kalau Ayan tak jumpa. Dengan Thaqid sekali mama heret masuk lokap!”
“See?” Thaqid mengangkat tangan tanda menyerah kalah. Oh, Tuhan. Takhta dia sebagai anak lebih rendah dari seekor kucing? Memang menyedihkan.
Inara tunduk memandang Ayan di dalam pelukannya. Kucing itu sudah kembali tenang, siap mendengkur kecil seolah-olah tidak menyebabkan satu rumah panik mencarinya tadi.
“Nakal sangat la Ayan ni… Nasib baik Ayan tak hilang betul-betul. Nanti mummy susah hati laa…” Inara mencuit perlahan hidung Ayan.
Entah kenapa, melihat Inara bercakap begitu dengan Ayan buat suasana rumah terasa sedikit lega semula.
Tak lama selepas itu, Inara panggung mukanya. Dan dia perasan, Thaqid, Dina dan mama masih lagi mengunci pandangan padanya.
Inara pandang mereka bertiga. “Kenapa semua orang tengok kakak macam tu?”
“Tak ada apa la. Naya nak isi air ke?” Puan Rozana berpaling kononnya mahu mengambil air.
Inara berkerut dahi. Dia asih pelik dengan reaksi mereka sejak pagi tadi. Namun sebelum dia sempat bertanya lagi, Ayan mula menggeselkan kepala pada lengannya tanda meminta perhatian semula. Dan tanpa sedar, Inara terus tersenyum lagi.
Thaqid yang nampak perubahan itu hanya diam memerhati sekejap sebelum perlahan-lahan berjalan menghampiri sofa. Nak main ML pun tak senang.
“Kalau macam ni…. Macam lagi bagus kalau Ayan hilang tiap-tiap malam kut.”
“THAQID!” serentak Dina dan Puan Rozana membebel. Cakap macam tak pakai otak!
https://medium.com/media/32be9e6f25bb8b6101e8ee85d7198787/href
HARI kedua, Inara masih belum dibenarkan pulang ke rumah. Kata mama, dia meracau-racau lagi dalam tidur sehingga baba perlu tidur di samping katilnya. Ada waktu, dia menangis dalam tidur. Selepas baba menggenggam tangannya, barulah keadaan dia beransur tenang. Sesekali, mama dan baba akan bergilir-gilir terjaga untuk memastikan dia tidur nyenyak.
Pada pukul 7.30, sedulang makanan berisi kuetiau goreng, telur dadar hancur dan dua potong buah epal dihidang di atas meja mudah alih. Seperti biasa, Puan Rozana duduk di hadapan Inara untuk menyuapnya makan.
“Naya…” Puan Rozana memanggil.
Inara panggung muka. Puan Rozana sedikit berkira-kira untuk menyambung kata.
“Naya masih takut ke kalau mama jemput perempuan yang datang semalam untuk jenguk Naya hari ni?” Dengan berhati-hati, Puan Rozana soal.
Dahi Inara berkerut.
“Kawan Emir ke?” Dia soal polos.
Puan Rozana tercengang. Tapi, dia kawal air mukanya supaya tidak menakutkan Inara.
“Ya. Kawan Emir.” Puan Rozana angguk saja dulu. Sudu yang diangkat tadi, dia letak semula atas pinggan.
Dia melabuhkan duduk di atas tilam, sebelah Inara. Mata turun memerhatikan raut wajah anak gadisnya yang jauh lebih tenang berbanding semalam.
“Naya — tak ingat ke Alis?” Puan Rozana tanya lagi.
“Alia?” Inara pandang mama keliru.
“Alis, sayang. Kawan Naya tu, Alis namanya. Dia kawan Emir, dia pun berkawan dengan Naya juga.” Puan Rozana menjelaskan.
“Kenapa dia nak melawat Naya? Dia kan kawan dengan Emir.” Inara bingung. Serapat apakah mereka sehinggakan Alis sanggup datang melawat dia?
Berderau darah Puan Rozana dibuatnya. Dia meraih tangan Inara lalu mengusapnya lembut.
“Naya jangan buat mama takut, Naya. Naya cakap betul-betul dengan mama. Naya memang tak ingat ke siapa Alis? Iqbal?” Puan Rozana bimbang.
Inara menggeleng. Kenapa mama nak menekan dia pula ni?
Puan Rozana beristighfar di dalam hati. Dia tidak pula ingin memaksa Inara untuk jujur lagi. Makanya, dia melayani sahaja emosi Inara tanpa menyoal apa-apa lagi.
“Kalau Naya nak tahu, dulu Naya dengan Alis berkahwin selang tiga minggu aje. Dia kahwin dulu bulan Januari, lepas tu baru Naya kahwin dengan Emir masa Februari.”
Inara tersenyum nipis ketika mendengar cerita itu.
Berbunga-bunga.
“Nanti Emir dah sihat, Naya nak keluar ambil gambar banyak-banyak dengan dia.” Dia menukar topik.
“Hm? Naya nak buat apa? Kan gambar kahwin Naya dulu dah ada banyak, penuh satu album dekat rumah tu.”
“Naya nak gambar lain. Tak nak gambar kahwin aje.”
“Iyalah. Nanti Naya bincang elok-elok dengan Emir lepas dia dah bangun. Sekarang…” Puan Rozana angkat semula sudu tadi, bersedia ingin menyuap.
“Naya kena makan sikit. Lepas tu, kita makan ubat. Nanti Naya mandi, wangi-wangi, dan turun jumpa Emir dekat bawah, ya?”
‘Kuark…’ bunyi pintu bilik wad dibuka oleh seseorang. Disangkakan, Tuan Hisyam atau Thaqid yang masuk. Tapi, figura Puan Seri pula yang kelihatan.
Wanita bersanggul rapi dan memakai sweatshirt hitam serta kain kapas hitam mula mendekati katil Inara.
“Good morning, Qaseh.” Puan Seri menyapa Inara. Sebuah beg kain yang agak besar saiznya itu diletak ke atas lantai.
Inara senyum sahaja memandangkan mulutnya masih sibuk mengunyah.
Puan Seri pandang muka Inara. Dan hatinya serta-merta berasa lega.
“Mama tengok Qaseh nampak ceria aje pagi ni.” Puan Seri mengusap lembut kepala Inara. Syukurlah kalau Inara sudah nampak lebih bermaya berbanding semalam.
“Qaseh mimpi Emir.” Inara masih lagi tersenyum-senyum.
Reaksi muka Puan Rozana dan Puan Seri serentak tercengang. Mereka saling berbalas pandangan, kemudian barulah Puan Seri datang mengusap bahu Inara.
“Iya? Qaseh mimpi pergi dating dengan Emir ke?” Puan Seri lebih laju mengawal keadaan.
Inara geleng.
“Qaseh mimpi Qaseh kahwin dengan Emir.”
Puan Rozana melepaskan keluhan kecil. Dia menahan matanya daripada berkaca. Jiwanya masih lagi terasa sebak. Sejauh itu rupanya Inara benar-benar merindui Emir.
Inara tunduk. Dia sedikit gelisah apabila mimpi semalam tidak muncul di dalam kepalanya semula. Kenapa dia terlupa lagi? Padahal, dia sudah cukup bahagia dengan kehadiran mimpi itu.
“Qaseh rasa Qaseh rindu Emir sangatlah sampai boleh mimpi macam tu lagi.” Tangan Inara mengetuk perlahan kepalanya. “Macam gila dah Qaseh ni.” Dia ketawa kecil.
“Biasalah tu, Qaseh. Mama dulu pun, masa kahwin dengan daddy, asyik tersenyum aje sebab angaukan suami, gembira berkahwin dengan orang yang mama sayang sangat-sangat.” Puan Seri menarik tangan Inara daripada terus mengetuk kepalanya lagi. “Itu tandanya, Qaseh pun sayangkan Emir sangat-sangatlah. Kan?”
“Ya.” Inara mengulum senyum. Ada kehangatan kerinduan yang diam-diam singgah dalam jiwanya.
Puan Seri pandang Puan Rozana. Dia menyentuh lengan wanita yang berusia empat tahun lebih muda daripadanya.
“Saya boleh teman siapkan Qaseh dalam tandas nanti. Ana bolehlah sarapan dulu kejap. Saya dah makan siap-siap pun tadi.”
“Eh, tak apalah. Ana boleh aje uruskan dia.” Puan Rozana menolak sopan. Segan pula rasanya.
“Saya pun sama. Ana rehat aje. Mata tu nampak sangat tak cukup tidur.” Puan Seri perasan dengan riak lesu yang terpancar pada wajah Puan Rozana.
Dia juga seorang ibu. Dia mengerti dengan kelelahan yang perlu ditanggung demi memastikan anak mereka sihat semula seperti sediakala.
RASANYA, ada sebab lain kenapa Inara kelihatan jauh lebih bersemangat berbanding semalam. Kata doktor, Emir sudah melepasi fasa kritikal. Berita itu sememangnya berita yang baik untuk mereka sekeluarga.
Di dalam ruangan itu, Inara menunggu di sebelah Emir tanpa mengucapkan sepatah kata. Dia sudah tidak banyak cerita untuk dibualkan kerana fikirannya yang kosong.
Aneh.
Seperti biasa, setiap kali dia sampai, dia akan meraih tangan Emir terlebih dahulu lalu mengucupnya rindu. Dia tak tahu kenapa dia spontan sahaja melakukan hal itu. Tapi dia yakin, pasti dulu pun dia sudah menjadikannya sebagai rutin harian.
Lama mendiamkan diri, barulah Inara teringatkan sesuatu.
“Semalam I mimpi kita berdua berkahwin. Dalam mimpi tu, cuma ada kita, keluarga kita, dan sikit saja orang. Tapi, I pelik. I tak nampak muka sesiapa dalam mimpi tu. Muka you pun tak jelas. Tapi I yakin I kahwin dengan you. I kan setia dengan you.” Inara mula bercerita.
Mimpi semalam, memang pelik. Dia seperti dapat merasai perasaan bahagia itu walaupun situasinya samar-samar sahaja. Seolah-olah dia hidup di dalam dimensi itu.
Apabila dia tersedar, dia rasa pipinya basah. Dan dalam kesuraman bilik yang disimbahi lampu tidur, dia lihat baba ada tidur bersandar pada kerusi di sebelah katilnya.
“I tak tahu you akan dengar ke tak cerita I ni…” Inara mendekatkan jaraknya dengan Emir. Tangan Emir dirapatkan pada pipinya. “I rasa diri I pelik sangat. Kalau I betul-betul jadi perempuan gila, you akan setia jadi suami I ke, Emir?”
Gila.
Perempuan gila.
Kata-kata itu terasa bagaikan satu doa pula.
“I tak sukalah kalau I jadi gila. You rasa, apa nama yang sesuai untuk I? KeQasehati Emir? Isteri Emir? Hmmm…” Dia menggumam sendiri. Telapak tangannya dibuka. Sebentuk cincin yang dipakai pada jari manis itu direnung.
Dia tersenyum lagi. Rasa gembira itu melimpah tanpa dia sendiri sedar.
“Selagi cincin ni ada dengan I, you kena setia dengan I sampai bila-bila. Janji tu.”
Sekali lagi, jari mereka bertaut lagi.
MASA tamat. Inara membiarkan Puan Rozana menolak kerusi rodanya keluar dari ruangan wad ICU. Sesampainya mereka di luar, sekali lagi, Inara bertembung dengan Iqbal dan Alis di situ.
Berbeza dengan reaksi semalam, Alis tidak lagi berani untuk mendekati Inara. Dalam kesempatan itu, Inara memerhatikan lama wajah Alis.
Haa, itulah perempuan yang dia tolak semalam! Berganda-ganda pula rasa serba-salahnya kerana berkasar dengan dia.
“Saya minta maaf.” Inara terlebih dahulu menegur Alis.
“Ha?” Alis tersentak. Inara? Bercakap dengan dia dulu?
“Saya minta maaf sebab tolak awak semalam, Alia. Sakit ke?” Inara soal Alis. “Saya terlupa kenapa saya tolak awak. Tapi, saya minta maaf. Sorry.”
Alis pandang Iqbal di sebelahnya. Sempat dia mencubit lengan Iqbal yang sedang menahan tawa. Geram! Alia pun Alia la.
“Tak apa. Tak sakit pun.” Alis menggeleng. “Awak macam mana hari ni? Dah sihat?”
Inara angguk.
Kelegaan mula bertukar menjadi senyuman pada wajah Alis. Syukurlah.
“Iqbal tak kerja ke hari ni?” Puan Rozana bertanya.
“Kerja, auntie. Tapi saje keluar masa lunch hour.” Iqbal menjawab.
“Bal ni dari semalam lagi tak lena tidur, auntie. Nasib baik Mama Seri beritahu yang Emir dah sedar hari ni. Barulah dia lega. Ini pun dia rela tak makan dulu sebab nak datang melawat.” Alis bercerita dengan Puan Rozana.
Puan Rozana ketawa kecil kerana cerita itu. Emir beruntung kerana masih mempunyai rakan yang setia di sisinya. Baguslah.
“Alis dengan Iqbal pergilah masuk. Auntie nak hantar Inara naik tidur dekat atas dulu. Lepas ni giliran baba dia pula yang datang jaga.” Puan Rozana sempat mengintai Inara dari tepi.
Mata Iqbal dan Alis tertumpu pada wajah Inara yang kelihatan mengantuk. Mungkin kerana dia menggunakan tenaga terlalu banyak dikala dia belum sembuh sepenuhnya lagi.
“Get well soon, Inara.” Alis melambai kecil dari sisi Iqbal.
“Thank you.” Inara senyum tawar.
Selepas mempamit diri, Iqbal membiarkan dahulu langkah dua beranak itu hilang daripada pandangan. Kemudian, dia merapati Alis.
“Yang, kenapa you tak betulkan masa dia panggil nama you ‘Alia’ tadi?” Iqbal bertanya ingin tahu. Pelik. Mustahil Inara lupa dengan nama Alis.
Alis, Alia. Kan suku kata di belakang pun jelas kedengaran berbeza?
“Tak apa. Kita boleh create semula memori baru dengan dia bila dua-dua dah sihat nanti. Biarlah dia nak ingat I Alia ke, Alisa ke. I tak kesah pun.” Alis angkat bahu.
Itu bukanlah satu masalah besar untuk dia. Dia mendengar Inara menyebut kata maaf pun sudah buat dia gembira.
Makin berlipat dahi Iqbal dibuatnya.
“Maksud you, dia hilang ingatan ke?” Iqbal terkejut. Biar betul!
“Kita tunggu ajelah Auntie Rozana cerita lagi nanti. Macam terlalu awal aje kita nak buat kesimpulan sekarang.” Alis menggeleng kecil.
Dia dapat rasakan ada benda pelik berlaku pada Inara.
Tapi, apa?
SEWAKTU Inara tidur, Puan Rozana mengambil peluang itu untuk keluar dari wad puterinya. Langkahnya longlai ketika menghampiri deretan kerusi yang disediakan di luar. Dia melabuhkan duduk, lantas bersandar pada dinding. Jari-jemarinya dikutis sambil kepala tunduk merenung lantai.
Ketika itu, Puan Seri juga baru sampai.
“Ana.” Puan Seri memanggil Puan Rozana. Dia turut mengambil tempat di sebelah besannya walau tanpa dijemput. “Qaseh macam mana?”
“Dia tidur.” Puan Rozana menjawab pendek. “Emir pula macam mana? Hari ni dia dah lepas fasa kritikal, kan?”
Puan Seri angguk. Tangannya memulas penutup botol air Evian di tangannya. “Macam tu la ayong. Hobi dia kalau tak tidur, mesti keluar dengan motor dia tu.” Dia ketawa canggung. Kemudian, botol itu dihulur kepada Puan Rozana.
“Tak apalah.” Puan Rozana menggeleng kecil. “Ana tak sedap hati…” Dadanya diurut perlahan.
Sejak dari pagi lagi, dia sungguh aneh dengan perubahan Inara. Berkali-kali, Inara mengulang perkataan ‘tak ingat’ dan ‘gila’ berserta gelengan kepala. Tapi yang anehnya, Inara masih ingat tentang Emir. Dia masih ingat dia sudah berkahwin dengan Emir.
Puan Rozana melepaskan nafas. Dia tak mahu memaksa Inara dengan menanyakan soalan demi soalan semata-mata ingin memastikan keraguannya. Tapi, dia cukup bingung dengan keadaan Inara.
“Mungkin sebab dia masih trauma, Ana. Dia masih tak dapat regulate emosi dia betul-betul sebab dia keliru dengan perasaan sendiri.” Puan Seri menenangkan.
“Ini apa yang saya rasa. Ana pun kena kuatkan semangat juga, kena banyakkan bersabar untuk bantu Qaseh sembuh semula.”
“Macam mana akak boleh sabar lagi dengan semua ni? Emir pun…” Puan Rozana bagaikan tak sanggup meneruskan kata.
Keadaan Emir sekarang lagi jauh menyayat hati sekarang. Tapi, dia lihat Puan Seri tetap hadapi harinya seperti biasa.
Seri kelihatan lebih utuh jiwanya. Raut sugul itu ada, tapi Seri masih lagi mampu menguatkan orang di sekelilingnya.
“Marah tu memang marah. Sedih pun ada juga. Tapi kalau saya pun lemah, macam mana saya nak sambung berdoa semoga anak cepat sembuh…” Puan Seri mengukir senyum pahit.
Dalam paksa rela, Puan Rozana angguk saja.
“Kita ibu. Mesti kita pun sanggup buat apa saja untuk anak-anak. Sebab itulah kita kena kuat, Ana. Kita adalah tulang belakang untuk anak-anak. Doa ibu memang besar mustajabnya.” Puan Seri menggenggam lembut tangan besannya.
“Lepas semua ni berlalu, kita kena doakan semoga ayong dengan Qaseh dapat hidup tenang macam pasangan lain. Cukuplah mereka berdua dah lalui banyak benda berat pada usia muda macam ni,” sambung Puan Seri.
Sama seperti Emir, Puan Seri memang jauh lebih matang ketika berkata-kata.
Persoalan Puan Rozana akhirnya terjawab.
Perangai melindungi dan menyayangi seseorang itu memang mengalir kuat di dalam keluarga Puan Seri.
MALAM itu, Alis masih lagi tidak mampu melelapkan mata walaupun jam sudah menghampiri pukul lima pagi. Lampu meja belajar di sudut bilik belajarnya masih menyala terang bersama timbunan artikel jurnal dan nota penyelidikan yang dibiarkan berselerak. Dia perlu ke perpustakaan awam pada pagi esok, tapi matanya segar bagaikan baru minum dua liter iced salted spanish latte.
Telefon yang diletakkan di atas meja dipandang lama. Wajah Inara di hospital petang tadi masih lagi bermain-main di dalam kepalanya.
Cara Inara memandang dia. Cara wanita itu menolak pelukannya secara tiba-tiba. Dan paling mengganggu fikirannya sekali adalah, soalan itu.
‘Awak dah berkahwin ke?’
Soalan itu memang mencengkam kuat hatinya sehingga sekarang. Dadanya cukup ketat apabila ayat itu berlegar-legar dalam fikiran. Memang sah ada yang tak kena dengan Inara!
Mustahil Inara terlupa dengan tarikh perkahwinannya.
Mustahil Inara berjaya melupakan kenangan terindah mereka sewaktu di Lauterbrunnen. Tawa mereka, senyuman mereka — semuanya terlalu berharga untuk dilupuskan dengan begitu saja.
“Yang, kenapa belum tidur lagi?” Iqbal menyapa dari pintu.
Kus semangat Alis! Jantungnya berdegup begitu laju kerana terkejut disapa dengan tiba-tiba. Hesy! Bagilah salam!
“I rasa I tak boleh tidur la.” Alis mengeluh. Dia kerling skrin komputernya yang sudah tertutup gelap.
Iqbal yang tadinya di pintu mula masuk ke dalam bilik isterinya.
Alis menarik nafas sedalam-dalamnya lalu hembus. Dia pandang wajah mengantuk Iqbal itu lama.
Dia teringat pula dengan kejadian sewaktu subuh semalam. Ketika itu, dia terjaga daripada tidur kerana terdengar bunyi hingus ditarik panjang di sebelah.
Apabila dia buka mata, dia lihat tangan Iqbal laju mengesat air matanya. Selepas ditanya, barulah dia tahu Thaqid sudah menelefon Iqbal untuk memberitahu tentang keadaan Emir yang ditikam pada awal pagi itu.
Sadis. Sungguh sadis.
“You masih fikir fasal Inara?” Iqbal meneka.
“I tahu you mengantuk sekarang, tapi I nak yapping sikit biar otak I senyap dan I boleh tidur kejap lagi.” Alis menarik kerusi untuk Iqbal duduk.
“All ears.” Iqbal melabuhkan duduk dengan muka mamai baru bangun tidur.
“Pertama, Inara pandang cincin kita dan tanya kita dah berkahwin ke belum. You tak pelik ke? Padahal dia yang jadi ring bearer kita dulu!” suara Alis sedikit menekan.
Iqbal angguk. Ya juga. Macam mana Inara boleh terlupa?
“Lepas tu, I tengok tangan dia menggeletar lepas dia scan muka kita satu-persatu.” Iqbal tenyeh matanya dengan jari. Nasib baiklah sel-sel otaknya sudah bergerak walau masih terlalu pagi.
“That’s a good observation, tapi I tak rasa dia triggered sebab dia cuba kenal muka kita.” Alis keluarkan kertas kosong. “Ini teori I.”
“Alright, spit it.” Iqbal angguk, bersedia untuk mendengar.
“I rasa fikiran dia triggered bila dia dengar sesuatu yang menyebabkan dia teringat kejadian malam tu. Benda ni biasa terjadi bila dia masih dalam fasa trauma response. You nampak kan? Kita datang melawat dia pun masa emosi dia tengah turun naik lagi semalam.”
Alis tulis perkataan ‘TR’ itu besar-besar. Kemudian, beberapa anak panah ditarik ke bawah.
“Auntie Rozana cerita — dari pagi semalam emosi dia berubah-ubah. Lepas sedar dia meracau panggil Emir. Lepas tu menangis teruk sampai tak ingat balik benda yang dia sendiri cakap. Dan, Auntie Rozana pun sebut yang Inara banyak kali cakap dia takut kalau dia jadi gila.” Alis menundukkan pandangan pada meja.
“Dari pagi lagi keadaan dia macam tu la, Alis. Emosi dia berubah-ubah kalau dia tak nampak Emir depan mata.”
Kata-kata Puan Rozana datang meluncuri gegendang telinganya semula.
“It makes sense then.” Alis menggumam perlahan. Dia ada baca tentang artikel ini semalam! Dia yakin dia tak salah baca. Terus, tangannya menyelerakkan helaian kertas untuk mencari maklumat itu semula.
Kening Iqbal sedikit bertaut dengan kelakuan Alis. Sudahlah dia mengantuk lagi sekarang. Macam manalah Alis masih boleh bertindak gila untuk baca artikel lagi pada jam lima pagi?
“Dalam situasi ni, I rasa Emir tu emotional anchor dia. Otak dia mungkin tengah cling dekat satu-satunya benda yang buat dia rasa selamat sekarang. Lagipun, selama ni kita tahu dan nampak macam mana Emir selalu ada dengan Inara, like all the time.”
Emotional anchor.
Ya. Itu memang jelas kelihatan pada Inara.
Daripada cerita Puan Rozana, setiap kali nama Emir disebut, emosi Inara berubah. Kadang-kadang tenang. Kadang-kadang terus menangis. Seolah-olah seluruh sistem emosinya hanya berpaut pada satu manusia itu sahaja untuk terus menenangkan diri.
“Sebab itulah bila Emir tak ada depan mata…” Alis menelan liur. “Dia jadi macam hilang arah, mula meracau, menangis macam dia kehilangan seseorang. Dalam situasi ni, mungkin bila dia bayangkan Emir, sentuh tangan Emir, dia boleh tenangkan fikiran dia. Emir tu sensory anchor dia!” Alis memandang kosong pada nota kajian di atas meja.
Trauma; PTSD — shoot, stab, dark at night, DEPAN MATA!
Memory fragmentation; no clue about me, or THAT night.
Dissociation; sometimes fine, confusion…. hmmmm…
Compartmentalize memory; separating memories. Only ingat dia dah kahwin but forget about everything.
Semuanya berada di bawah tajuk besar yang tertulisnya ‘Disosiatif Amnesia’.
Dissociative Amnesia; The brain involuntarily blocks or suppresses traumatic memories, acting as a defense mechanism to shield you from emotionally painful, distressing, or shocking experiences.
Damn.
Ini memang gila. Dia sungguh tak sangka dia dapat melihat contoh yang dipelajari itu dengan matanya sendiri. Tapi jauh di sudut hatinya, dia sungguh berharap apa yang diteka olehnya itu benar-benar salah. Kasihan Inara. Kasihan juga Emir.
“Tapi I tak boleh bagi diagnosis dia macam tu saja. I pun belum habis belajar lagi.” Dia menyandarkan kepala pada kerusi. Rasa macam terlalu awal pula untuk dia memberi apa-apa kesimpulan daripada kejadian itu.
Iqbal di sebelah cuma diam sahaja dulu. Dia cuba menghadam setiap fakta yang diberi oleh isterinya tadi. Sejak tadi lagi, dia terfikirkan sesuatu.
“Kalau you cakap Emir tu sebagai emotional anchor dia, macam mana dia nak stabilkan perasaan bila dia dah discharge nanti? Waktu melawat ICU pun strict la, sayang.” Iqbal bersandar pada kerusi sambil lipat tangannya pada dada.
“Kita nak tolong? Dia pun tengah dalam fasa keliru lagi kita ni siapa dalam ingatan dia.”
Alis tepuk dahi.
Soalan Iqbal itu memang ada logiknya juga!
DARI jauh, terdapat dua orang manusia sedang memerhatikan seekor makhluk berbulu yang nyenyak tidur di bawah sofa. Kata si pembantu rumah, kucing kecil itu juga tidak aktif bermain. Mungkin sunyi kerana tiada teman. Kasihan pula.
“Dina, Qid geli la dengan makhluk berbulu ni…. Biar betul kita yang kena jaga?” Qid bercekak pinggang.
“Terpaksa la. Takkanlah kita nak biarkan dia hidup sorang-sorang dekat rumah ni.” Dina merapati kucing berbulu padat itu dengan sengihan.
Sudah lama juga dia mahu bela kucing. Tapi tak diizinkan gara-gara Thaqid. Menyampah!
“Tapi… eiii, geli la!” Thaqid menggeletarkan badannya. Jadilah apa pun, memang dia tak akan pegang makhluk itu!
“Geli apanya? Bukannya najis pun.” Dina menggulingkan mata.
Sebaik dia memegang kucing kecil itu, sengihannya kian melebar kerana ia sungguh jinak dan manja. Tidak lari walaupun bertemu dengan orang baharu. “Qid nak pegang?”
“Eee, tak naklah. Badan dia pun macam lembik.” Thaqid menggeleng tak mahu. Meremang satu badan!
“Memang patut pun Qid tak masuk UPNM. Dahlah pondan suka matcha!” Dina mencemuh.
Macam budak perempuan! Kalau Thaqid beritahu siapa nama ayah mereka, pasti orang lain pun sukar percaya dengan fakta tersebut. Memang jauh beza! Macam langit dengan bumi.
Mata Thaqid membulat, jelas tersinggung dengan ejekan itu.
“Eh, apa pula kaitannya pondan dengan matcha? Dina racist ke?” Thaqid tak boleh terima.
“Ha, ni racist kau!” Dina sua muka kucing itu tepat di hadapan mata Thaqid.
“DINA!” Thaqid menjerit cuak. Eeee!
Walaupun kegelian, mata Thaqid sempat melihat nama pada kolar kulit yang terukir pada loketnya.
‘Ayan’
Dina terkekeh-kekeh ketawa sambil mengusap kepala si kecil Ayan. Padan muka Qid!
Dari belakang, Tuan Hisyam mula muncul untuk mendapatkan Dina. Runsing juga dia dibuatnya kerana mendengar jeritan tadi.
“Dina! Dina okey? Kenapa Dina?” Tuan Hisyam menarik nafas panjang.
“Bukan Dina la jerit.” Dina menggeleng. Lirikan matanya ditala pada Thaqid di sebelah.
Memang macam pondan.
Tuan Hisyam hanya mampu menggeleng dengan karenah kedua-dua anaknya. Memang muka mereka berdua sahajalah yang sering bertengkar. Pening ingin melayan.
“Mama dah ambilkan baju kakak ke, baba?” Dina tanya baba.
Tuan Hisyam angguk. Tujuan mereka datang ke rumah Emir dan Inara pun untuk saling mencari barangan yang boleh dibawa pulang ke rumah mereka buat sementara waktu.
Sekurang-kurangnya, sehingga mereka berdua sembuh seperti sediakala.
Seketika kemudian, Puan Rozana sudah kembali dengan sebuah beg tote kecil di tangannya.
“Perfume Emir pun dah ambil? Sabun mandi?” Thaqid mengingatkan.
Tuan Hisyam angguk.
“Baju?” Dina pula soal.
Puan Rozana angkat kening. “Kena ambil ke, Qid?”
“Ambil la satu. Mana tahu nanti dia buat perangai nak pakai baju suami dia pula. Satu hal muka Qid juga yang kena datang sini balik.” Thaqid lipat tangannya ke dada.
Siapa lagi yang boleh diharap di dalam rumah itu kalau bukan dia? Dina? Hmm, ada Tesla pun belum tentu dia akan bawa.
“Bagi ajelah baju Qid. Apa susah?” Dina masih lagi si kecil Ayan.
“Kau ingat kakak kau tu tak pandai bezakan ke mana satu baju suami dia, mana satu baju Qid?” Thaqid menjuih.
“Betul juga kan. Baju Abang Emir tu nampak clean fit. Baju Qid pula baggy macam anak indie tak direstui sangat. Boleh buat jadi kain lap kaki.” Dina membalas. Sengaja!
Thaqid angkat penumbuk. Memang menguji kesabaran!
“Sekarang, ini sajalah benda yang kita boleh guna untuk buat Naya okey sekejap. Harap-harapnya barang ni boleh tenangkan dia lagi nanti.” Puan Rozana mencelah.
Kalau dengar Thaqid dan Dina bergaduh, memang sakit hati. Nanti mulalah ada yang menangis.
Dalam hati, Puan Rozana tak henti-henti berdoa apabila membayangkan keadaan Inara yang sudah menunjukkan tanda-tanda boleh mendaftar keluar dari wad tak lama lagi.
Tapi dalam fikirannya cuma satu. Dia perasan dengan perubahan emosi Inara yang sangat bergantung dengan Emir. Risau. Dia sungguh runsing jika keadaan Inara akan kembali memburuk jika dia berjauhan dengan Emir lagi nanti.
KAKU. Hari ketiga sudah memancarkan sinarnya. Puan Seri berdiri di samping katil anaknya yang masih lagi memejamkan mata. Sejak dari hari pertama dia melihat keadaan Emir yang sungguh menyayat hati itu, dia kurang pasti kenapa jiwanya terasa mati. Ada linangan air mata yang turun, tapi selepas dia keluar dari ruangan itu, tiba-tiba sajanya dia mampu untuk berlakon menjadi kuat.
Sejak hari pertama juga, mulutnya tak putus-putus membacakan ayat suci Yasin dan menitipkan doa kesembuhan untuk anaknya.
Benarlah kata orang. Dinding-dinding hospital lebih banyak mendengarkan kata doa yang benar-benar ikhlas merintih kepada Tuhan. Dan hal itu cukup untuk menyentapkan hati Puan Seri.
“Ayong… Tuhan uji mama macam ni sebab mama selalu sibuk dengan kerja ke?” Puan Seri mengelus lembut pipi Emir.
‘Atau Tuhan uji sebab Tuhan nak mama kembali pada jalan-Nya semula? Jadi Tuhan uji melalui anak mama sebab Dia tahu ayong pun satu-satunya kesayangan mama juga?’
Puan Seri menggigit bawah bibir. Sebak yang bertandang semakin mencengkam dada. Sungguh, dia tak mahu bersangka buruk dengan Tuhan. Sebab itulah dia cuba untuk bertahan. Dia cuba untuk reda dengan takdir yang sudah terjadi.
‘Ayong, masa ayong mula-mula lahir dulu, mama paranoid sangat kalau ada nyamuk datang gigit ayong. Ayong boleh bayangkan tak betapa pedihnya hati mama bila tengok ada luka besar pada badan ayong?’
“Mama setiap hari berdoa, ayong. Biar mama sajalah yang duduk di tempat ayong sekarang. Mama rela sakit. Sebab mama dah pernah merasa perut kena belah untuk lahirkan ayong dulu…” Puan Seri merintih.
Sebelah tangannya spontan menyentuh bahagian perut yang masih menyimpan kesan jahitan walaupun 24 tahun sudah berlalu. Luka pembedahan sungguh nyeri. Tapi rasanya, luka itu tidak akan pernah sama dengan rintihan yang merayu kerana takut kehilangan anak.
“Tapi luka tu adalah kenangan terindah untuk mama, ayong. Mama tak pernah menyesal sebab lahirkan putera yang berani macam ayong.”
‘Pandai kan mama pilih nama ayong? Maksud nama Emir adalah pemimpin yang berani. Dulu, mama dah yakin sangat yang ayong akan membesar jadi anak yang paling berani, paling kuat untuk lindungi orang yang ayong sayang.’
Lindungi orang yang ayong sayang.
Ayat itu berlari liar di dalam fikiran. Hari itu, dia belum bertemu lagi dengan Inara kerana dia sungguh merindui anaknya. Bilik Emir dituju dahulu sebelum dia ke tingkat empat nanti.
“Qaseh… mama dah jagakan Qaseh setakat yang mama mampu. Sebab mama takut ayong marahkan mama pula kalau mama tak jaga Qaseh betul-betul masa ayong tengah tidur.” Dia tersenyum paksa.
Hatinya turut bersedih apabila mengenangkan menantunya yang juga kelihatan tidak tentu arah.
Panggilan mendayu-dayu Inara masih lagi meninggalkan jejak di dalam ingatannya. Tapi dia cuba untuk menenangkan Inara walaupun dia sendiri lemas dalam kerisauannya.
‘Ayong… bangunlah.’
Dia juga takut untuk kehilangan anaknya.
Dia juga takut jika anaknya akan pergi buat selama-lamanya.
Puan Seri terasa lututnya bagaikan melemah. Dia berpaut kemas pada katil Emir sambil memejamkan mata serapat-rapatnya.
Lama-kelamaan, dadanya yang terasa sesak itu mula melepaskan satu raungan yang cukup kuat.
Air mata yang ditahan-tahan akhirnya merembes keluar tanpa berpenghujung. Dia merintih semahu-mahunya di sisi Emir yang masih belum membuka matanya.
‘Bangunlah, ayong. Mama pun takut. Mama takut sangat-sangat kalau ayong pun tinggalkan mama juga…’
Dari luar, Iqbal yang baru saja ingin masuk ke dalam wad Emir kembali melangkah keluar mendapatkan Alis di luar. Ratapan Puan Seri sememangnya terlalu sayu untuk didengari oleh sesiapa sahaja yang mendengarnya.
Mata Iqbal bergenang. Dia menyembunyikan mukanya pada bahu Alis. Air mata itu tidak dapat ditahan lagi. Dia juga teresak di dalam pelukan Alis.
Dia tahu, dia sendiri nampak sejauh mata Puan Seri sangat menyayangi si putera sulung itu dengan apa adanya. Sebagai seorang rakan baik kepada Emir, dia juga kasihan dengan penderitaan lelaki itu.
“Kawan baik I, yang…” Iqbal meluah.
Alis turut mendongak sedikit untuk tidak menumpahkan air matanya jua. Tangannya mengusap belakang kepala Iqbal yang masih bersedih dengan keadaan si rakan baik.
Pilu.
Kecekalan hati Puan Rozana dan Puan Seri sememangnya layak diberikan ganjaran syurga. Dua jiwa yang bertahan dengan kuat di hadapan semua orang demi menjaga anak masing-masing, tapi mereka saling menyembunyikan luka yang dalam, merintih kepada Tuhan dalam keadaan yang sungguh hiba.
“Mama Seri tu… dia nampak hidup depan kita, ayang. Tapi dunia dia dah lama berhenti sejak Emir ada dekat dalam…” Iqbal berkata dalam tangisan.
Alis angguk mengiyakan. Lolongan Puan Seri masih lagi kedengaran jelas walaupun mereka sudah berada di luar.
Sumpah, Alis berasa seperti mahu lari sahaja dari situ kerana sudah tidak tahan untuk mendengar rayuan itu lagi. Jiwanya terlalu rapuh untuk semua itu.
Akhirnya, Puan Seri sudah melepaskan perasaannya tanpa perlu menahan segala rasa perit itu lagi.
Syukurlah.
INARA duduk di atas katil dengan kaki melunjur ke bawah sementara membiarkan mama mengeringkan rambutnya dengan tuala. Sepanjang tiga hari itu, dia bagaikan dia tidak mengerti untuk melakukan apa-apa. Makan bersuap, cawan tolong dipegang, gigi digosokkan, dan muka juga tolong dibasuhkan dengan air.
Waktu itu, Thaqid dan Dina juga datang duduk di sofa sementara menunggu surat discaj dikeluarkan oleh pihak hospital.
“Ma…” Inara memanggil. Dia memegang lengan mama yang sedang menyentuh rambutnya.
“Ya, Naya?” Puan Rozana berhenti.
“Kalau Naya keluar hari ni… Emir macam mana?” Matanya bergerak-gerak gelisah.
“Tak apa. Yang tu kita biarkan doktor dan nurses yang jagakan Emir. Mama Emir pun ada untuk tengokkan anak dia juga.” Puan Rozana senyum.
Inara tunduk merenung kakinya.
“Naya tak nak jauh dari dia…” Dia menggumam kecil.
“Tak apa, Naya. Mama janji, hari-hari Thaqid dengan Dina bergilir untuk bawa Naya datang melawat Emir nanti.” Puan Rozana berpaling ke arah Thaqid dan Dina di sofa. Paling santai, Dina selamba sahaja melunjurkan kakinya di atas paha Thaqid.
“Naya nak jumpa Emir…” Inara merengek. Hatinya tak tenang pula kerana masih belum berjumpa Emir pada hari itu.
“Iya, nanti sebelum balik, kita pergi melawat dia dulu.” Puan Rozana mengusap kepala Inara.
Dalam tempoh 30 minit, bilik yang dihuni oleh Inara itu sudah kosong selepas nota discaj sudah dikeluarkan. Mama dan Thaqid pula bergerak ke ruangan lobi untuk membayar bil hospital.
Dengan berat hati, Inara berjalan longlai menuju ke wad Emir bersama Dina di sisi.
Dina berjalan diam di sebelah Inara. Sesekali, matanya mencuri pandang pada kakaknya yang kelihatan terlalu kosong sejak keluar dari wad tadi.
Pintu wad Emir ditolak perlahan. Serta-merta, pandangan Inara jatuh kepada Emir yang masih terlantar di atas katil pesakit.
Itu adalah pandangan yang sama sejak tiga hari dia melawat suaminya. Tapi, keadaannya masih cukup membuatkan dada Inara terasa sesak. Wayar monitor masih bersambung pada dada Emir, dan balutan tebal pada bahagian abdomen kiri masih belum dibuka.
Cuma bezanya, hari ini wajah Emir sedikit kurang pucat berbanding hari-hari sebelumnya.
Inara menghampiri katil itu perlahan-lahan sebelum melabuhkan duduk di sisi.
Dina yang memahami terus memberi ruang. “Akak boraklah dulu. Dina tunggu dekat luar.”
Pintu kembali tertutup perlahan selepas Dina keluar meninggalkan mereka berdua.
Sunyi. Hanya bunyi monitor degupan jantung memenuhi ruang wad itu.
Perlahan-lahan, tangan Inara meraih jemari Emir yang terasa suam. Lama dia diam begitu sahaja sambil menundukkan muka. Tangan itu. Dia rindu. Dengan menyentuh tangan itu sahaja, dunianya yang bising serta-merta berubah senyap.
“You nak cuba babytalk macam tu, tak?”
Suara Emir datang singgah di dalam fikirannya semula.
“Emir… Naya rindu…” Inara mengusap jari-jemari Emir. Rasanya, itu pertama kali dia menggunakan nama ‘Naya’ dengan Emir.
Emir tetap belum bangun. Mungkin dia akan pulang ke rumah dengan berat hati sebentar lagi.
“I dah boleh balik hari ni.” Berita kurang gembira itu disampaikan dalam duka.
Dia langsung tak teruja dengan kesihatannya yang semakin membaik. Kalau boleh, dia mahu tinggal di hospital sehinggalah Emir sembuh sepertinya juga. Tapi dia tahu, itu memang mustahil.
“You tahu tak…” suaranya pecah. “I sebenarnya takut nak balik rumah.” Air matanya mula bergenang sedikit demi sedikit.
“I takut bila malam datang.” Dia tertawa kecil dalam tangisan sendiri. “Bila pejam mata, I rasa macam semuanya datang semula dalam memori I. Kalau I makan ubat tidur banyak-banyak, mesti you akan marah I, kan?”
Jemari Emir digenggam lebih erat. Dadanya sungguh terasa ketat.
Dia rindukan Emir yang selalu bercakap dengannya. Emir yang suka menyakatnya tanpa henti. Emir yang akan mendengar semua rungutannya walaupun benda kecil.
Bukan Emir yang diam begini.
Dia rasa seperti hampir gila kerana perasaan sunyi semasa zaman bujangnya dulu datang menemaninya semula.
Perlahan-lahan, kepalanya disandarkan perlahan pada belakang tangan Emir. Tangannya naik mengusap perlahan buku jari Emir.
“You kena bangun cepat, okey?” Suaranya makin serak. “I dah penat menangis sorang-sorang. I dah tak akan marah kalau you nak tengok I menangis kuat-kuat depan you.” Air matanya akhirnya jatuh juga ke atas cadar.
Lama Inara termenung memandang lelaki itu sebelum perlahan-lahan dia membongkok ke depan lalu mengucup dahi Emir dengan penuh hati-hati.
“Please come back to me, Emir. I memang tak tahu macam mana caranya untuk I hidup tanpa you di sisi I.”
Pagi tadi, semasa dia mencapai botol air Owalanya yang dibawa oleh Dina, dia sedikit keliru kerana botol itu ringan. Kebiasaannya, air itu akan penuh tanpa dia perlu isi sendiri.
Kerana selalunya, Emirlah yang akan mengisikan air itu untuknya. Emir tahu dia suka air putih. Emir tahu dia selalu minum air masak untuk menjaga berat badan. Emir tahu hal itu.
Tapi, mama dan Dina tak tahu fasal itu. Mereka tak tahu pun botol itu sudah kosong. Namun dia tak salahkan mereka. Mungkin kerana Emir saja yang sudah terbiasa melakukan hal itu untuk dia.
Kali ini, tangisannya senyap saja. Tiada esakan kuat. Tiada suara meraung seperti sebelum ini. Cuma bahunya yang terhinggut-hinggut kecil sambil dahinya masih melekap pada sisi tangan Emir.
Matanya tertutup rapat. Satu demi satu bayangan kerinduan datang singgah, tapi dia tidak tahu sama ada itu benar-benar kenangan yang pernah terjadi, atau itu cuma bayangan yang dia sendiri cipta untuk mengubati rindu yang bersarang.
Semuanya dirasakan sungguh aneh.
Dia menarik nafas perlahan sebelum melepaskannya dengan dada yang terasa berat.
“I cuba ingat balik apa yang jadi… I tried so hard, sayang.” jemarinya menggigil sedikit. “Tapi kepala I sakit sangat setiap kali I paksa diri untuk ingat.” Dia mengadu.
Seketika, Inara diam memandang wajah Emir yang masih lena.
Ada sesuatu yang aneh dengan fikirannya sejak dua tiga hari ini. Banyak memori terasa kabur. Berselerak. Semua itu terasa aneh seperti otaknya sendiri cuba mengunci sesuatu daripada disentuh.
Kadang-kadang dia teringat wajah Zarif.
Kadang-kadang dia sendiri keliru sama ada semua itu benar-benar terjadi ataupun hanya mimpi ngeri yang terlalu panjang.
“I rasa penat sangat bila duduk dalam keadaan menyedihkan macam ni… I rasa macam nak mati.” Bisiknya perlahan.
Tangannya mengusap perlahan rambut Emir yang menutupi dahi. Bibirnya mengulum senyum. Wajah suaminya itu masih lagi kelihatan tampan.
Sungguh, dia rindu.
“Tapi bila I tengok you…” bibirnya bergetar kecil. “I akan cuba bertahan, sayang. I nak jadi isteri you buat selama-lamanya. Itu janji I untuk kita.”
Perlahan-lahan, Inara menyandarkan pipinya pada sisi katil semula. Air matanya menitis lagi.
“You memang gila, Emir.” Senyum kecil muncul pada bibirnya walaupun mata masih dibasahi air mata. “Mana ada orang sanggup kena tikam semata-mata sebab nak lindungi orang lain. Orang gila aje yang sanggup buat macam tu.”
Sunyi lagi.
Kalau Emir sudah sedar, pasti lelaki itu akan membalas ‘Ya, I kan gilakan you.’
Nampak, kan? Rasanya, dia sudah sampai fasa di mana kewarasannya hampir hilang.
Monitor jantung Emir terus berbunyi stabil di sisi. Bunyi itu sahaja yang berjaya menenangkan Inara sekarang. Sekurang-kurangnya, itu bukti Emir masih ada bersamanya.
“You tahu apa benda paling menakutkan I?” Inara memandang siling putih di atas. “I takut sangat kalau suatu hari nanti… I dah tak boleh ingat semua benda fasal kita.”
Dadanya terasa mencengkam sendiri saat ayat itu keluar dari bibirnya. “I takut kalau I lupa suara you… muka you… semua kenangan kita…” Dia menelan liur yang terasa perit.
Matanya kembali jatuh pada wajah Emir.
“So please… Sayang….” Jemarinya menggenggam tangan Emir erat seolah-olah takut lelaki itu benar-benar pergi meninggalkannya. “Cepat bangun sebelum I lupa segalanya fasal kita.”
Seketika kemudian, jari telunjuk Emir bergerak kecil. Tetapi cukup untuk membuatkan seluruh tubuh Inara membeku.
Nafasnya tersekat, seperti dia lupa cara untuk bergerak. Matanya terus tertumpu pada tangan yang berada di dalam genggamannya.
Tadi…
Jari Emir bergerak, kan?
“Kakak?” Suara Dina muncul bersama bunyi pintu yang terbuka sedikit dari luar. Kata baba, dia akan menunggu di bawah selama 10 minit lagi.
Namun Inara langsung tidak menoleh.
“Dina…” suaranya bergetar. “Tangan dia…”
Dina terus mendekat dengan wajah cemas. “Kenapa, kakak?”
“Kakak nampak tangan Emir bergerak…”
Jantung Inara berdegup terlalu laju sehingga hujung jarinya terasa sejuk. Dia segera bangun sedikit dari kerusi lalu mendekati wajah Emir.
Sumpah. Itu bukan ilusinya. Dia yakin! Dia memang benar-benar yakin jari Emir bergerak tadi.
“Emir?”
Tiada balasan.
“Sayang?”
Tetapi beberapa saat kemudian, kelopak mata Emir bergerak perlahan seolah-olah sedang melawan rasa berat yang terlalu lama memerangkap dirinya di dalam gelap.
Dan saat itu juga, air mata Inara jatuh tanpa mampu dibendung lagi.
Syukurlah, Tuhan. Syukur!
https://medium.com/media/ccc2bc43f8abe32e6c9290b3efba0fae/href
PAGI tadi, Inara pengsan. Selepas dia separa sedar, kata mama, dia meracau-racau memanggil nama Emir berulang-kali. Apabila mama memberitahu Emir masih lagi di ruangan ICU, emosinya serta-merta berubah dan meraung semahu-mahunya pula. Dina pula menambah — yang mama dan baba bergilir memeluknya untuk menenangkan dia daripada terus menjadi tidak tentu arah.
Dia sangkakan, itu hanyalah cerita rekaan sahaja. Dia langsung tak ingat apa yang terjadi di hospital melainkan dia melihat Emir ditikam dan Zarif ditembak betul-betul di hadapan matanya.
“Likely vasovagal syncope secondary to emotional distress and acute stress response.”
“Berdasarkan pemeriksaan awal, kami dapati Inara memang mengalami kesan tekanan pada bahagian leher akibat manual strangulation. Kami nampak ada lebam jelas pada bahagian tersebut, dan tanda salur darah di bawah kulit yang menunjukkan tekanan berlaku dalam tempoh yang cukup kuat.”
Puan Rozana merenung Inara yang duduk bersandar pada kepala katil. Kepalanya masih terngiang-ngiang dengan suara doktor yang merawat Inara pada pagi tadi.
Thaqid dan baba sudah 30 minit keluar ke IPD untuk memberikan keterangan di situ. Syukurlah, keadaan Thaqid tidak seteruk seperti yang lain. Dina pula sudah bergerak menghadiri kelas memandangkan dia ada ujian pertengahan.
Semangkuk bubur yang sudah digaul dengan lauk dipegang kemas, bersedia untuk menyuap. Tapi, tatapan mata Inara yang kosong itu membuatkan dia kelihatan tak bermaya, apatah lagi mahu makan. Puan Rozana menghela nafas.
“Mama tak naklah paksa kalau Naya tak nak makan. Tapi, Naya kena makanlah sikit. Badan Naya kena ada tenaga sikit sebelum Naya makan ubat. Nanti petang kan Naya nak melawat Emir pula.” Puan Rozana memancing dengan nama Emir.
“Tak nak…” Inara berkeras menolak. Bibirnya yang pucat merekah itu mulai berdarah kecil kerana digigit terlalu kuat.
Puan Rozana meletakkan mangkuk kaca putih itu ke atas meja mudah alih semula. Lantas, dia mencapai tisu untuk mengelap darah pada bibir anaknya.
“Naya … mama tak naklah seksa diri macam ni.” Lembut tangan Puan Rozana menekan bibir bawah Inara. “Kalau Emir tengok Naya jadi macam ni, mesti dia pun sedih juga.” Hatinya sayu untuk melihat keadaan anaknya yang tak keruan. Tapi, dia harus cekalkan jiwa. Dia perlu kuat untuk menjaga Inara.
‘Mama pun sedih juga, Naya. Mama sedih untuk tengok keadaan anak sulung kecintaan mama nampak menyeksakan diri begini…’
“Makan sikit, ya? Sikit saja. Lepas tu, kita makan ubat. Boleh kan, Naya?” Puan Rozana sambung memujuk.
“Naya tak nak, ma!” Inara meninggikan suara.
“Lepas tu, Naya nak meratapi diri macam ni? Naya nak biarkan diri tu lemah, tak terjaga begitu saja?” Puan Rozana geram.
Tersentak. Inara kaku buat seketika. Kata-kata mama tadi bagaikan berdesup menikam hati. Air matanya bergenang lagi.
Inara bergantung pada baju Puan Rozana. “Mama … Naya rasa macam nak mati, ma. Naya dah susahkan semua orang…” Dia merintih sayu. “Kenapa Emir selamatkan Naya … Sepatutnya Naya yang … duduk dekat tempat dia … Bukan dia, tapi Naya, ma!” Dadanya dipukul berkali-kali dengan tangan.
Puan Rozana laju menarik tangan Inara daripada terus menghentam dadanya.
“Naya! Istighfar dulu, Naya. Naya kuat! Anak mama kuat!” Puan Rozana memeluk kemas tangan Inara. Tubuh anak gadisnya itu juga didakap dengan sebelah tangan. Dia biarkan saja Inara disandar kepala pada perutnya.
Puan Rozana mendongak kepala untuk menahan air matanya daripada tumpah juga. Dia kuat! Dia harus cekalkan hati juga walaupun perit. Kemudian, dia menyambung.
“Naya kena kuat, Naya. Emir dah sanggup berkorban untuk biarkan Naya selamat. Jadi, Naya pun kena bertahan juga. Naya kena jaga diri betul-betul untuk Emir…” Mata Puan Rozana berkaca. Kepalanya dipaling ke arah lain. “Untuk mama … untuk baba juga. Mama pun sedih tengok anak mama sengsara. Hati mama rasa pedih untuk tengok Naya hilang arah macam ni.”
“Naya nak jumpa Emir…” Inara meratap pilu.
“Ya, Naya. Nanti petang sikit mama hantar Naya turun jumpa Emir. Naya kena kuatkan semangat dulu.” Puan Rozana mengusap-usap bahu Inara.
Ya Tuhan, syukurlah keadaan Thaqid tidak seteruk Inara. Kalau tidak, makin berganda-ganda keresahan datang menimpa hati.
(imbas kembali)
KETIKA Emir dan Hans sibuk bertarung sesama mereka, Thaqid turut mengambil peluang untuk menggunakan saki-baki tenaga yang ada untuk melawan. Terus, dia menyiku salah seorang lelaki yang memegang lengannya sebelum menolak tubuh lelaki itu sekuat hati dan berlari keluar melalui pintu kecemasan.
Thaqid sendiri tidak pasti bagaimana dia masih lagi mampu berlari pada waktu itu. Nafasnya sudah terasa mencucuk dada sambil mendaki satu-persatu anak tangga. Bahagian tepi bibirnya juga terasa pedih akibat terkena tumbukan sewaktu cuba melepaskan diri.
Dalam keadaan kelam-kabut itu, dia perlu keluar dari aras bawah tanah Hiseri itu secepat mungkin sebelum dia sendiri menjadi mangsa seterusnya.
Bukan niatnya untuk mementingkan diri dan membiarkan Emir berlawan sendirian di bawah. Tapi, dia ada misi yang lebih penting sekarang. Dia perlu dapatkan bantuan!
“Kejar dia!” Kedengaran suara orang menjerit memanggilnya dari belakang diikuti bunyi tapak kaki yang mula mengejar.
Thaqid semakin mempercepat langkah walaupun lututnya sudah terasa longgar. Kalau dia lemah, memang dia akan tergolek ke bawah macam nangka busuk.
Dia membelok ke satu selekoh tajam sebelum menolak pintu besi kecemasan di hujung lorong dengan bahu. Udara malam terus menyapa wajahnya sebaik sahaja dia keluar ke kawasan loading bay belakang Hiseri.
Langkah Thaqid mati di situ apabila dua orang lelaki berpakaian hitam tiba-tiba berdiri di hadapannya.
Ahh, sudah. Memang lunyai dia dikerjakan malam ini! Kalau tahu begini, semalam dia patut confess dulu kepada Nawal.
Refleks Thaqid terus mengangkat tangan untuk bersedia menyerang semula. Sebelum dia sempat berbuat apa-apa, satu suara perempuan memanggil namanya.
“Thaqid! Itu you ke?”
Thaqid tersentak. Dahinya berkerut pelik. Melalui memori ikan emasnya untuk mengingat muka orang, dia cuba mengecam juga wajah itu. Ketika Viv sudah mendekat, barulah dia kenal rupanya.
Kalau tak salah, itulah teman wanita Hans!
“Aik? Kau buat apa dekat sini?” Takkanlah Viv pun berkomplot jahat juga.
Aduh, memang sudah jatuh ditimpa tanggalah dia begini. Dia sangkakan, dia sudah selamat.
Belum sempat Viv menjawab, pintu besi tadi ditolak kasar dari dalam. Dua orang lelaki upahan Zarif muncul sambil tercungap-cungap selepas mengejar Thaqid keluar.
Mata kedua-dua lelaki itu terus tertumpu kepada Thaqid.
“SITU! WOI!”
Dalam sekelip mata, dua pengawal peribadi yang mengiringi Viv terus bergerak ke depan tanpa banyak bicara. Salah seorang daripada mereka sempat menolak Thaqid sedikit ke belakang sebelum pertarungan tercetus begitu sahaja di kawasan loading bay.
Bunyi tumbukan mula bergema. Salah seorang lelaki upahan Zarif mengeluarkan pisau lipat dari poket belakang. Tapi, pengawal Viv lebih pantas memulas pergelangan tangannya sehingga senjata itu jatuh ke lantai.
Seorang lagi pula cuba menyerang dari sisi sebelum menerima tendangan tepat pada perut yang membuatkan tubuhnya terdorong ke belakang lalu terlanggar tong besi berhampiran.
Thaqid hanya mampu memerhati buat beberapa saat dengan dada turun naik menahan nafas. Dia tidak sangka Viv datang dengan pengawal sendiri. Dan lebih dia tak sangka, mereka benar-benar tahu berlawan. Gempak!
Tak sampai beberapa minit, kedua-dua lelaki upahan Zarif itu akhirnya tumpas di atas lantai konkrit dengan wajah berdarah dan nafas tercungap-cungap.
“Mampus ke?” Thaqid terus bertanya laju.
“Nope.” Salah seorang pengawal menjawab pendek sambil mengelap darah pada buku limanya. “Pengsan.” Nasib baik mereka perlu berlawan dengan dua orang jahat sahaja.
Viv terus mendekati Thaqid dengan wajah cemas. “Qas dekat bawah?”
Soalan itu membuatkan jantung Thaqid bagaikan hampir luruh semula.
“HAH? KAKAK AKU DATANG?” Thaqid bertanya semula. Gila! Macam mana Inara boleh sampai di sini juga?
Viv mengangguk laju. “Dia datang sebab dia dah tahu Emir kena perangkap.”
“Puan minta kami awasi kawasan ni sampailah pihak berkuasa sampai.” Pengawal berambut hijau; dikenali sebagai Ted memaklumkan.
“Kau orang bawa dia ke sini kenapa? Adoi! Gila!” Makin gelisah Thaqid jadinya. “Memang masaklah…” Thaqid meraup wajahnya kasar sebelum berpaling memandang semula ke arah pintu besi yang membawa turun ke aras bawah tanah.
Pada waktu itu juga, baru dia teringat sesuatu.
CCTV.
Semua sistem dalam bangunan itu sudah tidak boleh dipercayai.
Kalau sesuatu berlaku dekat bawah sekarang, mungkin tak ada bukti langsung yang boleh tunjuk apa sebenarnya yang sedang terjadi. Zarif terlalu bijak untuk tidak meninggalkan kesan.
Thaqid terus mengeluarkan telefon dari poket seluar dengan tangan yang sedikit menggigil akibat adrenalin yang masih belum reda.
“Apa you nak buat ni?” Viv bertanya.
“Kau dah telefon polis ke belum? Takkan kau tercongok aje dekat sini?” Thaqid geram.
“Kami dah telefon tadi. Tapi kami pun tak tahu kenapa bantuan lambat sangat sampai.” Seorang pengawal berambut buzz cut; Black menyampuk untuk menjawab soalan Thaqid.
Thaqid meraup rambutnya ke belakang. Peluh yang membasahi dahi dibiarkan sahaja tidak dilap. Dia terus membuka kamera telefon sebelum menarik nafas panjang.
“Kau ikut aku.” Thaqid memanggil Ted untuk mengikutinya.
Tanpa menunggu lebih lama, Thaqid dan Ted bergerak semula ke arah pintu besi itu dengan langkah jauh lebih berhati-hati berbanding tadi. Kali ini, dia tidak terus berlari masuk membuta tuli. Dia menuruni anak tangga sambil berwaspada.
Keluar sahaja dari tangga kecemasan, langkahnya diperlahankan setiap kali menghampiri selekoh lorong. Kamera telefon sentiasa diperiksa untuk merakam keadaan di sekeliling.
‘Jangan lalai, Qid. Tugas kau berat sekarang. Kalau kantoi, dengan kau sekali kena henyak lagi.’
Thaqid berhenti di sebalik dinding konkrit. Dan perlahan-lahan, dia mengintai ke luar.
Apa yang dia nampak di situ membuatkan jantungnya berhenti berdegup buat seketika. Beberapa orang upahan Zarif sudah tumpas.
Paling sadis, Emir terbaring di atas lantai, dan Inara meraung semahu-mahunya sambil menekan kuat bahagian perut Emir yang sudah dipenuhi darah. Dua orang pengawal peribadi Inara juga sedang mengepung supaya perkelahian Zarif dan Hans tidak tertuju ke arah mereka.
“Bangsat!” Zarif menumbuk wajah Hans sehingga lelaki itu terhuyung ke belakang sebelum menghentak tubuhnya ke dinding.
Hans tidak goyah. Dia terus menarik kolar Zarif semula lalu membalas tumbukan tepat pada rahang lelaki itu sehingga kepala Zarif terdorong ke sisi.
“Semua ni sebab kau!” Hans menjerit kasar. Suaranya serak dipenuhi amarah yang akhirnya meledak keluar selepas terlalu lama dipendam.
Zarif ketawa dalam keadaan tercungap-cungap.
“Sebab aku?” Dia menyeringai sambil mengelap darah di hujung bibir. “Kau yang pilih untuk jadi pengkhianat, Hans! Kau yang khianat kawan kau sendiri! Kau masih bangang nak salahkan aku? Gila kau ni.”
“Aku buat semua ni sebab Viv!” Hans berang. “Kau ugut aku — kau nak bunuh dia!”
Zarif tidak endahkan jerkahan itu. Tubuh Hans ditendang kuat pada dinding.
‘Zrap!’ Pisau yang digenggam tadi dicucuk pula pada lengan kiri Hans. Darah sudah lencun membasahi baju. Namun Hans tetap berusaha untuk mengelak daripada terus ditikam lagi.
Hampir sahaja telefon di tangan Thaqid terlepas. Matanya terbeliak luas, darah juga berderau seolah-olah dia turut merasai pedihnya kulit kerana ditikam. Rakaman Thaqid sedikit bergegar kerana tangannya yang menggeletar.
Hans dan Zarif bergelut sekali lagi.
Thaqid teruskan merakam sehinggalah, Hans menggenggam kemas sepucuk pistol dalam tangannya.
“Hans — ”
‘BANG!’
Satu das tembakan bergema kuat memenuhi seluruh ruang parkir bawah tanah Hiseri.
Buat seketika, suasana di situ berubah sepi tanpa sebarang kata. Bunyi siren mulai sayup-sayup kedengaran menandakan bantuan sudah tiba walaupun terlambat.
Dan Ted sudah berlari keluar dari tempat penyembunyian untuk membantu Rul dan Que menyelamatkan nyawa Emir.
Thaqid diam membisu. Dia hanya mampu memerhatikan Emir dan kakaknya dari jauh.
Gila.
PETANG menjengah. Inara datang melawat ke wad Emir ditempatkan dengan bantuan kerusi roda kerana dia masih belum berkudrat sepenuhnya untuk berjalan. Puan Rozana juga ada menunggu di luar untuk menemani Inara dari jauh.
Sejak Inara masuk lagi, dia kaku, mulutnya bagaikan tak terluah kata apabila melihat keadaan Emir yang sungguh melemahkan jiwa. Wayar-wayar kecil masih lagi melekat pada dada Emir. Tiub oksigen juga tersangkut kemas pada hidungnya. Tangan lelaki itu dicucuk dengan beberapa saluran IV, dan balutan putih tebal masih membalut bahagian sisi abdomen yang dijahit.
Bahagian tulang pipi Emir bertukar biru keunguan, sementara hujung bibirnya yang pecah juga sudah mengering.
Adakah semua ini … benar-benar terjadi gara-gara dia?
Perlahan-lahan, dia meraih tangan Emir lalu mengucupnya rindu.
“Tadi ada pegawai datang jumpa I untuk ambil kenyataan. It was so scary that I almost peed in my pants because you weren’t there with me. Kalau you dah bangun, mesti you akan datang temankan I macam you dah pernah buat dulu, kan?” Inara memulakan cerita.
Ingatannya kembali memutarkan memori di mana Emir segera memecut dari Cheras ke balai polis Sri Damansara semata-mata demi dia. Semuanya kerana Airtag yang menjadi titik permulaan kesengsaraan mereka berdua.
Sungguh, Inara berasa seperti dia juga tak mampu untuk memaafkan diri sendiri.
“At one point, I’m really hoping, praying and waiting for you to hate me, Emir. I fikir, mungkin dengan cara you bencikan I, I boleh jauhkan diri daripada you. You dah tak akan cari cara untuk sayangkan I dalam apa juga keadaan. You dah tak akan cari I buat seumur hidup you.” Inara menuturkan semula kalimat yang sudah lama bertapa di dalam fikiran.
‘But I was wrong.’
Segala tanggapan itu bagaikan tidak pernah wujud di dalam hidup Emir. Apa yang dia harapkan, lelaki itu melakukan yang sebaliknya.
“Tak seronoklah cakap sorang-sorang.” Inara menjuih. “Selalunya you suka aje dengar I mengadu. Kadang-kadang you akan cakap I manja sebab suka sangat mengadu. You said I’m like a baby.” Dia tersenyum tipis.
Kelakar pula rasanya ketika teringat tentang pergaduhan manja mereka suatu ketika dahulu.
“You suka sangat ketawa kalau I mengadu apa-apa. You ingat kelakar ke?”
“I ketawa sebab you manja, sayang. You’re like a baby.”
“Okey, fine. I dah tak nak mengadu apa-apa dah. Figure it out yourself!”
“Bukan, sayang. Keep being a baby to me. Mengadu aje. I dengar. Haih, siapalah yang berani sangat nak usik manja I ni.”
Manja. Dulu dia benci dengan perkataan manja kerana tak mahu dianggap lemah oleh sesiapa. Biarlah dia nampak kuat di mata orang lain walaupun dia ada banyak saja perkara yang dia mahu mengadu.
Sehinggalah dia bertemu dengan Emir. Emir sajalah yang mampu melayan sikap mengada-adanya, menjadi tempat ternyaman untuk meluahkan segala gundah yang melanda.
“This is our safe space, sayang. Tell me, apa lagi yang ganggu fikiran you sekarang?”
“You can tell me everything, sayang. Everything.” Emir memujuk lagi. “Just you and me. I promise, mama tak akan tahu pun fasal ni nanti. I will keep it simple to save both of us the trouble.”
“You cakap you nak jadi safe space I.” Dia menggumam sendirian.
‘I takut, Emir. I memang dah tak tahu macam mana caranya untuk hidup kalau you tak ada di sisi I.’
Emir…
Inara melentokkan kepalanya ke atas tilam sambil mengusap lembut tangan Emir. Dia rindu untuk tidur di sebelah Emir. Sejak dia menikah dengan lelaki itu, dia perasan, dia lebih senang terlena sehingga pagi.
Tapi kini, jika dia memejamkan mata, dia bagaikan terlalu gelisah untuk terperangkap di dalam kegelapan itu walaupun sekejap.
Hatinya terdetik sejenak. Macam mana dia akan tidur pada malam ini nanti?
Pelbagai jenis memori manis antara mereka datang singgah satu-persatu seperti layar movie di dalam bayangan.
“You jadi suka marah-marah I macam ni sebab you rindu I, kan?”
“Perasan.” Inara menjuih. Matanya menjeling Emir tak puas hati.
“Kalau rindu, cakap. Jangan pendam sorang-sorang.” Emir masih lagi ingin mengusik.
Sekali lagi, bibirnya mengulum senyum. Perkataan ‘rindu’ datang mengasak mindanya dengan lebih kuat.
‘I rasa I dah gila la, sayang.’
“I rindu you, Emir. I was so ego to say that I miss you. I rindu you sangat. I rindu untuk dengar you pujuk I, untuk jumpa I…” Air matanya pada hari itu memang terlalu murah. Sikit-sikit, menangis sahaja kerjanya.
Sesal. Baru sekarang dia terdetik untuk mengucapkan kata rindu itu kepada Emir yang entah mendengarnya ataupun tidak.
‘Tapi I tak akan bosan untuk cakap yang I rindukan you, sayang. I akan ulang, ulang, dan ulang sampailah you dah bangun nanti.’
SELEPAS keluar dari melawat Emir, langkah Puan Rozana terhenti sejurus terserempak dengan tiga orang sekawan yang sedang menunggu di luar. Inara mengangkat muka setelah kerusi roda yang disorong oleh mama berhenti dengan tiba-tiba.
“Inara…” suara halus Alis menyapa Inara yang menatapnya kosong.
Perlahan-lahan, langkah Alis menghampiri Inara dengan hati diruntun sayu. Tangannya mengelus lembut rambut Inara, kemudian turun pada pipi untuk mengusapnya. Wajah sembab Inara direnung buat beberapa saat. Lantas, kedua-dua belah lutut Alis dijatuhkan pada lantai, lalu dia memeluk tubuh Inara erat.
“Ya Allah, I lega sangat, Inara. I lega sangat you tak apa-apa.” Tak semena-mena, Alis teresak.
Inara kaku membatu. Dia janggal untuk menerima pelukan itu kerana tidak terbiasa selain daripada keluarganya.
Alis melepaskan pelukan. Hidungnya yang memerah itu direnung oleh Inara. Lama dia memerhatikan muka Alis untuk memastikan jika tangisan itu sebenarnya ikhlas ataupun palsu.
“Dari pagi tadi lagi Alis menangis sebab risaukan you, Inara. Dia sampai merayu-rayu untuk datang terus masa baca berita pagi tadi.” Iqbal bersuara dari belakang. “Syukurlah you tak apa-apa.”
Seseorang menangis … kerana risaukan dia?
Seseorang yang menangis itu … bukan Emir ataupun sesiapa daripada ahli keluarganya?
Kemudian, mata Inara terarah pula pada satu-persatu wajah yang berdiri tidak jauh darinya.
Raut wajah Iqbal, Darwish, dan Seth — semuanya sembab dan sugul dengan hidung yang memerah juga. Jelas sekali, mereka turut menangisi nasib malang yang menimpa si rakan baik, rakan sehidup semati bersama-sama.
Tapi, Inara berasa aneh dengan ingatannya. Kenapa dia kenal dengan muka-muka itu, tapi bukan nama mereka?
“Terima kasih, kawan-kawan Emir sebab datang melawat hari ni. Nanti mama cuba tanya doktor kalau semua boleh ambil giliran untuk melawat Emir dekat dalam.” Puan Seri turut menyapa dari belakang besannya.
‘Kawan’
“Sebab aku?” Zarif menyeringai sambil mengelap darah di hujung bibir. “Kau yang pilih untuk jadi pengkhianat, Hans! Kau yang khianat kawan kau sendiri! Kau masih bangang nak salahkan aku? Gila kau ni.”
Memori itu datang menyergah fikirannya sekali lagi. Wajah kejam Zarif, suara laungan Hans dan Zarif serentak bergema di dalam kepalanya.
Serta-merta, dia menolak tubuh Alis menjauhinya. Mujurlah Alis tidak jatuh terduduk ke lantai. Iqbal, Darwish, Seth dan Nasha saling terkejut dengan reaksi kasar Inara terhadap Alis.
Tangan Inara menggeletar saat meraih tangan mama di belakang.
Lekas-lekas, Puan Rozana menggenggam tangan Inara. Dia mempamer senyum kekok apabila melihat reaksi mereka berlima sedikit terkedu dengan kelakuan aneh anaknya.
“Maafkan Inara, ya. Inara … dia masih takut sikit nak berjumpa dengan orang lain selain keluarga dia sendiri.” Puan Rozana memohon maaf. “Tapi, auntie berharap Alis tak terasa dengan Inara.”
Alis berdiri semula. Segaris senyum tetap terlakar pada wajah untuk memujuk hati Puan Rozana. Dia tidak ambil hati pun dengan tolakan itu. Dalam hatinya, dia bersangka baik. Mungkin Inara masih lagi trauma dengan apa yang menimpanya.
“Tak apa, auntie. Alis faham. Nanti dia dah stabil sikit, Alis dengan Nasha boleh datang melawat dia macam biasa.” Alis kembali berdiri di samping Iqbal.
Inara perhatikan cincin pernikahan yang tersarung pada jari manis Alis dan Iqbal.
“Awak dah berkahwin ke?” soalan Inara menyentakkan Alis.
Alis dan Iqbal saling bertukar pandangan. Pelik dengan Inara.
“Saya pun … dah kahwin.” Inara tunduk, dia sentuh cincin yang dipakai pada jari manisnya.
Baru keluar sebentar, dia sudah merindui suaminya di dalam.
“Iya, Inara. Saya dengan Iqbal pun dah berkahwin juga.” Alis melemparkan senyum kepada Inara.
“Nanti auntie jelaskan, ya. Auntie pergi dulu.” Puan Rozana segera mempamit diri. Tangannya mula menolak kerusi roda Inara untuk keluar dari kaki lima itu.
SEMASA giliran Stardawn datang melawat Emir, Puan Seri datang ke wad persendirian Inara seorang diri. Dia sempat memberitahu Puan Rozana untuk mandi dan bersiap sebelum solat Asar dulu sebagai masa bersendiri. Tanpa dipinta, dia menawarkan diri untuk menjagakan Inara sementara Puan Rozana mengambil ruang menenangkan perasaan setelah dari sebelum subuh lagi mereka berdua terjaga.
Suasana di dalam wad itu sunyi. Inara tidak mengucap sepatah kata ketika melihat Puan Seri masuk ke dalam biliknya tadi. Mulut dikunci kemas, sementara tatapan dilarikan ke luar tingkap.
Sengaja Puan Rozana membiarkan ruangan di dalam wad itu cerah disimbahi cahaya supaya Inara tidak terperangkap di dalam gelap. Mata Inara merenung langit senja yang menghampar bumi dengan pandangan yang cukup kosong.
Sudah hampir malam.
Dia mahu tidur. Tapi, setiap kali dia cuba untuk melelapkan mata, kegelapan yang singgah membuatkan jantungnya berdebar-debar kerana teringatkan kejadian malam semalam.
“Qaseh dah nak tidur ke? Mama tutupkan langsir.” Puan Seri hampir bangun.
“Qaseh nak ubat tidur.” Pintanya lemah.
Terus terbatal niat Puan Seri untuk bangun.
“Qaseh nak ubat, ma. Qaseh tak boleh pejamkan mata. Qaseh rasa Qaseh akan jadi gila macam ni, mama…” Kedua-dua belah tangan Inara mula naik mencengkam rambutnya.
Tadi, dia baik-baik sahaja semasa melawat Emir. Tapi, kenapa sekarang dia dihurung dengan rasa gelisah semula? Hatinya cukup tak tenteram memikirkan tentang Emir yang bersendirian di ICU.
Dengan lembut, Puan Seri mencapai tangan Inara lalu menurunkannya ke bawah. Kemudian, rambut menantunya itu disisir rapi dengan jari-jemarinya.
“Tak, Qaseh. Qaseh tak akan jadi gila, sayang. Percayalah cakap mama.” Puan Seri mengelus kepala Inara.
Inara membiarkan sahaja Puan Seri mengusap ubun-ubunnya. Dalam kesempatan itu, Inara memerhatikan raut sugul Puan Seri yang berada dekat dengannya sekarang.
Pasti Puan Seri juga susah hati dengan kejadian yang menimpa anaknya sekarang. Tapi, kenapa ibu mentuanya itu masih lagi berkelakuan baik dengan dia?
Seharusnya, Puan Seri membencikan dirinya. Bukan menyantuni dia.
“Ma…” Inara memanggil Puan Seri. Panggilnya perlahan. Lidah juga seakan ditarik daripada mengatur sepatah kata.
Tubuh Puan Seri mula tegak di samping katil Inara. Sepasang mata itu bergerak-gerak memerhatikan Inara dari atas ke bawah.
“Mama patut bencikan Qaseh.” Dia menarik senyum tipis.
Puan Seri tercengang.
Inara melarikan anak matanya daripada bertembung dengan Puan Seri. “Lepas Emir dah sedar, Qaseh akan minta dia cerai-“
Puan Seri segera mencantas.
“Qaseh. Kenapa Qaseh fikir macam tu, sayang?” Suara Puan Seri sebak. Perlahan-lahan, dia mendekati Inara.
Inara kesat air mata yang bertakung dengan tangan yang dicucuk branula. Nafas dihela sedalam-dalamnya.
“Semua ni salah Qaseh, ma. Salah Qaseh sebab bahayakan nyawa Emir. Kalau Qaseh tak kenal dengan Emir, mesti Emir…..” Inara jeda, bibirnya bagaikan beku daripada menyambung kata.
Puan Seri bangun dari kerusinya. Dia tidak menunggu lama. Sebelah tangannya menggenggam tangan Inara erat.
“Qaseh…” Puan Seri sedikit membongkok untuk memeluk Inara. Dia mengelus rambut menantunya itu lembut. “Kalau mama pernah terdetik untuk bencikan Qaseh, pasti Emir pun tak suka kalau mama buat begitu pada Qaseh.” Bisiknya sayu.
Kata-kata Puan Seri telah berjaya merembeskan air mata Inara yang ditahan. Terhinggut-hinggut Inara menangis pada bahu ibu mentuanya.
Bukan ini yang dia harapkan.
‘Tak, mama sepatutnya bencikan Qaseh.’
‘Mama tak perlu fikir fasal Qaseh.’
‘Mama sepatutnya jauhkan diri daripada Qaseh.’
Tuhan, adakah doa yang pernah dirayu untuk mendapatkan seorang ibu mentua yang benar-benar mengasihani dia seperti anak sendiri itu sudah diangkat ke langit?
Apakah kebaikan yang pernah dia lakukan untuk menerima kehadiran bidadari sebaik ibu mentuanya ini?
Sungguh, dia berasa seperti tidak layak untuk menerima semua itu. Nasibnya yang malang, tidak seharusnya mendapat sebarang kasih sayang sebagai balasan.
Tuhan, benarkah ini bukan sekadar mimpi? Jika ini hanyalah ilusi, biarkan saja dia terperangkap di dalam dimensi ini selama-lamanya.
“Qaseh minta maaf sangat-sangat, ma. Qaseh minta ampun dengan mama sebab dah susahkan mama, susahkan daddy …. dan susahkan Emir. Qaseh minta maaf…”
Tangisan Inara yang kedengaran sungguh menyayat hati itu ditadah sahaja oleh telinga Puan Seri.
“Benda dah jadi, Qaseh. Inilah ketentuan yang Dia dah tuliskan untuk kita. Dia uji kita supaya bersabar. Kalau mama berkeras minta Qaseh tinggalkan Emir, itu sama saja mama dah sekat kebahagiaan Emir. Mama yakin Emir buat semua ni sebab dia sayangkan Qaseh.” Jemarinya mengelus rambut Inara dengan penuh kasih sayang.
Belaian tangannya itu berjaya meredakan gusar Inara yang menggila. Lama menangis, akhirnya pelukan dilepaskan. Puan Seri mengelap sisa linangan air mata dengan belakang telapak tangan. Sehelai tisu di atas kabinet kecil di sebelah katil ditarik lalu mengeringkan air mata Inara juga.
Kemudian, tangan Inara yang menggigil itu turut digapai oleh Puan Seri lalu diramas untuk menenangkannya.
“Sekarang, Qaseh kena kuat untuk jaga suami. Qaseh kena banyak-banyak bersabar untuk taat dengan suami Qaseh. Janji dengan mama. Qaseh kena janji dengan mama untuk selalu temankan Emir, dalam apa jua keadaan, sama macam Emir buat untuk Qaseh. Ya?” Serak suara Puan Seri kedengaran.
Dari luar wad, pintu dibiarkan sedikit terbuka setelah Puan Rozana membatalkan niatnya untuk masuk ke dalam.
Waktu itu, seluruh ahli Stardawn dan pasangan mereka turut ada ketika mendengar rintihan Inara dan suara memujuk Puan Seri di dalam. Esakan Inara tadi serba-sedikit memukul hati mereka kerana hiba dengan nasib wanita itu.
“Dari pagi lagi keadaan dia macam tu la, Alis. Emosi dia berubah-ubah kalau dia tak nampak Emir depan mata.” Puan Rozana sebak. “Kadang-kadang, bila auntie cerita balik apa yang dia cakap, apa yang dia raungkan, dia beritahu dia tak ingat semua tu. Banyak kali dia cakap dia takut kalau jadi gila.”
Mata Alis turut bergenang pilu setelah mendengar cerita Puan Rozana. Dari tepi, Iqbal menggosok pelan bahu Alis.
“Doktor tak ada cakap apa-apa ke, auntie?” Iqbal bertanya.
“Doktor belum bagi diagnosis penuh lagi sebab baru hari ni dia admit ward.” Puan Rozana mengeluh kecil. “Auntie risau sangat kalau dia terkena risiko PTSD.”
“Dia mesti salahkan diri sendiri sebab Zarif tu ex boyfriend dia dulu. Kesian juga dia. Benda dah nak jadi…” Seth berkata perlahan.
“Nasib dah mamp- meninggal weh.” Darwish meraup rambutnya ke belakang. Hatinya lega selepas membaca berita baik itu tadi.
“InsyaAllah Inara dengan Emir akan sembuh nanti, auntie. Dia orang kan anak sulung kuat!” Nasha memeluk lengan Puan Rozana.
“Auntie pun kena kuat untuk jaga Inara. Auntie kuat, Inara pun kuat. Kami pun doakan banyak-banyak untuk auntie sekeluarga.” Alis turut mendakap bahu Puan Rozana demi menyalurkan semangat.
“Kalau ada apa-apa bantuan, auntie terus beritahu Nasha dengan Alis. Kalau tak ada aral melintang, nanti kami berdua sampai untuk Inara.” Nasha mengeluarkan telefon dari poketnya. “Meh sini nombor telefon auntie.”
Puan Rozana mengukir senyum lega.
Sekurang-kurangnya masih ada orang baik di sekeliling anaknya.