Stories by Mohd Faizal on Medium
Entah kali ke berapa aku berada di titik terendah dalam kehidupan. Hampir semua titik terendah itu aku tidak tahu yang mana lebih rendah . Tuhan jauhkanlah aku dari sifat malas dan lemah kemahuan.
Pagi ini selepas menghantar anak sulungku ke latihan Tae Kwan Do , aku mulakan dengan briskwalk . Aku mahukan aktiviti ini dapat aku kekalkan supaya dapat menurunkan berat badan dan sihat. Aku mahu lebih proaktif. Dengan menulis ini juga yang aku baru mulakan kembali , aku berharap sngat dapat kembalikan rasa dan semngat untuk meneruskan kehidupan ini.
Beberapa kali aku menonton movie dan series di netflix namun tak dapat habiskan . Buku yang aku beli , banyak lagi aku tidak habiskan . Semangat yang hilang , mahu aku cari ia pulang.
“ I walk alone, I’m lonely
Why should we hear your problems?
I sit at home, I’m crying
Don’t wanna know, we don’t care
My baby’s gone, she left me
Suits you right boy, you now it
My world gone wrong, please help me
We have no time, no beat it!”
Batu Bersurat Trengganu.
Pagi yang gelap. Aku tidak sihat, perut mual , muntah beberapa kali , mual dan loya. Semua sarapan pagi keluar semula. Setelah habis menekuni naskah tivi karya Arwah Shahnon Ahmad , aku mula menguliti novel yang cetakan pertamanya ialah pada 2011 . Karya Faizal Musa ini agak nipis hanya 180 muka surat. Jika tidak silap pembacaan aku, Faizal Musa ni agak rapat dengan Pak Shahnon Ahmad, mungkin guru , mentor atau kawan. Ya aku tahu karya Faizal Musa ni sering dikritik namun sebagai pembaca aku ingin mengulitinya. Setelah lama aku meninggalkan bacaan bacaan buku ni , terasa agak payah untuk menumpukan kepada pembacaan. Aku cuba untuk istiqomah dalam membaca. Adakah tanda-tanda tua. Sebongkah Batu di Kuala Berang. Mari kita mulakan
Televisyen
Setelah mula bekerja aku ingin yakinkan diri supaya dapat produktifkan lagi kehidupan aku. Antara langkah kecil yang aku mulakan ialah mendaftar ahli perpustakaan dan mula meminjam beberapa buah buku. Antaranya karya Shahnon Ahmad - Tivi. Sasaran awal aku ialah ingin habiskan sekurang-kurangnya 4 buku sebulan. Melangkah semula ke perpustakaan ni buat aku rasa gembira . Hidup dengan keadaan serba kekurangan ini aku harap rasa sabar dan syukur menjadi lebih tinggi . Dan ungkapan biasa yang aku laungkan iaitu hey ho lets go perlu digemakan dengan lebih semangat.
Hidup ini mesti terus
Hari pertama kerja setelah hampir setahun menganggur. Seperti kata- kata Osmantikus dalam filem Kembara - “ hidup ini mesti terus.”
Aku meneruskan lagi kehidupan ni dengan kembali bekerja, kembali mengeluarkan peluh dan kadang-kadang menitikkan darah jika silap langkah. Hampir setahun tidak bekerja dan tiada sumber kewangan , bergantung kepada ihsan orang sekeliling menyebabkan aku hampir putus asa. Terima kasih kepada isteriku yang setia di sisi dan banyak berkorban untuk suami mu ini.
Dan untuk kesekian kalinya aku mahu berjanji untuk lebih produktif. Ya Rabb terima kasih kerana memberikan aku peluang.
Born by malaysian.Anti capitalist by choice.
“Beginilah caranya
Di mana mereka
Melihat ia sempurna
Hanya ada putih dan hitam
Tanpa di jelaskan mengapa
Bagaikan rabun warna
Jika di pentaskan
Dunia memang ceria
Hanya ada putih dan hitam
Yang jelas nyata”- Bittersweet ,ceritera.
Hari terakhir kerja sebelum pulang ke kampung halaman untuk bercuti. Ya , betul aku juga ada kampung halaman seperti kebanyakkan kamu semua. Ianya terletak di timur . Kampung nelayan yang sederhana dan biasa untuk kamu semua tapi amat luarbiasa bagi aku. Aku malas untuk mencoretkan keluarbiasaanya , sampai masa dan waktu yang lain ,mungkin aku ceriterakan.
Hari ni aku menyibukkan diri untuk satu ujian tanpa musnah yang di kenali magnetic particles inspection atau lebih dikenali dikalangan pemain industri berat sebagai ujian arus pusar. Dan seperti lagu bittersweet yang tergiang- ngiang di telingaku hanya putih dan hitam tapi bagi aku ia jelas dan nyata. Ujian arus pusar ni menggunakan arus magnetik untuk mengesan sesuatu kimpalan itu baik atau mempunyai kecacatan mengikut spefikasi yang dinginkan oleh pelanggan. Dia menggunakan putih( white contrast) dan hitam( magnetic ink). Dan kecacatan ini jika wujud akan jelas dan nyata untuk kita tengok.
Selamat menyambut Tahun Baru Cina. Seni ujian arus pusar adalah rocks.
Hidup di dunia ini adalah kontrak ,
Yang tidak tahu bila akhirnya,
Dan satu masa ia tamat dan kita semua akan menuju hidup yang abadi, satu masa nanti.
Playground for the get up kids.
Aku memulakan kerjaya dalam bidang industri berat ni agak lewat. Ketika rakan- rakan sudah mula menjejak ke alam pekerjaan, aku masih bergelumang dengan kuliah, kerja sambilan dan perniagaan kecil-kecilan.
Aku mula memasuki bidang pekerjaan ini ketika rakan-rakan seusia sudah mula stabil dalam pekerjaan.
Ujian Tanpa Musnah (Non-destructive Test-NDT) ini adalah satu bentuk pengujian terhadap satu barang/ komponen tanpa memusnah, merosak atau mengubah struktur asal bahan/komponen tersebut. Dan ujian ini adalah penting untuk memastikan bahan/komponen yang kita uji dapat dipastikan selamat digunakan. Antara ujian tanpa musnah yang biasa digunakan dalam industri berat ialah.
Pemeriksa Radiografi. ( Radiographic Testing)
Pengujian arus pusar. ( Magnetic Testing).
Pengujian Penembusan. ( Penentrant Testing)
Pemeriksaan Ultra bunyi (Ultasound Testing).
dan banyak lagi ujian yang lain. Asas yang paling penting ujian tanpa musnah ni ialah pemeriksaan visual. Aku harap kamu semua dapat membayangkan sikit tentang ujian tanpa musnah ini. Boleh saja google untuk dapatkan informasi dengan lebih jelas tanpa memaksa aku untuk melukis semua ini.
Inilah pekerjaan yang memberi penyebab untuk rezeki yang diberikan tuhan untuk aku.
Aku teringat ada satu babak dalam filem terbaik dari langit ketika watak ijam dan berg berada di sebuah kedai kopi.
Berg menjawab ketika ditanya tentang filem yang dibikin olehnya yang kurang difahami oleh ijam, dia kata masa kita belajar dulu kita baca buku teks tebal-tebal tapi kita tak faham, kita ke buku teks yang bodoh. Aku bukan nak jadi lain daripada orang lain. Aku nak jadi diri aku sendiri.
Begitulah mengenai ujian tanpa musnah ni . Begitu banyak yang aku tak faham tapi segala usaha untuk memahami dan melazimi kerja- kerja ini yang telah memberi makna pada kehidupan. Setidak-tidaknya untuk aku.
Achtung! This is not a playground.
Sedang aku menjadi saksi kepada satu ujian hidrostatik yang agak tinggi tekanannya , fikiran aku melayang. Ini adalah sesuatu yang biasa untukku dan mungkin kamu semua pun begitu . Masa menunggu untuk menyiapkan ujian ni aku habiskan dengan melayari facebook.Ada beberapa tulisan yang aku baca yang agak menarik buatku. Penulisan yang membuatkan aku dapat memainkan kembali apa yang dilalui oleh penulis itu.
Ujian hidrostatik itu menemui kegagalan. Cuaca yang agak tidak menentu ini menjadi punca utama kegagalan ujian ini. Dan ini bukanlah kali pertama. Maka ujian ini kita ulang lagi sehingga ianya berjaya.
Ada rasa yang tidak senang hadir untuk kesekian kalinya dalam diri. Rasa malas. Aku masih ingat ada satu tulisan di atas pintu bilik rakanku ketika belajar dulu yang berbunyi. “ Malas tidak membawa kamu kemana -mana”. Rasa malas itu membuatkan tulisanku noktahnya disini dan tidak kemana- mana .