Stories by Nabilah Hassan on Medium
Perselisihan dan Kemarahan merupakan lumrah dalam dakwah.
Mereka yang berada di dalam amal jamaie’ akan ada waktunya mereka menjadi marah di dalam urusan dakwahnya..
Sama ada ketika bekerja sesama ikhwah dan akhawat, mahupun ketika bersama mutarobbi.
Namun ketika kita marah ada pesan-pesan yang perlu kita lihat melalui peristiwa Nabi Yunus a.s.
Antara tulisan menarik untuk memuhasabah diri ketika anda merasai kemarahan itu, ialah melalui tulisan pimpinan tokoh ikhwan di Mesir, Prof Jamal Abdul Sattar.
“Di Mihrab Perut Ikan: Fiqh Muhasabah dan Kelahiran Fajar Baharu.”
Para mufassir telah berbeza pandangan dan menempuh pelbagai pendekatan dalam membaca peristiwa yang menimpa Nabi Allah Yunus عليه السلام.
Namun, tafsiran yang paling dekat dengan fiqh jiwa serta paling selamat dalam menyampaikan maksud pengajaran ialah pandangan yang menilai keluarnya baginda sebagai luahan kemarahan manusiawi yang membara akibat rasa diremehkan dan pahitnya penolakan.
Kaumnya telah terlalu selesa dengan penangguhan, terus tenggelam dalam keingkaran, sehingga dada seorang pendakwah menjadi sesak oleh panjangnya keingkaran dan kerasnya kedegilan.
Lalu baginda meninggalkan medan dakwahnya sebelum mendapat izin, menempuh jalan yang dibentuk oleh persepsi peribadi, bukan oleh misi suci yang dipikulkan.
Langkah yang lahir daripada keluhan luka batin, bukan daripada keteguhan amanah taklif.
Inilah yang disebut sebagai “pandangan orang yang dimurkai”, suatu pandangan yang lahir daripada rahim emosi.
Dan pandangan yang cahayanya bersumber daripada api kemarahan lebih layak ditangguhkan daripada dilaksanakan kerana keputusan yang dibuat ketika emosi meluap sering kali menjadi lawan kepada hikmah dan musuh kepada kejernihan pandangan.
Bukankah khabar gembira datang kepada Musa عليه السلام ketika kemarahannya reda, lalu firman Allah:
“Dan apabila kemarahan Musa telah reda, dia pun mengambil luh-luh itu”(al-A‘raf: 154).
Redanya kemarahan menjadi syarat untuk memikul alwah, kerana amanah besar tidak mampu dipikul oleh hati yang bergoncang dilanda kegelisahan.
Kisah Yunus bukanlah episod terpencil yang luput ditelan masa.
Allah menjadikannya pengajaran yang gema maknanya berulang sepanjang sejarah, serta amaran yang ditujukan kepada Nabi-Nya yang terpilih صلى الله عليه وسلم, dan kepada setiap yang mengikuti jejak langkah baginda hingga ke Hari Kiamat, melalui firman-Nya:
“Maka bersabarlah terhadap ketetapan Tuhanmu, dan janganlah engkau seperti sahabat ikan” (al-Qalam: 48).
Ia adalah seruan peringatan kepada setiap yang mengaku berada di jalan dakwah sama ada individu atau gerakan, sistem atau struktur walaupun sebesar mana pengaruh dan kekuatannya, agar tidak menaiki bahtera pandangan sendiri lalu belayar di lautan manhaj ciptaan peribadi, terpisah daripada pelita amanah dan landasan kemuliaan.
Sunnatullah yang berjalan menetapkan bahawa kapal-kapal yang diserang ribut wajib meringankan beban demi menyelamatkan haluan.
Dan tiada beban yang lebih berat bagi kapal kebenaran selain jiwa yang tercemar, hati yang membeku, serta manusia berkepentingan yang adakalanya dicampakkan ke laut agar perjalanan dapat diteruskan.
Maha Suci Allah daripada menisbahkan hal ini kepada Nabi Allah Yunus; para nabi memiliki kedudukan dan kemaksuman mereka.
Namun pengajaran tetap kekal: bahtera keselamatan hanya satu, iaitu memikul risalah hingga ke noktah terakhir dan menggenggam bara amanah hingga ke detik terakhir.
Kemudian gambaran beralih kepada kesudahan yang pasti, apabila Yunus عليه السلام ditelan ikan dalam lapisan kegelapan dan kesempitan.
Di situlah hakikat tersingkap:
Sesiapa yang meninggalkan “alwah (risalah)” akan berhadapan dengan “ikan penindasan”, “ikan kesukaran”, dan “ikan kehilangan logik serta lenyapnya sebab-sebab”.
Perut ikan bukanlah lokasi khas untuk seorang nabi sahaja, bahkan ia adalah kesudahan bagi setiap “Yunus” yang mencari keselamatan terpisah daripada amanah.
Sesiapa yang mencampakkan alwah tidak akan menemui kejayaan di dalam perut; di sana terdapat kepanasan yang membakar semua dan kesempitan yang mencekik semua.
Tiada ruang untuk perebutan kedudukan, tiada kesempatan untuk retorik atau kata-kata manis; krisis sebenar bukan pada rakan yang terhimpit bersama, tetapi pada manhaj yang menyimpang, penilaian yang rosak, dan kepimpinan yang kehilangan arah.
Masa yang berlalu di perut ikan bukanlah penawar dengan sendirinya; bahkan ia boleh menjadi pemanjangan penderitaan sekiranya tidak disusuli rahmat.
Kekal di dalam perut itu seolah-olah papan tanda besar yang tertulis:
Sesiapa yang meninggalkan risalah Tuhannya, Allah akan menyempitkan kehidupannya di dunia.
Inilah makna firman-Nya:
“Maka dia menyangka bahawa Kami tidak akan menyempitkannya”) – iaitu tidak akan mempersempitkannya – lalu kesempitan itu sendiri menjadi medan ujian yang menyusun semula neraca kehidupan.”
Namun rahmat Allah menjadikan Yunus a.s sebagai contoh pemulihan yang luar biasa.
Ketika baginda menyedari kesilapannya, baginda tidak disibukkan dengan menyalahkan sesiapa, tidak juga dengan kerasnya laut atau gelapnya keadaan. Sebaliknya, baginda berpaut kepada pertolongan langit, memperbaharui perjanjian tauhid dan mengakui kekurangan diri, lalu berseru dari perut kegelapan:
“Tiada Tuhan selain Engkau; Maha Suci Engkau; sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim”) (al-Anbiya’: 87).
Maka jawapan pun datang sebagai ketetapan abadi:
“Lalu Kami perkenankan doanya dan Kami selamatkannya daripada kesusahan; dan demikianlah Kami menyelamatkan orang-orang yang beriman” (al-Anbiya’: 88).
Agar para penempuh jalan dakwah memahami bahawa di perut ikan tiada ruang bagi kesombongan dan keangkuhan; ia adalah maqam tunduk, pengakuan jujur dan kembali kepada Allah.
Keengganan untuk bermuhasabah adalah tazkiyah palsu yang membinasakan dan memanjangkan bala, sedangkan jalan keluar bermula dengan kejujuran terhadap diri dan pergantungan yang benar kepada Tuhan Yang Maha Perkasa.
Yunus عليه السلام keluar dengan pelajaran itu telah kukuh di dalam hatinya, lalu baginda dianugerahi kedudukan pilihan dan digolongkan dalam kalangan orang-orang yang salih.
Sehingga Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
“Janganlah kamu melebihkan aku atas Yunus bin Matta,” sebagai pemuliaan dan penghormatan.
Demikianlah Allah mengeluarkan dari perut setiap ujian sesiapa yang benar taubatnya, bersih batinnya dan lurus jalannya.
Dia mengurniakan kepadanya limpahan rahmat yang menutup aib dan menguatkan sendi.
Sunnah ini kekal mencabar zaman. Sama ada berpegang teguh pada alwah(risalah) yang berakhir dengan pilihan Ilahi, atau menyimpang daripada manhaj yang berakhir dengan tenggelam dan ujian.
Kredit: Rijal majhul yang berjihad dalam kesendirian menterjemahkan artikel ini.
14 Syaaban 1447H | 2 Februari 2026 | Masjid Besi, Putrajaya
Pada 20–25 Ogos 2025, dunia gempar dikejutkan dengan berita mujahidin di Palestin dilanggar dan dilenyek oleh kereta kebal tentera penjajah Israel yang pengecut!
Tahukah kalian siapakah gerangan rijal asy-syahid yang dilanggar oleh kereta kebal musuh itu?
Namanya adalah Abdullah Khalil Hamid Abidin, juga dikenali sebagai Abu Firas. Beliau merupakan seorang peguam, dan juga merupakan seorang komandan elit dalam Briged Izzuddin Al Qassam (BAQ), salah seorang mujahidin yang paling mahir, rijal yang tidak pernah mengenal erti rehat dan tidak pernah menganggap luka di medan pertempuran sebagai penghalang untuk meneruskan perjuangan.
Kisah Luka & Ketabahan
Dalam pencerobohan pertama di Khan Younis, beliau cedera parah. Beliau telah kehilangan sebelah mata. Matanya mendahuluinya ke syurga dan kakinya cedera hingga hampir lumpuh. Semua orang menyangka bahawa Abu Firas akan berehat selepas perjuangan panjang yang dibayar dengan darah dan pengorbanan. Tetapi ternyata dia hanya tersenyum lalu berkata: “Jihad tidak berhenti kerana luka.” Lantas dia kembali ke medan tempur seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
Kisah Keberanian, Kepimpinan & Kesyahidan
Keberanian dan keteguhan hatinya ibarat seekor singa. Beliau memimpin tenteranya dari barisan hadapan, menguatkan mereka dengan senyuman, mentarbiyah dan menjadi qudwah kepada mereka bahawa syahid adalah cita-cita tertinggi rijal sejati.
Dalam sebuah pertempuran di selatan Khan Younis, beliau mara di barisan paling hadapan. Beliau bertempur hingga ke nafas terakhir, hingga dikepung oleh kereta kebal, Merkava 4, milik penjajah Israel. Dalam keadaan luka parah, beliau tetap berusaha untuk bangkit dengan baki kudrat yang ada, menggenggam dan mengangkat senjatanya, RPG Yassin 105 dan mengacukan kearah Merkava tersebut.
Apabila melihat keberaniannya itu, penjajah Israel ketakutan dan segera melanggar dan melenyeknya dengan kereta kebal tersebut! Mereka menyangka kereta kebal mereka itu mampu membunuh seorang rijal, tetapi mereka tidak memahami bahawa mereka telah mengantarnya untuk terus hidup disisi Ilahi dengan kesyahidan yang dikecapi.
Begitulah qudwah rijal Quran dan hasil madrasah tarbiyah dan sistem usrah yang sebenar di abad ke-21 ini. Mereka tetap terus teguh berdiri hingga ke akhir nafas hingga Allah mengambil janji.
Abu Firas adalah teladan hidup untuk para rijal tarbiyah dan daie masakini. Beliau adalah seorang peguam yang meninggalkan dewan mahkamah dan lebih memilih medan jihad apabila semboyan jihad telah berbunyi. Beliau juga adalah seorang murobbi yang telah mentarbiyah dan melahirkan generasi para pejuang. Beliau adalah seorang rijal yang hidup dengan sebelah mata, tetapi dengan sebelah mata itu, beliau melihat jalan menuju syurga lebih jelas daripada kita yang memiliki sepasang mata yang kelihatan sempurna.
Abu Firas telah pergi…
Namun gambar dan video kesyahidannya yang telah tular takkan pernah dapat kita lupakan. Beliau telah menetapkan satu standard baru buat kita semua dalam medan jihad. Kisah heroik beliau ini ibarat kita membaca kisah kisah sahabat di zaman رسول الله yang berjihad dengan mastatotum di medan pertempuran. Dan ianya tak mustahil untuk diulang semula tahun 2025!
Sesungguhnya kalam Allah tentang rijal siddiq ini benar benar kita merasainya dengan hidup ibarat melihatnya dengan mata kepala kita sendiri
“Di antara orang-orang mukmin itu ada rijal yang benar menunaikan apa yang mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur syahid, dan di antara mereka ada pula yang menunggu-nunggu (janji mereka diambil Allah), dan mereka tidak mengubah janjinya sedikit pun.”
(Surah al-Ahzab, 23)
p/s. Tonton video kesyahidan beliau yang sungguh heroik di https://t.me/artkhowat/4037
Abdullah al-Barghouti atau lebih dikenali dengan gelarannya ‘أمير الظل’ (Putera Bayangan).
Putera bukan sebarangan putera, tetapi inilah pahlawan yang digeruni penjajah!
Siapakah Abdullah yang dihukum penjara 5200 tahun ini?
Abdullah Barghouti telah dilahirkan pada tahun 1972 di Kuwait.
Di Kuwait, beliau pernah ditangkap ketika umurnya 18 tahun, kemudian telah dibebaskan selepas beberapa bulan.
Kemudian beliau telah bermusafir dan pindah di Jordan serta mendapat kerakyatan Jordan.
Di Jordan-lah bermulanya minat beliau terhadap mekanik dan barang eletrik. Beliau telah giat membaiki dan bertukang.
Kelak, kemahiran ini yang akan dicari oleh para pejuang di Palestin.
Kemudian, beliau telah menyambung pelajaran di Korea Selatan.
Detik inilah bermulanya perjuangan Abdullah bersama Palestin. Saudara beliau, Bilal Barghouti (al-Qassam) telah merekrut Abdullah untuk turut serta dalam Saf al-Qassam.
Satu tindakan yang amat tepat.
Abdullah akhirnya bergabung bersama al-Qassam.
Kerelaan Abdullah untuk sertai al-Qassam telah memberi cahaya yang bersinar setelah gerakan untuk dirundung kesedihan akibat kehilangan pahlawan mereka; Yahya Ayyash.
Sejarah menyaksikan, antara tahun 2000–2003, adalah satu fasa yang amat perit dan getir bagi penjajah.
Abdullah terus dipandang sebagai pengganti yang paling layak bagi Yahya Ayyash.
Isterinya, Umm Usamah menceritakan, Rakyat Palestin amat memandang tinggi pada Abdullah.
Dalam waktu yang sama, spy-spy tidak lekang untuk merisik pergerakan beliau.
Akhirnya pada tahun 2003 beliau telah berjaya ditangkap, ini adalah dengan bantuan pengkhianat.
Bahkan, Abdullah ditangkap ketika membawa anak beliau, Tala, ke hospital untuk rawatan.
Beliau telah dibelasah dan anak perempuannya telah dtinggalkan begitu saja!
Di dalam penjara beliau telah diseksa dengan begitu teruk sekali, sama ada dari segi mental & jasmani.
Namun, di penjara beliau telah selesaikan 2 sarjana muda & 1 sarjana. Bahkan beberapa universiti di Morocco telah anugerahkan beliau Doktor Kehormat.
Tahun 2006, Hamas telah lakukan Operasi Shalit untuk bebaskan tawanan Palestin, al-Qassam telah khaskan satu unit sempena Abdullah, iaitu: Wehdat al-Zil.
Namun, Abdullah tolak sama sekali untuk dibebaskan dan utamakan yang lain terlebih dahulu.
Yang paling lejen, pada tahun 2015, Abdullah telah membuat kejutan apabila bersiaran di Stesen Radio Gaza, dari penjara!
Beliau telah sampaikan pesanan kepada al-Qassam, untuk tidak terburu-buru untuk membuat perjanjian pertukaran tahanan.
Lejen!
Jadi kita boleh faham kenapa Abdullah Barghouti ini menjadi nama yang paling utama bagi Hamas dalam orang yang paling hendak mereka bebaskan.
Juga kita boleh faham kenapa Netanyahu sangat berat dengan syarat ini.
مُنَاجَاةٌ عَلَى أَعْتَابِ الْعَامِ الْهِجْرِيِّ – بقلم: الشَّهِيدُ حَسَنُ البَنَّا – رَحِمَهُ اللهُ
‏Munajat di Ambang Tahun Hijrah – oleh As-Syahid Hasan Al-Banna –
‎قُلتُ لِلرَّجُلِ الْوَاقِفِ عَلَى بَابِ الْعَامِ: أَعْطِنِي نُورًا أَسْتَضِيءُ بِهِ فِي هَذَا الْغَيْبِ الْمَجْهُولِ، فَإِنَّنِي حَائِرٌ.
Aku berkata kepada lelaki yang berdiri di ambang tahun:
“Berikan aku cahaya yang dapat aku gunakan untuk menyuluh dalam alam ghaib yang tidak diketahui ini, kerana aku dalam keadaan kebingungan.”
‎فَقَالَ لِي: ضَعْ يَدَكَ فِي يَدِ اللهِ، فَإِنَّهُ سَيَهْدِيكَ سَوَاءَ السَّبِيلِ.
Lalu dia berkata kepadaku: “Letakkan tanganmu dalam tangan Allah, nescaya Dia akan menunjukkanmu jalan yang lurus.”
‎وَعَلَى مُفْتَرَقِ الطُّرُقِ وَقَفَ السَّارِي الْكَلِيلُ فِي مَوْكِبِ الزَّمَنِ، يُلْقِي بِنَظْرَةٍ إِلَى الْوَرَاءِ لِيَسْتَعْرِضَ مَا لَقِيَ مِنْ عَنَاءِ السَّفَرِ وَمَتَاعِبِ الْمَسِيرِ، وَيُلْقِي بِنَظْرَةٍ إِلَى الْأَمَامِ يَتَكشَّفُ مَا بَقِيَ مِنْ مَرَاحِلِ الطَّرِيقِ.
Di persimpangan jalan, seorang musafir yang keletihan berdiri dalam perarakan masa, melontarkan pandangannya ke belakang untuk mengimbas penderitaan perjalanan dan keletihan langkahnya, lalu melontarkan pandangan ke hadapan untuk menyingkap baki perjalanan yang tinggal.
أَيُّهَا الْحَائِرُ فِي بَيْدَاءِ الْحَيَاةِ، إِلَى مَتَى التِّيهُ وَالضَّلَالُ، وَبِيَدِكَ الْمِصْبَاحُ الْمُنِيرُ؟
‏Wahai orang yang bingung di padang pasir kehidupan, sampai bila engkau akan sesat dan hilang arah, padahal di tanganmu ada pelita yang menyinari
﴿قَدْ جَاءَكُم مِّنَ اللهِ نُورٌ وَكِتَابٌ مُّبِينٌ۝١٥ يَهْدِي بِهِ اللهُ مَنِ اتَّبَعَ رِضْوَانَهُ سُبُلَ السَّلَامِ وَيُخْرِجُهُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِهِ وَيَهْدِيهِمْ إِلَى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ﴾ (المائدة: 15 – 16)
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya daripada Allah dan Kitab (al-Quran) yang jelas nyata. Dengan kitab itulah Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang mengikuti keredaan-Nya ke jalan keselamatan, dan mengeluarkan mereka daripada gelap-gelita kepada cahaya dengan izin-Nya, serta membimbing mereka ke jalan yang lurus.”(Surah al-Mā’idah, ayat 15 – 16)
‎أَيُّهَا الْحَيَارَى وَالْمُتْعَبُونَ الَّذِينَ الْتَبَسَتْ عَلَيْهِمُ الْمَسَالِكُ فَضَلُّوا السَّبِيلَ، وَتَنَكَّبُوا الطَّرِيقَ الْمُسْتَقِيمَ:
Wahai orang-orang yang kebingungan dan keletihan, yang jalannya menjadi keliru hingga mereka tersesat, dan menyimpang dari jalan yang lurus:
أَجِيبُوا دُعَاءَ الْعَلِيمِ الْخَبِيرِ:
Sambutlah seruan Tuhan yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengetahui Setiap Sesuatu hingga ke dasar hati yang paling dalam:
﴿يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِن رَّحْمَةِ اللَّهِ، إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ، وَأَنِيبُوا إِلَى رَبِّكُمْ وَأَسْلِمُوا لَهُ﴾
“Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni segala dosa. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya.” (Surah Az-Zumar, ayat 53 – 54)
‎وَتَرَقَّبُوا بَعْدَ ذَلِكَ طُمَأْنِينَةَ النَّفْسِ، وَحُسْنَ الْجَزَاءِ، وَرَاحَةَ الضَّمِيرِ
Dan nantikanlah selepas itu ketenangan jiwa, balasan yang baik, dan ketenteraman hati.
﴿وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ، فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ، وَمَن يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ، وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ، أُولَٰئِكَ جَزَاؤُهُم مَّغْفِرَةٌ مِّن رَّبِّهِمْ، وَجَنَّاتٌ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ، خَالِدِينَ فِيهَا، وَنِعْمَ أَجْرُ الْعَامِلِينَ﴾
“Dan orang-orang yang apabila mereka melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, mereka segera mengingati Allah, lalu memohon ampun atas dosa-dosa mereka – dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain Allah? – dan mereka tidak meneruskan perbuatan itu, sedang mereka mengetahui. Mereka itulah balasannya adalah keampunan daripada Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya, dan itulah sebaik-baik ganjaran bagi orang yang beramal.” (Surah Āli ‘Imrān, ayat 135 – 136)
أَيُّهَا الْأَخُ الْعَانِي الْمُتْعَبُ الرَّازِحُ تَحْتَ أَعْبَاءِ الْخَطَايَا وَالذُّنُوبِ، إِيَّاكَ أَعْنِي، وَإِلَيْكَ أُوَجِّهُ الْقَوْلَ:
Wahai saudara yang terbelenggu, yang keletihan menanggung beban dosa dan kesalahan, engkaulah yang aku maksudkan, dan kepadamu aku tujukan kata-kata ini:
‎إِنَّ بَابَ رَبِّكَ وَاسِعٌ فَسِيحٌ غَيْرُ مَحْجُوبٍ، وَبُكَاءُ الْعَاصِينَ أَحَبُّ إِلَيْهِ مِنْ دُعَاءِ الطَّائِفِينَ.
Sesungguhnya pintu Tuhanmu luas terbuka, tidak pernah tertutup, dan tangisan orang yang berdosa lebih disukai oleh-Nya daripada doa orang yang tawaf (di sekeliling Kaabah).
جَلْسَةٌ مِنْ جَلَسَاتِ الْمُنَاجَاةِ فِي السَّحَرِ، وَقَطْرَةٌ مِنْ دُمُوعِ الْأَسَفِ وَالنَّدَمِ، وَكَلِمَةُ الِاسْتِغْفَارِ وَالْإِنَابَةِ، يَمْحُو اللَّهُ بِهَا زَلَّتَكَ، وَيُعْلِي دَرَجَتَكَ، وَتَكُونُ عِنْدَهُ مِنَ الْمُقَرَّبِينَ.
Satu duduk bermunajat pada waktu sahur, setitis air mata penyesalan dan keinsafan, serta kalimah istighfar dan kembali kepada-Nya – semua itu akan menghapuskan kesalahanmu, mengangkat darjatmu, dan menjadikanmu termasuk dalam kalangan hamba yang dekat dengan-Nya.
‎«كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ، وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ».
“Setiap anak Adam itu berdosa, dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah mereka yang bertaubat.”
(Hadis Hasan, riwayat al-Tirmizi dan Ibnu Majah)
﴿إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ﴾
“Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang banyak bertaubat dan mencintai orang-orang yang menyucikan diri.” (Surah al-Baqarah: 222)
وَمَنْ عَرَفَ حَقَّ الْوَقْتِ فَقَدْ أَدْرَكَ قِيمَةَ الْحَيَاةِ، فَالْوَقْتُ هُوَ الْحَيَاةُ.
Dan sesiapa yang mengetahui nilai sebenar waktu, maka dia telah menyedari nilai kehidupan, kerana waktu itu adalah kehidupan.
وَحِينَ تُطْوَى عَجَلَةُ الزَّمَنِ عَامًا مِنْ أَعْوَامِ حَيَاتِنَا لِنَسْتَقْبِلَ عَامًا آخَرَ، نَقِفُ عَلَى مُفْتَرَقِ الطَّرِيقِ.
Dan ketika roda masa melipat satu tahun daripada umur kehidupan kita, untuk menyambut tahun yang baru, kita berdiri di persimpangan jalan.
وَمَا أَحْوَجَنَا فِي هَذِهِ اللَّحْظَةِ الْفَارِقَةِ أَنْ نُحَاسِبَ أَنْفُسَنَا عَلَى الْمَاضِي وَعَلَى الْمُسْتَقْبَلِ مِنْ قَبْلِ أَنْ تَأْتِيَ سَاعَةُ الْحِسَابِ، وَإِنَّهَا لَآتِيَةٌ.
Alangkah perlunya kita pada saat yang genting ini untuk bermuhasabah atas masa lalu dan masa hadapan, sebelum tiba saat perhitungan – dan sesungguhnya saat itu pasti akan datang.
‎عَلَى الْمَاضِي فَنَنْدَمَ عَلَى الْأَخْطَاءِ، وَنَسْتَقِيلَ الْعَثَرَاتِ، وَنُقَوِّمَ الْمُعْوَجَّ، وَنَسْتَدْرِكْ مَا فَاتَ، وَفِي الْأَجَلِ بَقِيَّةٌ، وَفِي الْوَقْتِ فُسْحَةٌ لِهَذَا الِاسْتِدْرَاكِ.
Ke atas masa lalu, kita menyesali kesilapan, memohon ampun atas keterlanjuran, meluruskan yang bengkok, dan menggantikan apa yang telah terlepas – kerana ajal masih bersisa, dan waktu masih memberi ruang untuk memperbaiki.
‎وَعَلَى الْمُسْتَقْبَلِ فَنُعِدَّ لَهُ عُدَّتَهُ: مِنَ الْقَلْبِ النَّقِيِّ، وَالسَّرِيرَةِ الطَّيِّبَةِ، وَالْعَمَلِ الصَّالِحِ، وَالْعَزِيمَةِ الْمَاضِيَةِ السَّبَّاقَةِ إِلَى الْخَيْرَاتِ.
Dan bagi masa hadapan, kita sediakan bekalan: dengan hati yang suci, jiwa yang baik, amal yang soleh, dan azam yang teguh serta berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan.
‎وَ«الْمُؤْمِنُ أَبَدًا بَيْنَ مَخَافَتَيْنِ: بَيْنَ عَاجِلٍ قَدْ مَضَى لَا يَدْرِي مَا اللهُ صَانِعٌ فِيهِ، وَبَيْنَ أَجَلٍ قَدْ بَقِيَ لَا يَدْرِي مَا اللهُ قَاضٍ فِيهِ».
Dan sesungguhnya orang beriman sentiasa berada antara dua kebimbangan: antara masa lalu yang telah berlalu – yang dia tidak tahu apa yang telah Allah tetapkan padanya, dan masa depan yang masih tinggal – yang dia juga tidak tahu apa yang akan Allah tetapkan padanya.
«فَلْيَأْخُذِ الْعَبْدُ مِنْ نَفْسِهِ لِنَفْسِهِ، وَمِنْ دُنْيَاهُ لِآخِرَتِهِ، وَمِنَ الشَّبِيبَةِ قَبْلَ الْهَرَمِ، وَمِنَ الْحَيَاةِ قَبْلَ الْمَوْتِ».
Maka hendaklah seorang hamba mengambil (peluang) daripada dirinya untuk dirinya, daripada dunianya untuk akhiratnya, daripada masa mudanya sebelum tua, dan daripada kehidupannya sebelum mati.
‎وَمَا يَوْمٌ يَنْشَقُّ فَجْرُهُ إِلَّا وَيُنَادِي ابْنَ آدَمَ: «أَنَا خَلْقٌ جَدِيدٌ، وَعَلَى عَمَلِكَ شَهِيدٌ، فَتَزَوَّدْ مِنِّي، فَإِنِّي لَا أَعُودُ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ».
Dan tiadalah satu hari pun yang terbit fajar melainkan ia menyeru anak Adam: “Aku adalah makhluk yang baru, dan aku akan menjadi saksi terhadap amalanmu. Maka ambillah bekalan daripadaku (beramallah), kerana aku tidak akan kembali lagi hingga Hari Kiamat.”
‎لَقَدْ حَاوَلْتُ أَنْ أَكْتُبَ بِمُنَاسَبَةِ الْعَامِ الْجَدِيدِ فِي ذِكْرَيَاتِ الْهِجْرَةِ، وَقَصَصِ الْهِجْرَةِ، وَعِيدِ الْهِجْرَةِ، وَكَيْفَ نَحْتَفِلُ بِالْهِجْرَةِ، فَوَجَدْتُنِي مَسُوقًا عَلَى غَيْرِ هَذَا كُلِّهِ، إِلَى مُنَاجَاةِ هَؤُلَاءِ الْإِخْوَةِ الْأَعِزَّاءِ.
Aku telah cuba untuk menulis sempena tahun baru ini tentang kenangan hijrah, kisah-kisah hijrah, hari raya hijrah, dan bagaimana kita menyambut hijrah, namun aku dapati diriku terdorong ke arah selain semua itu – iaitu bermunajat dan menyapa saudara-saudaraku yang tercinta.
الَّذِينَ أَهْمَلُوا حَقَّ الْوَقْتِ، وَغَفَلُوا عَنْ سِرِّ الْحَيَاةِ، وَلَمْ يَتَدَبَّرُوا حِكْمَةَ الْابْتِلَاءِ الَّذِي وُجِدْنَا مِنْ أَجْلِهِ.
(Saudara-saudaraku) yang telah mengabaikan hak waktu, lalai terhadap rahsia kehidupan, dan tidak merenung hikmah ujian yang menjadi sebab kewujudan kita di dunia ini.
﴿الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا﴾
“(Dialah Tuhan) yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu – siapakah antara kamu yang terbaik amalnya.” (Surah Al-Mulk: ayat 2)
﴿إِنَّا خَلَقْنَا الإِنسَانَ مِن نُّطْفَةٍ أَمْشَاجٍ نَّبْتَلِيهِ﴾
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis mani yang bercampur, untuk Kami mengujinya.” (Surah Al-Insān: ayat 2)
‎رَأَيْتُنِي مَسُوقًا إِلَى مُنَاجَاةِ هَؤُلَاءِ الْإِخْوَةِ الْأَعِزَّاءِ بِهَذِهِ الْكَلِمَاتِ، لَعَلَّنَا نَسْتَطِيعُ أَنْ نَنْزِعَ يَدَنَا مِنْ قِيَادِ الشَّيْطَانِ، وَنَسِيرَ مَعَ كَتَائِبِ الرَّحْمَٰنِ فِي مَوْكِبِ الْمَغْفِرَةِ وَالرِّضْوَانِ.
Aku dapati diriku terdorong untuk bermunajat kepada saudara-saudaraku yang mulia ini dengan kata-kata ini, agar kita mampu menarik tangan kita keluar daripada belenggu syaitan, dan melangkah bersama pasukan-pasukan Ar-Rahman dalam perarakan keampunan dan keredaan.
‎فَتَكُونَ غُرَّةُ الْمُحَرَّمِ الْحَرَامِ صَفْحَةً بَيْضَاءَ نَقِيَّةً مُشْرِقَةً فِي سِجِلِّ الْحَيَاةِ، إِنْ سَوَّدَتِ الذُّنُوبُ كَثِيرًا مِنَ الصَّفَحَاتِ، يُبَدِّلُهَا اللهُ بِالتَّوْبَةِ الصَّادِقَةِ حَسَنَاتٍ مُبَارَكَاتٍ.
Agar awal Muharram ini menjadi satu halaman putih yang bersih dan bersinar dalam catatan kehidupan kita, walaupun dosa telah menghitamkan banyak halaman, namun Allah akan menggantikannya dengan kebaikan yang diberkati melalui taubat yang tulus.
﴿وَهُوَ الَّذِي يَقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِ وَيَعْفُو عَنِ السَّيِّئَاتِ وَيَعْلَمُ مَا تَفْعَلُونَ وَيَسْتَجِيبُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَيَزِيدُهُم مِّن فَضْلِهِ﴾*
“Dan Dialah yang menerima taubat daripada hamba-hamba-Nya, dan mengampuni segala kesalahan, dan Dia mengetahui apa yang kamu lakukan. Dan Dia memperkenankan (doa) orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, dan menambahkan (ganjaran) kepada mereka daripada kurniaan-Nya.” (Surah Asy-Syūrā: 25 – 26)
مَا أَعْظَمَ رَقَابَةَ اللهِ عَلَى عِبَادِهِ…
Betapa agungnya pengawasan Allah terhadap hamba-hamba-Nya…
﴿وَلَقَدْ خَلَقْنَا الإِنسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ، وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ إِذْ يَتَلَقَّى الْمُتَلَقِّيَانِ عَنِ الْيَمِينِ وَعَنِ الشِّمَالِ قَعِيدٌ مَا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلاَّ لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ﴾
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan Kami mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.(Iaitu) ketika dua malaikat mencatat, yang satu duduk di sebelah kanan dan yang lain di sebelah kiri. Tiada satu kata pun yang diucapkannya melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang siap (mencatat).” (Surah Qāf: 16 – 18)
﴿أَمْ يَحْسَبُونَ أَنَّا لَا نَسْمَعُ سِرَّهُمْ وَنَجْوَاهُمْ، بَلَىٰ وَرُسُلُنَا لَدَيْهِمْ يَكْتُبُونَ﴾
“Apakah mereka mengira bahawa Kami tidak mendengar rahsia dan bisikan mereka? (Sebenarnya) bahkan para utusan Kami (malaikat) berada di sisi mereka, mencatat semuanya.”(Surah Az-Zukhruf: 80)
﴿فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ﴾*
“Maka sesiapa yang melakukan kebaikan sebesar zarah, dia akan melihat (balasannya). Dan sesiapa yang melakukan kejahatan sebesar zarah, dia akan melihat (balasannya).” (Surah Az-Zalzalah: 7 – 8)
﴿وَنَضَعُ الْمَوَازِينَ الْقِسْطَ لِيَوْمِ الْقِيَامَةِ فَلَا تُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْئًا ۖ وَإِن كَانَ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِّنْ خَرْدَلٍ أَتَيْنَا بِهَا ۗ وَكَفَىٰ بِنَا حَاسِبِينَ﴾
“Dan Kami akan meletakkan timbangan keadilan pada hari kiamat, maka tidak ada satu jiwa pun yang akan dizalimi walaupun seberat biji sawi pun – pasti Kami akan mendatangkannya. Cukuplah Kami sebagai Penghitung.”(Surah Al-Anbiyā’: 47)
‎وَمَا أَجْزَلَ الْمَثُوبَةَ لِلْعَامِلِينَ…
Betapa besarnya ganjaran bagi orang-orang yang beramal…
‎﴿وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَىٰ، فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَىٰ﴾
“Dan sesiapa yang takut kepada kedudukan Tuhannya, serta menahan diri daripada menurut hawa nafsu, maka sesungguhnya syurga itulah tempat tinggalnya.” (Surah An-Naziat:40–41)
﴿وَإِن تَكُ حَسَنَةً يُضَاعِفْهَا وَيُؤْتِ مِن لَّدُنْهُ أَجْرًا عَظِيمًا﴾
“Dan jika (amalan itu) kebaikan, maka Allah akan menggandakannya dan memberikan dari sisi-Nya ganjaran yang besar.” (Surah An-Nisa’:40)
﴿مَن جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ خَيْرٌ مِّنْهَا وَهُم مِّن فَزَعٍ يَوْمَئِذٍ آمِنُونَ﴾
“Sesiapa yang datang dengan kebaikan, maka baginya ganjaran yang lebih baik daripadanya, dan mereka pada hari itu akan merasa aman daripada ketakutan.” (Surah An-Naml:89)
وَمَا أَعْظَمَ الْعَفْوَ عَنِ التَّائِبِينَ…
Dan betapa agungnya keampunan bagi mereka yang bertaubat…
‎﴿إِلَّا مَن تَابَ وَآمَنَ وَعَمِلَ عَمَلًا صَالِحًا، فَأُولَٰئِكَ يُبَدِّلُ اللَّهُ سَيِّئَاتِهِمْ حَسَنَاتٍ، وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا
“Kecuali orang yang bertaubat, beriman, dan beramal soleh; maka mereka itulah yang akan Allah gantikan kejahatan mereka dengan kebaikan. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” (Surah Al Furqan:70)
‎﴿وَإِنِّي لَغَفَّارٌ لِّمَن تَابَ وَآمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا ثُمَّ اهْتَدَىٰ
“Dan sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi sesiapa yang bertaubat, beriman, beramal soleh, kemudian tetap berada di jalan yang benar.” (Surah Taha:82)
أَيُّهَا الْأَخُ الْمُتْعَبُ الْعَانِي، وَالرَّازِحُ تَحْتَ أَعْبَاءِ الْخَطَايَا وَالذُّنُوبِ، لَا تَيْأَسْ، وَلَا تَقْنَطْ،
Wahai saudara yang keletihan dan terbelenggu di bawah beban dosa dan kesalahan, jangan berputus asa, dan jangan berputus harap.
‎فَهَذِهِ سَاعَةُ الْمَغْفِرَةِ تُؤَذِّنُ مَعَ أَوَّلِ الْعَامِ الْجَدِيدِ،
Kerana inilah saat keampunan yang berseru bersama bermulanya tahun yang baru.
‎َهَذِهِ نَسَمَاتُ الْقَبُولِ تَرِفُّ عَلَى قَسَمَاتِ وَجْهِهِ الصَّبُوحِ،
Dan inilah hembusan lembut penerimaan yang menyapu wajah tahun baru yang berseri.
‎وَهَذِهِ أَضْوَاءُ الْهِدَايَةِ تَشِعُّ مَعَ هِلَالِهِ الْمُشْرِقِ الْجَمِيلِ.
Dan inilah cahaya hidayah yang bersinar bersama hilal (anak bulan) tahun baru yang indah dan bercahaya.
Sumber: Munajat ini oleh Imam Hasan al-Banna telah diterbitkan dalam majalah Ikhwanul Muslimin, bilangan 10, bertarikh 3 Muharram 1362H bersamaan 9 Januari 1943M (hlm. 10 – 11).
Al Qassam mengeluarkan sebuah poster terbaru dengan caption:
الْيَوْمُ الـ ٦٠٢
Hari ke-602 (Tufanul Aqsa)
مُجَاهِدُو القَسَّامِ وَالسَّرَايَا يَسْتَهْدِفُونَ قُوَّةً صَهْيُونِيَّةً
Para mujahidin al-Qassam dan al-Saraya menyasarkan satu pasukan Zionis.
Dalam poster kelihatan potongan ayat Quran daripada surah Al Qasas:35
سَنَشُدُّ عَضُدَكَ بِأَخِيكَ
“Kami akan menguatkanmu dengan saudaramu.”
Ayat ini merujuk kepada jawapan Allah kepada Nabi Musa ‘alaihissalam ketika baginda meminta agar saudaranya, Harun, dapat membantunya dalam perjuangan dakwahnya.
Subhanallah smart sangat Al Qassam pilih ayat ni untuk describe kesatuan dan amal jamaie mereka dengan batalion Saraya Al Quds 🥺
They are not rivals, but rather brothers in deen 🦾
Takbir!
‎وَإِنَّمَا نَنْتَصِرُ بِمَعْصِيَةِ عَدُوِّنَا لِلَّهِ
Sesungguhnya kita menang kerana kemaksiatan musuh-musuh kita kepada Allah,
‎وَطَاعَتِنَا لَهُ
dan ketaatan kita kepada-Nya.
‎فَإِذَا اسْتَوَيْنَا فِي الْمَعْصِيَةِ
Maka jika kita sama dengan mereka dalam kemaksiatan,
‎كَانَ لَهُمُ الْفَضْلُ عَلَيْنَا فِي الْقُوَّةِ
mereka lebih utama daripada kita dari segi kekuatan,
‎وَإِنْ لَمْ نَغْلِبْهُمْ بِطَاعَتِنَا
dan jika kita tidak mengalahkan mereka dengan ketaatan kita,
‎غَلَبُونَا بِقُوَّتِهِمْ
mereka akan mengalahkan kita dengan kekuatan mereka.
Ini adalah pesanan Saidina Umar Al Khattab r.a kepada Saad bin Abi Waqqas sebelum berangkatnya batalion jihad melawan Parsi di Perang Qadisiyah.
Umar faham benar bahawa kita tak pernah menang hanya kerana kekuatan fizikal dan material yang kita ada.
Menang atau kalahnya kita directly proportional dengan ketaatan pada Allah.
Menang atau kalahnya kita inversely proportional dengan kemasiatan kita.
Kemenangan itu ditangan Allah. Allah saja yang akan boleh berikan kepada hamba yang Dia cintai.
Untuk menjemput kemenangan dan pertolongan Allah, kita wajib taat dan beriman pada Alllah dengan semua perbuatan yang disukai dan dicintaiNya. Bukan sebaliknya.
Dan formula ini jugak yang di-implement juga oleh Muhammad Al-Fatih ketika Futuhat Konstantinopel.
Sehari sebelum grand battle (28 May 1453), beliau memerintahkan semua tenteranya menggunakan hari terakhir sebelum peperangan besar dan akhir yang akan meletus pada 29 May, untuk melipatgandakan lagi amal ibadah kepada Allah kerana kunci pertolongan dan kemenangan itu datang dari Allah.
Seluruh pasukan tentera terbaik itu:-
Berpuasa
Solat tahajjud
Tilawah & tadabbur Al Quran
Berdoa bersungguh sungguh kepada Allah
Melakukan segala jenis amal yang dapat mendekatkan mereka pada Allah, sang pemilik kemenangan yang didambakan.
Futuhat Konstantinopel bukan hanya oleh raja dan panglima terbaik, tapi juga oleh batalion tentera terbaik!
Dari awal, Muhammad Al Fatih telah melakukan seleksi pasukan yang akan berangkat bersamanya.
Hanya mereka yang bersemangat dalam ibadah pada Allah saja yang akan terpilih.
Al Fatih sangat beriman bahawa pertolongan Allah hanya akan datang pada hambaNya yang taat dan terjaga dari maksiat 😭
Maka mari berhenti sejenak dan melihat kedalam diri kita, memperhatikan semula amal amal kita. Banyak amal taat atau maksiat? 🥺😭
Kalau kita hidup dizaman Fatih, agak agak kita terpilih tak untuk join batalion jihad?
Atau kita yang pertama tama akan di-disqualified? 😭
Pada Oktober 2023, Briged Izzuddin Al-Q*ssam (BAQ) ada menunjukkan sebuah roket baru ciptaan mereka, M-90.
Kalau anda perasan, setiap nama senjata al-Qassam pasti ada rahsia disebalik namanya.
Macam roket ini, ada huruf M pada namanya. Jadi apa maksud ‘M’ di sini?
M di sini bermaksud al-Maqadimah. Jadi siapa al-Maqadimah ini?
Beliau ialah al-Syahid al-Dr Ibrahim al-Maqadimah. Salah seorang pemimpin utama Hamas & BAQ.
Beliau merupakan lulusan Dr Pergigian dari Mesir. Sejak di Mesir, beliau telah bersama dengan Ikhwan Muslimin. Beliau bukan sekadar seorang pemimpin politik dan panglima perang bagi Hamas. Bahkan, beliau digelar sebagai ‘al-Mufakkir’ atau The Thinker. Satu gelaran yang jarang-jarang buat tokoh Hamas. Yang biasa didengar ialah al-Muhandis dan al-Qai’d.
Ini satu gelaran yang ‘rare’. Tapi tak pelik bagaimana beliau boleh meraih gelaran ini.
Sejak kali pertama dipenjara pada tahun 1984, beliau telah membuka sebuah halaqah yang dikenal dengan gelaran ‘Jamiah Yusuf’ (Universiti Nabi Yusuf) aka kelas pengajian dalam penjara macam Nabi Yusuf buat tatkala dipenjara.
Beliau rajin membuka kelas pengajian di penjara. Walaupun ijazahnya adalah pergigian, beliau sangat alim dalam bidang agama.
Admin (Ust Anas) pernah mendengar kisah, beliau ke sempadan bersama 2 orang syahid; Nizar Rayyan & Abd Aziz Rantisi. Mereka baca bersama Kitab Jihad dari Sahih Bukhari. Hebat!
Beliau amat pentingkan pembinaan ilmu buat kader-kader Hamas. Buktinya beliau telah banyak menulis buku, antara yang masyhur, ‘Petunjuk Dalam Pembebasan Palestin’.
Beliau juga sering memberi pengajian kepada pelapis-pelapis perjuangan.
Oleh itu apabila al-Maqadimah syahid, Abd Aziz Rantisi telah berkata: ‘Kami punyai ramai pelapis bagi pimpinan, tetapi bagi al-Maqadimah, amat susah mencari pengganti semisal beliau’.
Mahalnya al-Maqadimah adalah pada pemikiran dan penulisan beliau.
Pada Mac 2003 beliau telah syahid dibunuh. Israel telah menghantar jet pejuang dan melepaskan 5 bom untuk membunuh seorang sosok!
Ratusan ribu telah membanjiri Gaza mengiringi pemimpin mereka.
Ramai saksi beritakan, sekumpulan merpati turun mendekati jenazah, bahkan merpati ini terbang mengelilingi jenazah Sang Syahid. Bagai memberi khabar gembira kepada al-Syahid Ibrahim al-Maqadimah.
Pada Perang Hijarat al-Sijjil 2012, al-Qassam telah gunakan roket M-75, roket yang boleh menyerang sejauh 75KM. Dan kini kita menyaksikan al-Qassam menggunakan M-90, yang boleh mencapai sejauh 90KM hingga ke Kota Tel Aviv.
Kredit: Dunia Palestin
Additional Notes from Nabilah Hassan
Kalau untuk saya personally, saya mula mengenal nama Asy Syahid Ibrahim Maqadimah melalui sharing Tuan Nadir An Nuri.
Satu kisah yang sungguh menggugah. Kisah qudwah seorang murobbi, daie dan mujahid daripada kisah sosok seorang Ibrahim Maqadimah (IM)
Dalam satu peristiwa, IM sedang berhalaqah di sebuah masjid di Gaza. Beliau sedang fokus mentarbiyah rijal dan pemuda yang akan menjadi generasi pembebas al Aqsa dimasa hadapan.
Tiba tiba ada orang datang meluru kearahnya dengan cemas menyampaikan satu berita. Pembawa berita itu lantas berbisik pada IM.
Pemuda pemuda dalam halaqah tu semua tertanya tanya. Isu apa? Nampak macam suspens je.
Tapi yang lebih menimbulkan tanda tanya, reaksi IM biasa biasa saja. Beliau masih relax, tenang dan meneruskan pengisian halaqahnya hingga selesai.
Kemudian ada salah seorang pemuda bertanya. “Apa yang berlaku? Berita apa yang sampai? Kenapa orang tadi cemas?”
Dengan tenang beliau menyampaikan “dia datang sampaikan berita kematian anak aku.”
Semua pemuda dalam halaqah tu terkejut!
Macam mana syeikh masih boleh relax? Kenapa teruskan liqo? Kenapa tak stop saja?
Tapi saksikan apa jawapan balas Syeikh IM?
“Anak aku dah mati. Dia dah pun selesai urusannya didunia. Moga dia syahid dan Allah terima kesyahidannya. Jenazah anak aku takkan kemana mana. Akan tetap disitu sampai aku pulang. Tapi kamu? Kamu pemuda yang masih hidup dan yang akan berjuang untuk membebaskan Al Aqsa! Maka tugas aku yang utama adalah mendidik dan mentarbiyah kamu!” Begitulah lebih kurang maksud kata katanya yang disampaikan melalui kisah Tn Nadir.
Subhanallah 😭 Hebat sangat kisah beliau. Rasa macam kena panah petir.
Sekomited itu beliau dalam kerja mentarbiyah dan membina individu dan rijal.
Kita? Ujian takde pun, kita sendiri yang pergi create alasan dan “ujian” 😭
Dia ada reason yang terlalu syarie dan logik untuk stop kejap. Tapi he chose to continue. 😭
Ambil lah moment untuk mereflect diri wahai para daie dan murobbi.
Mari bina diri kita hingga kita mampu jadi seperti Asy Syahid Ibrahim Maqadimah yang hebat dan syumul dalam semua aspek.
Siapakah Dr Nizar Rayyan?
Nizar Abdul Kader Mohammed Rayyan dilahirkan pada 6 Mac 1959, di kem Pelarian Jabaliya, Semenanjung Gaza.
Beliau telah belajar di beberapa buah universiti di Arab Saudi, Jordan, dan Sudan di mana beliau menerima PhD dalam bidang Pengajian Islam.
Setelah kepulangannya ke Gaza, Rayyan berkhidmat sebagai penceramah di beberapa masjid dan sebagai profesor undang-undang Islam di Universiti Islam Gaza.
Secara asasnya beliau menentang kewujudan negara Israel, Rayyan pernah menyatakan: “Kami tidak akan pernah mengiktiraf Israel. Tidak ada sebuah negara yang bernama Israel, sama ada dalam realiti atau imaginasi.”
Dr Nizar Rayyan ditangkap beberapa kali oleh Israel dan pihak Palestine Authority sebelum Hamas memenangi pilihanraya pada tahun 2007.
Beliau adalah antara sekumpulan pemimpin Hamas yang menyertai Parti Penyelamat Islam (The Islamic Salvation Party) apabila Palestine Authority terbentuk pada tahun 1994.
Beliau juga terlibat dalam rundingan Hamas dengan kunpulan-kumpulan Palestin dan berkhidmat sebagai salah satu pemimpin politik utama gerakan tersebut.
Sebagai seorang penceramah yang berpengaruh di Jabaliya, dikenali sebagai “Masjid Para Syuhada,” Rayyan menyokong pengebom berani mati. Beliau sendiri menghantar anak lelakinya dalam misi pengeboman berani mati yang mengakibatkan dua orang Israel terbunuh di Rlei Sinai.
Selepas Hamas menghentikan pengeboman berani mati ke Israel, beliau menyokong untuk memulakan semula tindakan tersebut.
Pada tahun 2004, Dr Nizar Rayyan menjadi pemimpin agama tertinggi Hamas selepas tentera panjajah Israel membunuh Sheikh Ahmed Yassin.
Dr Nizar Rayyan adalah salah seorang perancang bagi serangan ke Pelabuhan Ashdod di Israel yang membunuh 10 orang pada tahun 2004.
Beliau adalah salah seorang arkitek peristiwa berdarah antara Fatah dan Hamas di Gaza pada tahun 2007 yang menyebabkan Hamas memerintah Semenanjung Gaza.
Dr Nizar Rayyan bersama empat isteri beliau dan 11 anaknya terbunuh dalam serangan Israel ke atas kediamannya pada 1 Januari 2009.
Kredit: Dunia Palestin
Kisah Kebijakan Beliau Melawan Dron Penjajah Dengan Selimut & Bukti Rakyat Mencintai Serta Membersamai Mujahidin
Dalam satu temu bual bersama akhbar Al-Sabil dengan Sheikh Nizar Rayyan selepas Pertempuran Hari Kemarahan, beliau ditanya soalan berikut:
“Kenapa anda meminta penduduk menutup kem pelarian dengan selimut dan kain… dan bagaimana para pejuang muqawamah (pejuang) menghadapi bahaya dron pengintip yang bukan sahaja merakam dan memantau, bahkan juga telah mula membunuh, melakukan pembunuhan terancang, dan tidak pernah meninggalkan ruang udara anda?”
Jawapan beliau:
“Apabila menjadi sukar bagi kami untuk keluar berjihad kecuali di kawasan terbuka di bawah pesawat pengintip, yang kini telah mula mengebom kami, saya telah merayu kepada penduduk Bandar Gaza agar menghantar kepada kami kain, fabrik dan apa sahaja yang boleh digunakan untuk menutup jalan-jalan. Dan segera, lori-lori tiba daripada mereka, dan para pelajar sekolah – semoga Allah lindungi mereka – memulakan misi yang luar biasa ini.
Dalam beberapa jam sahaja, kami berjaya menjatuhkan teknologi bernilai berbilion dengan teknologi selimut dan kain, dengan kos kurang daripada seribu dinar Jordan!
Kami menutup langit kem, dan kami dapat keluar, bersiap, berjuang, berkawal, menziarahi orang awam, para mujahid, dan keluarga para syuhada di bawah lindungan selimut-selimut kami.
Pesawat pengintip gagal menjalankan fungsinya – kini ia hanya dapat melihat kawasan terbuka di sekitar kem. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam!”
– Diterjemahkan daripada Warfare Analysis
Antara ucapan beliau yang masyhur.
“Kalau Al-Rantisi memilih untuk syahid ditembak dengan Helikopter Apache, aku pula memilih mati ditembak F16" – Dr Nizar Rayyan
Akhirnya pada 1 Januari 2009 (Perang Furqan) Allah telah membenarkan kata katanya. Beliau syahid bersama sebahagian besar ahli keluarganya telah syahid dalam serangan penjajah Israel ke atas kediamannya.
– Kredit: Belal Nizar, anak beliau.
Nama lengkapnya Solahuddin Mustafa Muhammad Ali Syahadah, berasal dari bandar Yafa atau lebih tepatnaya beliau dilahirkan di Beit Hanun, utara Semenanjung. Gaza di Kem Shathi’ pada tanggal 24 Februari 1952. Keluarganya berpindah ke Gaza setelah tentera rejim Israel menjajah kota itu tahun 1948.
Selepas habis sekolah menengah beliau mendapat tawaran untuk belajar di fakulti perubatan di Turki. Dan dalam masa yang sama, beliau mendapat tawaran belajar ke Rusia dalam bidang kejuruteraan.
Disebabkan keadaan ekonomi yang tidak mengizinkan, beliau tidak dapat melanjutkan pelajaran ke dua-dua tempat tersebut.
Akhirnya, beliau menyelesaikan ijazah sarjana mudanya di Sekolah Tinggi Kesejahteraan Sosial di Iskandariah, Mesir.
Sekembalinya dari Mesir, beliau terus membangunkan projek dakwah di Semenanjung Gaza sambil bekerja sebagai peneliti sosial di el ‘Arish, Sinai.
Pada 1982, Syeikh Solah berpindah bekerja ke jabatan hal ehwal mahasiswa di Universiti Islam Gaza.
Dua tahun kemudian, beliau ditangkap okeh rejim Israel atas tuduhan cuba menghidupkan aktiviti melawan rejim penjajah Zionis.
Sejak daripada peristiwa tersebut lebih-lebih lagi penglibatannya bersama Hamas, Solah sering kali keluar masuk penjara rejim Israel hingga tahun 2000.
Pernah selama berminggu-minggu beliau diasingkan di sebuah sel khas yang begitu sempit dan rendah sehinggakan tidak memungkinkan beliau untuk berbaring.
Gelapnya sel itu sehingga beliau tidak mampu untuk melihat jari-jarinya sendiri. Biarpun seksaan demi seksaan yang ditimpa keatasnya, senyumannya tidak pernah lekang dari wajah beliau bahkan mulutnya sentiasa berzikir pada Allah.
Kekuatan dalaman yang beliau miliki telah mempengaruhi dan membuatkan para tahanan lain di penjara itu tidak lagi gementar dan takut terhadap pegawai penjara rejim.
Sehingga memaksa mereka mengeluarkan beliau dari penjara untuk mengelakkan lebih ramai yang akan terpengaruh dengannya, Subhannallah!!
“Tidak sehelai janggut pun milikku yang dibiarkan tumbuh oleh para warden penjara rejim Israel. Mereka menyeksaku dengan mencabutnya serta mencabut kuku-ku. Dengan izin Allah, aku tidak merasakan sakit sedikitpun,” ceritanya satu hari.
Beliaulah yang memperkenalkan strategi “bom syahid” sehingga menjadi mimpi ngeri buat pendatang haram dan tentara rejim Israel.
Panglima tentera rejim, Benjamin Ben Eilizer menganggap sosok tubuh tinggi dan besar ini sebagai musuh Israel yang paling dikehendaki, yang pernah ada di Palestin selain Imad Aqil, Yahya Ayyash dan Mahmud Abu Hanud.
Suntikan pemikiran yang baik serta majlis ilmu berterusan yang disampaikannya didalam penjara seolah-olah menjadi santapan pagi dan menu tambahan para tahanan.
Walaupun sudah dibebaskan dari penjara namun beliau tetap menjadi sasaran utama rejim Israel sehingga menjadikannya sentiasa berpindah-randah.
Dalam satu wawancara antara beliau dengan wartawan majalah Filistin Al-Muslimah, beliau pernah ditanya apakah perkara yang paling berbahaya yang pernah beliau hadapi sepanjang berjihad membebaskan Palestin. Jawabnya:
“Tidak ada bahaya yang mengancam pejuang selama mereka menganggap kematian adalah cita-cita utamanya, والموت في سبيل الله اسمى أمانينا (Dan kematian di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi. Dengan begitu, cita-cita yang paling tinggi ini tidak lagi dianggap sebagai bahaya. Namun bahaya yang sebenar adalah ketika seseorang tidak boleh melaksanakan jihad.”
Selain itu, beliau juga ditanya apakah pesanan beliau terhadap penjajah Israel, ini jawabnya:
“ Terus terang saya katakan, kami bukan haus darah mereka akan kami merindukan hari di mana kami tidak melihat mereka di tanah suci Palestin. Kami ingin melihat hari, di mana matahari bersinar terang, sementara Palestin tidak mengalami jerih payah dijajah, rakyat Palestin bebas dan hidup terhormat kerana tanah miliknya telah kembali. Namun jika mereka tetap menjarah bumi Palestin maka mereka pun akan menanggung akibat dari setiap darah yang mereka tumpahkan. Kami tidak membunuh anak-anak, wanita dan pemuda mereka akan tetapi. kami ingin mendapatkan kebebasan kami meskipun mereka telah mengusir kami, meskipun kami berjaya membunuh mereka atau kami yang syahid demi kebebasan kami. Apa yang mereka perlu tahu, setiap titis darah yang mereka tumpahkan tidak akan berlalu begitu sahaja tanpa ada serangan hendap. Sekali lagi, ada kalanya kami dibantai dan serangan hendap mungkin terlewat, namun serangan itu pasti kami lakukan. Mereka harus berhati-hati atas segala serangan yang akan kami lakukan selama mereka tidak keluar dari bumi Palestin.”
Beliau dikenalpasti sebagai orang yang bertanggungjawab atas tertubuhnya Briged Al-Qassam. Beliau sekali lagi dijatuhi hukuman penjara sepuluh tahun penjara dengan tuduhan sebagai orang yang bertanggungjawab dalam mengerakkan sayap ketenteraan Hamas dan Biro Penerangan di wilayah utara.
Setelah menjalani masa tahanan selama 20 bulan kemudian Syeikh Solah menjalani masa percubaan pelepasan bersyarat (probation) dan Alhamdulillah dilepaskan pada 14 Mei 2002.
Pada 13 Julai 2002, sebuah kampung dihujani bom dan tembakan oleh pesawat F-16 buatan Amerika yang dipandu oleh tentera rejim IOF dan tujuan mereka hanyalah satu iaitu untuk menghapuskan manusia yang paling mengancam kekuatan rejim Israel di bumi Palestin.
Satu tan bom dimuntahkan dari perut pesawat sehigga ranap banggunan yang berada di persekitaran kawasan serangan. Serangan turut menghasilkan sebuah. kawah yang amat besar.
Akhirnya, Syeikh Syahadah syahid bersama anak-anak dan isterinya. Selain Sheikh Syahadah, 16 orang rakyat Palestin turut terkorban dalam serangan itu.
Kematian Syeikh Syahadah disebut oleh Perdana Menteri rejim Israel, Ariel Sharon sebagai, “satu dari sebuah kejaayaan besar yang diraih oleh Zionis.”
Inilah satu sosok tubuh yang patut dicontohi oleh pemuda hari ini. Hidupnya hanya memikirkan untuk ummah. Moga satu hari nanti bumi Palestin berjaya dibebaskan sepenuhnya.
– Kredit: Dunia Palestin
‎وَاجِبَاتٌ عَمَلِيَّةٌ لِتَقْوِيَةِ الرَّبَّانِيَّةِ خِلَالَ الْعَشْرِ مِنْ ذِي الْحِجَّةِ
Wajibat Amaliyah Untuk Menguatkan Rabbaniyah Dalam 10 Hari Zulhijjah.
Oleh: Syeikh Dr Muhammad Hamid Eliwah
‎مِنْ هٰذَا الْمُنْطَلَقِ نَعْرِضُ مَجْمُوعَةً مِنَ الْأَعْمَالِ وَالْبَرَامِجِ الْعَمَلِيَّةِ
Berdasarkan prinsip ini, kami senaraikan beberapa amalan dan program praktikal
‎يَقُومُ بِهَا الْمُسْلِمُ خِلَالَ هٰذِهِ الْأَيَّامِ الْمُبَارَكَةِ، وَيَدْعُو غَيْرَهُ لِلْعَمَلِ بِهَا،
yang boleh diamalkan oleh seorang Muslim dalam hari-hari mulia ini dan mengajak orang lain turut melaksanakannya,
‎فَيَتَّسِعُ نِطَاقُ الطَّاعَةِ، وَيُقْبِلُ النَّاسُ عَلَى اللَّهِ فِي هٰذِهِ الْأَيَّامِ الْمُبَارَكَةِ،
agar ruang taat meluas, dan manusia kembali kepada Allah dalam hari-hari yang diberkati ini,
‎عِنْدَهَا تَتَنَزَّلُ رَحْمَاتُ اللَّهِ عَلَيْنَا وَعَلَى بِلَادِنَا وَأَهْلِينَا:
pada waktu itu, rahmat Allah akan turun kepada kita, negeri kita dan ahli keluarga kita.
‎١- الِاسْتِعْدَادُ لَهَا، وَاسْتِحْضَارُ النِّيَّةِ الصَّالِحَةِ لِلِاجْتِهَادِ فِي الطَّاعَةِ خِلَالَهَا،
1.	Membuat persiapan dan menghadirkan niat yang baik untuk bersungguh-sungguh dalam ketaatan sepanjang hari-hari ini,
‎وَقَبْلَ ذٰلِكَ التَّوَجُّهُ إِلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ بِالتَّوْبَةِ النَّصُوحِ، وَالْإِنَابَةِ إِلَى اللَّهِ سُبْحَانَهُ،
dan terlebih dahulu kembali kepada Allah dengan taubat nasuha dan penyerahan diri yang ikhlas kepada-Nya,
‎بِأَنْ يُطَهِّرَ الْقَلْبَ، وَيَغْفِرَ الذَّنْبَ، وَيَقْبَلَ التَّوْبَ.
dengan harapan agar Allah menyucikan hati, mengampunkan dosa dan menerima taubat.
‎٢- الْحِرْصُ عَلَى صَلَاةِ الْجَمَاعَةِ فِي وَقْتِهَا خِلَالَ هٰذِهِ الْأَيَّامِ؛
2. Menjaga solat berjemaah pada waktunya dalam hari-hari ini;
‎وَلَسِيَّمَا فِي الْمَسْجِدِ، مَعَ الْحِرْصِ عَلَى تَكْبِيرَةِ الْإِحْرَامِ،
terutama sekali di masjid, dengan menjaga takbiratul ihram bersama imam,
‎ثُمَّ الْحِفَاظُ عَلَى السُّنَنِ الرَّاتِبَةِ قَبْلَ وَبَعْدَ الصَّلَوَاتِ الْمَفْرُوضَةِ، وَهِيَ (١٢ رَكْعَةً).
kemudian mengekalkan solat sunat rawatib sebelum dan selepas solat fardhu (sebanyak 12 rakaat).
‎عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ ﷺ قَالَ:
Daripada Abu Hurairah RA, dari Nabi ﷺ, Baginda bersabda:
‎«مَا تَوَطَّنَ رَجُلٌ مُسْلِمٌ الْمَسَاجِدَ لِلصَّلَاةِ وَالذِّكْرِ،
“Tidaklah seorang Muslim menetap (melazimi) masjid untuk solat dan zikir,
‎إِلَّا تَبَشْبَشَ اللَّهُ لَهُ، كَمَا يَتَبَشْبَشُ أَهْلُ الْغَائِبِ بِغَائِبِهِمْ إِذَا قَدِمَ عَلَيْهِمْ».
melainkan Allah akan menyambutnya dengan penuh gembira seperti kegembiraan keluarga menyambut orang tersayang yang pulang dari perantauan.”
(Riwayat Ibn Mājah)
٣- المُحَافَظَةُ عَلَى صَلَاةِ النَّوَافِلِ يَوْمِيًّا وَلَاسِيَّمَا (الضُّحَى – الْوِتْر – قِيَامُ اللَّيْلِ).
3- Menjaga solat-solat sunat setiap hari, terutamanya (Duha – Witir – Qiyamullail).
فَفِي الْحَدِيثِ الْقُدُسِيِّ، قَالَ رَسُولُ اللهِ ﷺ فِيمَا بَلَّغَ عَنْ رَبِّهِ سُبْحَانَهُ:
Dalam hadis Qudsi, Rasulullah ﷺ bersabda, menyampaikan daripada Tuhannya Yang Maha Suci:
«مَنْ عَادَى لِي وَلِيًّا فَقَدْ آذَنْتُهُ بِالْحَرْبِ،
“Barangsiapa memusuhi wali-Ku, maka Aku isytiharkan perang terhadapnya,”
وَمَا تَقَرَّبَ إِلَيَّ عَبْدِي بِشَيْءٍ أَحَبَّ إِلَيَّ مِمَّا افْتَرَضْتُهُ عَلَيْهِ،
Dan tidaklah hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai melainkan apa yang Aku fardukan ke atasnya,”
وَمَا يَزَالُ عَبْدِي يَتَقَرَّبُ إِلَيَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ،
Dan hamba-Ku terus-menerus mendekatkan diri kepada-Ku dengan amalan sunat hingga Aku mencintainya,”
فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِي يَسْمَعُ بِهِ،
Maka apabila Aku mencintainya, Aku menjadi pendengarannya yang dengannya dia mendengar,”
وَبَصَرَهُ الَّذِي يُبْصِرُ بِهِ،
Dan penglihatannya yang dengannya dia melihat,”
وَيَدَهُ الَّتِي يَبْطِشُ بِهَا،
Dan tangannya yang dengannya dia memukul (bertindak),”
وَرِجْلَهُ الَّتِي يَمْشِي بِهَا،
Dan kakinya yang dengannya dia berjalan,”
وَإِنْ سَأَلَنِي لَأُعْطِيَنَّهُ،
Jika dia meminta kepada-Ku, pasti Aku akan memberinya,”
وَلَئِنِ اسْتَعَاذَ بِي لَأُعِيذَنَّهُ».
Dan jika dia memohon perlindungan kepada-Ku, pasti Aku akan melindunginya.”
‎٤- الْاجْتِهَادُ فِي خَتْمِ الْقُرْآنِ تِلَاوَةً بِحَدٍّ أَدْنَى مَرَّةً وَاحِدَةً خِلَالَ هَذِهِ الْأَيَّامِ الطَّيِّبَةِ (بِمُعَدَّلِ ٣ أَجْزَاءِ يَوْمِيًّا).
4- Berusaha bersungguh-sungguh untuk mengkhatamkan al-Qur’an sekurang-kurangnya sekali dalam hari-hari yang mulia ini (dengan kadar 3 juz sehari).
‎وَالْأَحَادِيثُ فِي فَضَائِلِ تِلَاوَةِ الْقُرْآنِ كَثِيرَةٌ، مِنْهَا:
Terdapat banyak hadis mengenai kelebihan membaca al-Qur’an, antaranya ialah:
‎عَنْ أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ ﷺ يَقُولُ:
Daripada Ummāmah al-Bāhilī RA, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda:
‎«اقْرَءُوا الْقُرْآنَ، فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ».
“Bacalah al-Qur’an, kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada para pembacanya.”
(Riwayat Muslim)
‎وَمَا رَوَاهُ عَبْدُ اللهِ بْنُ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ: أَنَّ النَّبِيَّ ﷺ قَالَ:
Dan daripada apa yang diriwayatkan oleh ʿAbdullāh bin Masʿūd RA, bahawa Nabi ﷺ bersabda:
‎«مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ،
“Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitab Allah, maka baginya satu ganjaran kebaikan,”
‎وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا،
Dan satu ganjaran kebaikan itu digandakan sepuluh kali ganda,”
‎لَا أَقُولُ: أَلِفٌ لَامٌ مِيمٌ حَرْفٌ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ، وَلَامٌ حَرْفٌ، وَمِيمٌ حَرْفٌ».
Aku tidak mengatakan “Alif Lām Mīm” itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lām satu huruf, dan Mīm satu huruf.”
(Riwayat al-Tirmiżī)
‎٥- صِيَامُ مَا تَيَسَّرَ لَكَ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْمُبَارَكَةِ، بِحَدٍّ أَدْنَى الْإِثْنَيْنِ وَالْخَمِيسِ وَيَوْمِ عَرَفَةَ،
5- Berpuasa sebanyak yang termampu dalam hari-hari yang penuh keberkatan ini, sekurang-kurangnya Isnin, Khamis dan Hari ʿArafah,
‎وَمَنْ قَدَرَهُ اللهُ عَلَى صِيَامِهَا جَمِيعًا وَاجْتَهَدَ فِي ذَلِكَ، فَأَجْرُهُ عَلَى اللهِ، وَذَلِكَ مِنْ فَضْلِ اللهِ عَلَيْهِ.
Dan sesiapa yang diberi kemampuan oleh Allah untuk berpuasa kesemuanya dan bersungguh-sungguh melakukannya, maka pahalanya disisi Allah, dan itu adalah daripada kelebihan Allah ke atasnya.
‎لِأَنَّ مِنْ أَفْضَلِ نَوَافِلِ الْعِبَادَاتِ وَأَحَبِّهَا إِلَى اللهِ عِبَادَةَ الصِّيَامِ،
Kerana antara ibadah sunat yang paling utama dan paling dicintai Allah adalah ibadah puasa,
‎قَالَ ﷺ: «مَنْ صَامَ يَوْمًا فِي سَبِيلِ اللهِ بَعَّدَ اللهُ وَجْهَهُ عَنِ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا».
Nabi ﷺ bersabda: “Sesiapa yang berpuasa satu hari di jalan Allah, maka Allah akan jauhkan wajahnya daripada neraka sejauh tujuh puluh musim gugur.”
‎(رواه البخاري ومسلم / Riwayat al-Bukhārī dan Muslim)
‎كَمَا وَرَدَ فِي فَضْلِ صِيَامِ يَوْمِ عَرَفَةَ (التَّاسِعِ مِنْ ذِي الْحِجَّةِ) لِغَيْرِ الْحُجَّاجِ،
Dan disebutkan juga kelebihan berpuasa pada Hari ʿArafah (9 Zulhijjah) bagi mereka yang tidak menunaikan haji,
‎قَوْلُ رَسُولِ اللهِ ﷺ: «صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ».
Sabda Rasulullah ﷺ: “Puasa pada Hari ʿArafah, aku berharap kepada Allah agar ia menghapuskan dosa setahun sebelum dan setahun selepasnya.”
‎(رواه مسلم / Riwayat Muslim)
‎٦- الْمُدَاوَمَةُ عَلَى الذِّكْرِ وَالدُّعَاءِ خِلَالَ هَذِهِ الْأَيَّامِ،
6- Sentiasa berzikir dan berdoa sepanjang hari-hari ini,
‎وَلَا سِيَّمَا الْمُحَافَظَةُ عَلَى أَذْكَارِ الصَّبَاحِ وَالْمَسَاءِ،
terutama menjaga zikir pagi dan petang,
‎وَالْحِرْصُ عَلَى أَذْكَارِ الْأَحْوَالِ، وَخِتَامِ الصَّلَاةِ،
serta berusaha untuk mengamalkan zikir-zikir mengikut situasi dan zikir selepas solat,
‎وَذِكْرِ اللهِ الْمُطْلَقِ (١٠٠٠ ذِكْرٍ يَوْمِيًّا كَحَدٍّ أَدْنَى)،
dan juga zikir umum kepada Allah sekurang-kurangnya 1000 kali sehari,
‎مُوَزَّعًا بَيْنَ اسْتِغْفَارٍ وَتَسْبِيحٍ وَتَحْمِيدٍ وَتَهْلِيلٍ وَتَكْبِيرٍ،
yang dibahagikan antara istighfar, tasbih, tahmid, tahlil dan takbir,
‎مَعَ الْإِكْثَارِ مِنَ الصَّلَاةِ عَلَى النَّبِيِّ مُحَمَّدٍ ﷺ.
serta memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad ﷺ.
‎٧- أَنْ يَسْتَحْضِرَ كُلُّ مُسْلِمٍ وَمُسْلِمَةٍ (مِنْ غَيْرِ الْحُجَّاجِ) مَنَاسِكَ فَرِيضَةِ الْحَجِّ،
7- Hendaklah setiap Muslim dan Muslimah (yang bukan jemaah haji) menghayati manasik ibadah haji,
‎وَيُعَايِشَ الْحُجَّاجَ فِي مَنَاسِكِهِمُ الْمُخْتَلِفَةِ وَشَعَائِرِهِمْ وَكَأَنَّهُ بَيْنَهُمْ،
dan merasai seolah-olah berada bersama para jemaah dalam pelaksanaan ibadah dan syiar mereka,
‎وَيَسْتَشْعِرَ بِوِجْدَانِهِ مَعَانِيَ التَّضْحِيَةِ وَالْفِدَاءِ وَالْبَذْلِ وَالْعَطَاءِ،
dan menyelami dengan jiwanya makna pengorbanan, penebusan, pemberian dan sumbangan,
‎وَحُسْنَ الِامْتِثَالِ لِأَمْرِ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ.
serta ketaatan yang sempurna kepada perintah Allah ‘Azza wa Jalla.
‎٨- الْحِرْصُ عَلَى الدُّعَاءِ خِلَالَ هَذِهِ الْأَيَّامِ،
8- Bersemangat untuk memperbanyakkan doa dalam hari-hari ini,
‎مَعَ الْتِمَاسِ أَوْقَاتِ الْإِجَابَةِ عَقِبَ الصَّلَوَاتِ الْمَفْرُوضَةِ،
dengan mencari waktu-waktu mustajab selepas solat fardhu,
‎وَعِنْدَ كُلِّ سُجُودٍ، وَعِنْدَ الْفِطْرِ بَعْدَ صِيَامٍ، وَفِي أَوْقَاتِ السَّحَرِ وَالْقِيَامِ،
pada setiap sujud, waktu berbuka selepas berpuasa, dan di waktu sahur serta qiyamullail,
‎وَلَا نَنْسَ فِي هَذِهِ الْأَيَّامِ الدُّعَاءَ لِلْمُسْلِمِينَ عَامَّةً بِالنَّصْرِ وَالتَّمْكِينِ،
dan jangan kita lupakan doa untuk kemenangan dan pertolongan umat Islam secara umum,
‎وَالدُّعَاءَ خَاصَّةً لِإِخْوَانِنَا فِي فِلَسْطِين وَ لِيبِيَا وَ الْيَمَنِ وَ سُورِيَا وَبُورْمَا،
dan khususnya doa untuk saudara-saudara kita di Palestin, Libya, Yaman, Syria, dan Rohingya,
‎وَسَائِرِ بِلَادِ الْمُسْلِمِينَ الْمُسْتَضْعَفِينَ، أَنْ يَرْفَعَ اللهُ عَنْهُمُ الظُّلْمَ وَالْبَلَاءَ،
serta seluruh negeri umat Islam yang tertindas agar Allah mengangkat kezaliman dan bencana daripada mereka,
‎وَأَنْ يُفَرِّجَ عَنْهُمْ كَرْبَهُمْ جَمِيعًا.
dan semoga Allah melepaskan segala kesusahan mereka.
‎وَلَا نَنْسَ أَيْضًا فِي دُعَائِنَا أَحِبَّتَنَا الْمُعْتَقَلِينَ وَالْمَسْجُونِينَ فِي سُجُونِ الظَّالِمِينَ،
Dan jangan kita lupa juga dalam doa kita kepada saudara-saudara kita yang dipenjara dan ditahan oleh penguasa zalim,
‎أَنْ يُفَرِّجَ كَرْبَهُمْ وَيُحْسِنَ خَلَاصَهُمْ.
semoga Allah membebaskan mereka dan memberi jalan keluar yang baik buat mereka.
‎الْإِنْفَاقُ فِي سَبِيلِ اللهِ، وَلَا سِيَّمَا صَدَقَةُ السِّرِّ فَإِنَّهَا تُطْفِئُ غَضَبَ الرَّبِّ،
9. Berinfak di jalan Allah, terutamanya sedekah secara sembunyi kerana ia memadamkan kemurkaan Tuhan,
‎فَلْيَحْرِصْ كُلٌّ مِنَّا أَنْ يُحَدِّدَ جُزْءًا مِنْ مَالِهِ يُخْرِجُهُ فِي أَحَدِ مَصَارِفِ الْخَيْرِ وَأَبْوَابِهِ، وَهِيَ كَثِيرَةٌ.
Maka hendaklah setiap kita berusaha menetapkan sebahagian daripada hartanya untuk disalurkan ke jalan kebaikan dan pintu-pintunya yang sangat banyak.
‎(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَىٰ تِجَارَةٍ تُنْجِيكُمْ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ (١٠)
(Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih? (10))
‎تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ (١١)
(Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu; itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. (11))
‎يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ۚ ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ (١٢)) [الصَّفّ]
(Nescaya Dia mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan tempat tinggal yang indah dalam syurga ‘Adn; itulah kemenangan yang besar. (12)) [Surah As-Saff]
‎١٠- الْحِرْصُ عَلَى عِبَادَةِ الْمُكْثِ فِي الْمَسْجِدِ بَيْنَ الْفَجْرِ وَالشُّرُوقِ بِحَدٍّ أَدْنَى مَرَّتَيْنِ خِلَالَ هَذِهِ الْأَيَّامِ.
10 – Berusaha menghidupkan ibadah beriktikaf di masjid dari waktu Subuh hingga terbit matahari sekurang-kurangnya dua kali sepanjang hari-hari ini.
‎فَفِي الْحَدِيثِ: «مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ، ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ، ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ، كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ، تَامَّةٍ، تَامَّةٍ، تَامَّةٍ» رَوَاهُ التِّرْمِذِيُّ وَصَحَّحَهُ الْأَلْبَانِيُّ.
Kerana dalam hadis: “Barangsiapa yang solat Subuh berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah hingga terbit matahari, lalu dia solat dua rakaat, maka dia mendapat ganjaran seperti pahala haji dan umrah – sempurna, sempurna, sempurna.” (Riwayat al-Tirmizi, disahihkan oleh al-Albani).
‎١١- إِحْيَاءُ سُنَّةِ الْأُضْحِيَةِ، وَالْعَزْمُ عَلَيْهَا لِمَا فِيهَا مِنْ فَضْلٍ وَلَهَا مِنْ أَجْرٍ،
11 – Menghidupkan sunnah ibadah korban, serta berazam melaksanakannya kerana ia mengandungi kelebihan dan ganjaran.
‎وَلْنَتَذَكَّرْ أَنَّ لَنَا أَحِبَّةً حُرِمُوا مِنَ الْقِيَامِ بِهَا، إِمَّا ضِيقًا لِحَالِهِمْ أَوْ غَيْرِهَا.
Dan ingatlah bahawa ada saudara-saudara kita yang tidak berpeluang melaksanakannya, sama ada kerana kesempitan hidup atau sebab-sebab lain.
‎فَعَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللهِ ﷺ: «مَا عَمِلَ ابْنُ آدَمَ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ،
Daripada Aisyah r.a., beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada hari Raya Aidiladha yang lebih disukai Allah selain daripada menumpahkan darah (korban),”
‎وَإِنَّهُ لَيُؤْتَى يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا،
“Sesungguhnya haiwan korban itu akan datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya.”
‎وَإِنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ عَلَى الْأَرْضِ، فَطَيِّبُوا بِهَا نَفْسًا».
“Dan sesungguhnya darah itu sampai kepada Allah sebelum ia jatuh ke bumi, maka lapangkanlah hati kalian dengannya.”
‎رَوَاهُ التِّرْمِذِيُّ وَابْنُ مَاجَهْ وَصَحَّحَهُ الْأَلْبَانِيُّ.
Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah, dan disahihkan oleh al-Albani.
‎١٢- أَنْ يَحُثَّ الْمُسْلِمُ أَهْلَهُ وَأَوْلَادَهُ عَلَى اسْتِقْبَالِ هَذِهِ النَّفَحَاتِ وَالتَّعَرُّضِ لَهَا،
12 – Hendaklah seorang Muslim menggalakkan ahli keluarganya dan anak-anaknya agar menyambut dan merebut peluang keemasan ini,
‎وَمُسَاعَدَتُهُمْ عَلَى فِعْلِ الْخَيْرِ وَأَدَاءِ الطَّاعَةِ فِي هَذِهِ الْأَيَّامِ، فَتَحْيَا الرَّبَّانِيَّةُ فِي بُيُوتِنَا،
serta membantu mereka dalam melakukan kebaikan dan ibadah sepanjang hari-hari ini, agar sifat rabbaniyyah hidup dalam rumah-rumah kita.
‎وَأَنْ يَتَحَرَّكَ الْمُسْلِمُ بِهَذِهِ التَّوْجِيهَاتِ وَالْوَصَايَا الْعَمَلِيَّةِ فِي مُحِيطِ عَمَلِهِ بَيْنَ زُمَلَائِهِ وَبَيْنَ جِيرَانِهِ لِحَثِّهِمْ عَلَى ذَلِكَ أَيْضًا،
Dan hendaklah seorang Muslim menggerakkan arahan dan nasihat praktikal ini dalam lingkungan tempat kerja dan kejiranannya untuk mengajak orang lain juga,
‎«وَالدَّالُّ عَلَى الْخَيْرِ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ»،
“Dan sesiapa yang menunjukkan kepada kebaikan, maka dia mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.”
‎حَتَّى تَعُمَّ الْفَائِدَةُ وَتَتَّسِعَ رُقْعَةُ الطَّاعَةِ فِي مُحِيطِ الْأُمَّةِ، وَنُحْيِيَ بِذَلِكَ مَعَانِيَ الرَّبَّانِيَّةِ فِي أَنْفُسِنَا وَبُيُوتِنَا وَمُجْتَمَعَاتِنَا وَأُمَّتِنَا.
Sehingga manfaatnya tersebar dan kawasan ketaatan dalam umat meluas, dan dengan itu kita menghidupkan semula makna rabbaniyyah dalam diri, keluarga, masyarakat dan ummah kita.
‎١٣- مِنْ جَوَانِبِ الرَّبَّانِيَّةِ فِي هَذِهِ الْأَيَّامِ نُصْرَةُ الْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ
13 – Antara bentuk rabbaniyyah dalam hari-hari ini ialah membantu golongan mukminin yang tertindas,
‎وَلَا سِيَّمَا فِي أَرْضِ فِلَسْطِينَ، الَّتِي يَقِفُ أَهْلُهَا الصَّادِقُونَ الْمُجَاهِدُونَ وَحْدَهُمْ يُدَافِعُونَ عَنْ شَرَفِ الْأُمَّةِ وَمُقَدَّسَاتِهَا،
Terutamanya di bumi Palestin, di mana para pejuangnya yang ikhlas berdiri sendirian mempertahankan maruah dan tempat suci umat,
‎أَمَامَ عَدُوٍّ صَهْيُونِيٍّ مُجْرِمٍ غَاشِمٍ، فِي ظِلِّ تَوَاطُؤٍ مِنَ الدُّوَلِ الْحَاقِدَةِ وَالْأَنْظِمَةِ الْفَاسِدَةِ،
Menghadapi musuh Zionis yang zalim dan kejam, dengan sokongan dari negara-negara pendengki dan sistem pemerintahan yang rosak,
‎وَأَيْضًا فِي ظِلِّ خُذْلَانٍ مِنَ الْقَرِيبِ قَبْلَ الْبَعِيدِ.
Serta dalam keadaan dikhianati oleh yang dekat sebelum yang jauh.
‎وَلِذَلِكَ كَانَ مِنْ صُوَرِ الرَّبَّانِيَّةِ أَنْ نَنْصُرَ هَؤُلَاءِ الْمُرَابِطِينَ فِي أَرْضِ الْجِهَادِ الْحَقِّ أَرْضِ فِلَسْطِينَ بِعَامَّةٍ وَغَزَّةَ الْعِزَّةِ بِخَاصَّةٍ.
Maka antara bentuk rabbaniyyah ialah menyokong para murabitin di tanah jihad sebenar – bumi Palestin secara umum dan Gaza yang mulia secara khusus.
‎وَتُعَدُّ نُصْرَةُ الْمُسْلِمِ لِأَخِيهِ الْمُسْلِمِ أَمَارَةً مِنْ أَمَارَاتِ صِدْقِ إِيمَانِهِ،
Membela saudara Muslim merupakan tanda keimanan yang sejati,
‎لِقَوْلِهِ جَلَّ وَعَلَا: (وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ…) [التوبة: ٧١].
Sebagaimana firman Allah: “Dan orang-orang beriman lelaki dan perempuan, sebahagian mereka menjadi penolong bagi sebahagian yang lain…” [At-Taubah: 71]
‎وَصُوَرُ النُّصْرَةِ كَثِيرَةٌ وَمُتَنَوِّعَةٌ.
Bentuk-bentuk sokongan itu banyak dan pelbagai.
‎مِنْهَا مَا جَاءَ فِي حَدِيثِ رَسُولِ اللهِ ﷺ قَوْلُهُ: «جَاهِدُوا الْمُشْرِكِينَ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ وَأَلْسِنَتِكُمْ» (رَوَاهُ أَبُو دَاوُدَ بِإِسْنَادٍ صَحِيحٍ)
Antaranya sabda Rasulullah ﷺ: “Berjihadlah melawan musyrikin dengan harta kamu, diri kamu dan lidah kamu.” (Riwayat Abu Dawud, sanad sahih)
‎وَقَوْلُهُ ﷺ: «مَنْ جَهَّزَ غَازِيًا فِي سَبِيلِ اللهِ فَقَدْ غَزَا، وَمَنْ خَلَفَ غَازِيًا فِي أَهْلِهِ بِخَيْرٍ فَقَدْ غَزَا» (مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ)
Dan sabda Nabi ﷺ: “Barangsiapa yang melengkapkan peralatan untuk mujahid di jalan Allah, maka dia telah turut berjihad, dan sesiapa yang menjaga keluarganya, maka dia juga telah berjihad.” (Muttafaq ‘alayh)
‎وَقَوْلُهُ ﷺ: «مَنْ أَنْفَقَ نَفَقَةً فِي سَبِيلِ اللهِ كُتِبَ لَهُ سَبْعُمِائَةِ ضِعْفٍ» (رَوَاهُ التِّرْمِذِيُّ وَقَالَ حَدِيثٌ حَسَنٌ)
Dan sabda Nabi ﷺ: “Sesiapa yang membelanjakan harta di jalan Allah, akan ditulis baginya ganjaran 700 kali ganda.” (Riwayat at-Tirmizi, hadis hasan)
‎اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا الْإِخْلَاصَ فِي الْقَوْلِ وَالْعَمَلِ، وَالسِّرِّ وَالْعَلَنِ، وَكَلِمَةَ الْحَقِّ فِي الرِّضَا وَالْغَضَبِ،
Ya Allah, kurniakanlah kepada kami keikhlasan dalam perkataan dan perbuatan, dalam sembunyi dan terang, dan kata-kata yang benar dalam keadaan redha dan marah.
‎وَاجْعَلْنَا مِمَّنْ يَتَعَرَّضُونَ لِنَفَحَاتِ هَذِهِ الْأَيَّامِ الطَّيِّبَةِ.
Dan jadikanlah kami dalam kalangan orang-orang yang merebut peluang daripada limpahan rahmat-Mu pada hari-hari mulia ini.
‎وَآخِرُ دَعْوَانَا أَنِ الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ.
Dan akhir doa kami, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.