Stories by Noor Azam Shairi on Medium
ADA keajaiban yang luar biasa pada filem pendek, yang tidak sepenuh dan seluruhnya ada pada filem cereka — keajaiban bercerita dan mencipta. Festival Filem Pendek Seashorts 2024 yang berlangsung di Ampang, Selangor minggu ini seharusnya jadi peringatan kepada kita akan keajaiban itu — kuasa filem pendek yang sakti.
Filem pendek boleh saja diremehkan sebagai kononnya “filem budak baru belajar” atau “projek pelajar universiti”. Namun bukan sedikit filem pendek yang boleh dengan megah kita angkat dan ketengahkan, atau setidak-tidaknya jauh lebih kita nikmati, berbanding filem cereka di pawagam.
Tidak seperti banyak filem di pawagam — yang sebenarnya hanya sesuai dimainkan di televisyen atau tidak sepatutnya mengenakan bayaran tiket kepada penonton, banyak filem pendek sebaliknya jelas menunjukkan pemahaman pengarahnya tentang seni filem.
Menghasilkan sebuah filem pendek adalah ujian kemampuan seorang pembikin filem, atau anak muda yang bermimpi mahu bercerita dengan seni filem. Ini ujian awal; langkah pertama.
Filem pendek memberi ruang dan peluang kepada pembikin filem muda untuk bekerja dengan segala keterbatasan dan kekangan, selalunya dana yang terhad atau peralatan yang sangat asas.
Namun, idea tiada sempadan. Tiada apa yang seharusnya menyekat seseorang pembikin filem daripada memikirkan sesuatu idea kecuali batas yang digariskannya sendiri.
Ruang dan peluang dengan segala ketergantungan itu membuka jalan kepada pembikin filem muda untuk mencanai dan mengembangkan ideanya. Dalam seluruh proses itulah kemudiannya dia menemukan suaranya.
Filem pendek membantu calon pengarah untuk menimba pengalaman bercerita dengan filem. Filem pendek juga membantu mereka mendapatkan keyakinan untuk bekerja dengan cekap — bekerja dengan mesin, bekerja dengan manusia, dan bekerja dengan duit.
Kalau mereka boleh menghasilkan sebuah filem pendek yang cemerlang dengan segala kekangan yang ada, tentu saja mereka boleh mengerjakan sebuah filem cereka yang baik dengan sokongan yang wajar dan sepatutnya.
Peaceland, pengarah Ekin Kee Charles, penerbit Amanda Nell Eu
Itulah yang dapat dilihat — dan yang wajar dilihat — daripada senarai panjang filem pendek yang tayang di Seashorts 2024. Filem-filem pendek yang main di festival ini dipilih daripada 794 karya yang diterima ketika penyertaannya ditutup pada awal Jun 2024. Penyertaannya datang dari serata Asia Tenggara.
Festival empat hari antara 24 dan 27 Oktober itu mempertandingkan 20 filem pendek Asia Tenggara dan 20 filem pendek tempatan. Ia juga mempamerkan 10 filem pendek hasil kerja pelajar filem dari tujuh universiti tempatan, awam dan swasta.
Selain itu, ada tiga program sampingan yang menampilkan 14 filem pendek yang ditampilkan dalam tema khusus termasuk karya yang mengangkat subjek wanita dan karya daripada pembikin filem kaum Tamil Malaysia.
Japan Foundation yang mendukung festival ini sejak edisi pertamanya pada 2017 menyumbang dua filem pendek hasil kerja dua pelajar universiti, termasuk satu daripadanya yang tayang perdana dunia di Seashorts.
Ada dalam tiada
Semua filem ini dibungkus dalam tema “In Absentia”. Perkataan dari bahasa Latin itu secara harfiah bermaksud “dalam ketiadaannya”.
Kita biasa dengar perkataan ini dipakai dalam proses undang-undang, misalnya dalam kes buruan skandal 1MDB, Low Taek Jho atau Jho Low yang dibicarakan di mahkamah tanpa kehadiran.
“Adakah anda perasan apa yang tiada? Adakah anda perasan apabila sesuatu telah tiada?” tanya pengarah bersama program Seashorts 2024, Alfonse Chiu.
Ini satu lagi keajaiban Seashorts 2024. Dalam segala serba kekurangan, mengemis dana dan sokongan dari tahun ke tahun, festival ini bertahan masuk kali yang kelapan. Umurnya muda berbanding satu lagi pesta filem pendek di Malaysia iaitu BMW Shorties yang bermula pada 2006, yang khusus untuk karya-karya tempatan.
Seashorts 2024 kali ini mendapat dukungan Art for All Season (ArtFAS), sebuah program geran tahunan bawah Yayasan Hasanah dengan kerjasama Kementerian Kewangan. Ia juga sekali lagi diberikan sokongan oleh Japan Foundation, sebuah institusi Jepun menggerakkan diplomasi kebudayaan ke serata dunia.
Ia juga disokong oleh beberapa syarikat termasuk sebuah kedai makan, sebuah universiti swasta, sebuah badan pemikir dan penyelidik, dan sebuah majalah filem berbahasa Mandarin, sekadar menyebut beberapa penaja.
Pada tahun lepas, dalam satu wawancara mengenai Seashort 2023, Chiu berkata festival filem seperti ini tidak sepatutnya ada.
Namun, ia tetap hadir dari tahun ke tahun, dan bertahan — dengan susah payah dan, paling penting, dengan sokongan daripada mereka yang benar-benar percaya dan yakin akan kuasa sakti filem pendek.
Dalam kehadirannya dari tahun ke tahun, ada yang sangat dirasakan tiada dan tidak hadir. Soalan yang ditanyakan oleh Seashorts 2024 sangat relevan: “Adakah anda perasan apa yang tiada? Adakah anda perasan apabila sesuatu telah tiada?”
Foto: MOHAMMED SALEM/Reuters
Pada setiap kelok waktu yang bergulir, selalu ada sekurang-kurangnya sekeping gambar yang mewakili setiap peristiwa yang terungkap pada setiap tahun dan dekad. Sejarah panjang Palestin yang diduduki oleh rejim Israel sejak 1948 sampai sekarang juga diingati dari dekad ke dekad melalui foto yang menjadi penanda peristiwa dan masa.
Pada tahun ini, World Press Photo Foundation memilih sekeping gambar dari Gaza, sebagai foto terbaik dalam pertandingan kewartawanan foto yang dianjurkannya setiap tahun sejak 1955. Foto itu dirakam oleh Mohammed Salem, wartawan foto agensi berita Reuters yang sudah 20 tahun bertugas di Gaza.
Ini bukan kali pertama World Press Photo menetapkan foto daripada pendudukan Israel di Palestin sebagai foto terbaik tahunannya. Pada tahun 2013, ia memilih gambar oleh Paul Hansen, wartawan foto dari Sweden, yang merakamkan perarakan mengebumikan jenazah dua kanak-kanak yang terbunuh dalam satu serangan tentera Israel di Gaza.
Foto Mohammed Salem yang muncul juara pertandingan kewartawanan foto paling berprestij itu menunjukkan seorang wanita memeluk satu jenazah kecil. Daripada seluruh bingkainya, kita tidak tahu di mana gambar ini dirakam kecuali ada dinding marmar putih tempat wanita itu kelihatan bersandar.
Kita juga tidak kenal wajahnya. Hanya ternampak belakang tangannya menyentuh kepala jenazah yang siap berkafan. Kita juga tidak tahu jenazah siapa yang dipeluknya, lelaki atau perempuan.
Foto itu diberi tajuk “Seorang Perempuan Palestin Memeluk Jenazah Anak Saudaranya”.
Keterangan gambar yang tertulis menamakan wanita itu Inas Abu Maamar. Umurnya 36 tahun. Jenazah yang dipeluknya ialah anak saudara perempuannya bernama Saly, 5, yang terbunuh bersama empat ahli keluarga termasuk ibunya dalam serangan Israel. Gambar dirakam di Hospital Nasser di selatan Gaza pada 17 Oktober 2023.
“Banyak gambar kekerasan yang muncul dari Gaza, tetapi gambar seperti ini menyentuh hati banyak orang. Anda melihatnya dan hati anda terasa sakit,” kata Mohammed mengulas foto kemenangannya selepas pengumuman oleh World Press Photo pada April 2024.
Foto ini terpilih daripada 61,062 gambar yang dihantar untuk penilaian juri oleh 3,851 wartawan foto dari 130 buah negara. Juri World Press Photo menyifatkan foto Mohammed Salem membangkitkan emosi pada setiap orang yang melihatnya. Mereka juga beranggapan foto itu dirakam “dengan hati-hati dan hormat, sehingga memberikan makna metafora dan sebenar tentang kehilangan yang tidak terbayangkan.”
Foto Mohammed Salem memberi makna yang berlapis-lapis bukan sahaja tentang apa yang berlaku di Palestin dalam tempoh setahun yang lepas tetapi membingkaikan sejarah panjang konflik yang tidak berkesudahan.
Juri World Press Photo memilih foto yang sudah dipotong daripada bingkai yang lebih luas, yang jelas menunjukkan tempat dan identiti watak di dalam gambar.
Kenapa? Debatnya tentu panjang.
Ada sekeping foto lain yang jelas menunjukkan wajah Inas dengan ekspresi wajah yang meraung duka. Gambar yang satu lagi itu lebih memberikan kita pemahaman tentang tempat dan juga identiti wataknya, selain jelas menunjukkan suasana – seperti kita dapat mendengar jeritan yang bergaung daripada kesedihan yang tidak tertanggung.
Foto: MOHAMMED SALEM/Reuters
Dalam gambar yang satu lagi itu juga kita melihat sebuah kerusi plastik di sebelah kirinya. Ada kantong mayat terletak di atasnya. Pada sisi hujung paling kiri, nampak kaki dan kasut seorang lelaki berpakaian serba biru. Mungkin petugas hospital. Wajahnya tidak kelihatan tetapi dia saksi kepada sebuah kesedihan – barangkali seperti kita yang juga melihat setiap kejadian dari jauh.
Gambar yang dipilih sebagai pemenang nyata telah diasingkan daripada apa sahaja konteks yang menempatkan Inas dan jenazah anak saudaranya di tempat itu, pada suasana itu. Secara metaforanya, kematian dan penderitaan yang dirasai oleh wanita itu tidak berjejak pada sejarah. Sejarah yang menghantar mereka ke titik itu telah dipadamkan.
“Pada saat-saat seperti ini, fotografi memungkinkan kami untuk berkongsi pesan kepada dunia. Ia memberi peluang kepada orang untuk melihat kami dan apa yang berlaku pada kami,” kata Mohammed Salem.
Namun secara metafora – dan juga secara sebenarnya – apa yang berlaku itu cuba dibingkaikan tanpa konteks dan sejarah. Barangkali World Press Photo cuba meninggalkan mesej yang tajam tentang bagaimana pembingkaian peristiwa tanpa konteks dan sejarah.
Pemangkasan konteks dan sejarah inilah yang menyebabkan dunia terlupa tentang pencerobohan tanah dan hak, pengusiran penduduk, dan pelenyapan suatu bangsa daripada tanah airnya sendiri yang berlaku secara kejam dan sangat tidak terbayangkan.
Atau mungkin juga World Press Photo mahu kita melihat apa yang berlaku tanpa konteks dan sejarah?
Sejak keganasan Israel memuncak di bermula 7 Oktober 2023, Al-Jazeera melaporkan sekurang-kurangnya 41,615 orang Palestin terbunuh setakat 30 September 2024. Empat daripada setiap 10 yang terbunuh adalah kanak-kanak.
Sebagai perspektif, sekiranya seorang sahaja kanak-kanak Palestin dikebumikan sehari, seluruh proses pengkebumian itu mengambil masa lebih 45 tahun.
MAKANAN bukan hanya ehwal rasa tetapi juga menyimpan segudang cerita.
Hampir 10 tahun lalu, majalah berita mingguan Tempo menerbitkan laporan khas yang menyelongkar sisi politik dan ekonomi makanan di serata Indonesia. Ia meneliti asal usul dan ciri khas makanan di pelbagai daerah. Misalnya, kenapa sajian di Aceh umumnya pedas tetapi makanan Jawa dominan manis.
Tempo menggelarkan laporannya mengenai “sejarah dan politik di balik sejumlah bumbu” itu sebagai “antropologi bumbu”.
“Laporan kali ini tidak hanya membahas makanan yang tersaji di atas meja. Kami melacak lebih jauh: bagaimana masakan di suatu daerah tercipta,” kata lidah pengarang Tempo terbitan 1 Disember 2014.
Dalam laporannya, Tempo mahu merakamkan makanan lebih daripada hanya resipi. Ia membongkar sisi sejarah, ekonomi, politik malah agama yang mungkin mempengaruhi makanan di tujuh daerah: Aceh, Sumatera Utara, Sumatera Barat, Solo dan Jogjakarta di Jawa Tengah, Kalimantan Utara, Sulawesi Utara, dan Maluku Utara.
Ia percaya sesuatu makanan tidak muncul begitu saja.
Kita dihidangkan dengan cerita, misalnya, tentang kenapa makanan di Maluku — daerah yang terkenal dengan rempah — hampir tidak menggunakan rempah. Rempah seperti cengkeh dan pala asalnya tumbuh liar dan melata di daerah ini. Ia tidak diusahakan sebagai tanaman sehinggalah pedagang Eropah datang mencarinya pada hujung abad ke-15.
Dalam erti kata lain, di Maluku, rempah adalah komoditi, yang diambil hampir semuanya oleh penguasa sehingga tidak tersisa untuk peribumi. Yang tinggal hanya bawang, halia, serai, dan kunyit dan tiada kayu manis, cengkih, lada hitam, atau pala.
Kisah cabai dalam masakan etnik Minahasa di Sulawesi Utara pula bukan lagi semata-mata tentang cabai tetapi tentang perebutan kuasa dan penyebaran agama. Di sana, cabai yang disebut rica hadir dalam hampir semua hidangan, termasuk pisang goreng yang dicicah dengan sambal.
Namun, cabai bukan tumbuhan asli di daerah itu. Ia dikatakan dibawa oleh orang Sepanyol dari tanah jajahannya di Amerika Selatan. Mereka datang tidak hanya membawa cabai tetapi juga agama Kristian.
Dalam laporannya, Tempo hampir tidak memakai perkataan “enak” atau “tidak enak” untuk mengulas makanan. Sedap dan tidak sedap adalah hal yang cukup subjektif. Setiap orang ada penerimaan yang berbeza-beza, yang selalunya dibentuk oleh pengalaman masing-masing yang kadang-kadang sangat peribadi sifatnya.
Tempo menerbitkan laporannya dengan saran khusus kepada pemerintah supaya mengangkat makanan sebagai sebahagian daripada produk ekonomi kreatif. Ia membayangkan suatu hari nanti restoran Indonesia megah di negara lain, sama seperti restoran Vietnam, Thailand, atau Jepun di Indonesia.
Melalui lidah pengarangnya, Tempo mencadangkan kepada Presiden Joko Widodo, yang pada masa itu baru hampir dua bulan memulakan pentadbirannya, supaya segera membentuk sebuah badan ekonomi kreatif. Badan itu diharap dapat meneruskan usaha mengembangkan daya ekonomi kreatif Indonesia — termasuk makanannya — yang sudah dirintis oleh Menteri Pariwisata dan Ekonomi Kreatif Mari Elka Pangestu dalam pentadbiran Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.
Lajak hampir 10 tahun ke depan — Indonesia menetapkan sasaran mewujudkan 4,000 buah “rumah makan Nusantara” di serata dunia menjelang akhir tahun 2024. Restoran yang ke 1,301 dibuka di Kuala Lumpur pada April 2023.
Projek menakluk dunia dengan makanan ini adalah sebahagian daripada cita-cita menghadirkan Indonesia ke dalam setiap rumah dan jiwa manusia — sama sepertimana Korea Selatan hari ini hadir dalam hidup sebahagian besar daripada kita.
Makanan, sesungguhnya, bukan hanya soal rasa, dan bukan juga cerita — tetapi senjata.
(Terbit di SeniMalaya, 26 Mac 2024)
APAKAH Malaysia yang hari ini kita kenang dan rayakan?
Pada lapis yang paling atas dan zahir, sebuah negara yang 54 tahun lalu terbentuk dengan penyatuan empat wilayah, yang dua tahun kemudian jadi tiga, melalui ikatan janji-janji antara satu sama lain dan janji kepada setiap seorang warganya tanpa ada yang terkecuali.
Terlepas dari itu, kita meraikan sebuah idea yang dipersetujui oleh wilayah-wilayah berkenaan yang membawa kepada berdirinya sebuah negara diberi nama Malaysia.
Atau, begitulah barangkali sepatutnya hari penuh bersejarah ini diingati serta diisi, dan diberi pengertian yang lebih bermakna.
Maka, sebuah Malaysia yang sebenarnya — atau sebuah negara yang terbayang (an imagined state) — adalah negara yang tegak dengan asas kenegaraan yang mendasari kelahirannya iaitu sebuah Persekutuan.
Namun selepas bertahun-tahun, asas itu entah kenapa dan entah bagaimana terasa semacam dilupakan. Ia terhakis dan menipis, sehingga idea kenegaraan yang pada mulanya melahirkan Malaya pada 1957, dan kemudian Malaysia itu, dijerat — dan semakin terjerat — oleh penguasaan dari pusat. Sebuah negara persekutuan ternampak seperti negara unitari atau kesatuan.
Penghakisan semangat persekutuan itu berlaku sedikit demi sedikit, peristiwa demi peristiwa. Daripada satu peristiwa membawa kepada satu peristiwa yang berikutnya, semangat itu terasa semakin luntur dan kekuasaan jadi semakin berpusat, bermula di Kuala Lumpur dan kini di Putrajaya.
Sekurang-kurangnya ada dua peristiwa besar dalam sejarah yang mencatatkan bagaimana kuasa di pusat mencampuri atau sangat mempengaruhi perkembangan di negeri-negeri: penyingkiran Ketua Menteri Sarawak Stephen Kalong Ningkan pada 1966 dan perisytiharan darurat di Kelantan pada 1977.
Hal yang sama berlaku apabila hak-hak Sabah diketepikan ketika di bawah Parti Bersatu Sabah (PBS) pada tahun-tahun yang cukup menarik dalam sejarah politik negeri itu, dan kemudian berulang dalam isu royalti minyak Kelantan dan Terengganu.
Urusan sehari-hari pentabdiran negeri dalam soal pengurusan sumber alam misalnya tanah, hutan dan air pun cukup kuat dibayangi oleh kuasa dari pusat.
Apabila peta politik Malaysia berubah selepas pilihan raya umum 2008, pertembungan antara kuasa di pusat dan negeri itu semakin ketara. Bukan tidak sering berlaku, hak-hak negeri tidak dihormati dan konsep persekutuan itu sendiri diremehkan
Ini tidak terjadi dengan begitu saja tetapi ada keadaan yang membenarkan ia berlaku. Budaya politik yang tidak sihat, terutamanya, yang disuburkan oleh pelbagai institusi yang tidak berfungsi, rapuh dan lemah serta terkongkong. Malah, keadaan ini jadi lebih parah apabila sistem semak dan imbang pun tidak berjalan dengan wajar.
Itulah sebabnya Malaysia yang sepatutnya — dan yang terbayang — adalah sebuah projek melawan lupa. Hanya dengan melawan lupa saja kita akan dapat membetulkan kepincangan dan meletakkan setiap perkara duduk pada tempat yang sepatutnya.
“Perjuangan manusia melawan kekuasaan adalah perjuangan ingatan melawan lupa,” tulis novelis kelahiran Republik Czech, Milan Kundera.
Ini bukan saja soal konsep persekutuan atau federalisme yang diremehkan, tidak dihormati dan tidak diamalkan dengan telus serta bertanggungjawab. Ini tentang semua perkara — yang memerlukan pembetulan di negara ini.
Dari masa ke masa, kita akan lupa. Boleh jadi kita dipaksa melupakannya — apabila buku diharamkan, budaya diketepikan dan sejarah dipadam.
Seperti yang disebut oleh Kundera, kemudiannya datang orang menulis buku baru, mengada-adakan budaya baru dan mencipta sejarah baru. “Maka tak lama setelah itu bangsa tersebut akan mulai melupakan apa yang terjadi sekarang dan masa lampau. Dunia sekelilingnya bahkan akan lupa lebih cepat.”
Boleh jadi juga, entah kenapa, kita sendiri yang memilih untuk lupa — kerana tidak faham, tidak mahu ambil tahu atau boleh jadi juga, kerana dikelirukan.
Bagaimana hendak melawan lupa?
Projek Melawan Lupa boleh dilaksanakan dengan terus menghidupkan sejarah melalui apa juga cara. Setiap apa yang berlaku yang terlihat sebagai pencabulan terhadap cita-cita kenegaraan yang dipersetujui 54 tahun lalu tidak harus didiamkan. Harus ada yang terus bersuara, dan yang lebih penting, bertanya.
Ini tanggungjawab setiap seorang daripada kita, tak ada yang terkecuali.
Hanya dengan itu, ingatan kolektif kita tentang kenapa negara ini berdiri serta janji-janji awal ketika ia ditubuhkan — seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, Perisytiharan Malaysia dan berikutnya, Rukunegara — akan terus sentiasa segar.
Tetapi untuk bersuara dan bertanya bukanlah kerja mudah. Akan selalu ada halangan, dan semuanya mesti ditempuh biarpun pasti ada yang harus dikorbankan dan terkorban.
Sekiranya Malaysia adalah sebuah projek Melawan Lupa, sudah barang tentu ada juga projek Pelupaan yang selalu akan cuba mengaburi mata kita daripada melihat dan mengingat, dan kemudiannya lupa.
Itulah tugas setiap seorang daripada kita untuk saling mengingatkan antara satu sama lain — supaya sama-sama tidak lupa.
Ini bukan projek jangka pendek. Ini projek yang berterusan dan tidak akan ada kesudahannya.
Oleh kerana ini memang sebuah projek yang belum siap dan tidak akan siap-siap, untuk itu, maaf atas segala kesulitan.
Selamat Hari Malaysia!
Pada bulan dan hari peringatan kemerdekaan seperti ini, saya selalu teringat pengalaman berbual dengan seorang pemandu teksi yang saya tumpangi pada malam ambang Hari Kebangsaan, beberapa tahun lepas. Pemandu itu nampak cukup terganggu dengan bendera Jalur Gemilang kecil yang dia pasang pada bumbung keretanya.
Sambil memandu, matanya berkali-kali mengintai bendera itu yang terjuntai di bucu kiri bumbung kereta. Setiap kali yakin tiada masalah di depan, dia mengalihkan mata dari jalan raya yang belum begitu sesak ke cermin tempat duduk di sebelah kiri.
“Baru saja pasang tadi. Ada orang bagi. Tapi tak mahu melekat elok,” katanya.
“Tak apa, pakcik,” balas saya. “Bendera, kita kibar dalam hati.”
Pakcik itu ketawa besar.
“Ya, bendera… kita kibar dalam hati,” jawabnya.
Pemandu teksi itu tidak banyak bercakap kecuali mengeluhkan tentang perkhidmatan tumpang kereta yang menganggu periuk nasinya.
Dia mengutuk kerajaan yang membenarkan perkhidmatan kongsi kereta itu masuk ke Malaysia, tanpa dia cukup memahami debat lebih besar tentang bisnes seumpamanya yang kini menonjol dalam kehidupan masa kini — economic disruptor atau bisnes yang mengucar-kacirkan keadaan sedia ada tetapi pada masa sama mencipta ekonomi baharu.
Ada satu hal yang jelas. Pemandu teksi itu marah-marah kepada kerajaan tetapi dia juga sayangkan tanah airnya. Mulutnya mencaci maki hidup yang dipaksakan ke atasnya tetapi dalam hati berbunga rasa cinta pada negara. Kedua-duanya berbaur dalam sebatang tubuh.
Ya, terasa aneh tetapi tidak juga sebenarnya.
Yang dimarahi itu pemerintah; yang dikasihi itu negara. Yang dimarahi itu pemimpin; yang dikasihi itu tanah air. Kerajaan datang dan pergi, pemimpin juga boleh dicari tetapi tanah air ibu pertiwi tidak ada galang ganti.
Marah dan cinta yang berbaur itu hanya jadi aneh kalau misalnya kita menerima retorik politik yang selalu dihidangkan di media atau terdengar dari mulut sesetengah pemimpin: bahawa setiap penentangan dan perlawanan, setiap bantahan dan teguran kepada kerajaan adalah gerakan untuk merosakkan negara.
Kepembangkangan di negara ini jadi seolah-olahnya satu jenayah. Lebih daripada itu, ada juga masanya penentangan, perlawanan, bantahan dan teguran itu dijawab dengan retorik agama sehingga menjadikan kepembangkangan satu dosa. Habis tidak menang dengan hujah patriotisme, jawab pula dengan hujah syurga neraka.
Apakah hanya ada satu suara saja yang dibolehkan, sehingga suara-suara dengan nada yang berlainan jadi jenayah, atau dosa?
Apakah kepembangkangan satu pengkhianatan? Kenapa kepembangkangan tidak dilihat sebagai satu juga aksi mengisi kemerdekaan?
Selalu apabila ada kritikan atau peringatan, bantahan atau penentangan, mereka yang menegur dan membangkang itu dicap mahu menjahanamkan negara, merosakkan segala yang sudah dibina dan menghancurkan masa depan. Soalnya, kenapa?
Kenapa susah sangat untuk kita menerima dan mengakui bahawa mereka yang menegur dan membangkang ini juga warganegara — lahir dan matang di negara ini, dan suatu hari nanti, mati juga di negara ini. Mereka tidak ada tanah air yang lain selain Malaysia. Malaysia yang sama inilah tanah air mereka.
Kalau tuduhan yang dicampakkan kepada mereka itu benar — bahawa mereka ini pengkhianat, perosak, penjahanam negara — dan kalau gerakan mereka itu berjaya, lalu apa?
Menerima retorik politik itu, yang adakalanya dibalut dengan retorik agama, kita yang waras dan masih menggunakan otak untuk berfikir, wajar bertanya: Sekiranya gerakan kepembangkangan itu berjaya, dan negara ini musnah binasa, mereka yang berjuang itu sebenarnya mahu ke mana?
Apakah masuk akal bahawa orang berjuang untuk kemudiannya apabila berjaya, menderita kerana perjuangannya menyebabkan negara hancur berkecai? Tidakkah kepembangkangan itu sebenarnya mahu menyelamatkan negara daripada porak peranda?
Itu sebabnya kerja kepembangkangan ini bukan satu kerja yang semua orang boleh tahan. Ada yang patah balik selepas separuh jalan. Ada yang mengaku kalah sebelum tamat permainan. Memang mudah untuk putus asa tetapi putus asa bukanlah pilihan yang ada.
Pada hari dan bulan kemerdekaan seperti sekarang, kita selalu mendengar ucapan yang diulang-ulang di radio dan televisyen, di mimbar dan podium: “cintailah negara”, “kenanglah jasa”, “hargailah pengorbanan”, “syukurilah nikmat”.
Semua kata-kata itu kita telan dan hadam setiap tahun — hari dan bulan kemerdekaan datang dan pergi, dan datang lagi. Kita menerima pesan-pesan itu, tanpa bertanya apa-apa. Kita kemudian mengulang-ulangnya seperti burung tiung yang diajar bercakap: “cintailah negara”, “kenanglah jasa”, “hargailah pengorbanan”, “syukurilah nikmat”.
Kita percaya, semuanya. Kita percaya — terlalu percaya, sehingga apabila datang kritikan atau peringatan, bantahan atau penentangan, kita menganggap semua itu sebagai satu pengkhianatan.
Tidak semua rasa cinta pada tanah air ini dizahirkan dengan puji-pujian. Kritikan atau peringatan, bantahan atau penentangan juga adalah bukti kasih dan sayang pada negara.
Ini bukanlah bermakna bahawa merdeka itu hanya dengan membangkang. Ini sama seperti debat ayam dan telur — membangkang kerana merdeka, atau merdeka kerana membangkang?
Bukan itu soalnya. Ini sebaliknya sama seperti permasalahan tentang keberadaan “aku berfikir, maka aku ada”: aku melawan, maka aku ada.
Melawan adalah tanda wujud diri dalam masyarakat, kerana berdiam diri di tengah-tengah kebusukan yang tidak terselindungkan lagi adalah tanda diri sudah mati, mayat hidup yang tidak mengerti apa-apa lagi. Mati rasa.
Merdeka tidak semestinya hanya dengan puja dan puji. Merdeka juga boleh dirayakan dengan carut-marut dan caci-maki — seperti pemandu teksi yang memasang bendera tetapi dalam hatinya mencarut dan memaki.
Foto oleh IZHAM JAAFAR (alm)
DARIPADA sekian banyak catatan mengenai peranan dan sumbangan wartawan dalam perjuangan kemerdekaan, ada satu nota kaki sejarah yang cukup mengharukan hati — tentang A Samad Ismail yang tidak berada di tanah air ketika Malaya merdeka.
Pada pagi bendera Union Jack diturunkan secara rasmi di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, Samad sudah tercampak ke Indonesia.
“Saya berangkat ke Jakarta sehari sebelum Malaya mengisytiharkan kemerdekaannya. Agak pilu sekali hati meninggalkan tanah air menjelang hari bersejarah,” tulis Samad dalam memoirnya yang diterbitkan pada 1993 oleh Universiti Kebangsaan Malaysia.
Memoir itu merakamkan pengalaman tahun-tahun awalnya sebagai wartawan di Singapura, bekerja dengan A Rahim Kajai di Utusan Melayu.
Samad meluahkan rasa terkilan yang sama kepada sekumpulan penulis muda dalam satu majlis dialog menjelang pemilihan Persatuan Penulis Nasional (Pena) pada 1992 di Kuala Lumpur. Dalam satu wawancara dengan wartawan MASSA, Siti Mariam Md Zain pada 2000, Samad menyebut juga cerita yang sama.
“Waktu merdeka saya tak ada di sini, saya dihalau ke Indonesia. Yusof Ishak kata, kononnya kuncu-kuncu Tunku Abdul Rahman tidak mahu saya datang ke Kuala Lumpur. Saya banyak kritik Tunku fasal kemerdekaan.
“Saya kata tak lengkap (merdeka) sebab orang putih banyak mengawal dan tentera British masih banyak di sini,” katanya. Wawancara itu dibuat selepas Samad menerima Anugerah Tokoh Wartawan Negara.
Yusof menghantar Samad ke Jakarta ketika Utusan Melayu sedang dalam proses berpindah operasi dari Singapura ke Kuala Lumpur. Samad, yang ketika itu berumur 33 tahun, sudah 16 tahun berkhidmat dengan Utusan. Jawatannya timbalan ketua pengarang.
Samad berpendapat perpindahannya dibuat dengan tergesa-gesa. Yusof tidak menyebut berapa lama tugasannya di Jakarta sebaliknya cuma berkata: “Tunggu perintah selanjutnya.”
Yusof juga tidak membantu proses perpindahan itu, kata Samad. Semua diurusnya sendiri, selain tiada arahan yang jelas. Menurut Samad, arahan Yusof hanyalah “hantar berita dan rencana agama”.
Atas sebab itulah Samad beranggapan perpindahannya tanpa perancangan yang teliti. Mujur selama di Jakarta, Samad mendapat bantuan sahabatnya Adam Malik (kemudian naib presiden Indonesia) yang menolongnya mendapatkan pejabat dan tempat tinggal serta memperkenalkannya kepada beberapa tokoh politik republik itu.
Ketika arahan pindah itu keluar, kakitangan Utusan menganggapinya sebagai tidak adil. Mereka sedia untuk mogok demi membela Samad. Mereka juga menggesa Samad supaya tidak usah patuh kepada arahan Yusof.
Namun Samad tidak mahu bertindak balas, walaupun dia berpengaruh besar kepada parti-parti politik dan kesatuan buruh di Singapura pada masa itu. Samad akur tetapi dia juga sudah membulatkan tekad bahawa masanya di Utusan sudah berakhir.
Benar kata orang, setiap kali satu pintu tertutup, ada pintu lain yang terbuka. Tidak lama sebelum ke Jakarta, pada suatu tengah hari, ketika berjalan di depan pejabat Straits Times, Samad terserempak dengan ketua pengarangnya Leslie Hoffman.
Samad bertanya khabar tentang Straits Times hendak menerbitkan sebuah akhbar bahasa Melayu dalam rumi di Kuala Lumpur. Hoffman mengiyakan. “Kamu berminat?” Tanyanya kepada Samad.
Apa yang berlaku kemudiannya membuka bab baharu dalam kerjaya Samad sebagai wartawan. Samad yang mula bekerja dengan Utusan pada awal tahun 1941, ketika umurnya 17 tahun, berhenti pada Mac 1958 selepas terbuang di Indonesia selama lebih kurang enam bulan.
Sayang sekali, Samad tidak menulis panjang tentang episod itu dalam memoirnya. Aneh, kerana ‘pembuangannya’ ke Jakarta menjadi batu tanda penting dalam kerjaya Samad sebagai wartawan.
Episod itu dicerita seperti tidak dengan sepenuhnya. Malah, kalau diteliti, ada kesilapan fakta yang besar tentang seluruh catatannya. Misalnya, Samad menulis dia berhenti dari Utusan Melayu pada November 1958 tetapi dalam buku yang sama terlampir surat Yusof menerima peletakan jawatannya berkuat kuasa 3 April 1958.
Cuma menariknya, Samad menimbulkan tanda tanya: Akal siapa sebenarnya sehingga dia tercampak ke luar negara dan terlepas melihat tanah airnya merdeka?
Benarkah seperti kata Yusof, dia terpaksa dihantar ke Jakarta kerana Tunku Abdul Rahman tidak mahu Samad ikut berpindah ke Kuala Lumpur? Samad diketahui lantang mengkritik pentadbiran Tunku, yang antaranya dianggap masih tidak merdeka sepenuhnya daripada pengaruh British.
Atau apakah benar Yusof menggunakan nama Tunku untuk menutup keputusannya sendiri?
Pada beberapa bahagian dalam memoirnya, Samad secara berterus-terang menyebut hubungannya dengan Yusof tidak begitu baik. Dia mendakwa Yusof “agak iri hati dengan kewibawaan saya di Utusan” sehingga kemudian mencari-cari salahnya. Samad dan Yusof juga tidak sehaluan dalam menetapkan hala tuju Utusan.
Atau apakah penyingkiran Samad ke Indonesia ada kaitan dengan perkembangan politik di Singapura menjelang pilihan raya umum 1959?
Tiada siapa yang tahu secara pasti. Cerita itu tinggal menjadi nota kaki sejarah.
Versi lain tulisan ini terbit di Selangorkini (edisi 29 Ogos - 4 Sept 2024).