Stories by Nur Farihah Al-Walid on Medium
"Untuk Terakhir Kali"
"Sayu hatiku melihat kau pergi
Meninggalkan diriku sendiri...
Tanpa kata dan bicara
Sayu hatiku tidak terkata...
Mengapa hatimu berubah
Sehingga tidak ku kenal dirimu yang sebenar..
Sepi ku rasa tanpamu di sisi
Hanya airmataku mengiringi pemergianmu..
Ku masih berharap untuk bertemu denganmu
Walau untuk seketika...
Untuk melepaskan rindu
Sebelum ku pergi buat selamanya...."
-Nur Farihah Al-Walid-
KESUMAT
12 January 2022
10 pagi
Kelihatan seorang wanita berusia dalam lingkungan separuh abad sedang duduk di hadapan seorang wanita tua.Wanita tua itu sedang ralit membaca sesuatu yang tidak difahami sambil tangannya sedang mengasapkan tempat bara di hadapannya.Di tangan wanita tua itu ada gambar seseorang.
“Kau pasti nak teruskan rencana kau ni”Wanita tua itu bertanya.
“Aku pasti dengan rencana aku ni.” Balas wanita separuh abad itu.
“Baiklah..Aku mulakan sekarang..” Wanita tua itu mulakan upacaranya.
12 January 2022
10.30 pagi
Di sebuah kubikal di sebuah syarikat di Chai Chee,Singapura kelihatan Afreena, seroang wanita berusia 25 tahun sedang membuat kerja sambal mengerutkan dahinya.Dengan secara tiba-tiba kepalanya terasa sangat sakit dan tangan,kaki dan badannya tiba-tiba terasa gatal yang teramat sangat.
Apabila Afreena melihat tangan dan kakinya mula kelihatan kemerah-merahan dan mula menampakkan gelembung-gelembung.Semakin Afreena garu.semakin gatal.Afreena tidak tahu kenapa tiba-tiba dia menjadi begitu.
“Aduh..Kenapa dengan aku ni..Tiba-tiba je kepala aku rasa sakit sangat.Rasa macam nak meletop je kepala aku ni.Tangan,kaki dan badan aku pun gatal sangat sampai gelembung-gelembung macam ni..Aduh..Ni tak boleh jadi ni.Aku nak kena buat sesuatu.”
Afreena tidak tahu apa yang menyebabkan kaki,tangan dan badannya menjadi gatal seperti itu dan kepalanya juga sakit.Badannya terasa panas seolah-olah dia demam.Apabila Afreena menguji suhu badannya,dia mendapati suhu badannya normal tapi kenapa dia rasa badannya rasa panas seolah-olah hendak demam?Afreena mengambil keputusan untuk ambil cuti separuh hari dan bergegas ke klinik berdekatan dengan rumahnya.
26 January 2022
Afreena masih lagi belum pulih dari sakitnya itu.Afreena semakin buntu dan tidak tahu harus buat apa lagi.Keadaannya semakin teruk.Gatal-gatal di tangan,kaki dan badannya membuatkan dirinya semakin tidak selesa.Kini dia mengalami demam yang agak lama.
Afreena teruskan bekerja walaupun dia masih lagi tak berapa sihat sehingga ditegur oleh beberapa rakan kerjanya yang wajahnya nampak lain sedikit.Pucat dan agak gelap.Tidak pucat sahaja seperti orang sakit yang lain.
Afreena mengambil keputusan untuk mengajak Amelina yang sering dipanggil Mel, salah seorang senior di tempat kerjanya yang dia agak rapat untuk makan malam bersama.Dia mahu meluahkan segala apa yang dia rasa dan mahu minta pendapat tentang sakit yang sedang dideritainya itu.
“Mel,nanti lepas kerja kau ada apa-apa plan tak Mel?” Afreena bertanya pada Amelina.
“Lepas kerja eh..Hmm..Lepas kerja aku tak ada apa-apa plan..Kenapa Afreena?”Giliran Amelina pula bertanya.
“Aku ingat nak ajak kau keluar makan malam sama-sama di Simpang Bedok.Aku ada sesuatu nak bincang dengan kau.Kita boleh solat Maghrib di sana sekali..” Ujar Afreena.
“Ooo..Ok la kalau macam tu.Aku ok je..Nanti lepas kerja kita jumpa di depan office je ok?” Balas Amelina.
“Ok.”Balas Afreena pendek tanda setuju.
Jam 7.30 malam
Afreena dan Amelina sudah sampai di Simpang Bedok.Mereka mengambil wudhu’ di tandas berdekatan dan menunaikan solat Maghrib di tempat solat yang disediakan di salah sebuah kedai makan yang mereka ingin makan malan bersama.
Ketika Afreena dan Amelina sedang menunaikan solat,tiba-tiba Afreena rasa mabuk yang teramat sangat bila dia berdiri setelah ruku’.Pandangannya tiba-tiba menjadi gelap dan badannya rasa seperti ditolak.Lalu…
“Astaghfirullahal’aziim..Kenapa tiba-tiba aku rasa mabuk semacam ni dan kenapa aku rasa macam ditolak eh…Tahu tahu aku dah terduduk.Aduh..Tak apa.Pelan pelan bangun Afreena.”Afreena Istighfar dan perlahan-perlahan bangun untuk menunaikan semula solat Maghribnya setelah dia terjatuh semasa dia berdiri semula setelah berdiri semula selepas ruku’ di rakaat yang kedua.
“Afreena,kau ok ke? Kepala kau masih sakit eh?” Amelina bertanya pada Afreena sambil mengacau kopi.
“Entah la Mel.Bila petang je kepala aku mula sakit dan aku mula demam balik,Pagi dah ok sikit nanti petang sakit balik,Gatal gatal kat tangan,kaki dan badan aku pun makin teruk.Aku buntu la Mel.Aku dah tak tahu nak buat apa lagi Mel.” Jawab Afreena.
“La..Patutlah tadi aku perasan juga yang tiba-tiba jatuh masa solat tadi..Risau juga aku tengok kau macam ni.Muka kau pun pusat tapi gelap sikit.Da berapa lama jadi macam ni Afreena?”Balas Amelina risau melihat keadaan Afreena.
“Aku kena dari masa aku MC kelmarin Mel.Aku da makan ubat klinik tapi tak baik.Aku dah pergi hospital pun.Hospital dah kasi ubat..Tapi tetap tak baik juga.Aku ingat nak pergi ruqyah.Kau tahu mana mana tempat yang aku boleh pergi berubat tak Mel..Aku dah tak tahan dah ni.”Afreena membuka cerita.
“Kau jangan sembarangan pergi Ruqyah Afreena..Takut nanti kau kena tipu..Sekarang ni ada yang pakar perubatan yang tak betul.”Balas Amelina.
“Tapi aku dah tak tahan Mel.Tolonglah Mel..”Rayu Afreena.
“Ok.Aku ada kawan yang boleh ruqyah dan ubatkan kau.Tapi kau nak kena ada orang tua yang temankan kau..”Ujar Amelina.
“Mel..Bukan aku tak nak bawak orang tua aku tapi nanti mereka tak akan percaya tentang benda-benda ghaib ni sangat.Aku harap kau yang dapat temankan aku..”Afreena berterus terang pada Amelina.
“Ok..Kalau macam tu aku temankan kau ok.Kau beritahu aku je bila yang kau nak pergi berubat..”Ujar Amelina.
29 January 2022
8 Malam
Di Rumah Perubatan Islam
Afreena kelihatan terlalu lemah ketika sampai di rumah perubatan islam.Tanpa berlengah lagi, Setelah Afreena dan Amelina duduk, Amelina duduk tidak bergerak walau seinci. Hanya mata dan kepalanya sahaja yang tertunduk.Badannya sudah mula menghayunkan badannya ke kiri dan kanan.Ustaz Azmi,Perawat memulakan rawatan ka atas diri Afreena.
“Assalamualaikum. Boleh kamu kenalkan diri kamu? Apa yang kamu mahu dari budak ni sehingga kamu menduduki badan budak perempuan ni?”Ustaz Azmi memulakan bicara dengan makhluk yang meduduki badan Afreena.
Afreena berhenti dari menghayunkan badannya ke kiri dan kanan lalu memandang ke arah Ustaz Azmi dengan renungan yang tajam lalu berdiri sambil mengilai seperti ada perkara yang lucu. Ustaz Azmi hanya mengucapkan istighfar sambil membaca beberapa potong ayat suci Al-Quran untuk mengawal keadaan.
“Hi hi hi hi.. Kau siapa nak ikut campur urusan aku hah? Aku cuma ikut arahan tuan aku untuk menyakiti budak ni..” Tiba-tiba Afreena berkata dengan nada yang sinis.
“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, keluarlah kamu dari tubuh budak perempuan ni. Kau tak ada hak untuk menyakiti budak ni.Apa salah budak ni pada tuanmu. Keluarlah dan kembali pada tuanmu.”Ustaz Azmi cuba memujuk makhluk itu lagi.
“Aku tak akan pergi la bodoh. Aku dihantar untuk menyakiti budak ini sampai mati.Kalau tidak,tuan aku tak akan kasi aku makan.Grr...” Makhluk itu tetap berdegil dan menderam tanda marah.
Tanpa banyak bicara, Ustaz itu mengarahkan isterinya dan Amelina untuk memegang tangan dan kaki Afreena agar Afreena tidak terlepas dan mula meruqyahkan Afreena. Afrena meronta-ronta agar dilepaskan dan menjerit kesakitan. Mulutnya juga tidak henti-henti menghamun orang-orang yang berada di sekelilingnya dan juga Ustaz yanag meruqyahkannya.
Setelah dua jam Afreena diruqyahkan, akhirnya makhluk yang menduduki badan Afreena berjaya dikeluarkan. Afeef, Isteri Ustaz Azmi dan Amelina yang memegang tangan dan kaki Afreena ketika rawatan Ruqyah di jalankan agak kepenatan.
Isteri Ustaz Azmi mendekati tubuh Afreena yang terbaring di lantai lalu mengesat darah yang tidak henti-henti mengalir di hidung dan mulutnya dan menyapu air yang sudah dibaca dengan ayat ruqyah ke muka Afreena.
“Alhamdulillah.. Segalanya sudah selesai...”Ustaz Azmi berasa syukur dan menarik nafas lega apabila makhluk yang menduduki tubuh Afreena berjaya dikeluarkan.
31 January 2022
Afreena kembali bertugas dengan semangat dan tampak lebih segar dan sihat seperti sediakala.Sedang Afreena khusyuk melakukan tugasnya,Afreena perasan ada seseorang mendekati kubikalnya lalu menoleh dan memandang ke arah orang yang datang,
Ternyata orang itu adalah Rusiah rakan sekerjanya.Afreena terkejut kerana Rusiah datang dengan kulit di muka,tangan dan kakinya ade tanda merah seolah-olah ada kesan luka.Berkerut muka Afreena melihat keadaan Rusiah.
“Afreena,Aunty..Aunty nak minta maaf pada Afreena..”Rusiah meminta maaf pada Afreena.
“Kenapa aunty minta maaf pada saya? Apa yang terjadi pada aunty?” Afreena bertanya pada Rusiah.
“Aunty nak minta maaf pada Afreena sebab aunty yang sihirkan Afreena tempoh hari sampai Afreena sakit..” Rusiah berterus terang pada Afreena sambil menangis.
“Apa? Jadi orang yang sihir saya adalah aunty?? Kenapa aunty sihir saya??Apa salah saya dengan aunty??Sampai hati aunty buat saya macam ni..”Balas Afreena dengan nada marah.
“Sebenarnya aunty cemburu dengan kelebihan yang Afreena ada.Bos juga selalu puji kerja Afreena.Aunty yang kerja lama di sini tak pernah Bos puji aunty.Aunty selalu sahaja dimarahnya.Jadi aunty jadi sakit hati dengan Afreena dan mula benci Afreena.Maafkan Aunty..Aunty menyesal dengan apa yang aunty lakukan.. Aunty dah terima padahnya.Maafkan Aunty..” Rusiah merayu sambil melutut depan Afreena.
Afreena hanya mendiamkan diri dengan airmata berlinangan ke pipinya.Amelina yang sedari tadi melihat situasi Afreena dan Rusiah,memeluk Afreena lalu memberi isyarat supaya Afreena dapat memaafkan Rusiah.
“Baiklah.Saya maafkan aunty tapi saya harap aunty tidak buat perkara yang sama lagi”Afreena mula berbicara setelah menutup matanya untuk seketika.
“Alhamdulillah.Terima kasih Afreena”Balas Rusiah sambil mengalirkan airmata..
Sekarang
5 March 2017
Singapura
Aku melihat wajahku yang sudah disolek oleh mak andam di cermin di hadapanku.Aku seakan-akan tidak percaya yang senbentar lagi aku akan menjadi seorang isteri pada seorang suami yang aku temui di Turkey setahun yang lalu.Ketika itu, aku mengikuti program perjalanan ‘Kembara Ilmu ke Turkey’ bersama jemaah-jemaah dan rakan-rakan yang belajar agama bersama denganku.
Aku mengambil gambar aku bersama bakal suamiku yang terletak di atas meja solekku. Aku tersenyum sendiri apabila aku terkenangkan bagaimana aku bertemu dengan bakal suamiku ketika aku membawa diri ke Turkey setelah seminggu aku memutuskan pertunanganku dengan bekas tunangku, Amir.
Imbas Kembali
2 March 2016
Istanbul, Turkey
Sebaik sahaja aku tiba di lapangan terbang Istanbul, aku merasa seakan tidak percaya yang aku dapat menjejakkan kaki di bumi Turkey yang indah dan sering aku idamkan untuk aku kunjungi suatu hari nanti.Aku merasa kagum kerana airport di Istanbul bukan sahaja cantik tetapi bangunannya teramat besar sehingga aku merasa diriku teramat kerdil.
Sedang aku terleka dek terpegun dengan kecantikan airport di Istanbul, aku dikejutkan oleh ketua yang bertanggungjawab di dalam mengendalikan bagasi untuk para jemaah yang menyertai ‘Perjalanan Kembara ke Turkey’.
“Shahirah, mari tolong cik Salmah kendalikan bagasi jemaah-jemaah kita yang menyertai perjalanan ini supaya mereka tidak kelam-kabut apabila mereka sudah melepasi imigresen nanti.” Ujar cik Salmah, ketua di dalam mengendalikan bagasi di dalam perjalanan itu.
“Ok cik Salmah”. Aku menjawab sambil tersengih.
‘Hish, malunya aku… Macam manalah aku boleh terpegun sangat dengan Airport Istanbul ni sampai aku boleh terleka…’ Keluhku di dalam hati.
Setelah beberapa hari berada di Istanbul, Busra, Kusadasi dan Pamukkale, akhirnya sampai juga aku di bumi yang indah,Cappadocia. Sekali lagi aku terpegun dengan keindahan alam yang dicipta Tuhan di Cappadocia.
Sedang aku leka menikmati aiskrim yang baru dibeli , aku diajak oleh seorang lelaki untuk menaiki unta yang dimilikinya dengan harga empat puluh Turkish lira. Dengan segera aku menghabiskan aiskrimku lalu menaiki unta yang dimiliki seorang lelaki Turkey. Walaupun aku merasa gementar tetapi aku merasa seronok apabila aku dapat menunggang seekor unta.
Sedang aku seronok menunggang seekor unta, aku tidak menyedari ada sepasang mata yang asyik memerhatikanku. Rakan karibku ada menyampaikan sekuntum bunga tulip yang dipanggil “Lale” di dalam bahasa Turkey dan juga sepucuk surat yang datangnya dari seorang lelaki Turkey yang berniaga di sekitar Cappadocia dan berdekatan dengan tempat aku menunggang unta sebentar tadi. Orang itulah tunanganku dan juga bakal suamiku sekarang ini. Dari saat itu,cinta di antara kita mula berputik.
Sebelum aku berangkat pulang ke Singapura, sang kekasih sempat memberiku sebuah hadiah berupa seutas gelang sebagai kenangan. Sang kekasih juga berjanji untuk melamarku di dalam masa yang terdekat. Aku hanya mampu tersenyum dan berdoa agar dipermudahkan segala urusan kita.
Sekarang
5 March 2017
Singapura
“Saya terima nikahnya, Siti Shahirah Al-Hashimi Binte Muhd Khairul Al-Hashimi dengan mas kahwinnya seratus dollar tunai..” Ucap Shahrizal dengan satu kali lafaz semasa aka dnikah.
“Alhamdulillah…” Ujar para tetamu dan juga ahli keluargaku yang hadir di hari pernikahanku dengan rasa syukur dan gembira.
Menitis airmataku setelah aku sah dinikahkan dan kini aku sudah bergelar seorang isteri kepada Shahrizal, si lelaki Turkey yang berjaya memenangi hatiku..
“Terima kasih suamiku…” Hanya itu dapat ku ucapkan pada suamiku setelah aku mencium
tangannya lalu dahiku dikucup oleh suami yang tercinta..
Jodohku Dari Turkiye (Turkey) was originally published in Nur Farihah Al-Walid on Medium, where people are continuing the conversation by highlighting and responding to this story.
Indira baru seminggu bekerja sebagai seorang admin di salah sebuah syarikat. Pada masa itu Indira pulang dari kerja dalam jam 6 petang dan akan sampai ke rumahnya pada jam 7 petang.
Apabila Indira sampai di kolong blok rumahnya,Indira melihat di dalam lif ada seorang budak perempuan yang berwajah pucat dan berambut panjang separas bahu. Tanpa berfikir panjang, Indira menaiki lif bersama budak perempuan itu. Pada masa itu,lif di rumahnya hanya ada butang nombor 1, 7 dan 11. Indira tinggal di tingkat 8. Jadi Indira harus turun di tingkat 7 dan harus menaiki tangga untuk ke tingkat 8.
“Adik, adik nak pergi tingkat berapa..?” Indira memulakan bicara..
Budak perempuan itu hanya mendiamkan diri dan hanya menunjukkan nombor 7 sahaja.. Indira hanya mampu melihat apa yang dilihat oleh budak perempuan itu.
Apabila Indira sedang menaiki lif bersama budak perempuan itu,Indira dapat merasakan yang lif itu sedang bergerak naik agak sedikit lama daripada hari-hari yang sebelumnya dan budak perempuan yang menaiki lif bersama Indira seperti gelisah namun tidak bersuara.Hanya wajahnya sahaja yang kelihatan pucat lesi seperti tiada darah yang mengalir di mukanya.Sepertinya ada yang tidak kena dengan budak perempuan itu.
“Lamanya lif ni naik.. Selalunya tak macam ni.. Budak ni pun semacam je aku tengok..”Detik hati Indira.
Apabila lif sudah sampai di tingkat 7, tanpa menghiraukan budak perempuan itu, Indira terus berlari ke tingkat 8 dan membuka pintu dan pagar rumahnya dalam keadaan tergesa-gesa sehingga membuat kedua-dua orang tua Indira menjadi hairan dengan kelakuan peliknya itu.
“Kau ni da kenapa Indira?Macam kena kejar hantu je aku tengok..”Ibunya, Shahirah bertanya..
“Emm… Tak ada apa-apa mak… Tak tahan nak terbuang air je..”Jawab Indira..
Indira hanya memberitahu mereka tiada ada apa-apa yang berlaku padanya dan hanya merahsiakan apa yang dilaluinya sebentar tadi.
Pada keesokan harinya,sebelum Indira pergi ke kerja,Indira membaca suratkhabar “Berita Harian” dan Indira terbaca satu article di muka surat yang pertama.Berita di dalam article itu benar-benar memeranjatkannya. Indira ternampak gambar budak perempuan yang menaiki lif bersama Indira di dada akhbar dan mendapati budak perempuan itu meninggal dunia ketika mencari ibu kandung yang dicarinya selama ini.
“Eh, ni macam budak semalam je..? Dah meninggal budak ni?Habis, semalam tu siapa yang aku nampak eh?” Indira bertanya dengan dirinya sendiri.
Misteri Budak Perempuan Berwajah Pucat was originally published in Nur Farihah Al-Walid on Medium, where people are continuing the conversation by highlighting and responding to this story.