Stories by saf on Medium
llts C6(ii)
Pagi itu sekolah kelihatan seperti biasa. Pelajar keluar masuk pagar, suara-suara bersilang di koridor. Safira melangkah ke kelas dengan beg di bahu, fikiran penuh dengan restoran yang dia nak pilih dan pergi dengan mamanya nanti.
Sejurus dia menolak pintu kelas —
“HAPPY BIRTHDAY SAFIRA!”
Suara itu meletup serentak. Safira tersentak, langkahnya terhenti. Beberapa saat pertama, dia hanya mampu berdiri kaku, mata membulat, sebelum ketawa kecil terlepas tanpa sedar.
Papan putih dihias ringkas, tulisan “HAPPY SEVENTEEN, SAFIRA” terpampang besar. Di meja guru, ada kek kecil berwarna pastel.
“Ya Allah, korang ni…” suara Safira rendah, hampir tenggelam dengan sorakan rakan sekelas. Pipi Safira terasa panas, bukan sebab malu sahaja, tapi sebab rasa diingati.
Satu demi satu ucapan diberikan.
Pelukan singkat.
Senyuman ikhlas.
Dalam riuh tersebut, seorang pelajar lelaki datang mendekati Safira. Dia melangkah masuk dengan sedikit ragu, tangan mengenggam sejambak bunga kecil. Safira rasa dia kenal wajah itu, selalu terserempak di hujung koridor. Isnt he from Citrine?
“Hi,” pelajar lelaki itu menyapa. Bunga dihulurkan kepada Safira.
“It’s your birthday, right? Happy birthday.”
Beberapa pasang mata terus memandang ke arah mereka. Safira menyambut bunga itu.
“Thank you…”
“Dani.”
“Oh. Thank you, Dani.”
Di belakang, sorakan kecil bermula semula. Ada yang bersiul, ada yang sengaja mengusik. Dani ketawa kecil, rasa janggal. Sebelum dia berundur ke pintu kelas, sempat lagi dia mengucapkan, “Hope you have a good day.”
Senyuman kecil terukir di muka Safira. Dia terkedu seketika. Terkejut. Bukan kerana bunga itu sahaja, tapi kerana keberanian yang datang bersama dengannya.
Safira memandang bunga di tangannya, tak sedar bahawa satu perkara kecil itu bakal mencipta rasa yang lebih besar di tempat lain.
–morning break (safira’s pov)
Loceng sekolah berbunyi, menandakan waktu rehat pagi. Pelajar-pelajar kelas 5 Amber mula mengemas buku, kerusi diseret ke belakang.
“Sampai sini dulu kelas kita harini.” ujar Puan Syakimi, guru Bahasa Melayu kelas 5 Amber.
Safira masih tergesa-gesa menyalin ayat terakhir di papan putih sebelum dipadam oleh Cikgu Syakimi. Bila kelas dah mula lengang, satu suara familiar memanggil dari pintu belakang.
“Fira,” Safira berpaling ke arah suara itu. Siapa lagi kalau bukan Ilham, kawan baiknya yang sudah berdiri menunggu dia di tepi pintu kelas.
“Okay, jap!” Safira angkat tangan, memberi isyarat supaya dia tunggu. Selesai menulis perkataan terakhir, terus dia tutup buku dan simpan di bawah meja.
Sebelum dia melangkah keluar, dia capai sejambak bunga kecil tadi bersama beberapa buku dari bawah meja untuk disimpan dalam loker sebelum ke kafeteria.
“Flowers?”
“Yeah. Someone gave it to me.” jawab Safira sambil memandang bunga di tangannya.
“Siapa?”
“Said his name was Dani.” Safira mengangkat bahu. “Kinda weird, eh? We never even talked.”
Ilham mengangguk perlahan. Safira perasan langkahnya lebih perlahan dari biasa. “Maybe he likes you.”
Safira berhenti berjalan seketika, memandang Ilham. “You think so?”
“Hm.” Ilham hanya bersuara pendek.
Mereka sampai di depan loker Safira. Dia membuka pintu besi itu, cuba mengimbangkan buku-buku di tangan.
“Hold this jap,” kata Safira, menghulurkan bunga itu kepada Ilham.
Ilham menyambut tanpa kata. Pandangannya jatuh pada bunga itu. Lama, senyap macam bunga itu ada buat salah besar. Bila Safira ambil semula bunga dan letak dalam loker, Ilham terus menyeluk tangan ke dalam poket seluarnya.
Mereka sambung melangkah menuruni tangga.
“Kau kenal dia tak?” Safira bersuara, memecahkan sunyi antara mereka.
“Siapa?
“Dani tu lah.”
“Tak.”
Safira mengerling. “Tipu. You know a lot of people.”
Ilham menggeleng perlahan. “Sumpah tak.”
“Are you okay?”
Ilham berpaling sekilas. “Why wouldnt I be?”
“Youre being so dry.”
Langkah Ilham terhenti seketika. Dia menarik nafas panjang sebelum bersuara. “Im sorry. Terbawa perasaan pulak. Kena marah dalam kelas tadi.”
Mereka sampai di Common Grounds, depan meja kawan-kawan Safira. Safira berhenti berjalan, sementara Ilham bersiap untuk terus melangkah ke kafeteria.
“See you,” kata Ilham ringkas, sudah bersedia untuk berlalu.
“Eh, Ilham. Kejap.”
Ilham menoleh. Safira membuka kotak kek cawan atas meja, mengeluarkan beberapa biji dan letak ke atas pinggan kertas.
“Share these with your friends.”
“Hana yang buat, by the way. She’s there.” Safira memusingkan badan, menunjuk ke arah Hana yang sedang berdiri berhampiran kabinet kaca.
Ilham mengangkat tangan ke arah Hana, tersenyum sambil mengangkat pinggan sedikit sebagai isyarat terima kasih. Hana membalas dengan anggukan dan senyuman kecil.
Ilham berpaling semula ke arah Safira. “Thanks.”
Safira tersenyum. “See you.”
Ilham terus melangkah pergi tanpa membalas apa-apa.
Kasih yang duduk di depan Safira memandang ke arah Ilham sebelum menoleh semula. “Whats wrong?”
Safira menggeleng kecil. “Dont know. He’s acting kinda weird.”
“Bad day, maybe.”
Safira mengangkat bahu, cuba tak memikirkannya terlalu lama.
morning break (ilham’s pov)
Kafeteria pagi tu bising seperti biasa. Kerusi diseret, bunyi dulang berlaga, perbualan dan tawa bergema dalam ruang yang sesak.
“Oi. Sini.” Harith melambai dari meja di sudut kafeteria.
Ilham berjalan ke arah mereka, meletakkan pinggan kertas berisi kek cawan di tengah meja sebelum duduk. “Bulan jatuh ke apa harini? Tak pernah-pernah dapat duduk cukup lima orang.”
“Makan ah. Safira bagi.”
“Thank you, bro.” Hadi orang pertama capai kek cawan tu.
“Weekend ni futsal jom?” Harith menepuk meja perlahan.
Zarif menggeleng. “Aku tak boleh join kot. Ada MUN training.”
“Aku onz je.” sambung Hadi.
“Kat mana?” Ariq bertanya, mata memandang Harith.
“Area rumah aku ada court baru siap. Nanti aku pick up korang.”
“Alright. Boleh kot. Nanti set timing.”
Harith pandang Ilham yang dari tadi senyap dan termenung, jari bermain dengan pinggan kertas.
“Ilham? Join tak?”
“Hah?” Ilham tersedar.
“Futsal. Aku ajak jugak Rizq, Mikail semua.”
“Oh. Tengoklah dulu.”
Harith kerut dahi. “Asal kau ni?”
Ilham tak jawab. Pandangannya terarah ke satu meja di seberang. Safira tengah ketawa dengan Kasih dan Melissa.
Zarif dan Hadi berpusing badan, ikut pandang arah yang sama.
“Ooooh.”
Ilham terus berpaling. “Apa?”
“Birthday dia kan hari ni?” Zarif bersuara santai.
Ilham yang tadi bersandar, terus duduk tegak. Kedua-dua tangan diletak atas meja.
“Kalau…” Ilham berhenti sekejap. Rasa macam suara tersangkut. “..kalau perempuan dapat bunga dari lelaki yang dia tak pernah bercakap langsung, masa birthday, maksudnya apa?”
Sunyi dua saat.
“Asal?” Hadi kunyah perlahan. “Dia dapat bunga dari siapa?”
“Tak penting. Jawab soalan aku dulu.”
Hadi angkat bahu. “Entah. Kalau aku bagi bunga kat perempuan yang aku tak pernah cakap, sebab suka la kot.”
Ilham pandang dia tajam, serius. “Tu je? Memang takde sebab lain?”
Harith masuk campur. “Maybe dia nak tengok reaction dulu. Baru decide nak approach ke tak.”
Ariq bersandar, pandang Ilham lama. “What are you getting so tight for? Siapa yang dapat bunga ni? Safira?”
Rahang Ilham jelas mengeras. Dia tak pandang sesiapa.
“Hm.”
“Dari siapa?”
“Dia kata nama dia Dani.”
Kening Ariq terangkat. Terlalu banyak Dani yang dia kenal. “Dani? Dani mana?”
“Mana la aku tau. Aku tak tanya.” Ilham menghembus nafas diikuti gelak sinis, nak melepaskan rasa canggung
“Kinda tanned, around my height? Kalau ya, mamat tu kelas aku.” Ariq memusing badan ke kanan, sedikit condong ke arah Ilham, riak wajah macam nak tunggu reaksi.
Ilham terus pandang Ariq.
“Sumpah ah? Korek sikit cerita, Riq.”
“Eh taknak aku. Aku bukannya rapat dengan dia. Tiba-tiba nak tanya pasal Safira. Tak ke pelik tu.”
Ilham bersandar semula, tarik nafas. “Bunga? Aku pun boleh beli.”
“Tapi kau beli ke tak? Tak kan?” Harith ketawa kecil.
Ilham diam.
“At least aku tahu favourite dia Lily. Mamat tu bagi White Rose. Lelaki semua sama. Tau Ros je.” Ilham menunduk, kali ini main dengan kuku pula.
“Oh, pukul rata terus. Habis kau apa?” Zarif ketawa.
Ilham angkat kepala, bibir terkumat-kamit. “Aku? Ah, aku… tak kisah la!”
“Kau dah tahu pun tak beli lagi.” Harith balas.
“Entah. At least dia berani jugak approach.” tambah Hadi.
“Exactly. Kau?” sambung Ariq.
Ilham menjeling semua kawan-kawan dia. “Korang side siapa ni?”
Keempat-empat mereka saling bertukar pandangan, masing-masing muka cuak.
“Eh, mesti la side kau,”
“Tah. Mende sia mamat tu.”
“Tak pernah cakap tiba-tiba bagi bunga.”
“Betul. Tak considerate pulak tu. Tak tanya bunga favourite.”
Ilham mencebik. Matanya menatap Ariq tajam. Mangsa paling senang. “Kau tu buat apa kat sini? Tak bertugas?”
“Minggu ni duty aku ronda and tick nama yang bertugas je. Lek ah, Am. Jangan marah-marah do.”
Harith menepuk bahu Ilham sambil bersuara, “Jangan merajuk lah Am. Rilek je.”
Ilham menepis tangan Harith perlahan tapi tegas. “Aku tak merajuk lah.” katanya pendek.
Ilham mengerut dahi. Dia tarik kembali pandangan dari kawan-kawannya dan menatap ke luar jendela kafeteria. Safira, di seberang, masih tersenyum dan berbual dengan rakan-rakannya. Sementara itu, Ilham masih rasa nama lelaki tadi bersarang di fikirannya.
llts C6(i)
Telefon di tangan Safira bergetar tanpa henti. Notifikasi masuk bertindih dari macam-macam aplikasi. Semua nama yang familiar. Ada yang rapat, ada yang jarang berbual, tapi semuanya membawa ayat yang sama: happy birthday.
Safira baring mengiring, skrin telefon memantulkan cahaya lembut ke wajahnya. Dia tersengih setiap kali membuka mesej baru, walaupun tak sempat membalas semuanya.
Pintu biliknya diketuk perlahan. Safira menoleh ke jam sebelah katilnya. 12:05 a.m.
“Safira?” suara mamanya memanggil dari luar.
Safira bangun sedikit, “Yes, ma.”
Pintu dibuka perlahan, mamanya melangkah masuk dengan senyuman. “Happy birthday, sayang.” katanya lembut, mengusap kepala anak perempuannya.
Safira menyimpan telefon ke sisi, “Thank you, ma.”
“Ramai ke wish?” tanya Puan Nadia, pandangan jatuh pada skrin yang masih menyala. Safira mengangguk kecil. “Hmm. Banyak lah jugak.”
“Esok nak keluar makan kat mana?”
Safira terdiam seketika, bahu terangkat kecil. “Entahlah. Ikut mama lah.”
Puan Nadia mencubit pipinya perlahan. “Birthday girl kena lah ada request.”
“Betul-betul tak tahuuu. Nanti Saf fikir.” dia mengangkat bahu.
“Esok schedule macam mana? Nak keluar petang ke malam?”
“Well school as usual sampai pukul tiga and then… I dont think I have anything after.”
Puan Nadia mengangguk. “Taknak ponteng?”
Safira tergelak kecil. “Taklah, ma. Tahun ni kena serious.”
Mamanya ketawa, nada suara hangat dan penuh nostalgia. “Alahai… dari tadika sampai sekolah rendah, tiap kali birthday awak mesti nak ponteng. Nak jalan-jalan, nak dilayan macam princess sehari.”
Safira senyum, ingatan tu terasa dekat. “Hmm, sekarang dah besar lain dah, mama.” katanya perlahan.
Puan Nadia menggosok kepala Safira “Besar ke tak, you’re still my girl.”
Safira diam seketika, kemudian bersuara perlahan.
“Mama.” Puan Nadia memandang anaknya. “Hmm?”
“Weekend ni, nak visit kubur Papa. Lama tak pergi.”
Sunyi jatuh sejenak. Mama mengangguk perlahan, matanya redup. “Okay. Mama pun lama dah tak pergi.”
“Oh, ya,” Puan Nadia bersuara seolah-olah baru teringat. “Hadiah. Safira nak apa?”
Safira berpura-pura fikir, jari diletakkan di dagu. “Hmm..” dia pandang siling sekejap sebelum bersuara selamba. “Kereta pun boleh jugak, ma.”
Puan Nadia terus menjeling. “Awak tu lesen pun belum ambik.” Safira terkekeh.
“Kalau tak pun…” dia berhenti seketika, pandang mamanya dengan muka tak bersalah. “Nak boyfriend.”
Puan Nadia terdiam sesaat sebelum ketawa kuat. Kemudian dia muncungkan mulut ke arah belakang Safira, arah rumah sebelah.
Dahi Safira mengerut. “What?”
Puan Nadia senyum lagi, senyuman yang nakal. “Ilham ada.”
Safira terus duduk tegak. “Eee, mamaaa!”
“Kitorang dah la kawan dari kecik,” Safira cepat-cepat bersuara, muka malu. “Taknak lah. Pelik tau.”
“Kenapa pelik?” mamanya menyakat. “Orang yang dah kenal awak lama tu la paling tahu jaga.”
Safira sorok mukanya dengan bantal. “Ma…”
“Okay, okay. Mama main-main je.”
Safira menarik nafas kecil, kemudian bersuara perlahan, lebih serius. “All jokes aside, Saf main-main jugak. Taknak pun boyfriend. Mama and abang dah cukup.”
Puan Nadia tersenyum lembut sebelum mencium dahi anaknya. “Dah. Jangan tidur lambat sangat.” Puan Nadia bangun dan melangkah ke pintu. “Goodnight.”
“Goodnight.”
Safira mencapai semula telefon di sisi, membaca lagi beberapa mesej daripada rakan sekelas. Tapi.. the only person she really wanted a wish from masih belum menghantar apa-apa.
Dan entah kenapa, sejak mamanya menyakat tadi, nama itu terlintas di fikirannya lebih lama daripada yang dia sangka.
llts C4(ii)
“Yang ni letak kat pastry case depan. Jangan lupa letak label.”
Bunyi pinggan beradu halus, mesin kopi berdengung rendah. Bau kopi dan mentega memenuhi ruang.
Ilham muncul dari belakang kaunter, lengan baju disingsing hingga ke siku.
“Ma, ada customer tanya lemon loaf harini ada tak?”
Puan Khalilah menoleh, tangan masih menyusun dulang pastri. “Tak ada, yang. Cakap dah habis awal. Esok baru buat.”
“Ah, okay.”
Ilham berpusing semula ke meja pelanggan tadi untuk memberitahu. Bila line depan kaunter dah clear, dia bersandar belakang cashier, mata sesekali terangkat ke arah pintu masuk setiap kali loceng kecil di atas pintu berdenting halus.
“Tu, Safira dah sampai.” kata mamanya.
Ilham terus memandang ke arah pintu.
Dan betul, Safira melangkah masuk. Rambutnya terikat kemas, beg disandang di bahu.
Ilham baru nak bersuara bila Safira melintas di sisinya begitu sahaja. Tak berhenti, tak pandang.
Safira tersenyum kecil, tapi senyuman yang ditujukan bukan kepadanya.
“Hi, Aunty.” sapa Safira dengan senyuman manis. Puan Khalilah mengangkat muka, wajahnya terus cerah.
“Hi, sayang. Nak apa harini? Lapar tak?”
Safira geleng perlahan. “Tak apa, Aunty. Dah lunch kat rumah, minum je harini.”
“Okay. Nak apa, dear?”
“Iced lemon tea will do.”
Puan Khalilah angguk dan berpusing ke kaunter. Ilham akhirnya menghampiri Safira.
“Wow,” suaranya rendah, “palau je eh?”
Safira tak jawab terus. Dia tarik kerusi di meja tepi tingkap kaca, duduk, kemudian keluarkan iPad dari beg. Bila skrin menyala, penuh dengan contengan dan percubaan dia menjawab soalan-soalan Add Math.
“You’ll survive.”
Ilham ketawa kecil, tapi tetap tarik kerusi dan duduk bersebelahan Safira.
“Ni. Aku stuck kat soalan ni. Aku rasa betul, tapi jawapan tak sama dengan skema bila aku check.” Safira tolak iPad ke arah Ilham. Ilham pandang soalan kejap, kemudian capai pen di tangan Safira.
“This part, you skipped a step.” Garis merah muncul di skrin sekali dengan bulatan menandakan bahagian yang salah.
“You’re not supposed to substitute terus sebelum simplify.” Ilham tambah anak panah kecil, tulisan tangan dia kemas.
“OHH, kau salah tulis ni. Sepatutnya empat tolak enam dapat negatif dua. Kau tulis positif dua.” Satu lagi bulatan merah, diikuti nota kecil di tepi. “So basically sebab kau careless kat sini, jalan kerja lain messed up.”
Safira hembus nafas perlahan. “Annoying gila benda kecik terus salah semua.” rungut Safira.
Ilham angkat bahu. “That’s Math.”
Safira menjeling ke arah Ilham. “You enjoy eh pointing out my mistakes?”
“Correction,” Ilham balas santai, tangan masih pegang pen. “Aku enjoy fixing your mistakes.”
Safira ketawa kecil sambil tarik semula iPad, jari menyentuh skrin dan cuba tengok semua yang Ilham betulkan. “Oh, okay. Now I see it.”
“Kan.” Ilham bersuara perlahan. “Bila satu sign salah, everything else lari.”
Safira diam seketika, mata tertumpu pada skrin. Untuk beberapa detik, bunyi sudu berlanggar dengan pinggan menjadi satu-satunya bunyi yang dia dengar. Tak lama kemudian, Puan Khalilah datang meletakkan segelas Iced lemon tea di depan Safira.
“Here you go, sayang.”
“Thank you, Aunty.”
Puan Khalilah pandang mereka berdua. “Belajar elok-elok, Safira. Jangan bagi Ilham ni kacau sangat.”
“She asked for my help, Ma!” Ilham cepat-cepat membela diri. Puan Khalilah tersenyum lagi sebelum berlalu meninggalkan mereka.
Safira capai penyedut minuman, kacau ais perlahan. “Harini tak jadi barista pulak?”
“Dari pagi saaaampai sebelum kau datang tadi aku dah jadi dah.”
“Kira half-day lah ni?” Safira ketawa perlahan. Ilham angkat kening, muka pura-pura serius. “Tapi aku kerja overtime sekarang. Sampai kat rumah pun aku tolong. Untuk kau.”
Safira jeling sebelah mata. “Aku pulak?”
“Ye lah, tahun lepas kau cakap kalau midterm Form 5 Add Math kau dapat C ke atas, aku kena belanja kau makan hotpot sebulan.“
“Oh kau ingat?” Safira tersengih, jari dia tap-tap perlahan di tepi gelas.
“Of course. Aku percaya kau boleh buat punya.” kata Ilham dengan yakin.
“Okay one more question. Janji.” Safira tolak iPad ketengah semula.
Ilham condong ke depan, tangan memegang pen semula. Dia memberikan tumpuan penuh bila Safira jelaskan apa yang Safira tak faham pasal soalan tu.
Tanpa mereka sedar, masa terus bergerak. Tiada kata yang perlu diucapkan, hanya Add Math dan kehadiran satu sama lain di sisi kecil kafe itu.
llts C4(i)
Rumah sunyi bila Ilham sampai. Tak ada bunyi televisyen di ruang tamu, tak ada suara di dapur, tak ada langkah orang naik turun tangga. Cuma bunyi pintu tertutup perlahan di belakangnya, bergema sekejap sebelum hilang.
Ilham tanggalkan kasut, susun kemas di rak seperti biasa. Refleks.
Dia naik ke tingkat atas, pintu biliknya ditolak perlahan. Ilham meletakkan beg di tepi meja, tali jam di pergelangan tangan dilonggarkan.
Tak lama kemudian, dia keluar dari bilik dan menuruni tangga. Dia terus ke patio belakang.
Kerusi kayu ditarik perlahan, dia duduk dan menyandarkan badan, masih berbaju sekolah. Mata memandang halaman yang statik.
Beberapa minit berlalu begitu sahaja.
Kemudian, bunyi langkah kaki memecahkan sunyi.
Tuan Azhar muncul, wajahnya tenang tetapi keras. Tanpa berkata apa-apa, dia meletakkan sebuah fail sederhana tebal di atas meja, tepat di hadapan Ilham. Bunyi thud kecil itu cukup untuk membuat Ilham mengalihkan pandangan.
“Apa ni?” Ilham angkat muka, matanya bertembung dengan bapanya.
Tuan Azhar bersuara, nadanya terkawal. “Options on all the best business school around the world. You choose.” Ayat itu keluar tanpa ragu.
“Or, you could go to Wharton. Macam Iman.” sambungnya.
Ilham menghela nafas kecil. Bibirnya terjungkit sinis sebelum dia memalingkan muka, memandang ke arah halaman semula. “How many times are we gonna have the same conversations over and over again, Pa?” suaranya rendah, letih. “Am dah cakap, Am nak pursue Architecture.”
“I won’t pay the tuition.” balas Tuan Azhar. Seolah-olah wang itu bukan bantuan, tapi alat kawalan.
Ilham tak berpaling. “Kalau Allah kata ada cara, ada jalannya, Pa.”
Tuan Azhar akhirnya menarik kerusi dan duduk bertentangan dengannya. “You’re 17. Dah sampai masa untuk fikir serius. Ni bukan main-main, Ilham. Ni legacy.”
Ilham menelan air liur. Jarinya bermain dengan hujung lengan baju. “Am dah fikir serius lah ni. This is what I want to do.” balasnya perlahan.
Dia masih cuba bernafas seperti biasa. Masih cuba tak meletup.
“I’m only doing this because I know what’s good for you. One day you will thank me.”
“Terbaik untuk papa,” balas Ilham. “Bukan untuk Am.”
“Kau ni degil! Susah nak bercakap!” bentak Tuan Azhar tiba-tiba. Suaranya berat, menekan.
Ilham tersentak. Terdiam. Bahunya menegang, dadanya berombak cepat.
“Am taknak hidup atas nama keluarga. Am nak berjaya dengan cara sendiri.” suaranya bergetar.
Setiap patah perkataan terasa seperti ditarik keluar dari dada yang sesak. Jantungnya berdegup kencang, hujung jari mula sejuk.
“Kalau macam tu, jangan datang menangis bila jatuh nanti.” Tuan Azhar bersuara tegas.
Ilham bangun, kerusinya berkeriut perlahan. Tangannya mencapai telefon di atas meja. “Kalau jatuh pun,” katanya tanpa menoleh, “biar sebab salah sendiri, bukan sebab ikut orang lain.”
Dia melangkah menuju sliding door di belakangnya. “Ni lah sebab Am malas betul nak balik rumah,” gumamnya perlahan, lebih kepada diri sendiri.
Tanpa menunggu reaksi, Ilham naik ke atas, masuk ke bilik dan terus baring di atas katil. Kepalanya serabut.
Dia nak keluar dari rumah itu.
Jauh dari tekanan. Jauh dari suara yang takkan pernah faham dirinya.
Selang beberapa minit, pintu biliknya diketuk. “Siapa?” Ilham balas kasar.
“Izara.” Suara lembut disebalik pintu. Oh. Adik rupanya.
Ilham bangun cepat-cepat dan buka pintu. “Kenapa, Zara?”
“Mama suruh tanya, abang dah makan ke?”
Ilham terdiam seketika. Dia menarik nafas, cuba menolak sisa marah supaya tak terlepas pada adiknya. “Belum.”
“Mama masak.…” Izara mengerut kening, mata perlahan-lahan bergerak ke atas, cuba ingat nama lauk yang mamanya sebut tadi.
“Salai masak lemak? Kot. Nanti turun makan tau.”
“Papa ada kat bawah lagi ke?” tanya Ilham.
“Papa already left with Abang Iman.”
“Iman? Bila dia balik?” Kening Ilham berkerut. “Just now.”
“I mean, when did he get back from US?” Ilham tersenyum, cepat-cepat betulkan soalan. “Oh, last weekend.” Izara ikut tersenyum.
“Oh. Okay. Zara pergi mana tadi?”
“Ikut mama pergi beli cake stuff.”
Ilham cuma mengangguk. “Thank you, Zara. Nanti abang turun.”
Izara mengangguk dan berlalu. Ilham menutup pintu, kemudian masuk ke tandas, membasuh wajah dengan air sejuk. Dia pandang refleksi sendiri di cermin. Beberapa detik berlalu sebelum dia sedar kembali ke realiti.
Ilham keluar dari bilik dan turun ke bawah.
Di dapur, mamanya sedang memanaskan lauk. Bunyi sudip menyentuh kuali memenuhi ruang.
“Ma,” tegur Ilham.
Puan Khalilah berpusing. “Eh, Ilham…”
“Nak makan ke?” tanya mamanya.
Ilham mengangguk. Matanya sempat mengimbas dapur sebelum tertumpu pada kotak-kotak putih yang bertimbun, tersusun kemas di atas island table. “Banyak order masuk, Ma?”
Mamanya tersenyum kecil sambil mencedok kuah ke dalam pinggan. “Yang empat kotak hujung tu bukan kek mama. Aunty Liza nak cadang letak kat kafe.”
Bibirnya terbentuk bulatan kecil.
Pinggan dihulurkan kepadanya. “Thank you, Ma.”
Dia membawa pinggan ke meja makan dan duduk. Bau masakan ibu sendiri buat dadanya rasa sempit. Rindu. Selepas tiga suapan, barulah mamanya duduk di sebelah.
“How are you doing? School okay? Study okay?” Puan Khalilah bertanya lembut.
“I’m okay, Ma. Dont worry.” Setiap perkataan keluar dengan tenang, memberi keyakinan kepada mamanya.
Suasana di ruang makan hening seketika. Udara terasa berat dengan apa yang belum terucap.
“Mama rindu.” Dua perkataan tu cukup buat Ilham berhenti mengunyah.
“Me too, Ma. Sorry sebab tak selalu contact mama.”
“Am.”
Ilham angkat kepala.
“Kalau berat nak balik rumah… singgahlah kafe.”
“Mama tunggu.”
Gerakan mulut Ilham jadi perlahan. Kata-kata itu kena tepat pada hati. Dia benci pulang ke rumah sebab dua orang: papa dan abang. Tapi dia lupa, masih ada dua insan yang sentiasa tunggu dia.
“InsyaAllah, Ma.” katanya perlahan.
“Am tak terfikir pulak. CCA belum start. Ada masa nanti Am singgah.”
Puan Khalilah hanya tersenyum. Dia tak ambil hati. Dalam fikirannya, anak lelaki tetap anak lelaki. Suka diam, simpan sendiri.
Tak cukup mamanya sahaja yang teman, Izara muncul dari ruang tamu, senyum manis sambil membawa secawan air. Dia duduk bertentangan dengan Ilham.
“Abang tahu tak, Zara menang third place pertandingan kolaj minggu lepas.“ suara cerianya mengisi ruang.
“Ye ke?” Ilham mengangkat sebelah kening.
“Ye lah! Tapi, Zara tak sempat habiskan pun. Tapi menang third place jugak” katanya sambil mengangkat tiga jari.
“Hmm… not bad.” Ilham senyum tipis.
“Not bad je?” Puan Khalilah menyampuk. Izara buat muka merajuk, tapi matanya masih bersinar.
“Kalau macamtu, Zara powerlah. Tak siap pun masuk top three.” Izara kembali senyum.
Dada Puan Khalilah terasa hangat melihat anaknya berbual, bergurau. Nampak macam biasa, tapi sebenarnya istimewa.
time skip — saturday morning
Cahaya pagi menembusi langsir bilik Ilham, mencipta bayang-bayang halus di lantai. Rumah sunyi seperti biasa. Bukan sunyi yang asing. Di sini, masing-masing dah terbiasa memulakan hari sendiri.
“Ilham, bangun dulu. Mama nak keluar pukul sembilan.”
Ilham mengerang kecil, separuh sedar.
“Ya Allah… pukul berapa dah ni?”
“Lapan suku.” jawab Puan Khalilah sambil menekan butang off di remote pendingin hawa.
“Lapan suku? Kenapa mama tak kejut? Semalam dah janji nak tolong uli karipap tu.” katanya, tangan sibuk menolak selimut kebelakang.
“Tak apa. Izara bangun awal pulak harini. Dia nak tolong.” mamanya senyum.
Mata Puan Khalilah mengimbas bilik. “Study lewat malam ke semalam?”
Ilham keliru. Dia pandang meja, buku terbuka, pen berselerak.
“Oh… takdelah,” jawabnya perlahan. “Sekejap je.”
Tapi dia sendiri tahu, malam tu dia tak tidur. Dia cuma baring, memandang siling, memikirkan hidup yang tak pernah diminta, sentiasa dipaksa. Selepas azan subuh berkumandang, barulah dia bangun dari katil. Usai solat, dia kembali meniarap, menutup mata dan akhirnya terlelap.
“Bangunlah dulu. Nak ikut ke tak pergi kafe?” Puan Khalilah menepuk ringan bahu Ilham.
Ilham mengangkat kepala, senyum nipis. “Nak.”
Dia bangun perlahan, rambut masih kusut, kaki menyentuh lantai sejuk.
Puan Khalilah tahu Ilham takkan mahu menghabiskan masa hujung minggu terperangkap dalam rumah yang dia sendiri pun tak mahu kembali. Keputusan untuk ke kafe bukan sekadar sarapan, tapi juga ruang untuk dia bernafas.
llts C3(i)
Knock Knock!
Ketukan di pintu memecahkan sunyi. Ilham tersentak kecil, pandangannya beralih dari siling putih yang dah hampir 10 minit dia tatap tanpa sedar. Di sisi katil, jam kecil menunjukkan 6:12 petang.
“Hah, habis dah kerja dia,” Ariq bersuara sambil tolak kerusi ke belakang, bangun menuju pintu.
Sejurus pintu dibuka, Zarif muncul di ambang pintu. “Salam,” dia terus melangkah masuk tanpa segan.
“Waalaikumsalam, kunci kau mana?”
“Ada ni,” katanya sambil keluarkan kunci dari poket beg. “Tapi aku tahu korang berdua ada kat dalam.”
Ariq hanya geleng perlahan.
Zarif berpaling ke arah Ilham yang masih duduk di hujung katil, tubuh bersandar di kepala katil, wajah kosong.
“Am, tak turun dinner ke?” suara Zarif santai, tapi matanya memerhati.
Tiada respon.
“Am?” ulang Zarif.
Ilham masih tak bergerak. Pandangan lurus ke hadapan, ekspresi mati. Nampak sangat masih tenggelam dalam fikiran sendiri.
Dahi Zarif dah berkerut. “Ilham.”
Masih diam.
“WEH!” Ariq petik jari tepat di depan muka Ilham.
Ilham tersentak, matanya berkelip beberapa kali sebelum kembali ke realiti.
“Kau okay tak ni, Am?” Zarif bertanya, nada dia dah berubah concern.
Ilham duduk tegak. “Hah? Okay je. Kenapa?”
Zarif merenung sekejap, kecilkan mata. “Nampak macam jauh je termenung. Fikir apa?”
Ilham senyum kecil. “Takde apa lah.”
Ariq kembali duduk di kerusi dan bersandar. “Kalau ada apa-apa, kau cerita je, Am. Jangan buat hal macam tahun lepas pulak.”
Ilham pandang Ariq, kening terangkat. “Buat hal apa pulak?”
Ariq mendengus kecil. “Yang kau pengsan dalam lab sebab kau organize semua benda yang wujud dalam makmal sampai tak ingat makan, tak ingat rehat.”
Ilham tersengih, gosok belakang leher. “Overwork je. Benda lama.”
“Overwork ke simpan benda sorang-sorang?” Nada Ariq tak berubah.
Tak ada siapa bersuara untuk beberapa saat. Ilham cuma hembus nafas perlahan. “Aku okay.”
“Jangan ingat kita dua tak kenal kau, Am. Aku notice pattern tu. Kalau kepala kau tengah penuh, lagi aku paksa kau turun.” Zarif bersuara perlahan, matanya lock dekat Ilham.
Ilham angguk kecil. “Korang dua turun dulu. Aku turun nanti.”
“Ah takde. Aku waswas nak tinggal kau sorang macam ni.” Ariq masih di meja belajar, siku bersandar di atas meja.
Mata Ilham pejam sekejap sebelum buka semula. “Relax lah, aku okay.”
“Masalahnya setiap kali kau cakap ‘aku okay’, benda tu tak pernah betul.” Jari telunjuk Ariq menuding ke arah Ilham, menekan seiring kata-katanya.
Ilham ketawa kecil, tapi dia bangun dari katil, capai jaket di kerusi dan sarung ke badan. “Okay, fine. Menu apa harini?”
Ariq terus berdiri dari kerusi, “Mantap. First sign Ilham betul-betul okay, dia tak tolak carbs.”
Zarif meletakkan beg di tepi mejanya, kemudian melangkah mendahului mereka.
Ilham geleng kecil sambil ikut dari belakang, sementara pintu tertutup perlahan di belakang mereka.
llts C2(ii)
Deringan loceng sekolah Cendekia Ivy kedengaran nyaring, bergema di sepanjang koridor blok akademik. Ilham mempercepat langkahnya, tergesa-gesa ke kelas. Sebaik sahaja tiba di hadapan pintu kelas, hembusan angin sejuk dari pendingin hawa menyapa wajahnya.
Ilham melangkah masuk perlahan-lahan dan terus menuju ke tempat duduknya di sebelah Zarif. Kawan baiknya tu langsung tak mengangkat kepala, masih khusyuk membaca novel berjudul Tuesdays with Morrie di tangan.
“Lepak mana tadi?” Ilham bertanya.
Zarif menanda muka surat bukunya dengan jari sebelum mengangkat kepala. “Aku lepak lounge. Tak lapar pulak harini. Kau duduk mana pulak tadi? Jenguk tingkap tadi takde pun kat tempat biasa.”
Ilham mengeluh kecil. “Aku dengan Ariq tadi. Lepastu kena tinggal sebab dia bertugas dekat tangga,” dia menyandarkan badan ke kerusi. “Lepas habis makan aku malas nak pusing-pusing, aku duduk kat library.” Zarif mengangguk saja.
Ilham tiba-tiba teringat sesuatu. “Rif, ada kalkulator lebih tak? Aku tertinggal kat hostel.”
“Ada. Kat loker aku.”
Ilham tersengih. Wajah dia terus berubah cerah. “Aku nak ambik jap…”
Zarif mengeluarkan kunci dari poketnya dan menghulurkan kepada Ilham sambil menjeling sekilas. “Cepat. Jangan buat hal.”
Baru sahaja Ilham nak bangun, pintu kelas terbuka.
Miss Lim, guru Matematik 5 Emerald melangkah masuk, wajahnya serius seperti biasa. Suasana kelas terus senyap. Lebih-lebih lagi kerana baru habis waktu rehat, semua pelajar dia tahu: keluar dari kelas dia, bukan idea yang baik. Miss Lim sangat particular pasal tu.
Ilham tersentak kecil, terus berpaling ke arah Zarif dan berbisik, “Mati.” Zarif hanya tersenyum kecil menahan ketawa.
Tanpa perlu disuruh dua kali, ketua kelas bangun dari tempat duduk. “Class, stand.”
Suara geseran kerusi memenuhi bilik apabila semua pelajar berdiri.
“Good morning, Miss.” ucapnya lantang.
“Good morning, class. You may sit.” balas Miss Lim pendek sambil meletakkan beg di atas meja. Seluruh kelas duduk semula.
Miss Lim memandang sekeliling, “Books out, Calculators on the table. We are continuing from last week’s topic.”
Miss Lim berpusing ke papan putih dan mula menulis. Beberapa nombor dan simbol memenuhi papan, satu demi satu. “We’re revising some questions from last week’s topic” katanya tanpa menoleh. Deretan soalan tersusun kemas di papan putih. “You should know how to do this already.”
Ilham duduk tegak. tangan bersilang di atas meja. Menunggu masa yang tepat untuk meminta izin keluar.
Miss Lim berhenti menulis.
“Question number one, Sumayyah. Number two, Mikail.” dia berpusing sedikit, matanya merayau baris demi baris meja.
“Number three,” suaranya berhenti sekejap, “Ilham.”
Ilham angkat muka perlahan. “Yes, Miss.”
“You have five minutes. Yang lain get ready, ada beberapa soalan lagi.”
Beberapa pelajar terus tunduk, mula mengira. Bunyi kalkulator memenuhi kelas.
Ilham terus condong ke arah Zarif, suara direndahkan. “Rif, pinjam jap.”
Tanpa banyak soal, Zarif terus tolak kalkulator ke arah dia seolah-olah itu perkara biasa.
Ilham terus menulis. Laju, yakin. Jari dia menekan butang kalkulator tanpa ragu. Lima minit tu terasa pendek, tapi cukup.
Dia sandar semula ke kerusi tepat ketika Miss Lim mula bergerak antara barisan meja. Zarif pandang kertas Ilham sepintas lalu. “Siap dah? Laju.”
Ilham angguk kecil. “Skill.”
Miss Lim melangkah perlahan ke meja Ilham, matanya menilai kertas yang baru dia siap tulis.
“Dah siap?” suaranya tajam. Ilham mengangguk, cuba sembunyikan degup jantung yang semakin laju.
“Okay, tulis di depan sekarang,”
Ilham bangun tanpa berlengah. Kalkulator Zarif masih di tangan, whiteboard marker diambil sebaik saja dia sampai ke depan.
Nombor demi nombor muncul di papan, langkah penyelesaian kemas dan lurus. Tak laju sampai cuai, tapi cukup pantas untuk buat beberapa pasang mata terangkat dari buku.
Ilham berhenti sekejap, tekan kalkulator sekali lagi, kemudian tambah baris terakhir. Jawapan digariskan. Dia undur selangkah, pandang papan, pastikan semuanya lengkap sebelum berpaling.
Miss Lim berdiri dengan tangan bersilang, mata menilai. Beberapa saat berlalu. “Correct,” katanya.
Ilham mengangguk kecil, memulangkan whiteboard marker ke tempatnya sebelum kembali ke tempat duduk.
Miss Lim kembali ke papan putih, whiteboard marker bergerak laju memperkenalkan topik seterusnya. Suaranya monoton, konsisten.
Zarif menunduk sikit ke arah Ilham, suara separa bisik, “Am, lunch break nanti teman aku keluar sekolah?” nada lebih macam bertanya, bukan menyuruh.
“Buat apa?” Ilham membalas, mata mengintai Zarif.
“Aku nak— “
“Ilham.” Nama itu jatuh tepat di tengah ayat.
“Anything you want to share with the class?” kening Miss Lim terangkat.
Eh? Aku pulak? Zarif yang bercakap kot?
Beberapa rakan sekelasnya sudah menoleh. Ilham berdiri perlahan. “Miss, may I go to the toilet?”
Miss Lim memandang jam di dinding belakangnya. “Masa break tadi tak reti nak pergi ke? Kelas saya baru mula 10 minit je ni.”
Aik. Nak membuang pun ada jadual ke?
Ilham menelan air liur. “Sorry, Miss.”
Suasana sunyi seketika.
Miss Lim menghela nafas pendek sebelum mencapai beg tangannya dan mengeluarkan pas keluar. “Go. And be quick.”
Ilham mengangguk laju, “Thank you, Miss.” Dia melangkah keluar kelas, pintu tertutup semula di belakangnya. Padahal niat sebenar bukan ke tandas, tapi ke loker Zarif.
llts C2(i)
Safira menghempas pintu kereta dan terus berlari anak ke pagar sekolah. Jam di pergelangan tangannya menunujukkan 7:25 pagi.
Shoot. Sekolah dah sunyi. Confirm semua dah ada dalam dewan.
Baru dua langkah melepasi pagar, satu suara memanggil dari belakang.
“Adik!”
Hah? Dia panggil aku ke? Itu sahaja yang melintas minda Safira.
“Adik!”
Okay. Confirm.
Safira memusingkan badan. “Saya ke?”
“Ye lah, awak.”
“Assembly dah start lima minit. Tulis nama.” pengawal keselamatan itu menghulurkan papan klip kepada Safira.
Safira pandang kertas yang dikepit di atas papan itu.
Kosong.
Kosong?
Maksudnya, aku orang pertama lambat harini?
“Eh, tapi assembly start pukul 7:30 kan?” Safira cuba berdalih. No way dia nak rosakkan rekod bersih dia selama lima tahun.
“Perhimpunan mula awal harini. Awak pulak sampai masa pagar dah tutup. Lambat lah tu.” balas pengawal itu. Nada suaranya kasar.
“That’s not fair.” Safira gumam perlahan.
“Apa dia?” pengawal itu menjeling.
“Saya cakap… tak adil lah macam tu. Sekolah tak pernah ambil tindakan kalau sampai sebelum pukul 7:30,” Safira membalas, walaupun dalam hati dia sendiri tahu, kenapa aku berdebat dengan pak guard ni?
Pengawal itu pandang jam tangannya. “Sekarang dah 7:28 pagi.”
“Kalau pakcik tak tahan saya dekat sini, saya dah sempat masuk dewan dah kan?”
“Eh budak ni— “ dia merampas semula papan klip dan berpatah masuk ke pondok.
Safira tak buang masa. Dia terus berjalan laju ke arah dewan. Tapi bila dia sampai depan pintu, suara Miss Aimy jelas kedengaran dari dalam.
Ah sudah. Kalau masuk sekarang, confirm semua orang akan pandang.
Safira berpaling sedikit, menjeling ke arah pondok pengawal. Kalau dia nampak aku tak masuk lagi… habislah.
“Aduh, macam mana ni…” Safira menekan tapak tangan kiri ke dahinya, tangan kanan masih teragak-agak di tombol pintu.
“Fira?”
Suara itu datang dari belakang. Hanya seorang saja yang panggil dia dengan nama tu.
“Ilham! Are you late too?” dia bertanya cepat. Rasa lega datang tanpa diminta.
“Eh tak, aku pergi tandas tadi.”
Safira mengeluh, tangan naik ke dahi lagi. Panik yang dari tadi dia tahan mula pecah.
Ilham perasan. “Kenapa ni?”
Safira pandang ke arah pondok pengawal sekali lagi. Suaranya diturunkan sedikit. “Aku sampai lambat, Aqil hantar.” Safira memutar bola matanya. Jelas menunjukkan rasa bengang dengan abangnya. “Pak guard tahan suruh tulis nama but I managed to escape that. Now masalah lain pulak. Kenapa start awal harini?”
Ilham diam seketika. Mata dia beralih ke pintu dewan, kemudian kembali ke Safira. Seolah-olah memikirkan sesuatu.
“Aku masuk pintu depan lah.”
Safira berpaling cepat. “Maksud kau?”
“I’ll push the front door so attention cikgu semua divert ke kiri. As soon as kau dengar bunyi pintu, kau terus masuk. Belakang ni ada satu row lagi kosong. Terus duduk.” Nada suaranya tenang, macam rancangan tu benda paling logik di dunia.
“What? Aku— “
“Buat je, Fira. Aku ok.” Ilham senyum nipis.
Sebelum Safira sempat membantah, Ilham dah menghilang di sebalik dinding.
Beberapa saat kemudian—
BAM!
Bunyi pintu dewan terbuka kuat.
Suara Miss Aimy terhenti serta-merta.
Tanpa berfikir panjang, Safira terus membuka pintu belakang dan menyelinap masuk. Dia tunduk sedikit, langkah cepat, dan terus duduk di kerusi kosong seperti yang Ilham cakap.
Yang baiknya, memang semua cikgu di atas pentas sedang memandang ke arah kiri mereka.
“Sorry cikgu, tersalah pintu,” suara Ilham kedengaran, jelas sampai ke belakang. Beberapa pelajar ketawa kecil. Ilham berjalan ke tempat duduknya. Sebelum duduk, dia berpaling sedikit ke belakang.
Mata mereka bertaut.
Safira menggerakkan bibir perlahan. Thank You.
Ilham cuma angguk kecil sebelum kembali duduk, memandang ke hadapan semula.
Miss Aimy menarik nafas dan menyambung ucapan yang terputus tadi. “As I was saying just now, club registration for first year students will be open starting from 10a.m. today, during our morning break. That concludes my announcement. I will now pass the microphone to our principal, Madam Mahirah, for the next segment of the assembly.”
Perhimpunan pagi berakhir tanpa sebarang kejadian lain. Safira tak ingat bila tepatnya ucapan terakhir tamat. Yang dia tahu, beberapa minit kemudian, dia sudah berdiri di luar dewan menunggu kawannya. Pelajar lain ada yang sudah bergerak ke blok akademik untuk memulakan kelas pertama hari itu. Bagi Safira, kelas pertamanya ialah Biologi. Ah, indahnya. Subjek paling ‘ringan’ untuk memulakan hari.
“Safira!”
Panggilan itu buat Safira berpaling, tersedar daripada lamunan.
“How late were you, babe? I tak perasan pun bila you masuk.” soal Melissa.
“I masuk dewan pukul 7:29, Mel. Never. Again.” Safira menekankan setiap patah perkataan. Isyarat jelas yang dia takkan biar Aqil hantar dia ke sekolah lagi.
Kasih menjeling ingin tahu. “You duduk mana tadi?”
“Belakang.”
Melissa mencebik. “Ugh, you know what? I actually saved you a seat, like I said I would. Tapi tadi Iris tiba-tiba datang,” Dia buat nada meniru, “‘Can I sit here?’ Remember her? Iris?”
Kasih angguk perlahan, “It’s like, why would she suddenly sit with us?”
Safira cuma angkat bahu. “No idea. Timing dia memang… interesting.”
“Eh, we should probably get to class now. First period you guys apa?” Safira bersuara sambil melangkah perlahan.
“Oh, I have Accounts,” jawab Melissa, beg disandang dia bahu.
“I History, babe. Pagi-pagi,” Kasih ketawa kecil, nada pasrah.
Safira tarik nafas panjang. “Well, good luck surviving. I have Bio.”
Melissa terus buat muka simpati. “Oh no. Terus heavy subject.”
Safira cuma geleng kepala.
Mereka sampai di simpang laluan yang memisahkan arah tujuan masing-masing. Melissa dan Kasih berhenti seketika.
“Alright, see you break nanti” Melissa melambai kecil.
“Bye Saf!”
“Bye!” Safira melambai kedua-duanya sebelum berpaling dan menyambung langkah ke makmal Biologi. Bunyi sekolah perlahan-lahan kembali hidup. Hari baru bermula.
llts C1(ii)
“Terima kasih, Am. Zarif,” ujar Cikgu Zamzuri sambil menepuk bahu kedua-dua anak muridnya itu.
“No problem, cikgu,” balas Ilham dengan senyuman, satu tangan diangkat sedikit.
Mereka berdua berjalan ke arah tangga untuk turun ke bawah. Baru beberapa anak tangga dituruni, Zarif menepuk bahu Ilham dan mengangkat dagu ke satu arah. “Weh, tengoklah mamat tu.”
Ilham ikut arah pandangan Zarif. Di bangku luar kafeteria, kelihatan Harith sedang duduk bersebelahan dengan kekasihnya, Lara.
“Bukan haritu kata dah break ke?” Ilham menggeleng kepala perlahan. “Lain macam member kau ni.”
“Entahlah. Pelik-pelik.” Zarif mengangkat bahu, nada selamba.
Beberapa langkah kemudian, Zarif tiba-tiba berhenti. “Eh, kejap.” katanya sambil berpaling ke arah Ilham. “Ni sebenarnya kita nak pergi mana?”
Ilham berhenti juga. “Hah? Aku ikut kau.”
Dua-dua berpandangan sesama sendiri. Senyap.
“Kalau macam tu…” Zarif menggaru belakang leher. “..aku ingat tadi nak lepak rooftop.”
Ilham menjeling Zarif tajam, kemudian memandang anak tangga yang hampir mereka habiskan. “Dah sampai bawah baru kau nak cakap?”
“Manalah aku tahu kau ikut aku,” balas Zarif selamba.
Tanpa banyak cakap, mereka berpatah balik, menaiki tangga semula.
Sesampainya di rooftop, Zarif dan Ilham bersandar pada penghadang besi, memandang ke bawah. Di hadapan mereka berdiri bangunan perpustakaan, dinding kaca dari lantai hingga ke siling memantulkan cahaya.
Ilham bercakap tentang entah apa. Jadual, guru kelas, subjek tambahan. Zarif hanya mendengar, sesekali menyampuk ringkas.
Tak sampai beberapa minit, Zarif tiba-tiba menegakkan badan.
“Eh, Safira kan tu?” Zarif menunjuk ke arah bangunan perpustakaan.
Ilham ikut memandang. Di tingkat atas perpustakaan, Safira duduk bersendirian di sebuah meja betul-betul di tepi tingkap. Buku terbuka di hadapannya. Rambutnya jatuh kemas ke bahu, wajahnya tenang, tenggelam sepenuhnya dalam bacaan.
“Oh, ha’ah la,” Ilham mengangguk kecil.
Seolah-olah terasa diperhatikan, Safira bangun dari tempat duduknya. Dia menyelitkan buku ke dalam beg, kemudian melangkah menuju ke connecting bridge yang menghubungkan bangunan perpustakaan dengan bangunan utama.
“Aik, dah habis baca dah?” Ilham merenung ke arah Safira pergi. “Nampak ke kita pandang?” Mata dia masih ikut langkah Safira sampai kelibat itu hilang di sebalik dinding bangunan utama.
Zarif memandang Ilham sekilas. Dia capai dagu Ilham dan menolak perlahan supaya wajah itu menghadap ke depan. “Mata tu.”
Ilham berdehem kecil, pandangan dialihkan. “Refleks je,” katanya tenang. “Nampak orang jalan.”
Zarif angkat kening, senyum nipis “Ye lah. Refleks”
Ilham menyandarkan siku pada penghadang besi, pandangannya kini kosong ke hadapan. Tiba-tiba dia bersuara, nada selamba, “Aku lapar lah.”
“Kau ni bela saka ke apa? Kita baru makan dua jam lepas kot.” Zarif membanting siku ke rusuk Ilham. Ilham terhuyung sikit, tapi cuma ketawa.
llts C1(i)
Safira menaiki tangga, tangan mengenggam plastik berisi roti yang baru sahaja dibelinya tadi. Angin petang menyapu perlahan rambutnya, membawa bersama bunyi sekolah yang belum benar-benar hidup. Hari pertama persekolahan di Cendekia Ivy memang sama setiap tahun: tak terlalu sibuk, tak terlalu sunyi.
‘Sreeet!’ pintu rooftop terbuka dengan bunyi besi berdecit kecil.
Ilham di tepi penghadang. Zarif bersandar malas di bangku. Kedua-duanya menoleh serentak ke arah Safira.
“Oh,” Zarif mengangkat kening. “Bekalan sampai.”
Safira mendengus kecil sambil menghampiri. “Kawan kau ni bela saka ke apa?” Dia menghulurkan plastik roti ke arah Ilham.
“That’s what I said.” balas Zarif.
Ilham senyum, senyum yang tak besar tapi nampak lega. “Thanks. Aku lapar gila sebenarnya.”
“Ya, Ilham,” Zarif menyampuk selamba. “Dah tiga kali kau cakap.”
Safira melabuhkan diri di bangku berhampiran tembok, bertentangan dengan Zarif dan tepat di sebelah Ilham. Dia menyandar ke belakang, mata memandang langit yang masih terang.
“So, siapa new homeroom teacher korang?” Safira memulakan perbualan.
“Miss Nada.” Zarif jawab sekilas. Nada dia macam ada sedikit kekecewaan yang tak dapat disembunyikan.
“Oh no, serious?” Safira cuba menahan gelak sambil mencuri pandang Ilham.
“Kau tahu kan, tahun lepas masa Sir Iffat nak bersara, Ilham merayu kat dia suruh tunggu setahun lagi?” Zarif buka cerita, postur badan terus tegak sebab terlalu excited nak ceritakan detail dekat Safira.
“Punyalah dia taknak cikgu baru untuk fizik dengan homeroom teacher kitorang. Masa majlis persaraan pun, dia hilang lepas salam sir. Tahu tak sebab apa?”
“WOI-” Ilham terus sumbat roti dalam mulut Zarif. “Dah. Boleh diam kot.”
“Kenapa? Kau nangis eh?” Safira saja mengusik.
“Takde. Mana ada.” Ilham cuba menafikan, tapi muka dia jelas tak boleh sorok.
“Eleh, aku tahu la kau rapat dengan Sir Iffat. Aku tak judge kalau kau nangis.” Safira cuba pancing Ilham untuk mengaku, tapi tetap gagal.
“So, kau jadi VP tahun ni, abang kau dah tahu ke?” Zarif alihkan topik sambil bersandar semula.
“Aqil? ke Aqif?” kening Safira berkerut sedikit.
“Aqif lah.”
Safira diam seketika sebelum bersuara semula. “Aku belum bagitahu.”
“Why? Confirm dia happy kot.” Ilham menyampuk sambil menghabiskan gigitan terakhir roti, mata masih sempat mencuri pandang ke arah Safira.
Safira mengelak pandang Ilham seketika. Dia berdiri dari bangku dan melangkah ke penghadang, mata memandang ke arah bangunan perpustakaan di hadapan. Bahunya terangkat sedikit. “Mak aku lah, selalu cakap ‘jangan kacau abang’. Maklumlah, anak rantau.” dia menarik nafas perlahan, terselit rasa rindu dalam suaranya.
“Right. He’s studying where again?” Zarif bertanya sambil memiringkan kepala sedikit, jari mengetuk permukaan bangku tanpa sedar.
“Warwick.” Safira jawab ringkas, tapi matanya masih merenung jauh, membayangkan abang yang jauh di seberang laut, menumpukan masa pada buku-buku dan kehidupan sendiri.
Zarif tersenyum kecil. “Warwick, huh? Jauh jugak tu.”
Ilham menoleh ke arah Safira. “Tak rindu ke? Kau kan rapat dengan dia.”
Safira tergelak kecil, menggeleng perlahan sebelum memandang Ilham. “Hmm… rindu, maybe. Tapi tak sampai nangis lah,” dia senyum sambil ketawa kecil, jelas sengaja nak mengusik pasal cerita Sir Iffat tadi.
“Ya Allah, sumpah aku tak nangis!” Ilham cepat-cepat angkat tangan, muka penuh drama sambil jeling ke arah Zarif, macam nak bagi subtle warning: jangan sambung cerita lagi.
Gelak kecil mereka bergema perlahan di rooftop. Untuk seketika, terasa sunyi yang manis di sekeliling. Seolah angin petang membiarkan mereka tenggelam dalam rasa itu.
“Cendekia Ivy was established in 1989 by Idris Montrose. The school was named after his beloved wife, Ivy Rose. A woman of elegance, intellect, and quite strength, whose legacy lives on in the values of this school upholds.”
“With its glass-wrapped halls and breathtaking Common Grounds at its heart, Cendekia Ivy quickly rose to become a sanctuary for the brilliant and bold. Here, only the finest by merit, vision and discipline may walk the same ground where legend once stood.”
Bunyi naskhah tebal ditutup perlahan bergema di ruang sunyi perpustakaan Cendekia Ivy. Safira menolak naskhah tebal itu ke sisi, jemarinya masih menyentuh kulit keras berwarna biru gelap yang sudah sedikit lusuh oleh masa.
Di hadapannya, tingkap kaca tinggi mendedahkan pemandangan Common Grounds yang sudah mula dipenuhi pelajar baru.
Hari pertama, tahun terakhir. Dan buat kali terakhir, Safira akan menyambut generasi baharu yang bakal mewarisi tempat mereka.
Safira bangun perlahan, merapikan baju putih, membetulkan blazer hitam yang dipakainya; simbol kedudukannya sebagai Vice President of Student Council. Langkahnya teratur menyusuri koridor, melalui lorong kaca yang menghubungkan bangunan perpustakaan ke blok utama.
Pelajar-pelajar mula kelihatan di kawasan luar, ada yang ditemani ibu bapa, ada yang masih terpinga-pinga. Sesekali dia mengangguk kecil kepada pelajar junior yang menunduk hormat ketika berselisih.
Beberapa minit kemudian, bangunan besar berwarna putih dengan ukiran nama MONTROSE HALL berdiri megah di hadapannya, dewan baharu yang dibina di luar blok utama Cendekia Ivy School, khusus untuk majlis rasmi dan acara besar seperti Hari Orientasi ini. Banner biru laut dengan perkataan “Welcome, New Era of Cendekia Ivy Class” tergantung kemas di atas pintu masuk utama.
Walaupun Cendekia Ivy sudah lama punya dewan di dalam bangunan utama, Montrose Hall menjadi lambang era baharu. Lebih luas, lebih megah, dan jauh lebih formal.
Suasana di dalam Montrose Hall dibasahi gema suara pelajar baharu. Langsir baldu diselak perlahan, mendedahkan barisan kerusi berlapik baldu yang disusun rapi untuk para pengajar dan pentadbir tertinggi Cendekia Ivy School. Satu persatu tempat duduk mula diisi oleh guru-guru.
Safira berdiri di sisi pintu dewan bersama clipboard di tangan. Tahun ini merupakan tahun keduanya bertugas semasa hari orientasi pelajar baharu untuk memastikan segala aturcara majlis berjalan sempurna.
“Oi, ni muka student council paling tak friendly abad ni.” Safira menoleh perlahan. Kasih Surfyna, salah seorang kawan baiknya, sedang berdiri di sebelahnya. “Heyy! Nice seating chart by the way.” Safira balas sambil meneliti senarai nama tenaga pengajar dan pentadbir yang sudah ditetapkan oleh Kasih.
Safira tertawa kecil, “I mean, Madam Mahirah next to Miss Aimy? Come on lah, you know what happened between them last year.” Kasih menolak bahu Safira perlahan. “Aku sengaja. They have to show a good first impression to first year students, right?” Kasih senyum jahat.
Tiba-tiba datang seorang pelajar lelaki tinggi, rambut tersisir kemas, berkaca mata, menghampiri dua orang gadis yang sedang rancak berbual di tepi pintu masuk utama dewan itu. “Safira, are you done? I think dah boleh start majlis kot, cikgu pun dah ramai, kita taknak drag masa.” Figura tenang itu bersuara.
“Dah dah. By the way Zarif, have you seen Ilham?”
“Pagi tadi-”
“Weh, Madam Mahirah on the way!” Jerit seorang pelajar dari luar dewan, sambil berlari masuk. Para pelajar terus duduk dan senyap.
Sebaik sahaja semua pelajar selesai duduk, muncul siluet seorang wanita tinggi beruniform warna perang melangkah masuk. Madam Mahirah. Nama yang membawa rasa hormat dan sedikit gentar. Tidak perlu jeritan atau amaran, kehadirannya sahaja cukup untuk menundukkan segenap perhatian.
Semua bunyi seakan disedut keluar dari ruang. Sunyi. Hanya bunyi tumit kasut bergema perlahan. Wanita tersebut berjalan menuju ke podium.
Zarif dan Safira yang duduk sebaris hanya saling berpandangan.
A new year has begun.