Stories by Amanda on Medium
Sepanjang perjalanan ke Damansara, Borhan bisu. Waktu aku menjemputnya tadi, dia menutup pagar dengan kuasa amarah. Mujurlah tidak bersambung amarah itu sewaktu menutup pintu kereta. Udara seakan panas walaupun dingin dari penghawa ditala maksimal. Borhan mengibas-ngibas badannya dengan kemeja belum berbutang.
Tiada sapaan sewaktu Borhan masuk. Sunyi mulai melemaskan. Sengaja muzik dikuatkan untuk membunuh kedinginan yang bukan datang dari penghawa.
“Ok kita dah nak sampai”. Borhan mula berbicara sambil melihat waze di skrin. Aku lega kerana akhirnya suasana berubah rilek.
“Dah gelap ni, papan tanda tak berapa nampak.” Gusarku.
Papan tanda bangunan tidak memantulkan cahaya lampu kereta menyukarkan pandangan mata kami yang agak 40an ini. Tapi kami masih muda menurut kasta sosial sebaya. Waze mengatakan ‘anda telah tiba ke destinasi, destinasi anda di sebelah kiri’. Namun pintu masuk tidak kelihatan. Di sebelah kiri kelihatan ‘no entry’ dari jalan bawah tanah yang aku kira ini pasti laluan keluar parkir. Jika ada laluan keluar, pasti ada laluan masuk. Namun jika aku ke depan dan menderhaka waze adakah aku akan sesat?
“Hei Man, kau contactlah kawan kau tu kat mana nak masuk parking.” Cadang Borhan.
Aku memberhentikan kereta di tepi jalan merasionalkan diri. Kelihatan papan tanda ‘no parking, active clamping zone’ berderet di dinding bangunan walaupun terdapat banyak kereta meletakkan kenderaan di situ. Boleh jadi pihak berkuasa tidak aktif atau pemilik kenderaan adalah orang kaya yang boleh bayar harga buka ‘clamping’. Aku mula ke depan untuk mencari pintu masuk.
Kawan yang aku contact tidak menjawab soalan. Dia cuma beritahu aku lokasi Black Box, bukan lokasi parkir. Ini mengingatkan aku sewaktu pertama kali ke Black Box, Publika yang juga sesat. Pada waktu itu ia masih belum buka secara rasmi jadi parkir masih percuma. Apabila ia sudah rasmi dibuka, harga parkirnya lebih kurang dengan harga 1 hidangan makan tengahari untuk dua orang berserta air di mamak dan itulah kali terakhir aku ke sana.
Kelihatan bas MRT Damansara agak kerap menurunkan penumpang. Mungkin pengangkutan awam menjadi pilihan utama masyarakat di sini.
Menggunakan waze naluri hati, aku ke depan dengan harapan menemui pintu masuk. Perlahan aku menyusur ke kiri melintasi Hainan Kopitiam dan My News hingga jumpa susur kiri seakan lobi dan oh mak kau, aku terlepas!
Melihat cermin belakang, kelihatan tiada kereta. Aku tarik gear reverse dengan lincah, tolak gear satu lalu aku masuk alam bawah tanah dan tiada lagi signal radio mahupun internet (Umobile). Mata kami melilau bagai palang api dalam permainan mario untuk selamatkan puteri mencari kotak parkir yang selayaknya kerana kebanyakkan kotak kosong sudah ditanda dengan no plat orang lain.
“Hah, di situ, situ kosong!” Pantas Borhan jumpa.
Aku memandang kiri, kanan, depan dan belakang memastikan tiada kenderaan lain untuk aku memarkir kereta dengan sebelah tangan menguasai stereng dan sebelah lagi gear. ‘Krekkk’ bunyi tarik handbreak. Ini kalau mekanik dengar mesti dia akalkan aku suruh ganti sebab dah haus — habis kena makan — rapat!
“Ok kita dah selamat parking kereta, sekarang macam mana pula nak cari Black Box?” Soal Borhan teruja sebaik sahaja selesai mengambil gambar dirinya berdiri di sebelah kereta dengan kod parkir di dinding.
“Itu dia lif, jom cepat.” Aku tidak melengahkan masa kerana khuatir sesat di dalam dan tidak jumpa pula lokasi Black Box. Menggunakan maklumat kawan yang tidak menjawab soalan tadi mengatakan Black Box berada di tingkat 1, nombor 1 ditekan dan 15 saat yang berkuap terasa mendebarkan. Lif terbuka dan keadaan gelap.
“Uish kat mana ni siot?” seakan memori 20 tahun lepas menerjah kembali. Perlahan aku terdengar suara…
“Nak tengok previu?”
Di dinding belakang beliau tertulis Black Box, DPAC.
“Ya. Under nama Slytherin”.
Kamipun masuk dan lega dengan suhu sejuk di dalam. Sebaik sahaja punggung dilabuhkan ke kerusi yang empuk, Teater Normcore: Odisi Romansa, bermula.
TTM pendapatan, TTYL tiada gunanya — Analisis filem Talk To Me
Aku mulakan esei tentang Talk To Me ini dengan ayat Quran, bismillah…
“Fa inna ma’al usri yusraa, inna ma’al usri yusraa (Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu, ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan itu, ada kemudahan.)”
2 kali dia ulang, maknanya memang paling terlokop pun kau, pasti ada jalan penyelesaiannya.
Aku risau bila ada netizen kata jangan tengok filem ni nanti jatuh syirik. Tuan/Puan sekalian, walaupun filem ini dikategorikan untuk tontonan 18 tahun ke atas, ia tidak ada adegan seks, ia tidak ada propaganda LGBT, dan ia tidak ada provokasi asimilasi agama. Bahkan ada PSA ‘Merokok Penyebab Kanser’. Hanya sedikit aksi ganas — sakitnya berkecai darah dari daging, sakit lagi mental yang tak disaring.
Denial, Anger, Depression, BARGAINING, Acceptance. Apa yang terjadi sekiranya 5 stages of grief ini berhenti di stage bargaining. Pentingnya rundingan awal dilakukan secara adil dengan pencetus kesedihan yang dialami seseorang. Penitrasi ‘Kalau’ sering digunapakai dalam cetusan situasi untuk sedapkan hati yang kadang-kadang tak sedap manapun. Di sini, kewarasan manusia itu diuji sama ada berjaya atau gagal. Dalam pada kita marahkan budi yang diberikan kepada manusia tidak berbalas atau tidak dihargai, kita hiraukan budi baik alam semula jadi yang tidak mengharapkan balasan. Perbandingan ini adalah rasional atas faktor kita semua adalah atom-atom kecil ciptaan-Nya. Gitu Oppheinmer.
Di dalam sebuah temubual pengarah bersama Rolling Stones, apabila ditanya apakah perkara yang menakutkan bagi mereka, mereka menjawab:
Danny: Mental illness and depression. That’s a really depressing answer, I’m sorry. I was tapping into that a little bit with the film. Everything that’s in the film is very personal, and we were trying to express things that were scaring me at the time of writing. And so, yeah, I find that really horrifying.
Michael: Mine is not being accepted.
Talk To Me menggabungkan unsur mistik dan sains di dalam idea penceritaan filem seram. Mistik apabila sebuah replika tangan yang mana jika kau salam, akan terbuka hijab atau mata batin, gitulah orang kita kata. Bila kau dah nampak benda tu, benda tu masuk dalam badan kau dan kau jadi kesurupan (Inilah efek menonton banyak filem horror Indonesia, bahasa kita; kena rasuk). Disebabkan tubuh kita ini memang kejadiannya boleh disinggah oleh anasir-anasir halus bagi yang lemah semangat dengan izin-Nya, bersediakah anda untuk dirasuk? haaaaaaaaaa. Islam memang ada mata batin ni. Siap ada doa, memohon agar dibukakan mata batin kita. Namun, hendaklah manusia ini memiliki keimanan dan ketakwaan yang tinggi!
Sedara,
Dalam filem ini, anasir halus tersebut memilih untuk berumah pada tubuh dak Jade yang sudah 3 tahun kematian ibunya. Ada yang kata ‘eh dah lama, dah-dah lah tu’. Masa itu sifatnya relatif, tidak mutlak. 3 tahun pada kita terasa lama, mungkin 3 tahun pada dia terasa seperti baru semalam terjadi.
Frasa Talk To Me ini bukan sahaja menjadi mantera untuk memulakan game salam-grip, terdapat babak-babak yang memberi makna kepada mereka yang tidak mendengar atau mengendahkan individu yang berada dalam kesedihan. Contohnya main hp je kan, ha makan hp tu. Tiber. (Lah dah takde benda nak cakap, main hp lah kan.) Tapi, bila orang tu nak cakap dengan kau, kau taknak dengar pulak. Contoh bapak dak Jade ni, banyak kali dia cuba memulakan perbualan dengan dak Jade. Tapi dak jade decline. Mungkin sebab dak jade tak rapat dengan bapak dia, mungkin apa yang bapak dia cakap tu terlalu real sampai dia tak boleh terima kenyataan yang mak dia mati sebab bunuh diri siap ada nota. Dia nak naratif yang mak dia mati sebab overdose dan bapak dia dipersalahkan sebab tak selamatkan mak dia. Naratif mana yang buat kita selesa, itulah yang kita pilih. Lumrah sifat manusia. Sebab tu, dalam filem ni, dak Jade je yang seeing things. Budak lain yang main game tu tak seeing things sebab diorang tak ada emotional baggage. Dak Riley terlokop tu sebab dia mummayiz, kapasiti minda dia tak cukup untuk serap beban yang tak tercapai dek akal ni.
Hadirin yang terlokop sekalian,
Saya tutup esei ini dengan tagline 3R. Respek pendirian orang lain jangan nak kau je betul. Rileks jangan gelabah nak lawan siapa paling true. Respon terhadap perubahan hormon yang berperanan merembeskan kimia-kimia yang mengawal emosi dalam badan kita agar tidak terlalu hanyut berperang di medan magnet; positif dan negatif. K bye.
Adalah satu kemestian bagi diriku untuk menghayati sesebuah filem sesuai genre. Jika seram, aku takut. Jika drama, aku nangis. Jika komedi, aku ketawa. Jika thriller, aku psiko. Jika kesemua genre tersebut tidak dapat menzahirkan naluri adjektifku maka filem itu bukan untukku. Mungkin untuk kau. Simple huhui
Stim jadinya aku setelah menyedut kopi Lam Sing ni. Mungkin dipanggang sejak ia ditubuhkan pada tahun 1938. Hitam. Aku minum air jernih untuk paksa sistem badan merembes dan membilas darah yang gelap akibat kopi ini tadi. Secara faktanya, kepercayaan ini hanyalah sekadar mitos yang bertindak balas terhadap placebo. Bolehlah jika mahu cuba.
Hidup yang mengasyikkan, membuat aku bersiul wuwuwuwuu mengikut ransangan kelenjar pituitari. Sewaktu bibir tak selamanya bersiul, ia menjerit dan meraung. Kadang kita bergelak ketawa menyindir orang, terleka pada diri sendiri yang lebih kurang.
Hadehhh
Pedihhh
Letihhh
Melelehhhhh.
Hidup jangan stress lah. Stress adalah pintu kepada segala mak datuk penyakit. Ada yang boleh berubat moden, ada yang sensei dan ada yang melalui kumat-kamit memuja sang dina. Macam-macam hal...
MELAKA — Penulis berkesempatan menonton filem yang berjudul Talbis Iblis di GSC Dataran Pahlawan, Hall 6, C5. Skrin yang kecil, mendorong penulis untuk memilih kerusi di bahagian tengah. Hal ini membantu mata agar tidak penat. Jika terlalu kebelakang, mata akan sedikit redup dan cenderung kepada rasa ingin tidur. Jika terlalu kehadapan, tengkuk sakit dek mendongak. Pastikan mata dan skrin berada pada paras setara supaya mata (dan minda) terbuka sepanjang tayangan.
Bagi yang tidak tahu (seperti saya), Talbis adalah perkataan bahasa arab yang bermaksud tipu daya. Talbis Iblis adalah sebuah kitab nukilan ulama’ Ibnu Jauzi yang menceritakan jenis-jenis tipu daya iblis dalam usaha menyesatkan manusia. Ibnu Jauzi adalah ilmuwan ulung pada kurun ke 12. Beliau mengkaji ilmu-ilmu kemanusiaan. (Info ini semua saya google je).
Seperti biasa, sesebuah filem pasti ada kekuatan dan kelemahannya. Filem juga seperti kita manusia yang tidak sempurna, inikan pula filem juga bikinan manusia…
Filem Talbis Iblis boleh dikatakan menepati citarasa saya (sekurang-kurangnya). Ada sesuatu yang ingin saya hebahkan. Filem ini mengetengahkan isu wanita (bernama Hajar lakonan Azira Shafinaz) yang mengandung anak luar nikah dan ingin menggugurkan kandungannya. Walaubagaimanapun setelah 2–3 hari tingggal di rumah Mak Ju (lakonan Nasha Aziz), Hajar berubah fikiran. Dia tidak mahu menggugurkan. Di situ konflik bermula.
Saya suka penggunaan warna merah dan putih pada pakaian wanita. Hajar, Mak Ju dan Sherie Merlis. Merah di dalam filem ini melambangkan kekalahan dan kelemahan sesebuah karakter. Di awal kemunculan Hajar, beliau memakai busana merah. Hajar hadir dalam keadaan bingung dan keliru memikirkan apa yang bakal terjadi dengan nasibnya. Mak Ju pula berbusana serba putih. Putih di dalam filem ini melambangkan kekuatan dan kemenangan. Semakin bergeraknya naratif kedepan, semakin bertindan warna merah dan putih, saling berganti secara perlahan di antara Hajar dan Mak Ju. Di babak akhir, Mak Ju mula mengenakan busana merah sewaktu melaksanakan ritual. Hajar pula berbusana putih melahirkan waris baharu bagi meneruskan keturunan Bomoh (Sherie Merlis). Bomoh itu juga berkebaya putih.
Berkenaan low angle shot yang dikatakan menunjukkan bontotlah — apalah, baca sini saya nak tulis. Low angle shot memberi definisi bahawa karakter atau objek itu berkuasa, sesuatu yang kita hormat. Ibarat kanak-kanak mendongak melihat ibubapanya. (Perkara ini saya belajar di dalam kelas semiotik kelolaan Pak Hassan. Pada ketika sesi pembelajaran, Pak Hassan menggunakan imej pegun dari filem Lion King). Karakter yang kita lihat di dalam frame tersebut adalah Arshad, Hajar dan Zaini. Mereka bertiga ialah manusia. Manusia darjatnya lebih tinggi daripada Makhluk lain. Mak Ju dah sesat. Nasir pula boleh berubah menjadi anjing. Mereka berdua sah-sah telah melakukan syirik (syirik besar menduakan Allah, meminta dan berdoa kepada selain Allah adalah berdosa besar dan diharamkan mereka daripada masuk ke dalam syurga tuan-tuan dan puan-puan). Ia memberi pengajaran kepada kita walau sebesar manapun dosa yang kita lakukan, kita masih berpeluang untuk bertaubat.
Tentang mengapa filem ini tidak memberikan background story atau character development yang kuat, saya percaya filem ini jenis FPU (filem perniagaan untung ((haha suka hati aku)) ). Boleh jadi ada prekuel atau sekuel bertajuk Talbis Iblis: Ahli Terapi Psikologi Korbankan Anak demi Karier (tak cool-nya tajuk). Ia memberi peluang agar ada ruang untuk watak yang lain berkembang sendiri di dalam filem yang lain.
Sekian.
"Every generation, civilization is invaded by Barbarian - We call them 'Children' " - Hannah Arendt
Lee Yoon Moon berasa hilang kawalan terhadap diri sendiri selepas melahirkan Yu Zhou. Babak Yu Zhou menarik tangan Moon, merayu agar diberikan Hot Wheels, berima dengan syot wajah moon yang sugul membangkitkan rasa rengsa audiens terhadap Yu Zhou. Diteruskan dengan babak bagasi terjatuh yang memuntahkan mainan kecil sambil Moon memujuk Yu Zhou agar nanti diberikan Hot Wheels. Bagasi mainan itu adalah simbolik kepada jiwa Moon yang terbeban (loads of burden) dengan kerenah anaknya.
Moon hadir berbusana stereotaip wanita, berskirt paras lutut, berkaca mata hitam dan bertopi fedora. Agak terlindung wajahnya daripada penglihatan audiens seolah-olah kurang keyakinan diri untuk berhadapan dgn orang yang tidak dikenali. Wajah yang jelas hanya kelihatan setelah Moon berjumpa Roger, kenalan lama yang merupakan seorang pengarah filem. Roger pernah mengambil Moon berlakon di dalam filemnya sebelum ini. Kini, Roger ada idea untuk filem baru.
Walaupun sudah lama tidak berjumpa, Roger dan Moon berbual tidak janggal. Roger dan Moon ibarat satu induk yang sama. Dialog antara mereka seperti sebuah monolog dalaman yang saling menimbal balik idea tentang filem baru arahan Roger. Kata Roger, filem ini seakan Bourne Identity (2002), versi Asia.
Perbincangan ini berlangsung di kolam renang sambil Moon bermain bola dengan Yu Zhou. Roger pula sedang berjalan di atas pembahagi antara kolam dalam dan cetek, mengimbangi badan dengan mendepakan tangan. Agak goyah. Ini bagi saya sebuah syot penting. Di akhir filem ini terdapat babak Roger berjalan di atas laut. Bezanya kini Roger memiliki senjata bela diri.
Saya simpulkan di sini, Roger adalah jiwa. Moon adalah raga. Rujuk dialog Roger,
"It is not our body the prison of our mind, but our mind is the prison of our body".
Kembara Rohani Moon dihidupkan apabila Moon mempelajari seni mempertahankan diri, simbolik kelangsungan hidup untuk meraih kekuatan diri. Di sini, Moon berlatih mengawal minda dengan lebih yakin. Apalah erti tujuan tanpa penyataan masalah. Apalah erti kehidupan tanpa bebanan masalah.
Lokacipta, PJ LAMA — Pertama kali sampai di Lokacipta, sebuah pengalaman yang menyenangkan. Dari melaka ke PJ lama (oldtown PJ) makan masa 2 jam setengah dengan kelajuan 110km sejam. Ada beberapa kerunsingan aku seperti bagaimana orang Kolumpo boleh hidup di sini dengan jalan seperti maze. Di mana saja akan ada perubahan jalan. Buka sana, tutup sini. Tutup sana, tembus sini. Pernah sekali tu, phone holder aku terjatuh menyebabkan aturan signal gps tergendala seketika dan kereta aku bergerak secara auto pilot. Mujur kami berada di laluan yang betul.
Pernah dalam hidup kita, rasa direstui. Lampu isyarat hanya ada warna hijau, tempat letak kereta berhampiran pintu masuk, minyak tak luak, cuaca panas tapi berangin, redup tapi cerah. Begitulah apa yang aku rasa tentang Lokasi Lokacipta ini. lokasi yang menjadi saksi terciptanya sejarah buat artis-artis meluahkan ekspressi mereka tanpa risaukan kecaman netizen. Kita (kecuali aku. Dan mungkin kau juga) hidup atas kata orang. Sebab tu lah kau masih begitu. Kau sebenarnya sudah berjaya. (geli geleman aku baca tapi betul lah tu)
Acara Gelombang — Bunyi. Seni. Kata ini telah berlangsung 2 hari sabtu dan ahad. Aku sempat hadir acara ahad malam sahaja. Ada acoustic session dan sound installation. Aku first time dengar terma sound installation ni. Geniusnya orang itu dalam pemilihan kata.
Malam dimulakan dengan persembahan Warnabumi band dari Penang. Aku cepat-cepat nak tarik kerusi dari luar tapi Abang Vinh (tauke funfair) tak bagi katanya taknak orang duduk di kerusi. Bukan apa. Aku ni tinggi. Nanti orang belakang tak nampak apa yang di depan. Silap-silap orang ingat aku ni tiang seri rumah tradisional.
Aku akur bersila panggung sahaja. 5 lagu dimainkan. Lagu chemical diulang main sekali lagi sebagai penutup atas permintaan audiens. Mereka juga mengedarkan ep secara percuma kepada sesiapa sahaja yang minta. Yang tak minta tak dapat. Aku ada lebih. Sesiapa nak boleh datang melaka ambil. Ha ha ha. (Aku pekak, tajuk lagu tu Kubikal tapi aku dengan Chemical.)
Seterusnya malam disejukkan lagi dengan tiga anak muda menggelarkan diri mereka sebagai TT on the move. Jika Warnabumi band tadi main rock, tulang kata ni main hip hop r&b. Salah seorang rupa macam Khalid. Tiga-tiga suara sedap. Puisi Pride sebagai lagu teraknir diringi tepukan secara satu dua satu dari audiens. Sedap sangat.
Tengah sedap kau layan akustik rock dan hip hop r&b, sekarang tiba saatnya telinga kau didera dengan bunyian mesin-mesin elektronik untuk dua segmen. Satu oleh Iwaz dan satu lagi oleh Azlan Dawai. Iwaz ni visual installation (project mapping). Menurut salah sorang audiens, garisan gerak-gerak macam wavelength tu dia yang kawal dengan alat nama hmm tak tau (siapa tahu? Share kat aku ya.)
Okay yang sambung pecah malam tu, sampai kawan aku yang rekod vid pun trauma nak buka galeri telefon bimbit dia sebab ada video Azlan Dawai. Menariknya anak muda dari melaka ini, membawa identiti melaka dengan memasukkan sample Dondang Sayang ke dalam set yang digelar nois elektronika selama 22minit. Saya tak nampak dia main alat apa. Kerana Azlan berdiri di balik layar tembakan cahaya hijau. Lagaknya seperti tukang karut di balik layar tersebut.
Kepada yang hadir jangan pelik, ni aku tulis ikut sedap aku. 😂
Hahaha padahal turutan persembahan
1. Warnabumi
2. Iwaz
3. Azlan
4. Ttonthemove
— thanks aimi !
Okay lepas tu aku balik. Lepas ni nak pergi lagi-nak pergi lagi. Selain Amcorp Mall, jajahan PJ aku kini meluas hingga ke Lokacipta. Tahniah Lokacipta tahniah paling banyak untuk Diana dan Vinh! O Yeah.
IPOH, RESTORAN VEGAS — merupakan lokasi terakhir sebelum kami (aku dan Azlan) meninggalkan Ipoh bukan untuk selama-lamanya. Kopi dia pekat gila perit untuk tekak aku yang manja. Di situ kami sembang tentang masa silam dari sarapan pagi hingga sarapan petang.
Terima kasih kepada para artis yang lain seperti LHTV (Lara Hassan & The Vinh) dari Kuala Lumpur, EFN (Electrofunk Natang, Awang & Naqwit) dari Terengganu, Joni Mustaf (Jayzuan dan Hafiz Chai) dari Perak, Hasnul Rahmat & Trumpet Setan (Hasnul Rahmat, Tony Spider, Taiyum Salam Musik dan Azmi) dari Singapura/Malaysia dan Azlan Dawai (Azlan Dawai) dari Melaka.
Ada orang salah faham dengan tajuk entry aku yang lepas. Ini bukan laporan rasmi festival tersebut. Ini laporan syok sendiri aku. Ipoh Fest: Climate ni seminggu. Aku tak pergi semua acara. Hari ketiga aku dah balik Melaka. Ayuh ikut aku baca apa yang aku tulis ni setakat mana yang aku ingat.
HOTEL IPOH CITY — Sarapan yang disediakan ada 3 jenis. Nasi Lemak, Loh Shi Fun goreng dan American Breakfast. Aku pilih Loh Shi Fun. Sebelum tu, aku tak kenal Loh Shi Fun. Aku anggap ini Mee buat sendiri. Aku ni jenis berat mulut orangnya tapi aku cuba jadi peramah. Aku tanyalah brader kerja situ,
“Ini mee goreng, mee buat sendiri ke?”
Brader tu jawab,
“Eh tak, itu Loh Shi Fun.”
Aku pun haih menyesal lah buat-buat jadi peramah tadi. Tapi bila difikirkan baguslah aku dapat pengetahuan baru. Kalau tak selama-lamanyalah aku ingat ni mee buat sendiri.
Hotel kami ni, keluar je dah sampai Loken. Azlan gerak dulu. Aku malas pergi sebab nak melantak Loh Shi Fun ni. Aku akhiri sarapan pagi dengan sosej 30biji. Aku naik bilik dengan perut yang berat. Minum kopi tadi terasa nak membuang.
Naik bilik nak sambung tidur, dapat info dari Najat kata Loh Shi Fun ni literally means rat’s tail noodle. Aku tak boleh nak undur balik waktu. Nafas aku tak cukup. Badan aku menggigil kesejukkan. Rupanya pendingin hawa aku pasang full blast. Aku cuba dail talian kecemasan tapi aku tak ingat nombor telefon dia. Sendirian di bilik aku cuba bertenang dan yakinkan diri sendiri bahawa ‘Amanda, ini makanan… bukan ekor tikus yang betul-betul tu’ di depan cermin. Samar-samar penglihatan aku mulai kabur.
Kemudian aku terjaga bila dapat panggilan dari Azlan kata dia sedang tunggu di luar pintu bilik.
Masa terus berjalan. Kami membunuh waktu dengan berjalan kaki ke PBUY dan minum-minum di sana. Kedai belakang PBUY sedang dalam kerja ubah suai jadi pelanggan tidak dibenarkan masuk dengan lebih jauh.
Hujan malu-malu turun. Hangguk² dengar lagu yang dipasang. Bukan layan, tapi mengantuk. Hirupan terakhir kami sebulat suara untuk cari nasi.
Sekali lagi aku buat-buat peramah. Aku tanya pada barista bertugas.
“Sini kalau makan nasi selain nasi ganja, apa lagi yang special?”
Dia jawab ada Nasi Ayam Fuziah. Sambil tangan dia tunjuk arah jalan. Bila belok kanan, tangan dia juga belok kanan.
Kami pun ucap terima kasih dan keluar.
Redah hujan gerimis melintas ke seberang. Kami jumpa Pekan Nasi Kandar.
Kemuncak malam itu telah berlangsungnya temasya yang gemilang suasana meriah. Termetri di hatiku... Bas Bising 2.0.
Bas Bising 1.0 sebelum ni telah dijayakan beberapa bulan sebelum di lokasi yang berbeza. Kali ini, lokasi yang di pilih sangatlah cantik. Di mural kopi O ikat tepi.
Kawasannya lapang. Boleh bikin konsert halau hantu. Boleh jadi showroom kereta-kereta berkepak. Kawasan ni kalau hari biasa, di jadikan carpark.
Angin sejuk bersuhu... (mengeluarkan termometer dari kocek seluar)... -15°C.
Lebih kurang 9 malam tirai lutsinar di buka dengan artis pertama Azlan Dawai. Bermain dengan bunyi guruh seperti dalam lagu Taman Rashidah Utama, mengiringi potongan audio daripada puisi Rako Prijanto -Tentang Seseorang dan suara Pak Jabit ‘Apa punya cerita ni, macam dah tak ada modal industri filem Malaysia ni’.
Artis kedua adalah Joni Mustaf. Berpadu suara, gitar dan sexaphone. Bermula dengan harmoni menyapa bagai bayu lembut namun di tengah-tengah sesuatu yang mengejutkan telah berlaku. Humming di mana-mana. Putus-putus ibarat ada stopper pada graf bunyi. Sound engineer turun naik bas, sekejap dengar kuat sekejap dengar perlahan. Suara dari mic tak keluar melalui speaker. Chaos. Persembahan yang sangat dramatik hampir menerbangkan bas.
Gelanggang diteruskan dengan artis LHTV. Paduan suara dan gitar karen. Kejutan berlaku di pentas akhir. Kemunculan DJ Miko menggamatkan ambiens dengan ketikan drum elektronik dari keyboard macbook, mengiringi strumming halus dan sekali-sekali nyaring gorengannya. Rupanya, nyaring itu bukan dibuat-buat. Vinh mendakwa beliau mendapat renjatan elektrik melalui guitar string lantas menghasilkan gorengan nyaring tersebut. Vokal Lara Hassan bertukar ganti, berlapis dan bergaung. “Im sorry im sorry” dilontarkan. Tampak bersahaja tetapi besar impaknya. Professional.
EFN berdua-duaan dengan instrument harmonium dan keyboard ber-synth. Ambiens mereka disulami bahasa asing berbunyi “What you gonna do” dan yang lain diluar kefahaman aku. Pada awalnya hanya suara bahasa asing yang kedengaran. 5 minit terakhir dari 20 minit barulah meledak paduan ambiensnya.
Hasnul Rahmat & Trumpet Setan. Hasnul bersama Tony Iskandar Alberto (bassist spider) di drum. Azmi Hassan (nunsex) di mixer. Payung (Skudap skudip & Salam Musik) di trumpet. Hampir sejam mereka bermain muzik. Sekali sekala Hasnul menyuarakan puisi daripada Latiff Mohidin. Di tengah-tengah persembahan Hasnul memanggil saudara Zai untuk sambung baca puisi Latif Mohidin dan Hasnul terus hanyut bermain piano mini. Makin lama makin fengtau.
Sup belut mengakhiri malam apresiasiku terhadap eksperimental muzik.
Sehingga bertemu lagi. Babai.
P/S: Ada info yang direka untuk menyedapkan cerita. Jadi jangan percaya sangat. Cerita ini juga akan ada pengubahsuaian (ejaan nama, ejaan instrument dll) dari semasa ke semasa. Sup belut tu betul. Goreng berlada sedap tu.
Festival Kesenian Antarabangsa Ipoh berIklim Khatulistiwa campur Embun.
Sabtu ahad dan isnin aku akan berada di Ipoh sempena Ipoh International Art Festival: Climate. Sabtu kami (aku dan Azlan) rancang akan gerak jam 6:30 pagi (elak kesesakan lalu lintas). Rupanya kami bangun pun jam 6:30 pagi. Siap punya siap, rancang jam 8 pula bergerak. Siap punya siap, loading barang masuk kereta, sudah jam 9. Kemudian sarapan pula. Jam 10 baru gerak dari Melaka. Sampai Ipoh jam 4.
Kemudian aku ternampak saudara Pyanhabib. Muka penuh keterujaan aku berserta sinar-sinar menembusi prisma segi tiga mungkin menangkap mata beliau yang membalas senyuman aku walaupun dia baru keluar dari tandas. "Kau ni penulis/pelukis ke?" tanya beliau. Kami jawab eh tak... Datang tengok-tengok je. Aku ni memang penulis. Penulis tak siap lah.
Malam tu pula sambung dengan gig Shift Malam di Dream Hall Project (Dulu nama Khizanat). Ada 3 persembahan daripada Muntah Man, menggelarkan muzik mereka bergenre Grunge Tak Jadi. Kedua, Space Gambust Experiment dikelolai Dr Kamal Sabran memandu 9 artis di pentas dengan instrument yang pelbagai seperti, drum, bass, guitar, synthesizer, arkodian, keyboard, klarinet dan vokal. Ketiga Assitist, main Grindcore.
Baki separuh malam lagi kami makan di TKK, Dr Kamal belanja kuey tiau sambil layan Muck dalam hujan.
Sebelum balik hotel, kami singgah kedai beli ubat gigi dalam keadaan mata berpasir. Sabtu berakhir dan kami barai.
P/s: Harap boleh lepak dengan Pyanhabib pula.
KIP MALL Bachang, Melaka — Habis konsert semalam aku pergi stage cari setlist, tak ada. 30 tahun punya pengalaman apa barang pakai setlist! (atau aku yang tak perasan). Aku hanya ingat beberapa lagu yang diorang main seperti Nafisa, Hentian ini, Hidup Bersama, Raja Kertas, Bahalol, Kita Peng Yu, Hijau Bumi Tuhan, Apa nak Dikata, Ntahapahapantah (ni betul eh tajuk dia) dan baaaaaaanyak lagi.
Poster tulis XPDC main jam 9:30 malam. Rupanya ada artis lain yang aku kena harung sebelum jumpa XPDC. Artis pertama; Afi Utopia. Popular dengan lagu Mithali Cintaku dan Maya Percintaan. Bahasakan diri sebagai Afi apabila berinteraksi dengan peminat buat kita rasa dekat dan comel. Memang penghibur paling versatil lah. Boleh jadi fasiltator. Aku tak lupa dialog dia;
“Siapa kat sini kawan kat facebook Afi? Eh sorang je?!”
“Are you ready? Are you okay? Are you orait? Are you okay orait? Are you orait okay?!”
Seterusnya kita ada Tam Spider. Minusone kejap okay kejap tak okay. Mujur ada guitar boleh main akustik. Mana-mana ska fest tolong ah panggil Spider join.
Kemudian kita ada G-Mie Screen dengan lagu Bila Cinta Didusta dan Tak Suka Tak Apa. Alhamdulillah sopan dia nyanyi dan paling ramailah sing along.
Akhirnya yang ditunggu-tunggu ramai (ramai tu khasnya penulis)bakal muncul. Maka tibalah giliran XPDC untuk menggegarkan pentas! (penulis ketawa kecil).
Pengalaman pertama aku dengar XPDC adalah lagu Hidup Bersama sewaktu aku bersekolah rendah dalam tahun 97' ke atas. Lagu ni ada live band main kat malam kenduri kahwin untuk joget lambak. Aku teman nenek (Al-fatihah) aku pergi merewang malam tu.
“Aok jangan main jauh memalam gini. Pergi tengok orang berjoget depan tuh. Kang wan nak balik, wan panggillah aok.” Paling arif cucu dia minat apa.
Aku pilih untuk lepak luar dengar live band. Aku susun kerusi plastik tiga siap siaga untuk tidur. Rancak betul orang berjoget malam tu buat aku tak senang duduk, aku join sekali. Aku siap berdiri atas kerusi joget sama. Kemaruk aku tidak berakhir di situ. Makndak aku pulak memang peminat Mael XPDC disebabkan lesung pipit dia. Paknjang aku pulak main bass untuk live band malam tu. Dia bagi aku dengar kaset XPDC yang aku pasang kat radio jenama AIWA milik bapak aku. Speaker pun masa tu sama tinggi dengan aku. kami sama-sama head banging dengan paknjang aku yang juga berambut panjang. Dia ajar satu kaki landing atas tangga. Bayangkan itu amp dan kami haruk bersama dengan menggoreng gitar imaginasi.
Aku pernahlah kecewa bila Mael keluar daripada XPDC tahun 1997 dan Ali masuk.
“Aduh apasal Mael keluar, Ali tak sedap suara dia suka mengerammmm!” Keluh aku pada waktu tu yang darab bahagi pun masih keliru.
Malam tu, bukan lagu Hidup Bersama yang aku tunggu tapi lagu Nafisa. Sewaktu aku bekerja sebagai seorang Eksekutif Operasi di sebuah syarikat potong rumput milik bumiputra. Menjadi tradisi untuk setiap bulan selepas dapat gaji, kami pergi karaoke.
Malam tu 5 bilik karaoke digunakan. Ini pengalaman pertama bagi aku. aku jadi huru-hara. Semua bilik aku masuk sibuk baca playlist orang. Ada zon rock kapak, dangdut, rock leleh dan balada perempuan. Haa bilik aku lah balada perempuan tu. Aku ni memang suka berkaraoke (tertutup sahaja ala-ala secret show). Aku masuk bilik zon rock kapak ada main XPDC-Nafisa.
“Eh XPDC bukan rock kapak. Tak pernah dengar lagu ni.” Aku jadi ingin tahu. Aku tunggu je dalam bilik tu. Aku ingat lagi yang nyanyi lagu tu; Uncle Ejoy. kecil-kecil cili padi orangnya. Sejak dari hari tu, setlist karaoke aku bertambah satu lagu.
Walaupun Mael semalam tak berapa perform, aura dia masih ada. Vokalis ni bukan setakat suara sedap tapi nak kena ada aura. Sebab kau frontman, bila kau meningkat usia, suara tak boleh pergi dah. Aura kau masih berbisa.
Malam tu semua ahli asal power gila (Metallica Malaysia)kecuali guitar, Jeff bukan Izo. Jeff ni guitarist kumpulan Malaikat Maut yang diharamkan setelah insiden kekah itik atas stage.
Bayangkan kalau Mael malam tu perform guna minusone. Aduh rosak. Bayangkan Spider malam tu bawa line up penuh. Power.
Mael malam tu ada sebut kita parti sampai pagi. Borak punya borak tengok jam dah pukul 4 pagi. Termakan sumpahanlah kami semalam.
Terima kasih XPDC! Take care! Kita Peng Yu!
Dengan yakin aku pesan Espresso (kerana ia paling murah) dan dipadankan dengan Brownies sewaktu pertama kali aku berseorangan di Starbucks City Square, JB (remaja ‘lit’ pada zaman tu panggil CS).
KOPI PANDANG PERTAMA
Alangkah terkejutnya aku dengan saiz secawan Espresso. Mujur potongan brownies-nya besar. Dengan yakin sekali lagi (tidak ada masalah keyakinan diri lagi pada waktu itu), aku mula menyisip. Sisipan pertama buat hatiku remuk. Pahit yakmat. Aku pandang Brownies dengan harapan ia dapat membaik pulih remukan di hati ini. Ternyata sama, pahit yakmat; yatyinson. Masa ni, aku belum tahu deria rasa lidah secara praktikal yang mana kalau kau makan pahit kopi, kau takkan rasa manisnya kuih lapis. Kalau kau makan masamnya jeruk, kau takkan rasa pahitnya petai. Kalau kau makan masinnya ikan bilis, kau takkan rasa tawarnya nasi putih. Dengan hati yang terluka, aku tinggalkan Brownies di sisi cawan kosong yang dahulunya dihuni Espresso.
Tahun berganti tahun, Myspace berganti Facebook. Aku ditakdirkan untuk bekerja di Starbucks Kota Melaka (seminggu je). Dalam seminggu tu aku diajar cara ‘merasa' kopi. Dengan murah hati aku berikan kopi; peluang kedua. Alhamdulillah dalam seminggu tu aku dah pandai pesan minuman lain selain Espresso. Tapi suasana dan ego diri ini tidak berkerjasama dengan baik. Jodoh aku dengan kopi, putus sekali lagi di tengah jalan.
Kalau jodoh, tak ke mana kata orang Melayu. Atas ihsan tuan kafe CORM, aku dihidangkan Kopi Tiwus yang diterbangkan dari Indonesia. Sekali lagi perasaan itu datang. Perasaan cinta terhadap kopi. Aku sisip habis berbalas hirupan sementara masih hangat (percumakan?). Aku abaikan rasa cinta yang kembali menghantui diriku. Tanpa menoleh, kehidupan normal tanpa kau; kopi, tetap diteruskan.
Petang tadi, aku berkunjung ke Kafe Tuju. Nasi padang adalah tujuan utama aku ke sana. Sangat nadir untuk sebuah kafe menghidangkan nasi padang bersama kopi (sekadar pengalaman peribadi). Pada awalnya aku bercadang untuk pesan Latte. Tetapi aku terpandang di barisan ketiga; Long Black pada menu minuman panas. Kemurahan hati ini memberikan kau peluang ketiga.
Di atas meja kini terhidangnya Long Black dan Nasi Padang. Aku tenung Long Black. Aku pisahkan cawan daripada piringnya. Aku hidu. Aku bau. Aku hirup sekali nafas. Hatiku senyum tersipu; malu.
“Ah, ada saja kau ni.” monologku sendirian.
Aku hamparkan pula pandanganku pada Nasi Padang yang berlauk daging salai, kentang lenyek berkulit, potongan timun jepun dan sambal lado dihidangkan di dalam mangkuk. Pada awalnya agak kekok. Satu demi satu lauk aku susun atas sudu untuk setiap suapan. Aku jenis makan perlahan. Berkumandangnya 3 lagu Beirut dan aku masih belum usai makan. Perut aku ketawa kecil ketika terselit lagu Kejoraku Bersatu di antara Lagu Beirut. Akhirnya aku gaulkan semua lauk tadi dengan nasi, barulah habis dimakan. Hidangan yang meriah habis dilahap secara minimalis.
Selesai makan, kopi kuhirup dingin. Aku minta tambah air panas. Dan aku habiskan cepat-cepat. Kepala rasa pening. Badan rasa ringan. Kaki rasa kebas. Nafas bau kopi. Selang seminit sendawa. Aku minum pukul 6 petang, pukul 12 tengah malam baru bertenang.
Aku rasa, kopi ni kopi arabica sebab aku nampak bungkusan akusukakopi dan rasanya masam di belakang lidah (juga pengalaman peribadi) . Mungkin lepas ni aku berpeluang menghirup kopi yang rasanya manis-manis buah atau koko-kacang. Kejutkan aku dengan jemputan tak diundangmu, KOPI.
Yang benar,
Bekas kekasihmu.