Stories by TelekungMerahJambu on Medium
Makam murobbi kepada Muhammad Al-fatih, si murobbi yang aku cemburui.
Sang murobbi, atau nama lainnya superhero — is something I never dream of being. Title yang terlalu berat dek tanggungjawabnya, wallahi tak pernah terdetik di hati ni sejak pertama kali melibatkan diri dalam tarbiyyah yang aku akan menggalasnya suatu hari nanti. Dan hari itu, dengan izin Allah, datang pada aku lebib cepat berbanding yang aku bayangkan. Tapi aku tahu, timing yang Allah tetapkan adalah timing terbaik. Sentiasa yang terbaik. Maka apa alasan aku untuk menolak takdir, sedangkan it’s probably an answer for my own doa when I ask Allah to teguhkan aku di atas jalan yang Dia redha?
Murobbi, nama yang dulunya aku kenal sebagai naqibah adalah sesuatu yang sangat asing dan dalam masa yang sama familiar. Haha. Sangat ironi. Dulu, sebelum terlibat dalam tarbiyyah group-group usrah ni aku lihat sebagai suatu yang cringe. Apatah lagi si kakak naqibah yang digelar murobbi. Ah, memanglah aku menjauhkan diri. Tapi hebatnya Allah, jiwa aku tertarik dengan Islam. Fitrah aku menjerit disaat Islam yang aku bacakan di dalam buku tak begitu pada realiti dunia kini. Jiwa ku menjerit rindu akan khalifah. Hatiku mendambakan hubungan dengan Allah yang aku tak tahu cara untuk aku dapatkannya. Sumpah, walaupun aku dilahirkan muslim tapi aku tahu hidup aku terlalu jauh daripada cara hidup seorang muslim. Tapi baiknya Allah, masih tetap menghidupkan fitrah ku sesekali dengan panggilan rindu untuk menjadi seorang muslim. Mungkin itulah kenapa walaupun aku lari sehingga ke negara penjajah, akhirnya tetap aku terikat dengan usrah yang aku jelekkan dahulu. Subhanallah. Hebatnya aturan Dia yang Maha Mengatur.
Sepanjang dua tahun bersama gerabak tarbiyyah, aku dah pun bersama dengan 5 orang murobbi. Setiap satunya mempunyai umur berbeza, cara mentaujih yang berbeza, dan vibe juga yang berbeza. Paling penting, kesemua mereka mentarbiyyah ku pada sisi yang berbeza, dengan mungkin goal yang sama which is untuk membesarkan aku di atas jalan ini. MasyaAllah, setiap satunya aku sayang. Walaupun aku tak reti nak zahirkan. Wallahi, semuanya aku sayang.
Mereka orang-orang hebat yang berjiwa besar. Setiap satunya menjadi qudwah dalam hidupku. Satu mengajarkan aku kesediaan untuk berbuat kerana Allah, satu mengajar aku erti ukhwah, satu menunjukkan aku apa erti hidup dengan matlamat yang besar, satu lagi mengajarkan aku erti sebenar hidup keluar dari zon selesa, dan satu menunujukkan qudwah dalam mujahadah hidup. Mengisi aku pada setiap sisi yang aku kurang, berbekalkan al-Quran dan as-sunnah yang menjadi panduan utama dalam pembinaan umat. Dan setiapnya sentiasa bersabar dengan seorang aku yang terlalu banyak karenahnya dan yang masih mentah dalam kehidupan.
Satu yang menjadi ketakutan besar kepada aku adalah jika aku mampu untuk live up to their expectations on me. Kerana aku, pada hakikatnya bukanlah seorang yang baik. Terlalu banyak kekurangan, masih teruk bergelumang dengan perkara-perkara yang tidak Allah redhai, masih belum cukup tajam fikrahku kerana jahiliyyah yang masih membelenggu. Masih banyak yang belum aku mahir juga kerana kemalasan diri sendiri. Tapi setiap kali itu, para murobbiah sentiasa menitipkan kata-kata harapan.
“Akak percaya awak boleh. Dan akak percaya awak boleh buat lebih lagi”
Di saat diri sendiri meragui, mereka menyalakan api harapan. Disaat aku kegusaran, mereka cucuhkan semangat jihad, dan terus menerus berusaha membina aku yang degil ini. Hanya Allah yang tahu betapa besarnya rasa berterima kasih aku ke atas mereka. Semoga Allah jua yang membalas setiap satu dari mereka dengan balasan yang paling baik.
Dan bila kini, aku pula yang telah bergelar seorang murobbi, bahkan lebih lagi aku respect kepada mereka. Aku yang cepat berputus asa, aku yang lekas tidak sabar, aku yang tak berpandangan jauh, aku yang terlalu berperasaan… Allahu.. masih jauh ya Allah perjalanan aku untuk jadi seperti mereka — para murobbi umat. Lantas kadang kala aku terputus asa. Aku terjatuh tersungkur. Aku menangis banjir. Lupa aku halakan diri, rupanya bukanlah kerana aku seorang manusia itu akan terbina fikrahnya. Tetapi ketana kehendak Yang Maha Berkehendak. Bukanlah atas usahaku membesarnya mereka, tapi kerana Allah lah yang memilih mereka.
Murobbi agungku, Allah Yang Esa lebih hebat percaturannya dalam mentarbiyyah ku. Segala aturannya, biarpun sakit padaku sentiasa yang terbaik, sentiasa dengan penuh kasih sayang. Liku-liku perjalanan hidupku yang terlalu pahit untuk aku telan dahulu kini manisnya sedikit demi sedikit aku rasai.
Mungkin aku belum lagi layak untuk digelar seorang murobbi yang terbaik. Tapi aku berazam untuk terus memperbaiki diri terus menyiapkan diri untuk menjadi murobbi terbaik supaya mutarobbi aku terjaga hak mereka, supaya umat-umat yang masih berada dalam kekeliruan ini dapat mengenal Islam yang sebenar.
Mungkin aku bukan seorang Syeikh Edebali, mahupun seorang Ak Syamsudin. Tapi aku adalah seorang murobbi. Dan murobbi agungku adalah Allah — al-’alimul hakeem.
Photo by NIR HIMI on Unsplash
Entah kenapa kebelakangan ini kisah yang pernah aku dengar sebagai sebuah bahan lawak dahulu, menjadi sebuah kisah yang mencucuk pada pangkal dadaku. Sebuah kisah yang penuh dengan pengajaran buat mereka yang berfikir.
Pada suatu hari, seorang lelaki telah terdampar di sebuah pulau setelah kapal yang dinaikinya musnah dilambung badai ribut yang amat dasyat hebatnya. Setelah tersedar dari pengsan, dia pun mengangkat tangannya ke langit dan berdoa, “Wahai Tuhanku, selamatkanlah aku hamba-Mu ini!”
Setelah itu dia pun terus duduk dan menanti agar diselamatkan Tuhannya. Pada petang hari itu, dia terlihat dari jauh sayup-sayup cahaya dari sebuah kapal penyelamat telah datang menghampirinya.
“Encik, mari naik bot kami. Kami akan selamatkan encik daripada pulau ini,” kata salah seorang daripada ahli penyelamat lantas menghulurkan tangan kepada lelaki itu.
“Tak mengapa, pergilah kauorang. Tuhanku akan menyelamatkan aku!” tolak lelaki tersebut. Dia terus menolak walaupun dipujuk beberapa kali. Akhirnya, disebabkan keengganannya bot penyelamat itu pun berlalu pergi.
Melihat kepergian bot tersebut, lelaki itu kembali mengangkat tanggannya ke langit dan berdoa,“Wahai Tuhanku, selamatkanlah aku hamba-Mu ini! Hanya inilah pintaku wahai Tuhanku,”
Pada keesokan hari, sebuah bot penyelamat datang sekali lagi dan menawarkan lelaki itu untuk diselamatkan. Tetapi seperti hari yang sebelumnya, lelaki itu telah menolak tawaran itu sekali lagi walaupun badannya sudah semakin lemah. Walaupun berkali-kali dipujuk, lelaki itu masih tetap enggan. Dia tetap menegaskan bahawa, “Tuhanku akan menyelamatkan aku!” Dengan itu, bot penyelamat itu sekali lagi beredar setelah gagal untuk memujuk.
Setelah matahari pun terbenam, lelaki itu pun kembali mengangkat tangannya dan berdoa, “Wahai Tuhanku, aku tidak akan berputus asa daripada menunggu-Mu. Maka, selamatkanlah hamba-Mu ini wahai Tuhanku!”
Pada keesokkan harinya, sekali lagi bot penyelamat datang untuk menyelamatkan lelaki itu. Namun seperti hari-hari sebelumnya, lelaki itu tetap berkeras dan enggan. “Aku menanti Tuhanku untuk menyelamatkan aku!” katanya tegas. Walaupun badannya jelas semakin lemah, dia tetap tidak mahu naik ke atas bot penyelamat itu. Lantas, bot tersebut pun kembali meninggalkan lelaki itu berseorangan di pulau itu.
Setelah matahari terbenam pada hari tu, sekali lagi pulau itu dilanda ribut kencang yang terlalu dasyat. Disebabkan tiadanya bekalan dan perlindungan yang mencukupi, lelaki itupun telah meninggal dibadai ribut.
Setelah kematiannya, lelaki itu pergi menghadap Tuhannya di alam akhirat. Lalu ditanyakan kepada Tuhannya,
“Wahai Tuhanku, mengapakah Engkau tidak datang dan menyelamatkan aku ketika aku terdampar di pulau itu?”
Lantas Tuhannya menjawab,
“Bukankah telah Aku hantarkan sebuah bot penyelamat untuk menyelamatkan engkau? Bukankah Aku telah menghantarkannya tiga kali? Lantas mengapakah engkau tidak menyelamatkan dirimu dengan batuan-Ku itu?”
Pada harini, berapa banyakkah sebenarnya pintu hidayah dan ‘bantuan’ yang telah Allah hadirkan kepada kita untuk menyelamatkan kita daripada binasanya kehidupan dunia ini? Tetapi adakah kita memandangnya sebagai sebuah bantuan penyelamatan, atau adakah kita sekadar mengabaikannya kerana kejahilan kita sendiri? Adakah kita tetap berkeras berpegang dengan neraca kita sehingga kita lupa untuk melihat dunia dengan neraca Allah yang menyebabkan pertolongan yang Allah telah hantarkan pada kita tak bisa kita terjemahkannya sebagai sebuah penyelamatan? Lantas kita terus membinasakan diri sendiri?
Al-Hadid 57:16 (screenshot from the application Al-Quran Tafsir & by Words)
Dalam dunia yang sedang tenat dalam keserabutan dan kegelapan jahiliyyah, teganya aku ya Allah, zalimnya aku ya Allah, berdosanya aku ya Allah.. Masih bermain-main dengan jahiliyyah, bermain-main dengan ibadah, walaupun telah banyak kefahaman yang telah aku dapat. Tergamaknya aku untuk masih mengatakan,
“I need a push.. give me a push to change ya Rabb!” dalam doaku, seolah-olah diri masih belum ditarbiyyah?
Tolakan apa lagi yang kau inginkan wahai diri? Belum cukupkah ancaman-ancaman neraka untuk membuatkau takut? Belum cukup indahkah motivasi-motivasi syurga untuk membuatkau bergerak, berlari mengejarnya? Belum cukupkah firman Tuhanmu — dengan lembut dan dengan keras — untuk kau bangun dari mimpimu, untuk kau bersihkan dirimu dari segalah kekotoran jahiliyyah yang membelenggu?
“Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka) dan janganlah mereka (berlaku) seperti orang-orang yang telah menerima kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras. Dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik.” — Al hadid 57:16
Wahai diri, belum cukupkah untuk segala keserabutan dan kekeliruan yang sedang berlaku di muka bumi Allah ini disebabkan oleh betapa ramaninya manusia yang masih belum mengenal Tuhan, untuk kau bangkit dan menyahut seruan-Nya? Masih belum cukupkah buatmu, saudara-saudara se-akidah yang telah gugur syahid satu persatu di medan perang Palestine untuk membangkitkan semangat juang dalam benak sanubarimu? Mengapa kau masih terus membenarkan nafsumu untuk terus menerus menang? Mengapa masih kau biarkan masamu berlalu dan terbazir tanpa bekalan amal? Mengapa kau masih tidak gentar ketika kau katakan,
“Takpe, esok aku mula” seolah-olah hari esok adalah sesuatu yang pasti akan datang buatmu?
Wahai diri, harini ini, perasaaan ini, tulisan ini, akan menjadi saksi telah sampainya firman Tuhan kepada-Mu. Maka, apa lagi yang kau tunggu? Apa lagi yang kau takutkan? Sambutlah seruan Tuhanmu ketika Dia berfirman,
“Maka segeralah kembali kepada (menaati) Allah..,” — adz dzariyat 51:50
Bersegeralah kembali kepada Tuhanmu. Bersegeralah kembali kepada Tuhan Mu!
Allah ar-rahman ar-rahim, mana mungkin akan menzalimi hambaNya.
Allah al-latif, mana mungkin apa yang diaturkan adalah untuk menyakitkan hambaNya semata-mata.
Allah al-’alim, mana mungkin Dia tak tahu keadaanmu, bila mana Dia sendiri yang meletakkan engkau pada keadaan itu.
Allah al-khaliq, Dia yang telah menciptakan engkau dengan segala kelebihan dan segala kelemahan mu. Mana mungkin Dia tidak tahu apa yang paling terbaik buat mu dalam batas kemampuan mu.
Allah al-fatah, mungkin sebenarnya beribu pintu yang sedang Dia bukakan padamu dengan satu ujian ini. Mana mungkin Dia yang Maha Membuka akan membiarkan kau terjelopok dalam lubang tanpa jalan keluar.
Allah al-hadiyy, Dialah yang akan memimpin kau keluar ke jalan kebenaran sekiranya engkau mahu. Mana mungkin Allah al-hadiyy akan biarkan hambaNya dalam kesesatan, kecelaruan, dan kegelapan apabila dia merayu untuk keluar.
Ianya persoalan keimanan. Adakah kau beriman? Adakah kau yakin? Kepada Allah, Tuhanmu dan Tuhanku?