Stories by deen on Medium
Part 4.2 of Ed Shah
https://medium.com/media/371c41f2324fdfa0b94a6b28653cbbf1/href
TAMAT sahaja sesi kelas Shaheen, dia dan Nis bertolak ke destinasi dengan bas shutter dan LRT. Dalam 40 minit juga meskipun jarak tak berapa jauh kerana mereka keluar sewaktu peak hour. Ramai yang berpusu-pusu pulang dari kerja. Nasib merekalah.
Kesesakan di pusat membeli-belah menyambut Shaheen dan Nis sebaik sahaja mereka melangkah masuk. Shaheen menarik sedikit tali beg Mandu jenama Sometimes di bahunya sambil mata melilau mencari papan tanda kedai elektronik yang ingin dituju. Dalam kepala, dia sudah berkira-kira bajet, spesifikasi, dan segala kompromi yang perlu dibuat. Laptop bukan lagi kehendak baginya, tapi keperluan yang semakin mendesak. Dia dah penat nak menghadap tantrum Macbook Pro yang ada sekarang.
“Jom cepat, sekejap lagi nak cari makan,” gesa Shaheen sambil menarik lengan Nis.
Baru mahu bergerak lebih jauh dari pintu masuk, langkah mereka terhenti serentak. Dari jauh Nis macam nampak kelibat yang amat dikenali olehnya.
“Nis!”
Suara yang tak asing itu membuatkan Nis terus tersentak dengan mata membulat.
“Shauqi!”
“NIS!”
Tanpa sebarang segan, kedua-duanya terus bergerak mendekati satu sama lain dengan reaksi berlebihan seolah-olah sudah bertahun tidak berjumpa. Nis melompat kecil di hadapan Shawn, manakala Shawn pula ketawa kecil sambil sengaja merendahkan tubuh agar seiring dengan ketinggian teman wanitanya itu.
“I did not expect to see you here! I miss you…” kata Nis. Suara yang terlalu dramatik untuk pertemuan yang berlaku hampir setiap minggu. Dia juihkan sedikit bibir tanda ingin bermanja dengan Shawn.
“I miss you more! Padahal minggu lepas kita baru jumpa,” balas Shawn sambil geleng kepala walhal senyuman di wajahnya jelas tak dapat disorok. Dia pun senang dapat berjumpa dengan Nis tanpa dirancang. Melihat Nis dalam blouse yang dia hadiahkan, lagi berbunga-bunga hati Shawn. Cantiknya, teman wanita siapa ni!
Di tempat Shaheen berdiri, dia hanya mampu menjeling sekilas sebelum menghela nafas kecil. Over betul budak berdua ni. Orang lain pun bercinta jugak. Pemandangan itu bukan lagi sesuatu yang asing. Eddie di hujung satu lagi berdiri dengan tangan diseluk ke dalam poket. Dia memerhati situasi itu dengan riak yang sama tenang.
Sekilas pandang, mata mereka bertemu.
Tak perlu kata apa-apa pun, kedua-duanya sudah faham.
Menyampah.
“Eh kau orang buat apa dekat sini?” Nis akhirnya bersuara sambil masih berdiri dekat dengan lengan Shawn apabila baru menyedari yang Shawn tidak bersendirian di situ. Eddie dan Shaheen merapatkan jurang ke arah mereka berdua.
“Entah,” jawab Shawn selamba. “Aku ikut aje si bos ni.” Dia menuding ibu jari ke arah Eddie.
Serentak itu, Nis memandang Eddie. Kemudian pandangannya beralih kepada Shaheen. Mata yang tadi ceria bertukar menjadi sedikit kecil. Pandangan yang penuh makna. Ada apa-apa yang dia tak tahu ke dekat sini?
Shawn di sebelah juga turut buat benda yang sama. Pandang Eddie dan kemudian Shaheen. Sekonyong-konyong, kedua-dua Nis dan Shawn meleret senyum seperti ada cerita yang belum sempat dikeluarkan. Tak semena-mena, Shaheen terus memandang ke arah lain. Berpura-pura sibuk membetulkan tali begnya tatkala hangat di permukaan pipinya mula terasa.
Dia ingat Eddie main-main aje nak singgah ke sini apabila dia berkongsi lokasi tadi. Tak sangka betul-betul lelaki itu datang.
“Hai, Shawn,” tegur Shaheen menghilangkan rasa janggal yang semakin menghimpit diri. Risau jika perubahan wajahnya disedari oleh budak berdua itu. Karang lagi diusiknya dia. Bukannya Shawn dan Nis tak maklum akan fakta yang dia sedang dalam misi mengorat Eddie.
“Hai, Shah. Buat apa dekat sini? Aku tanya bagi pihak Eddie.”
Terhambur tawa kecil Nis mendengar kenyataan Shawn. Tak beragak betul. Kan dah kena siku dengan Eddie.
“Nak cari laptop baru.”
“Oh ya ke? Jomlah kita orang teman. Alang-alang tu boleh tolong kau cari laptop yang elok,” balas Shawn sengaja menarik perhatian Eddie. Kemain paksa singgah sini dulu rupanya ada udang di sebalik gulai tempoyak. Ini kena update dengan ahli SE yang lain ni. Mahu jadi topik panas.
“Ha? Kau orang tak busy ke?” Shaheen serba salah. Dia tak pasti atas urusan apa mereka berada di sini atau memang betul, Eddie singgah semata untuk memulangkan bekas penselnya itu.
“Nak busy apa kalau orang tu sanggup datang sini. Jomlah cepat, nanti orang ramai.”
Nak tak nak Shaheen terpaksa akur. Tak akan dia nak tolak niat baik itu pula. Nis di sebelah merangkul lengannya sambil langkah mereka diikuti oleh Eddie dan Shawn di belakang. Sekilas Shaheen menoleh dan sekali lagi pandangannya bertembung dengan iris gelap milik Eddie.
DI DALAM kedai elektronik, suasana lebih tenang sedikit berbanding luar. Deretan laptop dipamerkan di atas meja panjang, lengkap dengan label spesifikasi yang memeningkan kepala. Rambang mata Shaheen dibuatnya. Dia berdiri di hadapan salah satu model, membaca satu persatu maklumat yang dipaparkan. Walaupun dia faham asasnya, tetap juga rasa ragu untuk memilih.
“Awak buat apa eh? Design kan?” suara Eddie muncul di sebelahnya. Nis dan Shawn dari jauh dan tersengih mengusik.
Shaheen cuma mampu beri pandangan malas melayan pada badut berdua itu. Kalau dah Eddie berdiri sebelah dia ni, gugup juga… “Yup. Interior architecture.”
Laju Eddie angguk perlahan. Tanpa banyak soal, dia terus memanggil seorang staf yang berada berhampiran.
“Bos, kalau untuk student design, software berat sikit… yang mana okey? Kena pakai gaming laptop ke?”
Perbualan mereka dengan staf kedai berlangsung dengan lebih teknikal. Shawn sesekali menyampuk, bertanya itu ini dengan gaya santai, tapi masih nampak tahu apa yang dibualkan. Nis pula sekadar memerhati sebab dia sendiri tak faham apa yang dibualkan. Segala term dan jargon yang dia sendiri jarang-jarang dengar. Nak buat macam mana, dia cuma pelajar komunikasi. Guna komputer riba biasa pun dah memadai.
Shaheen berdiri di sisi sambil tekun mendengar. Bagus juga ada Eddie dan Shawn di sini. Bukan dia tak boleh buat sendiri, cuma urusan jadi lebih mudah apabila ada lelaki yang bercakap dengan sales person. Sekurang-kurangnya dia tak perlu berdepan dengan situasi yang pernah dia lalui sebelum ini. Pengalaman pergi ke bengkel kereta dulu masih segar dalam ingatan. Harga yang berubah-ubah, penjelasan yang berbelit dan cara dia dipandang seolah-olah tak faham apa-apa. Dari situ dia belajar untuk lebih berhati-hati dalam urusan jual beli yang sememangnya golongan wanita nampak mudah dimanipulasi jika membabitkan hal sebegitu. Double standard is real.
Entah kenapa, melihat Eddie dalam suasana begitu buat dia terdiam seketika. Cara lelaki itu bertanya, fokus dan bagaimana dia serius mempertimbangkan pilihan untuk sesuatu yang bukan pun keperluannya sendiri… semuanya nampak berbeza daripada versi Eddie yang dia kenal melalui mesej.
“Bajet awak, Shaheen?” Eddie berbisik dengan Shaheen.
“Bawah empat ribu kalau boleh.”
Eddie angguk setuju.
“Yang ni okey,” kata Eddie setelah beberapa ketika sambil menepuk ringan permukaan sebuah laptop. “HP Victus. Spec dia cukup untuk apa awak guna. Tak berat sangat untuk study, tapi tak underpower.”
Shaheen mendekat sedikit lalu membaca labelnya sekali lagi. Dia pun sebenarnya memang survey jenama yang sama sebelum datang ke situ. Jadi, Eddie sudah tolong mengukuhkan hujah untuk dia memiliki laptop yang satu itu.
“Tak overprice pun compare dengan yang lain,” tambah Shawn.
“Ambil yang tahan lama. Daripada nanti kena tukar lagi,” nasihat Eddie.
Shaheen mengangguk perlahan. Dalam diam, dia rasa… sedikit tenang. Bagaikan pertama kali ada yang bantu membuat keputusan untuk dirinya sementelah selama ini dia perlu berdikari melakukan semuanya sendiri.
“Okay. Saya ambil yang ni,” ucap Shaheen tanpa ragu.
SELEPAS urusan pembayaran selesai, mereka keluar dari kedai dengan beg laptop di tangan Shaheen. Lega rasanya dia dapat buat kerja selepas ini tanpa gangguan emosi yang timbul hanya kerana proses kerja di gadjet yang lambat. Salam takziah pada akaun banknya.
Nis sudah mula menarik perhatian Shawn ke arah kedai lain.
“Jom masuk sana kejap. I nak tengok baju.”
Shawn berpaling ke arah Eddie. “Weh, kau belikan air dulu boleh? Malas aku nak beratur.”
Belum sempat Eddie menjawab, Nis sudah bersuara. “Shaheen, kau teman Eddie kejap, ya? Jom, Shawn.”
Shaheen terkebil seketika. Namun sebelum sempat dia memberi reaksi lanjut, Nis dan Shawn sudah berjalan menjauh dengan gelak tawa mereka.
Tinggal mereka berdua.
Suasana tiba-tiba jadi sunyi walaupun orang ramai masih lalu-lalang di sekeliling. Dalam hati Shaheen mahu menjerit terima kasih kepada Nis kerana sengaja buat dia berdua dengan Eddie. Inilah peluangnya! Dari tadi dia berangan mereka berempat macam sedang double date malangnya Eddie bukan teman lelakinya… belum lagi lebih tepat.
“Awak nak air apa?” tanya Eddie ringkas memecahkan suasana.
“Anything pun boleh.” Senyum Shaheen sedaya upaya ditahan agar tak nampak terlalu nyata.
Spontan, lelaki itu mengangguk. Mereka berjalan beriringan ke arah Coffee Bean and Tea Leaf (CTBL) berdekatan. Langkah mereka tak terlalu rapat, tapi tak juga terlalu jauh. Masih selari menuju ke arah kedai. Tanpa sedar, fon telinga milik Shaheen terlepas dari genggaman tangan. Berpeluh telapak tangannya menahan gemuruh. Lantas, Eddie tunduk mengutip lalu dihulurkan kembali ke arah Shaheen.
“Terima kasih, Eddie.”
“Sama-sama. Awak memang suka pakai earphone ke?” Eddie membuka bicara. Dari tempoh hari lagi, dia perasan Shaheen setia dengan earphone di telinga.
“Haah.”
“Selalu orang pakai earpod atau headphone. Jarang dah sekarang nampak orang pakai earphone bertali.”
“Ya ke? Senanglah pakai. Tak payah charge.”
“Tapi berbelitlah kan nanti?”
Shaheen tergelak kecil dengan tanggapan Eddie.
“Janji boleh dengar lagu. Saya nak dengar juga sekarang tapi sebab awak ada dekat sebelah, baik saya dengar suara awak kan?”
Eddie hanya tersenyum kecil menganggap Shaheen sekadar bergurau. Beberapa saat berlalu tanpa kata. Tiba-tiba pula Shaheen tak tahu nak beri reaksi apa lagi. Otaknya asyik memainkan fakta yang Eddie datang ke sini kerananya. Dia seakan jadi kaku apabila berdiri dekat dengan Eddie begini. Haih, keluarkan lagi sisi gilamu Qurratu Shaheen!
“Laptop lama awak memang dah tak boleh pakai ke?” soal Eddie apabila mereka semakin menghampiri CBTL.
Shaheen menarik dan menghembus nafas kecil. “Boleh pakai lagi tapi dia macam… dah slow. Asyik hang. Nak buka software pun kena tunggu lama,” luah Shaheen tanpa sebarang niat untuk meraih simpati Eddie.
Kepala Eddie pula sekadar bergerak ke bawah dan ke atas tanda faham.
“Baguslah tukar sekarang. Senang sikit kerja awak nanti.”
Shaheen memandang ke hadapan sebelum bersuara semula. “Thanks… sebab datang.” Dia baru ada keberanian untuk menyebut tentang hal itu.
Eddie tidak terus memandangnya. “Kebetulan je lalu. Sekejap lagi ada kerja dekat area sini.”
Jawapan itu pendek saja tapi Shaheen tidak terlepas daripada mengherot senyum kecil. Iyalah tu… Cakaplah dia perasan sebab dia memang perasan habis sekarang.
“Still datang juga walaupun saya dah cakap tak urgent.”
Kali ini Eddie menjeling sekilas sebelum dia keluarkan sesuatu dari beg sandangnya.
“Barang awak.”
Bekas pensel merah jambu itu dihulur oleh Eddie. Shaheen pandang seketika sebelum menyambutnya. Keningnya terangkat sedikit.
“Baru ingat nak awak simpan lama. Tunggu alasan nak jumpa lagi.” Tawa kecil sengaja Shaheen selitkan. Walaupun dia tahu dia cuma akan syok sendiri, tapi tetap rasa malu kalau Eddie sekali lagi tak menyambut maksud di sebalik ayatnya itu.
Tangan Eddie yang tadi menyeluk poket terhenti seketika. Dia berdehem kecil.
“Tak perlu alasan kut.” Jawapan itu kedengaran sedikit berbeza. Bersinar mata Shaheen tanpa ditahan. Kalau ini dunia manhwa, mungkin sudah berterbangan bunga-bunga di sekelilingnya sekarang.
“Oh…” Shaheen angguk perlahan. Sengaja dia memanjangkan reaksi. “Maksudnya awak memang nak jumpa saya?”
Khali sejenak. Segan Eddie nak mengaku sebab dia juga pelik dengan diri sendiri. Kenapa dia beriya sangat nak jumpa Shaheen di sini hanya atas alasan memulangkan bekas pensel? Mungkin betul, dari sudut hatinya, dia selesa mengenali Shaheen. Pandangannya lantas jatuh ke arah kaunter setibanya mereka di dalam kedai minuman itu.
“Awak nak air apa tadi?” soalnya, jelas cuba mengalihkan topik.
Shaheen tergelak kecil. Oh jual mahal lagi ya… Tak sangka semudah itu Eddie mengelak. “Saya rasa nak cuba Hazelnut Ice.”
Mereka bergerak ke kaunter sebelah. Eddie bercakap dengan pekerja di situ seraya memesan air buat mereka berdua termasuk untuk Nis dan Shawn. Dalam kesibukan kecil itu, Shaheen berdiri di sebelah sambil memerhati. Sesekali pandangannya jatuh ke arah sisi wajah Eddie, kemudian cepat-cepat dialihkan semula.
Baginya, reaksi kecil tadi sudah cukup meninggalkan kesan.
Sedang tenggelam dalam rasa yang buat jantungnya berdegup laju itu, telefon Shaheen dari dalam beg bergetar. Dia cepat-cepat meminta diri ke arah Eddie untuk menjawab panggilan tersebut di kawasan luar.
Nama yang terpapar di skrin buat Shaheen memejam mata sejenak sebelum menekan punat hijau.
“Kenapa, Sara?”
Part 4.1 of Ed Shah
https://medium.com/media/a5aa5e1ca6be9e57eab765d787f29c92/href
HARI Eddie kebanyakan waktu akan dihabiskan di kafe, rumah sewa Shawn atau studio latihan dan rakaman. Kakak-kakaknya sudah ada keluarga sendiri, jadi sebagai anak bongsu, Eddie memilih untuk menjaga ibu dan ayahnya yang saban hari meningkat usia. Tak sampai hati dia nak keluar rumah meskipun dia boleh saja tinggal sendiri. Tambah pula, orang tuanya yang menginjak lewat 50-an itu juga tak pernah kisah. Walaupun duduk serumah dengan ibu dan ayah, dia jarang berbual dengan mereka dalam tempoh masa yang lama. Bukan sengaja tapi kerana memori lama, Eddie yang memilih untuk menjaga jarak itu. Dia cuma pastikan ibu dan ayah sihat dan baik-baik saja.
Hujung minggu pula sepatutnya menjadi waktu mereka sekeluarga berkumpul nampaknya tergendala lagi ekoran Kak Hawa dan Kak Ja yang tak dapat balik menjenguk ibu dan ayah. Eddie rasa kesian juga kerana tahu ibu sangat berharap anak-anak perempuannya itu balik.
Selepas opening, Eddie tinggalkan kafe sebentar bagi menjemput Jasmine dan si kecil Kaif di rumah mereka. Sebelum tengah hari, mereka bertiga tiba di teratak Haji Yasir dan Hajah Farida setelah singgah membeli barang dapur di pasar raya berdekatan. Bonet kereta sarat dengan plastik berisi bahan mentah, minuman dan sedikit kudapan yang sengaja dibeli untuk menceriakan suasana. Walaupun dua kakaknya tidak dapat pulang, kehadiran Jasmine dan Kaif sudah cukup untuk menghidupkan kembali rumah yang sejak kebelakangan ini lebih banyak sunyi daripada suara. Dapatlah juga ibu dan ayah lepaskan rindu pada cucu mereka itu.
Sepatutnya rumah buat Eddie rasa seperti pulang ke sesuatu yang menenangkan, tapi baginya lain pula. Setiap langkah yang membawa dirinya ke halaman rumah keluarga datang bersama lapisan perasaan yang sukar dihuraikan. Keluhan kecil terbit di bibir tatkala dia boleh bayangkan perbualan yang bakal menghujani dirinya setiap kali ada Jasmine bersama mereka.
Eddie kemudian mengangkat beberapa plastik sekali gus, membiarkan Jasmine dan Kaif mendahului langkah masuk ke dalam rumah. Bau tumisan yang samar-samar menyambut mereka dari arah dapur. Seperti biasa, ibunya sudah lebih awal memulakan kerja untuk memasak makan tengah hari.
“Sampai dah?” ibu segera menoleh saat mendengar suara Kaif riuh di ruang tamu disambut oleh Haji Yasir.
Buat beberapa detik, Eddie berhenti sejenak di ambang pintu dapur.
“Ya, ibu,” jawabnya pendek.
Tiada sambutan lanjut atau soalan tambahan. Hanya bunyi senduk berlanggar dengan periuk diikuti desiran minyak yang memercik halus sebelum ibu menutup api dan bergerak keluar dari dapur sebentar. Eddie melangkah masuk, meletakkan plastik-plastik di atas meja dengan cermat. Dia membuka satu persatu lalu menyusun barang mengikut kebiasaan tanpa perlu disuruh. Pergerakan yang sememangnya sudah menjadi rutin. Tahu sangat ibu akan lama mengulit Kaif sebelum sambung memasak.
Jasmine masuk selepas bertegur dan menyalami kedua-dua mentuanya.
“Biar Min tolong,” ujarnya sambil menggulung sedikit lengan baju.
Eddie tak menghalang. Kalau ditegah nanti, Jasmine akan buka syarahan. Seketika kemudian, ibunya kembali ke ruang dapur membiarkan ayah bermain dengan Kaif di hadapan.
“Min lama tak jenguk ibu. Rindu ibu dekat Kaif.” tegur ibu seraya kembali ke island kitchen. Eddie dah berura nak tinggalkan mereka berdua tapi laju ibu menyuruhnya memotong bawang yang ada. Dia akur. Eddie labuhkan duduk di kerusi semula.
“Min minta maaf, ibu. Min busy sangat lately. Projek masuk nonstop. Mujur minggu ni boleh datang. Ini pun Min ingat nak datang sendiri dengan kereta, Edi bertegas nak ambil.” Kali terakhir Jasmine melawat ibu dan ayah adalah bulan lepas. Itu pun sekejap meskipun jarak rumahnya dengan rumah ibu tidaklah jauh mana.
“Ibu yang suruh Edi ambil,” potong ibu. Eddie masih tak angkat muka untuk menyampuk. Yang dia fikir sekarang, nak cepat potong bawang dan bawa diri keluar dari situ.
“Susahkan Edi je ibu.” Jasmine koyak senyum hambar. Faham benar niat di sebalik ayat ibu itu.
“Tak susahlah. Dah itu apa yang dia patut buat. Tolong Min dan Kaif. Kan, Edi?” soalan ibu hanya dibalas dengan deheman kecil.
Perubahan air muka Jasmine itu tidak terlepas daripada pandangan Eddie. Dia tak lanjutkan kata. Sekadar fokus dengan pisau dan papan pemotong. Telinga juga dipekakkan dengan perbualan Jasmine dan ibu. Selesai dengan tugas memotong, dia melangkah keluar dari dapur — memberi ruang kepada dua wanita itu.
Sementara di ruang tamu, suara Kaif bergema riang, berlari ke sana sini dengan tenaga yang serupa tak kenal erti penat. Tipikal perangai budak yang sedang nak membesar. Ayah juga nampak seronok melayan cucunya itu. Sesekali kedengaran gelak kecil Jasmine dari dapur berselang dengan suara ibunya.
Langkah Eddie untuk menyertai Kaif dan ayah terbejat saat melalui lorong yang menempatkan gambar-gambar keluarga mereka di atas meja kecil. Sebelum ini tak ada, mungkin ibu baru letak balik. Ada gambar raya, gambar terakhir yang lengkap mereka empat beradik bersama ibu dan ayah. Ada gambar hari sukan. Gambar graduasi. Dan gambar dirinya bersama arwah Hazim di hadapan bangunan Kloud Space yang belum siap sepenuhnya. Jari Eddie hampir menyentuh bingkai gambar itu sebelum dia tarik semula.
“Edi.”
Jasmin ambil masa sebenarnya nak tegur Eddie. Melihat raut mendung itu sungguh buat Jasmine hampir larut dalam emosi.
“Ada apa, Min?” Cepat-cepat Eddie kalihkan pandangan.
“Min rasa tertinggal beg baju Kaif dekat dalam kereta. Edi tak kunci pintu kan?”
“Oh ya ke? Tak apa, Edi ambilkan.”
Jasmine balas dengan anggukan. Sekilas matanya turut memandang frame gambar di sebelah Eddie sebelum kakinya masuk semula ke ruangan dapur untuk menolong ibu masak.
SELEPAS selesai makan dan solat zohor, suasana beralih ke halaman rumah. Cuaca redup petang itu sesuai untuk bersantai. Kaif berlari di atas laman dengan tawa penuh riang, manakala Jasmine duduk di bangku kecil berhampiran. Sesekali dia menegur dan mengingatkan anaknya supaya tidak berlari terlalu laju.
“Nenek, tengok ni ada belalang!” jerit si kecil sambil duduk bertinggung berdekatan dengan pokok bunga. Hajah Farida turut berada di situ menghabiskan masa.
Dari dalam rumah, Eddie memerhati seketika sebelum berhasrat untuk keluar. Dia perlu kembali ke kafe. Namun langkahnya terhenti apabila ayah sudah terlebih dahulu mengambil tempat di kerusi panjang di tepi dinding.
“Nak pergi kerja balik dah ke? Duduklah sekejap,” pelawa ayah sambil menepuk ruang di sebelah.
Eddie mengangguk kecil lalu duduk. Pandangannya tertumpu ke arah halaman. “Kenapa, yah?”
Beberapa detik berlalu dalam diam sebelum ayah membuka bicara.
“Min tu… masih sama kan?” katanya perlahan seperti sekadar berbual kosong.
Eddie tahu ayat itu akan dibawa ke mana. Dia menghela nafas kecil. “Maksud ayah?”
“Baik dengan kita semua. Dengan ibu pun… nampak masih serasi.”
Eddie hanya mengangguk. Hakikat itu tidak perlu dipertikaikan. Sejak dulu lagi, Jasmine memang mudah diterima. Tak pernah kekok dan pandai bawa diri dalam keluarga mereka. Segalanya sederhana oleh wanita itu, cukup untuk membuatkan orang sekeliling rasa selesa.
“Edi… sampai bila nak macam ni?” Ayah menyambung. Kali ini dengan nada yang lebih serius.
Soalan yang tiba-tiba jatuh itu buat Eddie mengetap rahang. Ayah jarang bangkitkan hal yang satu itu. Selalunya ibulah yang akan beri ayat pedas. Salah satu sebab kenapa dia dan ibu tak serapat dahulu.
Dia tidak terus menjawab. Pandangannya masih pada Kaif yang sedang berlari.
“Edi okey je macam ni, ayah.”
Ayah menggeleng perlahan. “Okey yang macam mana?”
Sunyi seketika menyelubungi mereka. Angin petang berlalu tanpa membawa jawapan.
“Ayah bukan nak paksa kamu. Cuma ayah tengok… hidup kamu macam kosong sejak arwah dah tak ada. Sampai bila nak macam ni?” sambungnya lagi.
Eddie tunduk sedikit. Jemarinya saling mengunci tanpa sedar.
“Entahlah ayah. Edi okey je. Lagipun Edi tak rasa Edi layak nak ganti tempat arwah kalau itu yang ayah maksudkan.”
Ayah memandangnya lama sebelum menghela nafas.
“Tak ada siapa suruh kamu ambil tempat sesiapa. Berdamailah dengan diri sendiri, Edi. Jangan terus hukum diri tu. Ajal maut tu kerja Tuhan. Yang hidup kena teruskan hidup,” balas ayah tenang. Kerutan di dahi tuanya terlakar jelas. Dia bimbang melihat anak bongsunya yang serupa tin kosong itu. Tak seceria seperti ketika dia remaja. Bercakap pun benda yang perlu sahaja. Pagi keluar kerja, lewat malam baru balik. Itu belum lagi kalau anaknya itu sibuk dengan latihan dan aktiviti band. Pernah beberapa kali juga seharian mereka tak bertembung.
Eddie hanya diam. Ucapan ayah itu menusuk dirinya namun tidak mudah untuk diterima bulat-bulat.
“Ayah kenal arwah abang kamu. Kalau dia ada… dia takkan nak kamu hidup macam ni.”
Nama Hazim tidak disebut secara terus tapi kehadirannya cukup kuat untuk mengubah suasana. Eddie telan liur kelat. Pandangannya beralih seketika ke arah Jasmine yang sedang ketawa kecil melihat Kaif terjatuh dan bangun semula tanpa menangis. Laju ibu membantu Kaif walaupun kaki ibu pun tak baik mana. Elok budak kecil itu sambung ketawa dengan neneknya itu.
“Susah ayah,” ujar Eddie hampir berbisik.
“Apa yang susah? Kamu dulu pun suka Min kan?”
“Ayah…” meleret Eddie memanggil ayah. Tak gemar apabila hal lama itu diungkit kembali.
Ayah menghela nafas panjang seraya menepuk perlahan bahu anak lelakinya itu.
“Ayah dah banyak nasihat. Terpulang pada kamu nak terima macam mana. Kalau bukan dengan Min sekalipun, cuba cari orang baru yang boleh buka hati kamu. Ayah tak suruh kamu kahwin pun. Ayah cuma nak kamu bagi peluang pada diri sendiri untuk bahagia.”
“Edi happylah ayah. Dengan band. Dengan bisnes sekarang. Sibukkan diri pun satu cara untuk tak fikir banyak. Okey je. Serius.” Ayat Eddie diakhiri dengan tawa kecil. Faham yang ayah risau akan hidupnya yang banyak diisi dengan kerja dan komitmen. Sampai kadang-kadang tak ada masa untuk diri sendiri.
“Itu yang kamu cuba sedapkan diri. Tapi hakikatnya… kamu betul-betul happy ke?”
Terasa ditampar dengan soalan ayah. Dia tak terus jawab. Hanya biarkan ayah bangun meloloskan diri ke dalam rumah. Eddie kekal jumud di tempat duduknya. Bukan dia tak nak bagi peluang pada diri sendiri cuma dia masih rasa bersalah memikirkan apa yang telah dia lakukan pada arwah. Pada Jasmine. Pada Kaif.
Sedangkan ibu ambil masa bertahun untuk berdamai dengan apa yang jadi. Bertahun rumah terasa kosong. Bertahun untuk dia kembali berbual dengan ibu seperti biasa. Kalau ayah nak dia bersama Jasmine supaya dia dapat rasa gembira semula, berbeza pula dengan ibu.
Ibu anggap Jasmine dan Kaif adalah tanggungjawabnya kini yang patut dijaga. Itu yang buat posisi Eddie bukan sekadar sukar, tapi seolah-olah dia sentiasa berada di tempat yang salah walau ke mana pun dia berdiri.
“Sembang apa dengan ayah?”
Ralit tenggelam dengan fikiran sendiri, Eddie langsung tak sedar sejak bila Jasmine ambil tempat di kerusi bertentangan dengannya.
“Min.”
“Ayah suruh Edi kahwin dengan Min lagi ke?” Selamba Jasmine menyoal. Selendangnya di bahu dibetulkan apabila terjatuh ditiup angin. Cuaca mendung macam nak hujan. Sekejap lagi dia kena paksa Kaif masuk rumah.
“Edi cakap je la kita tak suka each other,” tambahnya memberi cadangan.
“Ke Edi memang suka Min? Itu yang tak tolak bila ayah cakap.”
“Min…”
Jasmine tergelak melihat wajah kelat Eddie. Dia bergurau saja. Mereka dah berkawan lama. Jadi tak susah untuk dia faham apa yang membelenggu perasaan Eddie.
“Biasalah ayah nak tengok Edi happy. Tapi sungguh, kita tak akan kahwin okey. Min dah anggap Edi macam adik beradik sendiri. Edi jadi pak su Kaif pun dah lebih dari cukup.”
“Auch, kena reject.” Eddie buat gaya pegang dada persis sakit ditolak secara direct begitu. Di sebelah, Jasmine dah geleng kepala terhibur. Nada suaranya kembali serius.
“Because I really want to see you happy. Min tahu Edi masih rasa bersalah dengan arwah. Dengan kami. Even it’s not your fault. Tapi yang lepas tu biarlah lepas. Bukannya kita boleh undur balik masa. Sekarang pun, Min rasa bersyukur sangat keluarga Edi masih terima Min yang sebatang kara ni. We don’t have to get married just to be a family. We’re already a family, betul tak?”
Mata Eddie jatuh ke arah wajah Jasmine. Dia leretkan senyuman ikhlas yang sarat dengan pelbagai emosi. Dari dulu sampai sekarang, kematangan dan ketabahan Jasmine sentiasa buat dia terpegun.
“Sampai bila-bila Min tetap keluarga kami.”
Maafkan aku Hazim, maafkan aku.
Part 3 of Ed-Shah
https://medium.com/media/a51d981aa3b404799f727c33822a17e5/href
KELUHAN terluncur dari bibir Shaheen apabila membaca balasan Eddie yang mengatakan lelaki itu tidak berada di kafe sekarang. Sejujurnya, dia sendiri tak pasti apa yang dia harapkan. Eddie bukannya staf biasa yang perlu berada di situ mengikut syif. Salahnya juga kerana datang tanpa memaklumkan terlebih dahulu walhal sebelum ini Eddie sudah menyebut supaya beritahu awal kalau nak datang.
Namun jauh di sudut hati, Shaheen tetap berharap yang Eddie ada di situ. Walaupun dia yakin, tidak mungkin Eddie peduli sama ada dia datang atau tidak. Niatnya sekadar mahu menjadikan alasan untuk berjumpa dengan lelaki itu nampaknya berakhir dengan rasa kecewa yang ditanggung sendiri.
Usai berbalas mesej beberapa kali dengan Eddie, Shaheen menutup ruangan perbualan mereka. Dia menghela nafas panjang sambil membetulkan awning shawl yang dipakai. Entah sejak bila, reseptor malunya seperti hilang apabila berbual dengan Eddie. Dia menjadi lebih berani malah kadangkala terlalu jujur pula. Lain betul dengan personaliti dirinya yang sebenar.
Walaupun jelas kelihatan Eddie melayannya dengan kadar yang minimum, Shaheen merasakan terlalu awal lagi untuk dia berputus asa. Mereka baru sahaja mula berinteraksi dengan lebih kerap. Beberapa kali berjumpa sebelum ini tidak cukup untuk dia membaca lelaki itu sepenuhnya.
Lagi pula, kalau Eddie betul-betul tak mahu melayan, pasti lelaki itu sudah lama berhenti membalas mesejnya. Itu sudah cukup memberi ruang untuk dia mencuba. Shaheen pula bukan jenis perempuan yang merayu demi lelaki. Dia cuma ada keinginan untuk berteman dan mahu lihat sejauh mana seseorang boleh bertahan dengan versinya yang begini. Mungkin yang dia cari bukan perhatian semata-mata, cuma rasa dipandang oleh seseorang. Dan dia rasa dia berjaya mencuri perhatian Eddie walaupun sedikit dan masih samar.
Prinsip Shaheen sekarang, alang-alang dah gila, biar gila betul.
Sekarang Shaheen buntu di tempat duduknya. Selepas tamat kelas terakhir tadi, dia terus mengambil e-hailing ke Kloud Space. Jaraknya tidaklah jauh mana dari kolej, sekitar 20 minit sahaja kalau tak sesak. Memandangkan dia sudah berada di sini, terasa membazir pula kalau terus balik. Lalu Shaheen bergerak ke sudut yang lebih tersorok, berhampiran rak buku kecil di hujung kafe. Dia membuka laptop dan menyusun beberapa kertas lakaran sebelum pergi memesan secawan kopi latte panas.
Jam tangan ditenung sekilas. Pukul 4.45 petang. Dia berkira-kira. Lebih baik makan malam terus sebelum pulang sekejap lagi. Sekurang-kurangnya ada satu urusan harian yang selesai. Kalau dia balik dengan perut kosong, Shaheen sangat yakin dia hanya akan tenggelam dengan kerja dan tertidur nanti melayan penat sendiri.
Setelah membuat satu video yang merakam dirinya memakai lip treatment untuk dimuat naik ke akaun Tiktok, dia kembali memfokuskan diri pada kerja. Sesekali keningnya berkerut. Apabila belakang tubuh mula rasa lenguh, dia menukar posisi badan pada kerusi. Cuba mencari sudut selesa untuk berfikir dan terus menghadap skrin.
Sejam kemudian, cawan kopinya hanya tinggal cincin di permukaan. Dia bangun semula untuk membuat pesanan lain. Harga di Kloud Space agak berpatutan jika dibandingkan dengan kafe lain di sini. Shaheen memesan nasi butter chicken chop dan segelas honey lemon suam memandangkan dia sedang datang bulan. Eloklah dia elak minuman berais. Pager kecil diterima setelah melakukan pembayaran. Shaheen kemudian kembali ke tempat duduknya.
Sedang Shaheen asyik mendengar lagu melalui fon telinga, figura seseorang muncul berdiri di sebelah meja buat dirinya sedikit terkejut.
“Shaheen?” Gerangan empunya suara dalam itu berjaya buat jantung Shaheen terhenti sesaat. Dia segera menoleh lalu renungan mata mereka bercumbu.
“Eddie.”
“Tak balik lagi?” Jujur Eddie terkejut. Dari jauh dia nampak Shaheen terus dia datang dekat untuk pastikan yang dia tak salah orang. Dari pengamatannya, dia tahu Shaheen sudah lama berada di situ.
“Ingat nak makan malam dulu.” Shaheen cuba mengawal nada supaya kedengaran biasa meskipun dalam hati dia sedang bersorak. Dia bertapa di situ pun niat untuk menyiapkan kerja. Tak terfikir langsung yang Eddie akan kembali ke kafe dalam waktu ketika dia masih berada di situ.
“Awak bukan tunggu saya kan?” soal Eddie sedikit rasa bersalah. Cap di kepala diangkat turun. Lagu instrumental yang menjadi latar bunyi mengisi ruang sunyi antara mereka.
Di hadapan Eddie, Shaheen terdiam sejenak. Terkesima sedikit dia melihat penampilan Eddie yang sememangnya nampak lebih matang dalam pakaian kasual berbanding dalam pakaian ketika berada di atas pentas.
“Kalau ya pun, kenapa?” Sengaja Shaheen menguji Eddie. Dia picingkan mata sedikit tanda bergurau.
“Saya nak tegur staf saya sebab tak tolong awak sedangkan saya dah pesan dekat diorang tadi.”
Refleks, Shaheen meledakkan tawa. Dengan wajah serius Eddie itu lagi Shaheen rasa terhibur. “Taklah. Saya yang menyorok duduk sini.”
Bibir Eddie dikatup sambil mengangguk kepala perlahan. Pandangannya jatuh pada pager bernombor di atas meja Shaheen. Tanpa banyak kata, dia berjalan ke kaunter dan kembali beberapa minit kemudian dengan pinggan pesanan Shaheen di tangan.
“Terima kasih. Terharu pula bos yang hantar makanan,” ujar Shaheen, menahan gemuruh yang tiba-tiba datang tanpa amaran apabila Eddie mengambil tempat di hadapannya. Dia nak simpul senyum pun kena tahan dari terlakar terlalu lebar.
Memandangkan kafe pun dah tak ramai orang dan operasi premis bakal ditutup dalam setengah jam lagi, Eddie tak sampai hati biarkan Shaheen di situ seorang diri.
Shaheen menolak pinggan sedikit ke tepi dan mula menyusun semula laptop serta kertas lakaran yang bertaburan. Risau juga rosak kalau air atau makanan tertumpah. Sementara Eddie di hadapannya sempat memandang layout di skrin.
“Ini ke projek awak cakap tu?”
Shaheen basahkan bibir. Dia tak rasa perlu terus berpura-pura lagi. Bukankah prinsip dia sekarang adalah direct and straightfoward! Alang-alang gila, biar gila betul!
“Sebenarnya kan, saya dah buat projek tentang community space tu last semester.”
“Oh, jadi…” Eddie cuba mencantumkan titik.
“Kan saya cakap, saya datang nak jumpa awak.” Laju Shaheen membalas. Rongga pipinya tak usah cakap, memang dah mengembang menahan gemuruh yang kian memuncak. Reaksi bungkam Eddie buat Shaheen meneruskan kata.
“Untuk semester ni, saya kena buat tema Boutique hotel. New building. Kena buat full layout, zoning, circulation, konsep sekali.” Hampir tak berhenti bernafas Shaheen menjawab. Dia tunjuk pelan lantai di skrin berserta kertas konsep mood board.
“Yang ini bahagian lobi. Saya cuba buat open tapi masih maintain privacy untuk guest. Lepas tu sini ruang kafe kecil. Okey maybe ada jugaklah function saya datang sini. Tapi lecturer cakap circulation saya macam confusing sikit, jadi saya tengah dalam usaha untuk adjust lagi.”
Eddie mendengar tanpa mencelah. Pandangannya bukan sahaja pada skrin, malah pada gerak-geri Shaheen. Dia perasan macam mana jari-jemari gadis itu saling mengunci dan diangkat ke udara, kemudian memicit hujung jari sendiri setiap kali dia cuba menerangkan sesuatu dengan lebih terperinci. Seperti satu habit yang tidak disedari.
Rasanya dia pernah nampak gerakan itu. Di dewan semasa show tempoh hari.
Spontan Eddie menahan senyum kecil lalu menunduk seketika. Tanpa berkata apa-apa, dia mencapai cawan honey lemon milik Shaheen dan mengalihkannya ke sebelah kanan – hampir dengan tangan gadis itu agar mudah dicapai. Dia tidak pasti kenapa dia buat begitu. Mungkin kerana dia nampak cara Shaheen menggenggam jari sendiri seolah-olah sedang menahan sesuatu.
Tak semena-mena, celoteh Shaheen terhenti seketika. Dia menggenggam gelas tersebut tanpa dipinta. Kehangatan air membuatkan jarinya jadi lebih tenang. Eddie perasan akan perubahan itu. Shaheen tidak lagi nampak gelisah seperti tadi.
“Awak explain laju sangat,” kata Eddie akhirnya.
Laju sangat ke? Shaheen tak sedar pun dia dah bercakap terlalu jauh. Semuanya gara-gara tak sanggup melihat Eddie terus diam dari memberi sebarang respon. Itu yang laju dia melalut. “Sorry. Saya memang macam ni kalau bercerita.”
“Tak perlulah minta maaf. Saya faham…” Eddie memandang semula pada kertas milik Shaheen. Dia faham sikit-sikit aje apa yang Shaheen cakap.
“Awak dapat tangkap ke ke apa saya buat ni?” ragu-ragu Shaheen menyoal. Eddie nampak fokus mendengar dan mengangguk serupa faham benar apa yang Shaheen bebel dari tadi. Mungkin itu cara Eddie menghormatinya dengan hanya mendengar tanpa mencelah. Atau cara Eddie membantunya untuk menutup malu. Oh Shaheen, bersyukurlah mamat ni nak layan kau!
“Sikit-sikit. Saya bukan orang design. But I can see your passion through your talk just now.”
Sekilas Shaheen senyum. Khali sejenak. Beberapa pelanggan yang lalu-lalang dipandang oleh mereka berdua.
“Awak dari mana tadi?” Di kesempatan itu, Shaheen cuba ambil tahu tanpa niat nak menyibuk. Cuma mengisi ruang perbualan mereka. Kenalah ambil peluang ini. Bila lagi dia boleh jumpa Eddie kan?
“Saya jumpa kawan. Uruskan sikit fasal SE.”
Anggukan kepala dibalas oleh Shaheen tanda mengerti.
“Awak tak sibuk ke jaga bisnes sambil dengan band? Macam buat dua komitmen serentak.” Shaheen kagum sebenarnya walaupun dia tak sepenuhnya mengenali Eddie lagi. Tapi dari perkongsian pendek Nis, melihat ahli-ahli SE turut menghormati Eddie, dia tahu lelaki itu komited dalam setiap perkara yang dia lakukan.
Eddie bersandar pada kerusi tatkala mendengar soalan random itu dari mulut Shaheen. “Busy. Mestilah busy. Tapi kalau dulu penat sikit sebab kami independent band. Semua urus sendiri. Sekarang baru ada label, dah ada manager. Jadi saya tak pening seorang. Shawn pun banyak bantu saya.”
Sambil berkata begitu, Eddie menolak perlahan pinggan chicken chop yang tadi diletakkan sedikit jauh supaya lebih hampir dengan Shaheen. Tindakan kecil itu dibuat tanpa sedar.
“Wah,” Shaheen menyandarkan dagu pada belakang tangannya. “Jadi sekarang awak artis berlabellah ni? Tak apa ke saya duduk sini dengan awak. Tak takut fans marah?”
Tergelak kecil Eddie dengan serkap jarang dari Shaheen.
“Masih sama je, Shaheen. Tak perlu panggil saya artis. Industri band indie Malaysia ni tak besar mana. You need a big fanbase to get known and SE tak sampai level tu lagi. Buat masa sekarang kami release lagu, penyokong hanya kenal kami dekat show atau festival, interact dekat media sosial. That’s it. Dekat luar saya masih Heidi bukan Eddie dari Senja Echoes. Kafe ni pun yang tahu je tahu, saya owner.”
“Tetaplah hebat tu.”
Eddie tersenyum tipis. “Biasa aje.”
“Mana ada biasa. Kalau saya, mungkin dah angkat hidung tinggi sikit waktu berjalan. Ataupun jadikan content supaya boleh inspired anak-anak muda zaman sekarang.”
“Kenapa pula?” Berbual dengan Shaheen, buat satu sisi Eddie rasa selesa tanpa perlu dipaksa. Gadis itu pandai membawa perbualan jauh dari rasa janggal. Walaupun sedikit-sebanyak menakutkan Eddie juga.
“Sebab dah berjaya dalam hidup. Apa yang awak buat ni mungkin impian seseorang dekat luar sana.” Shaheen memandang tepat ke arah Eddie. “Awak jenis yang lowkey sangat. Tapi bagus jugak, biarlah saya aje jadi penyokong awak.”
Eddie terdiam sesaat. Air mukanya sedikit berkocak manakala hujung telinganya mula terasa panas. Dia menegakkan posisi duduk dan cuba kelihatan neutral.
“Tak ada apa yang impressive pun, Shaheen. Dekat luar sana ramai lagi yang lebih dari saya. Yang buat lagi banyak kerja dalam satu masa.”
“Ish, cuba awak berterima kasih saya puji.” Shaheen menyuap sedikit makanan sebelum menyambung, “Awak urus bisnes sendiri, dedicated with music dan masih ada masa jawab mesej saya. Itu dah kira hebat tau.”
Sekonyong-konyong, Eddie berdehem perlahan. “Jawab mesej bukan kerja berat pun.”
“Tapi awak tetap jawab.”
Untuk itu, Eddie tidak segera membalas. Dia hanya memandang ke arah meja seketika, kemudian kembali memandang Shaheen. Gadis itu masih dengan ekspresi selamba seakan tidak sedar betapa beraninya ayat-ayat yang keluar dari mulutnya.
“Atau…mungkin saya memang special case?” Shaheen menyambung dengan nada mengusik. Nak kata Eddie ni lurus, macam mustahil sangat. Terlibat dalam perkara yang banyak bermain dengan emosi dan perasaan yakni dalam pembikinan lagu, Shaheen yakin Eddie lebih dari faham. Patut ke dia cari tahu dulu tentang kenapa Eddie masih belum melepaskan cinta pertamanya dahulu?
“Pardon?” Cara Shaheen bercakap itu membuatkan Eddie terpinga seketika. Dia faham maksud di sebaliknya. Sangat faham. Memang betul Shaheen berjaya menarik sedikit ketenangan yang dia ada. Namun seperti biasa, dia memilih untuk berdiri di garis selamat.
“Bos, sini sekejap,” panggil salah seorang staf dari kaunter. Bagaikan itulah isyarat yang ditunggu, Eddie terus bangun dari tempat duduknya.
“Saya ada kerja sikit,” ujar Eddie ringkas, nada kembali neutral seperti awal pertemuan mereka tadi.
Beberapa detik, Shaheen terkedu. Dia cepat-cepat koyak senyum nipis agar tidak menunjukkan apa-apa reaksi yang berlebihan.
“Enjoy your food,” sambung Eddie sambil mencapai cawan kopi yang kosong di hadapannya untuk dibawa ke kaunter. “Saya harap kopi awak minum ni boleh recharge energy awak semula. Kalau apa-apa perlukan bantuan untuk projek tu, tanya aje staf. Saya dah maklumkan.”
Shaheen hanya menjawab dengan anggukan. “Okey. Terima kasih, Eddie.”
“Sama-sama.”
Eddie berhenti sejenak seperti ingin melanjutkan kata, namun akhirnya dia hanya mengangguk kecil sebelum berlalu pergi tanpa menoleh lagi.
Langkahnya sangat tenang persis perbualan mereka tadi tidak meninggalkan kesan padanya. Dan itu cukup untuk menggegarkan seluruh dunia emosi Shaheen.
Kalau sebelum ini dia cuma sukakan imej Eddie and the idea of having crush on him tapi sekarang Shaheen rasa dia sedang jatuh suka dengan personaliti misteri lelaki itu. Serupa ada dinding yang Eddie masih takut untuk runtuhkan. Adakah ini petanda yang baik atau tak?
SELEPAS menghantar kepulangan Shaheen dari pandangan mata, Eddie masih berdiri di tempat yang sama untuk beberapa ketika. Pintu kaca kafe yang tadi ditolak keluar kini kembali tertutup rapat. Bayang tubuh Shaheen yang semakin menjauh tadi seakan masih tertinggal di situ dan melekat di ruang pandangannya. Dia sendiri tak pasti kenapa dia tidak terus masuk ke dalam.
Mujur suara salah seorang pekerjanya memanggil dari dalam.
“Bos, nak close counter dah.”
Eddie tersentak kecil.
“Ha ya,” balasnya ringkas sebelum melangkah masuk. Sekurang-kurangnya, dia ada alasan untuk tidak terus berdiri di situ… memikirkan sesuatu yang dia sendiri tak mahu fikirkan terlalu lama.
Baru beberapa tapak Eddie melangkah, loceng kecil di pintu berbunyi menandakan ada pelanggan masuk.
“Assalamualaikum.” Jasmine melangkah masuk sambil memimpin tangan kecil Kaif di sebelahnya. Riak kepenatan terpeta jelas di wajah wanita itu tapi tetap mengulum senyum seperti biasa.
“Waalaikumsalam,” jawab Eddie sambil menoleh.
“Pakcu!” Kaif terus berlari mendapatkan Eddie sebaik sahaja nampak lelaki itu.
Refleks, wajah Eddie berubah lembut. Dia menunduk sedikit lalu mengangkat kanak-kanak itu ke dalam dukungan.
“Hello, kapten! School macam mana hari ini, seronok?” tanyanya teruja, jauh berbeza daripada nada tenangnya sebentar tadi. Dengan Kaif yang sudah dia anggap seperti anak sendiri itu, memang automatik dia jadi manusia paling menghiburkan.
Kaif ketawa riang. Tangan kecilnya memegang hujung topi Eddie.
“Sonok. Hari ni ada hari jadi kawan Kaif!” celoteh kanak-kanak 4 tahun itu dilayan tanpa kekok oleh Eddie.
Sementara itu, Jasmine yang memerhati lagat mereka menghampiri kaunter sambil tergelak kecil. Matanya sempat melirik ke arah pintu kaca tadi sebelum kembali ke arah Eddie.
“Siapa tadi tu?” soalnya bersahaja, menunjukkan dia perasan sesuatu. Dia tak buta untuk melihat wajah Eddie tika memandang seseorang tadi.
Eddie sedikit tengadah seraya turunkan Kaif ke bawah semula sebelum membalas pendek.
“Kenalan.”
Jasmine mengangguk perlahan. Namun pandangannya tidak beralih dari wajah Eddie yang sedang bergurau dengan anaknya itu. Ada sesuatu yang cuba dibaca oleh Jasmine.
“Min, makan dah? Edi boleh suruh staf masakkan sekejap. Kafe tutup dah. Senang nak apa-apa.”
“Eh tak payah, Edi. Min datang singgah sekejap sebab Kaif ni nak jumpa sangat paksu dia aje. Makan malam kami Min dah beli on the way balik dari ofis tadi.”
“Ya, Kaif? Rindu pakcu ke?”
“Windu! Bila kita nak pergi park macam hari tu?”
“Bila Kaif nak?”
“Jomlah pakcu. Ajak nenek dengan atok cekali.” Hujung baju Eddie ditarik-tarik oleh Kaif. Eddie kemudian duduk bertinggung di depan Kaif. Beg sekolah di bahu anak kecil itu dibetulkan sebelum rambut Kaif diusap lembut.
“Boleh. Hujung minggu ni kita pergi park.”
Di tempat Jasmine, dia hanya menggeleng sambil melorek senyum. “Penat paksu nak melayan awak, Kaif. Pak su tu sibuk tau.”
Kaif tayang muka tak puas hati pada ibunya. Sibuk aje. Dia sedang bercakap dengan pak cik kesayangannya itu.
“Kita tak payah ajak ibu, nak?” Sengaja Eddie mengusik anak buahnya.
“Eh, tak boleh. Ibu kena ada dengan Kaif!”
Tawa mereka bersilih ganti di ruangan kafe yang semakin lengang itu. Sementara cahaya matahari petang yang berbaki menyusup masuk melalui dinding kaca, melukis bayang panjang di lantai. Eddie masih di posisi melayan Kaif yang tidak habis-habis bercerita. Sesekali dia mengangguk, sesekali dia berpura-pura terkejut membuatkan kanak-kanak itu ketawa tanpa henti.
Dari tempat Jasmine berdiri, dia hanya memerhati. Senyuman masih terukir di bibirnya, namun matanya menyimpan sesuatu yang lebih dalam daripada sekadar rasa terhibur.
Dia kenal Eddie. Terlalu lama untuk tidak memahami lelaki itu. Jasmine menghela nafas perlahan — hampir tidak kedengaran.
Tidak semua perkara perlu ditegur. Ada yang hanya perlu difahami dan dibiarkan.
“Kaif, dah lewat ni. Kita balik dulu, ya?” akhirnya Jasmine bersuara lembut. Lagi melayan Kaif, lagi lambatlah mereka sampai rumah.
“Alahh…” Kaif mencebik kecil, jelas belum puas. Nanti dekat rumah hanya ada dia dan ibu. Dia bosan!
Eddie bangun lalu menepuk bahu Kaif lembut.
“Hujung minggu ni kita jumpa lagi. Janji.”
“Janji tau!”
“Janji, kapten.”
Kaif tersenyum lebar sebelum berpaling semula kepada ibunya.
Tangan anaknya itu dicapai sebelum kembali memandang Eddie. Tiada apa yang diucapkan, hanya satu pandangan yang cukup lama untuk menyampaikan sesuatu yang tidak terluah.
Eddie membalas dengan anggukan kecil.
“PAK cik, tunggu kejap boleh?” Shaheen membuka semula pintu kereta untuk keluar.
Dia tiba-tiba teringat akan bekas pensel yang mungkin tertinggal di mejanya membuat kerja tadi. Namun, niat itu terbantut begitu sahaja sebelum sempat dia berpatah balik ke arah kafe. Langkahnya terbejat.
Di hadapan pintu kaca, dia nampak Eddie bersama seorang wanita dan seorang anak kecil yang kelihatan cukup selesa di sisi lelaki itu.
Kening Shaheen terangkat sedikit.
Siapa?
Gaya macam tu… tak akan pelanggan biasa?
Dia berdiri di situ beberapa saat, sekadar memerhati dari jauh tanpa sedar. Bukanlah dengan rasa apa-apa yang berat tapi lebih kepada cuba untuk memahami situasi yang tidak dijangka itu.
Cara Eddie melayan kanak-kanak itu… agak lain. Lebih santai dan lebih terbuka. Berbeza daripada lelaki yang duduk berhadapan dengannya tadi.
Menarik.
Bunyi hon pendek menyentakkan lamunannya.
“Dik, nak masuk ke tak ni?” tegur pemandu e-hailing dari dalam kereta yang berhenti tidak jauh darinya.
Shaheen cepat-cepat mengangkat tangan.
“Nantilah.” Bisiknya perlahan pada diri sendiri tentang bekas pensel itu. Dia tak rasa nak bertembung dengan Eddie semula dalam keadaan begitu.
Lantas, Shaheen masuk semula dan terus menutup pintu kereta rapat.
“Jalan, pakcik.”
where the lights don’t reach
Part 2 of Ed-Shah
https://medium.com/media/92b89b52508c9db1e7d6b1eeddfe268a/href
SELEPAS Maghrib, Shaheen dan Nis atur langkah ke perhentian bas untuk ke Dewan Tun Razak, dewan kedua terbesar selepas dewan utama universiti. Sudah menjadi kebiasaan, setiap bulan akan diadakan Noktura Session di mana beberapa band dan penyanyi tempatan dijemput untuk membuat persembahan. Selain itu, suasana turut dimeriahkan dengan jualan dan pameran oleh kelab-kelab pelajar yang mengambil peluang untuk mempromosikan aktiviti masing-masing.
Salah satu acara kegemaran residen Universiti Nusantara Malaya (UNMA) di malam minggu.
Ikutkan Shaheen bukan jenis yang gemar melibatkan diri dengan acara sosial sebegini. Dia lebih selesa terperuk di studio dan pecah kepala dengan lakaran yang belum siap. Namun, memandangkan dia sebilik dan berkawan rapat dengan Nis yang hampir setiap bulan setia turun menyokong, Shaheen mula mempersoalkan semula keputusan ujian personaliti MBTI yang pernah diambilnya sebelum ini. Mungkin I kini sudah menjadi E.
Tidak silap Shaheen, ini kali kedua SE menyertai Noktura Session di sini. Kali pertama bulan lepas, dia tidak berkesempatan menemani Nis kerana komitmen di studio sering kali berlarutan hingga lewat malam. Kali ini, dia sengaja melapangkan jadual.
Demi melihat Eddie.
Fikiran itu menyinggah sebelum dia sendiri senyum tipis. Bagaikan satu cabaran pula untuk dia cuba menarik perhatian Eddie.
Mereka berdua mengambil tempat di dalam dewan setelah membeli air di booth luar. Dewan kian dipenuhi oleh penonton. Sorakan bergema setiap kali kelibat kru lalu di hadapan pentas.
Acara dimulakan dengan laungan gemuruh dari hadirin apabila pengacara majlis memperkenalkan band pertama. Gitar elektrik memecah ruang bersama dentuman drum menyusup hingga ke dada. Shaheen menyandar sedikit pada kerusi lipat yang disusun rapat-rapat, cuba membiasakan diri dengan tenaga yang berlegar di sekeliling. Fuh, dia dapat rasa adrenaline di seluruh badan.
“SE bila?” tanya Shaheen pada Nis di sebelahnya. Dia tinggikan suara sedikit supaya tidak tenggelam dalam bunyi muzik.
“Second last rasanya. Shawn cakap dalam pukul 9.30 macam tu.”
Shaheen angguk perlahan.
“Tahulah nak tengok crush.” Nis senyum nakal. Tak sangka Shaheen betul-betul tekad untuk mencari teman lelaki.
“Diamlah,” balas Shaheen, namun tawa kecil mereka tetap terlepas juga.
Belum sempat Shaheen menikmati persembahan seterusnya, telefon di tangan bergetar tanda mesej masuk. Tak semena-mena dia putarkan mata melihat nama Sara di skrin. Jarinya laju membalas sehinggalah ayat Sara tentang dia berkira itu buat darah Shaheen terasa mendidih. Dia mula hilang fokus dan senyuman kian sirna. Dari rasa nak berseronok, terus potong mood.
Beberapa minit kemudian, nama mama pula tertera di skrin. Hatinya terdetik sesuatu yang kurang enak. Ini mesti Sara pergi mengadu dekat mama.
Dia buka mesej itu dengan perasaan bercampur baur. Baris-baris ayat yang muncul membuatkan bahunya menegang sedikit demi sedikit. Perkara yang sama berulang seperti kitaran yang dia sendiri tak tahu bila akan tamat.
Shaheen menarik nafas panjang sebelum membalas. Jari-jarinya menaip laju dan sedaya upaya dia memilih perkataan yang tidak berbunyi kasar. Dia susun ayat supaya kedengaran rasional walaupun Shaheen tahu dia berbunyi bagaikan sedang mementingkan diri sendiri. Tapi apa yang dia cakap juga, benda betul. Sara dah melampau sebab terlalu kerap meminta duit. Macamlah Shaheen tak tahu yang duit tu akan digunakan untuk perkara lagha.
Permintaan mama kedengaran lembut namun sarat dengan beban. Kononnya hujung bulan akan diganti. Jangan berkira dengan keluarga sendiri. Tch, Shaheen telan liur.
Telefon bergetar lagi.
Kali ini panggilan pula yang masuk.
Dia diam beberapa saat. Hanya memandang nama itu berkelip di skrin. Tak lama selepas itu, panggilan terhenti sendiri sebelum mesej lain pula masuk. Mama meminta dia untuk mengangkat telefon juga buatkan Shaheen jadi serba salah. Dadanya terasa sempit.
Nis yang perasan perubahan pada wajah rakannya itu menoleh. “Kenapa?”
“Mama aku call.”
“Oh. Jawab ajelah.”
Shaheen mengangguk malas meskipun dalam hatinya ada keengganan yang sukar dijelaskan. Dia tidak mahu nada suaranya nampak tak okey lalu bakal mengganggu suasana yang sepatutnya menyeronokkan buat mereka berdua.
Telefon bergetar lagi. Dan kali ini lebih lama — mendesak Shaheen untuk menjawab panggilan dari orang tuanya itu juga.
“Aku jawab kejap,” katanya perlahan kepada Nis. “Kau tengoklah dulu.”
Nis mengangkat ibu jari tanda faham.
Shaheen bangun dari tempat duduknya, menyelit keluar di celah-celah penonton yang masih asyik menonton persembahan. Di dalam dewan, muzik dan sorakan memenuhi ruang. Berbeza di luar pula, perbualan yang menunggu mungkin akan mengikis sedikit lagi sisa tenang yang cuba dipertahankan oleh Shaheen.
Dia atur langkah menuju ke pintu belakang dewan. Nafas dikumpul seketika sebelum menekan butang hijau.
“Hello, ma.”
“Kenapa lambat angkat?” Suara mama sedikit meninggi. Jelas ada getar yang menandakan wanita itu tidak puas hati.
“Kakak dekat dalam dewan tadi. Bising sangat. Tak dengar.”
“Bising macam mana pun kenalah angkat kalau mama call.”
Shaheen memejam mata sejenak. Dia tahu perbualan ini tidak akan jadi pendek.
“Kakak pinjamkan dulu dekat adik, nanti mama bayar balik bila dah gaji. “ Nada suara mama berubah lebih lembut dari tadi. Pesan itu diingatkan semula kepada Shaheen.
“Kereta dia buat hal tu kena masuk bengkel. Tak kesian dekat adik ke, kakak?”
Kakak lagi kesian dengan diri sendiri, ma. Bisik Shaheen, tak terluah untuk dia cakap pada mama.
“Bukan tak nak tolong, ma. Kakak baru je bagi dia duit last week. Ini mintak lagi. Mama asyik back up Sara aje.” Shaheen cuba memastikan suaranya mendatar dan tidak meninggi walaupun dadanya mula terasa sesak.
“Apa kakak cakap ni? Mama mintak tolong bagi duit dekat adik pun kakak berkira. Mama dah cakap, hujung bulan mama ganti. Akak bagi dulu.”
Perkataan ganti itu berlegar-legar di fikirannya. Berapa kali perkara yang sama diulang dengan janji yang serupa. Bukan mama tidak menunaikan janji, cuma selalunya ada perkara lain yang lebih mendesak dan akhirnya dia sendiri yang belajar untuk tidak bertanya lagi. Alih-alih nanti akan mengungkit semula segala benda yang pastinya Shaheen penat nak dengar.
“Kakak tak ada duit ma. Yang ada ni pun nak simpan untuk laptop baru. Laptop sekarang dah selalu hang. Tak sesuai untuk download semua program app yang kena ada. Projek banyak. Kalau rosak terus macam mana?”
“Boleh pakai lagi kan? Itulah, dulu mama suruh kamu sambung je masuk IPG, kakak tak nak. Sekarang course kakak banyak pakai duit. Tak pun, kakak gunalah laptop kawan dulu. Itu boleh tunggu. Adik tu dah menangis kereta tak boleh pakai.”
Nak pakai kereta sebab nak pergi berjoli je. Geramnya Shaheen! Lagi tambah sakit hati apabila mama acap kali mengungkit akan keengganannya dahulu dari menjadi guru.
Dia menundukkan wajah sambil pandang hujung kasutnya sendiri. Sedar akan nada suaranya yang mula bergetar lalu dia menarik nafas panjang sebelum menyambung.
“Semua benda tak boleh tunggu kalau pasal orang lain, ma. Bila pasal kakak, semua boleh tunggu, kan?”
Sunyi beberapa saat di hujung talian.
“Mama minta tolong sikit je. Kalau akak tak tolong, siapa lagi?” Mama mengulang ayat yang sudah terlalu sebati dalam hidup Shaheen. Soalan itu seakan tergantung di antara mereka. Shaheen terasa sesuatu yang panas di belakang mata.
“Kenapa tak minta papa?” tanyanya perlahan. Sekali lagi dia ulang soalan itu walaupun sudah disebut di ruangan mesej tadi.
“Kan mama cakap, papa tak jawab mesej. Mama pun tak tahu dia dekat mana.” Jawapan itu datang bersama hela nafas panjang. Shaheen tergelak kecil tanpa sedar. Ketawa yang lebih kepada keletihan daripada rasa lucu.
“Memanglah. Dah tahu sengket pergi kahwin dua.” katanya hampir berbisik.
“Qurratu Shaheen!” Suara mama terus meninggi. Tak suka akan nada yang digunakan oleh anak sulungnya itu.
Sekilas, Shaheen jarakkan telefon dari telinga. Penat memikirkan duit sedangkan dia juga masih belajar. Penat menjadi orang yang sentiasa boleh diharapkan. Penat menanggung peranan yang tidak pernah dipilihnya secara rela.
Di kejauhan, sorakan kuat kedengaran dari dalam dewan menandakan lagu baru dimulakan. Kontras antara bunyi riang itu dengan perbualan di talian terasa hampir menyakitkan.
“Yalah, ma. Nanti kakak transfer.” Akhirnya Shaheen mengalah. Dia malas nak panjangkan cerita di atas talian. Separuh dirinya lagi turut rasa bersalah kalau bergaduh dengan mama. Jarak mereka sudahlah jauh. Kalau jadi apa-apa, Shaheen tak nak rasa menyesal.
“Terima kasih, kakak. Kakak je mama boleh harapkan.”
Kalimat itu menusuk lembut dada Shaheen sebelum talian dimatikan. Dia masih memegang telefon di tangan meski skrin kembali gelap memantulkan bayangnya sendiri yang kelihatan lesu. Dia memandang gadjet itu kosong buat beberapa saat — cuba mengumpulkan sisa emosi yang berterabur supaya tidak terkeluar dalam bentuk air mata.
Langkah pintu tandas belakang dewan tiba-tiba berbunyi. Spontan, Shaheen menoleh.
Eddie keluar sambil mengelap tangan dengan tisu bersama wajah tenang. Lampu kalimantang di atas kepala memantulkan bayang sosok itu yang membuatkan garis rahangnya kelihatan terletak elok. Dia tidak nampak terkejut melihat Shaheen di situ, sebaliknya hanya berhenti seketika apabila mata mereka bertembung.
Dalam detik yang sangat singkat itu, Shaheen yakin yang… Eddie dengar.
Berapa banyak, Shaheen tak pasti. Namun jarak lorong yang sempit dan suara mama yang meninggi tadi sudah cukup untuk membuatkan kesimpulan itu terasa munasabah.
Jantungnya kembali berdegup. Rasa malu mula menjalar ke pipi.
Dalam masa yang sama, satu refleks pantas mengambil alih. Seperti menukar topeng dalam satu hembusan nafas, Shaheej membetulkan bajunya dan memaksa senyum agar menghiasi wajah.
“Eh, Eddie!”
Nada suara Shaheen berubah menjadi riang bagaikan perbualan tadi tidak pernah berlaku.
Eddie mengangguk kecil. “Hai.”
Shaheen mengangkat telefon sedikit. “Ambil angin kejap. Dalam tu panas.”
“Yeah, ramai orang kan?” balas Eddie ringkas.
“Biasalah Noktura,” katanya sambil ketawa kecil. “Kalau tak sesak memang bukan Noktura namanya. Awak ingat saya kan? Saya Shah.”
Eddie memandangnya beberapa saat persis menilai perubahan nada yang terlalu pantas itu. Wajah itu tetap nampak tenang.
“Ingat. How’s the show?” soalnya pada Shaheen. Dan itu buat Shaheen rasa nak meloncat. Biar betul Eddie sambung perbualan mereka? Tak macam dalam DM.
“Okeylah. Power semua. Tapi saya tunggu SE je sebenarnya,” ujar Shaheen tanpa berfikir panjang. Dia berpura-pura ketawa kecil, cuba menutup rasa malu sendiri.
“Saya tahu second last kan?” tambah Shaheen apabila Eddie masih jumud pada tempatnya.
“Ya. Lagi dua band.” Eddie menyelitkan tangan ke dalam poket seluar. Dia tak tahu kenapa dia masih berdiri di sini sementelah boleh saja dia abaikan kewujudan Shaheen di situ.
“Pressure tak?” tanya Shaheen lagi, masih bersama pesona cerianya. “Second last biasanya crowd dah penat atau lagi menggila.”
“Kena biasakan,” jawab Eddie pendek. Bandnya jarang-jarang dapat spotlight jadi apabila jadi antara yang ditunggu-tunggu, pastinya dia gembira.
Pantas Shaheen mengangguk, kemudian mengangkat kedua-dua ibu jarinya. “Good. Saya dah ready nak bagi standing ovation.”
Eddie hanya tergelak kecil dengan respon yang diberi oleh gadis itu. Di tempat Shaheen pula, dia memerhati wajah Eddie sejenak. Cuba mencari sebarang tanda sama ada lelaki itu terdengar perbualan tadi. Moga-moga Eddie lupakan saja andai kata dia memang terdengar.
Jeda. Suasana kembali terasa janggal. Shaheen nampak Eddie menggosok belakang kepala seperti dia mahu tinggalkan tempat itu cuma tak sampai hati apabila dirinya masih tercegat di situ.
“Nak masuk dah ke? Pergilah.” Shaheen lunjur kedua-dia tangan ke arah dewan. Tahu benar Eddie sepatutnya perlu bersiap sedia untuk persembahannya.
“Hah, ya. By the way yang pasal awak cakap haritu. Nak tengok layout kafe…”
Kening Shaheen automatik terangkat. Terasa degupan kecil dalam dada. Dia cuba kekalkan riak wajah santai.
“Saya jarang buka DM sebenarnya. Kalau nak datang, better terus WhatsApp.” Eddie menyambung dengan tenang. Dia capai sesuatu dari dalam jaket baju dan beri kad namanya pada Shaheen.
Sontak, Shaheen kedip mata beberapa kali. Tak sangka begini caranya dia dapat nombor Eddie. Senyuman sedaya upaya ditahan dari terlancar jelas.
“Oh.” Shaheen cuba kedengaran neutral sambil menyambut pemberian Eddie. “Okey… nombor kafe ke ni?”
“Ini nombor saya. Awak kawan Nis. Nis pun dah kira kawan saya. So, maybe it’s better for us to exchange number. Apa-apa hal nanti senang.”
Shaheen terkebil sedikit. Tangannya cepat-cepat membuka ruangan ‘New Contact’. Jari-jarinya jadi sejuk walaupun malam itu terasa sedikit berbahang dari kebiasaan. Dia ulang nombor yang diberi untuk pastikan ianya betul. Eddie sekadar mengangguk.
“Weekdays pagi kurang orang. Lagi senang awak nak tengok.”
“Terima kasih, Eddie. Jumpa nanti. Okeylah, saya masuk dulu. Nanti terlepas pula,” ujar Shaheen sambil menunjuk ke arah pintu dewan. Tak betah lagi kalau dia berdiri lama lagi di situ. Takut Eddie nampak pipinya dah mula memerah bak tomato.
Eddie laju menggerakkan kepala tanda setuju. “Masuklah. Dah mula lagu baru tu.”
Lalu Shaheen melangkah melepasinya, namun sebelum sempat dia menambah lagi jarak mereka, suara Eddie menyusul perlahan.
“Shaheen.”
Shaheen berpaling.
Eddie terdiam beberapa detik. Seolah-olah sedang menimbang tara sesuatu di dalam kepala.
“Kalau… apa-apa, jangan berdiri lama dekat sini. Lorong ni gelap,” pesan Eddie dengan senyum ringkas tanda prihatin sebelum turut menghilangkan diri ke belakang dewan.