Projek Zero Requiem - Medium
Lately ni banyak pula aku jumpa orang sembang pasal kahwin. Mungkin dah nak dekat musimnya kot orang masak nasi minyak 😂😂😂.
Cakap pasal kisah cinta ni, teringat aku akan sebuah drama animasi Jepun yang bertajuk “Nisekoi” atau terjemahan Bahasa Melayu dia, “Cinta Palsu”.
Cerita ni mengisahkan tentang hubungan cinta komedi romantik protagonis yang bernama Ichijou Raku, seorang anak ketua Yakuza Jepun yang telah membuat janji awal untuk berkahwin dengan “crush” dia, Onodera Kosaki, seorang anak gadis usahawan kedai roti. Dan kebetulannya, Onodera pun ada perasaan “crush” kat Raku. Dan Onodera ni orangnya memang sangat pemalu dan mempunyai sifat keibuan. Memang boleh buat kau cair la. Lol 😂
Tetapi, atas sebab2 yang tak dapat nak dielakkan, Raku terpaksa berpura-pura menjadi kekasih kepada Chitoge Kirisaki, anak kepada ketua geng mafia Jepun. Dan masalahnya kat sini, Raku dan Chitoge saling benci membenci antara satu sama lain. Asyik bergaduh je. Tapi nak tak nak dorang terpaksa berlakon saling suka sama suka demi meredakan konflik yakuza-mafia pada waktu tu (macam gaya2 perkahwinan politik raja2 zaman dulu la ni).
Pada masa yang sama, Tachibana Marika, anak kepada ketua polis Jepun, pun ada rasa “crush” kat Raku dan yang paling straight forward dalam meluahkan perasaan dia kat Raku. Tapi, walaupun Raku dah banyak kali reject dia, Marika tak reti nak berputus asa. Ada je jalan dan strategi yang Marika buat untuk mendapatkan cinta Raku.
Dan kita kena ingat, mereka berempat ni (Raku, Onodera, Chitoge, Marika) adalah rakan sekelas dan selalu je keluar hangout sama-sama. Nampak tak perjalanan plot persaingan dorang tu nanti 💁.
Selingan jap, ada dua lagi watak perempuan lain, Yui, guru kelas Raku dan Tsugumi, sahabat baik Chitoge. Dorang pun ada memainkan peranan dalam plot penceritaan kisah cinta Raku. Tapi aku tak nak cerita sangat pasal dorang dua. (sorry Yui, Tsugumi🙏)
Dipendekkan cerita, Raku memilih Chitoge sebagai kekasih sejati dia dan akhirnya mereka berdua selamat berkahwin.
Jadi dari kisah percintaan dorang berempat ni, aku belajar empat benda:
1) Kisah Chitoge dan Raku sendiri: walaupun dorang dua pada awalnya tidak suka antara satu sama lain, tapi jodoh tu Tuhan yang tentukan. Sape sangka, dari cinta yang bersifat palsu akhirnya menjadi cinta sejati.
Ramai je abang2 dan kakak2 yang aku jumpa berkahwin atas dasar pilihan keluarga atau “arrangement” orang lain (contoh lain macam khidmat Baitul Muslim). Tapi alhamdulillah, bahagia je rumah tangga dorang.
Tapi adakah cinta yang datang atas dasar bukan pilihan sendiri juga adalah cinta yang sebenar?
2) Kisah Tachibana Marika mengajar kau walau sekuat mana pun usaha kau dalam meraih cinta orang, selagi mana dia tak berkenan dengan kau maka lebih baik kau move on saja.
Ada sesetengah orang aku jumpa walaupun dah kena reject, masih lagi berusaha untuk nak gak kat dia. Ye kadang2 boleh membuahkan hasil tapi bagi aku, buat apa nak buang masa dan tenaga kalau dah macam tu kan ?
Tambahan cerita jap, Marika sebenarnya dah di diagnosis ada terminal illness dan akan mati tak lama lagi. Jadi sebelum dia pergi, dia nak tahu bagaimana rasanya mencintai dan dicintai seseorang.. Sebab tu dia berusaha keras nak dapatkan cinta Raku. Huhu sedih pula kisah dia ni 😭.
Tapi tulah, kalau Raku memilih Marika atas dasar simpati, tidak kah tindakan Raku tu akan betray perasaan dia terhadap Chitoge dan Onodera?
3) Onodera Kosaki mengajar kau apabila kau meletakkan kebahagiaan sahabat kau melebihi kebahagiaan kau sendiri, maka dengan mudah kau akan sanggup melepaskan cinta kau pada seseorang tu kepada kawan kau.
Yes dalam cerita ni, apabila Onodera tahu yang sahabat dia Chitoge pun sudah ada rasa cinta yang sebenar kat Raku, Onodera sanggup mengalah/berundur demi sahabat dia.
Orang yang macam ni aku tak pernah lagi jumpa kat alam realiti dunia moden ni. Kalau ada memang aku tabik hormat kat dia. Dah macam level para sahabat Ansar yang sanggup menceraikan isteri2 dorang untuk para sahabat Muhajirin.
4) Ichijou Raku pula, dia mengajar kau apakah erti sebenar kita mencintai seseorang. Sekiranya kita mengatakan kita mencintai seseorang itu tetapi pada masa yang sama mempunyai “crush” atau perasaan pada orang lain, maka adakah cinta kau itu pada orang tersebut sebenar-benar cinta?
Inilah yang terjadi antara dia, Chitoge dan Onodera. Apabila Raku dah mula menyimpan perasaan cinta pada Chitoge, dia asyik berfikir je apakah makna sebenar cinta dia pada Onodera selama ini? Akhirnya dia membuat keputusan untuk bersama dengan Chitoge sehingga ke jinjang pelamin.
Tapi kisah Raku ni buat aku terfikir pula. Andai kata Raku adalah seorang yang dah berkahwin dan dilemma ni berlaku kat dia. Adakah ini menjadi faktor seseorang itu berlaku curang terhadap pasangan dia dan akhirnya membawa kepada kes perceraian?
Wallahualam. Memang pandai author ni bagi tajuk “Cinta Palsu”. Pembaca manga / penonton anime sendiri pun berbelah bagi nak sokong sape (aku sehidup semati sokong Onodera 😛) .
Ada few lagi cerita anime yang kau boleh belajar pasal erti cinta ni. Contoh kalau yang genre dia bersifat gelap dan plot cinta dia memang mind blown: Koi to Uso (Love and Lies), Kuzu no Honkai (Scum’s Wish) dan Domestic Kanojo (Domestic Girlfriend). Tiga cerita ni aku suka sebab dia menggambarkan realiti sebenar hubungan cinta dalam masyarakat kita (tapi sisi yang gelap la). Ada masa aku ulas.
Kalau yang sweet2, komedi tapi tak terlalu gelap ada melambak sangat. Nak yang buat kau menangis pun ada. Boleh pm tepi kalau nak consult 🤣🤣🤣
Cinta Palsu [Nisekoi] was originally published in Projek Zero Requiem on Medium, where people are continuing the conversation by highlighting and responding to this story.
Aku by default memang introvert in nature and a bit socially selective bila bergaul dengan orang. Sebab tu most of my free time aku lebih banyak buat kerja/aktiviti secara sendiri atau lebih suka menjadi tukang dengar instead of tukang cakap bila berada di dalam circle melepak.
But here’s the bizarre catch. Bila geng2 yang keluar melepak dengan aku tu wavelength dorang kena gila dengan wavelength aku atau sekurangnya topik lepak yang dibuka dorang tu menarik perhatian aku, hah dengar la korang berjam-jam aku meleter tanpa henti. Kadang2 tu bila dengan certain kind of people, my inner extrovert would unleash.
Nak kongsi sebenarnya, baru je semalam aku borak dengan sorang kawan aku ni non-stop dari pukul 12 tengah malam sampai 2 pagi.
Aku cerita kat dia pasal macam mana konsep metafizik Aristotle berkenaan dengan Tuhan digunakan sebagai basis di dalam falsafah “Kalam Kosmologi” (God as the prime mover & the uncaused cause) yang mana pada awal tamadun kegemilangan Islam dipelopori oleh ilmuwan macam al-Farabi dan Ibnu Sina.
Dan kemudiannya dari konsep inilah aku guna untuk masuk kepada satu lagi konsep iaitu “Secondary Causation”, salah satu causality model yang menawarkan pandangan falsafah macam mana hubungan peranan Tuhan dengan makhluk ciptaanNya dalam isu menguruskan pentadbiran alam.
Dalam kes ni, aku merujuk kepada hukum alam /sains sebagai “wakil” yang Tuhan tugaskan in His own place untuk mengatur perjalanan alam ni hence, the secondary cause.
Tapi borak2 ni jadi dua jam sebab aku buka pula isu apa masalahnya konsep Secondary Causation ni (khususnya terhadap fenomena miracles dan isu garis batasan campur tangan Tuhan sebagai the prime mover). Kemudian, aku cuba menyampaikan konsep alternatif lain seperti yang dibawa oleh golongan Occasionalist seperti Imam al-Ghazali, iman al-Ashari, Rene Descartes, Immanuel Kant dan etc.
Dan konsep “Occasionalism” ni lebih kena dengan fahaman agama-agama tradisi Ibrahim (Abrahamic faiths) yang menggambarkan Tuhan sebagai entiti yang secara berterusannya mempunyai kuasa untuk campur tangan di dalam urusan alam serta berterusan menciptakan sesuatu out from nothing to something (“ex nihilo”).
Dalam bahasa yang mudah, hukum alam itu sendiri hanya boleh berfungsi selagi mana Tuhan mengizinkannya untuk berfungsi. Dan peranan Tuhan kekal sebagai the first, the last and the only cause of existence. Tak perlu untuk adanya wakil secondary cause.
Kemudian masuk pula isu apa sebenarnya status hukum alam yang dikenali sebagai Sunnatullah ni? Adakah ianya makhluk tetapi makhluk kelas tinggi sebab makhluk lain macam kita manusia semua berada di bawah takluk kawalan dia? Atau sebenarnya sebahagian dari sifat terbitan Sang Khaliq (Pencipta)? Dalam kata lain, adakah hukum alam ini berstatus “divine” sepertimana divine-nya status Quran sebagai Kalamullah?
Kemudian masuk pula kepada bagaimana kalau kita hanya beriman kepada Tuhan melalui jalan Sunnatullah semata mata (seperti Baruch Spinoza, Albert Einstein dan kebanyakan saintis Barat lain), ianya tidak lengkap. Baru separuh je jalan yang dilalui oleh seseorang tu di dalam quest mengenali Tuhan.
Bagi aku, a true believer perlukan another half to complete that quest in which I believe is achieved through keimanan kepada Syariatullah.
Maka kat sini dah nampak dah the necessity to follow religions sebab hanya melalui agama lah kau boleh tahu dengan lebih terperinci macam mana gaya hidup serta peraturan yang kita perlu ikut kat dunia ni. Dan throughout the thousands years of human history, agama banyak diasimilasikan di dalam konsep moraliti masyarakat, pentadbiran politik kerajaan dan tak kurang juga dalam membentuk sistem kehakiman sesebuah tamadun.
Tapi yang menjadi masalah dalam Syariatullah ni, kita ada banyak gila jenis2 agama. Jadi persoalan serta cabaran kat sini, mana satu yang benar? Mana satu yang akan membawa kau kepada the One True God? Tu another quest yang setiap true believer kena buat.
Jadi kesimpulan akhir yang aku bagi kat kawan aku tu, antara jalan untuk kita mengenali Tuhan secara falsafahnya, kita perlukan kefahaman dalam Sunnatullah which is paling obvious ilmu sains dan Syariatullah which is religion.
Dan kedua konsep ni diharmonikan lagi integrasinya apabila kita coined them both dibawah satu bumbung yang di panggil sebagai “ad-Deen” yakni secara literalnya bermaksud gaya hidup. Agama adalah subset kepada ad-Deen.
Kemudian sembang sikit secara “etymology” (asal usul perkataan) bagaimana “madana” (bandar) dan “tamadun” (peradaban) diterbitkan dari perkataan ad-Deen. Benda ni penting sebab secara linguistik pun, konsep pembinaan sesebuah tamadun manusia tu sudah secara syumulnya (menyeluruh) merangkumi elemen bersifat lahiriah dan zahiriah. Rohani dan jasmani.
Sedangkan dalam bahasa Barat, “religion” yang datang dari perkataan “regalia” serta “civilisation” dan “city” yang datang dari perkataan “civis/civitas”, berdiri dengan sendirinya. Dorang tak ada link yang jelas antara elemen spirituality dengan elemen materialistic.
Maka tamatlah celoteh aku. Asalnya nak borak pasal Aristotle je sebab aku baru je balik dari melawat tapak sekolahnya kat Greece haritu. Tapi sedar tak sedar syok pula borak tengah2 malam. Lol
Wallahualam
Betul la kot kata2 sorang kenalan senior aku yang study psychology kat Nottingham ni yang kita sebenarnya taklah 100% introvert atau 100% extrovert. Tapi adalah kombinasi keduanya. Yang mana lebih dominan dia akan bergantung pada keadaan semasa kau.
P/S: gambar sekadar hiasan 😂
I’m an Introvert (kot) was originally published in Projek Zero Requiem on Medium, where people are continuing the conversation by highlighting and responding to this story.
Emm nampaknya pagi tadi kat Tokyo, Maharaja Akihito dah pun secara rasminya memulakan upacara “abdication” kat Kuil Kashikodokoro, salah satu kuil Shinto yang di dedikasikan kepada Dewi Matahari, Amaterasu (dewi ni penting sebab salah-silah keluarga Diraja Dinasti Yamato dikatakan datang dari Amaterasu). Petangnya pula, PM Jepun, Shinzo Abe yang mewakili kesemua warga netizen Jepun akan memberi sepatah dua kata penghargaan terakhir buat Sang Maharaja.
Dalam masa beberapa jam lagi (tepat pukul 12 tengah malam waktu Jepun) akan tamatlah 31 tahun era pemerintahannya yang dikenali sebagai era “Heisei” (1989–2019). Pagi esoknya pula (1 Mei 2019), masyarakat Jepun akan memulakan kehidupan dorang di dalam era yang baru iaitu era “Reiwa” sebaik sahaja Putera Naruhito mengambil takhta “Chrysanthemum” dan menjadi maharaja Jepun yang ke-126.
Kalau korang nak tau, Dinasti Diraja Yamato adalah dinasti raja tertua dunia yang masih lagi berterusan berfungsi sebagai keluarga Diraja. Sejak tahun 660 Sebelum Masihi lagi tau. Sampailah sekarang.
Apa yang uniknya kat sini, bermula pada era Maharaja Meiji, apabila seseorang putera tu nak ditabalkan menjadi maharaja yang baru, dia akan pilih satu “nama era” yang akan menandakan bagaimanakah corak atau halatuju yang ingin dicapai sewaktu di era pemerintahannya.
Era Akihito adalah era Heisei (peaceful everywhere). Era Hirohito (bapa Akihito) adalah era Showa (enlighten peace atau radiant Japan). Era Yoshihito adalah era Taisho (great righteousness).
Era yang baru nak datang ni namanya era Reiwa (beautiful harmony).
Dan apa yang uniknya lagi, orang Jepun selalu guna bilangan tahun di sesuatu era tu untuk menandakan sebarang peristiwa yang penting.
Contoh, “aku lahir pada tahun 13 Showa” bermaksud: aku lahir pada tahun ke-13 pemerintahan Maharaja Hirohito iaitu 1938. Atau “Peristiwa tsunami mega berlaku pada tahun 23 Heisei” yang bermaksud: tsunami tu terjadi pada tahun ke-23 Maharaja Akihito menjadi maharaja Jepun iaitu pada tahun 2011. Dan sebagainyalah.. Jadi korang kena buat maths sikit kalau nak tahu tahun berapa sebenarnya tu…
Tapi bagi orang Jepun, era Heisei ni agak nostalgia sebenarnya.
Pertamanya sebab di sepanjang era ni, Jepun aman. Takde sangat konflik2 yang besar dengan negara luar. Ngamlah tu dengan makna perkataan “Heisei” yang secara umumnya membawa maksud “peace everywhere”.
Sebab yang kedua dari segi ekonomi. Era Heisei ni agak mencabar sebab pada ketika era inilah ekonomi Jepun mengalami fasa “bubble”. Maksudnya kat sini, harga barang dia, hartanah, stock market dan seumpamanya naik kaw2 dengan kadar yang cepat dan akhirnya dia “burst” dan ekonomi dorang menjadi “stagnant”.
Orang Jepun mengenali tempoh kesukaran economic stagnation ni dengan nama “Ushinawareta Junen” (The Lost Decade) atau “Ushinawareta Nijunen” (The Lost Score). Walaupun PM dorang, Shinzo Abe cuba nak baikpulih ekonomi Jepun dengan polisi ekonominya (Abenomics), tapi tanda2 recovery tu macam tak sangat membuahkan hasil.
Sebab yang ketiga adalah dari segi ketenteraan. Sejak kalahnya Jepun di dalam Perang Dunia Kedua, kerajaan dorang mengamalkan “Doktrin Yoshida”, sebuah polisi hubungan luar yang bersifat “pacifist”.
Tetapi pada era Heisei, polisi yang dah lapuk tu semakin dipinggirkan. Maka, pada era inilah kita lihat kekuatan serta kecanggihan aset ketenteraan Jepun mula terbina kembali. Dan sudah tentu, ianya akan menggangu nilai “power-balance” terutamanya dengan negara2 Asia Pasifik yang lain. Yang paling obvious, China dan Amerika.
Jemput baca kat sini kalau korang nak tau dengan lebih lanjut pasal isu ni >> https://medium.com/…/bangkitnya-sebuah-empayar-yang-baru-57…
Bagi anak2 muda generasi Heisei, ini mungkin satu perkara yang harus dipatriotikkan. Tapi bagi generasi tua yang merasai betapa sengsaranya hidup pasca kekalahan Perang Dunia, mereka tak senang dengan isu ni.
Sebab yang terakhir agak sedih sikit. Era Heisei ni ada banyak gila bencana alam atau peristiwa tragik yang berlaku. Contoh peristiwa Heisei yang banyak bunuh orang:
1. 1995 >> The Great Hanshin (Kobe) earthquake
2. 1995 >> Serangan gas sarin oleh pengganas di Tokyo
3. 2004 >> The Chuetsu earthquake
4. 2011 >> The Tohoku earthquake (yang membawa Tsunami besar-besaran)
5. 2011 >> Bencana Nuklear Fukushima Daiichi
6. 2018 >> Bencana banjir besar “Heisei san-jū-nen shichi-gatsu gōu” (The Heavy Rain in July)
7. 2018 >> The Hokkaido Eastern Iburi earthquake
Jadi tak hairanlah kalau era Heisei ni mempunyai seribu satu makna bagi orang Jepun.
Owh well, aku tak sabar nak tengok apakah agaknya yang akan berlaku di era yang baru ni nanti. Kalau ikutkan, macam sedap je bunyinya “Reiwa” ni sebab dia membawa maksud “beautiful harmony”.
Bak kata PM Jepun, Shinzo Abe, “Reiwa represents a culture being born and nurtured by people coming together beautifully”.
KIta tunggu dan lihat, how “harmony” Jepun yang baru ni nanti.
Selamat Tinggal Heisei, Selamat Datang Reiwa was originally published in Projek Zero Requiem on Medium, where people are continuing the conversation by highlighting and responding to this story.
Yeay! Finally, I’ve received my own personal copy of the book, “Evolution: The Human Story”. The latest one (2018 edition) to be precise. Penulis buku ni (Professor Alice Robert) adalah salah seorang lecturer kat universiti aku. Waktu mula2 dia terbitkan edisi pertama buku ni (tahun 2011), dia masih lagi berpangkat doktor. Sekarang dah naik taraf jadi professor dah. Boleh la lepas ni ketuk office dia minta autograph. Hahah.
Ada beza sikit antara edisi buku dia yang pertama dan kedua ni. Dua benda yang aku sempat perasan di dalam buku yang baru ni;
* ada tambahan info pasal spesies Homo naledi (dulu takde makhluk ni)
* jarak masa penemuan terawal spesies Homo sapiens dah jadi 300 ribu tahun (buku dulu 200 ribu tahun)
Bila aku tengok balik, dah hampir 2 tahun setengah sejak aku mula “ bidan terjun” ke dalam topik evolusi ni. Kalau ikutkan, aku tak minat sangat pun nak ambil tahu pasal ni walaupun aku dah perasan agak lama juga, terdapat banyak isu terutamanya dari aspek agama bermain di sekitar topik ni. Tapi yelah kan, bidang pengajian utama aku lebih kepada sains fizikal (geng2 fizik dan kimia semua tu), bukannya sains hayat walaupun waktu kat sekolah dulu subjek biologi ni antara makanan kegemaran aku (lol).
Jadi kalau boleh, aku cuma nak fokus pada bidang sains utama aku je. Kalau nak tahu pun, belajar sikit2 je. Tak nak la sampai kena “allocate” a portion of my mental capacity untuk betul2 hadam topik ni.
Jadi solusi aku waktu tu, aku banyak bertaqliq (berserah) sahaja kepada pendapat geng2 pendakwah yang banyak berdepan dengan topik teori evolusi ni. Nama2 macam Harun Yahya, Dr Zakir Naik dan seumpamanya tu memang jadi rujukan aku la kalau nak dikatakan. Jadinya korang boleh katakan yang aku ni dahulunya seorang “Creationist” atau “anti-evolution”.
Kadang2 tu, walaupun ada kawan2 aku yang belajar biologi cuba berhujah yang sebaliknya, aku agak degil nak ubah pendirian.
Tapi, segalanya berubah apabila pada suatu hari yang anginnya sepoi-sepoi bahasa (apa benda aku merepek ni…), terdetik pula minat untuk cuba memahami dengan lebih mendalam pasal topik yang aku asyik buat acuh tak acuh je.
Seingat aku, aku mula terjebak dalam perbincangan bab ni apabila pada hujung tahun 2016, aku beli dan baca buku tulisan Professor Yuval Noah Harari yang bertajuk, “Sapiens: A Brief History of Mankind”. Dari situ, dua persoalan besar aku terjawab iaitu persoalan dari segi definisi manusia dan persoalan mengenai kerangka masa / “timeline” ketamadunan manusia.
1) Persoalan pertama adalah persoalan definisi.
Kita sering terperangkap dengan kerangka fikiran nak mendefinisikan terma/ istilah manusia pertama itu dengan Nabi Adam a.s., seorang makhluk berakal yang Tuhan jadikan sebagai Khalifah di muka bumi.
Sedangkan sains, mendefinisikan manusia itu sebagai sebarang hidupan yang berada di dalam keluarga Genus “Homo”. Kalau manusia moden, yakni kitalah, sains definisikan kita dengan nama “Homo sapiens”. Dan bukti2 arkeologi dah pun menunjukkan, ada banyak sebenarnya spesies2 Homo yang lain. Sejak seawal era hidupnya makhluk Australopithecine pada 2 juta tahun dahulu sehinggalah lahirya spesies manusia moden pada kira-kira 300 ribu tahun yang dahulu.
Sebab itulah sains memasukkan spesies-spesies manusia lain macam Homo Erectus, Homo Habilis dan seumpamanya lagi sebagai adik-beradik “keluarga manusia” kerana miripnya data genetik dan anatomi mereka dengan kita manusia moden.
Tapi kita ni cucu cicit Nabi Adam dan pada masa yang sama juga adalah spesies Homo sapiens. Jadi spesies Homo yang lain tu siapa?
Jadi macam mana nak selesaikan kemelut pemikiran ni?
Bagi aku senang je. Nabi Adam a.s. mungkin bukanlah manusia pertama sepertimana yang kita faham. Dan bukanlah juga seperti apa yang sains definisikan. Boleh jadi Baginda adalah makhluk Homo sapiens pertama yang Tuhan jadikan berakal. Takpun, sebenarnya, Nabi Adam yang datangnya keturunan kita ni adalah Adam selepas Adam yang lain.
Kalau kita buka kitab2 para ulama terdahulu, mereka dah lama dah bincang pasal ni, iaitu dalam bab “Umat-umat sebelum Adam”.
Dan umat2 sebelum Adam ni boleh jadi tidak berakal seperti haiwan ataupun berakal seperti kita. Malah, ada yang berpandangan, apabila para malaikat mempersoalkan penciptaan Nabi Adam dengan menyamakannya dengan golongan penumpah darah yang sudah sedia ada di muka bumi pada waktu itu, para malaikat tidak merujuk kepada golongan jin, tetapi mungkin merujuk kepada spesies-spesies manusia atau “Adam” yang lain.
Wallhualam. Kekuasaan Tuhan tu luas. Semua benda boleh jadi.
Boleh tengok pandangan al-Maqdisi, al-Tabari, al-Masoudi, Ibnu Arabi dan beberapa lagi yang aku tak sempat nak jenguk lagi. Pokoknya kat sini, ulama dah lama dah cakap pasal ni dan mereka sangat berlapang dada dengannya. Tapi tulah, aku sedih kenapa umat Islam zaman sekarang termasuklah golongan pendakwah kita anti sangat pasal bab evolusi ni.
2) Persoalan kedua adalah mengenai kerangka masa ketamadunan manusia
Percaya tak korang, aku dulu tak percaya sangat pembahagian zaman mengikut Paleolotik, Neolitik, Logam dan sebagainya. Sebab aku macam tak boleh percaya, takkan la manusia dulu2 seprimitif macam ni? Sedangkan kita tahu, Nabi Adam dan Hawa sudah mempunyai kebolehan berbahasa yang tinggi. Anak2 Baginda, Qabil dan Habil sudah mengerti untuk bercucuk tanam serta mengembala haiwan ternakan.
Jadi bukankah kehidupan primitif manusia Paleolitik yang sering digambarkan itu palsu belaka?
Jawapannya, kita selalu mengukur tahap pencapaian sesuatu ketamadunan itu dengan kaca mata relatif dan subjektif. Kita yang hidup di zaman rumah banglo bertingkat-tingkat akan mengatakan tinggal di dalam rumah pondok kayu adalah kuno sedangkan bagi manusia pada waktu itu, itu sudah dikira mewah. Dan mungkin anak cucu kita seribu tahun akan datang akan melihat teknologi telefon pintar kita harini adalah “kuno” jika nak dibandingkan dengan teknologi telefon pintar mereka nanti.
Jadi agak tidak adil untuk kita mengadili tahap pencapaian sesuatu ketamadunan itu dengan kayu ukur zaman kita sebagai asasnya.
Yang adilnya, kita bandingkan tahap kemajuan mereka dengan “standard” pada zaman tersebut.
Spesies Homo sapiens yang hidup pada era 70 ribu tahun dahulu adalah lebih bertamadun berbanding adik-beradik spesies Homo yang lain kerna kemahiran berbahasa mereka dan struktur sistem bahasa mereka yang jauh lebih kompleks dan unik.
Homo sapiens yakni manusia moden yang hidup 10 ribu tahun dahulu adalah lebih bertamadun berbanding manusia sebelum itu kerna mereka sudah mengerti bercucuk tanam dan mencipta peralatan tembikar. Ahli akademik menggelarnya sebagai Revolusi Pertanian Pertama atau Revolusi Neolitik.
Manusia yang hidup 3 ribu tahun dahulu adalah lebih bertamadun berbanding manusia sebelum itu kerna mereka pandai mencipta peralatan berasaskan besi.
Dengan memahami “trend” perkembangan ketamadunan spesies manusia secara keseluruhan, sedikit sebanyak kita boleh mendapat idea mengenai bilakah sebenarnya Nabi Adam dan Hawa mula diturunkan ke bumi. Jadi tak peliklah kalau Prof Syed Naquib al-Attas di dalam komentarnya, “On Justice and the Nature of Man” berpandangan jarak tempoh penurunan Nabi Adam dengan zaman kita dalam kira-kira 10 ribu tahun.
Itu pun, sekiranya kita buat andaian umat2 sebelum Nabi Adam versi kita tak meninggalkan monumen tamadun yang hebat2.
Kemudian, awal tahun 2017, aku ada ikut satu seminar kat Birmingham City University yang bertajuk “Islam, Evolution and Darwinism” yang dibuat oleh NGO bernama IERA (Islamic Education and Research Academy). Sejujurnya, hasil dari seminar itulah minda aku mula terbuka, apa sebenarnya Teori Evolusi ni dan apa masalah dia sampai rata2 sejumlah besar orang Islam kita sangat sensitif nak berbincang pasal ni.
Antara take home messages yang aku dapat dari seminar tu:
1) Islam dan Teori Evolusi secara umum memang serasi je. Dia mula menjadi masalah apabila golongan “Fundamenalist Christians” menjadikannya satu isu yang besar sehingga melahirkan gerakan “Creationist” sebagai lawan kepada “Darwinist”. Cuma yang kita umat Islam kena berhati-hati adalah di dalam bab evolusi manusia.
2) Wujudnya gerakan “New Atheist” yang dipelopori oleh “The 4 Horseman” (Richard Dawkins, Christopher Hitchens, Daniel Dennett, Sam Harris). Dorang ni suka menggunakan teori evolusi sebagai hujah mereka dalam menidakkan kewujudan Tuhan. Jadi kesannya, kita yang beragama ni pun dah mula “takut” dengan dogma baru bernama teori evolusi.
3) Aku mula sedar akan kepentingan mempelajari dan menghayati ilmu falsafah sains. Sebab, dengannyalah aku lebih tahu apa itu sains, apa had batasan dan kelemahannya serta bagaimana nak kaitkan sains dengan agama secara adil.
Kemudian pada awal tahun 2018 pula, aku turun ke British Museum di London sebab dorang ada buat pameran khas “perkembangan agama2 dunia”. Jadi banyak la artifak2 agama yang aku dapat tengok.
Tetapi apa yang menjadi penyebab utama aku sanggup turun ke London dari Birmingham, adalah kerana sebuah artifak yang dipanggil “Stadel Lion”. Rekod sekarang, patung Stadel Lion adalah artifak sembahan manusia yang tertua di dunia. Dalam lingkungan 40 ribu tahun usianya.
Jadi kita boleh katakan kat sini, manusia pada 40 ribu tahun dahulu, dah pandai buat patung sembahan.
Bagi aku secara peribadinya benda ni penting. Sebab dengan mempelajari bagaimana kita manusia ni “beragama”, dapatlah sedikit sebanyak membantu kita dalam melengkapkan puzzle bilakah Nabi Adam a.s. dan Hawa diturunkan ke bumi.
Ok, sebelum aku berhenti berleter, nak cakap sikit pasal teori evolusi secara umum. Biasanya, antara hujah2 golongan creationist yang paling common aku jumpa tapi sebenarnya agak lemah;
1) Teori Evolusi hanyalah sekadar teori
Kalau nak pakai logik pemikiran macam ni, Teori Graviti pun hanyalah sekadar teori. Teori Kinetik Gas pun hanyalah sekadar teori. Dan banyak lagilah teori-teori sains lain yang kita boleh pukul rata. Sebab itulah kita kena faham definisi, formulasi dan kedudukan “Teori Saintifk” tu. Dia tak sama dengan definisi teori seharian kita. Biasanya orang yang suka menuturkan ungkapan ni adalah orang yang tak faham falsafah sains dan methodologi saintifik.
Jangan terkejut, kadang2 orang sains sendiri pun walaupun dia belajar sains, belum tentu dia faham apa itu sains sebenarnya. Sebab tu aku tak hairan jumpa saintis yang nak kaji pasal roh la, hantu la, dan benda2 “tak saintifik” yang lain.
2) Konsep Common Ancestor
Orang yang tak faham konsep “Common Ancestor” akan mudah berkata yang kalau manusia itu datangya daripada beruk, kenapa ada lagi beruk kat atas muka bumi ni?
Yang sebenarnya, dia bukannya manusia tu datang daripada beruk. Tetapi manusia, beruk, monyet, gorila dan yang sewaktu denganya datang dari satu moyang yang sama. Kalau nak dianalogikan, dia macam hubungan kita dengan sepupu-sepapat kita. Kita tak datang dari sepupu kita, tapi kita dan sepupu kta datang dari moyang yang sama. Apa atau siapa moyang kita tu wallahualam.
Data genetik dah membuktikannya sebegitu rupa. Kita memang berkongsi maklumat genetik yang sama dengan monyet. Yang paling hampir dengan kita adalah chimpanzee. Kalau ada orang nak argue yang ilmu genetik ni saja agenda freemasons nak sesatkan orang Islam, tu masalah gaya berfikir korang.
3) Tiadanya rekod fosil perantaraan antara spesies yang berevolusi
Yang ni bagi aku senang je, ketiadaan bukti tidak semestinya menjadikan sesuatu benda itu tidak wujud. Nak sesuatu bangkai itu menjadi fosil bukannya senang. Ada syarat2 dan kondisi persekitaran dia yang khusus. Berapa banyak hidupan zaman dulu, kini kita tiada rekod sebab dorang mati2 je tak menjadi fosil. Yang mana berjaya jadi fosil tu, alhamdullilah banyak tersimpan kat galeri muzium. Yang bertuah sikit, dorang jadi minyak petroleum serta gas asli yang Petronas sibuk gali tu.
Nampakkan kenapa hujah fosil tak boleh pakai? Ok sebenarnya nak buat confession, bila golongan Creationist cakap “tiada spesies perantaraan ditemui” sebenarnya dah banyak dah fosil spesies perantaraan para ahli arkeologi, ahli paleontologi, ahli paleobiologi dan seumpamanya dah jumpa.
4) Kajian Ilmu Biologi baru seperti Genetik dan sebagainya menidakkan kebenaran Teori Evolusi.
Emmm celah mana Teori Evolusi semakin dipinggirkan pun aku tak tahu. Kalau nak tahu, tunjang utama kepada kerangka asas di dalam ilmu biologi moden hari ini adalah Teori Evolusi. Aku boleh terima kalau dorang cuba nak cakap yang kajian2 biologi yang baru menolak Teori Evolusi menurut kaca mata Darwinisme. Aku takde masalah tapi kita kena ingat, Charles Darwin bukanlah orang yang pertama dan bukan yang terakhir bercakap pasal Teori Evolusi ni. Sejak zaman tamadun purba lagi ahli akademik dan ahli falsafah dah perasan “kuasa evolusi” ni. Ilmuwan Islam seperti Ibnu Khaldun dan al-Jahiz pun dah sebut pasal hidupan berevolusi dalam kitab dorang (al-Mukaddimah dan al-haiwan). Cuma dorang tak tahu macam mana mekanisma evolusi ni.
Charles Darwin jadi famous sebab dia antara pelopor awal kepada mekanisma disebalik Teori Evolusi iaitu mekanisma secara pilihan alamiah (Natural Selection). Tapi, dia pun tak tahu sangat macam mana pemilihan tu berlaku sebab pada zaman Charles Darwin, ilmu genetik kita tak berkembang lagi. Kena tunggu dulu rakan kita, Gregory Mendel, memformulasikan “The Laws of Inheritance”, baru kita tahu sedikit macam mana maklumat genetik tu diturunkan dari parents kepada anak.
Kemudian di zaman sekarang, dengan adanya teknologi moden yang canggih, kita bukan saja boleh buat bedah forensik mayat fizikal manusia, maklumat genetik seperti DNA pun kita boleh bedah dan jejak kerangka usia dia sehingga berjuta-juta tahun yang lampau.
Sebab tu dalam perbincangan Teori Evolusi yang moden, kita dah tak berapa cakap mengenai Darwinisme. Kita dah ke arah mekanisma Teori Evolusi yang baharu seperti “Genetic Drift”, “Modern Synthesis”, “Evolutionary Developmental Biology”, “Horizontal Gene Transfer” dan sebagainya.
Dan sebenarnya ada banyak lagi hujah atau isu yang kita boleh panjangkan di dalam perbincangan ni. Baik secara falsafah, secara sains mahupun secara agama. Cuma aku rasa tak sesuai nak “cram” semua benda dalam satu post FB yang sama.
Yelah sebagai contoh, kalau nak ulas adakah benar konsep mutasi secara rawak ini boleh melahirkan spesies baru yang lebih kuat berbanding spesies yang sebelumnya, kita kena faham dulu bagaimana konsep pilihan alamiah (Natural Selection) itu berfungsi? Apa itu maklumat genetik? Apa itu kebarangkalian secara rawak? Dan sebagainya.
Tapi apa yang aku boleh simpulkan, kita sebagai umat Islam yang sememangnya disarankan oleh syariat agama untuk sentiasa menimba ilmu, hendaklah berani untuk mencabar idea2 atau “doktrin” yang kita sudah biasa pegang secara ikut-ikutan. Biarlah berpegangnya kita pada sesuatu pandangan atau pendapat itu berasaskan pada dalil serta hujah yang kukuh dan benar.
Sekiranya kita tidak bersetuju, berdiskusi jugalah dengan dalil serta hujah yang kukuh dan benar.
Aku suka bilamana Imam al-Ghazali tidak sependapat dengan Ibnu Sina mengenai beberapa perkara falsafah, beliau mengulasnya di dalam buku beliau, “Tahafut al-falasifah” (The Incoherence of the Philosophers). Kemudian, apabila hujah beliau tidak disetujui oleh Ibnu Rush yang sememangnya sangat menyanjungi Ibnu Sina, Ibnu Rush menulis, “Tahafut al-Tahafut” (The Incoherence of the Incoherence) sebagai kritikan balasnya kepada Imam al-Ghazali.
Kalau nak ikutkan, Teori Evolusi pun ada kelemahan dia yang tersendiri sebab ada benda yang Teori Evolusi tak boleh terangkan. Contoh isu seperti “pre-Cambrian explosion” dan sifat “altruism” antara haiwan. Saintis masih lagi pening.
Tapi kelemahan dia yang paling utama, dia adalah teori saintifik yang sentiasa berubah-rubah. Sains ni kita kena ingat, kesahihan dia bergantung kepada penemuan saintifik yang terkini. Boleh jadi, seratus tahun akan datang, rupanya ada teori saintifik yang lebih lengkap atau sempurna berbanding Teori Evolusi di dalam menjelaskan penciptaan hidupan di muka bumi. Maka bila sampai waktu tersebut, tinggalkanlah Teori Evolusi ini.
Tetapi buat masa sekarang, Teori Evolusi atau sains evolusi adalah salah satu cabang sains biologi yang kukuh dan semakin rancak dikaji.
Dan aku selalu berpandangan, sepertimana teori serta hukum sains yang lain, Teori Evolusi adalah salah satu sunnatullah Tuhan di dalam mengatur perjalanan alam ini.
Wallahualam
“And above all with knowledge is One More Knowledgeable.” (Qur’an 12:76).
Aku, Muslim dan Evolusi was originally published in Projek Zero Requiem on Medium, where people are continuing the conversation by highlighting and responding to this story.
Dalam berhujah, “Appeal to Authority” adalah sejenis falasi. Falasi ni bahasa mudahnya macam jenis kaedah2 berhujah yang tak valid.
Sebabnya, walaupun kau pakar atau punya “authority” di dalam sesuatu bidang tu, tak semestinya hujah kau betul. Sebab ada kajian psikologi yang menunjukkan, semakin pakar kita dalam sesuatu bidang, semakin senang untuk kita buat careless mistakes or easy mistakes. Boleh baca buku “The Arts of Thinking Clearly tulisan Rolf Dobelli (PhD)” atau “Logically Fallacious, academic edition tulisan Bo Bennett (PhD)”.
Tapi jangan salah faham pula. Kita ni sebagai orang awam memang kena ikut orang yang memang bidangnya dan janganlah memandai mandai sendiri. Tak tahu benda agama tanya mufti. Tak tahu benda perubatan tanya doktor. Ada kes keselamatan, ikut cakap polis.
Yang tu memang betullah.
Tapi satu benda yang aku nampak orang awam kita selalu silap langkah, kita ikut cakap golongan authority ni bulat2 / pak turut secara membuta tuli.
Tuhan bagi akal kat semua orang ada sebabnya. Bila bertanya tu, jangan hanya tanya apa jawapan /solusi akhir dia je. Tanya la juga apa sebab dia bagi jawapan macam tu? Jalan/kaedah penyelesaian dia macam mana? Ada bukti ke? Ada pandangan/pendapat lain tak selain jawapan yang dia bagi tu dan sebagainya.
Dan kadang2 tu, ada juga golongan authority yang jahat. Yang saja ambil kesempatan di atas “authority” yang dia ada untuk memanipulasi orang awam (paham2 je la sape).
Owh yeah, golongan media pun termasuk dalam golongan authority sebab dorang ada “authority” dalam mengumpul dan menyebarkan berita. Cuba bayangkan, berapa banyak fake news atau berita fitnah berjaya di tapis kalau semua pandai guna akal untuk mempersoalkan dulu bahan tersebut.
Sebab tu aku rasa (pandangan aku lah), fungsi falasi “Appeal to Authority” ni sebenarnya dia nak orang awam berfikiran kritis, rajin buat research/ validation sendiri ke atas hujah golongan yang punya “authority” ni.
Malaikat sendiri pun pernah bertanya balik kat Tuhan, biar betul nak cipta manusia? Spesies yang dah sedia ada kat Bumi pun takleh pakai. Awat nak cipta lagi? Yang tu baru Malaikat yang memang dah dicipta kena selalu ikut cakap Tuhan.
Kalau untuk golongan yang punya “authority” ni pula, falasi ni dia nak ajar kau supaya rendah diri dan bila berhujah dengan hujah pihak lawan, lawanlah juga dengan hujah. Bagi data dan bukti. Bukannya dengan meng-veto hujah lawan dengan qualification authority kau. Sebab ada je aku tengok sesi berhujah, bila dia dah kena checked/jammed dengan pihak lawan, dia guna hujah “I’m a medical doctor”, “I’m a senior in this” and then “…. so korang kena ikut cakap aku, jangan soal lebih2… “
Haram jadah betul. Tu bukan hujah hahah
Orang yang berilmu sepatutnya rendah diri, rendah ego serta hormat orang lain sebab ilmu adalah sesuatu yang “sacred” (suci).
Tapikan, falasi “Appeal to Authority” ni makes sense kalau dua2 pihak reti berhujah secara konstruktif.
Sebab lagi satu masalah yang aku nampak bila berhujah dengan orang awam, kadang2 tu hujah dah lah ke laut, lepas tu nak berterusan mempertikaikan hujah golongan yang ada authority ni. Contoh senang puak2 bani Flat Earth la… Aku dah 3 tahun follow dorang and selama aku follow tu, takde langsung perkembangan hujah dorang yang konstruktif. Sikit2 konspirasi Yahudi NASA etc 🙄
Bidang perubatan lagi la banyak. Siap boleh buat world war three sekarang ni.
Sebab tu la golongan yang ada “authority” ni selalu sakit kepala dan sakit hati bila nak kena layan dorang 😂😂😂
Wallahualam
P/S: sebenarnya nak cerita, tadi aku sendiri terpaksa guna ayat keramat “I’m a Science student and also a chemical engineer so I know lah…” sebelum belah (lari sebenarnya) 🤣. Sebab aku tak nampak macam mana nak bawa perbincangan tu ke arah yang konstruktif. Aku pun malas nak gaduh lama2. Baik sambung tengok anime. Lagi bahagia 😛
Appeal to Authority {Fallacy} was originally published in Projek Zero Requiem on Medium, where people are continuing the conversation by highlighting and responding to this story.
PM Jepun, Shinzo Abe bersama dengan Presiden US, Donald Trump
HUBUNGAN JEPUN — AMERIKA, SATU PERSOALAN BARU]
Bagi warga Amerika Syarikat, walaupun kejadian serangan Pearl Harbor itu disifatkan sebagai ‘day of infamy’ yakni hari yang memalukan, peristiwa bersejarah itu sebenarnya menjadi titk tolak dalam mempersiapkan Amerika sebagai sebuah kuasa dunia yang baru khususnya setelah tamat Perang Dunia Kedua.
Malah pada hari ini, lapisan pertahanan Amerika di lautan Pasifik sungguh kebal.
Penguasaan Amerika ke atas Rantaian Pulau Pertama (Jepun, Taiwan, Filipina) dan Rantaian Pulau Kedua (Guam dan Kepulauan Mariana Utara) dapat memastikan agar peristiwa seumpama Pearl Harbour tidak berulang lagi.
Amerika juga menempatkan sejumlah besar angkatan tentera di Jepun yang dikenali sebagai ‘United States Japan Force’ (USJF) serta pasukan khas Marin di Guam.
Pangkalan-pangkalan tentera laut Amerika juga dibina di beberapa buah negara di Pasifik termasuklah di Korea Selatan, Singapura serta Australia.
Namun bagi Jepun, kehadiran kuasa Amerika di pintu negaranya sangatlah dialu-alukan.
Pemimpin Jepun melihat, dengan bernaung di bawah payung ketenteraan serta keupayaan nuklear Amerika, ianya dapat melindunginya dari keagresifan negara-negara jiran seperti Soviet Union (kini Russia), China dan Korea Utara.
Bagi Amerika pula, keupayaan dalam menguasai sebuah negara yang berkedudukan strategik bagi mengekang kemaraan pengaruh komunis (Soviet Union dan China) khususnya di era Perang Dingin (Cold War) amatlah perlu. Jepun adalah asetnya.
Oleh itu, keadaan ini adalah ‘win-win situation’ buat kedua belah pihak.
Akan tetapi, kebangkitan Jepun sebagai kuasa ekonomi dunia baru sejak era 1970-an telah menggugat kedudukan periuk nasi industri Amerika (terutamanya industri pembuatan kereta dan besi keluli). Lebih-lebih lagi setelah banyak barangan buatan Jepun berjaya menembusi pasaran Amerika.
Keadaan bertambah tegang apabila kempen-kempen berbentuk ‘Hentam Jepun’ mulai muncul. Kerajaan Amerika didesak agar barangan Jepun dikenakan cukai tarif.
Namun begitu, Jepun masih bertahan dan masih mampu untuk kekal sebagai pesaing hebat di pentas ekonomi dunia. Tetapi kini sudah berubah. Sejak kelembapan ekonomi pada tahun 1990-an, Jepun masih gagal untuk merangsangkan semula ekonominya.
Polisi kewangan yang diamalkan Jepun ketika era kebangkitan telah meninggalkan hutang negara yang sangat banyak.
Walaupun kerajaan Jepun pimpinan Perdana Menteri Shinzo Abe (Parti Liberal Demokratik) telah melaksanakan polisi ekonominya (Abenomics), keupayaan dasar ekonomi tersebut masih dipersoal keberkesanannya.
Malah, keputusan kerajaan dalam menjadikan Jepun sebagai tuan rumah Sukan Olimpik 2020 dalam keadaan ekonomi yang gawat menjadi isu yang hangat diperkatakan.
Naiknya Trump dengan polisi-polisi kontroversinya juga telah menambahkan lagi kegusaran pemimpin Jepun khususnya Shinzo Abe. Sejak dulu lagi, Trump sebagai seseorang yang bermentaliti bisnes, merupakan salah seorang ‘penghentam Jepun’.
Bagi Trump, Jepun adalah antara pesaing kuat ekonomi Amerika.
Namun pada masa yang sama, terpilihnya Trump dengan laungan ‘proteksionis’ nya mempunyai seribu satu hikmah. Hasrat Trump yang ingin mengurangkan kebergantungan secara percuma negara-negara luar dengan aset ketenteraan milik Amerika menjadi peluang keemasan bagi kerajaan Jepun pimpinan Parti Liberal Demokratik (LDP) untuk ‘rearm’ semula kekuatan ketenteraan Jepun.
Selama ini, Doktrin Yoshida yang menjadikan Jepun sebagai negara ‘pasifis’ telah lama dipersoalkan malah dicabar oleh ahli politik LDP serta rakyat Jepun yang berhaluan kanan (ultra-nasionalis). Mereka telah berkali-kali mencabar malah mengintepritasikan semula Perkara 9 itu.
Mereka melihat, Empayar Jepun yang berjaya mencabar kuasa imperialis Barat suatu ketika dahulu sebagai ‘role model’ yang harus disanjung.
Oleh itu, Shinzo Abe serta barisan pemimpin LDP yang lain sedang giat mempersiapkan Jepun untuk keluar dari kepompong pasifisnya.
Silibus pendidikan diubah agar unsur-unsur patriotisme yang berbau ultra-nasionalis dipupuk dalam kalangan generasi muda. Pelajar sekolah diajar, Jepun tidak bersalah sewaktu Perang Dunia dahulu dan pemimpin-pemimpin atasan Empayar Jepun adalah hero yang wajar disanjungi.
Bajet ketenteraan yang tinggi serta program-program pembinaan aset ketenteraan baharu diluluskan parlimen Jepun. Malah, ahli pasukan ‘Self-Defense Force’ (SDF) Jepun telah mula dihantar untuk beroperasi di luar tanah Jepun atas nama ‘self-defence’.
Negara Jepun juga kini dilihat agak lantang serta konsisten terhadap negara-negara jirannya dalam menuntut hak pemilikan ke atas beberapa buah wilayah di Laut Jepun (Liancourt Rocks), Laut Filipina (wilayah Okinotorishima), Laut China Timur (Kepulauan Senkaku) serta Laut Okhost (Kepulauan Kuril).
Ramai ahli politik serta rakyat Jepun keluar membantah. Bagi mereka, apa yang cuba dilakukan Abe serta kerajaan LDP akan menggadaikan keamanan yang dikecapi Jepun selama ini. Malah, majoriti rakyat Jepun masih tidak dapat keluar daripada trauma kekalahan perang dunia serta peritnya kehidupan di bawah pendudukan Amerika suatu ketika dahulu.
Disamping mendapat tentangan domestik, tindakan Abe serta beberapa ahli politik Jepun mengunjungi kuil Yasukuni telah mendapat reaksi kecaman dari negara jiran khususnya China dan Korea Selatan.
Ini kerana, Kuil Yasukuni merupakan kuil Shinto yang menempatkan roh-roh pahlawan Jepun yang terkorban dalam memperjuangkan negara. Ini termasuklah pemimpin atasan Empayar Jepun yang telah dilabel sebagai penjenayah perang (War Criminal).
Bagi warga China dan Korea Selatan yang pernah mengalami kesengsaraan hidup di bawah pemerintahan Empayar Jepun suatu ketika dahulu, tindakan pemimpin atasan Jepun dalam memberikan kunjungan hormat kepada roh-roh penjenayah perang ini sangatlah tidak menjaga sensitifiti keluarga mangsa.
Presiden Trump juga dinampak tidak mempunyai masalah dengan polisi luar Jepun ini.
Oleh itu, ada beberapa persoalan yang kita boleh lontarkan di sini.
Pertama, adakah hasrat Abe serta parti haluan kanannya bakal mendapat simpati yang besar dalam kalangan warga Jepun sekaligus, membentuk halatuju baharu hubungan luar Jepun?
Kedua, bagaimana pula agaknya rupa halatuju dasar hubungan luar Jepun yang baharu bersama dengan negara serantau Asia Pasifik khususnya Korea Selatan, Korea Utara dan China?
Terakhir, dengan adanya Trump yang membawa nada polisi proteksionis, adakah ianya bakal menjurangkan lagi hubungan rapat kerjasama yang telah dibina diantara kedua-dua buah negara gergasi ekonomi dunia tersebut?
Kita tunggu dan lihat.
P/S: Sumber2 fakta di dalam artikel ini diolah serta ditulis kembali oleh penulis dari artikel asal tulisan Ayman Rashdan Wong, PTD yang sedang berkhidmat di Wisma Putra (Kementerian Luar Malaysia).
Bangkitnya Sebuah Empayar yang Baru was originally published in Projek Zero Requiem on Medium, where people are continuing the conversation by highlighting and responding to this story.
“No one should change their money on the street”
Sedih pula tadi bila aku tengok few videos kat YouTube sesetengah foreign tourists kena scam bila nak tukar duit matawang dorang. Yup. Bila kau pi travel, memang kadang2 tu kau boleh jumpa “agent” jalanan yang tawar perkhidmatan tukaran wang asing. Dan nilai yang ditawarkan pula memang cantik. Jadi tak peliklah kalau kita ada rasa “tempted” nak tukar. Nak2 budget travellers.
Tapi tulah. It’s a common sense to not to do so. Bila aku tengok video2 scammer tu, duit yang dorang bagi tu duit tipu. Kadang2 bagi currency negara lain. Yang tourist tu pun satu hal. Tak periksa dulu rupa duit kertas yang dia nak. Tapi mesej yang paling penting aku dapat dari video tu, jadilah pengembara/pelancong yang bijak. Sila guna common sense. Kau sendiri yang cari masalah bila pi tukar duit kat jalanan 💁.
Aku biasanya cucuk je kat mesin ATM atau pi cari pejabat currency exchange yang real. Nak lebih mudah, bayar je pakai kad kalau bayar sekali banyak (kadar caj kad debit bank aku murah je so aku tak kisah sangat).
Setiap kali aku keluar pi mana2, aku selalu pesan kat diri aku to always stay vigilant to your surroundings. Selama travel kat Europe ni, macam2 jugalah jenis scam aku dah lihat. Kadang2 tu saja aku layan dorang walaupun dah tahu tu scammer sebab nak tahu macam mana modus operandi dorang ni.
Ada yang guna cara insisting bagi bunga free tapi kemudiannya insisting minta duit pula (pernah kat Cologne, Germany aku bawa lari bunga dia. Hah! sape scam sape sekarang 😜).
Cara lain tapi modus operandi sama, dorang offer jadi free tourist/info guide. Kalau muka kau blur2 tak tau macam mana nak beli tiket kat stesen ke, nak naik bus mana ke, tak boleh baca papan tanda ke, nanti adalah tu yang “datang tolong”. Orang local yang tiba2 je nak jadi baik nak tolong kau pun dua kali lima gak.
Tapi jangan salah faham. Ada yang memang baik dan ikhlas menolong pun. Again, kau kena bijak menilai dan memilih. (sebenarnya ramai yang baik tapi segelintir yang jahat tu yang menconteng arang).
Lagi satu, kadang2 these “voluntary helper” ni pakai name tag dan kemeja kerja so kita kena pandai la nak membezakan dorang ni pekerja rasmi ke tak. Selingan jap, pernah kat UK dulu ada maintenance worker datang ketuk pintu rumah aku. Nak baiki mesin basuh katanya sebab ada aduan rosak. Adalah dokumen dia tunjuk tapi aku tak nak gak bagi dia masuk sebab aku tak dapat pun email pemberitahuan dari tuan rumah atau agen rumah aku pasal ni. Lepas dia dah belah, aku saja ikut dia senyap2. Aku nampak dia pi ketuk pintu rumah lain pula. Memang sah penyamun ni.
Ada juga jenis yang minta derma tapi ada nilai minimum kena bagi. Yang tak boleh belahnya, dorang akan ikut je kau sampai dia give up atau kau sendiri yang give up. Setakat ni aku tak pernah tewas lagilah dalam pertarungan ni ✌️😎.
Kalau yang paling ganas aku pernah jumpa, dia buat “show” kat kau. Ada bermacam-macam. Yang paling best, “the friendship bracelet”. Aku banyak jumpa kat Paris tapi tempat lain macam Athens pernah gak jumpa. Yang ni dia main ikat tali/benang kat pergelangan tangan kau dengan pergelangan tangan dia. Then kalau nak end the show, kau kena bayar. Kalau tak, melekatlah kau dengan dia.
Ada juga yang menyamar jadi “traveling monk”. Kalau kat Jepun aku percayalah nak bagi derma sebab tu part of their Buddhist tradition. Tapi kalau dah sampai ke Europe, emmmm. Jauh benar kau pi travel cari derma 😂😂😂.
Yang berlakon jadi tourist tiba2 tanya arah/info dengan kau pun sejenis teknik scam. Biasanya teknik ni perlukan sekurangnya dua orang untuk berjaya. Sorang akan cuba alihkan perhatian kau dan sorang lain akan cuba mencari “opening” untuk celuk (kadang2 ragut) barang kau.
Banyak lagilah sebenarnya. Yang berlakon jadi “recruitment agency” pun ada (Siap pakai suit dan bagi business card). Yang guna “magic button” untuk tiba2 naikkan tambang teksi pun ada. Yang cuba pancing kau untuk jadi partner in crime pun ada (aku pernah kat Brussels ditawarkan 50/50 profit hasil menyamun kalau aku sudi join team dia 🤣).
Jadi apa pengajarannya kat sini? Jangan keluar travel ke? Eh tak… Mana boleh macam tu.
Take home messages yang paling mudah:
1) Buat pre-research (either baca travelog orang yang dah pernah sampai atau laman rasmi tourism) tempat2 / negara yang kau nak pi. Hadam maklumat isu keselamatan negara tu. Contoh, memang dalam website tourism Italy kerajaan dorang suruh berhati-hati dengan pickpockets. Terlalu banyak berkeliaran.
2) Buat gaya kau macam dah tahu/familiar dengan tempat tu. Jangan buat muka blur atau tak biasa. Scammer akan target orang yang macam ni. Aku biasanya akan familiarise myself dengan layout jalan raya dan public transportation network dorang. Kadang2 aku yang lebih tau macam mana nak gerak berbanding dorang 😛✨. Guna local printed maps dan Google Maps software. Banyak membantu.
3) Yang paling penting, always stay vigilant to your surroundings and please use common sense. Waktu tengah makan kau letak phone kat atas meja memang senang la kena target ragut. Dan sebagainya.
4) Yang terakhir bagi orang Muslim /beragama, letaklah tawakkal kepada Tuhan tu lebih. Kadang2 kita dah sehabis baik dah buat persiapan atau berjaga jaga. Tapi Tuhan jugalah sebaik pelindung. Dan bila kena diuji tu, berbaik sangkalah pada Tuhan. Mungkin ada hikmah atau kafarah dosa yang Tuhan nak kau belajar.
Scammer! was originally published in Projek Zero Requiem on Medium, where people are continuing the conversation by highlighting and responding to this story.
Semalam aku sempat datang dengar kuliah khas oleh Professor David Gross. Prof ni dia pernah dapat anugerah Nobel dalam bidang Fizik pada tahun 2004 dan penemuan saintifik yang dia buat sampai boleh dapat anugerah Nobel adalah pasal kuantum kromodinamik (quantum chromodynamics), salah satu konsep dalam fizik kuantum.
Ok aku tak nak sembang pasal kuantum kromodinamik, tapi aku nak cerita sikit pasal ilmu fizik secara umum.
Seperti yang kita tahu, fizik adalah ibu segala sains. Ye, konsep dalam biologi dan kimia pun sebenarnya kena pakai ilmu fizik. Nak tahu tekanan darah jantung kena pakai fizik. Nak tahu macam mana hujan turun kena pakai fizik. Nak bakar ayam suhu berapa dalam ketuhar kena pakai fizik. Nak cari arah kiblat mana nak sembahyang pun kena pakai fizik.
Jadi logiklah kalau pintu kepada ilmu fizik ni tersangatlah luas.
Sebutlah dari sekecil-kecil perkara seperti atom sehinggalah sebesar perkara macam galaksi, semuanya guna pakai ilmu fizik untuk diterangkan. Dengan fizik jugalah kita boleh cipta macam-macam jenis teknologi. Komputer dan ‘software’ yang aku tengah guna nak menaip post ni serta Facebook yang korang tengah buka ni pun pakai ilmu fizik nak buat tau.
Kalau nak tau, fizik ni kita boleh bahagi kepada dua kategori iaitu fizik klasik dan fizik moden. Fizik klasik adalah fizik yang telah lama ditemui sejak era tamadun Greek purba lagi dan ianya mula dikembangkan dengan pesat sewaktu era Isaac Newton (abad ke-17) sehinggalah ke awal abad 20.
Biasanya, benda yang dibincangkan dalam ilmu fizik klasik ni lebih kepada benda-benda seharian yang kita boleh nampak atau rasa dengan pancaindera semulajadi kita. Contohnya macam cahaya yang kita nampak, bunyi yang kita dengar, haba yang kita rasa, bulan dan bintang yang berada di angkasa dan sebagainya.
Dan dengan menggunakan ilmu fizik klasik juga kita boleh menerangkan segala macam fenomena yang banyak berlaku di depan mata kita. Contoh, macam mana kapal terbang bapak kau boleh terbang, kenapa bola bila kau baling dari tempat tinggi dia jatuh ke bawah, kenapa naik sampan boleh terapung atas air dan sebagainya.
Masalah kejuruteraan macam mekanik bendalir dan hukum termodinamik pun banyak guna pakai ilmu fizik klasik.
Tetapi lama-kelamaan, banyak pula masalah-masalah baru dalam sains di awal abad ke-20 tak boleh dijawab dengan ilmu fizik klasik. Contohnya adalah permasalahan kesan fotoelektrik (photoelectric effect) dan sinaran jasad hitam (black body radiation). Jadi saintis terpaksa mengkaji semula ilmu-ilmu fizik yang sedia ada dan apabila dorang mula masuk ke alam yang berskala mikroskopik, kita telah melahirkan sejenis cabang ilmu fizik yang baru iaitu fizik moden.
Tapi kalau korang nak tahu, fizik moden ni pelik sungguh sebab banyak fenomena serta penjelasan dia bercanggah dengan logik akal manusia.
Satu contoh, dalam fizik moden kita ada fizik kuantum. Dalam fizik kuantum kita ada satu konsep dipanggil sifat kedualan (duality) dimana semua zarah-zarah yang wujud seperti elektron, proton, neutron dan sebagainya, sebenarnya juga wujud sebagai gelombang. Dia bukan samaada zarah atau gelombang tapi wujud sebagai kedua-duanya sekali iaitu zarah dan gelombang serentak.
Contohnya adalah cahaya. Cahaya ni antara makhluk Tuhan yang unik sebab dalam satu-satu masa, dia wujud sebagai zarah yang dipanggil foton dan juga sebagai gelombang yang dipanggil elektromagnet. Dan disebabkan tubuh badan serta benda di sekeliling kita ni pun diperbuat daripada berbilion zarah, secara tak sedar kita ni pun adalah gelombang!
Lagi satu contoh konsep fizik kuantum adalah permasalahan kucing Schrodinger (Schrodinger’s cat) dimana semua benda yang berada di alam mikroskopik mempunyai nilai kebarangkalian (probability) yang sama untuk jadi A dan B serentak. Benda ni macam kau cuba nak cakap seseorang tu gemuk dan kurus serentak atau wujud sebagai lelaki dan perempuan serentak.
Memang tak masuk akal tapi dalam dunia fizik kuantum benda ni perkara biasa. Tiada benda yang bersifat pasti. Semuanya adalah kebarangkalian.
Lagi satu perkara yang tak masuk akal dalam dunia kuantum fizik adalah konsep terowong kuantum (quantum tunnelling) dan simpulan kuantum (quantum entanglement). Konsep ni cuba nak cakap dalam dunia mikroskopik, semua zarah sebenarnya tak bergerak seperti mana kita yang berada di dunia makroskopik ni bergerak. Dorang guna ilmu ‘teleport’. Sekejap ghaib dari sana muncul kat sini. Sekejap muncul kat sini ghaib dari situ. Dah macam Harry Potter dah tapi itulah realiti yang berlaku kat dorang. Dan kita kena ingat, kita ni diperbuat daripada zarah-zarah yang bergerak di alam mikroskopik.
Lagi satu cabang dalam fizik moden adalah fizik relativiti. Contoh fizik relativiti yang menarik adalah konsep kerelativan masa. Ni pasal apa pula?
Ok, biasanya kalau kau tengok jam di sekeliling kau, masa berdetik macam biasa la kan. Tapi kalau kau bergerak pada kelajuan yang tersangatlah laju, jam di sekeliling kau akan berdetik semakin perlahan. Dan bila kau dah bergerak sama laju dengan kelajuan cahaya (speed of light), jam kau tu dah tak berdetik dah sebab masa di sekeliling kau dah berhenti. Dalam kata lain, konsep masa sudah tidak wujud kat kau!
Jap, jadi kalau kita bergerak lebih laju daripada kelajuan cahaya macam mana pula?
Jawapannya, berat jisim kau akan jadi infiniti! Dan satu-satunya objek yang kita tau wujud (setakat inilah) sebagai benda yang berjisim infiniti adalah lohong hitam (Black Hole).
Pelik bin ajaib tapi itulah dia fizik moden.
Dan kerana penemuan benda-benda yang pelik dalam fizik moden inilah kita boleh ada perbincangan pasal ‘time travel’, extra dimension’, ‘parallel universe’ dan terhasilnya cerita-cerita sains fiksyen Hollywood macam Terminator, Thor dan sebagainya. Semua ini dapat dijelaskan dengan ilmu fizik moden.
(Jambatan Bifrost yang Heimdall jaga dalam dunia Thor tu adalah contoh fenomena Einstein-Rosen bridge yang boleh diterangkan menggunakan Einstein field equations).
Ok jadi apa sebenarnya faedah kita tahu fizik moden ni? Nak bina bangunan, jambatan atau buat enjin kereta bukan pakai pun. Jurutera kimia nak buat produk makanan seharian pun tak pakai ilmu fizik kuantum atau fizik relativiti.
Jadi bukankah fizik klasik itu sendiri dah cukup?
Kalau nak tahu, banyak sebenarnya aplikasi yang telah dihasilkan melalui pemahaman kita dalam fizik moden.
Tanpa fizik moden, kita tak akan ada sistem navigasi GPS serta rangkaian satelit yang sempurna.Tanpa fizik moden, kita tak akan ada komputer. Tanpa fizik moden, kita tak akan mampu cipta teknologi canggih seperti ‘smartphone’ serta gajet-gajet elektronik yang lain. Tanpa fizik moden, kita tak boleh buat elektrik dari tenaga nuklear. Tanpa fizik moden, kita tak boleh kaji bintang-bintang nun jauh di angkasa dengan lebih terperinci. Tanpa fizik moden, tak adalah ubat-ubat yang berskala nano yang boleh pi masuk jauh dalam badan kau.
Dan sebenarnya, dengan adanya fizik moden inilah kita boleh korek lagi rahsia misteri alam kita ni. Kalau boleh, kita nak tahu dari mana alam ni datang? Macam mana alam ni akan mati nanti? Ada alam lain ke selain alam yang kita duduk ni? Kalau memang hanya ada satu je alam, ada alam sebelum alam kita ni tak?
Dengan fizik moden khususnya penerokaan dalam ilmu fizik zarah dan fizik kosmologi, kita telah membuka seribu satu ruang jawapan kepada persoalan ini.
Nah.. Jadi menarik tak belajar fizik? Lol
P/S: Kuantum kromodinamik ni adalah penjelasan kepada macam mana zarah-zarah quarks berinteraksi dengan zarah gluon sekaligus, membantu melengkapkan Model Piawai zarah (The Standard Model of elementary particles). Nak tahu apa bendanya quarks, gluon dan Standard Model, silalah Google eh.
Hukum Tuhan bernama Fizik was originally published in Projek Zero Requiem on Medium, where people are continuing the conversation by highlighting and responding to this story.
Some of my friends fell weird when I told them one of my reading lists is in the field of History/Philosophy of Magic. Yeah, magic. Sounds superstitious for a science-minded student right?
The main reason is probably that I always wonder why when we studied the societal practices/norms of the people in the ancient, medieval or even the modern era, it’s hard to distinguish what is deemed as an act of science, religion or magic.
Generally from my own understanding, “Science” constitutes a rational /empirical understanding of the natural laws and with the creation of the Scientific method and clever usage of technologies, we’re able to do manipulation of the natural order for our own benefits. And this factor has greatly turned the table by making our species the apex predator on Earth despite our inherent physical weaknesses.
Whereas “religion” works on the basis of faith and belief towards supernatural order, generally the worship towards the one true God and this is provided through revelations of scriptures and guidance from selected people of God deemed as Prophets or Saints. Throughout our mankind history, religion often serves as moral guidelines and has had been incorporated into our political/societal system as well. For examples, maternal laws, judiciary power and legitimacy of rulers.
Meanwhile “magic” is more interesting. It inter-relates both concepts by instrumentally invoking the supernatural order to manipulate the natural order. Usually, it is hard to define what is magic and what is not due to its vastness of fields. A certain type of magic fields such as alchemy and potion making has become full-fledged scientific subjects. Other more supernatural-related fields like necromancy and astrology are still deemed to be ‘superstitious’.
Another type of magic field to ponder is witchcraft, which is often being associated as ‘black magic’ due to its usage of demons and devils to cause calamity to befall others.
Quite interesting right?
And then whichever early human civilisations you look at, there was a cultural, societal and political balance or understanding between these three elements.
Take for example the Ancient Egyptian society. Their belief in the concept of resurrection in the afterlife (religion) made them to mummified the death but in order to do so, a great deal of understanding in the preservation of human anatomy (science) is needed. And from the start till the end of mummification steps, lots of amulets, spells and rituals (magic) are incorporated together.
And that is just one example of an act from one civilisation. What about religious-based exorcism that is still being practised nowadays to counter witchcraft user?
There are no clear boundaries between them!
Magic Anyone? was originally published in Projek Zero Requiem on Medium, where people are continuing the conversation by highlighting and responding to this story.
Ada orang tanya, aku buat research level Master pasal apa sebenarnya. Tak habis-habis buat insta story main-main dengan bahan kimia dan alatan makmal. Nampak macam best. Jadi meh kat sini aku cerita.
Emulsion & Emulsifier
Pernah tak korang perasan selepas selesai je masak makanan yang berminyak (macam kari ayam) dan kalau korang biarkan dia lama-lama, akan terbentuk satu lapisan minyak yang termendap di atas kari tersebut macam gambar kat bawah ni. Ataupun sebelum korang nak minum susu, korang mesti akan goncang terlebih dahulu botol tu. Kalau main minum je, rasa dia jadi tak sedap.
Kari ayam aku masak (lol)
Kalau nak tau, fenomena ini disebabkan ketidakstabilan komposisi bahan yang ada dalam larutan yang kami panggil sebagai “emulsion”. Mudahnya, semua produk seharian kita yang melibatkan campuran lebih dari satu jenis bahan cecair kita panggil sebagai “emulsion”. Emulsion yang baik atau stabil akan berupa seperti satu larutan yang sekata. Nampak smooth je rupa dia, takde pecah-pecah. Kita panggil keadaan tu sebagai homogenious dan sudah tentu, semua syarikat makanan nak produk dorang dijual dalam keadaan stabil.
Tetapi, emulsion ni secara semulajadi sifatnya tak stabil dan selang beberapa masa, setiap komposisi bahan (seperti gula, tepung, air dan sebagainya) yang ada dalam larutan tu akan cuba untuk keluar dari keadaan homogenious tu lalu membentuk lapisan tersendiri yang terdiri daripada setiap komposisi bahan tersebut. Gambar kat bawah ni contoh oil-in-water emulsion yang dah tak stabil.
Oli-in-water emulsion with Tween 20 as the emulsifier
Ada beberapa faktor yang mendorong sesuatu emulsion tu untuk jadi macam tu. Faktor yang paling umum dan mudah adalah disebabkan proses pemendapan kerana perbezaan ketumpatan (density) setiap bahan didalam emulsion tersebut. Kita ambil contoh oil-in-water emulsion tadi. Dalam keadaan yang stabil, setiap droplet molekul minyak akan berselerak di dalam emulsion tu dalam keadaan yang sekata. Tapi, kita tau air lebih tumpat dari minyak. Lama-lama, droplet-droplet minyak tu akan berkumpul dan bergabung dengan sesama geng-geng dia dan perlahan-lahan membesar (nama saintifik proses ni adalah coalescence) sehinggalah dia termendap sebagai satu lapisan kat atas air.
Image of droplets seen here is oil droplet surrounded with water environment
Jadi macam mana nak tackle masalah ni? Ok sebelum tu, cuba korang lihat sos. Tak kisahlah sos cili ke, mayonnaise ke, kenapa pembentukan lapisan setiap komposisi bahan dia tu ambil masa yang sangat lama? Simpan berbulan lama pun masih lagi sekata emulsion dia.
Kalau nak tau, di dalam industri pemprosesan makanan, kami ada letak sejenis bahan kimia dipanggil “food emulsifier” atau mudahnya “penstabil makanan”. Kadang-kadang kami panggil dengan nama lain macam “surfactant” atau “stabiliser” tapi semua tu benda yang sama je.
Fungsi emuslifier ni sudah tentu menstabilkan emulsion tu la supaya kesekataan setiap droplet bahan dia tu bertahan lebih lama. Emulsifier ni akan melekat kat permukaan setiap droplet tu dan menghalang dorang dari cuba melekat dan bergabung antara satu sama lain. Macam magnet yang saling tolak menolak. Jadi susah la ataupun dia akan ambil masa yang lama untuk lapisan-lapisan tu terbentuk.
Pickering Particle
Ada banyak jenis emulsifier yang digunakan dalam industri makanan. Gambar kat bawah ni antara yang selalu digunakan.
Some food products I found in my house (lol)
Tetapi, ada satu jenis emulsifier yang diperbuat dari bahan pepejal. Kami panggil dia “Pickering Particle”. Supervisor aku, Prof Bettina Wolf (dia orang Jerman) dan kumpulan dia kaji pasal benda ni. Dorang berjaya jumpa, ada beberapa sisa produk makanan seharian kita seperti biji kopi, biji koko, oat dan sebagainya bersifat seperti Pickering particle dan berpotensi untuk digunakan sebagai food emulsifier dalam industri makanan.
Kemudian, supervisor aku buat lagi kajian dan dorang buat satu konklusi, dalam setiap sisa produk makanan tu (biji kopi, biji koko etc) ada satu bahan kimia semulajadi yang dipanggil lignin. Dan disebabkan lignin ini lah yang menjadikan sisa produk makanan tu bersifat seperti Pickering particle.
Lignin
Apa itu lignin? Lignin ni adalah sumber biopolimer semulajadi kedua terbesar dunia selepas cellulose dan sebelum hemicellulose dan hampir kesemua sumber biomass ada benda ni. Dan kalau nak tau, lain bahan biomass seperti pokok tebu, buah kelapa sawit, batang jagung dan sebagainya ada struktur lignin yang berbeza-beza. Jadi biasanya kami kelaskan sumber biomass ni mengikut berapa banyak jumlah jenis bentuk monolignols yang ada dalam struktur lignin dorang.
Kebanyakan sumber biomass yang jenis kayu lembut (softwood) ada banyak coniferyl alcohol (G-type lignin) manakala jenis kayu keras (hardwood) ada banyak sinapyl alcohol (S-type lignin). Sumber biomass yang bukan jenis kayu macam rumput ada banyak coumaryl alcohol (H-type lignin). Jadi jangan main bantai je sumber biomass yang nak diguna. Kena pilih betul-betul.
General structure of lignin with its basic monolignols structure
Lagi satu, lain kaedah/cara yang digunakan untuk mengekstrak lignin dari sumber biomass pun akan menghasilkan struktur lignin yang berbeza.
Kenapa? Lignin ni complicated gila sebab dia ada banyak rantaian “chemical bonds” yang berserabut dan keserabutan rantaian ni akan berubah mengikut kondisi proses ekstrak tu.
The 4 different processing routes to extract lignin in industry
Jadi, sekarang kita dah tau dua jenis pembolehubah (variables) yang kita boleh guna bila nak kaji pasal lignin ni. Jadi, apa dia research aku ni?
My Research
Nama judul tak rasmi thesis aku adalah “ Acid-assisted ethanol extraction of lignin from the coffee ground and its rheological properties”. Secara kasarnya, aku ekstrak lignin dari biji kopi dengan menggunakan larutan ethanol yang berbeza-beza. Kemudian, aku buat rheological tests ke atas esktrak tu.
Rheology ni adalah salah satu cabang kajian sains yang mengkaji perubahan sifat pengaliran (flow properties) sesuatu bahan apabila dikenakan daya ke atasnya. Mudahnya aku nak tau, likatnya lignin aku ni macam mana, kenyal dia elastik ke atau lebih kepada plastik, kalau dikenakan daya yang kuat secara berterusan struktur dia akan pecah ke tak dan sebagainya.
Objektif kajian aku mudah. Kalau kita nak aplikasikan biji kopi ni sebagai food emulsifier, kita kena tau macam mana sifat rheology lignin ni. Dan struktur lignin yang berbeza akan bagi kau sifat rheology yang berbeza. Memandangkan aku mempelbagai larutan ethanol, aku menjangkakan struktur lignin yang diekstrak sepatutnya berbeza.
Jadi, itulah dia kajian master aku. Kajian aku ni dalam bidang teknologi pemakanan dengan pengkhususan lebih kepada food microstructure. Best ke tak tu tanya diri masing-masing. Bagi aku menarik je dapat pendedahan pasal benda ni tetapi setakat ni, ianya belum cukup menarik untuk aku pergi buat PhD dalam bidang ni hahah.
Wallahualam
P/S: Pengajian Master of Engineering aku ni jenis Mix-mode (some part by research and some part by courseworks). Research project yang aku sembang kat atas ni cuma ambil 1/3 dari keseluruhan jumlah credit hours pengajian aku. Lagi 2/3 tu courseworks and exams. Hah gila tak gila uni aku……
My Research Project was originally published in Projek Zero Requiem on Medium, where people are continuing the conversation by highlighting and responding to this story.