Jika HomePod atau HomePod mini tiada respons

Ketahui tindakan yang perlu diambil jika anda melihat "Tiada Respons" di bawah HomePod atau HomePod mini dalam app Rumah.

Semak isyarat dalam app Rumah

Semak sambungan Wi-Fi anda

Mulakan semula HomePod atau HomePod mini

Dapatkan bantuan lanjut

Semak isyarat dalam app Rumah

Jika HomePod atau HomePod mini tidak dapat bersambung kepada rangkaian Wi-Fi rumah anda, tidak dapat mengakses Akaun Apple anda, atau terdapat isu lain, satu isyarat akan muncul dengan butiran tentang isu tersebut dalam app Rumah. Untuk melihat maklumat lanjut tentang isyarat tersebut, buka app Rumah, kemudian ketik atau klik HomePod.

Semak sambungan Wi-Fi anda

HomePod dan HomePod mini menyambung secara automatik kepada rangkaian Wi-Fi yang sama seperti iPhone atau iPad anda. Untuk menyemak kekuatan isyarat Wi-Fi anda:

  1. Buka app Rumah pada iPhone, iPad atau Mac anda.

  2. Ketik atau klik HomePod, kemudian ketik atau klik butang Setingbutang Seting .

  3. Tatal ke bawah ke Rangkaian Wi-Fi. Penunjuk kekuatan isyarat Wi-Fi muncul di sebelah nama rangkaian anda.

    Penunjuk kekuatan isyarat Wi-Fi muncul di sebelah Rangkaian Wi-Fi anda pada skrin seting HomePod.

Jika penunjuk kekuatan isyarat menunjukkan dua bar atau kurangkurang, kekuatan isyarat Wi-Fi anda adalah lemah. Cuba dekatkan pembesar suara HomePod anda dengan penghala anda dan singkirkan kemungkinan sumber gangguan wayarles.

Jika penunjuk kekuatan isyarat menunjukkan satu tanda serutanda seru , ketahui perkara yang perlu dilakukan.

Ketahui tindakan yang perlu diambil jika Siri pada HomePod anda menyatakan bahawa sambungan kepada Internet tidak dapat dibuat

HomePod dan HomePod mini menyokong rangkaian Wi-Fi portal terikat yang memerlukan langkah daftar masuk tambahan, sebagai contoh, yang disediakan oleh hotel atau asrama. Gunakan iPhone atau iPad anda untuk bersambung kepada rangkaian, kemudian ikut arahan pada skrin untuk persediaan.

Penunjuk kekuatan isyarat Wi-Fi tidak disokong pada pembesar suara HomePod yang bersambung dengan rangkaian yang menyekat trafik rakan ke rakan, seperti sesetengah rangkaian terikat.

Mulakan semula HomePod atau HomePod mini

  1. Buka app Rumah pada iPhone, iPad atau Mac anda.

  2. Ketik atau klik HomePod, kemudian ketik atau klik butang Setingbutang Seting .

  3. Pilih Tetapkan Semula HomePod, kemudian pilih Mulakan Semula HomePod. Jika anda telah menyediakan dua pembesar suara HomePod sebagai gandingan stereo, pilih Mulakan Semula HomePod.

Jika anda tidak melihat pilihan untuk memulakan semula HomePod anda, cabut palam daripada bekalan kuasa, kemudian palam masuk semula dan cuba lagi.

Jika HomePod masih tidak memberikan respons, tetapkan HomePod semula.

Dapatkan bantuan lanjut

Jika anda masih mengalami isu semasa menggunakan HomePod, anda mungkin memerlukan servis. Dapatkan servis.

Tarikh Diterbitkan: