Skip to playerSkip to main content
  • 6 months ago
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan hari kedua lawatan rasmi ke Itali dengan mengadakan sesi libat urus secara langsung bersama peneraju industri dan perniagaan utama negara itu.
Transcript
00:00Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan hari kedua lawatan rasmi ke Itali dengan mengadakan sesi libat urus secara langsung bersama peneraju industri dan perniagaan utama negara itu.
00:10Perdana Menteri berkata pertemuan bersama dua syarikat gergasi pertahanan Itali yang menyertai pameran aerok akasa dan maritim antarabangsa Langkawi 5 2025 tempoh hari
00:20telah memperkukuhkan prospek kerjasama jangka panjang antara kedua-dua buah negara.
00:26Pertemuan bersama Finkanteri dihadiri Ketua Pegawai Eksekutifnya Piero Berto Folguero manakala Leonardo diwakili oleh Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Kempen Strategik Tomaso Pani.
00:38Perdana Menteri tekankan pentingnya pendekatan antara kerajaan G2G bagi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab utama penyelenggaraan,
00:46pembaikan dan baik pulih MRO di rantau Asia Tenggara.
00:50Dalam sektor tenaga, Anwar turut mengadakan pertemuan dengan syarikat tenaga Itali Eni yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya Claudio Descalzi bersama Tan Sri Tengku Taufik selaku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas.
01:04Dalam pertemuan itu, mereka membincangkan berkenaan kerjasama sedia ada selain berusaha meneroka peluang pelaburan baharu yang boleh dimanfaatkan secara bersama.
01:12Delegasi Malaysia turut disertai wakil kementerian dan agensi berkaitan bagi memperkukuh hubungan dua hala serta menarik pelaburan berkualiti dari Itali.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended