James Chin dari Universiti Tasmania, berpandangan PAS sebenarnya tidak begitu mengambil berat tentang imej atau sokongannya dalam kalangan bukan Melayu, memandangkan kekuatannya terletak di kawasan nusa teras Melayu.
00:00PAS memperaga kekuatannya untuk memimpin Perikatan Nasional pada penutupan muktamar tahunannya pada selasa lalu,
00:08sejajar status parti mempunyai Ahli Parlimen terbesar di Dewan Rakyat.
00:13Penganalisis politik Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia dan Azmi Hassan dari Akademi Nusantara,
00:20berkata usaha PAS mengetua IPN boleh menjejaskan usaha menarik lebih ramai bukan Melayu, mengambil kira sikap tegas parti itu.
00:28Fauzi berkata PAS mesti menangani persepsi dan imej berkenaan dalam kalangan bukan Melayu secara langsung,
00:35serta mengadakan lebih banyak sesi libat urus terbuka dengan komuniti tersebut, khususnya mereka yang menyokong parti itu di Kedah, Kelantan dan Terengganu.
00:45Namun Azmi berkata isu asas membelenggu PAS ialah persepsi ia parti ekstrim,
00:50hasil daripada kenyataan kontroversi pimpinan parti khususnya Hadi yang pernah disiasat polis kerana melabel bukan Islam sebagai punca rasuah.
01:00James Chin dari Universiti Tasmania berpandangan PAS sebenarnya tidak begitu mengambil berat tentang imej atau sokongannya dalam kalangan bukan Melayu,
01:10memandangkan kekuatannya terletak di kawasan Nusa Teras Melayu.
Be the first to comment