00:00Walaupun hubungan antara Bersatu dan PAS dijangka bertambah baik sekiranya Hamzah Zainuddin mengambil alih jawatan pengurusi Perikatan Nasional daripada Muhyiddin Yassin, penganalisis meramalkan perpecahan dalaman Bersatu mungkin kekal.
00:15Azmi Hassan dari Eker Minusantara berpendapat keretakan dalam Bersatu kelihatan tidak boleh dibaki, malah berpendapat Hamzah sebagai Presiden Parti akan memberikan Bersatu hal tuju yang lebih jelas.
00:27Situasi itu akan beri manfaat kepada PN kerana PAS dilihat lebih suka bekerjasama dengan Hamzah yang dianggap lebih bertolak ansur.
00:36Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata sokongan akar umbi kepada Hamzah semakin meningkat melihat pada sokongan 120 daripada 197 bahagian dalam Perhimpunan Agung Bersatu namun menjangkakan Hamzah akan menghadapi tentangan kuat dari dalam.
00:54Manakala itu James Chin dari Universiti of Tasmania bersetuju Hamzah akan menstabilkan PN sekiranya beliau mengambil alih gabungan itu memandangkan PAS kelihatan menggemari beliau berbanding Muhyiddin.
Be the first to comment