Skip to playerSkip to main content
  • 2 months ago
Minister in the Prime Minister’s Department (Federal Territories) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa has urged NGOs, Islamic groups, individuals and influencers to follow regulations when distributing food to the homeless in Kuala Lumpur.

She told the Dewan Rakyat on Wednesday (Oct 29) that some influencers were using food distribution for social media content without adhering to rules, creating issues for DBKL.

Dr Zaliha also suggested refining the rule requiring food to be served in retort packs to improve hygiene and safety, while calling for greater participation from hotels, corporations and NGOs in managing surplus food for those in need.

WATCH MORE: https://thestartv.com/c/news
SUBSCRIBE: https://cutt.ly/TheStar
LIKE: https://fb.com/TheStarOnline

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pada ketika ini, terdapat dua pusat transit gelandangan yang sedang beroperasi di bawah seliaan Dewan Bandarai Kuala Lumpur di BKL.
00:08Yang pertama ialah pusat ikmat gelandangan PKG Medan Tuanku yang bertujuan sebagai tempat pemusatan aktiviti agihan makanan kepada gelandangan
00:17di sekitar kawasan Caukit, Jalan Tuanku Audra, mana juga Medan Tuanku.
00:22Pengagihan makanan harian di pusat ini adalah dianggarkan sebanyak 200 hingga 250 pak makanan dengan melibatkan kerjasama 6 NGO mengikut jadual agihan di BKL.
00:33Pusat ini berupaya mempunyai kapasiti untuk bermalam sehingga 100 orang penghuni dan purata pengisian sedia ada adalah sekitar 50 hingga 90 orang dalam satu-satu masa.
00:44Kedua ialah pusat transit gelandangan Kuala Lumpur, Anjung Kembara.
00:48Pusat penempatan ini berkepasti 200 orang dan mengamalkan low barrier entry dengan izin di mana tiada sebarang peraturan yang mebebankan dan rumit untuk membenarkan gelandangan ditempatkan di sini.
01:00Penginapan sementara dengan kemudahan asas lengkap termasuk makan minum disediakan untuk tempoh 2 bulan atau sehingga gelandangan ini mendapat pekerjaan dan penginapan tetap.
01:10Pada masa kini, seramai 91 orang penghuni mendapatkan pelindungan di sini.
01:15Para penghuni terdiri daripada mereka yang tiada sebarang penyakit kronik dan berjangkit, bebas daripada pengaruh dadah, bukan kategori orang kurang upaya dan tidak didagnosis sebagai individu yang menghadapi penyakit mental.
01:27Tidak dapat dipastikan jumlah gelandangan di Kuala Lumpur ini tetapi rekod menunjukkan seramai 4,886 orang gelandangan pernah mendapat penafaat daripada pusat ini.
01:39Secara keseluruhannya, pusat-pusat transi ini masih mampu menampung keperluan penghunian gelandangan di Kuala Lumpur.
01:46Program perjuduhan pekerjaan ataupun job matching turut diadakan di Anjung Kembara dengan kerjasama pihak ASAN Kebajikan Negara iaitu YKN, Jabatan Tenaga Kerja, JTK dan Pertubuhan Keselamatan Sosial ataupun Pekesu.
02:01Mereka turut dilibatkan dengan sesi temuduga bersama majikan yang bersesuaian termasuklah bantuan penyediaan resume untuk meningkatkan peluang mendapatkan pekerjaan.
02:12Sebagai tambahan, pusat pembelajaran komuniti caukit di bawah selean DBKL juga berperanan bagi penyediaan ruang dan pelaksanaan aktiviti latihan kemahiran diri seperti kelas bakri, kelas jahitan, kelas mengaji, kelas bacaan, kelas komputer dan juga aktiviti seni.
02:29Dalam usaha untuk berterusan yang membantu golongan gelandangan untuk berdikari dengan lebih baik, maka program pemantapan kendiri gelandangan di Kem Akal Gemencih telah diadakan pada 18 Mei 2025 sehingga 16 Jun 2025 dan melalui program ini seramai 48 orang gelandangan telahpun diberi latihan dan pembangunan kemahiran serta motivasi diri agar golongan ini dapat terus berdikari.
02:56Program gantian kad pengenalan dengan kerjasama pihak Mekar Jabatan Pendaftaran Negara juga telah diadakan bagi membantu gelandangan memperolehi semula kad pengenalan yang hilang dan program ini juga turut menyediakan program job matching dengan kerjasama pihak pekeso dan seramai 11 orang peserta telah juga memperolehi pekerjaan setelah tamat program ini.
03:18Yang berhormat sesi kedua program ini sedang dilaksanakan mulai 16 Oktober 2025 hingga 14 November 2025 dengan jumlah gelandangan yang terlibat adalah seramai 35 orang.
03:29Terakhir selain daripada itu DBKL turut akan meneliti pendekatan seperti placemaking dan juga reka bentuk infrastruktur bandar seperti yang diamalkan di beberapa bandar utama seperti London, Tokyo dan juga Singapore yang menggunakan elemen fizikal bagi mengurangkan aktiviti tidur di jalan ini tanpa menafikan akses kepada orang awam.
03:53Pendekatan ini juga melibatkan reka bentuk bangku awam contohnya yang tidak sesuai untuk mereka berbaringlah yang betul pencahayaan yang optimum serta susun atur landscape yang menggalakkan penggunaan sementara dan juga selamat.
04:07Jadi langkah ini dilaksanakan secara berkhidmat agar ruang bandar kekal mesra pengguna namun tidak menggalakkan aktiviti gelandangan yang berterusan.
04:17Saya ingin bertanya yang berhormat menteri, memandangkan jumlah berkemis tanah berkelantangan di kawasan tumbuhan pelancong seperti Jalan Alor dan Jalan Buka Pintang.
04:30Semakin meningkat dan mencecahkan imej negara menjerang tahun melawat Malaysia tahun 2026.
04:39Saya ingin bertanya yang berhormat menteri, apakah langkah segera yang akan diambil oleh Jabatan Wilayah Persekutuan dan TBKL untuk menangani isu ini?
04:52Dan seorang ketua yang adakah kerajaan bersedia menaksanakan rondaan dan bermantauan setiap malam sepanjang tahun 2026 bagi memastikan kawasan kekar dan bersih selamat dan teratur.
05:15Terima kasih.
05:45Daripada aktiviti gelandangan ini serta orang papa melalui pendekatan menyelamatkan.
05:51Jadi kita gunakan perkataan operasi menyelamat.
05:54Jawatan kuasa ini diterajui oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan dibantu oleh Jabatan Wilayah Persekutuan sendiri serta agensi-agensi lain yang berkaitan.
06:05Pada tahun ini sahaja kita telah adakan tujuh operasi bersepadu KS Right Force yang telah mengenalpasti seramai 568 individu yang telah kita selamatkan.
06:19Jadi operasi bersepadu ini terbukti berkesan ketika sedang kemuncak ASEAN baru-baru ini dan insyaAllah kita akan teruskan yang berhormat bagi mengurangkan kebanjuran gelandangan ini di sekitar Kuala Lumpur menjelang tahun Melawak Malaysia 2026 nanti.
06:33Di luar daripada operasi KS Right Force, pihak DBKL juga sentiasa melakukan permantauan secara berkala bagi mengawal gelandangan dari berpelesiran dan juga berehat ataupun tidur secara terbuka di kawasan-kawasan sekitar Kuala Lumpur ini, terutamanya di kawasan-kawasan hotspot.
06:50Jadi permantauan dan rudaan ini kita lakukan setiap hari yang berhormat.
06:54Bermula daripada jam 8 pagi hingga 10 pagi esoknya.
06:59Manakala pada waktu malam dilaksanakan bermula jam 12.30 malam sehingga 3 pagi.
07:05Maaf, jam 8 pagi hingga 10 pagi kita buat satu rendaan.
07:09Kemudian malam dilaksanakan bermula 12.30 malam sehingga pukul 3 pagi.
07:13Jadi kesemua gelandangan yang kita jumpai, kita akan nasihatkanlah untuk pergi menginap di pusat-pusat kita, di pusat imat gelandangan Medan Tuangku ataupun pusat transit gelandangan Kuala Lumpur, itu Anjung Kembara.
07:27Dan jika ada kawasan gelandangan yang mungkin kotor, kemudian berbau dan sebagainya, ianya akan dibersihkan dengan kerjasama alam, contohnya alam flora Senen Berhad.
07:37Jadi kita pastikan kebersihan itu bukan sahaja dari sudut fizikal bahkan juga gelandangan.
07:43Terima kasih.
07:44Kulain Bandar Baru.
07:45Baik, terima kasih.
07:46Terima kasih, Rakyat Speaker, Yohmat Menteri, soalan saya.
07:50Iaitu saya mohon Yohmat Menteri menjelaskan, adakah terdapat penyelarasan?
07:57Antara pihak berkuasa tempatan, pertubuhan bukan kerajaan ataupun NGO, dan agensi kebajikan bagi memastikan aktiviti agihan makanan kepada golongan gelandangan dilaksanakan dengan teratur tanpa menimbulkan masalah sampah ataupun pencemaran di kawasan terlibat.
08:19Dan apakah langkah kerajaan bagi mengkalkan kesimbangan antara nilai ihsan sosial dan kebersihan bandar?
08:27Dan seterusnya adakah siapa-siapa sahaja boleh membantu gelandangan ini untuk memberi makanan ataupun perlu diberdaftar dengan DBKL?
08:40Terima kasih.
09:10Masalah kebersihan ini timbul apabila terdapat pengagihan makanan kepada gelandangan oleh NGO dan juga yang tadi yang berumat sebut individu ataupun penyumbang persendirian yang dilakukan di sekitar Kuala Lumpur di luar kawasan atau tidak mengikut jadual yang telah DBKL tetapkan.
09:31Jadi makanan ini dibazirkan dan dibuang begitu sahaja dan ramai sebenarnya gelandangan ini yang kita jumpa mereka sekarang ini memilih-milih makanan sebab terlalu banyak yang memberi.
09:41Jadi mengurangkan masalah ini DBKL telah menetapkan tiga lokasi pengagihan utama yang dibenarkan iaitu sama ada pemberian makanan atau lain-lain barang keperluan.
09:51Yang pertamanya boleh dihantar ke pusat pembelajaran komuniti caukit dan kedua boleh hantar di pusat hikmat gelandangan Medan Tuangku sebagai pusat agihan makanan harian.
10:02Dan manakala yang ketiga ialah pusat transit gelandangan Kuala Lumpur ataupun Anjung Kembara.
10:07Jadi aktiviti agihan makanan ketiga-tiga lokasi ini dilaksanakan dengan kerjasama NGO yang berdaftar dengan DBKL dan YKN seperti Kecara Soup Kitchen, Pertiwi Soup Kitchen dan juga Yellow House.
10:21Jadi sehingga kini kita ada 8 NGO yang berkolaborasi dengan DBKL manakala 14 NGO dengan YKN.
10:28Jadi bagi memastikan aspek kebersihan dan keselamatan makanan saya juga telah mencadangkan agar DBKL mempahalusi pelaksanaan dasar yang hanya membenarkan agihan makanan dalam bentuk mungkin pek retort sebab dia lebih kekal lama sikit.
10:44Dan pendekatan ini diakini dapat mengurangkan risiko pembaziran makanan yang cepat basi contohnya.
10:49Dalam masa yang sama, inisiatif baru seperti Re-Meal Outreach Mobile Center akan diperkenalkan sebagai pusat pengumpulan dan juga pengendara makanan semasa musim perayaan.
10:59Jadi kita ada masalah yang dipertua, contohnya kita dah tentukan tempat-tempat pengagihan tetapi mereka tidak hantar ke sana, maka kita akan perkenalkan yang outreach center ataupun mobile center di kawasan-kawasan hotspot di mana mereka-mereka yang generous untuk memberi dan sebagainya boleh hantar ke situ.
11:19Jadi itu memudahkan kita untuk pengagihan dan menjaga kebersihan dan seterusnya.
11:24Jadi langkah ini diharap dapat menggalakkan penyertaan lebih meluas daripada mungkin hotel, syarikat korporat ataupun NGO dalam memastikan makanan yang berlebihan itu dimenafatkan dengan lebih teratur dan selamat kepada golongan yang memerlukan.
11:38Seiring dengan itu, yang dipertua DBKL turut juga menyarankan agar mana-mana NGO ataupun NGI ataupun influencers, pempengaruh.
11:47Sebab kita jumpa juga yang sebenarnya pempengaruh ada yang kononnya membuat konten sahaja, lepas itu tidak mengikuti peraturan kita.
11:55Jadi itu sebenarnya memberikan masalah kepada authority yang menjaga khususnya DBKL.
12:00Jadi kita mahu semua sekali, mereka-mereka yang ada hasrat untuk membantu golongan gelandangan ini menyalurkan makanan dan bantuan itu dengan mereka berdaftar dan berkolaborasi dengan DBKL atau pihak-pihak berkuasa tempatan yang lainnya.
12:18Pemilihan lokasi juga perlu dibuat dengan teliti dan tidak dijalankan di kawasan tumpuan pelancong seperti di segi Tiga Emas Kuala Lumpur.
12:28Sebab kita nak jaga juga image penderaya kita.
12:31DBKL telah pun juga menetapkan kawasan-kawasan khusus yang dibenarkan bagi tujuan pengagihan ini.
12:36Jadi justru sekiranya masih terdapat pihak yang mungkin berdegil, yang merumat kita dah banyak kali bagi saranan, bagi nasihat.
12:45Tapi kalau tak nak dengar juga dan akhirnya mencemarkan Kuala Lumpur khususnya bandaraya kita,
12:51maka DBKL tidak akan teragak-agak.
12:53Mungkin dah tiba masanya untuk kita mengambil tindakan yang lebih tegas dan sewajarnya
13:00bagi menjagalah kebersihan, keselamatan dan juga image dan maruah Kuala Lumpur sebagai ibu negara.
13:07Dari pendekatan ini penting khususnya di bulan-bulan seperti Ramadan
13:12yang ramai orang bekerja untuk mendapatkan pahala ini.
13:17Jadi kita akan memastikan pengagihan makanan contohnya yang untuk berbuka
13:22ataupun sahur kepada gandangan ini dilaksanakan dengan lebih tersusun, berhemah
13:28serta disertai dengan rasa hormat terhadap mereka yang menerima bantuan.
13:32Jadi usaha ini bukan sahaja memastikan pengurusan makanan yang lebih cekap
13:36tetapi untuk menerapkan juga semangat disiplin dan tanggungjawab
13:41dan rendah hati dalam kalangan penerima
13:43agar mereka dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih tenang dan juga bermakna.
13:47Jadi saya sebenarnya sekali lagi memohon yang dipercaya bekerjasama daripada semua pihak
13:52untuk memastikan bahawa dalam keadaan kita memberi
13:55kita juga menjaga kebersihan dan keselamatan di bandaraya kita.
14:00Terima kasih.
14:01Terima kasih.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended