Jabatan Imigresen (IMIGRESEN) mencatatkan lebih 90,000 tangkapan pendatang asing tanpa izin (PATI) sepanjang tahun 2025, hasil pengukuhan penguatkuasaan dan pemerkasaan operasi di seluruh negara.
00:00Seterusnya, Jabatan Imigresen mencatatkan lebih 90,000 tangkapan pendatang asing tanpa izin parti sepanjang tahun 2025 hasil pengukuhan penguatkuasaan dan pemerkasaan operasi di seluruh negara.
00:15Pencapaian itu antara kejayaan utama, Jabatan itu bagi tahun berkenaan yang turut menyaksikan peningkatan tabir urus, penambahbaikan perkhidmatan serta pemerkasaan sistem imigresen.
00:26Selain itu, imigresen merekodkan kutipan hasil melebihi RM5.1 bilion dan berjaya menyelesaikan 19,205 permohonan permit masuk sepanjang tahun ini.
00:40Kejayaan lain termasuk pasport Malaysia telah menduduki tangga ketiga dunia berdasarkan indeks penarafan pasport.
00:47Dalam kenyataannya, imigresen berkata pencapaian berkenaan menjadi asas kukuh untuk terus melangkah kehadapan, mempercepat reformasi, mempertingkat kepercayaan rakyat serta menyesuaikan peranan imigresen dengan cabaran semasa.
01:02Tambahnya, setiap inisiatif digerakkan dengan satu matlamat iaitu memastikan pengurusan imigresen yang cekap, berintegriti dan berimpak.
Be the first to comment