Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Sektor pelancongan Vietnam mencatatkan pencapaian penting pada 2025 apabila ketibaan pelancong antarabangsa mencecah hampir 21.2 juta, meningkat lebih 20.4 peratus berbanding 2024.
Transcript
00:00Sektor pelancongan Vietnam mencatatkan pencapaian penting pada 2025 apabila ketibaan pelancong antarabangsa mencecah hampir 21.2 juta, meningkat lebih 20.4% berbanding 2024.
00:15Peningkatan itu merupakan paras tertinggi pernah direkodkan sekaligus menonjolkan pemulihan kukuh sektor itu.
00:21Lonjakan jumlah pelawat dan hasil pelancongan menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan sektor perkhidmatan dan ekonomi keseluruhannya.
00:31Menurut pentadbiran pelancongan nasional Vietnam, VNAT lebih 2 juta pelawat antarabangsa tiba pada Desember sahaja meningkat 15.7% tahun ke tahun sekaligus melonjakan jumlah ketibaan tahunan ke paras tertinggi baru.
00:48Berbanding 2019, penanda aras pra-Covid-19, ketibaan antarabangsa meningkat 17.8%.
00:57Laporan Pejabat Statistik Nasional menunjukkan keluaran dalam negara kasar KDNK Vietnam berkembang sebanyak 8.02% pada 2025.
01:08Sektor perkhidmatan mencatatkan pertumbuhan 8.62% menyumbang 51.08% daripada jumlah nilai tambah.
01:19Aktiviti perdagangan dan pelancongan yang rancak dengan ketibaan antarabangsa pada paras tertinggi sepanjang masa
01:25memainkan peranan utama dalam memacu pertumbuhan sektor perkhidmatan.
01:30Hasil daripada perkhidmatan penginapan dan catering dianggarkan sebanyak 843.1 triliun dong meningkat 14.6%
01:41manakala hasil perkhidmatan pelancongan mencecah 93.9 triliun dong meningkat 20.2%.
01:49Terima kasih telah menonton!
01:50Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended