Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Setakat jam 11 malam Rabu, sebanyak sembilan PPS beroperasi melibatkan sejumlah 1,284 mangsa di daerah Beaufort, Tenom dan Kemabong.
Transcript
00:00Situasi banji di Johor pulih sepenuhnya selepas pusat pemindahan sementara PPS terakhir di daerah Segamat ditutup pada petang Rabu.
00:09PPS berkenaan adalah Balai Raya Kampung Batu Badak yang dibuka sejak 28 Nisan berlalu, semua mangsa kini dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
00:18Pada pagi Rabu, PPS tersebut masih menempatkan 25 mangsa daripada 8 keluarga.
00:24Sementara itu, di Sabah setakat jam 11 malam Rabu, sebanyak 10 PPS beroperasi melibatkan sejumlah 1,328 mangsa meliputi daerah Buford, Tenom dan Kemabung.
00:37Di Buford, mangsa terdiri daripada 661 orang daripada 223 keluarga yang ditempatkan di 4 PPS.
00:46Selain itu, di Tenom, seramai 469 mangsa daripada 235 keluarga ditempatkan di 4 PPS.
00:54Manakala di Kemabung, hanya 1 PPS beroperasi di Dewan Terbuka Labut 2 menempatkan 154 mangsa daripada 47 keluarga.
01:05Di Sarawak pula, 1 PPS masih beroperasi iaitu Dewan SMK Berkenu yang menempatkan 205 mangsa daripada 98 keluarga.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended