Skip to playerSkip to main content
  • 15 hours ago
Antara kelemahan utama yang menyebabkan isu skandal pemain warisan Harimau Malaya berlarutan adalah tindakan FAM yang disifatkan agak perlahan sejak awal penggantungan diumumkan.
Transcript
00:00Cadangan supaya barisan EXCO dan pemegang jawatan persatuan bola sepak Malaysia FAM melepaskan jawatan serta mengadakan kongres luar biasa bagi melantik ahli jawatan kuasa interim baharu disifatkan lebih wajar berbanding risiko penggantungan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa FIFA.
00:18Pensyarahkanan Fakulti Sains dan Latihan Sukan Universiti Malaya, Dr. Mohd Faithal Hassan berkata, penggantungan oleh FIFA akan membawa kesan yang sangat besar terhadap bola sepak negara.
00:30Pelantikan ataupun langkah ini merupakan satu langkah yang pada pandangan saya, saya peribadi merupakan satu langkah yang lebih baik berbanding dengan jika FAM digantung oleh FIFA.
00:43Jika FAM digantung oleh FIFA, kita sedia maklum bahawa pasukan bola sepak Malaysia, setiap lapisan ataupun level pertandingan, pasukan Malaysia tidak boleh menyertai apa juga bentuk pertandingan di peringkat antarabangsa.
01:00Dia akan memberi kesan yang sangat-sangat besar kepada bola sepak Malaysia.
01:04Katanya antara kelemahan utama yang menyebabkan isu skandal pemain warisan Harimau Malaya berlarutan adalah tindakan FAM yang disifatkan sebagai perlahan sejak awal penggantungan diimumkan.
01:16Penangan saya, salah satu kelemahan ataupun yang menjadik perlanjutan isu ini dengan lebih panjang adalah tindakan yang agak perlahan dilakukan oleh pihak FAM.
01:30Kalau kita lihat daripada asalnya penggantungan tersebut dikeluarkan, FAM masih menanti-nanti kepada motivated position, kemudian menghantar wakil ke Geneva dan sebagainya.
01:43Sehinggalah rayuan kita ditolak, kalau kita lihat tindak balas yang dilakukan oleh pihak FAM itu agak perlahan.
01:51Dan saya-saya khawatir jika kita masih untuk menggunakan kaedah seperti memanggil pihak AFC untuk membantu mengemaskini tak diurus yang berlaku sekarang,
02:04saya rasa dia akan seolah-olah melengah-lengahkan tindakan kita dan akhirnya pihak FIFA akan terus mengenakan penggantungan ke atas asas.
02:15Kalau boleh, biarlah kita mengelakkan di segi penggantungan tersebut.
02:20Tegas Muhammad Faizal, isu pemain warisan tidak boleh dilihat secara terasing kerana ia mencerminkan masalah lebih besar dalam pembangunan bola sepak tempatan.
02:31Katanya pembaharuan takbir urus dan penstrukturan semula pembangunan akar umbi perlu diberikan keutamaan
02:37bagi memastikan masa depan bola sepak negara tidak terus dibayangi isu yang boleh menjejaskan imej Malaysia di peringkat antarabangsa.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended