Skip to playerSkip to main content
  • 15 hours ago
Malaysia–Turkiye menaik taraf hubungan ke High-Level Strategic Cooperation Council (HLSCC), platform eksklusif untuk memacu pelaburan, perdagangan dan kerjasama strategik merentas sektor bernilai tinggi.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Hubungan Malaysia-Turki kini melonjak ke tahap paling tinggi dalam sejarah dua negara selepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Recep Tayyip Erdogan bersetuju menubuhkan High Level Strategic Cooperation Council atau HLSCC.
00:16Beliau berkata majlis tersebut adalah sebuah mekanisme kerjasama strategik yang hanya diberikan kepada rakan diplomatik paling dipercayai oleh Ankara.
00:24Dengan menifatkan penubuhan majlis itu sebagai permulaan besar bagi kerjasama dua hala, sekaligus mengangkat Malaysia ke kelompok kecil negara yang menikmati hubungan bertaraf tinggi dengan Turki.
00:39Ini suatu permulaan yang menarik kerana tidak banyak negara yang kita adakan hubungan dua hala pada tingkat itu.
00:48Tentunya keputusan-keputusan kita itu akan dilaksanakan oleh menteri-menteri yang akan bertanggungjawab melaksanakan keputusan-keputusan penting yang strategik
00:59mengangkat hubungan di antara dua negara dengan menumpukan perhatian dalam bidang pelaburan, perdagangan dan juga hubungan strategik dalam pelbagai bidang
01:15pendidikan, pendidikan, pendidikan tinggi, penyelidikan dan juga memasuki beberapa disiplin dan teknologi baru termasuk penerbangan dalam ruang penerbangan, dalam bidang AI, dalam bidang tenaga dan juga nadir bumi.
01:41Dalam hari itu, Anwar merumuskan bahawa lawatan beliau kali ini telah memperlihatkan penghormatan luar biasa daripada Turki, daripada protokol, anugerah negara dan sambutan rakyat
01:53yang jelas mencerminkan kerudukan Malaysia di mata Ankara.
01:58Anwar berkata HLSCC kini menjadi tonggak utama yang dijangka membuka ruang baru kerjasama ekonomi, teknologi, pendidikan, keselamatan dan industri strategik antara Malaysia dan Turki
02:10dalam dekad mendatang.
02:13Beliau berkata demikian kepada media Malaysia sempena hari terakhir lawatan rasmi Perdana Menteri ke Turki yang bermula pada 6 Januari lepas.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended