Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Lee Jae Myung menggunakan imej tersebut sebagai simbolik untuk menyatakan harapannya agar keadaan kekacauan dan permusuhan di Semenanjung Korea dapat diatasi untuk mencapai saling menghormati di masa hadapan.
Transcript
00:00Presiden Korea Selatan, DJ Myung, mencetuskan perhatian antarabangsa apabila menyamakan dirinya dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, sebagai sepasang penguin penyayang.
00:12Ia disampaikan dalam satu hantaran DX pada Rabu yang menyeru kepada perdamaian di semenanjung Korea.
00:18Dalam hantaran itu, DJ Myung berkongsi imej dua watak kartun daripada siri animasi popular Korea Selatan Pororo, The Little Penguin dan menamakannya Poe DJ Myung dan Poe Jong-un.
00:33Ujarnya suatu hari nanti, walaupun di semenanjung Korea ini, keadaan luar biasa yang penuh kekacauan dan permusuhan akan dapat diatasi dan tiba hari yang mana kedua-dua pihak saling menghormati.
00:45Watak Pororo, seekor penguin biru yang terkenal dalam kalangan kanak-kanak Korea, pernah menjadi simbol kerjasama budaya antara Korea Selatan dan Korea Utara.
00:55Hantara itu dibuat selepas DJ Myung menamatkan lawatan rasminya ke China, yang mana beliau bertemu Presiden Xi Jinping dan menggesa Beijing memainkan peranan sebagai pengantara dalam isu semenanjung Korea.
01:07Langkah J. Myung dilihat sebagai pendekatan diplomasi lembut untuk membuka semula ruang dialog dengan Pyongyang ketika hubungan dua hala berada pada tahap paling tegang dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
01:19Setakat ini, tiada maklum balas rasmi daripada Korea Utara berhubung nyataan tersebut.
01:24Terima kasih.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended