4. Ujian Psikometrik dan Interview MARA. Hapooo tuuuu??
Okeyyy. Selepas beberapa minggu tunggu update daripada MARA, maka keputusan permohonan yang kau buat hari tu pun keluar! Tahniah pada yang berjaya dan cuba lagi to those yang gagal.
Kepada yang berjaya, kau akan buat ujian psikometrik dan Interview pulak. Semua details pasal ujian psikometrik dan interview seperti tarikh, masa dan tempat semua akan diberitahu masa kau cek keputusan kau tu. Kalau tak silap abang, tahun ni (2014) merupakan first time MARA adakan ujian Psikometrik ni. Ujian dibuat secara online ya.
Kau akan diberi satu tarikh dan masa. Contohnya, 25 Mei 2014, 11.00 am. Bila tiba tarikh tu, kau kena berada depan laptop dan jawablah soalan-soalan yang diberikan. Soalannya ala-ala exam PTS masa kau darjah tiga dulu. Ada soalan maths, ada soalan KBKK, ada soalan pasal personaliti dan ada soalan pasal kenegaraan. Masa yang diberikan hanyalah sekitar 1 jam tak silap abang.
- Gambar contoh ujian tak boleh upload. In fact, korang tak dibenarkan print screen dan sebarkan contoh soalan tu pun. Lulz*
Okey, dah settle ujian psikometrik, kau tunggu pulak sesi interview dengan pihak MARA.
Masa abang pergi interview dulu, it was in Beranang, dekat Mara punya establishment apa ntah tak ingat nama dia. Interview was FUN!
Get Faizo Omaro’s stories in your inbox
Join Medium for free to get updates from this writer.
Ada tiga stage masa interview. Memula kau kena daftarkan diri sebelum dibahagikan kepada 10 orang untuk setiap group. Lepas je dapat group, korang akan dibawa masuk ke dalam satu bilik dan masa ni lah korang akan dinilai oleh tiga orang panel.
1 Stage: Case Studies.
Daripada 10 orang tu, kau akan dipecahkan kepada dua kumpulan (5 manusia dalam 1 kumpulan. Then, kau akan diberi satu case study untuk korang bincangkan beramai-ramai. Masa ni kena pandai-pandai lah mencapap untuk tonjolkan diri ya hadek-hadek?
2 Stage: Game.
Abis kes studies, korang akan diberikan arahan untuk main satu permainan berkumpulan. Kami dulu diarahkan untuk buat satu device/alat yang mampu untuk menangkap bola pingpong yang dijatuhkan. Masa ni kau kena tunjukkan teamwork lah.
3 Stage: Random Question.
Masa ni kau ready je lah untuk ditanya soalan maut oleh para ahli panel. Soalan dia sanggaaattt random ya. Abang kena tanya pasal maksud RTC (Rural Transformation Center). Ada member abang kena pasal rukun solat jenazah. Ada pulak kena baca doa qunut. So be ready about everything and anything haha.
OKEY. Lepas abis interview, makanya, tugas kau dah selesai. Pergi balik rumah sambung merendek dengan GF okeh sementara nak tunggu keputusan permohonan kau lagi 1–2 bulan.







