Sitemap

Manisan dan masa

11 min readFeb 1, 2025

--

Content: siblings AU, family fluff, aged up characters, no powers AU, slice of life

Language: Bahasa Melayu

Sopan memerhatikan ruangan bilik tidur milik dua abang dia yang merupakan anak kedua yang digelar Angah atau nama sebenar dia, Glacier dan anak ketiga yang digelar Alang atau nama sebenar dia, Supra dari enam adik-beradik ini. Dia melihat sosok dua abang dia itu sedang menikmati malam yang tenang nan damai tanpa kelibat manusia yang sering membuat rumah mereka riuh rendah. Si Angah sedang enak berbaring dan memeluk boneka kesayangan dia, manakala si Alang pula sedang berbaring sambil bermain telefon bimbit dia.

Sopan menarik nafas dan perlahan-lahan melepaskan nafas. Sopan berada di luar bilik mereka kerana dia memikirkan cara untuk dia bercakap dengan mereka. Perkara yang mahu dibicarakan oleh Sopan adalah tentang keluar bersama-sama mereka.

Glacier dan Supra adalah duo kembar dari kembar bertiga yang sangat suka akan manisan yang dipanggil coklat. Mereka berdua sanggup bekerja lebih masa untuk mendapat duit yang lebih dari gaji mereka supaya mereka dapat menggunakan duit itu untuk membeli coklat yang berkualiti dan mahal. Mereka juga akan keluar pergi ke kafe yang ada manisan setiap dua minggu untuk menikmati manisan-manisan itu.

Mereka berdua pernah mengajak adik-beradik mereka yang lain kecuali Sopan untuk makan bersama mereka. Mereka tidak mengajak Sopan kerana tahu Sopan tidak meminati manisan coklat dan tidak mahu Sopan merasa janggal bersama mereka. Namun, pemikiran baik mereka berdua itu membuat Sopan merasa terasing dari mereka jadi dia mahu menyampaikan hasrat dia untuk mengikuti mereka.

Sopan mengetuk pintu bilik mereka dan mereka menoleh ke arah Sopan.

“Angah, Alang, Sopan ada nak cakap sesuatu ni.” Sopan memberitahu hasrat dia.

“Kenapa tu, Pan? Mari lah duduk sini.” Kata Glacier sambil menepuk tilam milik dia, mengajak si bungsu duduk di situ.

“Eh, takpe Angah. Sopan nak cakap sikit je. Sopan tak kisah kalau berdiri kejap.” Sopan menolak.

“Kamu tak kisah. Aku kisah sebab kamu nampak macam anak kutip kalau berdiri kat situ. Duduk sini.” Supra menunding jari pada kerusi yang ada di sudut meja belajar mereka.

“Baik Alang…” Sopan terpaksa bersetuju kerana kata-kata Supra yang agak kasar.

Sopan berjalan ke arah kerusi dimaksudkan Supra. Dia mengalihkan kerusi itu untuk menghadap mereka supaya mudah untuk Sopan berbual dengan mereka.

“Kenapa tiba-tiba kamu nak berbual dengan kami ni?” Tanya Glacier.

“Sopan kan tak pernah ikut Angah dengan Alang keluar sebab Sopan tak minat coklat.” Sopan memberi kata-kata pendahuluan sebelum masuk ke tajuk perbualan.

“Tapi Sopan nak cuba jugak ikut Angah ngan Alang. Sopan sorang je belum pernah ikut Angah ngan Alang keluar jalan-jalan bertiga. Abe yang tak suka coklat pun dah pernah sekali ikut abang berdua.” Sopan menyampaikan is ulama perbualan dan alasannya.

Glacier memandang Supra dan Supra juga memandang Glacier. Mereka seperti bertelepati berbicara antara satu sama lain kerana tiba-tiba sahaja Supra mengangkat bahu seperti tidak kisah ketika mereka memandang antara satu sama lain. Mereka memandang Sopan seperti ada jawapan dari mereka.

“Angah dengan Alang ok je kamu ikut. Nanti kami berdua cari kedai makan yang ada makanan yang kamu suka.” Glacier memberi jawapan.

“Eh takpe, Ngah. Sopan ok je makan mana-mana Angah dengan Alang nak.” Sopan menegaskan dia akan mengikuti sahaja apa mahu abang-abang dia.

“Pan, Angah dengan Alang nak kamu suka ikut kami walaupun suka tu sikit. Sian pulak kamu ikut kami tapi tak berseronok.” Glacier memberi senyuman lembut sambil berkata pada Sopan.

“Ha’a. Pasni, kalau kamu nak ikut pun sebenarnya takde masalah. Kitorang suka je kalau ada siapa-siapa nak ikut. Along (Frostfire) je bising makanan mahal.” Supra menambah.

“Kalau Uda (Sori) dia suka gula-gula masam. Dia tak minat manis. Acik (Gentar) banyak makan, pokai aku sebelum hujung bulan.” Kata Glacier sambil menepuk perlahan dada dia sendiri.

“Jadi buat masa ni, kamu je kami belum tahu karenah kamu macam mana. Tapi kami tau kamu suka kuih tradisional sebab manis dia lain dari manis jajan orang Barat.” Supra memberitahu.

“Eh, Lang. Kamu ingat tak kafe yang jual manisan ala-ala Melayu tu? Kita ada pergi 2 bulan lepas.” Glacier memberi petunjuk.

“Tapi situ tak sedap.” Supra membalas jujur.

“Ish, bagi kita berdua. Kalau Sopan mungkin suka.” Glacier membalas dengan peringatan.

“Iya tak ya jugak. Eh, tapi mesti ada kedai lain lagi sedap.” Supra membuka aplikasi nota dia dan mencatat perkara baru di nota itu.

Supra kelihatan sangat teruja dengan perancangan baru ini kerana dengan cepat dia membuat catatan baru. Glacier ketawa kecil melihat Sopan yang terkejut pada Supra yang agak lain di mata adik dia sendiri. Supra jarang menunjukkan minat kalau bukan berkaitan dengan manisan coklat.

“Ok. Hari Sabtu ni kita keluar. Kita keluar dalam pukul 9.” Glacier memberi peringatan.

“Nota diterima. Terima kasih Angah. Terima kasih Alang.” Balas Sopan sebelum mengundurkan diri dari ruangan abang-abang dia.

Sopan tersenyum sambil berjalan ke bilik tidur dia. Dia merasa tidak sabar menunggu hari Sabtu untuk tiba supaya dia dapat bersama dengan abang-abang dia yang dia jarang dapat kesempatan untuk bersama.

“Sopan, dah bersiap?” Tanya Glacier pada Sopan yang masih di dalam bilik tidur.

“Dah siap, ni. Maaf lambat.” Sopan jawab sambil keluar dari bilik.

“Jom gerak.” Kata Supra yang berjalan turun tangga dari tangga tingkat dua rumah mereka.

Glacier dan Sopan berjalan di belakang Supra, mengikuti Supra sampai ke kereta yang ada di halaman rumah mereka. Supra menjadi pemandu kereta mereka pada hari itu. Glacier di luar kenderaan menunggu Supra memandu keluar kereta itu dari pagar rumah mereka dan menutup pagar rumah mereka.

Pagar yang telah ditutup, membuat urusan Glacier di rumah selesai. Dia masuk ke dalam kereta di bahagian sebelah pemandu. Perjalanan mereka dengan kereta adalah singkat kerana mereka cuma akan naik kereta sehingga ke stesen kereta api yang menghubungkan tempat mereka dengan bandar utama. Memandu kereta ke bandar utama adalah perkara yang boleh membuatkan darah tinggi seseorang naik. Untuk mengelakkan darah tinggi, mereka memilih untuk menaiki kereta api.

Di stesen, ketiga-tiga mereka menunggu kereta api yang akan tiba dalam masa 3 minit. Mereka berdiri sambil menunggu kereta api. Setibanya kereta api di perhentian mereka, pintu yang terbuka terus dinaiki mereka. Mereka bertiga berdiri di dalam gerabak kereta api kerana tidak ada tempat duduk lagi untuk mereka. Sambil mereka menunggu perhentian mereka, Supra meminjamkan satu bahagian fon telinga milik Supra pada Glacier. Dia menunjukkan video yang membuatkan Supra berasa berminat. Sopan memandang mereka berdua yang kelihatan sangat akrab. Sedikit iri hati dia pada abang kembar dia yang sangat rapat.

“Pan, cuba tengok video.” Supra menyuakan telefon bimbit dan fon telinga pada Sopan.

Sopan agak terkejut dengan abang dia yang tiba-tiba menyuakan fon telinga pada dia. Dia ambil juga fon telinga itu dan dia lihat pada skrin telefon pintar Supra. Perkara yang ditunjukkan oleh Supra adalah video kritikan tentang kafe yang mereka akan pergi. Video itu menunjukkan makanan yang dicadangkan oleh pemilik video tersebut. Jujur berkata, Sopan terliur melihat makanan yang dicadangkan oleh pemilik video itu.

“Kita cuba pesan makanan ikut cadangan dia ok tak?” Supra bertanya pada Sopan.

“Boleh jugak! Nampak sedap lah.” Balas Sopan.

“Bagus.” Supra tersenyum senang melihat Sopan bersetuju.

Tiba mereka di stesen perhentian mereka, Glacier dan Supra memimpin tangan Sopan sambil berjalan ke arah destinasi mereka yang merupakan kafe yang dibicarakan di dalam kereta api tadi. Sopan hampir menyemburkan ketawa kecil kerana sifat mereka berdua yang melayan dia seperti budak kecil. Tetapi Sopan juga sedar dia mungkin memerlukan mereka untuk memimpin kerana dia tidak tahu jalan dan mungkin akan hilang fokus pada perjalanan mereka.

Sampai di hadapan kafe, seorang pelayan wanita bertanya pada mereka dan terus menunjukkan mereka tempat duduk mereka. Di meja makan, Glacier terus memesan makanan yang mereka mahu mengikut cadangan di video mereka tonton. Glacier juga turut memesan makanan yang menarik perhatian Supra pada menu makanan itu. Selesai memesan makanan dan minuman, Supra mula bertanya pada Sopan tentang khabar dia. Dari akademik sehingga perkara yang Sopan minati, semua ditanya.

“Sopan dah ada kekasih ke?” Tanya Supra jujur.

Glacier hampir menghamburkan minuman yang dia pesan pada mereka kerana terkejut dengan soalan Supra.

“Kau apasal tanya dia macam tu?” Tanya Glacier yang pelik dengan sikap kembar dia.

“Nak tau je. Gentar cakap Sopan ada ramai peminat.” Balas Supra.

“Sopan takde kekasih, Alang. Patut Sopan tanya Alang dah jumpa belum kekasih.” Sopan menjawab soalan Supra tadi.

“… Takde.” Balas Supra pada Sopan.

Pipi Supra kelihatan agak merah, mungkin menahan malu dengan kata-kata yang dilemparkan oleh Sopan.

“Alang malu tu Sopan. Ada dia berkenan tu. Dah jangan usik lagi dia.” Sengih Glacier.

Supra menumbuk lembut lengan Glacier dan perkara itu membuatkan Glacier tersengih lebar. Sopan ketawa melihat adegan lucu oleh abang-abang dia. Sopan sangat jarang dapat meluang masa bersama mereka berdua kerana mereka sangat sibuk dengan kerja dan Sopan akan merasa bersalah untuk berbicara dengan mereka kalau mereka sedang berehat di rumah. Sopan berasa beruntung kerana telah meminta mereka mengajak dia keluar bersama mereka.

Setelah hampir 15 minit menunggu makanan mereka, makanan akhirnya terhidang. Makanan yang terhidang adalah nasi goreng belacan dengan sate, asam laksa goreng, kari chee cheong fun, tauhu bakar, rojak Penang dan set minum petang dimana variasi kuih-kuih tradisional dihidangkan. Supra dengan cepat mengambil gambar makanan yang terhidang. Sopan tersenyum melihat set minum petang yang terhidang. Selesai gambar ditangkap, mereka menikmati makanan mereka dengan berkongsi makanan-makanan yang ada

Selesai makan, mereka keluar dari kafe dan pergi ke stesen kereta api untuk pergi ke destinasi lain. Kereta api yang mereka naiki kali ini lagi penuh dengan orang kerana destinasi yang ini sangat popular dengan pelancong. Glacier dan Supra berhasrat untuk pergi ke sebuah kafe coklat yang popular dengan kemewahan rasa coklat tersebut. Namun, sebelum mereka pergi ke cafe coklat itu, Supra mengajak mereka untuk pergi ke kedai buku dimana dia mahu mendapatkan buku komik baharu. Kedai buku itu terletak di tingkat 6 bangunan manakala kafe coklat itu terletak di tingkat 4. Supra berhasrat untuk menikmati coklat kegemarannya selepas membeli komik yang dia cari.

Get Lambert’s stories in your inbox

Join Medium for free to get updates from this writer.

Di kedai buku itu, Supra terus meluru ke arah rak buku komik bahasa Jepun meninggalkan Glacier dan Sopan yang memang tiada niat untuk berada di kedai buku.

“Sopan ada nak beli apa-apa?” Glacier bertanya.

“… Rasanya takde kot Angah.” Sopan menjawab.

“Kalau macam tu, jom tengok buku-buku lain. Pilihlah buku yang kamu nak. Angah belanja.” Glacier memberi cadangan.

“Kalau macam tu, Sopan nak cari buku koleksi cerpen bahasa Inggeris…” Sopan membalas.

“Jom.” Glacier bergerak ke arah rak buku sastera bahasa Inggeris bersama Sopan.

Sopan membelek setiap buku koleksi cerpen yang ada di rak buku itu. Perlahan-lahan dia meneliti setiap buku untuk memilih buku yang dia hendak beli. Ketika dia memilih, Sopan terjumpa jalan buntu apabila dua buku yang berada di tangan dia adalah dua buah buku yang dia mahu miliki. Namun dia tahu, dia hanya boleh memiliki satu dari dua buku tersebut.

“Aduhai…” Sopan menggerutu seorang diri.

“Kenapa Pan?” Glacier bertanya kepada adik bongsu dia.

“… Sopan tengah pening nak pilih buku mana satu. Maaf lama, Angah… Apa kata Angah pilih untuk Sopan.” Sopan memberi cadangan.

“Beli je lah dua-dua. Sekali sekala je kamu pakai duit Angah.” Kata Glacier sambil mengambil kedua-dua buah buku dari tangan Sopan.

“Eh, jangan macam tu Angah. Duit Angah tu…” Balas Sopan serba salah.

“Aku bayar buku lagi satu tu. Bak sini semua buku aku bayar dulu.” Tegas Supra yang tiba-tiba muncul di sisi Glacier sambil menjinjing sebuah bakul penuh dengan buku komik.

“Cepatnya Alang beli…” Kata Sopan yang berasa tegun dengan Supra yang muncul secara tiba-tiba.

“Dah ada senarai. Lagipun bayaran ni semua kami berdua tanggung sama-sama. Kamu nak apa hari ni, kami berdua bayar.” Kata Supra.

“Tu je kan?” Tanya Supra untuk mendapatkan kepastian sebelum membuat pembayaran.

Glacier dan Sopan mengangguk, lalu Supra berjalan ke kaunter pembayaran dan beratur di barisan yang agak panjang. Glacier dan Sopan sudah berjalan ke luar kedai buku. Mereka berdiri di luar kedai sambil memerhati sosok Supra yang sedang menunggu. Setelah menunggu Supra selama 7 minit, Supra keluar dari kedai buku dengan dua kantung beg di tangan.

“… Angah dengan Alang borong buku komik ke?” Tanya Sopan.

“Ada majalah, antalogi dengan buku edisi khas.” Glacier memandang ke arah lain, tidak mahu melihat mata Sopan yang terkejut dengan mereka berdua yang kelihatan agak boros.

Supra juga turut memandang ke arah lain sambil memberikan salah satu kantung beg buku ke Glacier. Sopan menghembus nafas. Baru sekarang dia faham kenapa si sulung banyak membebel mengingatkan mereka tidak membazir. Namun, Sopan juga faham bahawa kedua-dua mereka sangat meminati hobi mereka. Dia tidak boleh menghentikan mereka. Dia hanya boleh mengingatkan mereka sahaja.

“Beli buku untuk Sopan tu supaya Sopan diam ke?” Tanya Sopan.

“Alah, Along tau nanti. Kami memang nak belanja kamu.” Balas Supra.

Sopan mengangkat kedua bulu kening, merasa agak terkejut dengan jawapan Supra. Mereka kemudian mula berjalan ke arah kafe coklat yang sangat dinantikan oleh si kembar. Mereka menuruni tingkat enam ke tingkat 4 dengan menggunakan eskalator. Sambil menuruni eskalator, Supra memberikan buku milik Sopan.

“Terima kasih, Alang. Nanti belanja lagi tau.” Sengih Sopan.

“Kalau ada rezeki.” Balas Supra.

Sampai di tingkat empat, mereka berjalan ke arah kafe yang tidak asing bagi sang kembar. Mereka dengan cepat memilih tempat duduk yang kosong. Selesai memilih tempat duduk, Supra memberitahu Glacier pilihan manisan coklat yang dia mahu. Sopan hanya memandang mereka kerana tidak tahu mahu memesan apa.

“Jom, Pan. Ikut Angah. Kamu tengok menu sambil beratur nanti.” Kata Glacier.

Sopan mengangguk dan bangun dari tempat duduk. Dia mengikuti Glacier dari belakang dan kemudian berdiri di sebelah Glacier apabila beratur di depan kaunter pembayaran. Sopan melihat ke arah menu makanan. Semua pilihan makanan dan minuman kelihatan sangat manis sehingga Sopan berasa bingung membuat pilihan.

“Angah… Boleh bagi cadangan tak? Sopan tengok semua manis…” Kata Sopan.

“Sopan boleh cuba minuman coklat pahit. Tu coklatnya tak manis sangat. Pastu boleh try pretzel.” Balas Glacier.

“Boleh lah…” Sopan mengikuti cadangan Glacier.

Setelah menunggu beberapa lama, akhirnya giliran mereka untuk memesan makanan tiba. Glacier dengan cepat memesan makanan sehingga Sopan tidak dapat menangkap satu perkataan pun dari kata-kata Glacier. Selesai memesan dan membuat pembayaran, Glacier dan Sopan kembali ke meja makan mereka. Di meja makan, Supra sangat fokus membaca komik yang baru dibeli dia sebentar tadi. Glacier memberhentikan Sopan dari mendekati Supra. Glacier memberi senyuman yang penuh dengan idea untuk memberi kejutan kepada kembar dia. Sopan hanya mampu tersenyum pasrah melihat karenah abang dia. Dia tidak tahu apa yang hendak dilakukan oleh abang dia tapi mengingati senyuman sebentar tadi, Sopan tahu, Glacier hendak mengusik kembar dia.

Glacier dengan sengaja menyejukkan tangan dia dengan membasuh tangan dan mengeringkan tangan dia cukup untuk menghilangkan air dari tangannya. Kemudian, dengan perlahan, Glacier bergerak ke arah Supra. Supra kelihatan tidar sedar yang Glacier sedang menghendap dia. Perlahan-lahan, Glacier mendekatkan tangan ke muka Supra, satu persatu jari-jemari Glacier yang sejuk menyentuh muka Supra.

“Supraaaa.” Glacier ucapkan dengan suara yang sangat garau dan perlahan.

“ARGH!” Supra menjerit terkejut.

“Best baca buku tak ingat dunia?” Usik Glacier.

“ANGAH!” Supra dengan lantang memanggil kembar dia.

Supra memukul kembar dia yang memang tidak peduli dipukul. Sopan hanya tersenyum kecil melihat Supra yang masih terkejut diusik kembar dia sendiri. Sopan duduk di tempat duduknya dan mengeluarkan buku cerpen yang baru dibeli manakala abang kembar dia sudah mula berborak mengenai komik yang baru dibaca Supra. Sopan hanya mendengar isi perbualan yang terdengar agak serius kerana intonasi mereka dalam membincangkan perkara dalam komik tersebut.

Pesanan mereka tiba dalam 15 minit dan dibawa oleh seorang pelayan lelaki. Pelayan tersebut meletakkan pesanan mereka di atas meja dengan berhati-hati. Sopan dapat melihat Supra yang meneliti pesanan mereka. Selesai menghidang, pelayan itu mahu beredar. Namun;

“Encik, saya tak ingat ada pesan ais-krim sundae ni.” Kata Supra yang menghentikan pergerakan pelayan itu.

“Oh. Ada pelanggan lain belanja Encik.” Jawab pelayan itu.

“Siapa?” Tanya Supra lagi.

“Encik yang pesan tadi takde pulak sebut nama dia. Tapi dia cakap dia kenalan encik.” Balas pelayan itu.

“ENCIK!?” Seloroh tiga beradik tersebut.

“Oh… baik terima kasih.” Kata Supra, membenarkan pelayan itu kembali melakukan tugasnya yang lain.

“Supra… lelaki mana minat kau ni…?” Tanya Glacier.

“Mana aku tau…” Jawab Supra bingung.

“Tak sangka Alang punya populariti sampai tahap begitu.” Sopan mengulas.

“Kenapa aku rasa yang belanja ni bos kau yang suruh kau kahwin ngan anak dia?” Tambah Glacier.

“HA? ADA ORANG NAK KAHWIN DENGAN ALANG!?” Sopan menunjukkan rasa terkejutnya.

“Sopan diam… Serius diam… Kalau kamu nak buku, aku beli lagi. Jangan bagitau Along ada orang nak meminang aku…” Supra meletakkan jari telunjuk di bibir dia, menunjukkan tanda senyap kepada Sopan.

“Aku tak nak kahwin sebelum Along kahwin. Tu je…” Tambah Supra.

Sopan memandang abangnya dengan tatapan bingung. Dengan perasaan masih terkejut dengan informasi baru dia dapat. Dia tidak menyangka abangnya akan ada orang yang bersedia mendirikan rumah tangga bersama. Memikirkan abangnya akan meninggalkan keluarga mereka untuk keluarga baru membuatkan Sopan agak sedih. Dia tidak pernah terfikir apa akan dia rasa kalau abang-abangnya meninggalkan dia.

Namun tiada guna dia memikirkan perkara itu sekarang. Dia sedang menikmati masa bersama abangnya. Mungkin tiada lagi peluang begini di masa hadapan.

“… Nak suruh Sopan diam, Alang kena belanja Sopan baju kat Pasar Seni.” Balas Sopan.

“Siap.” Balas Supra yang pasrah dengan terma yang diberikan Sopan.

--

--

Lambert
Lambert

Written by Lambert

You can call me Lamb or Lambert. I wrote whatever I love.