Thursday, February 6, 2014

2014!!!

Assalamualaikum and greetings.

Pergh!!!! Ayat skema dikala aku membalas email haha!!! Hey guys! And girls! Ini adalah entri aku yang pertama untuk tahun 2014! Ahahaha! Februari sudah! Senyap macam tu saja sejak hujung tahun 2013. Waktu tahap otak aku kurang unsur-unsur positif. Banyak yang negatif. Tu yang hilang.

Entah macam mana 2 hari lepas aku tergerak nak menyelongkar entri-entri lama yang banyak aku cerita pasal hati dan chinta. Ceh! Tatkala hati gundah gulana kan. Eh, tapi tak seluruhnya bersangkutan dengan diri. Ada juga berkaitan dengan sayangness-sayangness I kat luar tu. Eheh!

Tapi bila baca dan selongkar guna smartphone mini yang tak berapa nak canggih, buat aku rasa tak puas. Dekat rumah, PC dah berkubur. Laptop, hanya punyaan budak kecik dan abang besar. Masing-masing sibuk menyedut filem dan drama. Aku tiada peluang sudah.

Ni? Aku tengah guna PC dekat office lah. Dah tak ada siapa, senyap sunyi. Tenang sudah hati nak melepaskan beban berat kepala. Bukan ada informasi pun untuk dikongsi, tapi cukuplah aku dapat luahkan bebelan dan penatnya berfikiran sehari-hari. 

Mulanya 2014, tahun yang sendat dengan macam-macam dalam kepala. Ya, kerja, kerja dan kerja. Bila nak habis? Bila aku dah tak kerja. Kan? Hahahahaha!!! Maksud aku kerja di tempat yang satu ini. Pengalaman. Bila dah menggunung, ia adalah bonus dan juga bebanan. Ada positif ada yang negatif. Dari zaman aku bekerja dengan satu PC, dah jadi dua.Sebelah-menyebelah. Rasa macam aku kerja sebagai software engineer. Ya, perasan habis!

Semalam, diluar kawalan, aku terus kata pada boss, aku nak stop. This is what happen when you can predict what will come in the future. Aku tak kata aku peramal ya. Kebarangkalian. Bila di satu tahap kita dapat rasakan kebarangkalian untuk sesuatu itu berlaku disebabkan kaitannya dengan sesuatu kejadian yang lain, kita dah nampak. Macam formula X+Y=Z lah lebih kurang.

Tapi aku berterima kasih sangat pada boss sebab prihatin dan dia dah dapatkan aku sidekick. Bukan niat aku untuk bebankan yang lain, tapi atas sebab aku dah tak dapat nak tanggung beban ni as a one-man show, terpaksa aku suarakan. Memang lambat. Padahal ex-boss aku dulu dah lama suruh aku lepaskan apa yang tak dapat aku nak laksanakan. Bertahan punya pasal, sendiri yang parah. Apalah....

Aku harap dapat kongsikan pengalaman aku belajar sejak dekat 5 tahun di tempat yang satu ini dengan sidekick aku nanti. Biar dia pun dapat timba satu pengalaman yang berbeza tapi berguna untuk dia satu hari nanti.

Tabah. Kuat. Gelak hebat! That's it. Jumpa lagi nanti! :D

Thursday, October 10, 2013

Bila Annin Mohon Cuti.

Assalamualaikum ya sahabat!

Haaaa... Sehat? Aku alhamdulillah, walau ada demam sikit. Lama kan x jumpa? Aku sendiri dah x ingat bila aku last update blog ni. Kasihan dia dibiarkan sendiri.

Minggu depan Aidiladha kan? Cuti x? Confirm ramai yang cuti kan sebab cuti umum tu diapit tengah-tengah haha! Perancangan awal aku nak cuti hari Jumaat ni. Tapi apakan daya, ada mesyuarat. Maka aku tangguhkan cuti dan bawa ke depan. Haaa... Boleh macam tu?

Sebelum dekat office x pernah buat jadual untuk cuti Raya Haji. Cuma buat jadual untuk Aidilfitri. Tapi tahun ni kasi lain macam sikit. Siap buat jadual cuti untuk semua staff. Bos besar kata okay je. Tapi yang lawaknya semalam, bila Bos kecik dah sign hampir separuh borang cuti tiba-tiba dia berkata "Eh, sampai 3 hari? Siapa ada kat office nanti?."

Aku nak tergelak juga masa tu. Tapi ku tahankan juga. Lalu aku berkata "Hari tu kan dah buat jadual untuk cuti ni." "So Bos kata okay? Diorang apply ikut jadual tu lah ni?" katanya lagi. "Ha ah. Dia x kata apa pun. Okay je." jawab aku. Selamba x?. Hahaha! "Hmmm... xpe lah kalau macam tu." sambungnya pasrah. Heheh!

Ala bos... Bukan selalu kami apply cuti pun. Ni pun sebab Raya Haji. Boleh lah eh? Terima kaseh bos!!!

Untuk aku pulak, bukan setakat Aidiladha, minggu seterusnya aku perlu bercuti juga untuk balik kampong. Sepupu kahwin lagi! Hahaha!!! Dekat Johor Bahru. Jauh tu! So aku mohon lagi 3 hari. Nasib baik juga lah aku x terlibat dengan WTC 2013 yang berlangsung dalam minggu yang sama. Walau ada sekelumit rasa nak join, tapi x apalah. Bos suruh jaga office. Baiklah!

November pun aku dah allocate untuk cuti aktiviti lompat-lompat tinggi. Harapnya x clash dengan apa-apa tarikh. Kalau clash juga, maaf. Aku akan teruskan juga dengan cuti aktiviti lompat-lompat tinggi. Hahahah!!! I x kira uols!

Alright, I think enough for the morning babling. Banyak kerja nak buat oi. Semangat ya Annin!!! Semangat!!!

Okay, bye korang! XD