Promote Your Product

Quality advertising. Big traffic. Increase sales. Promote your website. Advertise your product to shoppers.
Showing posts with label tender. Show all posts
Showing posts with label tender. Show all posts

Thursday, April 16, 2009

Musim Tender

Salam semua,

Sejak minggu lepas aku bertungkus lumus buat tender sambil jahit manik. Time byk tempahan la tender banyak kuar. Tapi nk buat macam mana, buat tender adalah pekerjaan utamaku. Kompeni bagi gaji, so kenala buat keje.

Minggu lepas aku buat tender UTM. Susah giler. Aku tak layak buat actually. Tp superior aku bagi gak. Nasibla....blasah je la. Dahla supplier reply lambat gile. Kelam kabut aku dibuatnya. Ahad aku stay back kat opis sebab closing isnin lepas. Pening lalat aku menyudahkan benda yang satu haram pun aku tak paham.

Cuba korang bayangkan, aku ni setakat PC, notebook atau printer tu familiar lagila technical spec nya. Ni tahap gaban. Tajuknya pun aku dah tak paham, TENDER FOR THE SUPPLY, DELIVER, INSTALLATON, TESTING AND COMMISIONING OF VIRTUALIZATION AND DATA RECOVERY CENTRE FOR UTM, SKUDAI. Anda paham?hihi..jangan tanya aku balik sudah...aku rasa tender ni kalah kot..haha..padan muka.

Lepas siap tender dibalut pada pukul 8.00 am isnin, aku balikla cover tido. Akibat tak tido malam tu, aku dilanda masuk angin. Taktaula celah bedah mana angin masuk, sakit gile perut ku. Maybe sebab malam stay back tu dinner lambat. Tukang blanja lepak2 lak kat kedai. banyak canteek dia melantak sedap2. Kami kat ofis ni kelaparan. Malam isnin tu aku terpaksa pegi klinik dibawa oleh adikku sebab tak larat drive, dapatla ubat angin.

Minggu ni buat tender untuk UMK lak. Nasib baik kali ni tahap kesukarannya sesuai dengan level pengetahuan aku. Closing Ahad ni sebab kelantan kan keje ahad. Hope aku dapat siapkan by tomorrow (jum) supaya aku tak payah keje sabtu...huuuu...give me a break!!manik lagi nak jahit...semoga murah rezeki ku....

Oklah nak buat tender...

Live To Discover..

Tuesday, January 6, 2009

Dah Lama Tak Buat Tender

Salam semua,

Akhirnya....last week aku dan Kakwa dapat assignment buat tender JAS. Setelah sekian lama...hampir sebulan lebih takde tender kuar..so kami orang2 teknikal takde kejela..ngulat dan buat blog jela...

Oleh kerana dah lama tak buat tender, maka terkial-kialla aku menengok balik contoh tender2 lama..nama supplier pun ingat2 lupa..otak dah krem. Nasib baik buat secara duet..kalau sengsorang mesti kalut gile.

Inilah kehidupan orang buat tender..kalau time banyak tu nak makan pun tak sempat..(tapi aku makan gak, kalau perut kosong masuk angin..hihi..alasan kuat makan..mana tak tembunnn). Dan kalau macam hujung2 tahun, time goverment tutup semua akaun dan takde bukak tender, terus takde keje. Sampai aku sempat menjahit manik kat ofis..shhhh jangan bagitau orang..hihi..anyway time keje, aku keje leklok..time takde keje lepakle habis2an betul tak? takkan gedik nak tunjuk rajin lak..menaip laju2 depan bos..haha..sooo not me..

Okla, nak pegi lunch dengan supplier ni..hope kena belanja best2 punye..

Live To Discover..