Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts

Dec 24, 2010

Tutorial meletakkan widget PELAWAT TERKINI oleh GENGBLOGGER

Memandangkan aku pun ternganga semalam bila pergi satu blog tu tengok dia funtion ni, aku pun teraba-raba cari sebab nak jugak. olohhh, ketinggalan sungguh. eh awak semua dah register GENGBLOGGER? kalau belum silalah register dulu, kalau tak, tak dapatnya nak tempek widget ni.


semalam lepas buat, rasa jugak nak share tutorial, tapi ince tadi wanie dah tanya, soffya, mcm mana buat yg 'pelawat terkini' tu?? [sopan santun puan wanie ni, untung encik laboo kekeke], semakin meluap-luap semangat nak berkongsi tutorial ni.


sekali lagi diingatkan, tutorial ni untuk blogger yang dah ada akaun GB, kalau tak ada, silalah register sekarang. then, ikut step-step ni ye =]


ni akaun awak kan...


1. bolehlah klik rumah tu lepas dah sign in akaun



2. otomatik dia akan keluar semua benda ni. so, klik pulak kat widget pelawat tu 
[kalau belum letak widget ni, dia tak dapat trace.so dia tulis 0 pelawat]


3. ketiga-tiga stail widget akan dipaparkan. so, pilihlah stail mana yang nak & copy kod yang diberi

 

4. bolehlah pastekan kod tadi kat bahagian widget blog anda dalam kotak HTML/JavaScript. then, save! macam aku punya, pilih stail 1, so jadi macam ni. kemas kan?



okeh, sekarang, bolehlah mencuba! sorry, kalau tutorial ni banyak kekurangannya. i'll try my best, hope dapat membantu sesiapa yang berminat. chill! 


lain-lain tutorial di sini...



p/s:
banyak tutorial lalu yang pia buat bila selak balik jadi tunggang terbalik, tak tahu kenapa...hu

Dec 6, 2010

tutorial : cara pakai shawl/pashmina simple tapi style gaya cik bulan pemalas! hehh :P

sekarang, aku lebih tertarik nak pakai shawl/pashmina dengan cara yang simple-simple, tapi masih style. alah, pemalas kan, memang macam tu. kalau ada yang lagi simple, tu yang lagi suka tu... tapi aku agak, yang aku pakai ni sangat simple plan dah kot, sebab tak pakai satu kerongsang pun, waima satu pin/jarum pun. memang simple dan pemalas lah ye dak? kata orang, lagi selebet, lagi cool. eceh! ^,*

sakit perut tahan kentut =P


 muka mintak pelempang =]


cara pakai dia macam ni (aku tulis jelah ye, sebab aku memang tak ada masa nak buat tutorial. blog pun tak sempat update ada hati nak buat tutorial. hehh. tapi mungkin masa cuti sekolah ni aku akan buat banyak-banyak tutorial. mungkinlah... tak janji ). nah ni, dua step aje tau!

I. pakai pashmina atas kepala.(he, atas kepala lah ye dak? takkan atas kepala lutut. hehh :P). pastikan sebelah kanan tu terujai agak panjang macam aku pakai tu...

II.yang belah kiri, pusingkan ke atas kepala, then biarkan hujungnya berada kat depan macam tu...lepas tu, betul-betulkanlah biar ia jadi kemas meskipun selekeh :P (eh, ada jugak macam tu ye? :P). okeh, siap!


tips:
-yang belah kanan tu, panjangnya banyak mana, semua terpulang atas keselesaan sendiri. kalau rasa nak panjangkan lagi, panjangkan aje. asalkan yang kiri, bila dah lilit tu, masih boleh dijuraikan macam tu.

-ha, tengok, tak pakai kerongsang/ pin pun kan? tapi kalau nak pakai kerongsang, masa step I tu pun tak ada hal. boleh aje, sebab ada jugak sesetengah dari kita less confidence. rasa macam tak percaya aje shawl tu boleh stay lama macam tu tanpa kerongsang. okeh, boleh pakai. pin pun sama, masa step II.


okeh, done. selamat mencuba ye kawan-kawan! o.0


cakap tahibulan:
aku punya perangai, kalau nak pakai, aku pakai je... kalau orang cakap tak suka, hape aku peduli? hehh. so style ni pun aku hentam aje...

tanya tahibintang:
eh, apa beza shawl dengan pashmina ye?

Jul 30, 2010

sharing | kenapa autopost tidak keluar pada waktu sepatutnya?

jangan pening. aku pernah jumpa masalah ni kat blog sesoorang tu dan lepas tu aku sendiri menghadapinya bila blog-blog aku yang lain, asal buat autopost je tak keluar.haissh...last-last kena buka balik dan tekan publish dengan tak set masa. ini bukan automatik dah ni, manual dah pula jadinya.kenapa? memang bengang


baik, masalahnya ialah...setting masa kamu di  bahagian setting-formatting blog itu tidak diubah. sama macam aku juga, pakai setting masa Pasifik Time, sedangkan masa di ladtop sendiri ikut waktu malaysia, Kuala Lumpur. jadi, apa tunggu lagi..tukar sekarang.


caranya?
pergi dashbord --> setting --> formatting --> tukar time zone (pilih Kuala Lumpur), macam ini..



turorial ala-ala malas ni..malas nak print screen step-step tu tapi harap kau oang faham hendaknya... boleh kan, kawan-kawan? apapun, segala kesulitan amatlah dikesali...harap maklum.



Notabulan:
Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya...

hari ni kalau jadi, aku pergi renioun dengan kawankawan sekolah menengah dulu...harap-harap syok sampai aku tak nak balik.hu

Jul 28, 2010

google translate untuk belajar pelbagai bahasa dunia | siri belajar men'google' III

mahu belajar apa lagi kawan hari ini? cikgu biasalah..lebih perform bahasa lah kan..dah cikgu bahasa. okay, mari mentranslate pula. kita dah mendefinisi kan... jadi sekarang, mari mentranslate pula, nak? baik, mula-mula buka google kome...biar keluar medan selera tu...


macam ni ha, kawan...



eh bukan, kita buka ni terus... google translate/ http://translate.google.com/# , dan keluar macam ni ha...







sekarang, mari ikut step-stepnya ye...;] (oii, ikut arahan ye...jangan lawan tauke...)

1. paste kan saja teks yang nak ditranslatekan tu... panjang mana pun boleh setakat aku buat ni.. cit-cat dia minima 100 word kan sekali translate kan?

2. tukar nak translate dari bahasa apa ke bahasa apa...? kalau nak tukar dari bahasa Melayu ke bahasa Jepun pun boleh.mana tahu tiba-tiba nak jadi orang jepun sejak makan sushi, kan?

3. klik translate tu untuk translate ye murid-murid...



kemudian, scroll ke bawah untuk lihat translatenya ye...kalau bahasa Inggeris ke Melayu, dia memanglah tak 100% tepat sebiji-sebiji tapi bolehlah kan....sebab dia pun pakai melayu Indonesia. kalau dari bahasa melayu ke jepun tu tidaklah teman tahu tepat ke tidak, sebab teman pun tak tahu bahasa jepun tu....huhuhu.


siri yang terdahulu?ala, klik bawah ni ye...

google pun boleh kira-kira | siri belajar men'google' I

mari mendefinisi dengan mudah | siri belajar men'google' II



apapun, selamat mencuba...;]


Notabulan:
Abang azrul juga yang ajar. dia buka internet cari yang berfaedah, aku buka ni hadap ni jelah..hakhak



Jul 20, 2010

google pun boleh kira-kira | siri belajar men'google' I

mari mengira dengan bantuan google. nak try tak? cuba tengok google kamu semua sekarang. ye, sekarang. weh, klik la.. www.google.com tu, dan terus keluar papan sekeping tu kan. macam mana? nak kena tunjuk juga... nah, ini macam tambi...


okay, taip kat situ..apa yang kamu nak kira. kononya, nak kira umur kamu tambah umur buah hati kamu, ha, kira (tapi buat apa kira eh, nak tengok serasi ke tak ke? hehh, apa kejadahbendanya...mengarut, mengarut) contoh, aku saja gatal-gatal nak kira umur aku tambah umur encik M, 20+20 (hakhak, muda lagi okay.) macam ni...



dan, kita mesti dapat ni. percaya tak?





google pun boleh kira-kira weh... tak percaya, cuba lagi nombor lain pula. sekarang, kira pula umur kamu darab umur buah hati kamu tu... contoh 20*20, mesti dapat jawapannya nanti. tak percaya, buat sekarang.



eh, apa pandang-pandang, jangan lawan cakap cikgu. karang, kena sumpah. kena TULAH, sia-sia je karang.tak puas hati eh, kelas cikgu belajar yang senang-senang sangat?:P



jangan tanya,
cikgu...nak cari aku darab kau, boleh tak?



aku lempang laju-laju kan nanti. mahu?




Notabulan:
belajar ni dengan abang azrul..katanya belajar dari youtube, tapi tak tahulah dari mana...rajin search lah eh

Jul 4, 2010

apa itu entry di blog?



sebab ada yang tanya, aku cuba jawablah tapi kalau tak betul-betul, sama-sama bantu. mungkin ia blogger baru, kan? bunyinya simple, tapi susah juga nak terangkan eh? lagipun, atas enjin carian, bila orang taip itu, yang keluar dulu-dulu sekali ialah entry ini, jadi aku cubalah...T_T





wahai adik yang mencari,

entry dari segi bahasa ialah kemasukan. jadi, dari segi istilah berdarkan konsep blog, entry ialah penulisan kita yang dipostkan dalam blog seperti yang dibuat oleh kakak sekarang. contohnya lah, adik ingin membuat kemasukan (entry) tentang 'fesyen bertudung', tulis saja pada medan new post dan kemudian publish. ya, itu sudah jadi satu entry (kemasukan). boleh dik?


 (medan menulis entry)



begitu juga bila orang sebut, eh entry kau pasal tu dah keluar? entry terbaru saya, ialah mengenai fesyen bertudung atau saya sedang menulis entry terbaru pasal kucing.... ye, itu merujuk penulisan yang dipost ke blog dan akan berada pada bahagian body blog kita, serta mengikut tarikh ia dikeluarkan.



yang pasti, entry pasti ada tajuk, isi dan pilihan masa ia dipostkan atas talian.sama ada secara automatik atau disetkan masanya. ia juga boleh dilabelkan mengikut kesesuaian, sama ada fesyen, kesihatan, kucing atau macam-macam lagi mengikut pilihan idaman kalbu hati kita. 



entry juga mempunya URL dan setiap URL pastilah tidak sama, dan walau sepenat manapun kita tukar tajuk entry atau sebanyak manapun arimata kita tumpah merayu-rayu, URL tidak sesekali boleh diubah dan berubah. 



itulah apa itu entry di blog ya dik...
cik bulan:
selesa bersama blogspot. mudah sungguh menulis entry...:)


[jika berguna, like dan kongsi di facebook...]

Jul 3, 2010

tutorial : bagaimana membuat sticky post | post melekat

kerana sayangku pada peri pia, ku buat tutorial ini. caranya seperti membut autopost juga, tetapi bezanya kita mahu ia keluar sekarang, tapi terus-terusan berada di muka pertama blog, dan sebagai entry melekat tak bergerak-gerak sehingga tarikh yang kita mahukan ia hilang dari muka pertama...


step 1 : kita pilih publish post (automatik)




step 2: bila dah publish, kita pilih edit posts dan pilih post option




step 3: pilih butang 'sheduled at'


step 4 : setkan tarikh dan masa bila last ia nak melekat/jadi stikcky post
contoh: 7/30/10, jam 12:00 PM



set 5: siap, boleh publishkan!



p/s:
ingat, jangan sesekali 'save as draft' selepas publish dan baru nak 'edit post', nanti ia akan jadi seperti autopost, keluar pada 30 julai, bukan keluar sekarang. faham tak kak dan kawan-kawan tutorial simple ni?




cik bulan:

kaklong, pia harap kaklong daapt buat ye.

kawan, itulah cara aku buat... tak tahu kalau kau tak sama. sebelum ni pernah set masa dan tarikh lepas tu, ia tak keluar-keluar, jadi seperti autopost. oleh itu, publish dulu baru set semula. ye?




[bermanfaat tak? like atau share di facebook ye?]

Jun 24, 2010

addthis | nak pasang ini tak? ikuti tutorial ini...:)

nampak kan button ni kat blog cik bulan kan? 

[kat side bar]



[dalam setiap entry]

nak pasang tak kat blog? kalau nak, mula-mula masuk sini..


(1) nampak ni kan...

 (besarkan okay)


I. pilih nak letak kat mana..website ke, blogspot ke....

II. pilih nak button macam mana.kalau aku punya yang button 1 tu

III. pilih nak analitik sekali ke tak (yang ni aku pun tak berapa faham)

IV. dah siap, ambil code ye :)



(2) install kat side bar. pasang pada gadget kita ye (HTML/Jayascript)

[ jadi ini...]


(3) letak dalam semua blog post (harus dimasukkan pada template)


caranya : 
I. buka kotak HTML template anda

II. cari  

Apr 24, 2010

tutorial : buat template blog dengan template designer oleh Blogger.com




haha.itulah...orang dah sampai ke bulan, kamu baru nak merangkak-rangkak cari jet.orang dah ke langit hijau, kamu baru nak kaji berapa KM ye jarak dari bumi ke langit tu.orang dah pergi kerja, kamu baru celik mata dari jeretuh.orang dah punya anak lima, kamu baru nak cari calon laki.hehhh, lembab bebenar...:P



nasib le jumpa blog ni, majulah juga kamu setapak ke hadapan.bukan setapak dekat wangsa maju tu okay?mak saya cakap, takpe..biar lambat asal selamat...:) kak ixoranajira pula cakap, takpe lambat sikit, asal boleh pecut buat anak.haha.bantai gelak....:D



okay, pada website ni saya jumpa macam mana nak edit template kita tu dengan mudah.tak perlu lagi search nak cri design, nak cari template susah-susah kan nak-nak blogger buta kayu macam saya ni.kat sini, kamu boleh ejas sendiri macamana template kamu nak tu.dulu saya dua column saja, sekarang dah jadi tiga...



wahhh....terasa hebat sungguh hari ni.tahu kenapa?sebab, pertama kali saya ejas sendiri width untuk widget-wdget saya supaya sesuai dengan width untuk kolum-kolum yang saya buat tu.huu...gila hebat rasa hari derrrr...haha (adnan sempit sungguh)



sebenarnya, blogger.com dah announced pasal benda ni.start 11 Mac lagi dah ada, tapi mungkin sebab tak pernah log out, jadi tak pernah lah pulak log in, tu yang tak perasan tu...


okay, mana-mana yang belum mencuba,bolehlah mencuba.ini ada sedikit tutorial mudah untuk orang-orang yang agak buta it macam saya...begini langkah-langkahnya...:-


1.Log in ke akaun blogspot anda



2.Ia akan terus ke dashbord kita.pada dashboard, ada tulis benda ni atas tu... Make Blogger in Draft
my default dashboard. kamu klik pada kotak untuk stay pakai sampai bila-bila




3.klik pada layout tu. dan terus ke bahagian template kan.kat situ kamu akan nampak ada button baru iaitu Template Designer.kamu klik button tu.



4.sekarang, kamu boleh pilih template, edit nak berapa column, saiz, tulisan dan warna semuanya la..klik saja pada button yang berikut.boleh main-main dengan senang hati..:)



okay, kalau kamu nak langkah cepat, boleh juga kamu pergi ke http://draft.blogger.com dan log in dengan akaun dan pasword yang sama dengan blog kamu.kamu nanti kamu juga akan mengikuti langkah-langkah yang sama, macam saya bagitahu tadi.



dan, nak tahu lagi info lanjut, boleh klik sini.versi omputih punya.tadi tutorial versi omtakberapaputih (budak itam) punya...hehe.moga memberi manfaat...:)




p/s:he...ini pertama kali saya buat tutorial.walawehhh...bangga gila.haha.walaupun ia tutorial mudah, tapi saya betul-betul buat sendiri tau tanpa copy mana-mana...he.sila ucap tahniah kepada saya dan cakap, cik bulan..sila usaha lagi dengan gigih ye, supaya tak buta kayu sangat lepas ni.he..:)

p/s/s:ye...tahu.benda ni benda mudah.tapi ramai lagi kan blogger yang tak tahu.jadi, tolong jangan perkecilkan usaha saya.mana yang baik, jadikan manfaat bersama.betul tak?

p/s/s/s:saya akan iringi dengan tips pulak ye...:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SILAP MATA :)