Assalamualaikum semua. Cuti sekolah penggal ke-3 minggu Disember 2024 ni, saya dan suami bawa anak-anak dan keluarga saya mandi-manda di waterpark Splashmania di Gamuda Cove, area Banting, Selangor. Tu la pertama kali pengalaman kami ke sana jadi maybe saya fikir saya boleh share experience saya di sini sikit. Sebab mungkin ada jugak di antara anda yang sedang plan nak cari waterpark untuk bawa anak-anak.
Masa first time ni, biasalah.. kita tak tahu nak expect apa. Tapi saya ada banyak pengalaman mandi manda di waterpark lain. Banyak waterpark di Malaysia yang saya dah pergi. Jadi kali ni, saya dan suami try Splashmania yang kami beli tiket-tiketnya di MATTA Fair bulan September 2024. Matta Fair ni memang kerap saya dan suami saya pergi untuk cari percutian. Baik domestik mahupun antarabangsa. Mostly domestic la. Sebab biasanya ada banyak promosi menarik dan murah-murah masa tu.
Untuk tiket ke Splashmania ni, pun kami dapat tiket yang ada promosi. So masa MATTA Fair, saya dan suami dapat beli RM65 per pax untuk 1 tiket. Daripada harga asal RM85 kalau tak silap saya. Memang kena cari promo, sebab kami bawa 4 orang anak, ibu bapa, family abang saya berempat dan kakak saya. Total 13 pax tiket. Agak berat la kan kalau beli tiket tanpa promo. Sebab tu bila jumpa je promo masa kar MATTA Fair, memang kami grab terus..
Splashmania ni kat kawasan Gamuda Cove. Gamuda Cove ni kawasan yang sangat baru dan sedang membangun. Tempat ni siap ada Tol sendiri ualls. Tol Gamuda Cove. Kiranya nama tempat pun dah jadi Gamuda Cove gitu. Rasanya Splashmania ni baru je start beroperasi tahun 2023. Jadi ia taman tema yang paling barulah buat masa ni di Malaysia. Tu yang ramai orang tengah start nak pergi sini.
Sebelum pergi, saya siap-siap packing baju sepersalinan untuk semua suami dan anak-anak. Masing-masing saya pack pakaian persalinan dalam 1 beg plastik dan siap ada sabun mandi dan sikat, juga tuala dan pakaian. Yang lelaki letak sekali semua plastik dalam satu beg, yang perempuan letak semua plastik dalam satu lagi beg. Jadi senang nak masuk bilik air nanti lepas mandi waterpark. Saya dan suami beli jugak kasut yang khas untuk masuk dalam air tu, beli kat Decathlon. Sesuai untuk berjalan dalam air seperti swimming pool atau masuk air laut.
Sebelum pergi, check juga weather forecast. Bab cuaca ni rezeki memasing lah. Masa saya pergi ni, cuaca mendung dengan hujan renyai-renyai. Jadi memang sangat selesa dan tak terik langsung untuk bermandi-manda. Pakai sunscreen pun macam tak perlu pakai je. Oh ye. Pakailah sunscreen yer siap-siap dari rumah atau kalau tak sempat, pakailah on the way ke waterpark dalam kereta je. Anak-anak saya, wajib pakai sunscreen sebab nanti kulit jadi mengelupas sebab sunburn.
Splashmania ni sama macam waterpark lain, dilarang bawa makanan luar ke dalam. Jadi, sebelum bertolak ke sana, sarapanlah siap-siap kenyang-kenyang dari rumah. Wajib juga kenyangkan perut anak-anak ye. Botol air kosong boleh bawa masuk. Susu anak pun boleh. Nak bawa flask air panas pun boleh. Jadi saya bancuh siap-siap air kopi O dalam thermos so boleh minum di dalam nanti. Bawa juga cawan supaya senang nak tuang dan minum. Masa tu cuaca hujan dan mendung, jadi memang layan la kopi O. Ditambah pula dengan angin yang sejuk masa tu, keluar pula daripada pool sejuk-sejuk. Jadi kopi O adalah layannn.
Jangan lupa untuk bawa plastik yang boleh simpan phone kita yang boleh gantung kat leher tu. Penting bawa fon ni untuk call ahli keluarga yang tak tau di slide mana dia pergi, untuk beli makanan dan minuman secara QR code dan of course untuk tangkap gambar lah. Bila mandi-mandi, of course anak-anak akan kelaparan jadi standby lah duit untuk membeli makanan. Makanan di sana sangat-sangat mahal yer. Jadi bersiaplah dengan budget.
Saya dan family sampai di sana pukul 10.10am macam tu. Dah beratur panjanggg dengan ramainya orang. Saya pergi ke arah kaunter di hujung sana sebab ada banyak kaunter. Jadi saya dapat skip beratur di kaunter yang ramai orang. Cari kaunter yang tak ramai orang dan tak ramai orang tahu.
Parking kat kawasan parking bertingkat. Naik lif ke kawasan kaunter. Masuk-masuk area waterpark, cari port untuk letak barang dulu. Saya dan family pilih tempat duduk kat hadapan tempat mandi laut. Bab tempat ni ualls kena cepat, takut dah takde tempat. Kalau takde tempat, uall bersedialah untuk bawa tikar just in case. Tapi, ada banyak tempat yang boleh duduk.
Sebelum cari tempat duduk, saya dan family ada tempah locker untuk simpan barangan berharga iaitu wallet kami. Lain-lain macam fon, bawa ke tempat duduk atau tempat kita letak barang-barang.
Untuk slides, ada banyak slides yang best-best untuk dewasa dan kanak-kanak. Juga untuk kanak-kanak besar dan kanak-kanak kecil. Tengok mana yang sesuai untuk anak-anak. Yang paling sesuai untuk semua adalah laut (ada wave) dan juga river (river dia best, dengan air menolak laju).
Untuk splahsmania ni, saya tak sewa pelampung yang RM10 tu sebab tak banyak pun pakai. Beratur untuk naik slides memang sangat panjang, jadi kena tengok pada suasana la masa tu. Kadang-kadang beratur panjang, kadang-kadang takde orang pulak. Jadi, mana-mana yang nampak kurang orang, teruslah pergi. Ada slides yang kami naik lebih daripada sekali sebab best haha.
Masa tengah hari, kami beli makanan lunch antaranya macam mee goreng mamak, ayam goreng, pizza, burger, chips, hot coffee dan air tin. Banyak yang jual by set so kena beli by set. Lepas lunch, saya dan family solat Zuhur dulu sebelum sambung main lagi. Solat je dengan pakaian mandi yang agak basah tu. Tapi janganlah pergi surau dengan keadaan basah sangat. Tunggulah kering sedikit masa uall makan lunch atau duduk berehat. By the way kat surau pun lantainya agak basah sebab orang lain pun solat dengan pakaian mandi memasing. So, expect la lantai surau tu tak berapa kering. Tapi, solat pun still telekung saya jadi basah jugak.
Sambung mandi manda lagi sampailah pukul 5.15pm macam tu sebelum kemas-kemas dan bersihkan diri, mandi dan menyalin pakaian, kemudian solat Asar. Waterpark buka dari pukul 10am sehingga 6pm. Jadi budgetlah masa ye. Kita nak utilize sebaiknya tiket kita.
Jadi, Alhamdulillah... 6pm++ macam tu kami pun siap dan keluar.. Ambil-ambil gambar skit depan waterpark dan pulang ke kereta. Anak-anak kelaparan, makanlah apa yang ada lagi dan terus tertidur dalam kereta... Sampai rumah, solat Maghrib dan siapkan makanan malam pula...
Ok. Tu sajalah kot sharing daripada experience saya sendiri. Saya dan family pergi pada 25 Disember 2024, jadi pengunjung sangatlah ramai. Lagi pula cuti sekolah juga masa ni.
Untuk tahun 2024 ni, recap... dua kali pergi bawa anak-anak ke waterpark. Awal tahun pergi ke Bertam Waterpark.. Ni yang kedua pula. So total 2 kali dalam tahun ni. Sebagai reward untuk anak-anak yang belajar dan work hard untuk exams. Hehe.
Thanks for reading! Semoga bermanfaat dan dapat memberi sedikit panduan buat anda yang mencari.
Nak dapatkan Shaklee, hubungi saya ok!! Saya pengedar aktif Shaklee sejak 2015 sehinggalah sekarang. Jemput baca blog saya ni... InsyaAllah until the next entries about holidays.

Post a Comment