Showing posts with label Perak. Show all posts
Showing posts with label Perak. Show all posts

 


📣 𝐁𝐄𝐑𝐈𝐓𝐀 𝐁𝐀𝐈𝐊 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊!


📚 𝐁𝐀𝐙𝐀𝐑 𝐁𝐔𝐊𝐔 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟔 bakal menemui anda tidak lama lagi!

Sempena Minggu Perpaduan 2026 Peringkat Zon Utara ✨


🗓️ 𝟐𝟑 𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝟐𝟔 𝐀𝐩𝐫𝐢𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐊𝐡𝐚𝐦𝐢𝐬 𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝐀𝐡𝐚𝐝)

🕘 𝟗.𝟎𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢 – 𝟏𝟎.𝟎𝟎 𝐦𝐚𝐥𝐚𝐦

📍 𝐒𝐭𝐚𝐝𝐢𝐮𝐦 𝐈𝐧𝐝𝐞𝐫𝐚 𝐌𝐮𝐥𝐢𝐚, 𝐈𝐩𝐨𝐡


Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan 𝐩𝐞𝐥𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐛𝐮𝐤𝐮 𝐭𝐞𝐫𝐤𝐢𝐧𝐢 daripada penerbit dan pembekal – 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐩𝐨𝐭𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚 𝐢𝐬𝐭𝐢𝐦𝐞𝐰𝐚!






Kepada komer yang masih tanya bila FIlem Libang Libu nak keluor panggung ? 😤 


Ate! ini dia Poster Rasmi Pertama filem “Libang Libu” 🫡


Separuh pelakon Malaysia dalam satu filem chor! 


Nantikan Siri Poster Rasmi Libang Libu nanti! 

Ramai chor! 🤣


Moh kita nengok di pawagam 23 April 2026!



Apabila sebuah produksi filem memilih sebuah kampung sebagai lokasi penggambaran, seluruh penduduk jadi kecoh; dari imam, ketua penanggah, bakal pengantin, hinggalah pelakon popular yang rupanya menyimpan konflik identiti sendiri.

Di sebalik kemeriahan itu, dua beradik, Alid seorang “abang long” kampung dan Man Pilem yang diburu hutang akibat ketagihan judi berdepan krisis besar apabila tanah pusaka arwah opah tergadai. Luka lama, rasa dikhianati dan ego memisahkan mereka, namun ancaman luar memaksa mereka bersatu demi maruah keluarga.

Dengan kepelbagaian karakter yang penuh warna - pengarah filem yang tegas, hero filem yang mahu jadi diri sendiri, orang kampung yang kuat adat dan cepat menghukum, kampung kecil itu menjadi pentas sebenar tentang penerimaan, kasih sayang dan erti keluarga.

Filem ini ialah drama komedi komersial yang menggabungkan konflik adik-beradik, pertembungan budaya dan humor satira dalam sebuah kisah yang lucu, emosional dan sangat dekat dengan realiti masyarakat kita






Jom tag geng korang ramai-ramai serbu panggung wayang nanti! 


#LibangLibuFIlm #libanglibu #thankyoutau

Meriah Bazar Buku Perak tahun ini, siap dengan Pesta Moh Makan.. Boleh shopping buku sambil makan! 🍕🍿





Memang sesuailah kalau nak hunting makanan dan buku kat satu tempat. Pelbagai makanan lokal dan viral, aneka kuih tradisi, kopi, dessert semualah.. Boleh shopping buku, boleh makan dan lepak sambil enjoy vibe bazar 😋😍


📍 AEON BiG Falim, Ipoh

🗓️ 23 Julai – 27 Julai 2025

🕙 10 pagi – 10 malam


Kali ini ada lebih 55 reruai pempamer terlibat dengan pelbagai genre buku/penerbit dengan diskaun super murah khas untuk orang Perak. Nak tengok penulis, ada.. Nak cari buku ‘rare’, ada.. Ada pula persembahan dari Dato Jamal Abdillah, Najwa Latif dan Hijjaz 🎤🎶 


Beli buku tempatan RM20 ke atas boleh tebus baucar RM10. Tambah menarik, korang pi je beli buku sikit pun takpe. Pembelian RM50 ke atas layak sertai Cabutan Bertuah tau. Setiap hari ada cabutan dan hadiah menarik 📖🎁


Bawak anak-anak sekali, banyak aktiviti untuk diorang antaranya pertandingan tulisan khat dan pertandingan cerita pendek 👦🏻🎨 


Sambil cuci mata tengok buku, boleh cuci perut sekali.. Moh kita‼️





Sumber: Viral Perak


Tahukah anda, sebelum kejadian anak gajah dilanggar lori semalam, 131 tahun dahulu pernah ada kejadian serupa berlaku di Teluk Anson (kini Teluk Intan) yang melibatkan keretapi dengan gajah.



Pada petang 17 September 1894, sebuah kereta api wap milik Perak Railways sedang dalam perjalanan dari Tapah Road ke Teluk Anson. Kereta api itu membawa tiga gerabak penumpang, kebanyakannya terdiri daripada saudagar dan tauke lombong yang baru selesai meninjau kawasan perlombongan di Perak.


Dipandu oleh seorang pemandu berbangsa Inggeris, kereta api itu meluncur laju pada kelajuan 40–50 batu sejam, suatu kelajuan yang agak pantas bagi teknologi enjin wap pada masa itu. Tanpa disangka, sekumpulan gajah liar telah menunggu di tengah-tengah landasan, diketuai oleh seekor gajah jantan yang besar.


Menurut saksi penduduk kampung, gajah jantan itu telah merencanakan serangan sebagai tindakan balas dendam. Beberapa minggu sebelumnya, anak gajahnya dilaporkan mati dilanggar kereta api di kawasan yang sama. Dalam keadaan marah dan “naik minyak,” gajah jantan itu menyerang kereta api secara berdepan dengan kekuatan penuh.


Dengan tenaga yang luar biasa, gajah jantan itu merempuh lokomotif sehingga mengakibatkan kereta api tergelincir dari landasan. Beberapa gerabak rosak teruk, dan dua pekerja kereta api berbangsa India dilaporkan maut akibat kecederaan parah. Tiada penumpang yang cedera dalam kejadian itu, tetapi mereka terpaksa berjalan kaki sejauh hampir tiga batu ke Stesen Kereta Api Teluk Anson.


Jom baca dengan lebih lanjut berkenaan peristiwa ini dan usaha daripada Team Orang Perak sendiri untuk menyelamatkan Memorial Pelanggaran Gajah Teluk Intan pada tahun 2018 melalui artikel di ruangan komen di bawah..










Jadual lengkap Waktu Berbuka & Imsak untuk Ramadan 2025 bagi seluruh Negeri Perak.

*klik pada gambar untuk lebih jelas.

Sumber: Facebook Perak Press










 


Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata negara kini berada pada fasa penghujung Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir pada pertengahan Mac dan dalam tempoh itu, litupan awan serta taburan hujan akan berkurangan

Cuaca panas dan kering dijangka melanda kebanyakan tempat terutamanya di kawasan utara Semenanjung termasuk Perak serta Pahang dan Kelantan bermula bulan ini sehingga Mei.

- Utara Semenanjung

- Perak

- Pahang

- Kelantan

"Ketiadaan hujan dalam tempoh yang panjang boleh menyebabkan cuaca lebih panas dan kering berbanding kebiasaan.

"Situasi cuaca panas dan kering yang dialami pada ketika ini adalah fenomena berulang yang berlaku setiap tahun bermula pada Februari hingga Mei," katanya dalam kenyataan di sini,hari ini.

Mohd Hisham berkata dalam tempoh itu, catatan suhu harian tertinggi boleh melebihi 35 darjah Celsius pada awal petang.

Beliau berkata bacaan suhu tertinggi yang dicatat di stesen-stesen jabatan itu seluruh negara semalm (11 Feb) adalah 36.1 darjah Celsius yang direkod di Felda Teloi Kanan, Baling, Kedah.

Selain itu, gelombang haba dan jerebu setempat juga berpotensi berlaku dalam tempoh berkenaan, namun keadaan tersebut diramal tidak seteruk tahun lepas disebabkan pengaruh La Nina lemah yang sedang berlaku sekarang dan dijangka berterusan sehingga pertengahan tahun ini.

Mohd Hisham berkata dalam keadaan cuaca panas dan kering, semua pihak dinasihatkan supaya mengambil langkah penjimatan penggunaan air serta mengelakkan pembakaran terbuka serta mengehadkan tempoh berada di kawasan terbuka.

Katanya MetMalaysia sentiasa memantau keadaan cuaca di seluruh negara dan orang ramai disarankan supaya sentiasa peka dengan perubahan cuaca serta mendapatkan maklumat dan amaran cuaca terkini melalui laman web rasmi, aplikasi myCuaca dan media sosial MetMalaysia.

Sementara itu, Mohd Hisham menerusi ramalan cuaca signifikan yang dikeluarkan pada 12.30 tengah hari memaklumkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh yang lebih panjang dijangka berlaku di Sarawak selama tiga hari mulai 17 Feb.

"Berdasarkan analisis model-model cuaca, penumpuan angin dijangka berlaku di Sarawak pada 17 sehingga 19 Feb dan keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh yang lebih panjang di kawasan tersebut," katanya.

-- BERNAMA


Jaga kesihatan semua, banyakkan minum air masak, jaga diri baik-baik.



Sumber:- https://x.com/metmalaysia/

https://www.astroawani.com/







Pesta Sukan Air Kuala Kangsar



Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan DYMM

Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan


26-27 Oktober 2024

Dataran Lembah Sg Perak Kuala Kangsar


Pelbagai aktiviti dan pertandingan diadakan !


Jangan Lupe Kome!!!

Moh datang ke sukan ayor!!!















Facebook: Pesta Sukan Air Kuala Kangsar 2024




Projek Jambatan Sungai Air Tawar bakal memendekkan masa perjalanan dari Sungai Air Tawar ke Pekan Hutan Melintang dari 60 minit ke 5 minit.

Insya-Allah dijangka siap pada Disember 2026. Kesemua projek ini saya pantau melalui lawatan dan Mesyuarat Tindakan Pembangunan Negeri.

Insya-Allah, laluan jalan baharu ini dijangka akan dapat meningkatkan pembangunan sosio ekonomi dan pelancongan di sepanjang koridor serta kecekapan sistem pengangkutan di antara kedua buah negeri dan akan memanfaatkan penduduk serta merangsang ekonomi tempatan.



Sumber:

https://x.com/AmirudinShari/status/

https://x.com/AmirudinShari/status 

Gambar: https://x.com/SelangorJournal/



Kawasan hotspot risiko kepala air di Perak


Sumber:

https://x.com/PerakPress/



Jom! Mulakan pengembaraan di Perak! 🚀 Jelajahi lokasi menarik sambil mengumpul cop dalam pertandingan Perak Passport. 🏞

Menarik ya! Jelajah Perak dengan kumpulkan chop stamp!

✨ Hadiah wang tunai sebanyak RM7500 dan barangan eksklusif dari Canon Malaysia & Tourism Perak menanti mereka yang berjaya! 

🌟 Jangan tunggu lama-lama. Daftar sekarang menggunakan pautan di bawah. 👇"

📸 Sedia, mula!

https://forms.gle/KyLQqpodg4pETdk9A







Sumber:

Instagram Tourism Perak







 


Pemandangan Kapal Korek Tanjung Tualang 5 (TT5) iaitu kapal korek terakhir yang masih wujud di Malaysia. 

TT5 yang terletak di Jalan Tanjung Tualang, Batu Gajah, Perak itu adalah kapal korek kelima digunakan di Tanjung Tualang yang suatu ketika dulu menjadi antara lokasi penting perlombongan bijih timah dalam negara dan seterusnya menjadi pengeluar bijih timah terbesar dunia ketika itu.








TT5 yang menjadi warisan sejarah Perak dan digelar `The Last Dredge' atau warisan kapal korek terakhir yang masih wujud di negara, kini dalam proses pemuliharaan semula dan ditambah baik dengan pelbagai kemudahan bagi menjadikannya antara kawasan tarikan pelancongan sejarah di Perak dalam sektor perlombongan.

 

Mengikut sejarah, kapal itu diserahkan kepada Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) pada 2016 dan ia dibaik pulih sebelum dibuka kepada pengunjung pada Jun 2017.

 

Terletak kira-kira 30 kilometer dari Ipoh, pengunjung yang datang masih dapat melihat kapal korek yang masih dikekalkan dalam keadaan sebenar.

📸 Sharul Hafiz Zam / BERNAMA



https://twitter.com/bernamadotcom/










Anem Arnamee 2025 © TERIMA KASIH ♥



click to te top