Archive for the 'Noodles' Category

Model Mee Kari

Mee Kari

Sangat terliur tengok mee kari kat umah AlongRoz… tp Along tak sempat letak resipi pasal dia sibuk lagi. So MrFaiz buatkan mee kari versi Kak Anawahid nie… sonotnye dapat makan mee kari… slurrpppp!!! heheh. Kak Ana, kite CnP resipi akak kt cini ek. Mekacihh πŸ˜‰

Mikaelp.s I Love Dad

Model mee kari hari nie πŸ˜‰

Mee Rebus Tulang

Mee Kuah Tulang

Kate Che’Iza, mee rebus tulang ni fofular kat Johor. Olang Johor tau la kot resipi ni. Kite kopipes resipi Che’Iza dari MyR… nak pakai tulang lembu, kambing, unte.. semua okey. Jangan pakai tulang ikan dah le πŸ˜‰

Resipi Mee Rebus Tulangtenkiu Che’Iza

  • 600 gm mee kuning
  • taugeh
  • 3-4 biji kentang (tgk saizlah eh) direbus
  • 3-4 biji telur direbus
  • 3-4 kpg tauhu di goreng
  • lada merah n bawang merah
  • caipo n limau kasturi
  • *UTK KUAH*
  • 5 sb lada boh
  • *3-4 biji bawang merah
  • *3 ulas bawang putih
  • *2-3 batang serai
  • *1 inci lengkuas
  • *2 sb udang kering
  • 2 sb campuran ketumbar jintan disangai
  • 400 gm tulang rusuk ( takde tulang daging pun boleh)
  • 1 1/2 cwn santan pekat
  • 2 sb taucho
  • 1 1/2 sb gula merah
  • garam n perasa jika suka
  1. Rebus tulang hinnga empuk…. Bila tulang hampir empuk masukkan taucho dan biarkan mereneh…. Kemudian masukkan santan pekat…
  2. Sementara itu dikuali lain… tumis lada boh hingga garing…. Kisar bahan bertanda *… masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik bau dan terbit minyak….
  3. Kisar ketumbar jintan yg telah disangai td, masukkan kedlm bahan tumis… biar garing dan naik bau… masukkan bahan tumis kedlm kuah rebusan daging tadi…..
  4. Masukkan gula merah, garam n perasa jika suka….. Biar hingga kuah pekat… (boleh letak keledek, kentang atau tepung jagung utk memekatkan kuah)
  5. Rebus mee dan celur taugeh.. kemudian tapis…..
  6. Potong kentang, tauhu, telur, lada merah n bawang ikut suke nak potong camaner..
  7. letak mee, taugeh n bahan lain termasuk caipo dan limau kasturi… tuanglah kuah kat atasnyer….. siap….

Kuey Teow Goreng

Kuey Teow GorengMenu nie dah sah sah BUKAN utk org berpantang. Huh! telan air liur je laa menengoknye… kuey teow goreng yg kaya dgn hidupan laut. Ala-ala aquarium gitu. Terlebih kuis semua pakat dok beratur kt depan. Kuey teow pun tak nampak. heheh… MrFaiz kate dia campak2 je dlm kuali. Kalo nk resipi, blh tgk kt umah Kak An & Kak Noreen πŸ˜‰

Makaroni Bakar & Char Kuey Teow

Makaroni Bakar

Makaroni bakar berongga… pakai telor keciiit bila bakar ade byk lubang angin sepoi-sepoi pulak πŸ˜€

Char Koey Teow

Char Kuey Teow tk cukup bhn… mase mkn pandai2 la niat2 kerang, niat2 taugeh sendirik! heheh…resipi cilok dr umah Kak Ayu asal dr Che’Iza MyR. Tenkiu sifu2 b’dua πŸ˜‰

Nasi Goreng CrayfishSinun cikit sinin cikit nasi goreng cikit… lepas makan terus koma dekat dua jam. ahaha πŸ˜‰

Resipi Makaroni Bakar-Tenkiu CikMilah πŸ™‚

  • 200g macaroni
  • 1 pkt curry powder
  • Ground beef
  • 125g chicken sausage, thinly sliced
  • 100g button mushrooms, thinly sliced
  • 1/2 cup mixed vegetables
  • 1 tsp chopped garlic
  • 3 tbsp oil
  • 75g cheddar cheese, grated
  • Combine:
  • 4 eggs, beat
  • 3 tsp chicken stock
  • 3/4 to 1 tsp salt
  • 1/2 tsp pepper
  1. Bring water to a boil in a pot. Add a teaspoon of salt and a few drops of oil. Put in macaroni and boil for eight to nine minutes.
  2. Heat oil and saute garlic till golden and fragrant. Put in curry powder. Add button mushrooms, sausage and macaroni. Mix well. Dish out into a mixing bowl. Stir in mixed vegetables.
  3. Grease a deep square casserole dish lightly with corn oil and pour half of the cooked macaroni mixture into it. Sprinkle with grated cheese and top with the remainder of the mixture. Sprinkle with cheese sparingly all over.
  4. Pour the egg mixture over the macaroni and bake in a preheated oven at 180 ΒΊC for 30 to 35 minutes or until egg mixture sets. Remove and serve either hot or cold.

Onde-onde Buah Melaka & Mee Hailam

Onde onde

Buat kueh tradisional onde-onde aka buah melaka & cucur udang lg hari nie… pakai brown sugar sama kelapa kering tp tetap tradisional.heheh πŸ˜‰

Mee HailamMee hailam nie terliur tgk Kak Are Japan buat… kite pon buat sket pasal menu nasik mmg tak lepas. πŸ˜€ Resipi cilok kat umah Kak Are asal dr umah Kak Zai.. time kasih kakak2 ku berdua πŸ™‚

Resipi Onde-onde Buah Melaka

  • Sedikit air daun pandan & pewarna hijau-kalau nk guna air pandan aje pon ok
  • Sedikit brown sugar-kalau ada gula melaka lg bagus
  • 2 cwn tepung beras pulut
  • Sedikit kelapa kering-kalau ade kelapa parut fresh lg best
  • sedikit garam
  1. Bancuh tepung pulut bersama air yg dicampur dgn air pandan dan sedikit pewarna hijau. Gaul sehingga tepung sebati dan tidak terlalu lembut/keras.
  2. Bulat2 kan dan isi brown sugar/gula melaka ditengah. Tutup dan bulatkan kembali.
  3. Masukkan dlm air mendidih dan biarkan sehingga onde2 terapung.
  4. Angkat dan gaulkan dgn kelapa kering yg telah dibancuh dgn sedikit air panas & sedikit garam. Kalau guna kelapa parut fresh, gaulkan saje dgn sedikit garam. Ulang sehingga tepung habis. Siap!

Resipi Mee Hailam

  • Minyak masak
  • 3 cm halia dikisar
  • 4 ulas bawang putih dikisar
  • 2 biji bawang besar dikisar
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 200 gm daging lembu (sy x letak )
  • 200 gm sotong,dibersihkan dan dipotong melintang
  • 200 gm udang,dibuang kulit dan urat
  • 200 gm isi ayam,dihiris nipis
  • 60 ml kicap pekat (ikut kepekatan)
  • sos tiram (jika suka)
  • 1/4 sudu teh serbuk perasa
  • 2 sudu besar tepung jagung,dibancuh dgn 600ml air atau ikut kepekatan
  • 300 gm sawi,dipotong 4 cm
  • 150 gm kobis~dihiris lebar
  • 2 biji tomato ~ dibelah 4 (jika suka)
  • 1 biji carrot ~ dihiris saiz kegemaran anda
  • 1 sudu teh lada putih sebuk
  • 1 kg mee kuning
  • Bahan tambahan:
  • 1 tangkai daun saderi/sup,dipotong 1 cm
  • 3 tangkai cili merah,dihiris hiris
  1. Panaskan minyak dikuali dan tumis bahan2 yg telah dikisar
  2. Tumis sehingga berbau wangi
  3. Masukkan daging,sotong,ayam dan udang
  4. Masukkan sedikit air dan biarkan hingga bahan2 tersebut agak masak
  5. Perasakan dgn lada sulah,kicap pekat,sos tiram dan serbuk perasa
  6. Campurkan bancuhan tepung jagung dan tambah air daging sambil kacau rata
  7. Masukkan sawi,kubis dan carrot,kacau sehingga rata
  8. Akhir sekali masukkan tomato dan kacau2 sebentar.Pastikan cukup kuah…jika terlalu pekat bolih tambahkan air kerana mee hailam agak berkuah
  9. Tambahkan mee dan gaul rata dan terus hidang.Jika belum makan mahu makan…jgn dicampurkan terus meenya kerana takut mee akan mengembang
  10. Akhir sekali…semasa menghidang tabur dgn daun saderi/sup/daun bawang,cili merah potong/bawang goreng.

Mee Soto & Begedil

Mee SotoKalo sape yg tk mabok sup lg, meh le mkn mee soto plak hari nie. Selongkar dapur kak Hana jumpa resipi mee soto dlm gobok lame die… Rebus je mee yg dok bertapa dlm lemari tuh, buat sup2, begedil, sambal kicap cikit cukuplaa… hasilnye, berat badan utk hari neh maintain!! esok2 tak tau ler.heheh πŸ˜‰ Mekasih K.Hana & mak (mak K.Hana okey!) utk resipi yg best neh. Kite kopipes resipi ye. Tocey2..

Begedil Daging

Manyak ke bedegil kite? saje buat lebey nak ajak korang makan. heheh πŸ˜€

Resipi Mee Soto

  • mee kuning – celur n ketepikan-kite guna spaghetti
  • 1/2 ekor ayam – rebus ngan halia n garam skit – toskan ayam n ketepikan air rebusan.
  • * 1/2 biji bwg besar / 5 biji bwg merah – mayang.
  • * 3 ulas bwg putih – mayang.nk blend pon bleh sm cam atas.
  • * rempah tumis 4 beradik-kite tak letak psl takde
  • 2 sudu rempah soto/ rempah sup – + ngan skit air utk jdkan pes
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit-tak letak
  • 1 sudu serbuk pati ayam
  • minyak utk menumis
  • Bahan utk taburan
  • isi ayam yang di rebus td – diracik2
  • tauhu- digoreng n potong nipis
  • taugeh-kite gantikan dgn bayam celur
  • bwg goreng
  • daun sup
  • kacang tanah goreng
  • suun goreng (tul ke spell nih haa? mrh cikgu BM :D)
  • limau kasturi/limau nipis
  • begedil
  • sambal kicap
  1. Tumis bhn2 yang bertanda * hingga naik bau. masukkan pes soto/sup td n serbuk kunyit.
  2. Kacau. jgn buka api besar sgt sbb nnti pes akan hangit.
  3. Masukkan air rebusan ayam n pati ayam.perasakan ngan garam.biarkan mendidih.
  4. Matikan api.
  5. Cara hidangan- amik mee masukkan ke dalam mangkuk n taburkan ngan bhn2 taburan then curahkan sup td n sambal kicap skit dan juga begedil!
  6. Siap!
  7. Tips:tunggu suun goreng, pastikan myk btul2 panas br masukkan suun. apabila dah kembang cepat2 angkat. klu tk hangit kaler pon kuning. klu myk tk panas mmg alamat tk akan kembang smpai bila2! πŸ˜› dh goreng, ramas2kan biar pendek2!

Resipi Begedil

  • 300g daging cincang
  • 2 biji kentang – potong dadu n dgoreng. then lenyek2kan.
  • *1/2 biji bwg besar
  • * 1 inci halia
  • * 1 sudu kecil ketumbar
  • * 1 sudu kecil jintan manis
  • * 1 sudu jintan putih
  • sedikit lada sulah
  • garam
  • daun bwg/daun sup
  • bawang goreng – lg byk lg sedap!
  • 1/2 biji telur di kocok
  1. Blend tanpa air bahan yang bertanda *.
  2. Gaul bersama daging. then masukkan semua bhn kecuali telur. bulat2kan n tekan nipiskan skit.
  3. Panaskan minyak. jgn gune myk byk sgt…agak2 3/4 tenggelam begedil nih.
  4. Celupkan begedil ke dalam telur. then goreng hingga masak.
  5. Tips…jgn balikkan selagi bhgn bawah tk kering lagik.klu tk begedil akan hancur. api kene kecik jerk kang luar dh garing tp dlm tk msk lagik.
  6. Dh msk angkat! dh siap! πŸ™‚

Maggi Goreng Mamak

Maggi Goreng Mamak

Hari raya ke dua kite makan maggi je lah pasal semalam dah over bajet makan kamben. heheh… maggi neh murah, enam puluh sen je (terpaksa tulis gini takot owang perasan tahap kemurahan!). hehehe… Tp pasal nak upgrade cikit, kite buatla maggi goreng mamak. Makan bubuh air panas dlm mangkuk kang rasa sadis sgt plak… πŸ˜€

Turkey StripsUpgrade cikit lagi, makan dgn sosej turkey morocco neh… nk makan turkey tak mampu makan lemak2 turkey ni pon jadi lah… (versi entri jimat ;))

Resipi Maggi Goreng Mamak

  • 1 paket maggi-direbus dan ditoskan
  • 1 ulas bawang putih-dihiris
  • 1 ulas bawang merah-dihiris
  • 1 biji telur
  • sedikit sayur-kite guna kobis dan carrot
  • isi ayam di potong nipis-kalo tak letak pon takpe
  • perencah kari maggi-dr dlm paket maggi
  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang hingga layu. Masukkan isi ayam dan goreng hingga masak.
  2. Masukkan sayur dan goreng lagi hingga layu. Boleh letak tauhu goreng kalau ade.
  3. Pecahkan telur dan kacau hingga telur masak.
  4. Masukkan maggi yg dah ditoskan dan jugak perencah maggi kari. Kacau rata.
  5. Siap πŸ™‚

Laksa Terengganu & Air Tembikai Laici

Laksa Terengganu

Hari nie terasa nak mkn laksa, tp nk yg lemak2 plk (minat betol ngan lemak. huh!) Try resipi Mamasya yg dah berjanggut bratur dlm list tuh. Sedap, kite suke… org lain tak tau le πŸ˜€ rasa lemak2 berempah gituss. Sesayur kite tak cukup syarat, tp boleyle.. Maafkanlah bunge kobis sesat yg dok posing jgk dlm mangkuk tuh ye. πŸ˜€

Air Tembikai LaiciHah! jumpe laici siam kat kedai hari ni, seronok sampai nak pitam. heheh… kite beli la sket pasal mahai ler. Balik buat air bestnye!!! yg menitik kat tepi gelas tu jus laici ye, bukan air lior mahupon air idong sape2.heheh. Resipi kite cilok kat umah Kak Hana.. sape nak sile terjah rumah beliau yer. πŸ˜€

Laici&RambutanAir ngan buah laici neh cam besa la posing dlm koleksi pinggan mangkuk edisi terhad kat umah neh… Perahu pon masuk entri skali lagi πŸ˜€

Resipi Laksa Terengganu- Mekasih Mamasya πŸ™‚

  • laksa kering direbus-kite guna spaghetti jer
  • 2 s/b lada giling
  • 1 ulas bawang putih ]
  • 1 biji bawang besar ]
  • 1 inchi lengkuas ] mesin halus
  • 3/4 inchi halia ]
  • 1/5 inchi kunyit ]
  • 1 1/2 s/b rempah @ 2 s/b rempah laksa @ 2 s/b rempah gulai bunga rose
  • 4 ekor ikan kembong saiz sederhana ] direbus @ dipanggang dan ditumbuk- kite gune 2 tin kecik sardin in oil
  • 1 1/2 tin santan pekat
  • 1 s/k kerisik
  • 2 s/b udang kering ] tumbuk
  • 1 keping asam keping
  • sedikit belacan/kuib bilis
  • sedikit gula melaka dan garam secukupnya
  1. Masak santan pekat sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan lada giling dan bahan mesin. Biar sehingga naik bau.
  3. Masukkan udang kering, gula melaka, asam keping, belacan,ikan dan air secukupnya .
  4. Biar mendidih dan menjadi pekat.
  5. Hidang bersama ulam-ulaman, limau nipis, sambal lada(lada giling+sedikit belacan) dan laksa beras (spaghetti pon sedap gak.hehe).
  6. Bahan Ulaman [hiris halus]-bunga kantan,kacang panjang,taugeh,kubis,timun,daun kemangi/selasih/kesum.

Spaghetti Daging

Sphagetti Daging

Kali ni masak spagetti yg rengkas nie je. Masakan2 omputih nie kite tak reti sangat… yg nie pon sebab mudah jer nak membuatnye.. kawan dr Bangladesh yg ajarkan. Resipi pun cam biasa2 jer cuma di tambah cumin time tumis tu. Sedap juga rupanya goreng spaghetti pakai cumin. And cili, ofkos la ade kan… mujur tak buat sambal belacan jer. heheh. Yg kurus tinggi lampai kat bucu meja tuh, jus oren… kongsi2, jgn berebut ye πŸ˜€

Resipi Spaghetti Daging

  • Spaghetti utk 2 orang-direbus dengan sedikit minyak dan kiub pati lembu/ayam
  • daging dipotong nipis2-kite gune daging kebab
  • dua ulas bawang putih dihiris
  • sedikit bawang besar dipotong dadu
  • sedikit sayur campur/lobak
  • 3-4 biji cili padi dipotong
  • 1 sudu kecil jintan-kite guna jintan putih/cumin
  • 1-2 sudu besar kicap cair-boleh ubah ikut kegemaran
  • garam dan sedikit stok pati lembu
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
  2. Tumis jintan hingga naik bau. Masukkan bawang dan cili. Tumis lagi hingga layu.
  3. Masukkan daging dan goreng hingga daging masak dan airnya kering. Kalau guna daging kebab yg dah masak, boleh goreng sekejap saje.
  4. Masukkan kicap, garam dan sedikit stok pati lembu. Kacau sekejap.
  5. Masukkan spaghetti yg dah ditoskan tadi. Gaul rata dan hidangkan πŸ™‚

Mee udang & Lai Chi Kang

Mee UdangDua tiga kucingorengemuk berlari,

Mari, makan mee… πŸ˜€

Nie terkena sindrom pantun lepas mengintai kat umah Kak Fae. Tp panton fendek jer lah. heheh πŸ˜€ Kali neh mee nye sudah nampak.. tak menyorok lagi dah… Jemput lah makan semua, kalau agak2 tercekik ekor udang ke, amek ler air lai chi kam tuh yer.. sile2 πŸ™‚

To Lee Lin: Kite gune nama blog Lin neh.. jgn mintak komisen ye.. siap bubuh link lagi tuh. πŸ˜€

Mee Udang-resipi dari Mesra.Net kiriman Ku Izminda

  • 1 kati mi kuning (kite guna spagetti jer)
  • Β½ kati udang basah – bersaiz sederhana
  • 10 tangkai cili kering – dikisar
  • 2 biji bawang besar} kisar
  • 2 ulas bawang putih} kisar
  • Sedikit belacan } kisar
  • 3 camca teh sos cili
  • 3 camca teh sos tomato
  • Β½ sudu teh gula pasir 4 batang sawi
  • Β½ kati taugeh
  • 2 pokok daun bawang
  • 2 tangkai daun sup
  • 5 biji tahu – goreng dan potong empat segi sederhana nipis.
  • 5 biji cili masak
  • Limau kasturi
  • Sedikit bawang goreng
  1. Rebus udang basah terlebih dahulu. Kemudian toskan airnya asingkan ketepi. Ambil kepala udang dan kisar. Kemudian ambil air kepala udang tadi satukan dengan air rebusan yg sedia ada.
  2. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar seperti bawang merah/putih/belacan.
  3. Setelah naik wanginya masukan air rebusan udang yang telah disimpan tadi.
  4. Masukkan sos cili/tomato, garam, gula dan serbuk perasa.
  5. Untuk sayuran tadi sawi dan taugeh hendak lah dicelur terlebih dahulu. Begitu juga dengan mi kuning.
  6. Setelah selesai semuanya hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang, hirisan tahu goreng dan daun sup. Perahkan limau kasturi.

Lai Chi KangKite jadik tukang bancuh air Lai Chi Kam neh jer… bahan2 guna ape yg ade je, dried fruits, kismis, tropical fruits dalam tin, dan tak ketinggalan yg ala2 terapong tak terapong tuh, almond hancuss…Β  πŸ˜€


RSS Blogresipi

  • An error has occurred; the feed is probably down. Try again later.

About

Unknown's avatarWelcome To Blog Resipi! It's about food and so much more! Feel free to comment and give your suggestions.

I've been posting dearly awards and gifts from all of you at Candies. Thanks very much ya.

Please visit my other blog too. MrMrsFaiz is daily blog about us living in Kuopio, Finland.

For those living in Bukit Mertajam, you are welcome to our family's Spread Link Cyber Cafe. It is opposite of Kolej Komuniti Bukit Mertajam.

Last but not least, come and visit YouthSays. You could earn some money by answering surveys. :)

Have a very lovely day!

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 29 other subscribers

Flickr Photos

May 2026
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Kunjungan

  • 228,690 pelawat
wordpress counter

Design a site like this with WordPress.com
Get started