π²πππππ π²ππππππππππ π»ππ ππ π©πππππππ π³πππ?
Apa itu erti π²ππππππππππ?
Get Senja Unguβs stories inΒ yourΒ inbox
Join Medium for free to get updates fromΒ thisΒ writer.
Erti bahagia ialah merasakan hangatnya di hati, dan senyuman ikhlas yang terukir di bibir kita.
Tetapi,
kenapa ia tidak bertahan dengan lebih lama lagi? Adakah kebahagiaan perlu ditukar dengan sesuatu yang berharga di antara kita?
Bolehkah kebahagiaan itu dirasai sebelum menghadapi sesuatu bencana yang akan datang pada waktu yang tidak diketahui?
Apa yang perlu dikorbankan supaya kita boleh merasai kebahagiaan itu lebih lama lagi?
Jika ia mesti ditukar dengan nyawa, maka aku rela merasai kebahagiaan sesaat sebelum menghembuskan nafas terakhir di dunia ini.
Jika ia mesti ditukar dengan masa, maka aku akan berikan segala waktuku semata-mata untuk menikmati apa yang dipanggil erti kebahagiaan itu.
Mungkin, kebahagiaan sebenarnya adalah tentang menikmati apa yang kita miliki sekarangβββwalaupun kita tahu ia mungkin berakhir dengan hal yang tidak disangka-sangka.
Harapnya, walaupun kita sedang terbeban dengan masalah yang seakan-akan mahu menghabiskan diri, kita masih boleh merasakan dan menghargai apa itu erti bahagia.
Β ~ Senja Ungu ~






