π²ππ, π¨ππ π«ππ πΎππππ
Aku hanyalah menganggap pertemuan kita hanyalah sekadar berkenalan, dan tidak lebih dari itu.
Tetapi aku tidak menyangka bahawa takdir akan menyatukan kita semula.
Ternyata hubungan sementara itu mampu dipertahankan sehingga hari ini.
Orang sepertimu kadang jarang ditemui β
seperti masa yang berlalu tanpa disedari, dan baru akan dihargai setelah menyadari ia telah berlalu pergi tanpa berputar kembali.
Jarang menjumpai orang yang tidak mencampur tangan dalam masalah hidup seseorang.
Get Senja Unguβs stories inΒ yourΒ inbox
Join Medium for free to get updates fromΒ thisΒ writer.
Kau seorang yang tahu di mana batasan dalam sesuatu perkara.
Walaupun kau kadangkala sukar mengawal emosi,
dan berterus terang dengan apa yang kau pendam di dalam hati β
namun itu jauh lebih baik daripada sekadar memendam perasaan seorang diri.
Perkara itulah yang membuatkan aku seperti benar-benar mengenalimu.
Walaupun dunia terasa kejam,
dan membebani bahu kita dengan beban yang berat,
aku berharap kau tidak akan menyerah kalah menghadapi segalanya.
Suatu hari nanti, kau pasti akan bertemu dengan seseorang yang akan menolongmu, memberimu semangat, dan sentiasa berada di sisimu.
Semoga orang itu benar-benar menghargaimu,
seperti mana kau sendiri mahu dihargai.
Carilah orang yang tepat, dan jangan pernah menyerah sehingga kau berjumpa dengan mereka yang benar-benar ditakdirkan untukmu.
~ Senja Ungu ~







