Appcoins Logo AppBeli dalam aplikasi dengan Aptoide Wallet
Mobile Legends: Bang Bang Icon
Appcoins Logo App

Mobile Legends

Bang Bang

Youngjoy Technology Limited
Trustable Ranking IconAplikasi Rasmi
Muat turun100M+
Penilaian4.18
Saiz197MB
UmurAge ratingPEGI-16
Versi Android5.1+
Muat turun
Mobile Legends: Bang Bang for Android — screenshot 1 of 6Mobile Legends: Bang Bang for Android — screenshot 2 of 6Mobile Legends: Bang Bang for Android — screenshot 3 of 6Mobile Legends: Bang Bang for Android — screenshot 4 of 6Mobile Legends: Bang Bang for Android — screenshot 5 of 6Mobile Legends: Bang Bang for Android — screenshot 6 of 6
ButiranUlasanFAQVersiMaklumat

Perihal Mobile Legends: Bang Bang

By Youngjoy Technology LimitedOfficial app, verified by Aptoide

Sertai rakan dalam Mobile Legends: Bang Bang, sebuah MOBA 5V5 serba-baharu dan melawan pemain sebenar! Pilih wira kegemaran dan bentuk pasukan yang sempurna dengan rakan! Pemadanan 10-saat, pertempuran 10-minit. Dimulai dengan penguasaan laluan, disertai perburuan, diikuti mengerah pasukan maju ke hadapan, seterusnya pertempuran berpasukan, semua aspek menyeronokkan dalam MOBA dan permainan aksi di komputer kesemuanya di tapak tangan anda! Ayuh nyalakan semangat e-Sukan anda!


Mobile Legends Bang Bang, sebuah permainan MOBA mengagumkan di peranti mudah alih. Atasi dan tumbangkan pihak lawan bersama rakan dan capailah kemenangan mutlak!


Peranti mudah alih anda dahagakan pertempuran!


Ciri-Ciri:


1. Peta MOBA Klasik, Pertempuran 5v5

Pertempuran masa nyata 5v5 menentang pemain sebenar. 3 laluan utama, 4 kawasan hutan, 2 makhluk bos, 18 menara pertahanan, dan pertarungan tanpa henti, kesemua yang terkandung dalam MOBA klasik ada di sini!


2. Menang Dengan Kerjasama Pasukan & Strategi

Halang setiap kerosakan, kawal pihak musuh, dan pulihkan rakan sepasukan! Pilih dari Tank, Mage, Marksman, Assassin, Support, dan lain-lain untuk melengkapkan pasukan dan menjadi MVP dalam perlawanan! Wira baharu juga dilancarkan secara berterusan.


3. Perlawanan Yang Adil, Pimpin Pasukan Menuju Kemenangan

Seperti MOBA klasik lain, tiada latihan wira diperlukan atau bayaran untuk sebarang kelebihan. Teknik dan strategi adalah segalanya untuk memenangi perlawanan di platform yang adil dan seimbang ini. Main Untuk Menang, bukannya Bayar Untuk Menang.


4. Kawalan Ringkas, Mudah Untuk Dikuasai

Butang kawalan arah di sebelah kiri dan butang teknik di sebelah kanan, hanya 2 jari yang diperlukan untuk menjadi pemain handalan! Sistem penguncian automatik dan penukaran sasaran membolehkan anda melakukan serangan akhir mengikut kemahuan anda. Tambahan, sistem beli-dan-guna membolehkan anda membeli kelengkapan di mana-mana sahaja di atas peta, justeru anda boleh terus fokus menghadapi kehangatan pertempuran!


5. Pemadanan 10 Saat, Perlawanan 10 Minit

Pemadanan perlawanan hanya mengambil masa 10 Saat. Sesebuah perlawanan hanya memerlukan masa 10 minit. Tinggalkan fasa peningkatan tahap di awal permainan yang lengang, dan teruskan langkahan menuju pertempuran sengit. Masa penantian membosankan dan pengumpulan sumber yang lebih singkat, manakala lebih banyak detik mencemaskan jiwa dan kemenangan yang mengujakan. Tanpa mengira tempat dan masa, ambil telefon bimbit, lancarkan permainan, dan selami sepenuhnya diri anda ke dalam persaingan MOBA yang mendebarkan.


6. Bantuan AI Luar Talian Pintar

Jaringan rangkaian tidak stabil membuatkan pasukan anda menderita ketika berhadapan perlawanan sengit, namun dengan sistem penyambungan semula Mobile Legends: Bang Bang yang hebat, anda mampu kembali beraksi semula dalam beberapa saat. Ketika anda berada di luar talian, sistem AI kami akan mengambil-alih watak anda buat sementara waktu bagi mengelakkan situasi 4 lawan 5.


SILA AMBIL PERHATIAN! Walaupun Mobile Legends: Bang Bang merupakan sebuah permainan yang percuma untuk dimuat-turun dan dimainkan, namun sesetengah barangan dalam permainan boleh dibeli menggunakan wang sebenar. Jika anda mahu menggunakan fungsi ini, sila tetapkan perlindungan kata laluan pembelian di Google Play Store. Selain itu, berpandukan Terma Perkhidmatan dan Polisi Privasi kami, anda perlu berumur sekurang-kurangnya 12 tahun untuk bermain atau memuat-turun Mobile Legends: Bang Bang.


Hubungi Kami

Anda boleh menghubungi khidmat pelanggan melalui butang [Hubungi Kami] dalam permainan untuk menyelesaikan masalah yang anda hadapi ketika sedang bermain. Anda juga boleh mencari kami di platform berikut. Kami mengalu-alukan sebarang pendapat dan cadangan berkaitan Mobile Legends: Bang Bang.


Emel Khidmat Pelanggan: mobilelegendsgame@moonton.com

Instagram: @mobilelegendsgame

YouTube: https://www.youtube.com/c/MobileLegends5v5MOBA

Mobile Legends: Bang Bang - Versi 22.2.16.12321

(16-09-2026)
Versi lain
Apa yang baru1. Ulang Tahun ke-10 Wira Diperbaharui: Wild-oats Fist - Masha dan The Protector - Bruno kini tersedia.2. S42 akan bermula pada 16/09 00:00:00 (Masa Server). Selesaikan perlawanan Ranked untuk menuntut ganjaran, termasuk Skin Bermusim S42: Popol dan Kupa "Flamehide Thane" dan Bingkai Avatar S42 "Starward Decade".3. Ciri Kad Nama dinaik taraf sepenuhnya.

Ulasan dan rating ini diberikan oleh pengguna aplikasi Aptoide. Untuk memberikan pandangan anda, sila pasang Aptoide.

4.18
6320 Reviews
5
4
3
2
1

Ulasan Pengguna tentang Mobile Legends: Bang Bang

User avatar
461 days
hyrhrhrhrhhrhrhrhhrhr hthtu

Bagaimana nak muat turun APK Mobile Legends?

Untuk muat turun Mobile Legends pada peranti Android anda, hanya perlu ketik butang Muat Turun di atas dan ikut langkah mudah yang diberikan. Pada sesetengah peranti Android, anda mungkin perlu beri kebenaran khas kepada gedung aplikasi Aptoide untuk memasang aplikasi dari sumber tidak diketahui. Biasanya, kebenaran ini akan diminta apabila anda cuba memasang aplikasi tetapi, kadangkala, anda perlu ke tetapan Android dan beri kebenaran secara manual.

Percuma ke Mobile Legends ini?

Muat turun dan main Mobile Legends adalah percuma sepenuhnya! Anda tak perlu bayar apa-apa untuk menikmati pertarungan terbaik dalam Mobile Legends kerana MOBA hebat ini sedia untuk semua muat turun pada peranti Android tanpa caj. Anda akan jumpa pembelian dalam aplikasi dalam Mobile Legends: Bang Bang, tapi jangan risau, kami dah sediakan bonus untuk anda! Versi Mobile Legends di Aptoide menawarkan bonus pada setiap pembelian.

Berapa jumlah saiz Mobile Legends?

APK Mobile Legends: Bang Bang bersaiz 136.5 MB dan ini menjadikannya antara MOBA paling ringan yang tersedia untuk peranti Android. Anda pasti terkejut dengan kualiti grafik, lakonan suara, dan pengalaman permainan dalam permainan Android bersaiz kecil ini. Kita semua pemain Android memang pentingkan ruang di peranti, dan yang terbaik, kita tak perlu kosongkan ruang di peranti kita untuk memasangnya.

Mengapa Mobile Legends amat popular?

Mobile Legends ialah salah satu permainan paling popular di dunia! Sistem padanan 10 saat dan mod pertarungan 10 minit membolehkan pemain sebenar dari seluruh dunia menikmati pertempuran pantas bila-bila masa. Lebih menarik lagi, Mobile Legends: Bang Bang menampilkan 4 kawasan rimba, 3 lorong, 2 bos, 18 menara pertahanan dan pelbagai jenis karakter seperti Tank, Mage, Assassin atau Marksman.

Versi Terkini Mobile Legends: Bang Bang

Mobile Legends: Bang Bang icon
22.2.16.12321Trust Icon Versions
16/9/2026
100M Muat turun197 MB Saiz
Muat turun
Aptoide home page
Aptoide ialah gedung aplikasi dan platform agihan yang pantas berkembang di dunia. Kami ialah platform global untuk bakal global. Anda mahukan segalanya?
Englisharrow icon
facebook Social Icon
x Social Icon
instagram Social Icon
youtube Social Icon
linkedin Social Icon
tiktok Social Icon
discord Social Icon
©2026 APTOIDE.COM. Hak cipta terpelihara