Panduan Pengguna Apple Watch
- Selamat Datang
- Baharu dalam watchOS 27
- Apple Watch untuk Anak Anda
- Berlari dengan Apple Watch
-
- Penggera
- App Store
- Buku Audio
- Oksigen Darah
- Kalkulator
- Kalendar
- Remote Kamera
- Kenalan
- ECG
- Rumah
- Ubat
- Memoji
- Pengecaman Muzik
- News
- Bunyi
- Nota
- Kini Dimainkan
- Podcast
- Kesediaan
- Peringatan
- Remote
- Pintasan
- Siren
- Saham
- Jam Randik
- Pasang Surut
- Pemasa
- Petua
- Terjemah
- Tanda Vital
- Memo Suara
- Cuaca
- Jam Dunia
-
- Maklumat keselamatan penting
- Maklumat pengendalian penting
- Cari lebih sumber untuk perisian dan perkhidmatan
- Pengubahsuaian watchOS yang tidak dibenarkan
- Maklumat penjagaan tali
- Pernyataan pematuhan FCC
- Pernyataan pematuhan ISED Kanada
- Maklumat Jalur Ultralebar
- Maklumat pembuangan dan kitar semula
- Apple dan persekitaran
- Hak cipta dan tanda dagangan
Gunakan Zum pada Apple Watch
Gunakan Zum untuk membesarkan apa yang terpapar pada Apple Watch.
Aktifkan Zum
Pergi ke app Seting
pada Apple Watch anda.
Pergi ke Kebolehcapaian > Zum, kemudian aktifkan Zum.
Anda juga boleh menggunakan iPhone anda untuk mengaktifkan Zum untuk Apple Watch anda—pergi ke app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, ketik Kebolehcapaian, kemudian ketik Zum. Anda juga boleh menggunakan Pintasan Kebolehcapaian.
Mengawal Zum
Apabila anda mengaktifkan Zum, anda boleh melakukan tindakan ini pada Apple Watch anda.
Zum masuk atau keluar: Dwiketik paparan Apple Watch dengan dua jari.
Petua: Dwiketik dengan dua jari semasa menyediakan Apple Watch anda untuk melihat dengan lebih jelas.
Bergerak di sekitar (sorot): Seret paparan dengan dua jari. Anda juga dapat putar Digital Crown untuk menyorot seluruh halaman, kiri-kanan dan atas-bawah. Butang Zum kecil yang kelihatan menunjukkan di mana anda berada pada halaman tersebut.
Gunakan Digital Crown seperti biasa dan bukan menyorot: Ketik paparan sekali dengan dua jari untuk menukar antara menggunakan Digital Crown untuk sorot dan menggunakan Digital Crown sebagaimana ia berfungsi tanpa aktifkan Zum (sebagai contoh, skrol senarai atau zum peta).
Laraskan pembesaran: Dwiketik dan tahan dengan dua jari, kemudian seret jari anda ke atas atau bawah pada paparan. Untuk mengehadkan pembesaran, ketik butang tambah atau tolak pada gelangsar Paras Zum Maksimum.
Anda boleh menggunakan gerak isyarat tangan berbanding ketikan untuk mengawal Zum. Pergi ke app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, kemudian pergi ke Kebolehcapaian > Zum > Gerak Isyarat Tangan. Aktifkan Gerak Isyarat Tangan, kemudian gunakan gerak isyarat termasuk genggam, genggam dua kali, ketik dan ketik dua kali.
Nota: Gerak isyarat ketik dua kali universal tidak tersedia apabila anda mengaktifkan Gerak Isyarat Tangan untuk Zum.