CAAM mengesahkan insiden melibatkan pesawat Malaysia Airlines di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar selepas tayar pesawat pecah, menyebabkan penerbangan ke KLIA dibatalkan. Semua penumpang dan kru dilaporkan selamat.
00:00Seterusnya, Pak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia, CAM, mengesahkan satu insiden melibatkan pesawat Malaysia Airlines Berhad di lapangan terbang Sultan Abdul Halim pada jam 3.41 petang semalam.
00:11Menurut CAM, pesawat Boeing 737 bernombor pendaftaran 9M MXH yang dijadualkan berlepas ke lapangan terbang antara bangsa Kuala Lumpur tidak dapat meneruskan penerbangan selepas mengalami masalah tayar pecah.
00:24Menurut CAM, dalam satu hantaran di Facebook, kesemua penumpang dan kru dilaporkan selamat dan keluar daripada pesawat.
00:33Dan sementara itu, Malaysia Airports Holdings Berhad, MAHB, memaklumkan landasan lapangan terbang berkenaan dibuka semula jam 7.30 malam selepas pemeriksaan keselamatan oleh CAAM selesai dijalankan.
00:45MAHB turut memaklumkan operasi penerbangan di lapangan terbang tersebut kini kembali berjalan seperti biasa.
Be the first to comment