Skip to playerSkip to main content
Pengusaha restoran mengaku tidak bersalah langgar doktor

Seorang pengusaha restoran makanan barat mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang doktor pada Disember lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohamad Rosli.

Khor Wei Yeak, 32 membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pada Rabu.

Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #BukitMertajam #Restoran #Doktor
Transcript
00:00Seorang pengusaha restoran Makanan Barat mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang doktor pada Disember lalu.
00:11Kor Wei Yak, 32 tahun, membuat pengakuan itu di hadapan Magistret Nurul Rashidah Muhammad Akid di Mahkamah Magistret Bukit Mertajam pada Rabu.
00:20Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja telah menyebabkan cedera ke atas Al-Avinash, 32 tahun, dengan melanggar menggunakan sebuah kereta.
00:30Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Lorong Ketiga Identifikasi Frekuensi Radio RFID Tol Plaza Perai pada jam 11.30 malam 28 Disember lalu.
00:42Oleh demikian, tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.
00:57Kes dikendalikan timbalan pendakwa raya Siti Nur Amalina Harun manakala tertuduh diwakili Peguam Si Hari Prasad Rau.
01:05Siti Nur Amalina menawarkan jaminan RM8,000 kepada tertuduh namun Hari Prasad memohon jaminan dikurangkan berikutan anak guamnya mempunyai tanggungan keluarga.
01:17Nurul Rashidah kemudiannya menetapkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan menangguhkan kes sehingga 4 Mac ini untuk laporan perubatan serta serahan dokumen.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended