Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Dianggarkan 3.2 tan sampah di Bukit Bintang, Dataran Merdeka dan sekitar Menara Berkembar Petronas KLCC dikutip Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) pasca sambutan Ambang Tahun Baharu 2026.
Transcript
00:00Baiklah, dianggarkan 32 tan sampah di Bukit Bintang, Dataran Merdeka dan sekitar menara berkembar Petronas KLCC dikutip Alam Flora Senjian Berhad atau Alam Flora pasca sambutan ambang tahun baru 2026.
00:15Jumlah itu mencatatkan pengurangan dari tahun ke tahun berbanding 36 tan yang direkodkan pada 2025 iaitu kira-kira 11%.
00:25Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Syariman Yusuf Mohamad Zin berkata, operasi pemersiahan bermula jam 10 malam pada malam tahun baru dan berakhir jam 8 pagi Khamis demi memastikan bandar raya kembali bersih.
00:41Katanya KLCC mencatatkan jumlah kutipan sampah tertinggi iaitu 1.4 tan diikuti 1 tan di Bukit Bintang dan 0.8 tan di Dataran Merdeka.
00:54Bagi memastikan kelancaran operasi, katanya seramai 152 anggota kerja digerakkan merangkumi kakitangan pengurusan, pasukan pra-pembersihan, pemandu dan pekerja am di tiga lokasi utama ini.
01:08Syariman Yusuf turut memberitahu tiga unit lori kompakter digunakan bagi menyokong operasi kutipan sisa pepejal serta pancuran air bertekanan tinggi untuk membersihkan kaki lima khususnya di kawasan tumpuan ramai.
01:22Tambah beliau sebanyak 36 unit tong sampah mudah alih berkapasiti 660 liter dan 25 unit dengan kapasiti 240 liter ditempatkan di lokasi strategik bagi memudahkan usaha pelupusan sampah yang lebih teratur.
01:38Terima kasih telah menonton!
01:40Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended