Skip to playerSkip to main content
  • 5 days ago
Rusia menuduh Ukraine berada di sebalik serangan dron ke atas sebuah hotel di wilayah Kherson selatan Ukraine yang dikuasai Moscow, mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang yang sedang meraikan Tahun Baharu, sambil mendakwa tindakan itu menjejaskan usaha damai.
Transcript
00:00Rusia menuduh Ukraine dalam disebalik serangan drone ke atas sebuah hotel di wilayah Khaesan, keselatan Ukraine yang dikuasai Moskow mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang yang sedang meraihkan tahun baru. Moskow turut mendakwa tindakan itu menjejaskan usaha damai diusahakan sekarang.
00:18Tuduhan itu dibuat ketika saat kritikal selepas beberapa minggu usaha diplomatik berjalan bagi menamatkan perang hampir empat tahun.
00:27Serangan itu juga menyusul ketika Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky mengakui hanya berbaki 10% sahaja lagi negaranya bersetuju untuk mencapai perjanjian damai.
00:36Puluhan ribu orang terbunuh, wilayah timur Ukraine musnah dan jutaan penduduk terpaksa meninggalkan kediaman sejak Rusia melancarkan serangan berskala penuh pada 2022.
00:45Menurut Gubernur Wilayah Kershon yang dilantik Rusia Vladimir Sado, pihak musuh melancarkan tiga serangan drone yang mengenai sebuah cafe dan hotel di kawasan pantai Laut Hitam di Koli ketika orang awam sedang menyambut tahun baru.
01:00Gambar yang dimuat naik Sado di telegram menunjukkan bangunan hangus terbakar, runtuhan yang masih berasap serta mayat-mayat rentung.
01:08Kiev setakat ini belum memberi sebarang komen berhubung dawaan tersebut.
01:11Ceratan Kuasa Penyiasatan Rusia memaklumkan sasatan telah dibuka terhadap serangan yang didakwa, mengorbankan lebih dua penyawa dan mencederakan ramai lagi.
01:20Sado turut mendakwa lebih 100 orang berada di hotel berkenaan pada malam kejadian.
01:25Kementerian Luar Rusia menyifatkan serangan itu sebagai tindakan pengganas, menggesa pertubuhan antarabangsa mengecam dan memberi amaran kepada Ukraine tentang akibat sewajarnya.
01:33Rusia juga menuduh pihak berkuasa Ukraine secara sengaja mensabotaj sebarang usaha untuk mencari penyelesaian damai kepada konflik.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended