“Assalamualaikum…..sedikit untuk kupu-kupu syurga”….Mesej yang diterima mama membuatkan mama terkedu seketika. Tiba-tiba mama menangis lagi. Mama tak sangka sahabat lama mama begitu mulia hatinya. Mama sendiri dah lupa, entah bila mama pernah memberikan nombor akaun padanya sebab dah agak lama kami tidak bertemu. Pernah bertemu sekali tahun lepas, selepas itu memang tidak berkesempatan bertemu walaupun tidaklah jauh mana kalau mahu bersua. Memang satu sikap mama yang payah mahu dikikis ialah tak berapa pandai nak telefon orang dan tak berapa pandai nak bertandang ke rumah teman-teman. Bukanlah kerana sombong atau tak ingat tapi agaknya didikan abah terlalu berbekas hingga ke hari ini. Abah dulu memang tak bagi anak-anaknya ke rumah kawan-kawan tetapi rumah sentiasa terbuka untuk kawan-kawan datang. Sampai ke tua terbawa-bawa. Mudah-mudahan tiada yang akan salah faham dengan situasi mama ni….
Berbalik cerita sahabat mama ni, selepas tangis mama reda….mama buka akaun. Subhanallah!!!! Bukan sedikit juga hadiahnya buat Haziq….Mama menarik nafas lega kerana kebetulan mama dalam proses menempah incline track untuk Haziq. Harganya RM650, mama dah bayar separuh. Justeru, sumbangan tersebut mama akan gunakan untuk pembiayaan sebahagian kos incline track tersebut. Alhamdulillah!!!!!Mudah-mudahan Allah ganjarkan balasan yang setimpal dengan kebajikan yang telah diberikan untuk Aiman Haziq…..Masih ada insan yang mulia di antara kita. Mama tak mampu membalas dengan harta. Apa yang mama mampu, hanya doa agar sahabat mama itu akan diberkati dalam setiap hela nafasnya, dalam setiap detik perjalanan hidupnya sehingga ke syurga…..Masih ada yang sayang rupa-rupanya…………………….