Memaparkan catatan dengan label Roti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Roti. Papar semua catatan

Isnin, 20 Disember 2010

ROTI GULUNG SOSEJ

Roti Gulung Sosej

Assalamualaikum semua...jum kita tengok apa perlu dibuat dengan roti yang masih banyak kat umah tapi dah expired..sebelum tu pastikan roti tu selamat disimpan dalam peti untuk mengelakkan kulat. Biasanya kalau roti kat umah ni hampir lupus tarikh, cepat2 masukkan dalam peti dan ubahsuailah supaya bersemangat sikit nak makan...jangan bazir2. Kalau dah modipied macam ni memang habis dimakan anak2..simple je janji ada sosej dan juga serbuk roti. Serbuk roti mengelakkan roti berminyak semasa digoreng dan juga lebih rangup. Amacam boleh dibuat untuk sarapan pagi esok ke? jum layan resepi ..mudah dan simple..






Bahan-bahan:

5 keping roti sandwich
5 batang sosej ayamas
1 biji telur
1/2 cambt garam halus
3 camb serbuk roti
minyak untuk menggoreng
sos cili


Langkah-langkah membuat:

  • Roti digelek sedikit untuk memudahkan menggulung.
  • Letakkan sosej atas roti dan gulung kemas.
  • Pukul telur dengan garpu dan bubuh garam.
  • Celupkan roti gulung tadi ke dalam telur dan gulingkan diatas serbuk roti.
  • Goreng dalam minyak panas. Perlahankan api.
  • Angkat apabila roti telah garing dan toskan.
  • Hidang bersama dengan sos cili.



Catatan:

Keping roti dilekatkan dengan menyapu telur ditepi roti. Selamat mencuba....



Ahad, 2 Mei 2010

~ Roti Telur Bersalad ~

Salam semua, cuti ni kalau kita pergi kenduri mesti ada buah tangan di bawa balik. Walaupun telur pengantin dah mula kurang diberi sebab diganti dengan titipan lain ..namun masih ramai juga yang mengekalkan budaya ni..Bagi akak lebih suka dapat telur dari benda lain. Namun kalau dulu berebut-rebut nak makan telur tapi sekarang ni telur tak mahu pulak dimakan oleh anak-anak....apa lagi makeover je lah telur pengantin ni supaya tidak membazir dan yang paling penting habis dimakan ....

Kebetulan akak diminta masak untuk hidangan pengantin semalam. Lebihan salad, karrot dan timun yang dah berpotong perkara biasa.. Untuk mengelakan pembaziran, gunakan lebihan ni semua dan hancurkan telur. Tambah mayonis dan sos cili untuk menyedapkan lagi roti telur ni.. Kenyang.. Anak sorang tu siMat tak makan tengahari dah sebab 3 set roti dah selesai dikerjakannya...


Bahan-bahan:
6 keping roti sandwich
2 biji telur rebus
2 helai salad
4 keping timun
4 keping karrot
garam halus & lada sulah
mayonis & sos cili
langkah-langkah membuat :
  • Hancurkan telur rebus dengan garpu dan campurkan lada sulah dan garam halus
  • sapu sedikit butter ke atas kepingan roti ( kalau tak ade pun ok )
  • Susun daun salad atas roti
  • Bubuh telur hancur tadi dan ratakan.
  • Susun kepingan timun dan karrot atas sekali.
  • Letak mayonis dan sos cili .
  • Tutup dengan roti semula .
  • Sedia untuk dimakan.

Satu resepi yang mudah tapi lengkap dengan zat makanan..yang penting sayur-sayuran itu boleh dimakan sekali oleh anak.. kaau tidak jangan harap nak makan sayur..cubalah ya.sesuai juge untuk dibekalkan ke sekolah..okeh bai-bai ..teruskan memasak untuk keluarga !


Jumaat, 26 Februari 2010

Roti Murtabak Goreng

Salam pagi sabtu ....harap sihat semuanya untuk meneruskan agenda hari ini........
Pagi sabtu ni makan apa? Ni nak kongsi satu resepi yang diperolehi dari seorang rakan sekerja ..Yushida ...saja nak interprame namanya kat sini..lain kali senang nak kongsi resepi dengannya..hehehee..ala bukannya apa satu penghargaan pada kekawan kita yang sudi berkongsi apa saje yang baik untuk kebaikan kita semua...betul tak.... Resepi ni menurut kawanku ini dipelajari dari keluarga neneknya yang satu masa dulu pernah jadi tukang masak di istana ......... .Makanan ini dihidang untuk minuman pagi..Tapi kalau tak pagi pun kita boleh masak untuk petang atau malam ...sesuai juga sebab kandunganya dah lengkap dengan semua zat makanan yang kita perlukan. Akak suka masak benda2 macam ni untuk anak2 sebab faktor sayur ..kalau dimasak gaya ni semua ditibainya ..kalau tak ..bergaduh suruh makan sayur...Kalau dulu masa kami kecik2 semua jenis sayur kami tibai..masalahnya budak sekarang tak taulah kenapa ..yang pasti bukan salah ibu mengandung.... Okl anjang pulak sesi bercerita ni, apa kata cuba je resepi ni ..senang sesangat ..humban je dalam kuali semuanya dan makan terus ..bawak bekal untuk anak ke sekolah pun ok ni ....tak payah beratur panjang di kantin...(marah pulak kantin sekola ni hehehe) ok kita cuba ya...





Resepi Roti Murtabak Goreng



5 keping roti putih
2 biji telur A
1 biji tomato
1 batang carrot (kecil)
2 helai daun salad
1 labu bawang besar
secubit garam halus
secubit lada sulah
1 sudubesar butter


langkah-langkah membuat:
  1. Cairkan butter, masukkan bawang dadu - goreng sampai harum.
  2. masukkan tomato dadu. Buang isi tomato . Goreng hingga masak tomato .
  3. pecahkan telur dan masukkan . Tambah garam dan lada sulah. Jangan tunggu lama terus masukkan roti yang telah dipotong kecil. 1 keping roti potong 6 ..
  4. kacau hingga roti disalut dengan telur.
  5. Akhir sekali masukkan lobak yang disagat memanjang dan salad yang dipotong kecil.
  6. Kacau2 dan angkat. Hidangkan bersama dengan sos cili kalau nak pedas lagi...



Perhatian :
Jangan lama kacau telur. Sudah pecahkan ke dalam kuali, masukkan garam dan lada sulah. Terus masukkan roti dan kacau. Kalau tidak roti tidak bersalat dengan telur..kurang ummphhh!



Rabu, 24 Februari 2010

Roti Telur Bakar

~ Salam semua ~



Roti telur bakar dimakan dengan sos dan salad




Roti Telur Bakar





roti goreng bertelur...idea ni dicuba selepas beberapa kali memasak makaroni bakar. Tambah ada pulak roti yang berlebih2 yang tak dimakan...hampir2 nak expired tu ..sebelum terkorban lebih baik dikorbankan ..apa salahnya kita mencubakan..janji boleh dimakan dan sedap juga. satu jalan untuk anak yang tak suka makan sayur..Ahmad tak suka sayur tapi kalau jenis masakan macam ni dia sanggup makan salad tu bersama..sebab ni sanggup emaknya ikut je kehendaknya asalkan sayur selamat dimakan...







Gambar atas ni baru habis dibakar..kalau nak wangi tabur je daun basil dan lada hitam....ynag nampak kemerahan tu keju mozarellah yang biasa diguna untuk pizza dan makaroni bakar.. Disebabkan memang ada lebih , parutkan je dan tabur atas permukaan roti ....Roti ni hampir masak , menggelembung dalam tin tu..naik tinggi .Buka pintu oven , biarkan dulu oven 5 minit baru dikeluarkan dari oven.




Adunan roti bertelur sebelum dibakar. Roti dipotong 4 . Carrot disagat, tomato dan bawang didadu. Masukkan semua ke dalam peti tin. Pecahkan telur, bubuh lada sulah dan garam. Kacau dan curahkan ke dalam peti tin . Kemudian masukkan susu segar. Gaul biar rata. Taburkan lada hitam dan daun basil. Sagat keju dan bakar 180 C selama 30 minit. Resepi di bawah..boleh diubahsuai mengikut bahan yang ada dan selera sendiri....mesti menjadi ....



Resepi


1 buku roti putih

5 biji telur

1 biji tomato

1 batang carrot

1 labu bawang besar

2 cawan susu segar

sedikit mozarela keju

serbuk lada hitam

daun basil / oregano


~Selamat mencuba ~