Memaparkan catatan dengan label ayam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ayam. Papar semua catatan

Sabtu, 2 Julai 2011

Ayam Panggang Ala Oriental

Assalamualaikum


Baru-baru ni sempena hari Koperasi Sekolah, kami memanggang ayam untuk jualan . Sambutan ke atas ayam panggang membuat kami kelamkabut..dahlah memanggang atas bara api..huhhhhh..tapi cukup menyeronokkan. Idea nak memanggang ayam ni kawan akak yang bagi YUSHIDA...resepi ayam ni beliau yang beri nama oriental sebab bahan-bahan yang digunakan herba lama dan juga baru...respon dari kekawan amat menggalakkan.. dan ramailah yang meminta resepi .....percuma je...tapi ayam panggang kenalah bayar hihihi....ini kali ke2 akak bakar untuk makan2 sebab bakar pada hari koperasi seketui pun tak merasa...tengok resepi. Sukatannya anggarkan saja.... Akak tak berkesempatan nak tulis sukatan..bila2 free akak update semula...




Bahan-bahan : Ayam , bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, serai dikisar dan dicampurkan dengan rempah ayam dan lada serbuk. Gaul dengan ayam dan bubuh garam, madu ( gula perang), sos tiram, sos lada hitam dan sos barbaque . Perap semalaman. Panggang atas bara api atau bakar dalam oven atau dalam pan. Hidang bersama dengan sos lada hitam.


Untuk sos lada hitamnya itu , masakkan sedikit air hingga mendidih. Masukkan sos lada hitam dan sos barbaque , garam dan masakkan hingga mendidih. Masukkan lada hitam serbuk kasar dan tepung jagung. Masakkan hingga pekat. Rasa garam. Hidangkan dengan ayam panggang dan daun salad. Jangan lupa nasi panas...atau selera anak-anak dah tentu kentang putar..

Ahad, 12 Jun 2011

Daging Ayam Rangup

Assalamualaikum


Mood dah nak hilang ni....esok mula keje dua alam balik...kerja umah dan kerja makan gaji..aduhai dah tersedap cuti 2 minggu walaupun cuti yang memanjang sibuk tapi dalam suasana yang berbeza...sibuk di tempat kerja dan sibuk diumah memang lain....camne pun nak kongsi juge tentang isi ayam yang akak masak semalam.. anak2 kalau ayam tinggal daging sesaja memang kurang laku kalau dimasak kari atau apa2 je.. tapi kalau dimasak macam ni pantang jumpa la nampaknya...sebab tu kalau membersihkan ayam, akak akan asingkan bahagian daging dan bahagian bertulang. Daging ayam boleh dimasak macam ni . dahlah senang , laku dimakan....



Senang je nak buat, daging ayam dipotong nipis dan lebar. Gaul dengan garam. Pecahkan telur dan kacau. Masukkan ke dalam daging ayam dan gaul. Celupkan ke dalam serbuk roti dan gorengkan dalam minyak yang panas. Setelah ayam dimasukkan, perlahankan api. Goreng sehingga garing. Sedap dimakan begitu saja dengan sos cili. Memang laku kalau anak2 suka makan ayam goreng macam ni. Bahannya senang je.. agak2 je sebab tu akak tak tulis secara rutin resepi ni yaa....okay jumpa kita esok insyaallah.

Jumaat, 3 Disember 2010

~ Ayam Sos Lada hitam ~

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Ayam Sos Lada Hitam
Isi ayam dipotong nipis dan lebar , sesuai dimasak macam ni...baru laku sikit..kalau digoreng besar2 kureng laku. Untuk tengahari ni akak masak je isi ayam ni campur2 ngan sayur2 yang ada. Sayur2 tu akak juge yang makan..anak2 kalau boleh nak telan ayam tu je...tak de yang special pun menu ni hanya nak kongsi di sini untuk rujukan..
ooops resepi KIV dulu..ada hal la pulak..nanti menyusul ok...







Selasa, 30 November 2010

~ Ayam Panggang Serai ~

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Ayam Panggang Serai

Pagi2 tadi round2 blog nak cari idea ..ni terjumpa kat blog HANA yang sangat rajin tuu...dapat lah idea nak masak ayam ni haa...akak memang suka sangat kalau ada teknik masak yang main campak2 je...jimat masa dan tenaga tapi hasilnya hemmm...memang sodapppp...terimakasih lah pada Hana yang sentiasa up to dated....akak pun terajinlah juge nak buat ayam panggang ni..tapi akak tak masuk oven. Bagi akak masuk oven lama la...Akak guna pan steel je..lebih cepat masak tak smpai 30 minit...pan tu tebal dan panas..kecilkan je api..tutup...memang masak..smpai kentang dan carrot tu lembut yang amat...kalau nak tengok resepi asal ..jejak blog Hana ya...lengkap sangat dah.. ni akak bubuh resepi kat bawah..dah akak ubah sikit2 bahan tu dan ada pulak yang tercicir tak masukkan...apa yang akak taip ni ikut versi akak lah ya...yang lengkapnya Hana punya...


Rujukan:hanamemories
Bahan-bahan :
1/4 ekor ayam
*2 ulas bawang putih
*3 ulas bawang merah
*2 cam halia
*2 batang serai
1 st lada hitam
2 camb kicap manis
1 camb madu
2 labu bawang besar
1 batang carrot
3 biji kentang
garam halus
butter
Langkah-langkah membuat:
  1. Kisar bahan-bahan yang bertanda *.
  2. Campurkan dengan lada hitam, garam, madu dan kicap manis.
  3. Lumurkan ke ayam hingga rata.
  4. Karrot dipotong 4 tapi bawang dan kentang hanya dibuang kulit.
  5. Gaulkan sekali dengan bahan-bahan perap tadi.
  6. Perap ayam ni semalaman atau paling kurang 3 jam sebelum dimasak.
  7. Masukkan ke dalam pan / ketuhar dan bakar.
  8. Masukkan butter dicelah2 ayam dan bakar sehingga masak.




Catatan:
Untuk resepi lengkap sila rujuk resepi asal ya. Ini versi akak ....ok selamat mencuba




Selasa, 10 Ogos 2010

AYAM MASAK ASAM



SALAM RAMADHAN ALMUBARAK ....hari pertama puasa untuk tahun 2010..harap kita semua dapat menjalani ibadat dengan sempurna..seperti biasa menu nak masak jadi tajuk hangat sepanjang bulan puasa. Kalau tak ramai boleh beli je..macam2 ditawarkan kat pasar ramadhan....hanya hulur je kepala agung tu ..tak yah pening2 macam2 dapat..Tapi kalau dah ramai dalam keluarga fikir 10 kali juge nak membeli...beli tapi kena masak juge sebab habis masa berbuka..waktu sahur nak makan apa pulak ...macamni lah meh kita masak selagi terdaya suami suka sebab duit tak banyak keluar , tenaga bini je yang keluar hihi...Jm cuba ayam masak asam ni..mudah nak buat dan sodap pulak..sebab pedas2 masam...Pernah entry sebelum ni tapi versi tu guna lada kering..yang ni semalam akak guna lada api, so warnanya tu jadi kuning pucat pulak..tapi faham2 je lah guna cili api...berdesup pedasnya tapi sodap bagi akaklah..jum layan !


Ayam Asam


Bahan - bahan
:

1 ekor ayam - potong 14
20 biji cili api
1 cm kunyit hidup
2 cm lengkuas
1 cm halia muda
1 sb asam jawa
2 batang serai
1 cekak daun kesum
6 biji terung asam (x de pun tak pe)
garam secukup rasa


langkah-langkah membuat:


  • Ayam dibersihkan dengan tepung untuk menghilang hanyir ayam
  • Tumbuk kunyit dan cili hingga lumat. Guna blend pun boleh.
  • Titik serai, lengkuas dan halia.
  • Buat air asam dari 1 sb asam jawa tadi .
  • Gaulkan ayam, bahan tumbuk dan bahan titik di dalam periuk.
  • Bubuh air asam dan tambah air menutupi ayam .
  • Jerangkan atas dapur dengan api yang perlahan. Biarkan merenih .
  • Masukkan garam dan daun kesum. Angkat setelah cukup masak dan rasa.

Bila kita jerang di atas api yang prlahan, minyak ayam akan keluar dan lada akan masak elok. Sebab tu jangan risau guna cili tak sakit perut makan kecuali lada tak masak...okeh selamat mencuba dan merasa.....bai2..SELAMAT BERBUKA PUASA ...

Isnin, 5 Julai 2010

AYAM MASAK ASAM

ASSALAMUALAIKUM
Masak asam ayam jarang dibuat tapi ok jugalah...cara masak yang senang main campak-campak je ke dalam periuk...Pada yang suka makan ayam bagus juge kurangkan minyak dan lemak..masak asam ni gunakan minyak yang sikit je untuk menumis bawang dan lada ..Apapun masakan mesti pedas..dah nak wat camne sejak azali makan pedas..kalau tak pedas tak boleh nak telan terutama masak ayam dan daging.Masak asam kali ni betul2 sempoiii..apa yang ada dalam peti.Tapi rasanya sedap juge janji rasa garam, asam dan pedasnya seimbang..jum layan..


BAHAN-BAHAN :
1/2 ekor ayam
15 -20 biji cili api kampung
1 cm kunyit hidup
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sb asam jawa
2 cm lengkuas
2 batang serai
1 ikat daun kesum
1 camt garam
1 camb minyak
LANGKAH - LANGKAH MEMBUAT :
  1. Tumbuk bawang merah dan putih.
  2. Tumbuk kunyit dan lada hingga lumat.
  3. Panaskan minyak. Tumis bawang hingga wangi.
  4. Masukkan lada yang telah ditumbuk
  5. Masukkan air asam dan masakkan hingga pekat. Masukkan serai dan lengkuas.
  6. Masukkan ayam dan biarkan menggelegak. Perlahankan api. Biarkan merenih lama.
  7. Masukkan daun kesum. Rasa garam dan asam.

Catatan : Sebaik-baiknya buang semua kulit ayam sebelum dimasak. Membantu mengurangkan kadar kolestrol dan lemak.



Khamis, 6 Mei 2010

Ayam Bakar Sumbat Roti @ Herb Stuffing Roast Chicken

Herb Stuffing Roast Chicken

Ayam baru keluar oven


Assalamualaikum dan salam mesra. Ayam bakar dari http://resepikasihidangansayang.blogspot.com/ Zura, ini ayam yang kali ke3 dah dibakar.. yang ini bakar di rumah petang tadi. Balik kerja terus perap dan sediakan bahan2nya sebab anak dah balik hari ni . Ada tukang makannya sebab tu beria-ia dimasak lagi...apapun terimakasih pada zura yang rajin tu..macam-macam gaya masakkannya yang dibuatnya..Zura ni minat memasak dan juga pengumpul koleksi lama..Dah banyak juge resepinya akak buat..memang menjadikkk..resepinya lain dari yang lain tau ....selain itu boleh juge tengok resepi zura kat sini..http://tanjungputeriwarisan.blogspot.com/ Oklah jum tengok resepi di bawah ni...memang sedap dan berbaloi..Apa yang penting senang dan cepat dibuat....



Bahan-bahan perap:
1 sb thyme
1 sb oregano
1 sb saghe
1 sb lada hitam
1 st garam halus
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
4 keping roti putih
1 sb butter
1/2 cawan susu segar
Herba yang digunakan tu bergantung kepada kita . Kebetulan akak ada tanam oregano, thyme dan saghe tu. cincang2 daun tu dan masukkan je ke dalam bahan-bahan ni. Cairkan butter dan masukkan semua herba yang ada dan bubuh susu segar. Kacau biar rata. Angkat dan celup roti ke dalamnya , lipat 4 roti tersebut dan sumbat ke dalam perut ayam selang seli dengan bawang yang dibelah 4 tadi. Kemudian jahit sikit perut ayam itu dengan benang biasa. Lebihan susu herba tadi lumurkan ke badan ayam di bawah kulit dan di atas kulit. Jangan lupa selitkan sekali bawang putih yang dicincang di bawah kulit ayam untuk aromanya. Perap , kalau boleh semalaman.. kalau tidak pun 1 jam pun ok. Ayam dibakar dengan suhu 200 darjah selama 1 jam lebih sikit ..tengok oven masing-masing..jangan rentung dah lah hihiiii..Akak hanya guna api atas je dan letak tengah-tengah oven..

Hidangan Lengkap Western Food




Gravy Kentang putar

Bahan-bahan:



1 sb butter
2 sb tepung gandum
Jus/minyak ayam bakar
1 st lada hitam
1 sb pati ayam knor
1 cawan air

Cairkan butter dan masukkan tepung gandum. Kacau biar sekata dan masukkan jus/minyak ayam bakar tadi dan lada hitam . Masukkan pati ayam dan air kosong ikut keperluan. Kacau hingga agak pekat. Angkat. Siram atas kentang putar ...sedap tau gravy ni.



Kentang Putar

Bahan-bahan:

1 kilo kentang
1 cm garam
1/2 buku butter
1/2 cawan susu segar

Rebus kentang dengan kulit2 sekali. Kalau dapat beli jenis russet isi putih dan besar sikit kentang ni. Kat tempat akak ni dulu jual RM4.9o sekilo tapi sekarang dah murah sikit RM2.50 sekilo. Kentang russet ni isi putih dan lembut . Cepat empuk. Basuk bersih2 dan rebus dengan kulit . Lagi senang nak buang kulit selepas direbus. Kemudian lenyek dengan butter dan susu segar. Semalam akak suruh Food Processor putar..isshh rasenya lebih baik guna tangan..lagi sedap..sebab FP ni mesin kentang tu sampai kental !





Salad sayur

Karrot
bunga kobis
bunga jagung
brokoli
kobis



Sayur untuk dimakan sekali dengan ayam bakar tu..suruh anak dara tu beli bunga jagung dibeli mak jagung..hentam je la..ok juge.Brokoli kehabisan . Kobis terlupa nak beli. Apa yang ada je la. Panaskan air dan celur sayur bergilir-gilir ikut jenis sayur . Angkat dan rendam dalam air sejuk campur air batu. Biar lama sikit. Ini akan merangupkan sayur yang telah direbus tadi. Hidangkan bersama dengan ayam bakar. Okeh, siap dah hidangan untuk dimakan ....kepada kekawan semua bolehlah cuba bakar ayam sumbat roti ni..berbaloi-baloi buat..sebab almaklum anak2 memang suka makan ayamkan walaupun bapak budak tak suka ..tak kisahlah....Kita jumpa lagi di lain hari dan lain resepi ...bai..bai....



Khamis, 11 Mac 2010

tom yam ! Tom Yam!

~ salam semua ~
Tomyam..tomyam... tomyam simple ni nanti kak masukkan resepi ok...cuci mata dulu hihihii.

l

Isnin, 8 Mac 2010

Salam pada semua pengunjung yang sangat dialu-alukan kerana sudi datang ke sini dan berkongsi dengan kita...hari ini goreng ayam crunchy...senang untuk dibuat dan memang menjadi kegemaran semua ..tak kira lapisan .resepi ini diambil dari buku resepi yang dihimpun dari kelas katering aliran vokasional..maknanya telah diuji keberkesannya. Untuk mengesahkannya akak masak ayam goreng ini ..memang crunchy..rangup dan tidak berminyak.....layannnnn...

AYAM GORENG ~ CRUNCHY~



  1. · 1 ekor ayam di potong 14
    · 2 batang serai
    · 5 ulas bawang putih
    · 8 ulas bawang merah
    · 1 sudubesar cili serbuk
    · 2 cawan tepung gandum
    · 3 biji telur ayam
    · 2 sudubesar susu UHT (kotak)
    · 2 cawan serbuk roti / nestum
    · Minyak untuk menggoreng


    Langkah – langkah :

    1. Serai, bawang putih,bawang merah dimesin hancur. Campurkan dengan cili serbuk.
    2. Gaulkan bahan di atas dengan ayam tadi. Perap selama 30 minit.
    3. Toskan ayam dan masukkan tepung ke dalam beg plastic . Campurkan ayam ke dalam tepung dan goncangkan hingga ayam bersalut dengan tepung.
    4.Pukul telur dengan susu UHT, masukkan garam.
    5. Masukkan ayam ke dalam bancuhan susu ini dan golekkan didalam nestum atau serbuk roti. Pastikan ayam bersalut elok.
    6. Goreng ayam dalam minyak yang panas. Goreng hingga keemasan.
    7. Angkat dan hidangkan dengan sos cili.

Kalau dah masak tu, masa makan tu ingat2lah akak ni....hihihiikk..tak dapat makan dapat ingatan jadilaa...bye jumpe lagi ...